Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Angkara siapa?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Angkara siapa?

Please Mendaftar To Post


Oleh Angkara siapa?

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 15:22


Angkara siapa?
Oleh Ainol Amriz Ismail



MENYAYAT HATI... Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.

Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.

Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.

Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.

“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.

“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.

“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku saja‘afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.

Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.

Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.

“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.

“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.

Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.

“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.

“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

xyamani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding

yemen  


posticon Posting pada: 06-02-07 15:39


ni berita yang keluar tv semalam kan?sifat kemanusiaan sudah semakin hilang gamaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Pergi ke xyamani's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 06-02-07 15:53


Allahuakbar.... tidak kah mereka tahu itu adalah amanah Allah? ya Allah.... ampunkanlah dosa2 mereka yang Allah.... jadikan lah mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadamu ya Allah.... moga mereka kembali ke jalan yang benar... insyaAllah......
Allah jadikan sesuatu perkara pasti ada hikmahnya... agar kita mengetahui.... bagaimana sekarang yang terjadi... agar kita mengetahui... apa yang perlu dilakukan.... agar kita mula berfikir... tentang agama Allah yang semakin ditinggalkan..... Allahuakbar.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 15:57


angkara diri yang beraja nafsu,
nafsu yang dicuit syaitan..
akhirat nanti anak itu akan bertanya pada ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 16:04


Apabila hati manusia sudah menjadi hitam diwarnai maksiat yang dilakukan maka hilang sifat perikemanusiaan. Antara hasilnya ialah kisah di atas itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hosni_mubarak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2005
Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 16:18


na'uzubillahi min zalik...
sama-samalah kita berdoa agar kita tidak terlibat dengan gejala sebegitu...
kita doakanlah juga kepada mereka yang terlibat agar kembali ke jalan sebenar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hosni_mubarakProfil   Hantar PM kepada hosni_mubarak   Quote dan BalasQuote

rie_boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-02-07 20:30


maasyaAllah apalah nak jadi dunia sekarang anak dianggap sampah bukan lagi anugerah yang diberikan oleh Allah di buang saja merata-rata...Binatang yang tidak dikurniakan Akal pun tak macam manusia seperti itu masih ada sifat sayang lagi...ini membuktikan kejahilan pada masa dahulu sudah ada pada zaman sekarang walaupun tiada yang menyembah api dan sebagainya tetapi apabila hidup penuh kejahatan hati pula diwarnai hitam alangkah jahilnya manusia seperti itu...Lihatla dunia sekarang ditambah maksiat berleluasa tak kira besar atau kecik.Yang kecik boleh jadi besar dan yang besar mulalah bertindak seperti di atas...sama-sama kita doakan yang berkenaan dan pernah buat benda macam itu supaya kembali kepada ajaran Allah dan bertaubat...Wasallam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rie_boyzProfil   Hantar PM kepada rie_boyz   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 20:53


salam alaik
ana ada dapat satu emel ni, kaedah pengguguran dan bagaimana kesan yang dihadapi janin tu. semakin besar janin tu, maka kaedah pengguguran lebih dasyat dan lebih meyakitkan. sangat menyayat hati jika apabila membaca dan melihat gambar2 yang dipaparkan. tiada perkataan yang layak buat ibu yang menggurkan tanpa yang dibenarkan syarak , membunuh dan membuang anak yang tak berdosa selain KEJAM, ZALIM, BERJUTA KALI GANDA LEBIH KEJAM DAN ZALIM DARI BINATANG. kalau binatang membunuh, memang binatang tu tak salah sebab itu sunnatullah, Allah yang menjadikan ia sebegitu rupa.. tapi manusia Allah bagi akal fikiran, telah meletakkan taraf diri mereka sebagai manusia lebih hina dr binatang.

maaf, teremosional.. geram :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

zahratunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27966
Posting: 85
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 06-02-07 20:55


angkara orang yang tak bertamadun..
saya ada juga tengok pagi tadi kat mhi..tengok gambar pun dah cukup menyayat hati.. alngkah kejamnya mereka ni..
puncanya? adakah zina? semestinya.. sampai sanggup
membunuh satu nyawa
seperti dalam akhbar,mybe bayi 2 keturunan cina(dalam siasatan)
tak kisah lah,even agma apa pun, nyawa 2 bukan milik kita..
hanya milik ALLAH.. kalau yang muslim yang lakukan perbuatan terkutuk ni..nauzubillah.. akibat hubungan terlarang...zina-> membunuh, maka cepatlah bertaubat..
harap saya dan kalian tak tergolong dalam golongan yang dimurkai ALLAH
dan dijauhi dr cinta terlarang yang penuh dosa dan noda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratunnurProfil   Hantar PM kepada zahratunnur   Quote dan BalasQuote

sara_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.11.2006
Ahli No: 27322
Posting: 88
Dari: mesir

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 22:43


Pada 06-02-07 15:53 , anmahar posting:

!!! QUOTE !!!

Allahuakbar.... tidak kah mereka tahu itu adalah amanah Allah? ya Allah.... ampunkanlah dosa2 mereka yang Allah.... jadikan lah mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadamu ya Allah.... moga mereka kembali ke jalan yang benar... insyaAllah......
Allah jadikan sesuatu perkara pasti ada hikmahnya... agar kita mengetahui.... bagaimana sekarang yang terjadi... agar kita mengetahui... apa yang perlu dilakukan.... agar kita mula berfikir... tentang agama Allah yang semakin ditinggalkan..... Allahuakbar.......


ana setuju


-----------------
jadikan diri Anda seorang yang banyak BAIKnya...sanggup menghadapi KESUSAHAN,berlaku JUJUR...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sara_mujahidahProfil   Hantar PM kepada sara_mujahidah   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 11:44


manusia sekarang seperti tiada akal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 11-02-07 11:48


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107637 saat. Lajunya....