Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 331
Ahli: 0
Jumlah: 331




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 16 jam, 8 minit yang lalu
khalifah: 6 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 24 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Mr Cinderella


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Mr Cinderella

Please Mendaftar To Post


Oleh Mr Cinderella

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-02-07 23:02


Mr. CINDERELLA {CHAPTER 1}
Husna memicit lututnya yang mula terasa sakit. Dari satu kedai ke satu kedai dia dan Junaidah menapak. Entah apa yang budak Jun ni cari, semuanya tak berkenan. “Dah lah tu Jun. Aku dah penat ni. Kalau nak beli cepatlah! Kalau tak nak jom lah balik” Dia menyeringai menahan rasa sakit di lututnya.

Sejak pukul 10 pagi tadi mereka berdua keluar. Sekarang sudah hampir 4 petang, hendak patah semua tulang temulang nya mengikut langkah Junaidah yang tidak pernah berhenti.

Junaidah tersengeh! Baju ditangannya terus dibelek-belek. Macam berkenan, macam tak. Hemm…Banyak sungguh pilihan. Rambang mata hendak memilih. Husna yang masih memicit lututnya tersentak tatkala Junaidah tiba-tiba meraih tangannya.

“Tu! Tu! Cuba kau tengok kat sana tu! Tunang kau tu kan?” Jarinya tergawang-gawang menunjuk pada susuk tubuh seorang lelaki. Husna membetulkan cermin matanya berkali-kali. Memang benar! Itu tunangnya, Amirul sedang bermesra dengan perempuan lain.

“Hemmm…Biarkanlah dia.! Jomlah kita balik. Aku dah penat sangat ni. Kang mahunya aku baring kat lantai ni” Junaidah menjegilkan matanya. “What? Biarlah? Apalah kau ni Una! Sikit-sikit biarlah! Sikit-sikit tak pelah! Lantaklah! Semua pun kau tak kisah” Dah sudah! Al-kuliyyah dah mula dah.

“Samalah macam kau kat tempat kerja. Semua benda pun kau buat. Packing barang pun kau, check screw pun kau buat,sampai key in data pun kau buat jugak! Bila ada offer untuk jawatan leader kau tak nak ambil peluang. Semuanya kau kata biarlah! Tak pelah! Biar boss nilai sendiri kerja kau” Adoi! Tak habis lagi ke Al-kuliyyah ni ?

“Kalau nak tunggu boss nilai pretasi kerja kau, sampai kucing bertanduk pun kau tak akan dapat tau! Semuanya kaki bodek!” Kucing bertanduk? Sekarang dah ada pun kucing bertanduk!

“Ni hah! Tunang kau tengah bermesra dengan perempuan lain pun kau kata biarlah! Heeeee! Geram aku dengan kau! Jom ikut aku!” Husna terkebil. Biar betul budak Jun ni! Nak suruh aku buat apa pulak?

“Oit! Apa ni Jun? Sakit lah!” Husna berusaha melepaskan tangannya. “Nak buat apa pergi kat dia. Aku tak nak lah!” Cermin matanya yang terjatuh, dibetulkan cepat-cepat. Hish! Kenapa budak Jun ni? Patutnya aku yang marah tapi terbalik pulak! Dia yang lebih-lebih.

“Hah kan! Kau lah punya pasal! Terhegeh-hegeh nak pergi. Kan sekarang dia dah hilang!” Mata Junaidah melilau mencari ke sana ke sini. Fuh! Lega! Nasib baik dia dah hilang, kalau tak mati aku! Husna sekadar tersengeh.

“Dahlah tu Jun. Yang kau angin ni Kenapa? Jomlah aku belanja kau makan aiskrim ye.” Budak Jun ni kena cepat di pujuk, kalau tidak sampai subuh pun belum tentu bebelannya akan berhenti.
**************

“Auntie! Auntie! Beg auntie tercicir!” Husna berlari-lari mengejar wanita di hadapannya. Wanita yang sudah separuh melangkah itu, berhenti. “Oh! My God! Thank you so much young lady. You’re very kind” Wanita pertengahan usia itu mengurut dadanya berkali-kali. “What’s your name?” Soalnya sambil tersenyum “Husna!”

“Short name?” Senyumannya masih terukir di bibir “Una! Auntie boleh panggil saya Una” Wanita itu mengangguk beberapa kali. “Susah nak cari orang sebaik Una zaman sekarang ni. Kalau orang lain yang jumpa beg auntie ni, memang dah lama lesap!”

Husna tersenyum. Wanita separuh usia ini masih cantik dalam pakaian berjenama terkenalnya. Rambutnya agak keperangan. “Jom Una ikut auntie pergi minum. Auntie belanja”

“Eh? Tak apalah Auntie! Saya kena balik sekarang. Dah nak dekat pukul 10 malam. Takut saya terlepas bas yang terakhir pulak nanti” Jam di tangan kirinya direnung beberapa kali. “Una tinggal kat mana?”

“Cheras” Wanita itu tiba-tiba ketawa. “Cheras? Auntie pun nak menghala ke sana. Tak pelah, kita pergi minum dulu. Nanti Auntie hantarkan Una pulang ok?” Hemmm…Orang dah beria-r.a nak tolong kita, tak kan nak tolak pulak!

Husna terlopong memandang kereta BMW yang menjalar mewah di hadapannya. Dia teragak-agak untuk masuk. Heh! Memang selesa betul duduk kat dalamnya. “Una buat apa mala-malam buta kat sini?”

“Errr….Saya kerja part time sebagai guru tuisyen kat situ.” Wanita itu mengangguk-ngangguk kepalanya. “Una mengajar apa kat sana? Siang Una kerja apa?” Soalnya seolah-olah berminat. “Bahasa Melayu! Saya ni cuma operator pengeluaran kat sebuah kilang saja”

“Hummmm…..Not bad! Una belajar sampai mana? Tak masuk U?” Hish! Kenapa banyak sangat soalannya ni. “Errr…Sampai tingkatan 6 auntie. Dapat tawaran U tapi keluarga Una susah, adik beradik pun ramai. Una rasa lebih baik bagi peluang kat adik-adik untuk belajar lebih tinggi”

“Setiap hari ke Una mengajar? Berapa bayaran yang Una dapat” Adoi! Macam polis pulak auntie ni! “Tak delah setiap hari auntie. Seminggu 2 kali, hari rabu dan sabtu. Bayaran dia bolehlah tahan. Una dapat RM250 sebulan” Harap-harap dia tak tanya lagi.

Wanita itu terdiam. Bagaikan memikir sesuatu lagaknya. “Anak auntie yang bongsu nak ambil SPM penghujung tahun ni. Kalau auntie offer Una jadi guru tuisyen untuk anak auntie, Una nak tak?” Gulp! Ajar anak dia? betulkah apa yang aku dengar ni?

“Auntie bayar RM400 sebulan. Waktu mengajar sama macam waktu Una sekarang. Macam mana?” What? RM400 sebulan ? Wow! Lumayan tu! Basic gaji dia sebagai operator pun baru RM550 sebulan dan lagi dia cuma perlu mengajar 2 kali saja seminggu. Dengan bayaran sebanyak tu, memang dia menolak tuah kalau tak terima!

Dan di situlah bermulanya perkenalan dengan mama Amirul, Datin Salwa. Dan dari situ jugalah segala-galanya bemula.

“Oit! Jauh menung tu! Sampai Along balik pun tak sedar!” Husna tersentak. “Hemmmmm…Patutlah, ada cerita korea kat tv. Memang hantulah tu! Kalau langit runtuh pun tak sedar!” Along atau nama sebenarnya Zuraini mula mengusiknya. Dia, Junaidah dan Along menyewa bersama di sebuah rumah teres 2 tingkat.

Along andartu yang berusi lewat 30-an masih belum berkahwin. Tapi yang hairannya, hampir setiap hari ada saja ceritanya diurat orang. Ada saja orang yang hendak berkenalan dengannya. Driver teksi lah, driver bas lah, konduktor baslah. Eh? Mana ada dah konduktor bas sekarang ni. Tapi itulah, jodohnya masih belum sampai. Tak macam dia, peminat tak ada, boyfriend apatah lagi. Tup! Tap! Tup! Tap! Dah jadi tunang orang. Hemmmm….Kententuan Ilahi memang di luar pengetahuan kita!

“Tengok tu! Dok ralit lagi dengan cerita korea tu! Entah apa yang best pun entahlah!” Along mula geram bila bicaranya tidak dilayan. Husna sekadar tersengeh. Bukannya dia tengok sangat pun cerita di tv tu, fikiranya menerawang jauh.

“Jun mana? Tak nampak pun”

“kat dapur. Hari ni turn dia kena masak” Along mengangguk beberapa kali. “Oiiii Jun! anda masak apa?” Laung Along kuat. “Nasi Goreng!” Dia memandang Husna sambil tersenyum. “Hum! Nasi goreng lagi? Kalau turn dia, memanjangnya nasi goreng. Kali ni entah apa nama nasi goreng dia itu!” Husna tergelak kecil mendengarnya

“Kau tak pergi mengajar ke Una?”

“Hari ni hari apa Along? Esok!” Balasnya pendek.

“Along nak cakap sikit dengan kau ni Una. Sebenarnya Along pun serba salah nak cakap ke idak tapi rasanya lebih baik beritahu!” Aik? Lain macam saja bunyi intronya. “Apa halnya Along? Cakap sajalah. Una tak kisahnya”

“Tadi, masa Along pergi Mines, Along terjumpa tunang kau Una. Tapi Along nampak dia dengan perempuan lain. Bukan main mesra lagi! Siap berpeluk-peluk!” Senget-senget mulut Along menyampaikan berita.

“Alah Along! Tak payah ceritalah! Kita orang dah tahu pun! Ni hah! Si Una ni pun nampak dengan mata kepalanya sendiri” Junaidah tiba-tiba menyampuk. Dia muncul dengan dulang berisi nasi goreng. Berkepul-kepul asap nasi goreng menyimbah ke muka mereka.

