Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: please, Muslimat SAHAJA....


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» please, Muslimat SAHAJA....

Please Mendaftar To Post


Oleh please, Muslimat SAHAJA....

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 00:51


Assalamualaikum..

..hmm.. bagaimana ye saya nak mula kan... agak segan juga.. tapi, sebab dah lama terpikir.. dan mencari-cari jawapan... rasanya mungkin ada ahli ukhwah (especially muslimat) yang tahu jawapan nya...

Saya ada terbaca dalam satu majalah wanita.. tentang... urmmm... sorry.. tapi terpaksa sebut jugak.. "breast enlargement"..

tapi, bukan pakai bedah2...tapi, guna macam krim and pills.. katakan lah berkesan... apa hukumnya..? dikira merubah ciptaan Allah tak..?

bukan apa, sebab saya tengok tokey butik tu wanita Melayu (walaupun produk luar negara)....

Maaf sangat-sangat kalau ini isu sensitif.. harap-harap ada yang boleh tolong beri penjelasan....

Salam..


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 01:31


Salam..
Tengok tujuan & niat seseorang itu..
Kalau untuk tujuan kecantikan semata-mata & untuk menarik perhatian mana-mana pihak,lebih baik ditinggalkan sahaja..
Wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 08:48


salam alaik
topik ni tak sesuai dibincang di sini. kalau nak bincang, boleh ke www.hanan.com.my. kat situ web khas untuk muslimat saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 13:27


Pada 06-02-07 00:51 , gingie posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..

..hmm.. bagaimana ye saya nak mula kan... agak segan juga.. tapi, sebab dah lama terpikir.. dan mencari-cari jawapan... rasanya mungkin ada ahli ukhwah (especially muslimat) yang tahu jawapan nya...

Saya ada terbaca dalam satu majalah wanita.. tentang... urmmm... sorry.. tapi terpaksa sebut jugak.. "breast enlargement"..

tapi, bukan pakai bedah2...tapi, guna macam krim and pills.. katakan lah berkesan... apa hukumnya..? dikira merubah ciptaan Allah tak..?

bukan apa, sebab saya tengok tokey butik tu wanita Melayu (walaupun produk luar negara)....

Maaf sangat-sangat kalau ini isu sensitif.. harap-harap ada yang boleh tolong beri penjelasan....

Salam..



http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10333&highlight=silikon&sid=cf4c6e2605f77ba6f7e3d7ca4d14a941
PERBEZAAN DI ANTARA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH DENGAN RAWATAN .

Ataupun , APAKAH PEMBEDAHAN PLASTIK YANG DILARANG DAN YANG DIBENARKAN OLEH ISLAM ? .

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah fitrah kejadian manusia ialah suka kepada kecantikan . Namun , itu tidaklah bermakna kita boleh melakukan apa sahaja demi mencantikkan diri sampai melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah Ta’ala .

Kecantikan juga merupakan salah-satu perkara yang membahagiakan si empunyanya , dan Agama Islam itu sendiri diturunkan demi membahagiakan seluruh alam . Lihatlah firman Allah Ta’ala yang mensifatkan mengenai dasar agama Islam :


يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


Ertinya : “ Allah berkehendakkan kamu merasai kesenangan dan tidaklah pula Allah itu hendak kamu merasai kesusahan “ ~ Ayat 185 , Surah al-Baqarah .


Namun itu juga tidak bermakna kita boleh melakukan apa sahaja perkara hatta yang dilarang di atas slogan : “ Islam itu mahukan kita mudah ! “ .

Maka perbezaan di antara mendapatkan rawatan dengan mengubah ciptaan Allah Ta’ala pada fitrah tubuh-badan seseorang itu ialah :

RAWATAN @ PEMBEDAHAN RAWATAN :

Pembedahan yang dijalankan dengan tujuan untuk merawat penderitaan ataupun kesakitan seseorang adalah satu perkara yang dituntut oleh Islam , bahkan di dalam beberapa keadaan ianya menjadi wajib demi menyelamatkan jiwa seseorang manusia . Tidaklah munasabah jika pembedahan dan rawatan seperti ini ditentang sedangkan Islam itu sendiri diturunkan demi menjamin kebahagian dan kesenangan manusia .

