Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Di antara 14 dan 12 Februari


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Di antara 14 dan 12 Februari

Please Mendaftar To Post


Oleh Di antara 14 dan 12 Februari

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 22:28


http://theriseofislam.blogspot.com/

14 februari, tarikh yang di nanti-nantikan oleh pasangan yang sedang asyik dalam dunia cinta.Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih,lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara.Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi,dan bermacam-macam lagi.

12 februari,tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita.Ada apa dengan 12 februari?Hari memperingati apa?12 februari tidak pernah meminta di sambut kedatangannya, dan lalui lah 12 februari seperti mana biasa.Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.

Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;

    Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

    Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

    Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

    Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.

    Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'


14 februari,di ingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 februari berlalu tampa apa-apa memori padanya.Itulah masyarakat yang sedang kita hadapi.Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kes pembuangan bayi yang cukup sifat di negeri sembilan.Ianya bukan baru.Kes yang sama jugalah yang pernah berlaku 10 tahun dahulu.Ianya kes yang berulang-ulang dan menunggu masa untuk disiarkan dalam akhbar, kemudian menjadi "gempar" sedangkan penumpuan kita tidak pun pada penyelesaiannya.

Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam?Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau?Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam.Imam Bukhari merantau jauh dan disuatu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis.Apa yang imam bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?

Dunia ini tiada apa-apa.Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman


    jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah,maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir..

Mereka bahagia dalam keyakinan.Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah,namun ketenangan itu milik mereka.Sekali lagi saya ulangi

    Mereka bahagia dalam keyakinan!

Di hari ini, kita risau apabila memikirkan halatuju masyarakat.Fikiran kita berserabut memikirkan formula apakah yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda.Ianya tanggungjawab semua.Semua bakal dibicarakan untuk apa yang mereka sumbang dan untuk apa yang mereka diamkan.

Sesekali insan dakwah menyalahkan cinta sebagai penyebab kepada beberapa permasalahan seperti zina, buang anak, pergaulan bebas, dan seumpamanya.Lalu cinta itu dimusuhi oleh beberapa insan.Sedarlah bahawa cinta bukanlah untuk dipersalahkan apalagi untuk dimusuhi.Terlalu banyak perkara yang akan kita kerugian apabila cinta dimusuhi.Begitu juga permasalahan pluralisme dalam berjemaah.Variasi itu janganlah dimusuhi dan apabila ia dimusuhi,akan ada benda yang kita akan kerugian.

Kita menghadapi masalah masyarakat yang tidak faham apa itu agama.Krisis sikap, keras, dan cepat merasakan diri sendiri itu betul.Dimana-mana sahaja kita dapat mengesan perkara ini berlaku.Mat rempit contohnya mewarisi sifat kekerasan.Hati mereka tidak lembut untuk dilentur lalu mereka menganggap merekalah yang betul.Remaja yang berkrisis dalam masalah pergaulan bebas, zina, buang anak, dan seumpamanya pula tidak faham apa itu islam.Dan ahli jemaah menghadapi krisis sikap yang menjuruskan diri mereka kepada mentaliti centric dan sebagainya.

Islam mengajar bahawa;

    Prevention is better than cure

Namun ia tidak berakhir disitu.Islam memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk prevent dan bagaimana untuk cure.Satu pakej lengkap yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana agama lain.Prevent dengan apa?Dengan iman dan syarak, cure dengan apa?Dengan undang-undang dan pemerintahan islam.Lalu disuatu ketika kita membariskan berpuluh-puluh alasan untuk menjustifikasikan keingkaran kita terhadap ajaran islam.Multi racial?Tidak mampu?Dan apa-apa lagi yang difikirkan wajar dan manis,lalu kita meninggalkan islam dengan mencari kemuliaan dengan benda selain dari islam yang berwajahkan kemajuan, hadhari dan sebagainya.

Islam datang dalam keadaan ia menerima fitrah manusia.Jika manusia inginkan cinta,maka islam membenarkannya.Namun islam mengajar tatacara memandu cinta itu ke matlamat yang betul.Kita mungkin sudah terlambat untuk menyedari bahawa, islam datang untuk menolong ummat manusia, bukan datang untuk memenjarakan ummat manusia.Dan saya bersetuju dengan cadangan kahwin awal, buang persepsi lama yang me"limit"kan perkahwinan hanya apabila telah mencapai umur sekian-sekian dan sekian.


