Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 177
Ahli: 0
Jumlah: 177




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 53 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Bila si adik kecil berbicara dengan si bidadari


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bila si adik kecil berbicara dengan si bidadari

Please Mendaftar To Post


Oleh Bila si adik kecil berbicara dengan si bidadari

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-02-07 11:56


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya. Tapi di situlah wahai adikku,
kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan
sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi 'izzah' yang paling gah bahkan lebih gah dari
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman
Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan
lemah, tetapi senjata."


Si adik tidak berpuas Hati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada
hambanya? Wahai para lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yang
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai
sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada
dirinya.

Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat
wanita, agar memelihara auratnya kerana di situ lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pada para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita-wanita yang
suci. Namun... wanita yang beriman itu, kata
Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah
semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita
yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yang soleh."


Adik masih tidak berpuas Hati.

"Tapi kakakku, Kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pada penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri
setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri
wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan
belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yang kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yang solehah
didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad
dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,
diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah
dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka
demikianlah adikku menilai mereka. tapi perlu juga
dilihat pada hatinya... pada akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang
solehah dan yang toleh. Namun adikku... jangan dikau
cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati
mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan
cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pada Rabb itu
sentiasa ada dalam jiwa insan. Adikku, mereka ini,
tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang
mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pada persepsi wara dan alim.

Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang
berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya.
Persepsi yang salah pada dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yang lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa
tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim
kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang-kadang
merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan
penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan
debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yang tidak
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yang tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH
jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia ? tapi lebih
bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan
hamba yang disayanginya untuk memetik di taman
akhirat kelak."



Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan
sepohon epal yang besar dengan buah2 epalnya yang
kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan penghuni
syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih
jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak-kanak
adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya
bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi
bidadari syurga? Wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-02-07 13:12


;-) :-) 8-) :-D

mudah2an...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

nurul_gts46
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2006
Ahli No: 24757
Posting: 82

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-02-07 14:57


insyaallah...
'jaga diri hiasi peribadi'

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_gts46Profil   Hantar PM kepada nurul_gts46   Pergi ke nurul_gts46's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 18:13


123

(^^,)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 12:44


bagi muslimat yang belum ketemu jodoh, jangan rasa gusar...
jodoh Allah telah tentukan..cuma masa sahaja yang menentukan...

mungkin bukan di dunia...
mungkin di Akhirat...

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099443 saat. Lajunya....