Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: PDA GSmart Gajet pertama pelbagai bahasa


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» PDA GSmart Gajet pertama pelbagai bahasa

Please Mendaftar To Post


Oleh PDA GSmart Gajet pertama pelbagai bahasa

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 14:01


PENDATANG baru dalam industri teknologi dan peralatan elektronik dari Taiwan, GIGABYTE Communications Inc. (GIGABYTE) baru-baru ini memperkenalkan produk sulung mereka ke pasaran tempatan iaitu telefon pembantu peribadi digital (PDA) GSmart i128 dan GSmart i120.

Hadir dalam reka bentuk inovatif serta perisian mesra pengguna, kedua-dua gajet itu bakal memberikan pengguna di negara ini lebih pilihan dalam segmen produk seumpamanya yang agak kurang di pasaran ketika ini.

Lebih menarik, produk itu juga tampil lain daripada yang lain apabila turut menyokong kemampuan memainkan rancangan TV sekali gus menjadi produk pertama seumpamanya di dunia dengan kelebihan tersebut.

Menurut Pengurus Jualan, Bahagian Jualan dan Pemasaran Global, GIGABYTE, Ken Chu, pengenalan kedua-dua produk itu merupakan langkah permulaan syarikat berkenaan yang tampil dengan produk pertama mereka Jun tahun lalu untuk mencuba pasaran di negara ini.

“Dengan kelainan teknologi yang ditawarkan serta kurangnya gajet PDA di pasaran negara ini ketika ini, kami yakin kedua-dua ini akan menjadi pilihan,” ujarnya ketika melancarkan produk itu di ibu negara, baru-baru ini.

GSmart i128

Ditujukan kepada mereka yang gemar mengembara dan golongan profesional yang memerlukan pejabat bergerak, telefon peribadi ini merupakan gajet pertama di dunia yang dilengkapi dengan pelbagai bahasa yang membolehkannya di gunakan di 98 buah negara.

Bersama-sama perisian multi-bahasa itu, GSmart i128 turut didatangkan dengan perisian Alta Vista Babel Fish iaitu kamus bergerak online sebagai kemudahan kepada pengguna mendapatkan informasi ketika merantau ke seluruh negara.

Beroperasi menggunakan sistem Windows Mobile 5.. Aku 2.3 Push E-mel, peranti ini menyediakan kelebihan akses kepada Internet secara masa sebenar termasuk memeriksa e-mel.

Dalam masa yang sama, pengguna di kalangan ahli korporat juga boleh dihubungkan dengan kerja-kerja pejabat menerusi program Mobile Office seperti Word, PowerPoint dan Excel yang turut dilengkapkan pada peranti ini.

Tidak hanya menyokong aplikasi pejabat dan perniagaan, GSmart i128 ini turut didatangkan sebagai gajet multimedia mudah alih dan dilengkapi dengan kamera 2.1 megapiksel.

Namun, keistimewaan utama multimedia GSmart i128 ini terletak pada kelebihannya memainkan rancangan TV secara roaming dengan kehadiran antena mudah alih pada skrin bersaiz 2.4 inci.

GSmart i128 dijual pada harga RM2,099.

GSmart i120

Sama seperti model PDA GSmart i128, model ini juga didatangkan dengan kelebihan memainkan siaran TV secara langsung dan menyokong standard TV popular di seluruh dunia iaitu NTSC, PAL dan SECAM.

Tidak hanya menonton TV, pengguna juga boleh merakam rancangan kegemaran mereka dan menontonnya kembali pada bila-bila masa.

GSmart i120 ini juga hadir dalam reka bentuk moden retro yang lebih menarik dengan rangka perak berkilat serta papan kekunci piano hitam sekali gus tampil dalam gaya mewah dan ekslusif.

Beroperasi menggunakan teknologi Windows Mobile 5.. Aku 3.0 Push E-mel, perisian ini membolehkan pengguna akses kepada Internet sepanjang masa secara masa sebenar sekali pun ketika mengembara ke serata dunia.

Lebih menarik, model ini juga dilengkapi dengan perisian Wise Talk yang membenarkan pengguna memainkan muzik latar belakang situasi-situasi tertentu ketika berbual.

Perisian Smart Input pula memberikan kuasa penulisan sepenuhnya kepada pengguna yang mana setiap patah perkataan yang ingin ditulis akan diberi pilihan bersesuaian sama seperti menggunakan kamus.

GSmart i120 dijual pada harga RM2,299.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082223 saat. Lajunya....