Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 hari yang lalu
nur_takwa88: 22 hari yang lalu
kismis: 22 hari yang lalu
qaulah_atrah: 33 hari yang lalu
muaz9768: 37 hari yang lalu
Rashdin: 43 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: TV3 diarah henti rancangan Sensasi


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» TV3 diarah henti rancangan Sensasi

Please Mendaftar To Post


Oleh TV3 diarah henti rancangan Sensasi

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 13:05


KUALA LUMPUR 23 Feb. - TV3 diarah menghentikan rancangan Sensasi yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen itu setiap Selasa.

Arahan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 16 Februari lalu berikutan rancangan yang disiarkan pada 30 Januari lalu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Adelina Iskandar berkata, siasatan pihaknya mendapati program itu tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda.

Menurutnya, TV3 didapati gagal mengambil langkah bersesuaian menyunting atau mengawal sebarang kandungan yang tidak sesuai disiarkan mengikut perkara 3.1 dan 5.5 (i) yang ditetapkan di bawah Syarat Khas Lesen.

‘‘SKMM memandang berat aktiviti-aktiviti pemegang lesen penyiaran supaya memastikan keseluruhan program disiarkan menyumbang kepada aspirasi nasional.

‘‘Selain itu, sesuatu rancangan tersebut tidak boleh menyinggung sensitiviti serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia seperti yang dikehendaki oleh Syarat Khas Lesen berhubung kandungan yang dilarang, Kod Kandungan mahupun di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,’’ katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu mencetuskan kontroversi apabila aktres Rosnah Mat Aris mengeluarkan kenyataan yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah.

Pelakon berusia 52 tahun itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditanya oleh pengacara program berkenaan, Awaluddin Shaari mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan dengan usianya.

Jawapannya yang dikaitkan dengan usia isteri Nabi Muhammad s.a.w., Siti Khadijah menimbulkan kekecewaan kalangan penonton khususnya masyarakat Islam kerana dianggap menghina Rasulullah dan ahli keluarga baginda.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa aktres tersebut menarik balik kenyataan tersebut.

Rosnah menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan kenyataan itu.

Adelina berkata, jika TV3 ingin menyiarkan semula rancangan tersebut secara rakaman, maka prosedur sedia ada iaitu ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus dipatuhi.

Tambahnya, ia adalah selaras dengan syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh SKMM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 13:37


i see..

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

ucu_nuriman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6663
Posting: 59
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-02-07 13:45


memang patut pun di hentikan. menimbulkan kekacauan masyarakat saja kalau diteruskan. lepas tu buat tambah dosa orang yang tengok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucu_nurimanProfil   Hantar PM kepada ucu_nuriman   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-07 14:22


harap..para artis ambil ikhtibar. lepas ni harap-harap tak adalah artis2 yang bila diberi peluang bercakap bab agama berani main taram saja. Rajin2la ambil tau hal agama, selain baca buku skrip.
saya pun jk ada tersalah sudilah ditegur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 15:59


Memang patut tutup cerita sensasi


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

milanfman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17311
Posting: 73
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-02-07 17:04


sokong gila......baik tmbah rancangan yang berunsurkan agama.....
lagi bagus

Bookmark and Share

    


  Member Information For milanfmanProfil   Hantar PM kepada milanfman   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 14:44


Jangan salahkan saya Sensasi dihentikan’

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Pelakon Rosnah Mat Aris (gambar) hari ini meminta semua pihak tidak menyalahkan beliau berikutan arahan agar program Sensasi TV3 itu dihentikan siarannya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kontroversi yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan kedua-dua belah pihak.

‘‘Kalau tidak ada soalan, tidaklah ada jawapan. Cuma mungkin, baik saya mahupun pihak pengacara telah membuat kenyataan dan mengeluarkan soalan tanpa menyedari sensitiviti.

‘‘Saya berharap janganlah hendaknya kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi adalah lebih baik kita jadikan ia sebagai satu pengajaran,’’ kata Rosnah ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan kerajaan agar siaran Sensasi yang disiarkan secara langsung setiap Selasa pada pukul 11 malam di TV3 dihentikan.

Rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu, mencetuskan kontroversi apabila aktres itu mengeluarkan kenyataan yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah apabila diajukan pertanyaan oleh pengacaranya mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya.

