Oleh |
RTM gam Rosnah Mat Aris |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 03-03-07 15:50
KUALA LUMPUR 2 Mac - Mulai hari ini, pelakon Rosnah Mat Aris, 52, ‘digantung’ daripada muncul dalam mana-mana rancangan siaran televisyen dan radio terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) untuk tempoh setahun. Tindakan terhadap pelakon tersebut diputuskan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersama Jabatan Penyiaran dalam satu mesyuarat khas yang diadakan semalam. Menurut Zainuddin, ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan Siaran Televisyen dan Radio Awam dan Swasta (JKPPSTRAS) di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang mengarahkan agar rancangan Sensasi terbitan TV3 dihentikan siarannya. “Setelah menonton rakaman rancangan Sensasi, kami telah berbincang panjang lebar mengenai kata-kata yang diluahkan oleh pelakon tersebut dan mendapati apa yang telah diucapkan itu adalah sesuatu yang terkeluar daripada norma-norma normal masyarakat terutamanya umat Islam,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Jelas beliau, tindakan itu harus dilihat sebagai satu amaran dan pengajaran kepada semua artis di negara ini agar lebih berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan terutamanya dalam rancangan berbentuk siaran langsung di mana-mana stesen penyiaran. Zainuddin menambah, tindakan mohon maaf daripada artis tidak dapat diterima dengan mudah kerana ia akan menggalakkan lagi golongan tersebut melakukan kesilapan pada masa akan datang. Tegasnya, tindakan itu merupakan satu tanggungjawab RTM sebagai sebuah badan penyiar milik kerajaan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Bagaimanapun kata Zainuddin, pihaknya tidak ada kuasa untuk menghalang pelakon tersebut daripada muncul di mana-mana siaran televisyen swasta. Sementara itu, Rosnah yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini menganggap tindakan RTM menggantungnya tidak adil dan membunuh karier lakonannya. Beliau yang terkejut dengan keputusan itu berkata, sepatutnya RTM memberi peluang kepadanya untuk memperbaiki kelemahan diri dan bukan terus menghukumnya. “Tak adil kalau pihak RTM mengambil tindakan menggantung saya. Kesalahan saya adalah terlajak kata-kata bukannya kesalahan dari segi perbuatan. Saya bukan jual maruah sehingga perlu diambil tindakan begitu. “Lagipun selama seminggu saya telah memohon maaf dengan hati yang ikhlas. Saya tidak ego atau keras kepala hingga enggan mengakui kesilapan sendiri. Jadi Kenapa saya yang perlu dihukum kerana masalah tersebut bukan berpunca daripada saya semata-mata?” katanya dengan nada sedih. Rosnah yang kini berada di Johor Baharu menjalani penggambaran drama Dewi Cinta, 10 episod untuk siaran RTM pada Julai ini merayu agar hukuman itu ditimbang semula. Katanya, kalau drama lakonannya tidak boleh disiarkan di RTM, macam mana dengan nasib produser yang telah mengambilnya berlakon. Justeru, Rosnah dengan hati yang ikhlas sanggup bertemu Menteri Penerangan bagi menyelesaikan isu tersebut.
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 03-03-07 15:51
buang negeri saja dia tu.... apa tak nak masukkan dia tu dalam isa?????? kalau ustaz yang bagi ceramah dan suruh kita cinta rasul, yang tu lah sebok nak dihumban dalam isa..... peliknya kerajaan negara islam ni.. [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 03-03-07 15:53 ]
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 03-03-07 16:23
heehe.. ada juga betul itu hehehe
|
lukmanulhakim
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.12.2005 Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah
|
Posting pada: 03-03-07 17:20
betul tu....buang negeri saja dia tu.... heheheh.... untuk kak anis.... tahniah....
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 03-03-07 17:25
Dah bersalah pun taknak mengaku lagi... insaflah... apelah dia ini... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 03-03-07 18:01
bukan saja gam, staple sekali...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 03-03-07 18:02
Pada 03-03-07 18:01 , Annursyam posting:!!! QUOTE !!! bukan saja gam, staple sekali... tak pun jahit terus hehehehe
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 03-03-07 18:21
Kalau gam pun, jangan guna yang seringgit dapat 8, guna gam gajah. Gam dinosaur pun boleh.