“Tapi… Budak Amirul tu bertuah sebab dapat tunang yang bodoh macam si Una ni hah!” Amboi! Dia panggil aku bodoh? Sabar sajalah! Nasib baik kawan aku! “Una ni Along, balik-balik dengan “magic words” dia tu! Biarlah! Lantaklah! Heee! Tak faham lah Jun!”
Along mengekek ketawa mendengar bebelan Junaidah.

“Dah lah tu Jun! Hal dia orang, biar dia oranglah yang settle. Yang kau ni masak nasi goreng apa pulak ni?” Along menguis-nguis nasi goreng di depannya. “Ish! Along ni! Janganlah dikuis-kuis nasi tu! Makanlah! Ni secret recipe tau! Puas Jun bodek makcik kantin kat kilang tu ajar.”

“Sedap sangat ke sampai anda sibuk-sibuk nak belajar ni Jun” Along masih merenung nasi goreng di hadapannya. “Kalau tak sedap, tak kan hari-hari makcik tu masak, lepas itu hari-hari pun habis. Cubalah dulu Long!” kasihan pulak nengok muka Si Jun ni. Makan sajalah. Tak sedap pun telan saja lah. Jangan complan, kang ada yang sakit telinga dengar Al-Kuliyyah dia tu. Tak faham macam mana budak Hisham boyfriend Si Jun tu boleh tahan dengan dia yang kaki leter ni.

********************

Dia yang baru separuh melangkah masuk ke perkarangan rumah banglo itu terhenti. “Eh? Auntie dengan Uncle ni nak ke mana?” Pelik melihat kedua-duanya sudah berpakaian cantik

“Kami ada dinner dengan YB Una. Balik lambat sikit malam ni” Datin Salwa tersenyum manis. Anggunnya dia dalam kebaya labuh berwarna biru laut itu. “Masuklah Una! Tapi Amira tak ada. Dia keluar kejap beli buku. Kejap lagi dia balik lah tu”

“Habis tu siapa yang ada kat rumah? Mak Pah ada kan Auntie?” Soalnya sambil mula berjalan. “ Mak Pah cuti hari ni. Jangan takutlah Una, Amirul ada kat dalam tu” Amirul? Husna menelan air liurnya berkali-kali. Berdua saja dengan dia dalam rumah banglo ni?

Husna terjengket-jengket masuk ke dalam. Matanya melilau di sekitar ruang tamu. “Woi! Macam pencuri saja masuk!”

“Arghhhhh!!” Husna menjerit kuat. Dia yang sedang menuruni anak tangga, tergolek di atas lantai. “Arghhhh!!!” Dia menjerit lagi bila menyedari Amirul yang berdiri di hadapannya cuma memakai tuala.

“Laaaa…Apa pasal Una? Tengok abang macam tengok hantu saja” Itu saja yang baik tentang Amirul ni. Meskipun hubungan mereka berdua tidak pernah baik tetapi Amirul tidak pernah beraku-aku dengannya. Husna menekup kedua matanya dengan tangan. Tak sanggup memandang tubuh Amirul yang hanya separuh bogel.

Amirul tergelak. Berdekah-dekah bunyi tawanya. Dia memang lucu melihat tingkah Husna. Gadis itu memang penakut dan mudah panik. Melihat Husna yang ketakutan itu, Amirul mula mengusiknya. “Alaaaa….Una, macam tak biasa pulak! Bukannya abang tak pakai apa-apa. Yang tutup mata tu buat apa?” Dia memegang kemas kedua belah tangan Husna. Sekali hentap sahaja, tangan Husna sudah dapat direnggangkan dari matanya. Namun Husna masih terus memejamkan matanya.

“Oit! Abang Long! Buat apa tu?” Amira yang tiba-tiba muncul hairan melihat gelagat kedua mereka itu. “Kak Una tu belum isteri Abang Long yang sah lagi tau tak? ? Itulah! Orang suruh kahwin cepat-cepat, tak nak. Asyik bertangguh-tangguh! Tapi dia sendiri yang tak sempat-sempat!” Bebelan Amira hanya disambut dengan ketawa Amirul.

“Kak Una tak apa-apa ke? Abang Long tu memang suka mengusik!” Amira membantu Husna yang meraba-raba mencari cermin matanya yang terjatuh. “Kenapa Mira lambat sangat? Dah lama Kak Una tunggu tau!” Amira tergelak. Lucu melihat wajah pucat Husna. Memang dia takut betul masa tu. Bimbang jika Amirul melakukan yang bukan-bukan terhadapnya.

“Eh? Abang Long ni nak kemana pulak? Sapa yang nak hantar Kak Una balik nanti? Ma dengan Pa balik lewat malam ni!” Soal Amira tatkala melihat Amirul yang sudah bersiap-siap untuk keluar. “Abang Long keluar kejap saja. Kang dalam pukul 12, Abang Long balik lah” Hah! Pukul 12? Biar betul lelaki ni? Esok dia kerja. Pukul 7.30 dah nak kena masuk line. Mana boleh!

bersambung......
masa. CINDERELLA {CHAPTER 2}
“Betul ke Kak Una nak balik sendiri ni? Dah dekat pukul 10 ni. Tunggulah Abang Long balik dulu. Kejap lagi sampai lah dia tu” Amira agak resah dengan keputusan Husna. Jam dinding yang terletak di ruang tamu, direnungnya berkali-kali. Ish! Mana Abang Long ni?

“Tak pelah Mira. Masih awal lagi. Kak Una balik naik teksi saja. Kalau tunggu abang Mira, entah bilalah dia balik. Belum tentu dia akan sampai pukul 12, entah-entah pukul 1 pagi pun belum tentu” Amira terdiam. Memang ada betulnya kata Husna. Apalah Abang Long ni! Nama saja peguam tapi perangai langsung tak ada etika!

“Kak Una ada hand phone? Kalau apa-apa hal boleh call Mira” Hand phone? Manalah dia ada. Daripada membeli benda alah tu, lebih baik wang itu dikirimkan ke kampung. Banyak faedahnya. Lagipun, siapalah yang hendak dia telefon.

Husna sekadar menggelengkan kepalanya. “Tak ada? Kenapa Kak Una tak minta Abang Long belikan. Zaman sekarang ni, hand phone tu amat penting untuk kita” Ye lah tu! Nak minta Amirul belikan? Nak bercakap dengan dia pun susah, apatah lagi hendak meminta yang bukan-bukan.

Husna melangkah takut-takut menuju ke hentian bas. Jalan agak lengang biar pun baru pukul 10 malam. Mungkin di sebabkan jalan ini terletak di kawasan perumahan. Dia memeluk kemas beg galasnya yang di letak di dada. Di dalam hatinya, tak usah cakaplah, terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-quran.

Dia mula resah. Setengah jam menanti, namun tiada kelihatan kelibat teksi di hadapannya. Hish! Mana teksi ni? Bas pun tak ada! Dia dah mula menggigil ketakutan. Ditambah pula dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menyentuh tubuhnya. Aiseh! Seram lerrr….

Sebuah kereta perdana berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Ah sudah! Siapa pulak ni? Dia berundur ke belakang. Begnya makin kemas dipeluk. Kalau jadi apa-apa, beg ini akan digunakan sebagai senjatannya. “Una! Kenapa tak tunggu abang? Abang balik kat rumah, tengok Una dah balik!”

Fuh! Lega. Nasiblah dia yang muncul. “lah…Tunggu apa lagi? Cepatlah!” Husna kelam kabut membuka pintu kereta. Namun puas ditariknya tapi masih tidak boleh di buka. Berpeluh dia dibuatnya. Yang hantu sekor ni pun satu. Boleh ditengok saja aku yang terkial-kial ni!

“Alahai! Tak kan nak buka pintu pun tak pandai. Ni mesti kes tak pernah naik kereta ni” Amirul tergelak-gelak memandangnya. Hampeh betul! Mentang-mentanglah aku ni jenis yang kelam kabut.

Amirul mengetuk-ngetuk jari jemarinya di stereng kereta sambil menyanyi mengikut rentak lagu. Sesekali dia menjeling Husna yang duduk macam kayu di sebelahnya. Budak ni memang kolot betul. Pakai cermin mata tak padan dengan muka. Dahlah bingkainya besar, empat segi pulak tu! lepas itu rambutnya yang lurus tu, sentiasa ditocang dua. Tak pernahnya nak mencuba style yang lain. Kampung betul! Dia tersengeh. Tergelak di dalam hati. Kalau tidak kerana Ma yang memaksanya, mati hidup balik pun dia tidak akan pergi meminang budak ni.

“Errr…kita pergi makan kejap ye. Nanti lepas itu baru abang hantar Una balik” Adoi! Dah nak pergi makan pulak? Yang dari tadi keluar berjam-jam tak kan tak makan agaknya? Leceh betul mamat ni!“Esok Una kerjalah. Una nak balik”

“Alah! Macamlah dia seorang saja yang kerja. Abang pun kerja jugak. Ah! Jom sajalah. Bukannya lama sangat pun. Belum pukul 12 lagi, makna malam masih awal.” Awal tengkorak dia! Dia senang lah cakap. Pukul 9 baru masuk kerja, tapi aku ni, nak kena bersengkang mata bangun awal. Kang lewat, punch card merah. Dah separuh daripada attendance allowance akan kena potong. Macam lah dia boleh ganti duit aku yang kena potong tu!

Husna diam. Malas dah hendak membantah. Kalau dia enggan macam mana sekalipun, Amirul pasti bertegas dengan keputusannya. Nak buat macam mana, dah nama pun menumpang kereta dia, terpaksa saja lah mengekor.

