Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: terNODA dengan JANJI LELAKI


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» terNODA dengan JANJI LELAKI

Please Mendaftar To Post


Oleh terNODA dengan JANJI LELAKI

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-07 10:12


Ternoda bukan bererti berakhir hidup

‘‘SAYA amat tertarik dengan kisah yang disiarkan minggu lalu kerana ia sama seperti yang saya lalui lebih 20 tahun lalu. Bezanya saya tidak berhenti kerja. Saya diceraikan setelah melahirkan anak, dua tahun selepas perkahwinan dalam usia 26 tahun. Ketika itu anak saya belum pun menyambut ulang tahun pertamanya. Saya diceraikan gara-gara bekas suami gilakan gadis yang sembilan tahun lebih tua daripadanya kerana mengikut trend teman-teman sepejabat yang ‘pasang’ girl friend.

‘‘Tapi kawan-kawannya licik, bekas suami saya ditangkap basah dan dipaksa kahwin. Saya tidak dapat menerimanya dan diceraikan. Saya terpaksa menyara anak sendiri kerana selepas ditangkap basah, dia terpaksa meletakkan jawatan kerana salah laku,’’ demikian cerita Shahida dalam e-melnya.

‘‘Alhamdullillah, setelah melalui pelbagai pahit maung menjadi ibu tunggal, kini saya boleh melepaskan nafas lega. Anak tunggal saya sekarang di menara gading. InsyaAllah akan memegang segulung ijazah sarjana muda tahun hadapan.

‘‘Saya tak berani bernikah semula kerana tak mahu anak saya ada bapa tiri, walaupun ada juga berdetik di hati sampai bila saya akan bersendirian? Tetapi setelah berfikir beratus kali, saya nekad besarkannya sendiri. Tetapi hubungan dengan bekas mertua dan adik-adik ipar masih baik kerana anak saya cucu dan anak saudara mereka.

‘‘Saya tidak pernah meracun fikiran anak kerana dia perlu tahu bapanya, walaupun bapanya tidak bertanggungjawab sejak dia bayi sehingga masuk IPTA.

‘‘Jadi melalui kesempatan ini saya berpesan pada Azalia agar pandang ke depan dengan niat membesarkan anak, lupakan terus suami tak bertanggungjawab itu. Bina hidup baru. Bukan Azalia seorang di dunia ini yang ada masalah begitu, ramai lagi, cuma mereka tak berani bersendirian akhirnya hidup mereka lebih teruk. Cukuplah dengan masalah yang ada. Tak ada masalah yang tak dapat diatasi di dunia ini kecuali mati, cuma cara mengatasinya sahaja berbeza.

‘‘Memang masalah anda perit dan pahit, tetapi semua itu akan terhakis perlahan-lahan di telan waktu. Apa yang penting Azalia perlu bersabar dan kuatkan semangat, tak mati kalau tidak kahwin lagi, anak adalah rahmat paling besar,’’ demikian nasihat Shahida untuk Azalia dan wanita lain yang senasib dengannya.

Minggu ini kita ikuti pula kisah seorang gadis bernama Lailatul. Dalam e-melnya kepada penulis dan ketika berbual, Lailatul memberitahu dia tertipu dan ternoda ketika masih bersekolah. Kini hidupnya terumbang-ambing kerana hajat tak sampai.

‘‘Sebagai permulaan saya ucapkan tahniah kerana ruangan ini amat diminati, tak kira muda atau tua, yang berilmu atau tidak. Kisah yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan iktibar. Tetapi sayangnya masih ada orang macam saya yang begitu lemah dan tidak menyedari realiti kehidupan sebenarnya.

‘‘Kerana kelemahan, saya tersungkur kerana percayakan cinta. Bukan cinta itu buta, tetapi mata saya yang buta melihat kebenaran, terlalu percayakan cinta dan terlalu naif kepada cinta yang dimainkan oleh kekasih saya Rosman.

‘‘Ramai kawan-kawan ingatkan saya kerana antara saya dan Rosman tidak ada persamaan tak serasi sebab dia pendiam saya happy go lucky, dia hitam saya cerah, dia tinggi ilmu pengetahuan agama dan anak orang alim, saya tidak. Namun saya yakin perbezaan inilah yang akan melengkapkan kami antara satu sama lain.

‘‘Saya dan Rosman sama membesar dalam sebuah taman perumahan. Sejak remaja lagi, saya terpaut bila melihat pekerti Rosman dan ibunya. Solatnya cukup, hubungan kekeluargaannya akrab, dan saling hormat menghormati.

