Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: hidup ini susah


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» hidup ini susah

Please Mendaftar To Post


Oleh hidup ini susah

kestari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2006
Ahli No: 27622
Posting: 90
Dari: e_poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 12:26


assalamualaikum dan selamat sejahtera.

:-)

di sini saya mahu khabarkan kesedihan yang saya alami. lumrah manusia menerima ujian dalam hidup ini, cuma hati ini tidak kuat untuk menerimanya. sejak kematian ibu, hidup kami adik-beradik ditimpa pelbagai dugaan, setiap hari mesti menangis. Ayah pula kawin lain, memang pedih untuk menerima, entah bagaimana diri ini seolah-olah mahu hidup sendiri jauh dari keluarga kerana seringkali terasa tertekan tiba di rumah. Alhamdullilah, kini semakin pulih semangat, kawan memberi banyak kata-kata peransang agar tetapkan iman di jalan Allah, banyakkan ingat kepada Allah. Cuma, kini, hati berbelah bagi sama ada hendak menerima mak tiri sebagai ibu atau tidak, memang kena hormat seperti ibu sendiri, namun hati ini belum terbuka lagi. Apa yang perlu dilakukan? Restu hidupku selagi tidak direstui mak tiri, Allah tidak akan merestuinya. Wahai hamba Allah di luar sana, bantulah hamba yang lemah ini mencari jalan kebahagian yang diimpikan setiap insan di muka Bumi Allah ini.


-----------------
$eNyumAn Itu PengUbat LukA di HAtI..


Bookmark and Share

    


  Member Information For kestariProfil   Hantar PM kepada kestari   Pergi ke kestari's Website   Quote dan BalasQuote

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 12:36


ada hadis yang sahih dari Riyadhus Salihin...
mafhum hadis tu...
sedih, letih dan sakit...walaupun sakit terkena duri, itu semua adalah tanda kiffarah dosa dari Allah

apa yang kita boleh dapat dari hadis ni ialah betapa Pemurah, Pengampun dan Penyayang nya Allah terhadap hamba-hambaNya.
Perlu diingat...hidup adalah untuk diuji...
Allah dah berfirman dalam Alquran yang mana maksudnya "adakah kamu sangka hidup didunia untuk main-main"?"
kepada saudari...
percayalah...
tiada yang lebih penting dari keampunan dan redha Allah...
dalam hadis diatas, sedih, letih dan sakit...adalah tanda kiffarah dosa.
sedih merujuk kepada semua jenis sedih.sedih kena hina, sedih kehilangan barang, sedih kerana gagal...macam-macam lagi...
letih pun merangkumi semua jenis letih...letih kerana aktiviti atau program kerana Islam, letih bersukan, letih bekerja,letih kena denda....
dan sakit juga merangkumi semua sakit...hatta sakit walaupun terkena duri...
sesungguhnya Allah sayangkan saudari...
semua ketetapan didunia adalah dariNya,semua adalah yang terbaik untuk kita...kadang-kadang mata, hati, perasaan tersalah menafsir ketetapan itu...sehingga kita bersangka buruk terhadap takdir...
sabrlah wahai saudari....

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-02-07 12:54


belajarlah untuk menerima ibu tiri kestari.janganlah bersangka buruk sebelum kita kenal siapa dia sebenarnya.kadang-kadang kita terlalu memikirkan yang ibu tiri jahat...ibu tiri perampas kasih sayang ayah.Itu semua pendapat kolot yang harus kita buang jauh-jauh dari hati kita.

sebenarnya masih ada ibu tiri yang baik.ibu tiri yang sayangkan anak2 tirinya.ibu kita tetap yang pertama dan terakhir.tak ada yang dapat menggantikan tempat beliau.Tapi bagilah peluang untuk ibu tiri anda.Hormatilah dia.kadang-kadang salah anak2 juga kerana tak memberi peluang untuk ibu tiri membuktikan kasih sayang mereka.jika tak diberi peluang, macam mana kestari nak menilai sejauh mana ketulusan hati ibu tiri kestari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 14:00


Betul cakap erwina...berilah peluang pada diri kestari untuk mengenali ibu tiri kestari dengan lebih rapat...kawan baik ana, alhamdulillah, ibu tiri dia yang jaga dia 6 beradik sampai mereka lebih rapat dari ibu sendiri...itu kes lain lah tapi the main point is...belajar menerima ibu tiri kestari dulu...InsyaAllah, mungkin dia ibu yang baik buat kestari dan adik2..jangan patah semangat k...buka hati dan buka minda untuk memberi kasih sayang pada orang lain agar cahaya kasih sayang itu terpancar jua buat kita dari orang yang kita harapkan...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

putericahaya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2006
Ahli No: 27888
Posting: 89
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 01-02-07 23:47


emm..betul tu...kestari cuba terima ibu tiri kestari...terima dengan hati terbuka..setiap yangALLAH sediakan untuk kita pasti ada sebabnya...harap-harap kestari akan menjadi seorang yang tabah..memang hidup kita tak semudah kita fikirkan..tidak sempurna iman seseorang Kalau tak diuju keimanannya..:)..moga senyuman akan manjadi milik kestari..,amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putericahayaProfil   Hantar PM kepada putericahaya   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 00:27


