Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 268
Ahli: 0
Jumlah: 268




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...

zunah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2003
Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 00:00


Assalamualaikum...

Artikel ini ana dapat dari mail ana... perkara yang menyedihkan kita sebagi umat islam

JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis
keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.

"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila
dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikan diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian nothing, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerimaZulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA,
Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil
menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan "bapa".

Ditanya Kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum
mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun meminta bantuannya," tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri.

Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima mudah agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.

Komen anda bagaimana?

Saya ada meminta kawan yang mengerti bahasa Cina untuk menterjemah artikel berkenaan Zulhaidi ini yang disiar dalam suratkhabar Cina. Saya juga ada menggunakan online translator untuk menterjemahkan artikel online suratkhabar Guang Ming. Menurut artikel tersebut, Zulhaidi sejak remaja lagi telah teringin makan makanan ala Cina termasuk yang mengandungi bab* dan arak. Oleh itu, walaupun beliau membesar dalam keluarga Melayu Islam tetapi beliau tetap cenderung kepada naluri
Cinanya. Pada saya, inilah satu contoh jelas di mana keluarga memainkan peranan penting kerana Zulhaidi hanya seorang bayi apabila dibawa pulang oleh keluarga Melayu Islam tersebut. Lihatlah apa yang umat Islam sendiri lakukan kepada anak-anak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hisap dadah, cerai berai dan membiarkan anak-anak mencari makan sendiri pada usia muda. Allah SWT hendak menunjukkan kepada kita akibatnya jika umat Islam tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan anak-anak. Lihat sahaja anak Melayu yang tertukar dan menjadi anak keluarga Cina Teo Ma Leong itu, yang bernama Tian nothing, tidak berminat
mencari keluarga Melayunya yang asal, mungkin sekali kerana keluarga Cinanya telah menjaganya dengan baik. Semoga kita mengambil pengajaran daripada kes ini. :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For zunahProfil   Hantar PM kepada zunah   Quote dan BalasQuote

missy_86
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2007
Ahli No: 28789
Posting: 10
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 00:51


sedih nya kalau macam ni..nak salahkan dia pun susah juga sebab dari kecik tak beri didikan yang sempurna sampai sanggup tukar agama lain serta merta..tapi dia kan ada akal fikiran boleh fikir mana yang baik atau buruk..

haiz..selisih nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For missy_86Profil   Hantar PM kepada missy_86   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 25-02-07 04:08


kalau nak cerita kisah murtad pun rasanya dah terlalu banyak..sedihnya tak tau nak kata apa...
kadang-kadang bila kita tengok kawan-kawan kita yang kaki enjoy..kita cuma pandang sebelah mata..terus anggap mereka ini itu dan ini..sebenarnya lebih baik kita mendekati mereka dalam apa jua cara sekalipon..
wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 25-02-07 08:53


inilah realitinya........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 25-02-07 09:45


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106586 saat. Lajunya....