Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 106
Ahli: 0
Jumlah: 106




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 hari yang lalu
kismis: 3 hari yang lalu
qaulah_atrah: 14 hari yang lalu
muaz9768: 18 hari yang lalu
Rashdin: 24 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kasihanilah kami..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kasihanilah kami..

Please Mendaftar To Post


Oleh Kasihanilah kami..

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 08:49


Alhamdulillah. Syukur... kerana kita semua dikurniakan nikmat yang sebesar-besarnya iaitu iman dan islam. Tak semua yang perolehinya. Taufiq dan hidayah bukan semua orang yang dapat. Siapa yang Allah nak bagi, Dia Yang Maha Berkuasa akan berikan..

Cubalah bayangkan jika kita berada di kasut kawan-kawan kita yang beragama Cina atau India. Tak payah contoh jauh2 lah.. senang yang dekat2 ni saja. Yang orang Malaysia sendiri. Bayangkan kita ada kefahaman yang terhad. Tak tahu apa guna hidup di dunia ni. Tak tau apa tujuan kita ni hidup. Buat apa lepas mati dan tak tahu balasan di akhirat.. Hidup pun macam tak ada guna. tak ada ketenangan. tak ada Allah untuk memohon pertolongan.

lepas itu last-last mereka mati. mereka akan disoal oleh Allah dan diseksa kerana kekafiran mereka sebagaimana janji Allah dalam kitab suci Al-Quran.

Saat tu, menyesal pun tiada guna lagi. Tapi, betul ke mereka memang bersalah sepenuhnya? Ataupun sebab tak ada ingatan yang datang pada mereka? tak ada orang yang 'berilmu' dan 'beriman' (kita lah) yang datang mengajak mereka dan tunjuk ajar apa yang betul dan apa yang salah. Sedangkan kita ni golongan yang tahu dan dah faham.

Aku rasa, kalau aku berada kat tempat mereka. Aku sendiri akan rasa geram dan marah pada orang-orang yang 'tahu' ni. "Tuhan, kawan-kawan muslim kitorang yang tak bagitau kitorang. Janganlah hukum kitorang sebab kitorang memang tak tau apa-apa. Salahkan mereka jugak lah sebab ada pengetahuan tapi bukan nak ajak kitorang yang memang tak tau apa-apa ni.."

Aku tak dapat bayangkan, kalau di akhirat nanti. Aku melihat seorang sahabat kaum Cina yang sama-sama belajar dan menuntut ilmu dunia dengan aku dulu, pernah ada waktu-waktu yang kami main sama-sama, berkongsi masalah sama-sama, sama-sama pergi lunch dan sebagainya, diseksa di neraka.. Dia melihat aku melihatnya. Mustahil tak ada rasa sedih di dalam hati aku melihatnya berkeadaan begitu. Aku confirm dalam hati dia masa tu dok sumpah seranah dan marahkan aku. Ada benda baik kat dunia dulu tak nak share dengan dia... Tentu aku menyesal pada masa itu. Waktu tu akan terdetik, kenapalah aku tak dakwah pada dia dulu...

Allah telah pun berfirman:

Pada hari ketika muka mereka (orang kafir) dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul." dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar. (Al-Ahzab: 66-67). Jadi, apa yang kita dapat jawab bila Allah menyoal kita pula?

Bagi seorang muallaf atau saudara baru Islam yang telah berjaya menjadi di antara kita, kini dah faham keindahan Islam dan keimanan pada Allah dan Rasul, tentang siksa akhirat, balasan syurga neraka, dengan pengetahuan yang dah sedia ada ini jika mereka berada semula di tempat mereka berada dulu, tentu mereka ingin berteriak-teriak kepada orang Islam, "Ajarilah kami, kami jahil. Da'wahlah kepada kami juga, kami belum beriman. Kasihanlah kami." Jika mereka tahu siksaan yang bakal mereka perolehi jika mereka mati dalam kekafiran, tentu mereka akan merayu-rayu kepada kita supaya kita dapat berdakwah kepada mereka dan menyelamatkan mereka. Begitu juga dengan golongan yang namanya muslim tetapi telah terhanyut jauh sewaktu di dunia... Kita yang sedar ni, cubalah supaya dapat menarik mereka ini kembali ke jalan yang benar.

Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." (Hadis Riwayat Muslim)

Bagi kita, bolehlah bersenang-senang dengan nikmat iman ini. Sendiri nya amal sendiri lah. Maklumlah, kubur lain-lain. Tetapi, apakah setelah kita memperoleh kefahaman ini, kita boleh buat apa saja dan lepaskan diri dari tanggungjawab kita berdakwah? Kesenangan dan kehormatan yang Allah berikan kepada golongan yang beriman itu datang dengan tanggungjawab. Kita ada tugas dan banyak kerja sebenarnya yang kita kena buat. Benda-benda yang luar daripada ruang pembelajaran akademik kita di Universiti. Masih ramai lagi umat manusia yang masih terkapai-kapai (roh mereka yang mereka tidak sedari tu) meminta supaya diberi petunjuk. Kerana setiap roh itu asalnya adalah muslim, ketika lahir di dunia lah dia berubah mengikut persekitarannya, dan jadilah dia penganut berbagai2 agama. Jika masyarakat kita melakukan dosa secara berleluasa, Allah akan menimpakan azab. Kita juga yang kena. Kenapa? Sebab salah kita juga tak berda'wah.

Kita adalah golongan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka yang belum mendapat petunjuk dan hidayah lagi. Tak kiralah yang non-muslim ke yang muslim. Tapi kita telah lalai daripada amanah dan tanggungjawab ni. Betapa Allah mencela golongan ini seperti firmannya di dalam Al-Quran..

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan". (Surah Al-Baqarah 2:140)

Mohonlah perlindungan dari Allah, semoga kita tidak termasuk di dalam golongan orang2 yang dicela-Nya. Wa Na'uzubillah.. Semoga Allah mengampunkan kelalaian kita ini. AMIN.

Nak berda'wah, tapi alasan macam ni selalu kita dengar.. "Aku belum layak lagi. Ilmu aku tak cukup. Aku ni siapalah nak da'wah2 kat orang.." Tak mustahil setiap orang pun pernah memberi alasan yang sama.. Ataupun "Nanti apa orang kata. Skema pula nanti. Nanti nampak baik sangat.." Atau adakah lagi alasan lain? Depan Allah nanti boleh ke kita beri alasan sebegini?

Allah memerintahkan agar kita beramar makruf dan nahi mungkar. Ia adalah tugas setiap orang Islam yang beriman. Kita semua adalah dipertanggungjawabkan. Berda'wah bukannya tugas ustaz dan ustazah, para ulama', pegawai2 Islam di Jabatan Agama, imam, orang-orang yang pakai serban atau kopiah atau jubah, ataupun yang memakai tudung-tudung labuh atau yang sewaktu dengannya sahaja. Berda'wah pun bukannya dengan cara bersyarah, berceramah, tulis artikel panjang-panjang atau mengajar dalam kelas sahaja. Kita tunjuk akhlak baik pun berda'wah. Kita pakai pakaian sopan dan menutup aurat pun boleh jadi da'wah. Niatkanlah ingin berda'wah kerana Allah, semoga segala amalan kita tidak sia-sia. Walaupun kita hanya tahu kalimah 'lah ilaha illallah", sampaikanlah itu sahaja. Sahabat Rasulullah s.a.w., Bilal bin Rabah, mengucapkan "Ahad.. Ahad" sewaktu diseksa. Masa tu Bilal bin Rabah tak sempat belajar apa-apa pun lagi selain daripada kalimah tu. Jadi itulah sahaja yang diucapkannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sampaikanlah walau satu ayat". (Shahih Bukhari)

Maksud firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya. Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (Ali Imran: 102)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 15:38


Pada 12-02-07 08:49 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!




Kita adalah golongan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka yang belum mendapat petunjuk dan hidayah lagi. Tak kiralah yang non-muslim ke yang muslim. Tapi kita telah lalai daripada amanah dan tanggungjawab ni. Betapa Allah mencela golongan ini seperti firmannya di dalam Al-Quran..

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan". (Surah Al-Baqarah 2:140)

Mohonlah perlindungan dari Allah, semoga kita tidak termasuk di dalam golongan orang2 yang dicela-Nya. Wa Na'uzubillah.. Semoga Allah mengampunkan kelalaian kita ini. AMIN.





Assalamualaikum....