“Una nak makan apa?” Husna sekadar menggelengkan kepalanya. “Minum?” Kepalanya digeleng lagi. Malam-malam macam ni, tekaknya memang tak ada selera. “Amboi diet ke? Badan dah slim dah. Nak diet buat apa lagi?” Hish! Dia ni! Kalau tak buat aku sakit hati tak boleh ke. Nasib baik aku ni jenis yang tak suka cari gaduh.

Amirul yang sedang enak menikmati mee hailam, terhenti suapannya tatkala telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Dia tersenyum tatkala melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon “Hai sayang! Baru tadi jumpa, U dah call. Rindu I ke?” Huh! Menyampah. Nak mengeletik pun janganlah kat depan aku!

Sesekali Amirul ketawa. Kemudian berbisik-bisik manja. Adoilah! Pukul berapa nak balik ni? Tension betul! “Ok lah Una! Jom kita balik!” Ya Allah! Leganya rasa. Bagaikan terlepas dari hukuman gantung saja rasanya. Husna bingkas bangun. Dia cepat-cepat menuju ke kereta. “Amboi! Cepatnya dia. Dah tak sabar-sabar nak balik. Macam lah ada suami kat rumah!” Amirul tergelak besar melihat tingkah Husna. Ah! Lantaklah. Aku peduli apa! Janji aku nak sampai rumah cepat-cepat. lepas itu nak tidurrrrrr…..

***************************

“Una, kau OT tak hari ni?” Soal Junaidah yang sudah berdiri di sisinya. Husna sekadar menggelengkan kepalanya. Hari ni sehari suntuk dia packing screw M7, ya Allah! Letihnya hanya tuhan yang tahu. Kalau nak suruh dia OT lagi, mahunya dia pengsan terus.

“Kau ikut aku ye!” Husna mengerutkan keningnya. “Nak pergi mana Jun. Aku letih lah. Aku packing M7 hari ni. Penat tahu tak?” Dia memicit-micit pinggangnya yang mula terasa sakit. Dahlah kena berdiri pulak tu. “Alah! Jomlah Una! Teman kan aku. Aku nak pergi butik Kak Lia.dah banyak kali dia suruh aku jumpa dia, tapi aku tak pergi-pergi. Mesti dia dah mengamuk gila tu” Biarlah dia mengamuk! Apa kena mengenanya dengan aku. Hiiii! Mahu saja ayat yang menghiris kalbu tu di keluarkan tapi tengok muka seposen Si Jun ni, buat dia tak sampai hati.

“Yahoooo! Kaulah sahabat aku dunia akhirat Una” Junaidah meloncat kegembiraan. Tubuh Husna dipeluknya beberapa kali. Hish! Mengalahkan orang menang loteri!

Ramainya orang kat Mines Wonderland ni. Time orang habis bekerja, berpusu-pusulah memenuhi ruang kompleks ni. Dia terkedek-kedek mengikuti langkah Junaidah. Minah ni pun satu! agaknya ye pun tunggulah aku! Tak appreciate langsung aku yang bersusah-payah menemaninya.

“Hai Kak Lia!” Sapa Junaidah sebaik kakinya melangkah masuk ke butik pengantin milik kakaknya. Keruh saja muka akak aku ni, Kenapa pulak? “Kenapa kak? Lain macam saja Jun tengok”

“Ni hah! Akak ada design baju pengantin yang baru. Akak dah arrange model untuk pakai baju tu. Alih-alih dia tak dapat datang pulak! Ni yang akak tengah angin ni!” Julia mula menyumpah-nyumpah di dalam hatinya. ‘Esok sajalah buat kak”

“Mana boleh! Juru foto ni cuma free hari ni saja. Lagi pun dah nak dekat bulan 5. Kan ke cuti sekolah masa tu. Kalau akak lambat ambil foto untuk baju ni, nanti rugilah akak!” Julia mula ke hulu ke hilir. Pening kepalanya. “Apa kena mengena baju akak dengan cuti sekolah pulak?”

Julia mengetap bibirnya. “Kenapa lah kau ni slow sangat Jun oiii! Kan cuti sekolah musim orang buat kenduri kahwin. Hish! Tu pun tak faham-faham!” Junaidah tersengeh. Memang betullah kakak dia ni tengah angin. Bergurau sikit pun tak boleh.

Husna yang sedang keletihan sekadar mendiamkan dirinya di sebelah Junaidah. Kening Husna mula berkerut-kerut. Apa hal pulak minah berdua ni? Dia serba salah bila menyedari mata Julia dan Junaidah memandang ke arahnya serentak.

“Una!” Junaidah mula tersenyum. “ Uh! No way! Una tak nak!” Husna mula menyedari maksud pandangan kedua mereka tadi. “Alah tolonglah Una. Hanya kau saja yang boleh selamatkan butik kakak aku ni. Hidup dan mati dia hanya bergantung pada kau!” Hum! Pandailah kau Jun! Hidup dan mati konon! “Kau sajalah Jun! Kenapa aku pulak. Kau lagi cantik dari aku!”

“Aku mana boleh. Aku pendek! Kau tu slim, badan pun tinggi lampai. Kulit kau pun putih melepak. Sesuailah tu. Muka tu boleh make-up. Tak ada halnya” Amboi! Senangnya dia cakap tak ada hal. Kalau mak dengan ayah tahu, mati aku!

“Tolonglah Una! Una tak kasihan kat akak ke?” Adoi! Ni lah yang dia tak tahan ni. Bab kasihan-kasihan ni, memang dia paling lemah. “Ok! Una setuju tapi dengan 2 syarat. Pertama jangan suruh Una jadi model akak lagi lepas ni. Lagi satu, rahsiakan identity Una”

“No problem Una. Akak janji!” Cepat saja Julia bersetuju. “Jat! Mai sini sat!” Seorang lelaki yang lemah gemalai lembutnya, lenggang lengguk menghampiri mereka. “Macam mana ni Kak Lia? Jat nak tunggu sampai bila? Sat lagi Jat nak kena pergi butik si Naina pulak. Dah dua tiga kali dia dok call Jat ni” Aduh! Lembutnya jantan ni. Siap tangan-tangan lagi bila bercakap.

“Alah hang ni! Dengan akak pun berkira. Ni hah! Hang make-up Si Una ni. Dia jadi bidan terjun hari ni” Husna menelan air liur beberapa kali tatkala jantan lembut itu memandangnya dari atas ke bawah.

“Hah! Hang tunggu apa lagi minah oii! Jom cepat aku ni dah lambat” Kelam kabut Husna berjalan bila tangannya diheret . Lembut-lembut pun boleh tahan jugak kuatnya bila dia tarik aku!

Jat membulatkan matanya. Tak percaya matanya memandang. Di sebalik cermin mata besar empat segi itu, tersembunyi seorang gadis jelita. Tak susah hendak memake-up kan Si Husna ni. Cantiknya semula jadi. Pipinya licin bak telur dikupas. Hidungnya mancung terletak dan yang paling dia suka tahi lalat manis yang terletak di bawah bibirnya yang comel. Alahai! She’s look very beautiful!

Jat tergopoh gapah mendapatkan Julia yang resah menanti di luar. “Kak Lia! Hang mesti tak percaya bila hang tengok sat lagi” Julia mengerutkan keningnya. Apahal pula mamat lembut ni. “Ok! Ready! 1, 2, 3 …. Una keluar sekarang!”

Masing-masing ternganga memandang. Hampir terjatuh kamera yang dipegang oleh jurufhoto. Dan yang paling kuat menjerit, Junaidahlah. Betul ke itu Husna? Jelitanya dia dalam gown pengantin. Bagaikan seorang puteri!

“Ya Allah! Kau ke ni Una! Adoilah! Selama ni aku kawan dengan bidadari ke?” Tubuh Husna dipeluknya beberapa kali. Julia yang dari tadi terdiam, mula tersenyum. Dia yakin, gown pengantin yang ini paling laris mendapat sambutan !

*****************

“Kak! Gambar hari tu dah siap. Nak letak mana?” Gadis comel berkulit hitam manis menghampiri Julia yang asyik dengan design pakaiannya. “Nanti kejap Lela! Bagi akak tengok gambar tu dulu”

Dia membelek-belek gambar besar tersebut. Kemudian, bibirnya mula mengukir tersenyum. “Oklah Lela! Kau panggi Yusri tolong gantung kan gambar ni. Satu suruh dia gantung kat dalam butik ni. Dan satu lagi, gambar penuh tu suruh yusri letak kat tepi dinding. Biar orang yang lalu lalang kat depan ni boleh nampak” Gadis bernama Lela itu segera mengangguk
***************

Amirul memeluk erat pinggang Farah, gadis manis yang sentiasa menceriakan hatinya. Hari ni kes dia menang besar di mahkamah. So dia ingin meraikan dengan buah hati kesayangannya.

“U nak belanja I makan kat mana?” Farah mula terlentuk di bahu Amirul. Orang ramai dan cuaca yang panas terik itu langsung tidak dihiraukan. “kat mana saja yang U mahu sayang. Ke hujung dunia pun I sanggup bawa” Farah tergelak manja. Memang seronok bila ada orang yang sanggup lakukan apa saja untuk kita., kan?

Mereka menyusuri sekita lorong di kompleks itu. Tiba-tiba langkah Amirul terhenti. Matanya bagaikan terpaku memangdang bingkai gambar yang terpampang di butik pengantin itu. Bukan baju-baju itu yang menarik minat matanya, tetapi model di dalam gambar itu.

Ya Allah! Ya tuhanku! Pertama kali matanya memandang wanita sejelita itu. Anggunnya dia bagaikan seorang puteri. Matanya, hidungnya, bibirnya….ah! segala-galanya terlalu sempurna. Senyuman itu bagaikan magnet yang menariknya untuk terus berdiri kaku di situ. Pertama kali dia mempercayai cinta pandang pertama. Aduh! Gilanya aku! Jatuh cinta hanya pada gambar seorang perempuan.