‘‘Kerana berjiran dia kerap datang ke rumah saya, begitu juga saya kerap ke rumahnya. Kami sama-sama belajar, pinjam meminjam buku dan ketika berbincang tentang pelajaran. Ibu bapanya juga tak kisah kalau saya kerap ke rumahnya kerana hubungan baik kami bermula sejak kecil lagi.

‘‘Tetapi tidak saya duga rupanya orang yang sembahyang tak tinggal, datang dari keluarga baik-baik ini pun boleh terbalik imannya. Tanpa saya duga, kami terlanjur di rumah Rosman sendiri, ketika itu ibu bapa sedang sibuk menjalankan perniagaan di kedainya. Saya macam tak percaya macam mana boleh berlaku, sebab dia tidak pernah berkelakuan tidak senonoh. Kami sering berbincang tentang pelajaran dan bidang yang akan kami ambil ketika melanjutkan pelajaran nanti.

‘‘Kejadian itu amat mengejutkan saya, namun kata Rosman dia akan bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya. Saya tidak menduga orang yang saya percayai boleh menodai saya. Ketika itu saya bimbang bolehkah saya melanjutkan pelajaran ke IPTA ditakdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas saya.

‘‘Saya benar-benar dalam dilema patutkah saya beritahu kejadian buruk ini kepada emak dan bapa saya? Bagaimana pula hubungan keluarga kami nanti? Apa perasaan mereka, apa pula pandangan jiran yang melihat hubungan keluarga kami begitu baik? Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran. Akhirnya saya mendiamkan diri sambil menunggu apa akan terjadi.

‘‘Ketika saya menunggu dengan perasaan takut kami mendapat jawapan untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma.

‘‘Keputusan diterima dengan perasaan suka dan duka. Suka kerana dapat belajar, dan duka kerana terpaksa berpisah. Namun tiga tahun berpisah, kami menjadi lebih akrab dan berjanji akan berkahwin sehabis menamatkan pelajaran. Hubungan kami menjadi lebih mesra dan saya bertambah yakin dengan janji Rosman.

‘‘Selepas tamat belajar, saya mendapat tawaran bekerja, tetapi Rosman masih menganggur, dia kemudian membantu keluarganya berniaga. Hasrat kami untuk segera berkahwin terpaksa tertangguh. Lepas setahun barulah Rosman dapat tawaran bekerja dalam skim latihan lepasan graduan. Sebelum pergi, janjinya dia akan menghantar rombongan meminang saya setelah habis kursus iaitu dua tahun lepas.

‘‘Setelah habis kursus dalam skim latihan, sebulan kemudian dia dapat tawaran kerja. Dia menyampaikan berita gembira itu dan berjanji akan meminang saya setelah tamat latihan sebelum diserapkan sebagai kakitangan syarikat tersebut. Saya akur.

‘‘Tiga bulan kemudian, saya bertanya bila lagi nak meminang, dia minta saya bersabar, lagi pun, dia menunggu untuk ditukarkan ke tempat lain, kalau boleh biar dekat dengan saya. Saya meminta supaya bertunang dulu sementara menunggu proses pertukaran itu. Tetapi Rosman membisu.

‘‘Kerana terlalu rindu, setiap minggu saya ke KL untuk berjumpa Rosman, untuk dua bulan sahaja semuanya baik, tetapi keadaan bertukar. Rosman mula mengelak untuk bertemu dengan memberi pelbagai alasan. Bila jarang bertemu telefon menjadi penghubung kami, beratus duit saya habis untuk bil telefon. Lebih banyak dari tambang bas ketika kami berjumpa dahulu.

‘‘Dalam pada itu saya berusaha mendekati Rosman, saya memohon banyak kerja lain asalkan bekerja di KL. Dan saya berjaya. Malangnya saya semakin sukar dapat berbual dengan Rosman. Setiap kali dihubungi dia tidak menjawab telefon. Kalaupun menjawab alasannya kerja kat luar tidak ada coverage. Pelik juga, KL tak ada coverage? Alasan paling menyakitkan hati hand phone tertinggal di pejabat.