Contoh-contohnya :

- Mendapatkan rawatan ( tradisional ataupun moden ) bagi sendi-sendi yang terkeluar ataupun bagi tulang-tulang yang patah .

- Menjahit dan melekatkan semula luka-luka di tubuh-badan .

- Mengubati kulit yang terbakar , sama ada dengan menggunakan bahan luaran seperti gel , palstik ( dengan kaedah palstic surgery ) ataupun dengan mengambil bahagian mana-mana kulit tubuh badan si pesakit itu sendiri ( seperti mengambil sedikit kulit di bahagian punggung / peha untuk dilekatkan ke tangan yang mengalami kecederaan ) .

- Membuang jari yang berlebihan yang mendatangkan kesakitan kepada tuannya ( seperti seseorang yang mempunyai 6 jari ) .

- Membuang ataupun merawat gigi yang tumbuh secara luar tabi’e ( luar biasa ) sehingga menyebabkan tuannya sukar untuk makan ataupun malu ( selalu merasa rendah diri ) .

- Hidung yang rosak ataupun hancur , maka boleh digantikan dengan bahan lain untuk merawatnya ( di zaman Baginda Rasulullah s.a.w itu ada seorang sahabat r.a yang menggunakan hidung daripada perak ) .

- Membetulkan hidung yang bengkok yang mendatangkan masalah kepada tuannya .

- Membetulkan bibir yang sumbing .

- Menghilangkan bulu – bulu di badan seseorang perempuan yang tumbuh secara ganjil dan memalukannya disebabkan mempunyai hormon yang agak berlebihan . ( Seperti wanita yang mempunyai bulu-bulu yang dilihat seolah-olah misai ataupun jambang ) .

- Membuang jerawat kerana jerawat itu sendiri adalah penyakit .

- Memutihkan gigi ~ ianya dibenarkan kerana pada dasarnya gigi manusia itu asalnya berwarna putih dan jika memutihkan gigi itu sendiri tidak membahayakan diri dan ianya pula termasuk di dalam konsep kesihatan , maka ianya dibenarkan .

- Menanam rambut bagi mereka yang mempunyai penyakit keguguran rambut .


Oleh itu , selagi ianya dilakukan di atas dasar berubat dan mendapatkan rawatan dengan pengesahan daripada pakar-pakar perubatan yang boleh dipercayai , maka selagi itulah ianya tidak mengapa dilakukan , bahkan kadang-kadang ianya menjadi wajib sebagai mana dijelaskan di atas .



MENGUBAH CIPTAAN ALLAH TA’ALA :


Di antara sumpah dan janji Iblis ( LaknatulLahi ‘alaih ) di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah :


وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا


Ertinya : “( Kata Iblis l.a ) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya . Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata “ . ~ Surah An-Nisa’ : Ayat 119 .

Jelasnya , di antara sumpah dan janji Sang Iblis durjana ialah : “ Memujuk-mujuk hati manusia agar mengubah ciptaan Allah !!! “ .

Mengubah ciptaan Allah Ta’ala ialah membuat sesuatu kepada diri / tubuh-badan dengan menambah ataupun mengurangkan apa-apa yang bukan perkara yang secara normal ada pada seseorang manusia , dan ianya tidak pula dituntut oleh ilmu perubatan untuk dilakukannya .

Haram juga menjalani pembedahan plastik yang hanya bertahan untuk seketika sahaja yang menyebabkan seseorang itu perlu menjalaninya beberapa kali demi kelihatan cantik . Dan sudah tentu ianya akan menyebabkan duit terbuang tanpa sebab yang dibenarkan syarak .

Selain itu , termasuk juga di dalam kategori mengubah ciptaan Allah , seseorang yang melakukan pembedahan plastik ataupun mendapatkan khidmat kecantikan ( pada tubuh badan ) demi memperagakan tubuh-badannya kepada khalayak umum dan untuk mempersonakan manusia dengan kecantikannya .

Dengan kata lain , jika dilakukan bukan disebabkan ianya tuntutan perubatan dan ianya demi kelihatan seksi , menawan , menggairahkan dan untuk tujuan penipuan , maka ia adalah ~ MENGUBAH CIPTAAN ALLAH TA’ALA dan sudah pasti perkara itu adalah haram !!! .

