Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Adakah Malaysia mencemburui kemajuan Singapura?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Adakah Malaysia mencemburui kemajuan Singapura?

Please Mendaftar To Post


Oleh Adakah Malaysia mencemburui kemajuan Singapura?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-02-07 13:27


MENTERI Luar Singapura, George Yeo dalam sidang Parlimen Singapura Isnin lalu menyatakan keperluan negaranya memperlahankan pembangunannya bagi mengurangkan tekanan negara-negara jiran.

Ini kerana seperti yang dinyatakan oleh ahli-ahli Parlimennya betapa berlakunya ‘politik cemburu’ kerana kemajuan pesat republik itu meninggalkan negara-negara jirannya.

Adakah kita cemburu? Pada hemat saya, Singapura patut lebih maju daripada apa yang ada pada hari ini. Mereka harus menjadi contoh kepada negara-negara jiran dengan menampilkan pulau itu sebagai sebuah republik dunia pertama.

Bukan saja kita tidak cemburu, malah kita bimbang mereka tidak berupaya untuk mengekalkan tahap kemajuan yang dicapainya. Malaysia tidak mengamalkan ‘politik cemburu’ terhadap jirannya malah dasar yang dipegang ialah prosper thy neighbour iaitu jiran yang makmur akan mendatangkan kesenangan kepada kita.

Kalau Singapura mundur, Malaysia juga menanggung susah. Saya percaya Indonesia juga tidak cemburu terhadap kemajuan Malaysia dan Singapura. Kesenangan negara-negara jiran ini akan memberi tempias kemakmuran kepada semua.

Hakikatnya, Singapura, Malaysia dan Indonesia bergantung di antara satu sama lain. Kesenangan dan kesusahan akan ditanggung bersama.

Tunku Abdul Rahman ketika berhujah mengenai penubuhan Malaysia mempunyai harapan supaya Singapura menjadi New York bagi Malaysia. Apa yang paling dibimbangi oleh Kuala Lumpur pada awal tahun 60-an ialah Singapura jatuh ke tangan komunis, menjadi miskin dan mendatangkan masalah kepada Tanah Melayu ketika itu.

Pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 juga dibuat untuk kebaikan kedua-dua pihak. Bagi Tunku, jika Singapura berasakan bahawa Malaysia menjadi beban untuk kemajuannya, maka lebih baik pulau itu merdeka. Kecekapan dan kebijaksanaan pemimpinnya dapat digunakan untuk memajukan diri sendiri tanpa perlu mengambil kira masalah-masalah yang berkaitan dengan Malaysia.

Pada masa itu, tentu sukar untuk ditelah sama ada langkah itu betul atau tidak. Yang pasti Kuala Lumpur sudah tidak sanggup untuk menanggung kerenah pemimpin-pemimpin Singapura.

Mungkin Malaysia akan jauh lebih maju jika Singapura berada di dalamnya. Tetapi mungkin boleh menjadi sebaliknya dengan kekacauan dan perbalahan kaum yang memusnahkan kedua-dua pihak.

Tetapi ternyata 42 tahun kemudian, gagasan pemisahan antara Malaysia dan Singapura mendatangkan hasil yang baik. Kedua-dua negara mencapai tahap kemajuan yang boleh dibanggakan. Sudah tentu Malaysia tidaklah semaju Singapura kerana kedudukan pulau itu yang sedemikian rupa.

Namun begitu, dengan globalisasi dan kebangkitan China, sementara dalam ASEAN, potensi Indonesia dan Vietnam semakin menyerlah, keperluan hubungan lebih baik antara Singapura dan Malaysia bertambah ketara.

Usaha Singapura untuk aktif dalam China dan Indonesia tidaklah semudah yang disangka. Begitu juga usahanya di Thailand.

Ini kerana Malaysia lebih sesuai bagi Singapura bukan saja kerana jalinan sejarah tetapi sistem pentadbiran yang diwarisi British kepada kedua-dua negara memudahkan hubungan perniagaan.

Maka jika dilihat dalam konteks ASEAN, teras kemajuan rantau ini terletak pada hubungan ekonomi Malaysia-Singapura, dengan Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai potensi bagi menghadapi kepesatan China-India.