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Pemergian ibu lebih bermakna sekiranya ada anak yang solehah mendoakannya. Dan ciri-ciri anak yang soleh dan solehah ialah ada ilmu dan beriman. Maksud Ilmu di sini ialah terus-terusan menambah ilmu agama demi memastikan iman terus mekar di dalam hati seterusnya layak diiktiraf sebagai anak yang soleh dan solehah dimana hanya doa mereka yang Allah dengar dan makbulkan. Allahumma Ameen!

Sekiranya bapa menikah semula berilah sokongan dan doakan agar bapa berbahagia dengan ibu tiri anakanda. Usahlah menolak kehadiran ibu tiri tetapi redhailah demi redha bapa. InsyaAllah keikhlasan hati seseorang akan diberi ganjaran disamping ketabahan dan kesabaran menghadapi apa jua ujian dari Nya.

Anakanda kestari masih beruntung kerana ada bapa lagi kerana ramai yang tidak mempunyai ibu bapa. Jadilah insan yang bersyukur dan berdoa agar ibu tiri itu seorang ibu tiri yang solehah. Ameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sememangnya berat mata memandang berat lagi bahu memikul tetapi yakin dengan janji Allah bahawa sabar itu separuh dari iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

kestari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2006
Ahli No: 27622
Posting: 90
Dari: e_poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 20:22


Assalamualaikum kepada semua.

Saya mengucapkan terima kasih atas nasihat dan pesanan kalian. Terus terang saya katakan saya memang berat untuk menerima tetapi saya yakin dengan ketentuan Allah. Saya sepatutnya bersyukur dengan apa yang saya ada dan memang ada yang lebih perit deritanya dari saya. Saya dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan kawan-kawan, famili dan terutama sekali ayah saya. Dulu saya memang mahukan bebas dari perhatian keluarga, saya mahu belajar dan tinggal jauh dari keluarga tetapi Allah tidak menjadikan hasrat saya realiti. Mungkin ada banyak kemungkinan yang saya tidak dapat hadapi kelak.

Walau apapun, saya akan melangkahkan kaki saya ke alam yang baru, iaitu alam di mana saya tetapkan hati saya dengan segala takdir Allah telah tetapkan. Doakan perjuangan saya di muka bumi ini, semoga saya dapat terus berjuang untuk memperolehi syurga yang abadi, insyaallah. Terima kasih sahabat semua, semoga Allah sentiasa merahmati kalian sekalian. Wassalam...


-----------------
$eNyumAn Itu PengUbat LukA di HAtI..


Bookmark and Share

    


  Member Information For kestariProfil   Hantar PM kepada kestari   Pergi ke kestari's Website   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-02-07 21:00


assalamualaikum..banyakkan bersabar. Allah memberikan kita ujian kerana Allah sayang pada hambanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-02-07 00:46


Assalamu'alaikum,,,

ujian adalah,,tarbiyyah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya,,,

ni yang ana ingat rangkap nasyid kehidupan oleh inteam,,
liriknya banyak bagi kekuatan pada ana bila ana rasa susah..
kadang-kadang memang terasa susah nak sabar,,berkata tentang sabar itu mudah,,nak dipraktikkan dalam hidup bukan semudah mengungkapkan dengn lidah,berat mata memandang berta lagi bahu memikul,,
hidup takkan berubah,,orang boleh beri nasihat tapi kita sendiri yang mengubah diri kita untuk menerimanya,
kekuatan ada pada diri anda sendiri,,sematkan dalam hati,,anda boleh menerimanya,,insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 17-02-07 01:34


dengan namaNya yang maha pemurah lagi maha penyayang..


sahabatku,

usah bersedih,kita adalah yang terpilih antara yang terpilih.terpilih untuk berhadapn semua ni kerana Allah tahu kitala yang mampu menggalas semua ni..kita buka minda,kita lapangkn fikiran,cuba kita senyum sebentar,hah..kan manis..biarlah perit,insyaAllah Allah akan kurniakan kita sesuatu yang tidak ternilai atas tamrin yang di anugerahkan pada kita ini...


-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak


Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109556 saat. Lajunya....