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 03-03-07 18:39
dengan gam...staple... dan sebagainya... akan tertutupkah mulut2 yang sebegini? ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 03-03-07 18:41
Pada 03-03-07 18:39 , lubaina posting:!!! QUOTE !!! dengan gam...staple... dan sebagainya... akan tertutupkah mulut2 yang sebegini?
ada cadangan ya ukhti??
|
snawan
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.05.2006 Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan
|
Posting pada: 03-03-07 20:13
cukur rambut si Rosnah Mat Aris tu.. Geli lah tengok rambut dia tu..
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 03-03-07 21:37
erm..sekurangnya kerajaan mengambil langkah .. pengajaran untuk artis2 yang lain. bukan artis saja sebenarnya tapi untuk semua org supaya berhati-hati ketika bercakap. jangan ikut sedap mulut saja.
|
ibnusina
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2004 Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA
|
Posting pada: 03-03-07 21:37
hehehehe cadangan cik anis memang sempoi lah...
|
Riyadhfannil
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah
|
Posting pada: 04-03-07 00:44
sepatutnya tak payah gam...pulaukan dan lucut terus gelaran artis...buat malu saja...dahlah imej diri sendiri tak mencerminkan "seorang tua"....
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-03-07 11:38
Pada 04-03-07 00:44 , Riyadhfannil posting:!!! QUOTE !!! sepatutnya tak payah gam...pulaukan dan lucut terus gelaran artis...buat malu saja...dahlah imej diri sendiri tak mencerminkan "seorang tua".... emm, baca ayat ni, rasa seolah "artis" merupakan sartu martabat yang tinggi????? emmm tak tau lah apa nak jadi umat akhir zaman ini..
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 04-03-07 11:52
!!! QUOTE !!! “Tak adil kalau pihak RTM mengambil tindakan menggantung saya. Kesalahan saya adalah terlajak kata-kata bukannya kesalahan dari segi perbuatan. Saya bukan jual maruah sehingga perlu diambil tindakan begitu.
“Lagipun selama seminggu saya telah memohon maaf dengan hati yang ikhlas. Saya tidak ego atau keras kepala hingga enggan mengakui kesilapan sendiri. Jadi Kenapa saya yang perlu dihukum kerana masalah tersebut bukan berpunca daripada saya semata-mata?” katanya dengan nada sedih. ehehehehehehehehe..memang lah dia tak jual maruah dia..tapi dia jual maruah orang lain.memang lah kena dihukum,habis tu,dah buat salah cukupkah sekadar minta maaf dan kemudian boleh teruskan kehidupan macam biasa tanpa rasa kesal dalam diri.boleh pula tu nak salahkan orang lain juga padahal dia yang cakap..ist terpikir pula,andainya Saidina Umar Al-Khattab ataupun Saidina Hamzah tahu apa yang diterlepas cakapkan tu,tatau lah apa yang jadi kat rosnah ni...... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 04-03-07 11:57 ]
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-03-07 12:02
Pada 04-03-07 11:52 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! terpikir pula,andainya Saidina Umar Al-Khattab ataupun Saidina Hamzah tahu apa yang diterlepas cakapkan tu,tatau lah apa yang jadi kat rosnah ni......
rasa nya kalau umat zaman rasulullah ni ada, tak sempat dengan sahabat seperti umar & hamzah .a, memang dah habis lunyai dah nenek tu kena belasah...
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 04-03-07 12:39
tak habis2 lagi ke....Allah saja yang tentukan nasib dia macam mana..untuk apa lagi kita nak kutuk dia...tambahkan dosa kita saja walaupun niat kita nak sedarkan dia...
|
faiq85
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28944
Posting: 213
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 04-03-07 12:54
semakin ramai org yang bercakap hanya melalui pengetahuan umum..bukan bdasarkan alQuran dan sunnah..terasa xbersalah pada tuhan..yang ada macam tangisan lakonan..masya'ALLAH...