“Yang! Yang! Hei! Yang!” Farah menggoncang-goncang lengan Amirul beberapa kali. “Opsss! Sorry darling. Ok Jom! “ Dia cepat-cepat mengheret tangan Farah. Kalau dia seorang saja tadi memang dia akan berdiri di situ sampai ke malam. “U tengok apa sampai tak berkelip mata?” Soal Farah mula gusar. Dia sendiri mengakui gambar model bergown pengantin itu memang cantik, tapi tak kanlah sebab gambar tu, Amirul boleh terpacak kaku memandang.!

“I tengok baju-baju tu. Cantikkan! Kalau U pakai lagi cantik” Farah tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Amirul. Esok dia akan lalu lagi dekat sini. Dia masih belum puas meneroka kejelitaan gadis itu. Dan mungkin setiap hari dia kan ke sini. Adoi! Sudahlah! Kalau orang tahu, memang sah dia akan dianggap sewel! Jatuh cinta hanya pada sekeping gambar!


bersambung.....
masa. CINDERELLA {CHAPTER 3}
Adoi! Parah macam ni! Setiap petang dia akan bertamu di butik ini, dan semua itu sudah berlanjutan hampir sebulan. Aku rindu! Amirul tersengeh sendirian. Tak pernah dia seangau begini. Rindukan Farah pun tidak seteruk itu. Lama Amirul berdiri di depan butik. SERI PENGANTIN JULIA, berkali-kali ayat di atas butik itu dibacanya. Nak masuk ke tak nak ni?

Terasa sejuk tubuhnya tatkala penyaman udara di dalam butik itu menyimbah dirinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Selamat datang encik!” Perasaan gusarnya beransur-ansur hilang bila suara mesra itu menyapanya.

“Nak beli baju pengantin atau nak sewa? Semua jenis fesyen ada. Gaya barat dan timur mengikut citarasa encik.” Amboi ramah betul awek ni bercakap. Dia buka mulut pun belum lagi. Amirul tersengeh. Macam mana dia nak cakap ni?

“Errrr…… saya ni bukannya nak beli baju atau nak sewa. Tapi yang itu….” Tangannya ditunding ke arah gambar yang di gantung pada cermin. Julia tersenyum. Dia dah agak dah! Gown pengantin tu mesti laris macam goreng pisang panas. Yummm! Terliur pulak bila sebut pasal goreng pisang. Macam dah lama tak makan. “Encik……”

“Amirul! Nama saya Amirul” Julia tersenyum. Handsome orangnya. Nama pun padan dengan orangnya. “En. Amirul nak yang ini ke? Tapi baju ni kita cuma bagi sewa saja” Amirul menggaru kepalanya yang tak gatal. Ish! Dia bukan nak baju tu. Kalau ambil baju tu pun, bukannya dia boleh pakai! Tapi dia nak perempuan tu, si jelita yang sentiasa mengundang rindunya!

“Julia kan?” Julia mengangguk kepalanya beberapa kali. “Saya bukannya nak sewa baju tu tapi saya nak tahu pasal perempuan yang pakai baju tu!” Ah sudah! Apahal mamat ni? Tiba-tiba nak tahu pasal Husna pulak! “Errr…Kenapa dengan perempuan tu?” Julia pura-pura tidak faham.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma nak kenal dengan dia” Adoilah! Macam mana nak buat ni. Aku dah janji dengan Una. Kang mengamuk pulak budak tu kang! “Saya tak kenallah perempuan tu!”

“Aik? Tak kenal? Habis tu macam mana awak boleh suruh dia pakai baju awak ni. Tak kan awak tak jumpa dia langsung agaknya?” Isk! Mamat ni tak puas hati lagi ke? Dalam banyak-banyak perempuan cantik kat luar sana tu, yang ini jugak yang dia sibuk-sibuk dok tanya. Apa punya manusia ni ?

“Errrr……Emmm….Macam mana saya nak terangkan pada awak supaya awak faham ye? Emmm…Ok macam ginilah! Awak anggap saja lah perempuan yang dalam gambar tu macam tak wujud”

“Tak wujud? Biar betul awak ni Julia?” Hish! Tak kan hantu pulak agaknya? “Nantilah dulu. Saya belum habis lagi cakap awak dah menyampuk! Maksud saya awak anggap sajalah macam tu. Kira-kiranya perempuan tu cuma wujud di alam fantasi saja. Atau awak anggap saja perempuan tu macam Cinderella ke? Bukan ke Cinderella itu perempuan misteri. Sampai jenuh putera raja tu nak cari.” Julia tersengeh memandang Amirul yang terkulat-kulat mendengarnya. “So the point is saya memang tak kenal perempuan tu. Dia misteri. Dan pandai-pandai awaklah nak mencari”

Cinderella? Tak kan sampai macam tu punya susah agaknya? Tapi kan, kalau Cinderella yang kat dalam tv tu tak susah nak cari, sebab dia tertinggal kasut. Tapi Cinderella yang ini tak ada apa-apa yang dia tertinggal cuma gambar dia saja. Tak kan dia bawa gambar besar tu ke hulu ke hilir pulak! Adoi! Parahlah macam ni! Rindu ni pun dah makin sesak ni!

****************************

Husna membongkokkan badannya. Dari satu mesin ke satu mesin dia check. Screw kecil yang bergerak di line, diperhati tanpa berkelip. “Oit! Bedul! Mari sini kejap!”

“Apahal pula ni? anda ni tak boleh tengok aku nak mengular sikit!” Banyak lah dia punya ngular. Ni nak kerja ke nak mengular? “Ni hah! Washer kat screw ni hah! Kenapa macam ada kepak pula kat kepala dia ni?” Husna menghulurkan beberapa biji screw kepada Bedul. “Haah lah ye? Kenapa pula ada macam kepak ni? Ok lah. Aku suruh depa stop mesin sekarang” Bedul berlari-lari ke belakang. “Woi! Woi! Stop mesin sekarang! Ada screw reject kat depan ni hah!” Amboi! Kuatnya si kengkang ni menjerit. Lama-lama pekak telinga aku. Dah lah bunyi mesin ni pun satu hal!

“Una! Una!” Kenapa pulak budak keling ni? Kelam kabut satu badan. “Kenapa dengan anda ni Minachi?” Termengah-mengah budak tu bernafas.

“Jun! Jun! Dia bergaduh dengan Si Jah Becok kat dalam bilik QA. Cepatlah! Kang habis terbang semua screw kang” lah….? Kenapa budak Jun ni? Dah pandai bergaduh pulak ni?

“Aku tak kira! Baik anda minta maaf balik dengan aku! Kau tu Jah, tak padan anak dah 5 tapi perangai tak reti-reti nak berubah. Asyik mencanang hal orang saja kerja anda!” Junaidah mula mengepal-ngepal penumbuknya. “Eh? Kenapa anda berdua ni? Dah lah tu! Kita ni orang perempuan. Tak elok gaduh-gaduh macam ni!” Husna berdiri di tengah-tengah. Tangannya di depa panjang-panjang supaya dapat menjarakkan kedua singa betina yang tengah naik angin tu! “Baik kau tepi Una! Kang dengan kau-kau sekali aku debik”

Dan, dusshhhhh! Sebuah tumbukkan yang sepatutnya dilayangkan pada muka Junaidah, jatuh tepat di pipi kiri Husna. Aduh! Berpusing-pusing dia dibuatnya. Boleh tahan juga penangan si Jah Becok ni! “Tengok tu! Woi! Kau ni memang nak kena dengan aku Jah! Tak pasal-pasal Una pulak yang kena. Nah ambil ni!” Sebuah tumbukan dilepaskan ke muka Jah Becok tapi tersasar dan sekali lagi singgah di pipi kiri Husna. Adoilah! Kenapa kelam saja aku nampak. Kenapa banyak bintang kecik dok pusing-pusing atas kepala aku ni?

******************************
Amirul yang sedang memandu, tersentak bila telefonnya tiba-tiba berbunyi. Ish. Aku tengah drive ni! Sapa pula yang dok call ni? “Abang, Una ni!” Eh? Tak pernah-pernah dia nak call. Kenapa tiba-tiba call pulak ni? “Abang, Una kat balai polis ni. Boleh datang sini tak?”

“Hah! Balai polis? Una buat apa kat sana?” Kenapa pula budak Una ni ada kat balai polis? Budak penakut tu tak kan buat hal pulak? “Abang datang saja lah kat sini! Cepat sikit tau! Una tunggu!” Klik! Talian dimatikan. Hish! Ni yang buat aku gabra ni!

Amirul mendengus geram. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena jadi tukang jamin budak berdua ni. “Huh! Muda-muda lagi dah belajar jadi mafia! Tak padan dengan diri tu perempuan!” Ewah! Ewah! Sedap saja mulut dia panggil aku mafia. Nasib baiklah anda tu tunang kawan baik aku. Kalau tak, habislah kau!

“Ni, Kenapa pulak pipi ni? Sampai lebam biru macam ni?” Pipi Husna dibeleknya beberapa kali. Berkerut-kerut dahi Husna menahan sakit tatkala disentuh oleh Amirul. “Hah! Sebab pipi tunang awak tu jadi camtulah, saya ni jadi mafia. Kalau tak, tak ingin lah saya ni nak duduk dalam lokap tu” Huh! Padan muka! Junaidah memulangkan paku buah keras.

Amirul terdiam. Matanya tegak memandang jalan yang kian lengang. “Kita pergi makan dulu. lepas itu baru balik” Junaidah tersenyum. Hah! Elok sangatlah tu! Perut aku ni pun dah tengah buat konsert ni hah!

“Mamak! Kasi air suam satu! Tapi itu air kasi bubuh dalam mangkuk!” Berkerut-kerut dahi Junaidah. Eh? Tak kan nak minum air pun dalam mangkuk agaknya? Style baru ke? “Makanlah dulu nanti. Abang nak pergi kedai kat sana kejap” Amirul bingkas bangun meninggalkan kedua gadis itu yang kehairanan memandangnya

“Kenapa dengan abang anda tu Una? Macam buang tebiat saja. Sejak bila pulak dia minum air dalam mangkuk? Macam kucing saja” Husna menjungkitkan bahunya. Kenapa Tanya aku pulak? Manalah aku tahu! Lagipun tak kuasa nak ambil tahu, dah lah pipi ni dok berdenyut dari tadi. Sampai sakit-sakit seluruh badan.