‘‘Tiba-tiba satu hari saya menerima panggilan telefon dari Rosman, hilang rasa rindu bila dia mengajak saya berjumpa. Bayangkanlah, lebih dua bulan dia tidak dapat dihubungi. Ketika itu perasaan marah pun ada, tetapi saya pendamkan, fikirkan yang terbaik dari Rosman, mungkin dia memang sibuk, maklum pekerja baru.

‘‘Hancur hati saya bila Rosman memberitahu dia ingin memutuskan hubungan. Saya terkejut tanpa berbicara seketika, bila tersedar saya menangis semahunya. Saya tidak dapat terima keputusan itu. Kerana terlalu marah tanpa sedari saya tampar muka Rosman sekuat hati, lepas itu saya pengsan.

‘‘Pada adik-berdiknya saya mengadu apa yang terjadi, mengharapkan pertolongan tetapi mereka tidak boleh membantu. Keputusan terletak di tangan Rosman.

‘‘Kerana jiwa amat terluka saya mendiamkan diri. Kalau diikutkan perasaan mahu saja saya bunuh diri, sebab saya rasa tertipu dan Rosman tidak bertanggungjawab atas apa yang dilakukan ke atas saya.

‘‘Keadaan ini memaksa saya bertukar kerja lagi membawa diri sebab tak sanggup menghadapi kenyataan, dan saya semakin jarang balik kampung. Sebabnya saya tak sanggup setiap kali bila emak bertanya bila Rosman nak masuk meminang.

‘‘Entah macam mana lepas dua bulan bertukar ke tempat lain, Rosman mencari saya, meminta maaf dan memberitahu dia sakit leukemia. Terkejut saya dan dia minta kami berbaik semula. Walaupun marah, tetapi bila diberitahu dia sakit, hati saya lembut semula dan bersedia menjadi isterinya.

‘‘Lepas sebulan dia buat hal lagi, susah dicari payah dihubungi. Melalui kawannya Lan saya mendapat tahu Rosman akan bertunang dengan Linda. Sekali lagi saya terkejut. Katanya memang baru-baru ini mereka ada masalah, kini dah selesai. Namun saya ingin tahu dari mulut Linda sendiri tentang hubungan mereka.

‘‘Akhirnya dengan izin Allah, dan pertolongan kawan, saya dapat hubungi Linda. Kata Linda dia tertarik dengan Rosman kerana sembahyang tak tinggal dan baik. Saya mengaku memang Rosman baik tetapi kalau benar dia baik dan mematuhi ajaran Islam mengapa dia sanggup tinggal di rumah wanita yang belum jadi isterinya?

‘‘Linda menafikan, tetapi dia tidak boleh menipu lagi apabila saya sendiri datang menjengah mereka di rumah. Kehidupan mereka bukan sebagai teman yang datang melawat tetapi sebagai suami isteri. Saya amat kesal dengan Rosman sanggup merosakkan hidup saya dengan janji yang semuanya bohong belaka.

‘‘Baru-baru ini saya dapat tahu Rosman akan bertunang dengan Linda. Riuh rendah sekampung bercerita. Saya tak kisah kalau mereka nak kahwin, tetapi yang menjadi masalahnya satu taman bertanya kepada emak mengapa saya tak jadi kahwin dengan Rosman, bukankah janjinya dulu akan masuk meminang? Sebab satu kampung tahu hubungan kami sekeluarga. Mana saya nak letak muka terutama emak yang sentiasa berhadapan dengan orang setaman?

‘‘Pada emak, saya memohon ampun banyak-banyak dan kalau disuruh minum air basuhan kaki emak pun saya sanggup. Saya kesal menolak permintaan emak supaya kami segera kahwin, kini sudah terlambat.

‘‘Namun saya tidak boleh melupakan hutang Rosman kepada saya yang akan saya tuntut sampai bila-bila. Iaitu hutang sebuah kehidupan dan masa depan saya yang telah dihancurkannya. Saya juga pasti Rosman tidak boleh melupakan mimpi-mimpi ngeri yang telah dilakukan terhadap saya.

‘‘Saya kesal dengan orang yang amat saya percayai kerana baiknya, pendiamnya, sembahyangnya, amalan dan nasihatnya yang baik-baiknya dahulu semuanya bohong belaka. Namun saya tetap menunggu pembalasan dari Allah atas perbuatan kejinya. Saya yakin pembalasan Allah akan tiba biar pun lambat,’’ demikian cerita Lailatul tentang kenangan pahitnya.