Begini,bos saya adalah seorang lelaki, berumur lingkungan 60 tahun, tetapi beliau tidak solat walaupun solat jumaat.... sebenarnya ramai orang tahu dia tidak bersolat terutamanya pelajar2 beliau tapi saya rasa mungkin rakan sekerja beliau tak tahu.

Pernah student dia tanya saya, "Akak, Dr tak solat ya?"
Saya tanya balik, "Kenapa cakap macam tu?"
"Sebab hari tu kitaorang ada buat jamuan dengan dia, masa tu dah pukul 7.00, kitaorang cakap kat dia nak solat dulu, dia kata ok, lepas tu bila masuk balik, dia ada lagi kat situ dan tak keluar pun sampai habis waktu maghrib"

Jadi, ada tak sesiapa boleh cadangkan macam mana cara nak berdakwah kepada bos saya ni...



p/s: kalau sebaya, boleh jugak nak tegur direct..tapi ni dah pangkat atuk!!!!!.....


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 15:50


:roll: Ohhoo.....bos sendiri tak solat ek, agak susah juga ini.......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

sastera_ikhtisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4608
Posting: 37
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-02-07 18:22


Allahu akbar, banyak lagi rupanya tanggungjawab kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For sastera_ikhtisasProfil   Hantar PM kepada sastera_ikhtisas   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 21:27


Hurm... apa kata kongsi masalah ini dengan rakan sekerja bos tu. yang lebih kurang dewasa2 juga. minta dia cuba ajak-ajak bos tu solat bersama bila masuk waktu......

tengok apa reaksi.. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 15:18


ana lagi parah.... roomate ana solat scara bmusim.... time dia rajin dia solat, time malas tak nak solat.... bila cakap bak hukum, dia power.... tapi '-'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-02-07 15:46


sebenarnya tak bagus jugak kalau kita cerita pasal dakwah tapi kita sendiri tak buat benda itu...
alhamdulillah terima kasih kepada syahidatul kerana bagi tazkirah mengenainya..ia juga adalah sebahagian daripada dakwah..tapi kalau kita tengok dakwah dari segi praktikal...pernah ke kita ni masuk kampung orang asli kemudian berdakwah..berapa ramai orang yang masuk islam di tangan kita..berapa kali kita mengajar orang yang baru masuk islam mengenai islam...

cakap senang..tapi buat tengok..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 14:41


alhamdulillah.

tak adalah sampai saya ada pergi masuk petempatan orang asli.

masuk kelas dakwah, dan bermula dengan berdakwah kawan cina sendiri dahulu. saya pun lemah, bukan nak kata saya hebat.

at least saya bercakap sesuatu dan ada niat ke arah perbuatan praktikal itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 18:01


!!! QUOTE !!!



Begini,bos saya adalah seorang lelaki, berumur lingkungan 60 tahun, tetapi beliau tidak solat walaupun solat jumaat.... sebenarnya ramai orang tahu dia tidak bersolat terutamanya pelajar2 beliau tapi saya rasa mungkin rakan sekerja beliau tak tahu.

Pernah student dia tanya saya, "Akak, Dr tak solat ya?"
Saya tanya balik, "Kenapa cakap macam tu?"
"Sebab hari tu kitaorang ada buat jamuan dengan dia, masa tu dah pukul 7.00, kitaorang cakap kat dia nak solat dulu, dia kata ok, lepas tu bila masuk balik, dia ada lagi kat situ dan tak keluar pun sampai habis waktu maghrib"

Jadi, ada tak sesiapa boleh cadangkan macam mana cara nak berdakwah kepada bos saya ni...



p/s: kalau sebaya, boleh jugak nak tegur direct..tapi ni dah pangkat atuk!!!!!.....



sekadar cadangan ana.....

1. buat solat jemaah di office...ajak ramai-ramai kawan..jika semua staff ikut serta,takkan bos tak join sekali...insyaAllaj
2. buat risalah kecil tentang kepentingan solat dan sebarkan di office
3. email pada bos tentang kepentingan solat dan juga tentang kematian...kerana umur 60 itu adalah umur yang sudah berumur dan patot fikir tentang kematian yang bakal tiba bila2 masa saja...
4. buka radio IKIM di office...mana tau terbuka hati dia dengar azan dan tazkirah di radio...
5. galakkan pelajar2 nya berdiskusi tentang agama...lihat sejauh mana reaksinya tentang solat
6. berdoa agar Allah beri hidayah padanya....

tidak guna pandai macam manapun kita jika tinggal solat...
tidak guna gelaran yang kita sandang jika tinggal solat....
tidak guna hidup 1000 tahun jika tinggal solat......