Amirul kembali sambil membawa sehelai tuala kecil di tangannya. “Pipi lebam tu kena tuam dengan air suam. Kalau tak nanti lagi bengakak” Tuala yang sudah dibasahkan dituam ke pipi Husna. Dan sesekali dia menghembuskan nafasnya pada tuala dan diletak di pipi Husna. Terasa hangat nafas lelaki itu tatkala tuala itu menyentuh pipinya. Junaidah tersengeh. Heh! Romantik juga mamat ni!

*****************************

“Apa ni Jun?” Junaidah tersentak bila Husna tiba-tiba membaling bantal ke arahnya. “Apa? Apanya apa ni Una?” Kenapa angin semacam saja minah ni. Bukannya senang nak tengok budak Una ni naik angin. Tengah datang bulan agaknya? “Tadi aku teman Minachi pergi Mines. Aku nampak gambar aku kat kedai kakak kau?”

“lah…Kenapa pulak dengan gambar tu?” Tak kan pasal gambar pun nak marah pulak? “Kau Tanya aku pulak? Kenapa anda tak cakap gambar yang ambil hari tu nak letak kat tepi cermin tu. Semua orang pun boleh nampak kau tahu tak? Malulah aku! Kalau orang tahu nanti macam mana? Sapa nak jawab kalau mak dengan ayah aku tanya?”

“Manalah aku tahu yang Kak Lia nak letak gambar tu kat situ. Aku ingat dia letak kat dalam butik dia saja” Husna menghentak kakinya beberapa. Isk! Kenapa pulak macam budak-budak Una ni? “Alah! Mana ada orang nak kenal gambar tu Una? Kalau orang nak bandingkan kau dengan gambar tu, mesti orang tak percaya punyalah. Ni hah! Cermin mata gajah kau ni dah tutup semua kecantikkan kau tu. Dah jadi macam topeng pula kat muka kau tu. Orang zaman sekarang dah pakai cermin mata lagi, nak-nak pulak cermin mata yang besar macam kau punya ni! Semua orang dah pakai contact lense lerrr”

Husna mencebik bibirnya beberapa kali. Senanglah kau cakap! Kau mana tahu pasal ni semua. Cermin mata berbingkai empat segi ni terlalu tinggi valuenya. Pemberian arwah nenek masa dia mula menaiki ke tingkatan satu. Dah banyak kali cermin mata ni rosak tapi dia repai semula. Biarpun cermin bertukar ganti, namun dia masih menggunakan bingkai cermin yang sama. Ini kenangan arwah nenek. Tak mungkin dia nak buang begitu sahaja. Dan bila dia memakainya, terasa seolah-olah arwah sentiasa bersamanya. Ah! Nenek! Rindunya pada nenek!


bersambung.......
masa. CINDERELLA {CHAPTER 4}
Gedegummmmmmm!!! Junaidah dan Husna berpandangan sesama sendiri. Along masuk dengan wajah mencuka. Jelas kelihatan air mata yang galak menuruni pipinya. Hum! Putus cinta lagilah tu! kasihan Along….cintanya mudah datang dan pergi.

“Nak pujuk ke?” Junaidah hanya menjungkitkan bahunya. Sesetengah orang tidak suka diganggu dan lebih senang bersendirian. “Biarlah dulu Una! Nanti bila dia dah cool down, mesti dia cerita kat kita” Balas Junaidah sambil matanya kembali terarah ke kaca tv.

Husna merenung pintu bilik Along lama-lama. kasihan Along…. Soal cinta memang sesuatu yang sukar diramal. Datang tanpa diundang dan pergi tatkala kita memerlukan. Air matanya terasa mahu jatuh. Dia pun lebih kurang sama. Setiap hari dia tertanya-tanya di mana sudahnya hubungan dia dan Amirul.

“Oit! Orang lain yang putus cinta, anda pulak yang nak nangis!” Hish! Budak Jun ni, potong stim betul! Tak boleh tengok aku nak jiwang sikit.

Tok! Tok! Tok! “Siapa pulak lah yang datang malam-malam buta ni. Langsung tak bagi chance orang nak relax sikit!” Junaidah mendengus geram. “Una! Pergilah buka pintu tu!”

“Malaslah aku. Lagipun aku tengah baring ni, anda tu yang duduk lebih senang nak bangun!” Eiiii! Budak ni! Pemalas betul. Dah nak kahwin pun masih malas-malas lagi. Junaidah melangkah malas ke muka pintu. “Cik ni&#

Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-02-07 23:07


“Kak Una boleh temankan Mira tak? Ma dengan Pa pergi overseas. Abang Long pula call cakap tak balik malam ni. Mira takutlah seorang-seorang kat rumah. Kak Una temankan Mira ye!” Husna menggigit bibirnya beberapa kali. Pandangannya beralih ke wajah Junaidah. “Pergi saja lah Una! kasihan adik ipar kau tu. Aku tak kisah! Lagipun Along ada kat rumah!” Hemmm….sedap-sedap saja dia kata Amira tu adik ipar aku. Belum apa-apa lagi dia dah lebih-lebih.

“Oklah! Nanti tunggu Kak Una siapkan baju sikit ye!” Amira tersenyum girang. Lega hatinya bila Husna bersetuju dengan permintaannya.

******************

Husna merenung jam di tepi katilnya. Hampir pukul 2 pagi. Adoi! Susahnya nak lelapkan mata bila tidur kat tempat asing ni. Rasanya dah 90 darjah aku pusing katil ni tapi tak mahu juga lelap. Perut ni pun satu, time ni pula dia rasa lapar. kat rumah sendiri tak apa lah, ni kat rumah orang susah lah sikit.

Husna menekan perutnya beberapa kali. Tak boleh jadi ni. Kelaparan dah sampai ke tahap maksimum. Kang meletup pula perut ni!. Dia menuruni anak tangga perlahan-lahan. Suasana yang gelap itu begitu membataskan pergerakkannya. Entah macam mana dia tersadung sesuatu.

“Adoi! Hampeh betul! Apa ni? Tak kan tengah-tengah laman pun letak batu!” Dia mengomel sendirian. Benda yang dianggap batu itu dirabanya perlahan-lahan. Eh? Lain macam saja batu ni? Ni bukan batu ni, ni kaki orang! “Arggh….!!!” Husna mula menjerit namun jeritannya mati bila mulutnya sudah dipekup oleh seseorang.

“Shhhhhhhh…..Jangan menjeritlah Una. Abang ni, bukannya hantu” Kusss semangat aku! Kalau hantu tak kisah sangat tapi yang paling takutnya kalau pencuri. Kang tak pasal-pasal dengan dia-dia sekali kena curi. Eiiiii…. Simpang malaikat 44! Minta dijauhkan.

“Betul ke abang ni? Apa buat dalam gelap-gelap ni? Kata tak balik, lepas itu Kenapa balik? Kenapa tak ketuk pintu bila masuk?….” Amboi banyaknya soalan. Nak jawab yang mana dulu? “Satu-satulah tanya cik Una Oiii!” Amirul menarik tangan Una untuk duduk di sisinya. “Sebenarnya abang pergi cari orang”

“Cari siapa?” Husna menjarakkan sedikit duduknya. Duduk berdua-duaan di dalam gelap bukannya selamat! “Kenapa Una duduk jauh sangat ni?”

“Una takutlah! Betul ke abang ni?” Amirul tergelak. Budak ni, sabar sajalah! “Oklah! Oklah! Nanti abang buka lampu”

“Hah! Macam mana? Dah nampak muka abang?” Ujar Amirul sambil melabuhkan punggungnya di sisi Husna. “Abang sebenarnya pergi cari orang”

“Cari siapa?” Soal Husna pendek. “Cinderella!” Ish! Dia ni! agaknya ye pun nak buat lawak, janganlah time-time macam ni. “Una tak percaya?” Wajah Husna direnungnya lama-lama. Baru dia perasan tahi lalat manis yang tumbuh indah di bawah bibir Husna. Nampak begitu comel tatkala gadis itu mengukir senyuman. Tapikan..….. Tahi lalat ni macam dia pernah tengok. macam familiar saja! Tapi kat mana ye?

“Abang ni demam agaknya? Tu yang dok merapu cakap !” Una mula bangun. Malas dia nak melayan orang yang tak betul ni. Terus hilang rasa laparnya sebentar tadi. “Eh? Una! Nantilah dulu! Abang belum habis cakap lagi ni!” Tangan Husna cuba diraihnya tetapi segera dilarikan oleh gadis itu.

“Esoklah abang! Una mengantuk ni. Nak tidur!” Dia segera berlari menaiki anak tangga. Tak kuasa dia hendak bersengkang mata hanya semata-mata mendengar cerita Amirul yang tak masuk di akal itu!. Entah Cinderella mana yang dia cari. Dah besar panjang macam tu pun masih percaya dengan cerita mengarut macam tu. Manalah wujud Cinderella kat dunia nyata ni. Itu semua sekadar cerita dongeng masa zaman kanak-kanak. Husna membaringkan tubuhnya di atas katil. Selimutnya ditarik hingga menutupi kepalanya. Mudah-mudahan lepas ni dia boleh tidur.

******************
“Kak Lia! Jat ada berita menarik nak habaq mai!” Uih! Mamat lembut ni dah mai dah! Apalah yang dia buat pagi-pagi dah tercongok kat butik aku ni! “Berita apanya Jat oii!” Malas Julia nak melayan. “Amboi Kak Lia! Dia buat layan tak layan saja kat Jat no! Tak pa! Tak pa!” Aih? Dah merajuk pulak dah!

