Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: HARAMKAN IKLAN MAKANAN SEGERA DAN PENJUALANNYA DI KANTIN SEKOLAH? PENDAPAT ANDA?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» HARAMKAN IKLAN MAKANAN SEGERA DAN PENJUALANNYA DI KANTIN SEKOLAH? PENDAPAT ANDA?

Please Mendaftar To Post


Oleh HARAMKAN IKLAN MAKANAN SEGERA DAN PENJUALANNYA DI KANTIN SEKOLAH? PENDAPAT ANDA?

serbanmerah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22522
Posting: 40
Dari: UiTM Shah Alam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 11:47


Assalamualaikum ..

Menteri Kesihatan kita Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah keluarkan statement yang beliau akan maklumkan cadangan tersebut di kabinet...

Saya nak minta pendapat kawan-kawan... Adakah cadangan ni mampu menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat?

Terima kasih...

Wassalam...
[ Telah diedit oleh: serbanmerah pada 23-02-07 11:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For serbanmerahProfil   Hantar PM kepada serbanmerah   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 11:57


Assalamualaikum...
pada pendapat saya ye... bila budak-budak sekolah tak tdedah dengan iklan2 makanan segera ni... tentulah mereka tak tau kewujudan makanan segera tu... so, budak-budak ni akan makanan yang berkhasiat saja... Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

try_mk
Warga Rasmi
Menyertai: 21.02.2007
Ahli No: 28833
Posting: 14

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:04


benda-benda ni kita bersatu nak hentikan.kalau setakat seorang due saja yang berani bersuare tapi yang len berani cakap kat belakang tak guna juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For try_mkProfil   Hantar PM kepada try_mk   Quote dan BalasQuote

serbanmerah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22522
Posting: 40
Dari: UiTM Shah Alam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 12:39


to:- hana

betul tu.. makanan segera ni lah nyg menyebabkan ramai rakyat yang menghidapi penyakit kritikal.. maggi, burger, kfc adalah makan tak seimbang... kalau pun tak terdedah kat media..melalui kawan-kawan dan jualan kat kedai runcit pun mereka akan tahu juga..

to:- try_mk

cadangan ni dari menteri kabinet..jadinya ianya menjadi amat serius..

rasa2 nya berkesan ke cadangan ni galakkan rakyat punyai cara hidup yang sihat?
[ Telah diedit oleh: serbanmerah pada 23-02-07 12:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For serbanmerahProfil   Hantar PM kepada serbanmerah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 15:16


:-D A'ah....setuju sesangat, patut nya diharamkan sejak dari dulu lagi......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

zunah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2003
Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 15:23


emm... ana setuju juga.. tapi kalau setakat iklan saja diharamkan.. tapi penjualan masih diteruskan.. sama sajalah dengan rokok... iklan rokok dah tak ada.. tapi rokok masih dijual.. dan pembeli makin meningkat..... sampaikan umur 5tahun pun dah pandai nak merokok... hmm... siapa nak jawab ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zunahProfil   Hantar PM kepada zunah   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 16:28


ana bersetuju dengan pendapat saudari zunah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 08:21


Haramkan Iklan Makanan Segera kalau boleh merosakkan kesihatan

Iklan-iklan mendedahkan aurat wanita bagaimana, iklan mengeksplotasi tubuh wanita bagaimana ?

Inilah masalah Islam Hadhari, mementingkan zahiriah, mementingkan dunia semata-mata.

Kesihatan fizikal dijaga, bagaimana pulak dengan kesihatan iman yang dirosakkan oleh iklan-iklan mendedahkan tubuh wanita

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 08:32


Kita menyokong usaha murni kerajaan ini tetapi ia bukan setakat perkara yang membahayakan kesihatan fizikal. Yang lebih penting difikirkan oleh kerajaan yang diwakili orang Islam ialah perkara yang membahayakan kesihatan aqidah, kesihatan akhlak dan moral masyarakat.

Kalau ramai orang boleh sakit dan mati dengan sebab makanan segera, apa kurangnya penyakit masyarakat akibat produk-produk mungkar yang berleluasa dalam negara kita.

Kalau makanan segera berbahaya, pub dan disko juga berbahaya, konsert percampuran lelaki perempuan juga bahaya, sambutan tahun baru ala kafir juga bahaya, iklan-iklan tubuh wanita di tv juga bahaya, imej-imej seksi di akhbar dan majalah juga bahaya.

