Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 44 minit yang lalu


Komputer dan IT
Topik: Mengapa anda perlu komputer meja?


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» Mengapa anda perlu komputer meja?

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa anda perlu komputer meja?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 15:28


/
HP TouchSmart PC merupakan model skrin sesentuh pertama seumpamanya di dunia.

DALAM persaingan harga komputer riba yang semakin murah dan mampu milik, berikan satu alasan munasabah mengapa pengguna masih memerlukan komputer meja sebagai sebuah gajet peribadi?

Bagaimanapun Hewlett-Packard (HP) tidak hanya ada satu alasan sebaliknya seribu sebab mengapa anda perlu memberi perhatian terhadap rangkaian komputer meja terbaru mereka yang dilancarkan di ibu negara, baru-baru ini.

Salah satunya sudah pasti teknologi terkini perisian dan perkakasan mereka yang menjadikan komputer meja itu sesuai untuk semua kegunaan daripada kerja-kerja biasa sehinggalah kepada fungsi multimedia.

Kelebihan lain yang jelas kelihatan adalah pada reka bentuk komputer meja itu yang tampil menarik, elegan dan moden menyebabkan sesiapa jua yang memandangnya berasa kagum dan terpesona.

Gabungan kedua-dua elemen ini jugalah yang membentuk model terbaru komputer meja HP itu iaitu masing-masing HP Pavilion Slimline s3000, HP TouchSmart PC, HP Pavilion Media Centre m8000 dan HP Pavilion a5000.

‘‘Sesuatu yang pasti, rangkaian komputer meja HP ini akan memberikan definisi baru terhadap kuasa dan kemampuan yang mampu ditawarkan oleh sebuah komputer meja seterusnya menganggkat kembali kepentingannya dalam dunia teknologi peribadi hari ini,” ujar Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, HP (M) Sdn. Bhd., Danny Lee ketika berucap melancarkan model-model tersebut.

Mendahului kecanggihan teknologi komputer meja HP itu adalah model HP TouchSmart PC iaitu model skrin sesentuh pertama seumpamanya di dunia.

Skrin sesentuh ini yang berkemampuan menggantikan penggunaan tetikus memberikan kelebihan kawalan sepenuhnya kepada pengguna untuk melakukan sebarang kerja dengan pantas dan mudah ditambah oleh papan kekunci yang disambungkan tanpa wayar.

Malah, monitor jenis LCD bersaiz 19 inci model ini juga memberikan satu ruang yang cukup luas dan sempurna sama ada untuk melakukan tugasan biasa ataupun berhibur termasuk menonton video, mendengar muzik atau memapar koleksi gambar.

Dipacu oleh sistem operasi antara yang terpantas ketika ini iaitu AMD Turion 64 X2 Dual-Core dengan AMD Power Now! Technology, model ini tambah berkuasa apabila menggunakan perisian penuh Microsoft Windows Vista Premium termasuk antaramuka Flip 3D Windows Aero.

Paling menarik ialah reka bentuk model ini yang menggabungkan kesemua komponen seperti unit pemprosesan pusat (CPU) dan papan kekunci dalam satu binaan dan ia lebih menyerlah dengan kemasan warna hitam berkilat untuk tampil mewah dan ekslusif.

Model HP Pavilion Slimline s3000 pula didatangkan dalam kira-kira saiz satu apa tiga lebih kecil daripada saiz komputer meja biasa sekali gus sesuai diletakkan di mana-

mana bahagian rumah.

Sesuai dengan saiz itu, model kompak ini dikhususkan kepada para pelajar dan kanak-kanak ditambah ia turut dipertingkatkan dengan kelebihan multimedia seperti muzik, gambar, video, televisyen dan permainan video.

Menggabungkan perisian SuperMulti DVD Burner yang disepadukan dengan teknologi unik HP iaitu Light Scribe, pengguna bakal menikmati kelebihan paparan multimedia yang jelas.

Malah, model yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows Vista ini juga dilengkapkan dengan pembaca kad multimedia 15 dalam satu sekali gus menyokong hampir semua format fail multimedia untuk dimainkan.

Sama seperti model Slimline, model HP Pavilion a5000 pula hadir dalam saiz yang sama dengan kebanyakan komputer meja lain namun menawarkan kuasa yang lebih baik terutamanya untuk tujuan multimedia.

Malah, model ini juga memberikan lebih kepuasan kepada pengguna menerusi monitor LCD bersaiz 17 inci dengan audio terbina dalam.

Bagaimanapun, kelebihan media sebenar daripada sebuah komputer meja ditawarkan oleh model HP Pavilion Media Centre m8000 yang menggunakan sistem operasi Windows Vista Home Premium dan dipacu oleh pemprosesan Intel Core 2 Duo.

Model ini membolehkan pengguna menggantikan televisyen biasa di ruang tamu memandangkan ia boleh disambungkan secara kepada output televisyen malah, pengguna juga merakam program kegemaran menerusi DDR2 memori grafik video bersaiz 553MB.

Kelebihan lain model ini termasuk sambungan tanpa wayar kepada Internet, papan kekunci, tetikus serta didatangkan bersama sebuah alat kawalan jauh.

Kesemua model terbaru HP ini sudah berada di pasaran dan dijual pada harga permulaan iaitu RM2,388 bagi model HP Pavilion Slimline s3000, HP Pavilion Media Centre m8000 (RM5,488) dan HP Pavilion a5000 (RM2,588).

Bagaimanapun, harga untuk model HP TouchSmart PC belum lagi ditentukan secara rasmi dan akan diumumkan pada pertengahan bulan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

winamp
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12377
Posting: 39
Dari: Bangsar

canada   avatar


posticon Posting pada: 12-03-07 07:12


uit ? apa relevan soalan dengan artikel ni ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For winampProfil   Hantar PM kepada winamp   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-03-07 11:00


:roll: Mengapa tajuk untuk artikel ini macam tak "matching" saja dengan isi dia......sepatutnya, tajuk dia ialah "Mengapa anda perlu dapatkan komputer meja HP".......heheee.....rasa2 saja....jangan marah...


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088499 saat. Lajunya....