“Hang ni kan Jat, sikit-sikit nak tersentap. macam budak kecik! Hah! Cerita apanya? Habaq lah! Kak Lia dengar ni” Jat tersenyum menguntum. Seronok bila dipujuk! “Kan hari tu Kak Lia kata teringin nak buat pertunjukkan fesyen baju pengantin kan?” Julia sekadar mengangguk. Memang pun dia teringin memperagakan hasil rekaannya itu. Tapi tulah! Cuma peluang saja tak ada.“Hah! Sekarang dah ada peluang. Nak tak?”

“What? Are U serious ?” Lah! Dah cakap orang putih pulak dah minah ni. Belum naik lagi dah lupa bahasa ibunda. “Betullah! Tak kan Jat nak main-main pulak. Sempena musim cuti sekolah ni kan, so hotel tu nak anjurkan pertunjukkan fesyen untuk baju pengantin. Tapi bukan rekaan Kak Lia seorang lah, ada 3, 4 orang lagi designer yang akan sertai. Kak Lia pilihlah baju pengantin yang terbaik na.” Julia tersenyum gembira. Akhirnya!!!

“Jat! Hang tolong akak pilih baju yang elok-elok untuk pertunjukkan tu ye! Hang kan pandai kalau bab-bab ni”

“Tak dehalnya Kak Lia! Salah satu baju yang Jat rasa sesuaikan, baju yang budak Una tu pakai. Hah! Yang tu memang cantik! Nak-nak pulak kalau Una yang gayakan. Mesti berebut orang nak baju tu!” Julia terdiam. Memang pun baju tu antara baju yang akan dia pilih tapi kalau nak suruh Una yang pakai, mesti budak tu tak nak.

“Tapikan Jat…… , Una mesti tak nak kalau akak suruh dia gayakan baju tu untuk pertunjukkan akak. Dia dah letak syarat hari tu.”

“Laaaa… Apalah yang dok susah sangat Kak Lia oii! Hang pujuk sajalah budak Una tu. Orang perempuan kan macam kerak nasi. Lama-lama mesti dia mahu!” Huh! Senanglah hang cakap. Hang tu memanglah macam kerak nasi, eh? Dah macam sotong pun! Pantang kena pujuk, dan-dan tu jugak ok!

******************

“Mimpi apa Kak Lia kau tu Jun? Ribut tak ada, hujan pun tak ada, tup! Tup! Nak belanja kita makan”

“Entahlah. Aku pun tak tahu! Tapi orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Kita makan sajalah!” Huh! Kalau pasal makan, laju saja kau ni Jun! Nak pula kalau dengar makan free. Heh! Tak pandang kiri kanan langsung. Main redah saja!

“Amboi! anda berdua ni! Kalau dengar kata akak nak belanja, on time saja dah sampai ye!” Junaidah dan Husna serentak ketawa. “kenapa dengan akak ni? Menang loteri ke? tiba-tiba nak belanja kita orang ni? Uiks! kat tempat mahal pulak tu!” Julia tersengeh. Mahal pun mahallah! Janji Husna setuju dengan permintaannya.

“Errrr….Sebenarnya …. Akak ni ada berita gembira nak beritahu.” Wajah Junaidah dan Husna dipandang silih berganti. “Akak akan buat pertunjukkan baju pengantin minggu depan. kat Hotel Hilton.”

“betulkah? Alamak! Tak sangka Jun, akhirnya impian Kak Lia jadi kenyataan ye? Tahniah! Tahniah!” Julia tersenyum. Isk! Macam mana nak mula ayat keramat ni? “Akak nak minta tolong Una sikit, boleh tak?” Suapan Husna terhenti. Lain saja bunyi minta tolong ni! ‘Tolong apa Kak Lia?”

Julia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Hemmm…Cakap sajalah! Ya Allah! Lembut kanlah hati budak ni! Aminnn! “Errr….Una jadi model akak ye….”

Husna tersedak. Habis tersembur air yang separuh masuk ke dalam mulutnya. “Oiii! Apa ni Una? agaknya ye pun nak sembur, carilah tempat lain. Ni tak, kat muka aku jugak yang jadi mangsa. Hampeh betul!” Junaidah mengesat air yang penuh di mukanya. Mulutnya tidak henti-henti membebel. “Sorry lah Jun. Aku bukannya sengaja”

“Yelah Jun! Sikit tu pun nak bising. Tengok! Semua orang pun dah pandang kat kita.” Julia memujuk. Ye lah tu! Semua tu nak ambil hati aku lah tu! “Macam mana Una?” Wajah Julia penuh mengharap.

“Tak bolehlah kak! Una tak nak! Tolonglah cari orang lain. Lagipun kan ke hari tu akak dah janji dengan Una” Julia terdiam. “Alah Una, kau tolonglah akak aku kejap. Kali ni saja! Kau tak kasihan ke dekat Kak Lia, impian dia dah hampir jadi kenyataan. Janganlah kau rosakkan pulak!” Aik. Aku pulak yang rosakkan? Patutnya aku yang kena cakap macam tu. Huh! Lantaklah! Mati hidup balik pun aku tak nak!

“Hemmm..Tak pelah Una! Kalau tak nak tak pelah! Akak cancel saja lah pertunjukkan tu.” Sayu saja bunyi nya. Husna mula mengeluh. Kenapa lah anda suka buat aku serba salah? “Bila pertunjukkan tu?”

“Minggu depan! Una cuma pakai baju tu saja. Cuma keluar kat pentas sekali saja. Pleaseeee….” Aih. Aku belum lagi cakap setuju. Adoi! Macam tak boleh lari saja!

“Hai Julia! Eh? Una pun ada?” Mereka serentak berpaling. “Ooooo Amirul rupanya! Eh awak kenal ke dengan Una ni?”

“Apa lah Kak Lia ni! Una ni tunang dia lah!” Kening Julia terjungkit. Hah? Tunang dia? Hai! Amirul! Amirul! Melilau kau cari Cinderella tapi tak perasaan Cinderella yang kau cari tu ada kat depan mata kau saja! Julia tersenyum meleret….

bersambung....
masa. CINDERELLA {CHAPTER 5}
“Amirul, Kenapa dah lama tak call I? Kita pun dah jarang berjumpa? U marahkan I ke?” Amirul tunduk merenung lantai. Telefonnya masih kemas terletak di telinga. “U tahu tak yang I bagai nak rak rindukan U.” Diam lagi. Hai cakap dengan hantu ke ni? “Amirul, I datang rumah U malam ni ye? I tahu, Ma dan Pa U kat overseas kan?”

Amirul tersentak! Biar betul minah ni? “Eh? Mana boleh! Kang tak pasal-pasal kena tangkapa basah!” Hum! Lagi elok macam tu! Terus kahwin. Sapa suruh lari-lari dari I. “Please lah Mirul….. I betul-betul rindukan U. Or U yang datang kat apartment I saja” Gulp! Amirul menelan air liur berkali-kali. Isk! Budak ni dah gian sangat ke?

“Next time lah Farah. I tengah pening ni. Kes I kat court tu berlanjutan lagi. Entah bila nak selesai. I need a rest ok?” Terdengar sebuah keluhan di hujung talian. “ Oklah honey! But esok U mesti jumpa I tau! At least give me a call!” Klik! Hum! Belum jadi bini dah nak queen control.

Dia masih tegak di depan butik Julia. Jam sudah lewat pukul 10 malam. Pandangannya masih jatuh pada gambar tersebut. Hish! Kalau nak ikutkan hatiku ni, nak saja gambar ni aku bawa ke balai polis. Suruh polis saja yang cari. Susah-susah cakap saja hilang! Tapi kang….silap-silap aku pulak yang kena sumbat dalam lokap!

“Laaaa….Amirul! Apa awak buat kat sini?” Julia yang baru menutup butiknya memandang hairan. “I missed her!” Pandangannya di arahkan pada gambar tersebut. Hai! Parah budak ni! Nak cakap ke? Tapi dah janji dengan Una.

“Masih tak jumpa Cinderella awak tu?” Amirul sekadar menganggukkan kepalanya. “Tak usah di carilah! Kalau ada jodoh awak , tak kan kemananya dia tu” Senanglah kau cakap. Bukan kau yang rindu. Aku ni dah hampir setengah mati angau kan perempuan tu!

“Awak dah makan ke?” Amirul menggelengkan kepalanya lagi. Alahai budak ni! kasihan pula aku tengok! Memang betulah cinta tu buta! “Jom ! Aku belanja makan!”

“Tak pelah Julia. Aku dah nak balik. Lagipun aku nak kena hantar Una balik” Kening Julia terjungkit. “Eh? Una duduk dengan awak ke?”

“Bukanlah! Una guru tuisyen adik saya. Eh. Aku balik dululah ye. Kalau kau dapat berita apa-apa, call aku tau!” Dia terkocoh-kocoh berjalan. “Oit! Amirul! Tunggu kejap!” Langkah Amirul mati. “Ambil ni hah!” Wajah Amirul berkerut memandang kad berwarna merah hati itu. “Kad apa ni? Awak nak kahwin ke Julia?”

“Hish! Ke situ pulak! Malam minggu nanti aku ada buat pertunjukkan fesyen untuk rekaan baju pengantin aku ni. Kad jemputan tu untuk majlis ni nanti. Awak datanglah! Mungkin itu boleh membantu!” Boleh membantu. Aku bukannya suka sangat tengok pertunjukkan fesyen ni. Walaupun gadis-gadis model tu cantik-cantik belaka! Nak pergi ke? Mana tahu agaknya-agaknya boleh jumpa Cinderella aku kat sana!