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 15:17


Pada 12-02-07 21:27 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Hurm... apa kata kongsi masalah ini dengan rakan sekerja bos tu. yang lebih kurang dewasa2 juga. minta dia cuba ajak-ajak bos tu solat bersama bila masuk waktu......

tengok apa reaksi.. ;-)



terima kasih diatas cadangan tetapi bukankan ia seperti membuka aib seseorang bila menceritakan kepada orang lain mengenai keburukan seseorang.

Contoh situasi yang dihadapi oleh saya lebih kurang begini...

Anda seorang pelajar dan anda tahu cikgu anda tidak solat, jadi molekkah agaknya memberitahu kepada cikgu lain bahawa cikgu anda tidak solat dan menyuruh cikgu lain itu mengajak cikgu anda solat bersama2...


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.
[ Telah diedit oleh: triptofana pada 26-02-07 15:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-02-07 15:25


bagus...teruskan usaha dakwah anda..tapi kita kena ingat..nak dakwah ni kena ada platform..kalau xorang tak nak dengar kita punya dakwah..sebagai contoh seorang tukang kebun akan bercerita tentang agama pada kapel yang berdating di taman bunga..adakah orang tu akan dengar?....pk2 kanlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-02-07 15:40


dalam sirah Nabi pun,tiada siapa yang peduli apabila Bilal bin Rabah terus mengajak kepada tuannya supaya memeluk Islam.sehinggakan beliau diseksa.kerana Bilal adalah seorang hamba berkulit hitam maka beliau dipandang rendah namun hati Bilal tetap kental demi kebenaran yang diperolehnya dan berusaha untuk berkongsi dengan orang lain akan kebenaran tersebut walaupun ianya mengundang padah terhadap dirinya sendiri

tapi kita ni,sibuk nak tentukan dengan pelbagai platform.tak kisah lah tukang kebun ke tukang kubur ke,tanggungjawab untuk berdakwah terletak di atas semua umat Islam.bukannya boleh lepaskan tanggungjawab itu untuk seseorang sahaja dan kemudian orang lain boleh berehat sukaria.dia nak dengar atau tak terpulang,asalkan sudah dilaksanakan tanggungjawab tersebut.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 26-02-07 15:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

al-Khwarizmi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 23624
Posting: 105
Dari: Islamic City

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-07 22:53


Pada 26-02-07 15:40 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!



tapi kita ni,sibuk nak tentukan dengan pelbagai platform.tak kisah lah tukang kebun ke tukang kubur ke,tanggungjawab untuk berdakwah terletak di atas semua umat Islam.bukannya boleh lepaskan tanggungjawab itu untuk seseorang sahaja dan kemudian orang lain boleh berehat sukaria.dia nak dengar atau tak terpulang,asalkan sudah dilaksanakan tanggungjawab tersebut.



memang senang mengatakan sesuatu....
islam selari mengekori zaman....
kita dalam mengadakan kerja dakwah, perlu jugak ada satu plan....kalau tak plan besar pun kecil-kecil dah ah....
memanglah kita perlu berdakwah...dengan perbuatan, lisan atau hati sesuai dengan kemampuan masing-masing.
saudari, islam tidak mengajar kita berbuat sesuatu untuk menjadikannya lebih buruk lagi....
bayangkan jika saudari berdiri di tengah2 orang ramai, kat mall katakan dan saudari melaungkan "anda ni, pakailah tudung. aurat tu" rasa2 sesuai tak?tu pun berdakwah kan....tapi fikirlah ini akan menimbulkan perasaan negative pula terhadap saudari.....
saudari boleh katakan 'alah, berdakwah apa nak malu' tapi tahukah saudari dengan berbuat demikian akan menimbulkan salah sangka terhadap islam itu sendiri....yang cuba2nak pakai tudung, cabut balik
so dalam apa jua perkara planning is important, right wheter u do the housework, playing even berdakwah...

ayat glamer......if u fail to plan, u plan to fail.