Bagaimanapun, Rosnah berharap, rancangan Sensasi yang diterbitkan oleh Jamil Hassan dan diacarakan oleh Awaluddin Shaari dan Intan Suraya itu tidak dihentikan kerana ia mempunyai ramai peminat dan mencatat rating yang tinggi.

Malah, beliau menyambut baik saranan pihak suruhanjaya supaya rancangan itu disiarkan secara rakaman untuk mengelakkan kontroversi dan isu-isu sensitif berbangkit.

‘‘Melalui siaran rakaman, pihak penerbitan boleh membuat suntingan dan artis boleh berfikir untuk memberi jawapannya.

‘‘Dengan cara itu ia tidak akan menjatuhkan maruah mana-mana pihak,’’ jelasnya.

Ditanya kemungkinan jika dirinya digam oleh pihak stesen TV berikutan kontroversi yang ditimbulkan, Rosnah berharap semua pihak memaafkan dia.

‘‘Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya pula adalah ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan.

‘‘Saya minta janganlah hendaknya cepat menghukum. Saya akui kesilapan saya dan insaf, malah terus membuat kenyataan meminta maaf secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, TV3 dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu esok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-02-07 14:45


TV perlu ambil kira sensitiviti agama – TPM
MEKAH 24 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa stesen televisyen di negara ini mengambil kira soal sensitiviti kaum dan agama serta mengelakkan sebarang kontroversi apabila menyiarkan sebarang program untuk tatapan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program-program yang berbentuk sensasi perlu diberi takrifan yang jelas supaya ia tidak menyentuh perkara-perkara yang menimbulkan kontroversi atau sensitif terutama yang menyentuh agama, kaum dan budaya.

‘‘Program sensasi bukannya tidak boleh diadakan sama sekali, cuma kandungannya, gaya dan cara percakapan mereka yang terlibat dalam program itu mestilah mengambil kira keadaan sensitiviti di dalam negara kita, supaya tidak timbul masalah yang tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini, sempena lawatan kerjanya selama seminggu ke Arab Saudi, bermula semalam.

Najib berkata demikian sebagai mengulas arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya TV3 menghentikan rancangan Sensasi yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen itu setiap Selasa.

Arahan itu dikeluarkan oleh SKMM pada 16 Februari lalu berikutan rancangan yang disiarkan pada 30 Januari lalu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Rancangan itu menimbulkan kontroversi apabila aktres Rosnah Mat Aris mengeluarkan kenyataan yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak khususnya umat Islam di negara ini.

Mengenai lawatannya ke Arab Saudi, Najib berkata, beliau diundang oleh kerajaan Arab Saudi untuk menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah yang akan berlangsung pada Selasa ini.

Katanya, beliau akan menyampaikan ucapan bertajuk ‘Penswastaan - Pengalaman Malaysia’.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai pengalaman luas berhubung dasar penswastaan sejak 1980-an dan ia amat berguna serta boleh digunakan oleh negara-negara sahabat termasuk negara-negara Islam di rantau ini.

‘‘Saya akan menghuraikan kesan positif dasar tersebut (penswastaan) terutama dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menggunakan kesempatan semasa forum itu untuk mengadakan pertemuan dengan pedagang dan pelabur dari Arab Saudi dan mempelawa mereka melabur di Malaysia.

‘‘Kini sudah ada minat yang mendalam di kalangan pelabur Asia Barat untuk melabur di Malaysia dan kita berharap pertemuan itu akan dapat meningkatkan kesedaran pelabur di sini untuk membuat pelaburan jangka panjang atau menarik pelabur portfolio terutama dalam pasaran modal kita,” tambah beliau.

Sementera itu di Kajang, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua stesen televisyen tempatan supaya menyediakan garis panduan terhadap rancangan bual bicara bagi mengelakkan isu sensitif sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan isu-isu yang dibincang tidak menyentuh sensitiviti agama.

‘‘Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa menekankan soal tersebut bagi memastikan perkara yang dibincangkan itu tidak menyinggung mana-mana pihak,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan 30 pemidato UMNO Bahagian Hulu Langat kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Pengurusan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, di sini, hari ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10214 saat. Lajunya....