Contoh-contohnya ialah :

- Mencukur kening ataupun mencukur bulu – bulu di sekitar tubuh badan yang normal ( kecualilah yang berada di sekitar kemaluan dan ketiak ) .

- Melakukan tatoo di tubuh badan .

- Memakai rambut palsu dengan tujuan menipu manusia dan dilihat seksi dan menggairahkan .

- Membesarkan payu dara dengan tanpa sebab-sebab perubatan dan apatah lagi yang membahayakan bagi tempoh jangka panjang seperti penggunaan silikon yang boleh menyebabkan ianya “ meletup “ dan mendatangkan kemudharatan pula kepada tubuh badan .

- Memanjangkan ataupun membesarkan zakar yang bukan dituntut oleh Ilmu Perubatan { kecuali bagi mereka yang mempunyai zakar yang tidak normal seperti terlalu pendek dan terlalu kecil , maka tidak mengapa mendapatkan rawatan membesar dan memanjangkannya dengan syarat ianya ditentukan oleh pegawai perubatan yang boleh dipercayai ) .

- Membedah bibir dan hidung ataupun menjalani pembedahan plastik yang bukan disebabkan tuntutan kesihatan dan bukan kerana dharurat .


Adapun tindakan memakai krim pemutih kulit , maka ianya adalah seperti bedak . Jika dipakai demi mendatangkan fitnah seperti untuk menarik perhatian bukan suaminya , agar digelar seksi dan menggoda , maka tidak syak lagi ianya terlarang .

Mendapatkan ubat menguruskan badan pula adalah seperti senaman . Apatah lagi bagi mereka yang menghadapi masalah kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit , maka tidaklah terlarang dia menguruskan badannya .

Namun , wajar juga kita sentiasa ingat , janganlah disebabkan terpesona dengan iklan-iklan di media-massa ataupun disebabkan “ terlalu gilakan “ tubuh yang menawan , kita membelanjakan beribu-ribu ringgit sampai tahap pembaziran untuk membeli alat-alat dan ubatan-ubatan tertentu demi tercapainya hasrat itu .

Masih banyak lagi tanggung-jawab dan keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu daripada menumpukan perbelanjaan demi mencantikkan diri !!! .

Adapun , tindakan membesarkan buah dada , telah pun kita jelaskan di atas .




Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************


RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


1- HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Terjemahan : Almarhum Ustadz Mua’ammal Hamidy
Edisi Lengkap , Halaman : 136 - seterusnya
PT Bina Ilmu , Jakarta
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/2023.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/20210.html


2 - YASALUNAK FID DIN WAL HAYAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syurbasi ( rh )
Vol I , Halaman 601 – 604
Darul Jil , Beirut

3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil ( ha )

Halaman : 459 / 573 / 622

4 – FATAWA WA AHKAM LIL MARAH al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )

Halaman : 146 – 153
Maktabah Wahbah , Kaherah

5 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )

Vol : I masa 121 , Vol : II masa 410 & 411 & Vol III masa 218
Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

6 – MA’A an-NAS : MASHURAT WA FATAWA
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouty

Halaman : 179
Terbitan : Darul Fikr , Syiria

7 – WEB – WEB INTERNET
http://www.syariahonline.com/fatwa/001/0001g.htm
http://www.alislam.or.id/fiqh/arsip/00000010.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Singkat1.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Singkat2.html
http://www.eramuslim.com/artikel/keluarga/207/15090134,2788,1,v.html
http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/1002/12/0109.htm


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 13:33


Pada 06-02-07 08:48 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

salam alaik
topik ni tak sesuai dibincang di sini. kalau nak bincang, boleh ke www.hanan.com.my. kat situ web khas untuk muslimat saja


assalamualaikum wbt

tidak ada masalah rasanya hal ini dibincang disini, lagi mduah jika ada rakan-rakan laki yang mempunyai info.