*****************
“Ni yang aku malas ini!” Sebiji bantal jatuh di riba Junaidah. “Alah Una! Bukannya susah pun. Kau cuma belajar jalan cara catwalk saja. Nanti Kak Lia dengan Jat akan tolong ajar kau!” Alah Una! Alah Una! Tu sajalah yang kau tahu Jun! Tak tahu ke yang aku ni sikit punya seksa nak buat semua tu.

lepas itu pulak nak kena jalan lenggang lenggok kat depan orang ramai. Dengan kasut bertumit tinggi pulak tu. Depa ni memang saja nak dera aku gamaknya! “Oit! Jomlah cepat! Tu hah! Kereta Kak Lia dah lama tunggu tu!” Argh! Tension betul! Kenapalah aku berkawan dengan manusia-manusia ni semua?

Husna terkebil-kebil memandang lenggang lenggok cara Jat berjalan. Amboi lembutnya. Aku yang perempuan ni pun belum tentu boleh jalan macam tu! “Hah! Sekarang hang pulak jalan Una. Aku nak tengok” Husna kelam kabut bangun. Dia mula melangkah. Aiseh man! betulkah aku jalan ni? Bantai saja lah! “Ya Allah! Hang kayu ka apa Una? Jalan tegak macam patung saja. Cubalah goyangkan sikit punggung tu. Hish! Nama saja perempuan!” Adoi! Sikit punya seksa daa…

Dia cuba lagi. Sekali lagi dan berkali-kali. Masih sama. Lenggangnya tak menjadi. Telinganya pulak dah pedih dileter dek minah celup ni

bersambung....
masa. CINDERELLA {@@ THE END @@}
Husna tunduk merenung lantai. Sesekali muzik yang berkumandang di luar pentas menyakitkan telinganya. “Ya Allah! Sejuknya tangan kau Una!” Junaidah yang tiba-tiba mengenggam tangannya menjerit. Memanglah sejuk. Aku takutlah! Hanya dia berdua sahaja dengan Junaidah di dalam bilik. Itu adalah perjanjiannya dengan Julia. Biliknya mesti diasingkan dari model-model yang lain dan cuma Jat saja yang akan make-upkan untuknya.

Janganlah sampai identitinya diketahui orang lain. Manalah tahukan, agaknya-agaknya terserempak pulak dengan member satu kampung. Confirm ayah akan suruh aku balik! Adoi! Dada ni rasa macam nak meletup!

“Hah Una! Hang dah siap pakai baju dah ka. Aku nak make up hang sekarang ni!” Jat tiba-tiba muncul di muka pintu. “Awat muka hang pucat sangat ni Una? Toksah takutlah! Hang jalan saja kat atas pentas tu! Bukannya susah sangat pun. Aku ni kalau boleh teringin nak jadi model lagu hang tau!”Hah! Dah teringin sangat, kau sajalah pergi! Tak susah konon! Dia cakap memanglah senang, tapi aku ni yang nak kena buat! Mamat lembut ni kalau cakap banyak lagi, mahunya kena debik dengan aku.

“Hang ni memang cantik sungguhlah Una!” Hish! Mulut dia ni tak reti duduk diam ke? “Ok! Dah siap! Cuba hang bangun sat. Aku nak tengok.” Husna merenung Junaidah yang tersenyum memandangnya. Jagalah kau nanti Jun! Kau senyum-senyum kat aku ye! Tak apa! Tak apa! Esok, kalau turn kau yang kena. Aku gelak kuat-kuat!

“Una! Dah siap ke? Lepas ni turn Una untuk naik ke pentas! Get ready tau!” Gulp! Adoi! rasa macam nak ke tali gantung saja. Perut ni pun satu, time inilah rasa semacam. Dup! Dap! Dup! Dap! Sudahlah! Jantung ni dah macam lari 100 meter saja!

“Ok! Una! Sekarang naik” Husna kaku di situ. Masih teragak-agak untuk naik ke pentas. “Hoii! Jangan dok mimpi lagi! Cepat naik!” Jat dibelakangnya sudah mula membebel.

Bismillahirrmanirrahim….. 1, 2, 3 naik! Semua mata jatuh kepadanya. Flash kamera pula bagaikan silauan petir yang asyik berkelip-kelip ke arahnya. Peh! Glamour pulak rasa! Langkahnya di atur sebaik mungkin. Dia pun dah tak peduli lagi sama ada lenggoknya menjadi atau tidak. Ah! Lantaklah! Catwalk ke, chickenwalk atau apa-apa walk ke. Aku dah tak peduli! Pipi ni pun dah naik lenguh dok tersenyum sepanjang jalan.

Amirul resah di tempat duduknya. Kenapalah aku datang jugak kat sini. Kan lebih baik aku tidur saja kat rumah tadi. Dari tadi asyik melihat model-model tu dok melenggok jalan. Hum! Boring! Nak baliklah! Namun dia terduduk kembali tatkala lenggok seorang gadis memukau pandangannya. Matanya digosok berkali-kali. Cinderella kah itu? Yang baru turun dari kayangan…...

Senyuman Husna tiba-tiba mati tatkala matanya bertemu pandang dengan Amirul. Ah! Sudah! Apa pulak yang dia buat kat sini? Apalah malang nasib aku ni! Langkahnya sudah mula tidak teratur. Di gagahkan juga hingga sampai ke penghujung.

“Matilah aku kali ni Jun!” Ujarnya sebaik memasuki bilik. “U are marvelous Una! Great job!” Jat tiba-tiba memeluk tubuhnya. Eh? Ini dah lebih ni! Siap main peluk-peluk pula dah! “Kau ni Kenapa Una? Gelabah satu badan”

“Mahunya aku tak gelabah! Amirul ada kat luar sana. Dia dah nampak aku Jun!” Junaidah tersengeh. Alah! Macamlah Si Amirul tu tahu! “Aku dah tak kira. Aku nak balik sekarang!”

“Eh? Una! Nantilah dulu! Belum habis lagi lah. Nanti kejap lagi akak nak keluar ke pentas. Una kena pimpin tangan akak pulak” Julia tiba-tiba muncul di belakangnya.

“lah….Kak Lia ni, macamlah tak reti nak jalan pula sampai nak kena berpimpin-pimpin!” Julia tergelak. “Memanglah macam tu caranya Una. Una yang paling cantik malam ni, Unalah yang kena jalan dengan akak. Lagipun ramai juru foto kat luar sana tu nak ambil gambar Una. Tadi pun dah ada yang merisik dekat akak, nak ambil Una sebagai cover majalah” Pulak dah! Janganlah nak tambah beban pada aku ni!

Amirul menelan air liurnya berkali-kali. Cantiknya! Matanya tidak berkelip memandang Julia yang berpimpinan tangan dengan si gadis misteri. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan! Berkali-kali mulutnya memanjatkan syukur. Ya Allah! Temukanlah jodoh ku dengan Cinderella!

Sebaik pertunjukkan berakhir, Amirul segera ke belakang pentas. Kali ni, dia tak akan lepaskan lagi. Peluang yang datang cuma sekali, dan kali ini dia akan rebut biar sepayah mana sekalipun!

Husna terkocoh-kocoh keluar. Janganlah terserempak lagi dengan Amirul. Entah apa yang akan Amirul katakan kalau dia tahu perkara sebenarnya.

“Cik! Cik! Boleh tunggu sekejap!” Husna berpaling ke belakang. Ah! Sudah! Amirul! Apa pula yang dia nak ni? Baik aku lari. Gown pengantinnya diangkat tinggi-tinggi sebelum memecut langkah seribu. Adoi! Seksanya nak berlari dengan kasut bertumit tinggi ni.

Alahai! Lari pulak dia! Memang betullah kau ni Cinderella. Tepat jam 12 tengah malam dah mula hendak menghilang. “Tunggulah sekejap cik!” Amirul menjerit lagi. Langkahnya dipercepatkan.

Laaaa….Kenapa dia kejar aku pulak ni? Mati aku macam ni! Husna terus berlari. Dah jadi macam acara kejar mengejar pulak dah! Namun kasut tinggi yang dipakainya begitu membataskan pergerakan. Bedebukkk! Dia terjatuh tatkala tumit kasutnya tiba-tiba patah.

“Aduh!” Husna berkerut-kerut menahan sakit. Sah lah kakinya sudah terseliuh. Hah! Kan dah jatuh! Siapa suruh lari? Amirul tersenyum. “Cik tak apa-apa ke?” Lengan husna dicengkamnya. Bimbang jika gadis itu melarikan diri lagi. Husna terdiam. “Diam saja. Cik ok tak ni?” Tubuh Husna digoncangnya beberapa kali.

“Dah lah tu abang! Una ni! Sakitlah!” Mata Amirul terjegil. Hampir-hampir nak terkeluar biji matanya. Una? Biar betul!. Tubuh Husna yang membelakanginya di tarik mengadap ke depan. Eh? Betul ke Una ni? Mana cermin mata besar bingkai empat segi tu? Mana tocang dua yang sentiasa menjadi fesyennya selalu. Kedua belah tangannya memegang kemas wahah Husna. Dan tatkala pandangannya jatuh pada sebutir tahi lalat manis di bawah bibir Husna, barulah dia menyakini kenyataannya.

Laaaa…..Bagai nak rak aku mencari. Rupa-rupanya selama ni dah ada di depan mata. Amirul tersengeh. “Dah puas abang cari tau!” Kening Husna berkerut. “Abang cari apa?”

“Errr….Tak ada apa-apalah!” Biarlah! Husna tidak perlu tahu semua tu. Yang penting Cinderella nya sudah berada di dalam genggaman, “Ni pakai baju fesyen apa ni?” Tangannya cuba menyentuh pada bahagian dada Husna yang terdedah namun gadis itu lebih cepat menepis tangannya.

“Tahu pun tak bagi orang usik. Yang Una pakai baju macam ni buat apa? Terdedah separuh kat atas sampai nampak gunung payung Una tu tau! Siapa yang tak geram memandang!” Husna terdiam. Wajahnya tunduk merenung lantai. Dia pun tak ingin memakai gown ni kalau tak kerana kesiankan Julia.