Dia ditinggal kekasih setelah berjanji sehidup semati dan maruahnya dibawa pergi. Benar, pembalasan Allah akan tiba juga satu hari nanti, dan bebannya akan terasa amat besar jika berlaku kepada anak-anak atau orang yang kita kasihi. Namun Lailatul kenalah berusaha untuk membaiki diri sendiri demi masa depan yang lebih cerah.
25 Februari 2007
7 Safar 1428

- MAIMUNAH (www.dcckmona.com - [email protected])

*inilah sebab wanita kurang percaya laki, mana-mana ada saja cerita begini. Ya Allah andai engkau menemukan kami dengan jodoh ketika hayat ini, kurniakanlh ssorg yang beriman & mencintaiMu serta terpelihara dr mudah ternoda dengan godaan syaitan, juga mampu membimbing kami.amin.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 11:18


ana ada ingat pesanan Dr. Harlina (Wanita JIM)

dia kata, org perempuan ni senang kena tipu, dia kata cuba lah tipu org perempuan, pasti dia percaya nya... (ishk2 kasihan juga ana dengar bila Dr. Har kata gini eh?)

memang perempuan ni kelemahan dia memang senang kena tipu agaknya, wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 11:19


Sorry, ana xbace pun benda atas tu, sebab panjang sangat, malas lah nak baca... so terus balas saja heh! :p

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

normazni
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28346
Posting: 4
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 12:26


sememangnya wanita memang lemah dengan pujuk rayu dan janji manis dan kerana sayang sanggup buat apa saja...
tapi dalam pada tu kita haruslah memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu tindikan, selidik dan kenali dahulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For normazniProfil   Hantar PM kepada normazni   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-07 12:28


..lelaki... :roll: :roll: :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 13:25


Pada 25-02-07 10:12 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

Ternoda bukan bererti berakhir hidup

‘
‘‘Ramai kawan-kawan ingatkan saya kerana antara saya dan Rosman tidak ada persamaan tak serasi sebab dia pendiam saya happy go lucky, dia hitam saya cerah, dia tinggi ilmu pengetahuan agama dan anak orang alim, saya tidak.

Saya terpaut bila melihat pekerti Rosman dan ibunya. Solatnya cukup, hubungan kekeluargaannya akrab, dan saling hormat menghormati.


‘‘Tetapi tidak saya duga rupanya orang yang sembahyang tak tinggal, datang dari keluarga baik-baik ini pun boleh terbalik imannya. Tanpa saya duga, kami terlanjur di rumah Rosman sendiri, ketika itu ibu bapa sedang sibuk menjalankan perniagaan di kedainya. Saya macam tak percaya macam mana boleh berlaku, sebab dia tidak pernah berkelakuan tidak senonoh.

Kata Linda dia tertarik dengan Rosman kerana sembahyang tak tinggal dan baik. Saya mengaku memang Rosman baik tetapi kalau benar dia baik dan mematuhi ajaran Islam mengapa dia sanggup tinggal di rumah wanita yang belum jadi isterinya?

‘‘Saya kesal dengan orang yang amat saya percayai kerana baiknya, pendiamnya, sembahyangnya, amalan dan nasihatnya yang baik-baiknya dahulu semuanya bohong belaka.
25 Februari 2007.

7 Safar 1428

- MAIMUNAH (www.dcckmona.com - [email protected])




Assalamualaikum

pengajarannya

Lihat sesorang itu berdasarkan kehidupannya bukan cakap-cakap manis.rajin solat tidak semestinya ia tidak melakukan maksiat.

Janganlah berduaan berlawanan jenis hatta dengan orang alim, ustaz, Imam besar. Syaitan pasti akan menggoda.

Jangan mudah menyerah kehormatan diri walaupun orang itu kita paling sayang, sebab kalau sayang ianya menjadi pelindung, bukan perosak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 25-02-07 22:13


hm....
lelaki... sedarlh bahwa kamu itu adalah harapan wanita untuk sama-sama menuju keredhaan ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-02-07 00:45


minta dijauhkan....

ya ALLAH..engkaulah sebaik2 pelindung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 00:51


Pada 25-02-07 13:25 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-02-07 10:12 ,
pengajarannya

Lihat sesorang itu berdasarkan kehidupannya bukan cakap-cakap manis.rajin solat tidak semestinya ia tidak melakukan maksiat.

Janganlah berduaan berlawanan jenis hatta dengan orang alim, ustaz, Imam besar. Syaitan pasti akan menggoda.