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-07 12:15


tarikh ini membimbangkan saya, seperti juga tahun baru & merdeka.
Ibarat komputer yang terkena virus yang jika tak discan awal2 boleh rosak komputer. Perosak utama akidah & akhlak yang saya amati sekeliling adalah perkara yang dilihat pada mata & jatuh mengotori hati, bila hati kotor, nur hidayah sukar untuk masuk, kita akan jadi sukar untuk membezakan perkara dosa & pahala. Banteras besar2an CD @ gambar luncah, tapis rancangan TV yang kebanyakan menjadi guru & ikutan muda-mudi sekarang.

"Aku tinggalkan kamu 2 perkara & selama mana kamu berpegan kepadanya, kamu tidak akan sesat buat selamanya. Itulah al-quran & as-sunnah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

zainuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18587
Posting: 72
Dari: Kajang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 13:11


BUAT apa KITA FIKIRKAN tentang 14 FEB

Bookmark and Share

    


  Member Information For zainuhaProfil   Hantar PM kepada zainuha   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-02-07 13:24


Di antara 14 dan 12 Februari
• syahid_zul
AHLI SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 533
Dari: terengganu





     Posting pada: 11-02-07 22:28


http://theriseofislam.blogspot.com/

14 februari, tarikh yang di nanti-nantikan oleh pasangan yang sedang asyik dalam dunia cinta.Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih,lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara.Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi,dan bermacam-macam lagi.

12 februari,tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita.Ada apa dengan 12 februari?Hari memperingati apa?12 februari tidak pernah meminta di sambut kedatangannya, dan lalui lah 12 februari seperti mana biasa.Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.

Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;

    Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

    Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

    Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

    Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.

    Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'


14 februari,di ingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 februari berlalu tampa apa-apa memori padanya.Itulah masyarakat yang sedang kita hadapi.Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kes pembuangan bayi yang cukup sifat di negeri sembilan.Ianya bukan baru.Kes yang sama jugalah yang pernah berlaku 10 tahun dahulu.Ianya kes yang berulang-ulang dan menunggu masa untuk disiarkan dalam akhbar, kemudian menjadi "gempar" sedangkan penumpuan kita tidak pun pada penyelesaiannya.

Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam?Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau?Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam.Imam Bukhari merantau jauh dan disuatu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis.Apa yang imam bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?

Dunia ini tiada apa-apa.Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman


    jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah,maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir..

Mereka bahagia dalam keyakinan.Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah,namun ketenangan itu milik mereka.Sekali lagi saya ulangi

    Mereka bahagia dalam keyakinan!

Di hari ini, kita risau apabila memikirkan halatuju masyarakat.Fikiran kita berserabut memikirkan formula apakah yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda.Ianya tanggungjawab semua.Semua bakal dibicarakan untuk apa yang mereka sumbang dan untuk apa yang mereka diamkan.

Sesekali insan dakwah menyalahkan cinta sebagai penyebab kepada beberapa permasalahan seperti zina, buang anak, pergaulan bebas, dan seumpamanya.Lalu cinta itu dimusuhi oleh beberapa insan.Sedarlah bahawa cinta bukanlah untuk dipersalahkan apalagi untuk dimusuhi.Terlalu banyak perkara yang akan kita kerugian apabila cinta dimusuhi.Begitu juga permasalahan pluralisme dalam berjemaah.Variasi itu janganlah dimusuhi dan apabila ia dimusuhi,akan ada benda yang kita akan kerugian.

Kita menghadapi masalah masyarakat yang tidak faham apa itu agama.Krisis sikap, keras, dan cepat merasakan diri sendiri itu betul.Dimana-mana sahaja kita dapat mengesan perkara ini berlaku.Mat rempit contohnya mewarisi sifat kekerasan.Hati mereka tidak lembut untuk dilentur lalu mereka menganggap merekalah yang betul.Remaja yang berkrisis dalam masalah pergaulan bebas, zina, buang anak, dan seumpamanya pula tidak faham apa itu islam.Dan ahli jemaah menghadapi krisis sikap yang menjuruskan diri mereka kepada mentaliti centric dan sebagainya.

