Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 82
Ahli: 0
Jumlah: 82




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 5 hari yang lalu
Rashdin: 21 hari yang lalu
khalifah: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: pemakaian minyak wangi dalam kalangan muslimat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» pemakaian minyak wangi dalam kalangan muslimat

Please Mendaftar To Post


Oleh pemakaian minyak wangi dalam kalangan muslimat

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 02:42


assalamualaikum
saya masih samar2 tentang topik ni.sebenarnya boleyh atau tak? or it depends on niat..semua ada memang untuk menarik perhatian ataupun semata2 menghilangkan bau badan? bagaimana pula kriteria minyak wangi tersebut..adakah yang xmenngandungi alkohol sahaja..jika ya, Kenapa..sedangkan alkohol memang bersifat memabukkan jika diminum tapi apakah ia dianggap sebagai najis (dalam konteks minyak wangi) dan xboleyh dibwk bersolat? ada saya terdengar bahawa solat seseorang wanita itu xditerima jika dia memakai minyak wangi ketika bersolat? benarkah begitu..saya bukan ingin mempersoalkan, cuma ingin bertanya..mohon kalau ada tolong sertakan dalil2 naqli seperti Quran @ hadis dan sebagainya yang dapat membantu.. terima kasih dan syukran~ :-)


-----------------
~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~


Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 09-02-07 09:37


Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH).
    Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara.

    Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya.

    Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita.

    Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam.


petikan daripada http://www.darulnuman.com/soal/urut1.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

rabiatunhannan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10782
Posting: 30

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-02-07 11:33


salam.

sumber dpd website ustaz zaharuddin,
http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=72

Hukum ‘Perfume' Alkohol


Utama Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Hukum ‘Perfume’ Beralkohol & Senarai Pelaburan Islam Alternatif

    

User Rating: / 2
PoorBest
Hukum ‘Perfume' Alkohol & Senarai Pelaburan Islam


SOALAN


hamka rashid wrote:


salam..
1. mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..


JAWAPAN


Jawapan seperti berikut :-


1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :


"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).


Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk (http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol#Denatured_alcohol).

Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Perfume), maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. (rujuk http://home.howstuffworks.com/alcohol2.htm)


Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503614775&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar 2FFatwaCounselorE%2FFatwaCounselorE) melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatunhannanProfil   Hantar PM kepada rabiatunhannan   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 11:40


:-) Alchohol dalam perfume adalah dari sumber sintetik, yakni dari prosese pembuatan secara proses kimia, bukan dari prosese fermentasi seperti penghasilan arak, jadi tak salah kalau pakai.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 18:45


terima kasih kepada yang memberi pendapat, tapi bagaimana pula kalau difokuskn kepada pemakaiannya dalam kalangan muslimat, seperti yang saya nyatakan dalam soalan? terima kasih ~

Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

ibnusirin
Warga Rasmi
Menyertai: 09.02.2007
Ahli No: 28653
Posting: 5
Dari: bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 09-02-07 20:35


muslimat boleh memakai bau2an..tapi tak boleh sampai ke hidung pra mslimin apbla lalu dtpi mrka..kerana hukumnya HARAM..cma skdar hlangkan bau bdan sdah mmadai..tidak plulah sampai ke hdung mslimin..dan pstikan minyk wngi itu tanpa alkohol....dhrap antum semua dapat ambil ihtimam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusirinProfil   Hantar PM kepada ibnusirin   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 21:31


Orang perempuan kalau nak pakai minyak wangi berpada-pada lah...Jangan lah pakai banyak sangat sampai orang lain dapat bau...Cukup sekadar menghilangkan bau badan...kat rumah pakai lah banyak-banyak...Waktu nak tidur dengan suami ke, baru betul...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 21:48


pakailah minyak wangi yang buat kita segar...dan hanya kita yang bau dan selese...dimane pun kita..kita adalah duta kepada Islam...org akan lihat kita sebagai seorang yang bersih,kemas,wangi...segar....apa yang terpenting ialah kepada muslimat,jagelah kebersihan...ana nak kongsi berkenaan sikap...ingat tak isu 'jubah hapak'...make dengan sesunggunya...jagelah kebersihan wahai muslimin dan muslimat seluruhnya sekalian....