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 04-03-07 16:09
memang patut pun digam... Kalau kita tak tahu kenalah berhati-hati masa bercakap... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 04-03-07 17:11
Rosnah tidak adil pada diri sendiri – Zahid Hamidi SHAH ALAM 3 Mac - ‘‘Bukan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak adil, dia yang tidak adil pada dirinya sendiri.” Demikian tegas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kenyataan balas pelakon Rosnah Mat Aris, 52, yang digantung daripada muncul pada mana-mana rancangan siaran RTM dalam tempoh setahun ekoran kontroversi dalam rancangan Sensasi terbitan TV3, baru-baru ini. Menurut beliau, Rosnah perlu memikirkan semula apa yang telah diperkatakan sehingga mengakibatkan tindakan tersebut sebelum mengeluarkan komen mengatakan RTM tidak adil. ‘‘Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini cuma saya hendak nasihatkan kepadanya, lain kali ‘insurans’ mulut tu sikit,” tegasnya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smarts Kids Books for High 5 Bread - Kempen Menderma Buku Untuk Komuniti Bestari di kilang Silver Bird di sini hari ini. Tindakan menggantung pelakon tersebut daripada muncul dalam rancangan RTM diputuskan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin bersama Jabatan Penyiaran dalam satu mesyuarat Khas yang diadakan kelmarin. Ekoran keputusan itu, Rosnah mengeluarkan kenyataan bahawa RTM tidak berlaku adil kepada dirinya kerana kesalahan yang dilakukan adalah terlajak kata dan bukannya kesalahan daripada segi perbuatan. Mengenai program menderma buku usahasama Smarts Kids, Silver Bird dan Kementerian Penerangan itu pula, Zahid berkata, projek tersebut amat baik bagi memupuk amalan membaca di kalangan kanak-kanak selain memberi peluang kepada insan yang memerlukan untuk mendapat bahan bacaan seperti masyarakat di luar bandar. Dalam program itu, orang ramai dijemput untuk menyumbangkan buku terpakai yang bermutu di kaunter serahan yang dibuka di pusat membeli-belah yang terpilih di mana untuk setiap tiga buku yang diterima, penyumbang akan mendapat dua buku roti High 5 Nutri White. Projek masyarakat tersebut turut dijayakan oleh akhbar Utusan Malaysia, KOSMO!, RTM, China Press dan KL Monorail.
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 13-04-07 17:28
biar Allah saja yang menentukan segalanya
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 13-04-07 17:43
ada beberapa drama2 yang dilakonkan oleh Rosnah masih belum ditayangkan...Drama2 tersebut terpaksa disekat dahulu hingga tempoh di"gam" tamat. -->Sumber dari mak ana lah...siapa lagi...dah dia kerja bahagian kawalan rancangan TV...dulu pernah kerja tv1 dan tv2.. ----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
uqu
WARGA SETIA Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING
|
Posting pada: 13-04-07 18:11
assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Kita doakan dia cepat menyedari kesilapan dia dan segera bertaubat...
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 13-04-07 19:35
salam... moga-moga dia sedar akan perbuatan dia itu...hukumannya biarlah Allah tentukan...kena gam ini pun hanya untuk menyedarkan dia...kita doakan semoga dia benar-benar bertaubat dengan segala perbuatan yang dilakukannya....amin...
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 13-04-07 20:18
Bagus2...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
nni
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2005 Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??
|
Posting pada: 16-04-07 04:19
rambut cacak dah tu warna merah... macam remaja..
|
afiq_ghani
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.02.2007 Ahli No: 28739
Posting: 34
Dari: United KingdoM
|
Posting pada: 16-04-07 05:56
Cik Rosnah Mat Aris tu kalau tak tau bab bab agama jangan lah lantang cakap pasal agama. diri sendiri pun orang yang tengok dia pun menyeramkan...so kesimpulan nya...memang wajar kementerian buat begitu bagi sedar sikit batas batas bila bercakap. dan lagi satu kalau satu dunia berkata tentang dia..bukan lah satu perkara yang biasa. kalau dia tahu masyarakat tak suka dan mengata macam mcam di belakang dia..elok lah dia kembali ke arah jalan yang sempurna dan fikir fikir di masa dia akan tua nanti..dan mesti cerita akan kembali jernih...who know keluar paper lagi..rosnah mat aris dari seni telah bergiat dalam dakwah...heheh.. -----------------
|
srikandi_86
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 16-04-07 07:47
ana sokong cadangan ikhwah dan akhawat untuk gam, staple dan seterusnya jahit saja mulut2 orang sebegini..aih, nampak macam ganas saja..tapi itulah balasan bagi mereka yang tidak berfikir sebelum bercakap..terlajak perahu boleh diundur, terlajar bahasa buruk padahnya..wallahua'lam..
|