Pernah mereka terfikir apa punca kes buang bayi yang statistiknya mencapai ribuan kes, pernah mereka terfikir bilangan GRO melayu yang berbelas ribu, pernah mereka terfikir setengah juta penagih dadah, pernah mereka terfikir mat rempit dan bohsia yang bersepah. Pernah mereka ambik fikir punca semua ini

Harapkan Forum Perdana Ehwal Islam haram untuk mereka menyentuh perkara-perkara mungkar, yang dibincangkan ialah perkara-perkara yang tidak menyentuh soal pemerintahan dan jinayah Islam.

Kalau ada Ustaz atau Ulama yang sentuh, jawabnya kena gam oleh RTM dan tak boleh keluar TV atau radio. Ulamak menyatakan kebenaran, digam, artis berpakaian seksi dan pertandingan Ratu cantik diizin pulak keluar TV.

Ini yang utama patut difikirkan selain makanan segera yang membahayakan kesihatan, kerajaan patut sedar mereka sedang menghidangkan juadah maksiat dan mungkar yang merosakkan agama dan bangsa mereka sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 08:35


Jangan hanya makanan segera, semua iklan perlu dikaji sama     

Anis Nazri
Fri | Feb 23, 07 | 11:15:26 AM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang menuntut satu penilaian menyeluruh dibuat terhadap iklan-iklan yang disiarkan di media Malaysia, yang mengandungi unsur negatif dan bukannya tertumpu kepada makanan segera semata-mata.

Beliau berkata, iklan-iklan berunsur negatif seperti pemaparan wanita seksi dengan pakaian menjolok mata perlu diharamkan memandangkan ia tidak sesuai sebagai tontonan umum.

Katanya, walaupun PAS menyokong hasrat kerajaan mengharamkan iklan makanan segera di media massa, adalah lebih baik jika kerajaan turut memberi perhatian kepada iklan yang menjadikan wanita sebagai objek seks.

"Iklan-iklan yang menonjolkan wanita seksi nampaknya begitu berleluasa disiarkan di kaca televisyen, yang jelas mengeksploitasikan tubuh wanita, sedangkan produk yang dipromosikan tidak ada kaitan langsung dengan pengguna wanita," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Kebelakangan ini, tambah Ustaz Ahmad, penyiaran iklan-iklan sebegini menjadi semakin tidak terkawal apabila iklan yang diimport dari negara Barat telah disiarkan tanpa sebarang tapisan dengan topik-topik yang menyentuh bahagian-bahagian sensitif manusia, terutamanya wanita.

Justeru, beliau mempersoalkan, adakah iklan seumpama ini memaparkan gaya hidup yang sihat dan perlu diteruskan siarannya dalam media massa Malaysia.

"Tidak ada gunanya mengharamkan iklan makanan segera kalau budaya cabul, hedoisme, seks, hiburan melampau dan pergaulan bebas dipaparkan sebagai cara hidup yang moden yang perlu diikuti dan dicontohi," katanya.

Beliau menambah mengharamkan iklan makanan segera tidak akan membantu membina gaya hidup yang sihat dan positif kalau elemen-elemen negatif yang lain masih dibiarkan bermaharajalela di dalam media cetak dan elektronik.

Dalam hal ini, Ustaz Ahmad berkata tindakan yang diambil perlulah secara menyeluruh bagi menjamin keberkesanannya. Ia memerlukan kemahuan politik yang tinggi dan tindakan bersepadu untuk menghindarkan budaya hidup Barat terus mendominasi kehidupan rakyat negara ini.

Baginya, makanan segera hanya mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tetapi budaya cabul dan seks yang terus diklankan akan merosakkan minda, akhlak dan hati anak-anak muda. Lebih membimbangkan ialah ia akan menghakis akidah umat Islam. Setiap iklan mengandungi mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.

"Jika dibiarkan lama-kelamaan ia akan diterima sebagai cara berfikir dan gaya hidup seperti mana yang telah diamalkan oleh golongan remaja dan anak-anak muda," tegas beliau.

Oleh itu, PAS menuntut supaya penilaian menyeluruh dibuat terhadap iklan-iklan, tidak terkecuali yang berselindung di balik produk dan penajaan rancangan tertentu sama ada yang berbentuk hiburan atau tidak. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-02-07 12:30


kalau membawa kebaikan amatlah dialu-alukan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122462 saat. Lajunya....