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 00:03


setahu ana perempuan hanya boleh memakai minyak wangi, hanya suaminya sahaja yang boleh bau..

kalau org lain bau haram hukumnya..

jika salah telah betulkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 08:48


Pada 09-02-07 21:31 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Orang perempuan kalau nak pakai minyak wangi berpada-pada lah...Jangan lah pakai banyak sangat sampai orang lain dapat bau...Cukup sekadar menghilangkan bau badan...kat rumah pakai lah banyak-banyak...Waktu nak tidur dengan suami ke, baru betul...



ye.....saya setuju.


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ibnusirin
Warga Rasmi
Menyertai: 09.02.2007
Ahli No: 28653
Posting: 5
Dari: bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 17-02-07 09:05


Pada 10-02-07 00:03 , sof_wan88 posting:

!!! QUOTE !!!

setahu ana perempuan hanya boleh memakai minyak wangi, hanya suaminya sahaja yang boleh bau..

kalau org lain bau haram hukumnya..

jika salah telah betulkan?



org perempuan boleh pakai mnyk wngi..mnyk wngi tu pula mnyk atar...lebih afdal dr mnyk2 wngi yang len...tapi jangan sampai mslimin dapat hidu walaupun spntas llu.hkumny bdosa sprti kita bzina dengan laki tsbut...xpsal2 dapat dosa...jadi elakkan lah.....tapi kalau dengan suami memanglah boleh pakai...banyak-banyak pun tak apa...


-----------------
sIrIn Vs NaUfAl


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusirinProfil   Hantar PM kepada ibnusirin   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-07 18:15


Pada 17-02-07 09:05 , ibnusirin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-07 00:03 , sof_wan88 posting:

!!! QUOTE !!!

setahu ana perempuan hanya boleh memakai minyak wangi, hanya suaminya sahaja yang boleh bau..

kalau org lain bau haram hukumnya..

jika salah telah betulkan?



org perempuan boleh pakai mnyk wngi..mnyk wngi tu pula mnyk atar...lebih afdal dr mnyk2 wngi yang len...tapi jangan sampai mslimin dapat hidu walaupun spntas llu.hkumny bdosa sprti kita bzina dengan laki tsbut...xpsal2 dapat dosa...jadi elakkan lah.....tapi kalau dengan suami memanglah boleh pakai...banyak-banyak pun tak apa...



assalamualaikum wbt

Haram mengenakan wangian

- عَنْ غُنَيْمِ بْنِ قَيْسٍ عَنِ الأَشْعَرِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r

« أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِىَ زَانِيَةٌ »

Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas dihadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina (Sunan an-Nasai:5141. Di nilai hasan oleh al-Albani)

حدثنا يحيى بن يحيى وإسحاق بن إبراهيم. قال يحيى: أخبرنا عبدالله بن محمد بن عبدالله بن أبي فروة عن يزيد ابن خصيفة، عن بسر بن سعيد، عن أبي هريرة؛ قال:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "أيما امرأة أصابت بخورا، فلا تشهد معنا العشاء الآخرة".

Perempuan yang memakai bakhur (sejenis wangian) janganlah solat Isyak bersama kami (Sahih Muslim:444)

حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا يحيى بن سعيد القطان عن محمد بن عجلان. حدثني بكير بن عبدالله بن الأشج عن بسر بن سعيد، عن زينب امرأة عبدالله؛ قالت:

قال لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم "إذا شهدت إحداكن المسجد فلا تمس طيبا".

Apabila salah seorang daripada kamu (wanita) datang ke masjid, janganlah dia memakai wangian (Sahih Muslim:443)


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 18:04


saya pakai juga tapi memang sikit saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

darkeye_mania
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27963
Posting: 157

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 18:12


minyak wangi ada alkohol boleh dipakai time nak sembahyang.... alkohol jadi haram bila memabukkan.. tapi bila kita guna sebagai minyak wangi, kita mabuk ke? tak kan? sama lah macam makan ubt....

pernah makan buah nipah? buah tu kalau makan banyak-banyak boleh jadi mabuk... buah tu tak haram. tapi kalau sengaja makan banyak-banyak sebab sengaja nak bagi mabuk, kira jatuh hukum jugak lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkeye_maniaProfil   Hantar PM kepada darkeye_mania   Quote dan BalasQuote

aina_2410
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3350
Posting: 45
Dari: j-town

malaysia  


posticon Posting pada: 19-02-07 18:29


sekarang baru faham.makaseh input2nyer.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aina_2410Profil   Hantar PM kepada aina_2410   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119527 saat. Lajunya....