-----------------
Takkan Hidup dengan Pujian Manusia;
Takkan Mati dengan Cacian mereka.


Bookmark and Share

    


  Member Information For al-KhwarizmiProfil   Hantar PM kepada al-Khwarizmi   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-02-07 16:08


!!! QUOTE !!!

tapi kita ni,sibuk nak tentukan dengan pelbagai platform.tak kisah lah tukang kebun ke tukang kubur ke,tanggungjawab untuk berdakwah terletak di atas semua umat Islam.bukannya boleh lepaskan tanggungjawab itu untuk seseorang sahaja dan kemudian orang lain boleh berehat sukaria.dia nak dengar atau tak terpulang,asalkan sudah dilaksanakan tanggungjawab tersebut


apa yang telah trouver_99 dah buat untuk dakwah islamiah?...kalau kita cakap tapi kita tak buat tak guna...


-----------------
streamyx


Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 22:26


berdakwah perlu ada platform sahaja? tak ada platform, tak boleh dakwah? hanya kerana ada platform baru orang akan dengar nasihat kita atau bertambah yakin dengan apa yang kita sampaikan? erm kekadang dakwah di bawah platform pun belum tentu mad'u tersebut ingin mendengar. memang ada platform tu adalah sebaiknya, bila sesuatu dakwah tu dibuat dengan beramai2, disertai dengan strategi dan perancangan. tapi, takkan limited dengan ada platform saja sebagai syarat berdakwah?

setiap orang ada peranan. bila2 masa dan situasi pun kita boleh menegakkan sesuatu syariat. asalkan ada ilmu, maka selayaknya dia sebar-sebarkan ilmu itu bersama yang lain. ada berbagai cara/pintu yang boleh kita masuk untuk sampaikan sesuatu pada orang lain... ikut lah cara mana yang paling berkesan dan dapat menarik minat orang tu.

ikut lah keadaan, macamana nak nasihat lecturer tu. jika kita rasa kita ni macam tak menghormati dia bila tegur sebab kita jauh lebih muda, jadi mintalah bantuan yang sebaya dengan lecturer tu atau yang lebih rapat, mungkin itu lebih dapat membuka hatinya. maklumlah setaraf...

kalau saya lah kan.... jika saya sendiri hadapi situasi ni, bila berhadapan dengan orang yang jauh lebih tua yang macam ni juga, saya pun tak cukup berani untuk tegur. saya akan cuba bercerita2 pada dia, yang boleh buatkan dia sedar sendiri mana yang betul dan mana yang salah. cerita2 tang ni, tang tu... sehingga membawa kita berdekatan dengan apa yang akhirnya kita nak sampaikan pada dia, dan akhirnya dia dapat tangkap dan faham apa yang sebenarnya dia tak sedar selama ni... kiranya indirect punya teguran, dan yang penting dia faham, tersedar, atau terkesan di hatinya, bila dia dah fikir dan nampak sendiri dan relate kan perkara tu pada dirinya. bukan kita yang bagitau tapi teguran tu hadir dalam dirinya apabila dia berfikir sendiri. dan bila dia tanya2 kita apa-apa yang dia tak faham, hah kita jawab lah sebaik mungkin.

sebab saya pernah nak tegur sesuatu pada ibu saya. jadi saya buat begitu.....

berdakwah dengan rasa sayangkan orang itu dan tetap support dia. bukan main ikut ikut suka hati kita dan kepuasan kita. insya Allah terbukalah hatinya jika kita sayang dan mereka rasa disayangi. berdakwah lah dengan berhikmah.

jom praktikkan.


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 28-02-07 22:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 10:59


Berkenaan dengan bos saya tu..
Hari ni, saya buka zikir pagi, selawat dan juga zikir munajat kat saya punya PC.
Kemudian dia masuk..dan bila dia dengar zikir2 tu... dia bersuara argghh.... then dia terus tutup sound PC....
lepas tu baru dia boleh buat kerja macam biasa...

saja memang sengaja bukak sound kuat2..nak suruh dia dengar..
sebab biasanya saya bukak jugak tapi sangat perlahan dan mungkin dia tak dengar...

esok ada ceramah maulidur rasul....
dan saya amat pasti dia takkan pergi...

bilalah dia nak insaf dan bertaubat?
saya takut nanti saya akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117862 saat. Lajunya....