Jangan mudah menyerah kehormatan diri walaupun orang itu kita paling sayang, sebab kalau sayang ianya menjadi pelindung, bukan perosak.


memang betul aaa sesangat tu...
perempuan kalau da ternoda, terus hilang harga diri... orang akan pandang rendah, sebab perempuan selalunya kan menanggung akibat noda2 yang dilakukan..... tapi, orang lelaki yang menoda ini, takkan jadi kudis pun bagi mereka....

bukan semua lelaki lah yang anis maksudkan, tetapi lelaki yang memang berkiblatkan nafsu, akan mencari peluang untuk menodai wanita-wanita yang mudah terpedaya ini, bermodalkan cinta lah selalunya....
:roll: :roll:

[ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 26-02-07 00:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sufeyna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28575
Posting: 109
Dari: perlis

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 01:31


wahai golongan hawa....jangan letakkan 100% kepercayaan pada lelaki..
wahai golongan adam.....tolonglah...jangan sesekali mencipta harapan dan janji kiranya tak dapat nak tunaikan...
wanita hatinya lembut...mudah kasihan..mudah pecaya..dan kadang-kadang mudah tepengaruh
please stop hurting us..
tolong berpegang pada janji...tolong berikan kesetiaan dan kejujuran yang selayaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Pergi ke sufeyna's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-07 01:53


JAGALAH DIRI TU elok-elok.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 10:30


perempuan yang baik untuk lelaki yang baik (24:26)
sendiri mahu ingat lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 10:47


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

MasyaAllah kenapalah wanita begitu mudah untuk percaya pada lelaki? Sebab itu Al Quran telah memberi amaran dengan menyebut 'lah Taqrobuzzina - janganlah kamu mendekati zina'. Salah satu ialah bila berdua-duaan dengan bukan mahram. Walau alasan apa sekalipun jangan sekali-kali berdua-duaan dengan bukan mahram. Jangan tertipu dengan bisikan syaiton kerana yang ketiga tetap syaiton.

"Sesungguhnya syaiton itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu." (mafhum Al Fathir : 6)

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - TIDAK TUTUP AURAT (TIDAK BERTUDUNG) = MENDEKATI ZINA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 13:39


janganlah terlalu cepat untuk mempercayai seseorang..khas untuk diri ana sendiri..dan sahabat sekalian..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 15:29


:-) Assalamualaikum.....


TAk dinafikan cerita-cerita sebeginilah yang menyebabkan ramai perempuan tak nak kawin....namun kahwin adalah sunnah nabi...dan setiap seorang anak adam dah dijanjikan jodoh masing-masing...insyaALLAH...."attoiyyibu litoyyibat"


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 16:44


saya tidak menidakkan memang ada lelaki macam tu...
namun bukan semua macam tu....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 16:50


memang sifat wanita mudah menyerah...
sebab itu kena berhati-hati.


-----------------
Photobucket
[ Telah diedit oleh: Daeng_Jati pada 04-03-07 16:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

palapesutm
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.12.2006
Ahli No: 27852
Posting: 59
Dari: skudai, johor

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 22:29


isteri adalah anugerah ;-)


-----------------

affiliate.enter4money.com Your<br />&#<br /><br /><br />
<div align= Bookmark and Share


    


  Member Information For palapesutmProfil   Hantar PM kepada palapesutm   Pergi ke palapesutm's Website   Quote dan BalasQuote

HAFieZAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29019
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 22:42


Manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana dikurniakan akal. Jika wanita bijak berfikir, sudah tentu kehormatannya akan terpelihara dan bukannya mudah menyerah kepada lelaki begitu sahaja. Jika iman terpelihara, walau godaan datang menerpa, pasti akal mampu menghalangnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For HAFieZAHProfil   Hantar PM kepada HAFieZAH   Quote dan BalasQuote

nafiz86
Warga Rasmi
Menyertai: 20.01.2007
Ahli No: 28269
Posting: 14
Dari: melaka

Johor  


posticon Posting pada: 04-03-07 22:47


ya betul tu hafiezah cakap
hafiz sokong

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafiz86Profil   Hantar PM kepada nafiz86   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 22:49


salam....

apa yang boleh ana cakap "jaga diri tu baik2.memang bukan semua orang yang nampak baik secara zahir tu baik dan yang nampak tak baik secara zahir tu lagilah nampak tak baik".
Hati manusia siapa yang tahu. pandai2lah meneliti.

wallahualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-03-07 23:26


Dunia ini penuh dengan tipu helah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 00:17


`aku ajak engkau ikut`

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 00:46


ana pernah ikut 1 forum perdana bertajuk. Gejala Seks dikalangan pelajar IPT

antara 1 slot yang ana paling suka, bersama dengan Dr. Harlina Halizah Siraj (Ketua Wanita JIM), dia ada cakap kat semua peserta kursus... kata nya... perempuan ni...