Dalam hal ini, tidak ada soal politik cemburu, tetapi lebih kepada politik sinergi. Kemajuan pesat Singapura akan melimpah ke Johor Selatan dan juga Riau.

Jadi bukanlah soal cemburu terhadap kemajuan Singapura. Tetapi apa yang dikehendaki oleh jiran-jirannya ialah keikhlasan untuk maju bersama dan memahami perasaan dan cara berfikir orang Malaysia dan Indonesia yang tentunya berbeza dengan Singapura.

Kegagalan untuk memahami dan menyesuaikan diri inilah yang menyebabkan Singapura dikeluarkan oleh Tunku dari Malaysia dahulu.

Sejarah mungkin berubah jika Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengambil pendekatan berbeza pada awal-awal penubuhan Malaysia dahulu. Dengan memiliki pendekatan berlainan, Singapura mungkin masih bersama dalam Malaysia dengan kedua-duanya dapat menikmati kemajuan lebih besar.

Pada hari ini, Singapura masih tidak dapat mencapai tahap New York. Ia mungkin berjaya sebagai kota ekonomi dan korporat.

Tetapi New York bukan saja kota ekonomi, bahkan ia merupakan pusat budaya dunia di mana kreativiti seni dan budaya berkembang maju di atas kebebasan berfikir dan bersuara warganya.

Singapura sememangnya berjaya mengelak diri daripada jatuh ke tangan komunis walaupun pada satu masa, majoriti penduduknya boleh dikatakan bersimpati kepada fahaman itu.

Tetapi ciri-ciri pemerintahan komunis ialah mengongkong kebebasan warganya untuk berfikir dan bersuara. Untuk mencapai tahap kemajuan lebih tinggi, rakyat sesebuah negara mestilah dibebaskan daripada kongkongan berfikir dan bersuara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-02-07 14:05


bukan kita cemburu, tapi singapura sendiri. Cemburu dengan negara kita yang luas sebab tu s'pore duduk timbun pasir habis tenggelam johor. Cemburu dengan Malaysia aman & makmur walau berbilang kaum, sebab tu dia keluarkan kenyataan konon Malaysia menindas kaum cina. Saja nak apikan kaum cina yang memang dah tamak tak sedar menumpang dulunya (yang bukan Islamla).


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 17-02-07 14:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-02-07 15:15


It's normal when Singapore government provokes Malaysia, if no provocation; then it's not Singapore... :-) Malaysia dah tak lalu nak dengar provokasi murahan macam tu... Kita pun dah matang dalam hubungan antarabangsa... Dalam kebanyakan isu, kerajaan Singapura mengharapkan provokasi mereka akan menyebabkan Malaysia melatah... tapi mungkin juga mereka lupa bahawa kita sudah 50 tahun merdeka dan mentadbir negara sendiri tanpa perlu cemburu pada Singapura...

p/s: Mungkin juga mereka mengharapkan Malaysia tersilap langkah...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 17-02-07 16:57


Silap perkataan; bukan cemburu, tapi KIASU!

Israel Asia Tenggara takut dengan kemajuan jiran-jirannya. Walaupun ada jirannya yang masih bangap (contoh yang menjual air pada kadar 30 tahun dahulu) namun Singapura makin tercabar.

PTP menjadi pelabuhan yang paling pesat membangun di dunia. Maersk dan beberapa gergasi perkapalan mula berpindah dari Singapura menyeberangi Selat Tebrau.

Negara tanpa kekayaan hasil dunia, dan hanya kaya kerana memperkudakan negara-negara jiran tergugat apabila jiran-jirannya mula pandai melawan.

Sebelum jiran-jirannya pandai melawan, kenyataan sebegini perlu supaya jiran-jiran bangapnya kembali menikus.

Persoalan yang tinggal adalah, adakah jiran-jirannya masih bangap?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 19-02-07 02:20


Pada 17-02-07 16:57 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!

Silap perkataan; bukan cemburu, tapi KIASU!

