Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Cerpen
Topik: IDENTITI


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» IDENTITI

Please Mendaftar To Post


Oleh IDENTITI

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 13:18


Muqaddimah

MULANYA memang bukan niat saya menceritakannya pada sesiapa. Namun tugas saya hanya bercerita. Tegasnya, kisah ini benar. Kalaupun ia tidak menjentik sensitiviti anda.

(1)
Ris tidak tahu saya mengintai tiap gerak-gerinya sejak zaman persekolahan kami. Dia (perlukah saya perincikan?) baik. Cantik. Manis. Lembut. Menawan. Segalanya! Sejak kali pertama saya melihatnya di tingkatan dua, memang hati sudah terpikat. Sukar untuk saya melupakan mata jelinya yang tertutup cantik apabila tertawa itu.

Dan sudah pasti yang terlalu menarik perhatian saya adalah kesolehahannya. Kena pada ciri-ciri idaman hati ini. Kelembutannya bila bertutur; merendahkan pandangan pada tempat yang sepatutnya; begitu menghormati @ menghargai guru dan puluhan kriteria lagi. Paling mustahak, Ris (sebagai pelajar SMKA) begitu ayu pada kaca mata saya dengan tudung labuh yang menjadi identiti dan penjagaan aurat yang total.

Adapun saya, (mungkin perlu saya nyatakan) bukan pula pelajar terbaik. Namun kadang-kadang agak nakal juga. Tidaklah terlalu segak dan kacak orangnya. Bak kata orang: Hidung taklah terlalu mancung, dan pipi pastinya tidak tersorong-sorong. Saya lelaki seadanya.

Hari demi hari. Bulan berpindah tahun. Demikian masa pantas berlari dan kami membesar dan memutik remaja di sekolah ini.

Mungkin anda tidak percaya, saya terlalu pemalu orangnya. Lantas bagaimana sewaktu di tingkatan lima ini, harus saya zahirkan isi hati ini? Mahu berterus terang dengan Ris, terasa tidak layak. Siapalah saya di matanya? Mahu memendam rasa, SPM pula kian hampir menjengah; sedang saya makin tidak betah menahan gelora hati yang belum kenal erti cinta ini.

Kepada Ziq saya luahkan isi hati saya yang bergelodak benar. Ziq mendengar teliti, barangkali terdetik simpati. Namun malang sungguh, Ziq yang diharap menjadi tempat ‘meluah rasa’ sanggup membocorkan rahsia. Rahsia yang terlalu rahsia bagi saya itu pecah geger. Kawan-kawan tertawa, mengusik, mengutuk dan sebagainya. Lebih teruk, membandingkan kami seperti langit dengan bumi. Saya malu metah. Mana saya mahu letak muka ini?

Dan Ris yang turut mengetahui, tersenyum sinis (saya tidak lagi menganggapnya manis) tatkala kami berpapasan sesekali. Saya fikir, pasti dia memandang jijik diri ini. Saya mulai sedar siapa saya. Saya harus mengkoreksi diri. Saya mesti cemerlang. Saya mesti baiki sahsiah diri. Saya mesti miliki gadis yang lebih hebat, lebih baik dan lebih manis daripada Ris suatu hari nanti. Saya mesti membencinya mulai hari ini!

(2)
2002. Saya kini pelajar perubatan di UM. Entah bagaimana September itu saya tercampak ke tapak konvo sebuah IPTA terkemuka. Pesta konvokesyen sedang berlangsung meriah. Jai, sahabat baik masa di SMKAS dulu menghantar SMS, minta saya hadir. Katanya, ada perjumpaan alumni. Rindu mengenangkan kawan-kawan lama saya bergegas ke sana. Kawan-kawan masih belum ramai yang datang. Saya leka berbual-bual dengan Jai, Qil dan Mud. Sesekali tawa terburai mengingat kisah silam. Namun tawa saya lekas mati tatkala seorang gadis berjeans (agak ketat), berkemeja T hitam paras siku, dan bertudung skarf menutup rambut tetapi menampakkan batang leher tampil mendekati kami. Ramah menyapa Jai, Qil dan Mud.

Ris?Itu yang pertama keluar di bibir saya melihatkan gadis itu tertawa sambil mata jelinya tertutup cantik. Rasanya tidak salah Memang dia. Dan memang itulah dia, dapat saya pastikan benar-benar apabila dia menghulurkan tangan mahu menjabat saya. Saya menggeleng. Terpempan.“Zen tak kenal Ris?†Suara saya seperti dahulu. Tidak mampu keluar.

