Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 53 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Angkara siapa?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Angkara siapa?

Please Mendaftar To Post


Oleh Angkara siapa?

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 15:16


Angkara siapa?
Oleh Ainol Amriz Ismail



MENYAYAT HATI... Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.

Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.

Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.

Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.

“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.

“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.

“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku saja‘afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.

Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.

Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.

“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.

“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.

Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.

“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.

“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-02-07 10:21


bayi tu dah mati, itu ketentuan Tuhan untuk dia mati diusia bayi lagi, Cuma kita perlu elakkan pergaulan bebas dan seumpamanya supaya tak jadi anak lahir di luar pernikahan. Kerajaan perlu beri pinjaman tanpa faeadah atau insentif untuk remaja berkahwin demi elakan perzinaan yang banyak berlaku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 07-02-07 10:31


mm,kasihan pada bayi tu...mm,bagi pada saya pun ok..saya suka pada kanak-kanak..harap-harap ALLAH melindungi kita daripada buat benda-benda ni semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 12:14


Pada 07-02-07 10:31 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

mm,kasihan pada bayi tu...mm,bagi pada saya pun ok..saya suka pada kanak-kanak..harap-harap ALLAH melindungi kita daripada buat benda-benda ni semua...



saya pun suka sangat kat baby....lagi2 baby boy. kasihan dia tak dan nak tegok dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 12:29


apa nak jadi dengan umat manusia zaman ni..???? kalau tak nak pun, janganlah buang..zalimnyer!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 12:48


tak berperi kemanusiaan langsung..nauzubillahi min zalik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 12:54


salam...

memang kejam... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 12:54


salam...

memang kejam... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 14:02


mereka bukan manusia...kalau taknak sekalipun..ana ada ni..tengok rambut baby tu rasa memang tak patut mereka yang terlibat...dia ambik satu kehidupan hak manusia lain...mudah2an beroleh hidayah mereka2 tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-02-07 14:04


salam
kalau dia tak nak,baik bagi orang lain bela lagi berfaedah daripada buang macam tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 14:10


:-o :-( kasihan dia......orang lain tunggu bertahun2 untujk dapat anak, tapi dia boleh buang macam tu saja, kalau tak hendak pun, paling kurang bagi lah dekat org lain...jangan di buang seperti membuang sampah saja....tak ada perasaan dan hati betul lah mak dia ini...... :-|


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 16:07


bila nafsu meruntun jiwa........tu lah natijah nya.....anak yang tidak berdosa di buang.........berperilaku lebih buruk dan teruk dari binatang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

zahhra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.09.2006
Ahli No: 26216
Posting: 25
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 17:26


GERAMNYAAAA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahhraProfil   Hantar PM kepada zahhra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1292 saat. Lajunya....