Israel Asia Tenggara takut dengan kemajuan jiran-jirannya. Walaupun ada jirannya yang masih bangap (contoh yang menjual air pada kadar 30 tahun dahulu) namun Singapura makin tercabar.

PTP menjadi pelabuhan yang paling pesat membangun di dunia. Maersk dan beberapa gergasi perkapalan mula berpindah dari Singapura menyeberangi Selat Tebrau.

Negara tanpa kekayaan hasil dunia, dan hanya kaya kerana memperkudakan negara-negara jiran tergugat apabila jiran-jirannya mula pandai melawan.

Sebelum jiran-jirannya pandai melawan, kenyataan sebegini perlu supaya jiran-jiran bangapnya kembali menikus.

Persoalan yang tinggal adalah, adakah jiran-jirannya masih bangap?



setuju...
hal ini dibuktikan dengan bantahan terhadap penggantian tambak johor yang dilihat bakal merubah ekonomi selatan semenanjung

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-02-07 15:50


ayo..apa punya badigol singapura ni...kita ni lagi maju apa..tengok epot sudahler..memang epot dia besar sebab panjang..tapi epot kita mak aiii..tu dari segi fasiliti lah..kalau dia bangga duit dia besar sebab negara dia kecik..cuba negara dia besar malaysia..agak eh lagi teruk dari melesia..badigol soot..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-02-07 16:00


macam-macam lah singapore ni ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

mechaboyz87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27308
Posting: 94
Dari: -ump->> kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 21-02-07 17:58


singapore memang perlahankan kemajuan sebab kalau dah maju sangat,tempat nak bina bangunan dah habis.bukannya nak ikut rentak kemajuan malaysia.saja nak bagi alasan lah tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechaboyz87Profil   Hantar PM kepada mechaboyz87   Pergi ke mechaboyz87's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-02-07 10:09


apa kata kita ambil balik hak Tanah Melayu sebelum tahun 1963.Singapura keluar dari Tanah Melayu pada tahun 1963 kerana kelicikan lee kwan yu menipu Pemimpin UMNO.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 09:49


Foreigners to invest RM10b in Johor

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who chairs IRDA, has said investment of US$13 billion would be needed in the first five years from 2006-2010 to build roads, rail and other infrastructure and set the stage for an influx of private investment, which is expected to come largely from neighbouring Singapore. -- Reuters

sumber : theedgedaily.com

*sekarang singapura tak payah beli tanah dah.pasal dia dah dapat macam-macam dengan senang hati.dalam kawasan Malaysia pula tu.ist..tolong lah pembangkang,jadi pembangkang yang berguna untuk tanah Malaysia ni.cari segala maklumat yang terkini dengan pantas dan hebahkan tentang kepincangan sekarang.bawa masuk parlimen.Tengok lah sikit isu yang besar macam ni.Adakah bangsa Melayu sangat suka dijajah.Kalau Malaysia ni dikuasai bangsa asing kita marah tapi kita sendiri yang tak mahu berusaha untuk mempertahankannya.

Indonesia dah sedar,tak sangka Malaysia masih lagi main tepuk belakang dengan singapura tanpa mahu mengambil pengajaran.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 24-02-07 11:15


singepure memang maju kalau diukur pendapatan exportnye.
tetapi tidak kdnknye. langsung ini mewujudkan jurang antare masyarakat singepure.
kalau yang miskin memang miskin, kalau yang kaya memang kaya.
ini kerana singepure masih perlu bergantung kepade negare2 lain untuk bahan mentah.

perkara sebegini tidak berlaku di melaysia, kita perlu bersyukur diatas perkara ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 11:23


terbalik sebenarnya.
singapura yang mencemburui Malaysia.
apa yang Malaysia ada, tidak ada pada Singapura.
pergantungan Singapura terhadap Malaysia dan juga negara-negara jiran.
contohnya: penjualan air dr Malaysia kepada Singapura.
bila rasa tergugat, Singapura mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
biasalah, siapa tak kenal Singapura.
dan Malaysia, apa tindakannya?
masih lagi belum sedar dan main tarik tali dengan Singapura?


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 24-02-07 11:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-02-07 11:31


bumi temasik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140329 saat. Lajunya....