Islam mengajar bahawa;

    Prevention is better than cure

Namun ia tidak berakhir disitu.Islam memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk prevent dan bagaimana untuk cure.Satu pakej lengkap yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana agama lain.Prevent dengan apa?Dengan iman dan syarak, cure dengan apa?Dengan undang-undang dan pemerintahan islam.Lalu disuatu ketika kita membariskan berpuluh-puluh alasan untuk menjustifikasikan keingkaran kita terhadap ajaran islam.Multi racial?Tidak mampu?Dan apa-apa lagi yang difikirkan wajar dan manis,lalu kita meninggalkan islam dengan mencari kemuliaan dengan benda selain dari islam yang berwajahkan kemajuan, hadhari dan sebagainya.

Islam datang dalam keadaan ia menerima fitrah manusia.Jika manusia inginkan cinta,maka islam membenarkannya.Namun islam mengajar tatacara memandu cinta itu ke matlamat yang betul.Kita mungkin sudah terlambat untuk menyedari bahawa, islam datang untuk menolong ummat manusia, bukan datang untuk memenjarakan ummat manusia.Dan saya bersetuju dengan cadangan kahwin awal, buang persepsi lama yang me"limit"kan perkahwinan hanya apabila telah mencapai umur sekian-sekian dan sekian.


-----------------






--------------------------------------------------------------------------------
Profil         Quote    Lapor Kepada Admin
• muslimah_jun
Ahli 1 Bintang
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 25
Dari: serambi mekah





     Posting pada: 13-02-07 12:15


tarikh ini membimbangkan saya, seperti juga tahun baru & merdeka.
Ibarat komputer yang terkena virus yang jika tak discan awal2 boleh rosak komputer. Perosak utama akidah & akhlak yang saya amati sekeliling adalah perkara yang dilihat pada mata & jatuh mengotori hati, bila hati kotor, nur hidayah sukar untuk masuk, kita akan jadi sukar untuk membezakan perkara dosa & pahala. Banteras besar2an CD @ gambar luncah, tapis rancangan TV yang kebanyakan menjadi guru & ikutan muda-mudi sekarang.

"Aku tinggalkan kamu 2 perkara & selama mana kamu berpegan kepadanya, kamu tidak akan sesat buat selamanya. Itulah al-quran & as-sunnah"




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin
• zainuha
Ahli 2 Bintang
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18587
Posting: 45
Dari: Kajang





     Posting pada: 13-02-07 13:11


BUAT apa KITA FIKIRKAN tentang 14 FEB




--------------------------------------------------------------------------------
Profil     Quote    Lapor Kepada Admin

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

Nilam_sejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2005
Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 14:33


12 FEBRUARI 1985

hari lahirku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nilam_sejatiProfil   Hantar PM kepada Nilam_sejati   Pergi ke Nilam_sejati's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 14:49


Malaysia ni banyak terpengaruh dengan berita-berita dari media elektronik mahupun bercetak..isu-isu tentang perjuangan islam, sirah islam dan perlembagaan islam sangat kurang diketengahkan..jadi masyarakat banyak dimomokkan dengan berita hiburan yang melalaikan semata...jadi apa yang tinggal pada masyarakat..konsert rock, konsert sambutan hari merdeka, sambutan sempena hari kekasih dan apa-apa lagi lah..yang berunsur islamik kurang lah yang amat amat...maklumlah tak menguntungkan pihak penaja..itulah hakikatnya malaysiaku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 13-02-07 15:54


bagus penulis article ni...walaupon yang ingin dicakapkan satu...tapi banyak isi dan banyak sebenarnya yang dia selitkan dr article tu...dan saya amat terasa dengan due ayat terakhir kat bawah tu...dan mbuat saya berfikir kembali....


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

bee_hasanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27885
Posting: 67
Dari: Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-02-07 16:26


terima kasih atas info tu.
em..saya baru tahu
syukran jazilan!

hidup islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For bee_hasanahProfil   Hantar PM kepada bee_hasanah   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 16:34


syukran untuk perkongsian ilmu ini.

Perjuangan menegakkan syiar Islam adalah umpama rantai-rantai yang sentiasa bersambung dan tiada akhirnya. As-syahid Imam Hasan al-Banna mewariskan perjuangan untuk Islam, supaya generasi baru akan terus bangkit mempertahankan kesucian agama Allah.

Pesan As-syahid Imam Hasan al-Banna :
'Wahai saudaraku,
Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya putus asa itu bukanlah dari akhlak kaum muslimin. Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti esok…'


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 13-02-07 16:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 17:43


takbir......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110527 saat. Lajunya....