1) mudah mengikut apa yang seseorang lelaki tu suruh buat.
2) mudah tertipu dengan lelaki, sama ada sesaje tipu atau memang betul-betul tipu, perempuan tetap percaya...

so no.1 adalah amat penting bagi kita untuk memilik ketua rumah tangga kita, kalau suami tu menyuruh kepada keburukan, maka naudzubillah...mungkin isteri nya juga terikut akan nasihat suami nya...

no.1 dan 2...ana rasa memang kelemahan yang ada perempuan. So para lelaki (ikwah2) skalian, jangan lah ambil kelemahan akhwat kita sebagai cara untuk kita mempergunakan mereka... tapi didiklah mereka menjadi mujahidah solehah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 01:00


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Engkau lah wanita yang istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita
Berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 01:11


Kepada wanita, hayati senikata lagu ini...

percaya kata janjiMu
kerna ku yakin apa digenggamMu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati

tersiksa jiwa merindu
baga terkurung dibasah tengkujuh
kewangian aroma bunga
tak menggugah keteguhan iman

cinta tak pernah terbongkar dan terlebur
pada redup renung mata yang menipu
tuntas ku mendaki puncak cinta teragung
izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
betapa aku gerun pada teduh
untuk bernaung kerna awan itu rapuh

bahagia buat mereka yang bertemu cinta yang teguh
yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

cinta tak pernah terbongkar dan terlebur
pada redup renung mata yang menipu
tuntas ku mendaki puncak cinta teragung
izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
betapa aku gerun pada teduh
untuk bernaung

dendam tak marak menyala dan membakar
oleh putih salju yang berguguran
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam

ku anyam rindu menjadi hamparan
kerna ku pasti adanya pertemuan
disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
tak bertemu pengucapan

percaya kata janjiMu
kerna ku yakin apa digenggamMu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

aZieMaH_88
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28945
Posting: 9
Dari: kota kinabalu sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 09:37


lelaki tidak boleh di salahkan ....

begitu juga wanita.....

jika kedua -dua pihak memahami ajaran islam.. InsyAllah perkara sebegini tidak
akan berlaku.....

lelaki menyelamatkan maruah wanita..

manakala... wanita memelihara dan mempertahankan maruah...

renugkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aZieMaH_88Profil   Hantar PM kepada aZieMaH_88   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 05-03-07 12:06


sebaik mana pun lelaki yang anda kenal,seutuh mana pun janji yang anda ikat dengan lelaki walaupun dengan ikatan pertunangan,pertahankanlah kesucian anda, kerana itu sebuah maruah yang tak dapat dinilai. hanya seorang suami yang layak memiliki harga kehidupan anda. kerana ikatan nikah itu amat besar maknanya. Kuatkan iman, benteng diri dengan zikrullah.bila hati dekat denganNya, dia akan melindungi kita. sehanyut mana pun kita..kita tidak akan tersasar selagi kita sentiasa bersamaNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 12:09


macam ni....
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

pebaiki diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

cahaya_hidayahku
Warga Rasmi
Menyertai: 15.01.2007
Ahli No: 28175
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 13:00


WANITA....

Secara fitrahnya setiap wanita diciptakan lemah dan memerlukan perlindungan.kerana itu mereka sentiasa ingin didampingi.tidak kira sama ada didampingi oleh suami,sedara,kawan,sahabat atau teman lelaki.

Perwatakan dan personalitinya penuh kelembutan dan pengertian. mungkin disebabkan personaliti mereka ini yang membolehkan mereka ditipu oleh sesiapa sahaja.

Gerak geri dan perilakunya tersirat rahsia yang terkunci rapi.

Kemampuan dan keupayaannya adalah sukar diramal.

