Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-05-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
Abdullah: 22 hari yang lalu
muslimin23: 25 hari yang lalu
MTMKi: 38 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 51 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Tips mengurangkan Tekanan


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Tips mengurangkan Tekanan

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips mengurangkan Tekanan

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 18:42


Assalamualaikum

Tips mengurangkan Tekanan





Pendahuluan


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.



Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan

tekanan hidup. Antaranya ialah :



1.     Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.



2.     Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



3.     Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



4.     Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



5.     Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.



6.     Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



7.     Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakansalah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.



8.     Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.



9.     Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.



10. Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.





Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 21:49


walaupun saya belum bekerja lagi..tapi.. thanks for the info... :)

Salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-02-07 23:28


thanks .......
boleh guna untuk semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 02:39


terima kasih
saya akan syorkan kat kawan-kawan yang selalu stress

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-02-07 07:35


terima kasih...mudahan stress tu akan hilang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 14:41


boleh amal ni...syukran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 14:48


nak tambah boleh.....lagu satu bacalah buku-buku motivasi....itu salah satu cara bagi mengurangkan tekanan

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

syuhada_islamic
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-02-07 20:38


SYUKRAN..info yang bermanfaat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuhada_islamicProfil   Hantar PM kepada syuhada_islamic   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 16-02-07 20:49


bismillahhirrahmanirrahim..
assalamualaikum
setakat ana sibuk dengan kerja part time sambil study ni, alhamdulillah ana masih dapat mengatasi stress tu..maklumlah 2 perkara dalam satu masa..kalau ana stress kat office, alhamdulillah, my collegues setia membantu..kalau tension kat kelas,my friends are always there for me..tapi 'pembantu stress' ana yang paling baik adalah Dia..dan KalamNya..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
[ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 16-02-07 21:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

kestari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2006
Ahli No: 27622
Posting: 90
Dari: e_poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 21:06


terima kasih.

senyum-senyumlah selalu, insyaallah kurang tekanan. boleh masuk buku ni....hu,hu,hu. terima kasih


-----------------
$eNyumAn Itu PengUbat LukA di HAtI..


Bookmark and Share

    


  Member Information For kestariProfil   Hantar PM kepada kestari   Pergi ke kestari's Website   Quote dan BalasQuote

nur88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27875
Posting: 98
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 17-02-07 16:55


salam..syukran 4 da info yang bermanfaat ni..sangat berguna especially 4 student..memang tak dapat nak elakkan diri dr tekanan.lebih2 lagi masa exam.tu yang banyak kes histeria kat kolej..stress dapat di elakkn dengan mengamalkan amalan tersebut..InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur88Profil   Hantar PM kepada nur88   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 21:33


selain yang disyorkan di atas...dengan bnyakkan membaca boleh membantu membuka minda dan melatih diri berfikiran postif...membaca itu hikmah...jadikanla ia sebati dalam diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-02-07 22:12


Pada 15-02-07 18:42 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Tips mengurangkan Tekanan


2.     Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



tips yang kedua ni memang berkesan sangat-sangat
terbukti kesannya
melalui pengalaman sendiri
seberat mana pun tekanan
atau apapun yang kita lakukan
kena berbalik semula pada Allah
kerana Dialah yang maha menjadikan segala-galanya

;-) ;-) ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 22:06


Assalmualaikum...
Saya setuju dengan azzahrah...
daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-07 22:14


SOLAT BERJEMAAH tapi dengan syarat rapatkan saff, insyaAllah akan seimbang cas2 yang terlebih & terkurang pada kita. Ikut pengalaman waktu belajar-memang stress wtu, jadi inilah hikmah berjemaah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118942 saat. Lajunya....