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 20:51


Hmmm...Betul tu...Walaupun masalah tu masalah kaum perempuan kaum lelaki perlu tahu juga...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 21:45


salam...

rasanya cuba sesuaikan diri dengan apa yang ada. jangan melihat pada yang lebih. cuba perhatikan orang yang lebih kurang dari kita agar kita tak rasa rendah diri

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

sara_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.11.2006
Ahli No: 27322
Posting: 88
Dari: mesir

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 22:23


Pada 06-02-07 01:31 , aL-azyM posting:

!!! QUOTE !!!


Tengok tujuan & niat seseorang itu..
Kalau untuk tujuan kecantikan semata-mata & untuk menarik perhatian mana-mana pihak,lebih baik ditinggalkan sahaja..



ana setuju dengan pendapat ini...
tapi Kalau kat nak membesarkan kat pya brees tu untuk suami tak apa kan....heehheheeh
maf ye..just tye saja


-----------------
jadikan diri Anda seorang yang banyak BAIKnya...sanggup menghadapi KESUSAHAN,berlaku JUJUR...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sara_mujahidahProfil   Hantar PM kepada sara_mujahidah   Quote dan BalasQuote

sufeyna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.02.2007
Ahli No: 28575
Posting: 109
Dari: perlis

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 00:01


salam..
kalau untuk suami dan demi kebahagiaan rumah tangga..tak ada salahnye..
asalkan dapat izin dari suami

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Pergi ke sufeyna's Website   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 05:52


ana sememangnya cetek tentang hal2 ni...ana sendiri pun confuse apa yang dibincangkan..part yang mana satu?ishh segan kalau ada muslimin baca...hehe!

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 07:03


Pada 06-02-07 08:48 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

salam alaik
topik ni tak sesuai dibincang di sini. kalau nak bincang, boleh ke www.hanan.com.my. kat situ web khas untuk muslimat saja


maaf sangat-sangat... saya tak tau tentang kewujudan hanan.com ...


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-07 07:07


dan.. terima kasih kepada saudara masri2 atas penjelasan yang diberi...

Salam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 07-02-07 09:30


bagi saya, kalau tak mendatangkan kemudaratan, dan isteri saya nak membesarkannye, saya no problem saja, tapi pakailah duit sendirik.
saya secara peribadi lebih senang dengan apa yang dah sedia ada. tak payah nak susah2 beli krim tu beli krim ni, membuang masa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 09-02-07 07:33


rasanya penjelasan daripada saudara masri2 dah cukup jelas dan panjang..untuk maklumat yang lebih jelas dan yakin, bolehlah merujuk kepada mana-mana ustaz @ ahli ilmu, supaya kehendak soalan dapat di jawab sepenuhnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

hidayah_grasio
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 15:11


Adakah kita membesarkannya, kerana kecacatan??? Jika tidak, jangan lakukan.. kita ubahkan ciptaan Allah jika kita lakukan bukan kerana kecacatan..

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayah_grasioProfil   Hantar PM kepada hidayah_grasio   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 06-04-07 17:58


...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-04-07 18:01


topik ni Kalau nak muslimat sahaja pergi kat hanan lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 06-04-07 18:03


setiap kejadian ada baik buruknya...
terpulang kepada masing-masing untuk mentafsirkannya.
semua ada hkmhnye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-04-07 19:23


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah soleh dan solehah anak-anak dapat berbincang bab sensitif ni dengan emosi terkawal. Tahniah!

Bab bentuk badan sedia ada ni adalah urusan Allah SWT. Jadi sebagai makhluk Nya kita bersyukur atas apa saja kurniaan Nya ke atas kita. Jadi sekiranya berkaitan dengan payudara ni sekiranya menggunakan bahan-bahan asing akan menggangu hormon tertentu yang telah Allah sediakan dalam badan kita.

Segan pula umi nak taip di sini alternatif ke arah pembesara payudara itu. Hanya yang sudah walimah saja yang faham rasanya. Maaflah ya tetapi usahlah gunakan alat atau krim dan sebagainya kerana ia akan memudaratkan bila berlaku gangguan pada hormon dsbnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - kecantikan seseorang itu terletak pada keikhlasan hatinya dan indahnya akhlak. Kalau tidak Kenapa ramai wanita cantik dan ternama yang tidak dapat mengecap kebahagiaan malahan bercerai berai dan membunuh diri???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 06-04-07 19:39


kecantikan adalah hak milik setiap insan

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135104 saat. Lajunya....