Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Mencuri ketika lapar


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Mencuri ketika lapar

Please Mendaftar To Post


Oleh Mencuri ketika lapar

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 15:16


Soalannya:
Apakah hukumnya mencuri barangan keperluan semasa berada dalam keadaan banjir atau dalam bencana kelaparan yang lain. Apakah hukum mereka yang mencuri dari kedai yang dinaiki air?

– Ali Hasan Abd. Rahim, Johor Bahru.

Jawapannya:
Amalan mencuri itu tetap dilarang oleh agama kita. Tetapi sekiranya seseorang itu benar-benar berada dalam kaadaan darurat seperti kelaparan atau kebuluran dibolehkan mengambil makanan yang disediakan pihak tertentu atau dari mana sahaja sekadar untuk menghilang kelaparannya. Dan tidak harus lebih dari itu. Tetapi kalau perbuatan itu telah melampaui batasannya atau dengan cara mencari dosa tanpa ada rasa takut kepada Allah maka perbuatan itu adalah jelas salah dan berdosa yang tidak ada sesiapa dapat memberi simpati terhadapnya. Tetapi sebagaimana yang kita tahu perbuatan mencuri semasa dalam kecemasan itu adalah termasuk dalam perkara subahat yang tidak memberikan hakim atau pihak pemerintah sebarang kuasa menjatuhkan sebarang hukuman hudud ke atasnya. Walau bagaimanapun saudara tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang negara yang berbentuk takzir yang diberi kuasa sepenuhnya kepada pemerintah. Sedang hukum hudud memang telah digugurkan dengan adanya sebarang subahat tersebut. Sebab itu di masa negaranya dilanda kemarau, Khalifah Umar tidak menghukum mereka yang melakukan kesalahan mencuri dengan memotong tangannya. Ini sesuai dengan sabda Nabi tolaklah hudud itu dengan terdapat sebarang kesamaran (subahat dalam sesuatu kes atau kesalahan), (riwayat Tarmizi dan lain lainnya). Sebab itu kata ulama dalam suatu masyarakat yang dipenuhi dengan suasana subahat itu hukuman takzir adalah paling sesuai. Sebab itu dalam sambungan hadis tersebut, baginda ada mengingatkan dalam sabdanya lagi bermaksud: Sesungguhnya imam atau pemerintah itu lebih baik tersilap kerana membuang kes daripada tersilap dalam suatu kes dengan menjatuhkan sebarang hukuman. Ini untuk mengelak dari berlaku sebarang kezaliman dan kekejaman terhadap sesiapa. Lihatlah bagaimana cermatnya Islam yang maha suci.

Allah berfirman bermaksud: Dan perbuatan kamu bermaafan itu (halal-menghalalkan antara satu sama lain itu) lebih hampir kepada ketakwaan dan jangan kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah s.w.t. sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan (surah al-Baqarah ayat 237).

Jadi jelas kepada kita dalam masalah darurat ini diharus melakukan sesuatu larangan itu dengan syarat, ada rasa tanggungjawab iaitu sesuatu pengambilan hak orang lain itu pasti dengan amanah dan sanggup membayar atau mengembalikan kepada tuannya semula, bila ada kemampuan atau sudah tidak memerlukannya lagi. Bukan semata-mata ingin mencuri atau berani melakukan sebarang kerja dosa tanpa rasa takut kepada Allah. Allah berfirman dalam surah al-maidah ayat 3 yang bermaksud: Maka siapa yang terpaksa kerana kelaparan (untuk memakan perkara yang dilarang tersebut) sedangkan dia tidak teringin melakukan dosa (maka bolehlah dimakannya) kerana Allah amat pengampun lagi amat mengasihani. Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Mutiara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 16:34


Assalamualaikum...

Saya bersetuju dengan pendapat yang diberikan. Darurat hakikatnya suatu keadaan yang amat menekankan dan menyiksakan. Perlu diperhatikan keadaan diri, adakah juga dalam keadaan darurat. Sebelum melakukan perkara yang kurang kebaikannya, cubalah gunakan kelebihan diri untuk mencari rezeki yang lebih baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraProfil   Hantar PM kepada Mutiara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12088 saat. Lajunya....