Amirul tersenyum lembut. Dia membuka jaket hitam yang dipakainya. Perlahan-lahan disarungkan pada tubuh Husna. Husna bakal isterinya. Hanya dia yang berhak melihat segala-galanya. “Jom kita balik!” Husna cuba untuk bangun. Namun dia terduduk kembali. Berdenyut-denyut rasa sakit di pergelangan kakinya.

“Sakit sangat ke?” Husna menganggukkan kepalanya. Malunya denga Amirul. Hendak sahaja disorokkan mukanya ke dalam baju. “Abang dukung ye…” Husna tersentak. Belum pun sempat dia memberi kata putus, tubuhnya sudah di dukung oleh Amirul.

“Ma, confirm bulan depan Mirul nak nikah!” Bisik Amirul di dalam hati

***********************

“Hai! Julia!” Laaaa….. Dia nak apa lagi ni? “Dah lah tu Mirul! Dah banyak kali aku cakapkan. Aku memang tak kenal Cinderella kau itu!” Buku di atas mejanya, dihempas beberapa kali. Amirul tersengeh. “Tak payah. Aku dah jumpa dah dengan Cinderella “

“Hah? Kau dah jumpa Una ke?” Wajah Amirul mula berkerut. “Ooooo….Selama ni kau tahulah siapa Cinderella tu ye! Kenapa kau tak cakap dengan aku? Separuh mati aku mencari tahu tak?” Julia ketawa mengekek. “Jumpa jugak kau ye! Tak sia-sialah kau datang malam tu!” Ketawa Julia terus meledak.

“Bukan aku tak nak cakap. Tapi aku dah janji dengan Una. Janji mesti ditepatikan?” Amirul sedikit mencebik. Banyaklah kau punya janji! Tak kasihan langung kat aku ni. Nasib baik tak gila di buatnya. “Yang kau datang sini buat apa? Kan dah jumpa Cinderella kau tu!

“Aku nak tanya pasal baju yang Una pakai tu. Dah ada orang booking ke?” Julia tersenyum. “Macam goreng pisang panas baju tu. Dah ada 4 orang booking baju tu. Kenapa?” Soal Julia sambil tangannya ligat menjahit labuci pada sepasang baju kebaya. “Kau cancel semua tu” Mata Julia terbeliak.

“What? Kau ni gila ke. Aku dah ambil deposit untuk baju tu lah! Kalau tiba-tiba cancel. Aku kena bayar 2 kali ganda kat customer aku tau tak!” Gila betul mamat ni! Main sedap mulut dia saja suruh orang cancel. Macamlah butik ni dia yang punya.

“I don’t care! Kau cancel saja semua tu. Aku akan bayar 3 kali ganda untuk semua customer kau tu. Baju tu cuma untuk Una. Aku nak Una pakai untuk malam pengantin nanti!” Julia terdiam. 3 kali ganda? Hehehe….Banyak tu.

****************

Husna merenung sarung tangan putih berenda yang dipakainya. Apalah mimpinya Si Amirul suruh dia pakai gown pengantin malam ni. Dadanya berdebat kencang menanti kedatangan Amirul. Macam tak percaya dia sudah bergelar seorang isteri “Assalamualaikum Cinderella…..”

Waalaikumsalam” Husna menyahut perlahan. Bila masa pulak aku dah tukar nama ni.! Debarannya makin kuat terasa apabila Amirul melabuhkan punggung disisinya. “Cantik isteri abang malam ni. Macam puteri yang turun dari kayangan” Husna tersipu malu.

Husna memejamkan matanya rapat-rapat tatkala bahunya yang terdedah itu dicium lembut oleh Amirul. Hujan lebat betul malam tu. Sesekali kilat sabung menyabung. Ketika insan lain kedinginan kerana cuaca sejuk di luar, tetapi tidak bagi pasangan pengantin ini yang terus hangat dan mengasyikkan!

******************

"Akhirnya Tuan Putera tu pun berkahwin dengan Cinderella tu! And they leave haply ever after" Husna menutup buku di tangannya. Wajah Alissa berkerut-kerut memandang ibunya. "Ibu, Kenapa cerita Cinderella ibu tak sama macam kat dalam tv tu?" Anak comel berusia 3 tahun itu masih belum berpuas hati.

"Memanglah tak sama. Yang Lissa tengok tu cerita Cinderella orang putih. Yang ibu baca ni cerita Cinderella melayu" Amirul yang sedang membaca surat khabar tergelak kecil mendengar kata-kata Husna.

Alissa masih tidak berpuas hati. Buku ditangan Husna ditariknya. "Ibu reka-reka saja ye cerita tu? Kenapa buku ni kosong saja?" Husna tersenyum. Pipi comel itu diciumnya lembut. "Ibu tak reka sayang! Cerita yang ibu bacakan dekat Lissa tadi memang kisah benar yang telah berlaku. Kalau Lissa tak percaya, cuba Lissa tanya babah!" Anak comel itu berkerut-kerut wajahnya.

"Lissa main dengan babah ye. Ibu penatlah. Ibu nak naik tidur" Husna bersusah payah untuk bangun. Dia menaiki anak tangga perlahan-lahan sambil memegang perutnya yang sudah memboyot itu.

Almari bajunya di buka. Dia tersenyum sambil merenung gown pengantin yang masih elok tersimpan. Gown penganti itu dikeluarkan. Disangkutnya pada daun pintu almari. Lama dia merenung gown tersebut. Sudah 5 tahun usia perkahwinannya namun gown itu sedikit pun tidak berubah.

"Ibu buat apa ni? Lama merenung baju tu?" Tangan Amirul sudah melengkar di pinggangnya. "Dah besar perut ibu ye? Tangan babah pun dah tak sampai nak memeluk" Husna tergelak kecil. Buah cinta mereka yang kedua bakal lahir. harap-harap akan lahir seorang putera.

"Babah bahagia kahwin dengan ibu?" Wajah Amirul direnung lembut. Amirul tersenyum. Dahi Husna diciumnya lembut. Lama! "Lelaki mana yang tidak bahagia jika dapat mengahwini seorang Cinderella!" Mereka berdua serentak ketawa.

AND THEY LEAVE HAPPLY EVER AFTER.................

~~~ THE END ~~~


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 21-02-07 16:09


wa...best gle cerita ini...tahniah skater!buat sndrike?plangi cinta jangan lupa habiskan tau!nak baca 2 juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

lukmanulhakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 01:53


best....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanulhakimProfil   Hantar PM kepada lukmanulhakim   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 22-02-07 10:59


huhu...menarik

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 12:09


hrmm..agak menarik. ;-)


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 15:17


Assalamualaikum...
oklah citernye... boleh mbuatkn saya tsenyum... tapi jiwang sangat... meleleh... lubaina mesti suka cerita-cerita begini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 15:31


Pada 22-02-07 15:17 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
oklah citernye... boleh mbuatkn saya tsenyum... tapi jiwang sangat... meleleh... lubaina mesti suka cerita-cerita begini...


memang nak kena ni...!! :-P


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

al-walid-04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 15:39


Pada 22-02-07 15:31 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-02-07 15:17 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
oklah citernye... boleh mbuatkn saya tsenyum... tapi jiwang sangat... meleleh... lubaina mesti suka cerita-cerita begini...


memang nak kena ni...!! :-P



betul-betul tu...saya sokong

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-walid-04Profil   Hantar PM kepada al-walid-04   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 15:44


Pada 22-02-07 15:39 , al-walid-04 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-02-07 15:31 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-02-07 15:17 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
oklah citernye... boleh mbuatkn saya tsenyum... tapi jiwang sangat... meleleh... lubaina mesti suka cerita-cerita begini...


memang nak kena ni...!! :-P



betul-betul tu...saya sokong


waaa...diri ku teraniaya... :-(


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 16:57


cerita yang menarik

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 17:56


salam...
bagus skater...:-);-):-D
post semua sekali...
tak ada lah ana tertunggu2 sambungannya nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

nur_snasf
Warga Rasmi
Menyertai: 17.01.2007
Ahli No: 28208
Posting: 10
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 01:07


ummm..best lah cerita ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_snasfProfil   Hantar PM kepada nur_snasf   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-03-07 13:59


best lah cerita ni...asyk senyum saja masa baca. nk2 kat ending dia..sampai lenguh pipi dibuatnya... :-)

*tapi kan tak rasa ke amirul tu pndng pada rupa...kalau una tak jadi model gaun tu rasa nya dia kan terjth cinta kat una... in my opinion lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

adibahazrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 02-03-07 15:18


behnyer..... hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adibahazrahProfil   Hantar PM kepada adibahazrah   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 01:09


best lah cerita ni...nanti buat yang lagi best ek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 07-03-07 10:25


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

nrelisa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26937
Posting: 33
Dari: tempat beradanya makhluk Allah

haiti  


posticon Posting pada: 07-03-07 18:17


teruskan...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nrelisaProfil   Hantar PM kepada nrelisa   Quote dan BalasQuote

arsyie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 07-03-07 18:30


ok lah..good effort..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arsyieProfil   Hantar PM kepada arsyie   Quote dan BalasQuote

nrelisa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26937
Posting: 33
Dari: tempat beradanya makhluk Allah

haiti  


posticon Posting pada: 07-03-07 18:56


teruskan dengan karya yang lain pula.heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nrelisaProfil   Hantar PM kepada nrelisa   Quote dan BalasQuote

almumtahanah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.01.2004
Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 12:03


;-) :-) :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For almumtahanahProfil   Hantar PM kepada almumtahanah   Pergi ke almumtahanah's Website   Quote dan BalasQuote

limau_nipis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.10.2007
Ahli No: 31306
Posting: 44
Dari: putrajaya...bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-07 15:52


bestlah cerita ini..macam nak simpan wak koleksi pula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For limau_nipisProfil   Hantar PM kepada limau_nipis   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 08-10-07 16:21


Assalamualaikum....
copy dulu eh...nanti baca kemudian...... :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1064 saat. Lajunya....