Khatimah

Syyyy…!Tolong! Jangan sampaikan kepada Ris cerita ini. Mampus saya diseranahnya! Ini rahsia kita. Jangan jadi seperti Ziq yang tidak tahu menjaga rahsia. Juga kepada mereka yang bukan warga sekolah ini, usah sesekali dikhabarkan. Ini soal maruah. Soal identiti. Soal diniy. Justeru, saya ikhlas membisikkan sahaja kisah ini ke telinga, mudah-mudahan kita beroleh iktibar. Dan rasanya pilihan saya untuk membenci Ris dulu adalah tepat.

Ini tazkirah. Anda mungkin macam Ris pada hari ini, di sekolah ini. Tapi pada masa hadapan, mampukah anda berjanji?

(Al-Hidayah, SMKAS, 2002)


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 17:34


best....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 02:33


Pada 01-02-07 17:34 , nurlynn posting:

!!! QUOTE !!!

best....



Ini tazkirah.
:-)
Ada tak bekas pelajar2 SMKA di sini?


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

lamka
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27100
Posting: 43
Dari: kelate

australia   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 07:13


Kenapa agaknya Ris boleh berubah sampai begitu sekali?
saya dulu bekas sekolah agama juga, tapi bukan SMKA
[ Telah diedit oleh: lamka pada 02-02-07 07:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lamkaProfil   Hantar PM kepada lamka   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 15:40


Pada 02-02-07 02:33 , zaidakhtar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-02-07 17:34 , nurlynn posting:

!!! QUOTE !!!

best....



Ini tazkirah.
:-)
Ada tak bekas pelajar2 SMKA di sini?



ya..ana tau..
:-)
next... :-D


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 02-02-07 16:44


saya bkas pelajar smka juga..
smkas dan smkak...
hehee..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 16:53


Ramai bekas pelajar SMKA di kolej saya kini berpenampilan seperti Ris..
Masyaallah..
(saya pelajar SMK saja..terkejut tengok mereka ini berpakaian lebih teruk dari pelajar SMK.. )
Kenapa boleh terjadi seperti ini?
Adakah kongkongan agama semasa di sekolah menjadikan mereka ini terasa bebas setelah tamat pesekolahan??
wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 20:55


:-)
Cerpen ini saya tulis dah lama. Sekitar pertengahan tahun 2002. Ada termuat dalam majalah al-Hidayah - majalah rasmi SMKA Segamat tahun 2002.

Sekadar tazkirah. Bukan hanya untuk bekas pelajar SMKA sahaja.

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

nonaro
Warga Rasmi
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28292
Posting: 20
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-02-07 22:31


menarik..kisah2 macam ni juga biasa kita dengar....dan apa yang saya sedih ianya berlaku pada kawan sendiri..saya juga bks pelajar smka tapi cuma untuk beberapa minggu kerana selepas tu berpindah ke mrsm

Bookmark and Share

    


  Member Information For nonaroProfil   Hantar PM kepada nonaro   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 04-02-07 10:47


best lah cerita ni..
ringkas tapi mempunyai nasihat dan makna yang mendalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 00:04


na'uzubillahiminzalik...

ana ada sahabat yang dulunya tak pernah lupa mengajak ana join usrah,
yang dulunya sentiasa mencari nur ilahi, yang dulu berusaha sekerasnya menuju ke jalan-jalan syurga, yang dulunya sangat takut tidak merasakan kenikmatan cinta-NYa...

tapi sekarang, ana sedih melihat perubahan drastik yang terjadi..
segala kata-kata dan nasihat umpama mencurah air ke daun keladi..
semua yang dilakukan, katanya hanya Allah saja yang tahu...

ana sedih... setelah semua yang mampu dilakukan, yang tgl, ana hanya mampu teruskan berdoa. semoga dibukan pintu hatinya kembali... insyaAllah..

p/s: doakanlah mereka semoga mendapat hidayah itu kembali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-02-07 21:42


Insya Allah.
Moga hati yang pernah tersuluh akan lebih mudah tersuluh bila obornya kembali dinyalakan.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 00:11


tazkirah yang bagus..
alhamdulillah...
itulah yang ditakutkan...
iman ni turun naik...
semoga Allah sentiasa memelihara iman kita semua....
semoga kita mati dalam iman..
ameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-07 00:20


untuk info bermanfaat tentang tudung dan aurat, silakan ke:

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=72


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: zaidakhtar pada 27-02-07 00:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