Membantu membina mahupun menumbangkan sesebuah kepimpinan. ("tangan yang menghayun buaian itu yang akan menggoncang dunia")

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hidayahkuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hidayahku   Quote dan BalasQuote

cahaya_hidayahku
Warga Rasmi
Menyertai: 15.01.2007
Ahli No: 28175
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 13:03


~WANITA~
WANITA - deHEARTY

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hidayahkuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hidayahku   Quote dan BalasQuote

cahaya_hidayahku
Warga Rasmi
Menyertai: 15.01.2007
Ahli No: 28175
Posting: 13

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 13:04


say NO to couple
but YES to marriage

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hidayahkuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hidayahku   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-03-07 14:58


Pada 05-03-07 01:11 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Kepada wanita, hayati senikata lagu ini...

percaya kata janjiMu
kerna ku yakin apa digenggamMu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati

tersiksa jiwa merindu
baga terkurung dibasah tengkujuh
kewangian aroma bunga
tak menggugah keteguhan iman

cinta tak pernah terbongkar dan terlebur
pada redup renung mata yang menipu
tuntas ku mendaki puncak cinta teragung
izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
betapa aku gerun pada teduh
untuk bernaung kerna awan itu rapuh

bahagia buat mereka yang bertemu cinta yang teguh
yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

cinta tak pernah terbongkar dan terlebur
pada redup renung mata yang menipu
tuntas ku mendaki puncak cinta teragung
izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
betapa aku gerun pada teduh
untuk bernaung

dendam tak marak menyala dan membakar
oleh putih salju yang berguguran
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam

ku anyam rindu menjadi hamparan
kerna ku pasti adanya pertemuan
disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
tak bertemu pengucapan

percaya kata janjiMu
kerna ku yakin apa digenggamMu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati



masyaAllah daeng jati, ni nasyid yang pernah jadi favourite ana masa tahun 2004/5. ada kenangan..kenangna pada Allah & juga... cuba tengok senikata dalam video klip... menyentuh kalbu, terasa betapa keangungan Allah & kehambaan kita. sekarang ni...tahla..


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 05-03-07 14:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 15:10


Wanita ni istimewa,

bukan berkilau sebilah belati
tapi nur yang meyinari bumi


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-07 16:30


Pada 05-03-07 09:37 , aZieMaH_88 posting:

!!! QUOTE !!!

lelaki tidak boleh di salahkan ....

begitu juga wanita.....

jika kedua -dua pihak memahami ajaran islam.. InsyAllah perkara sebegini tidak
akan berlaku.....

lelaki menyelamatkan maruah wanita..

manakala... wanita memelihara dan mempertahankan maruah...

renugkan..


emmmm....betul....
masing-masing kena sedar peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi....
tepuk dada tanya iman...


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 15:01


tak kurang juga lelaki yang kena tipu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 18:01


wanita perlu dibimbing...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 18:10


Sama ada lelaki atau wanita yang jiwanya belum matang amat mudah untuk jatuh hati yang mereka anggap itu sebagai cinta. Antara cinta dan jatuh hati adalah berbeza. Ramai yang mudah untuk jatuh hati tetapi cinta hanya sekali. Jadi didiklah diri untuk menjadi insan yang berilmu dan dapat membezakan antara jatuh hati dan cinta.

BERCINTALAH SETELAH BERNIKAH!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 19:46


cukup menjadi pengajaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

zahratunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27966
Posting: 85
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 06-03-07 22:26


hmm..geram pun ada..sakit hati pun ada..
Kenapa permpuan ni mudah percaya dengan janji lelaki ni,,,
saya dah kena pun..
tapi bila fikir balik mungkin ada hikmahnya...
membuatkan saya lebih berhati-hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratunnurProfil   Hantar PM kepada zahratunnur   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-03-07 23:12


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

tero_1809
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19818
Posting: 56
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 11:39


np sembahyang rosman tu tak mencegah kemungkaran???????????????????
so org alim pun tak boleh pakai ke????????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For tero_1809Profil   Hantar PM kepada tero_1809   Pergi ke tero_1809's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 11:52


Pada 25-02-07 10:12 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

*inilah sebab wanita kurang percaya laki, mana-mana ada saja cerita begini. Ya Allah andai engkau menemukan kami dengan jodoh ketika hayat ini, kurniakanlh ssorg yang beriman & mencintaiMu serta terpelihara dr mudah ternoda dengan godaan syaitan, juga mampu membimbing kami.amin.



Amin....
Pepempuan memang senang percaya pada lelaki yang dimatanya baik...tapi sebaik2 lelaki tetapi tak boleh dipercayai..manusia ni lain2


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131688 saat. Lajunya....