Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 260
Ahli: 0
Jumlah: 260




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Apa dah jadi dengan orang kita.....peralatan masjid pun habis dicuri...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Apa dah jadi dengan orang kita.....peralatan masjid pun habis dicuri...

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa dah jadi dengan orang kita.....peralatan masjid pun habis dicuri...

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 19:06


Assalamualaikum...

Terima kasih pencuri!
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM



DAHLAN Mohamad menunjukkan kain rentang yang dipasang khas oleh Ahli Jawatankuasa Surau Temiang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan semalam sebagai luahan rasa kecewa terhadap kes kecurian yang sering berlaku di surau itu. - Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN.
--------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN 6 Feb. ā€“ ā€œTerima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.ā€

Kain rentang tertera dengan kata-kata tersebut dipasang di pintu masuk Surau Temiang Jaya, Sikamat di sini oleh ahli jawatankuasanya yang kecewa dengan kecurian tidak terkawal dan semakin menjadi-jadi di tempat ibadat itu.

Sejak surau itu dibuka pada 1980 sudah lebih 10 kali kejadian pecah masuk dan kecurian berlaku, termasuk tiga kali pada tahun lalu.

Apa sahaja harta surau yang berunsurkan besi, aluminium dan tembaga daripada kepala dan batang paip, mangga kunci, rantai besi, tong gas, periuk, kuali, tangga dan radio serta televisyen yang disimpan dalam stor dan dewan serbaguna surau itu, habis lesap.

Tidak cukup dengan itu, penjenayah rumah ibadat itu juga ā€˜tanpa segan siluā€™ memecah masuk ruang sembahyang dan merompak pembesar suara, amplifier serta tabung duit sumbangan orang ramai.

Imam surau itu, Dahlan Mohamad berkata, setiap kali barang yang hilang itu diganti baru, perkara yang sama akan berulang.

ā€œPintu stor, dewan serbaguna dan ruang sembahyang telah beberapa kali diganti daripada papan lapis kepada kayu padat, tetapi semuanya ditendang sehingga pecah dan diumpil oleh manusia yang tak reti bahasa ini.

ā€œKita juga terpaksa menggantikan kepala paip tembaga dengan plastik dan merantai beberapa barangan berharga tetapi mereka lagi cekap, mereka gunakan pula pemotong besi untuk potong rantai dan mangga kunci,ā€ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Dahlan, pihak jawatankuasa telah membuat laporan polis setiap kali berlaku kecurian bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

Sebagai ikhtiar lain, katanya, para jemaah turut melakukan sembahyang hajat dan membaca surah Yasin meminta pertolongan Allah untuk melembutkan hati pencuri supaya tidak mengulangi perbuatan buruk itu lagi.

ā€œTetapi mereka ini seolah-olah tidak takut dengan undang-undang dunia dan pembalasan pada hari akhirat, apabila terus mengulangi perbuatan memecah masuk dan mencuri,ā€ katanya.



Sebagai usaha dan ikhtiar terkini, katanya, para jemaah dan ahli jawatankuasa bersetuju memasang kain rentang itu bagi menginsafkan pencuri dan bakal pencuri.

ā€œSelain itu, kita harap orang ramai dan jemaah lain yang melalui kawasan ini dan membaca kain rentang ini, akan turut berdoa memohon supaya pencuri ini diberikan petunjuk,ā€ katanya.


-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

nurhikari
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25260
Posting: 53
Dari: Earth

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 19:45


pencuri sekarang tak kira tempat nak mencuri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhikariProfil   Hantar PM kepada nurhikari   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 20:20


Kalau dapat tangkap lepas itu kenakan hukum hudud..potong tangan barulah kejadian ni takkan berulang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-02-07 21:25


Kalau dah hobi suka mencuri duit seposen pun sanggup nak curi...Inilah manusia sekarang malas bekerja untuk mencari duit sendiri dan selalu ambil jalan pintas nak dapatkan duit....apa gunanya tangan dan kaki Kalau bekerja pun malas ni tidak guna tangan curi duit kat surau dan kaki pulak sanggup berjalan ke surau semata-mata nak masjid...ish2 sedarlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109305 saat. Lajunya....