Syamiras
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2006
Ahli No: 26753
Posting: 51
Dari: Melaka

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 02:44


Salam...berubah??mybe banyak fktor mybbkan seseorang seperti RIS berubah.. sebab 2 yang penting..1.diri sendiri kena kuat,iman kita ni spnis kulit bwang, bnykakan mdktkan diri pada ALLAH..2.keluarga (kadang-kadang ada familiy yang tak kisah anak-anak bpkaian m;jolok mata) 3.kawan-kawan..(bagi ana ini yang penting,sebab bila kita dok belajar,jauh dengan family,kawan adalah org yang paling rapat dengan kita..baik kawan maka baiklah kita,jhat kawan yang kita dapat, maka terikut3 lah sprti mereka..) berhati-hati memilih kawan,kadang-kadang kawan ni boleh bawa kita ke arah kemgkaran..tapi alangkah bertuahnyer jika kita dapat kawan-kawan yang dapat membawa kita ke arah kebaikan...
SUBHANAALLAH...ALLAHUAKBAR!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyamirasProfil   Hantar PM kepada Syamiras   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 14:52


Pada 08-02-07 21:42 , zaidakhtar posting:

!!! QUOTE !!!

Insya Allah.
Moga hati yang pernah tersuluh akan lebih mudah tersuluh bila obornya kembali dinyalakan.



insyallah.... :-)


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 12:15


Pada 06-02-07 00:04 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

na'uzubillahiminzalik...

ana ada sahabat yang dulunya tak pernah lupa mengajak ana join usrah,
yang dulunya sentiasa mencari nur ilahi, yang dulu berusaha sekerasnya menuju ke jalan-jalan syurga, yang dulunya sangat takut tidak merasakan kenikmatan cinta-NYa...

tapi sekarang, ana sedih melihat perubahan drastik yang terjadi..
segala kata-kata dan nasihat umpama mencurah air ke daun keladi..
semua yang dilakukan, katanya hanya Allah saja yang tahu...

ana sedih... setelah semua yang mampu dilakukan, yang tgl, ana hanya mampu teruskan berdoa. semoga dibukan pintu hatinya kembali... insyaAllah..

p/s: doakanlah mereka semoga mendapat hidayah itu kembali..


apa punca dan asbab kepada perubahan drastik tu ?



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 12:36


KADANG-KADANG bagus lagi orang2 yang tak pernah sekolah agama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 12:45


jangan pandang RENDAH pada yang SEK AGAMA...cma kadang-kadang yang jadi macam tu semuanya trletak pada dari insan tu sendiri...smada sek AMALAN DIMULAI dengan NIAT...
jadi xsumenya macam tu...cma yang betul-betul tak nak terima klebihn mnuntut ilmu d sek agama tu...amat rugi jika xdipraktikkn apa yang dlakukn waktu d zaman sekolah...Apa pun...banyak sebab yang mnybbkn perubhn sesorg tu...atrnya: faktor tempat tu sendiri...pngaruh budaya...sahabat...dan sebagainya...tapi Apa pun...punca utama dtgnya datang dari diri mnusia itu sendiri...dia yang mnentukn jalan hidup yang diingininya...WALLAHUA'LAM BISSOWAB..BAROKALLAHUFIK...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 12:48


Pada 19-09-07 12:36 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

KADANG-KADANG bagus lagi orang2 yang tak pernah sekolah agama....


"kadang-kadang"


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 19-09-07 12:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

imtisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14642
Posting: 23
Dari: KB

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-10-07 11:42


salam..saya nak tanya..bagaimana pula kalau kita nak nasihati sedara sendiri?contohnya adik sendiri..bila kita beri nasihat dia buat derk saja..kadang-kadang dia malas nak dengar, dia iyekan saja..tapi tetap begitu juga.soal pemakaian, soal pergaulan.saya sedih tengok keadaan begitu.saya tak nak sedara sendiri jadi lalai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtisalProfil   Hantar PM kepada imtisal   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-10-07 12:41


Pada 19-09-07 12:36 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

KADANG-KADANG bagus lagi orang2 yang tak pernah sekolah agama....


:roll: :roll: :roll:

!!! QUOTE !!!

Dan sudah pasti yang terlalu menarik perhatian saya adalah kesolehahannya


kesolehahannya.... :lol: hahannya...macam kelakar sikit....

tapi, tazkirah/cerita ni memang bagus....mantap...padat..dan penuh informasi....trimashh...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107558 saat. Lajunya....