Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 136
Ahli: 0
Jumlah: 136




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: M. Mobile dengan teknologi telefon terbaru


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» M. Mobile dengan teknologi telefon terbaru

Please Mendaftar To Post


Oleh M. Mobile dengan teknologi telefon terbaru

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-03-07 16:57


/
Model MB110 dan MB310 dilengkapi teknologi terkini.

SYARIKAT pengeluar telefon tempatan sepenuhnya, M dot Mobile Sdn. Bhd. (M.Mobile) melebarkan penguasaan dalam persaingan telefon bimbit di negara ini dengan memperkenalkan dua model terbaru mereka.

Model itu iaitu MB110 dan MB310 merupakan model kedua dan ketiga daripada M.Mobile selepas berjaya dengan model M10 yang terjual kira-kira 60,000 unit sejak diperkenalkan tahun lepas.

Hadir sebagai telefon bimbit bercirikan Malaysia, model mampu milik ini juga tampil dengan kelebihan-kelebihan lain yang setanding dengan jenama telefon bimbit popular di pasaran ketika ini.

Ia dapat dilihat dengan jelas pada paduan reka bentuk yang ringkas dan warna menawan untuk kedua-dua model ini. Saiz dan beratnya cukup selesa dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Lebih daripada itu, MB110 dan MB310 ini turut dilengkapkan dengan teknologi mobiliti terkini hasil penyelidikan dan pembangunan (&D) jurutera tempatan yang lebih mesra pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif M.Mobile, Norhamzah Nordin berkata, pengenalan dua model terbaru itu merupakan kesinambungan usaha syarikat berkenaan dalam menawarkan gajet seumpamanya dengan teknologi dan kelebihan yang bersifat nasional.

Katanya ia juga sebagai pilihan kepada pengguna telefon bimbit di negara ini terutamanya golongan berpendapatan sederhana untuk bersama-sama menikmati kebebasan telekomunikasi dan mobiliti, sesuai dengan harga mampu milik yang ditawarkan daripada kedua-dua model tersebut.

“Lebih penting, pengenalan model ini juga membayangkan betapa syarikat tempatan seperti M.Mobile berkemampuan dan komited untuk bersaing dalam pasaran gajet dan teknologi canggih yang lebih dikuasai oleh syarikat asing.

“Malah, kami juga menyasarkan pasaran produk ini sehingga ke peringkat antarabangsa seperti produk sulung kami M10 yang mendapat sambutan baik di Arab Saudi,'' katanya ketika melancarkan produk terbaru itu di ibu negara, baru-baru ini.

Model terbaru MB110 misalnya boleh dikatakan antara telefon bimbit termurah di pasaran ketika ini kerana hanya dijual dengan harga RM299.

Sekali pun agak murah, model ini bagaimanapun masih memiliki kelebihan serta keistimewaan tersendiri yang mampu menarik pengguna terutamanya remaja untuk memilikinya.

Antaranya ialah reka bentuk yang nipis dan ringan iaitu seberat 72 gram serta pilihan warna hitam-oren dan hitam-kelabu yang menyerlah dan menarik.

Model MB310 pula dikhususkan kepada pengguna kelas sederhana dan hadir sebagai model berkamera pertama M.Mobile iaitu dengan 2.0 megapiksel.

Reka bentuk menarik model yang dijual pada harga RM650 ini juga diperkemaskan lagi dengan paduan warna hitam-putih sekali gus memberikan impak eksklusif kepada si pemakainya.

Model ini juga boleh dipertingkatkan dengan kelebihan multimedia apabila boleh memainkan lagu dan video dalam format MP3 dan MP4 serta ulang tayang video 3GP serta radio FM.

Sama seperti model sulung mereka, kedua-dua model terbaru M.Mobile ini juga menyokong kelebihan pengguna Islam apabila turut dilengkapkan dengan perisian khusus untuk menentukan waktu solat, laungan azan dan arah kiblat untuk 180 buah negara dan 3,000 buah bandar.

Menurut Norhamzah, selain menumpukan perhatian kepada usaha mengeluarkan model MB110 dan MB310, M.Mobile kini juga dalam peringkat perbincangan untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat komunikasi di Kanada iaitu Mobalex untuk membangunkan telefon bimbit Session Initiation Protocol (SIP) bersepadu.

Teknologi itu nanti ujar beliau akan membolehkan telefon bimbit M.Mobile diintegrasikan dengan kelebihan suara atas protokol Internet (VoIP).

“Kelebihan ini pastinya merevolusikan cara pengguna berkomunikasi pada masa depan terutamanya dalam memudahkan perhubungan antara benua dan kami menjangkakan untuk memperkenalkan produk pertama dengan kelebihan itu pada suku pertama tahun ini,'' ujar beliau.

Spesifikasi MB310

- Dimensi/Berat: 107.0 tak 47.0 tak 18.0 mm, 97 gram

- Rangkaian: GSM/GPRS 900/1800 Mhz

- Kapasiti Bateri: 860 mAh

- Masa Bercakap: 3-5 jam

- Masa Sedia: 100-150 jam

- Paparan: 128 tak 128 piksel, 1.5 inci, warna 262,000 paparan TFT

- Jaringan Komunikasi: SMS, MMS, GPRS kelas 10, WAP, Protokol USB, PC Sync, Memori 128MB

- Audio: 64 Polifonik, MP3, MP4 & 3GP Playback, Radio FM, Pembesar Suara Stereo

- Bahasa: Melayu/Inggeris/Cina

- Memori: 500 simpanan SMS, 500 simpanan nama

Spesifikasi MB110

- Dimensi/Berat: 101.5 tak 44.0 tak 12.8 mm, 72 gram

- Rangkaian: GSM/GPRS 900/1800/1900 Mhz

- Kapasiti Bateri: 700 mAh

- Masa Bercakap: 3 jam

- Masa Sedia: 120 jam

- Paparan: 128 tak 128 piksel, 1.5 inci, 65,000 warna CSTN

- Jaringan Komunikasi: SMS, MMS, GPRS kelas 10, WAP 2.0

- Audio: Midi (40 Polifonik), MP3

- Bahasa: Melayu/Inggeris/Cina

- Memori: 200 simpanan SMS, 300 simpanan nama

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 18:56


boleh tahan juga ciri-ciri henset MB310..
ada memory expansion ke?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 21:21


tak ada rasanya...
di hari itu baca spec dia dalam news paper...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

nafiz86
Warga Rasmi
Menyertai: 20.01.2007
Ahli No: 28269
Posting: 14
Dari: melaka

Johor  


posticon Posting pada: 04-03-07 22:48


power tu
boleh menandingi nokia

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafiz86Profil   Hantar PM kepada nafiz86   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 23:37


Hmm..tapi Kenapa susah nak cari ye..?
Nak beli hp baru haritu,mencari jugak M.Mobile ni..tapi tak jumpa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 23:39


hanya kedai yang terpilih saja menjualnya...
cuba check kat http://www.mmobile.com.my/

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086973 saat. Lajunya....