Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Hikmah isu Islamophobia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Hikmah isu Islamophobia

Please Mendaftar To Post


Oleh Hikmah isu Islamophobia

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 21:48


Oleh Nurul Adlina Kamaludin

SINAR tahun Baru Hijrah 1428 yang genap seminggu hari ini semakin bermakna khususnya di benua Russia dan Eropah berikutan beberapa berita gembira mengenai perkembangan Islam yang kian memberangsangkan di kawasan berkenaan.


Ini termasuk laporan mengenai semakin ramai penduduk Jerman memeluk Islam manakala di Russia, bilangan penduduk Muslimnya dijangka mengatasi penduduk etniknya dalam tempoh 30 tahun.

Sepanyol pula menyaksikan kebangkitan semula agama itu menerusi pembinaan banyak masjid di sekitar negara itu.

Perkembangan ini sudah semestinya memberi tamparan hebat kepada golongan penyebar Islamophobia atau bencikan Islam yang ketara selepas kejadian 11 September, 2001 di Amerika Syarikat serta kempen antikeganasan yang dilancarkan Washington bagi memburu mereka yang dilabelkan Amerika sebagai pengganas.

Selain itu, junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad saw turut menjadi sasaran apabila beberapa media Barat, dimulai di Belanda, menghina nabi dengan menyiarkan lakaran wajah baginda pada 2005.

Ini diburukkan lagi apabila pemimpin tertinggi Vatican, Pope Benedict mencetuskan kontroversi dengan memilih petikan lama berusia 700 tahun yang menghina Islam dan Nabi Muhammad saw. Sehingga kini, desakan supaya Pope memohon maaf dan bukannya sekadar rasa kesal yang disuarakannya sebelum ini, ibarat angin lalu.

Bulan lalu, satu laporan Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan penduduk Muslim di rantau berkenaan masih terus menjadi mangsa diskriminasi, baik pendidikan serta pekerjaan. Akibatnya, mereka tersisih daripada kelompok masyarakat utama.

Sentimen Islamophobia itu menghasilkan kesan sebaliknya apabila agama Islam semakin mendapat tempat di hati ramai penduduk Sepanyol, Jerman dan Russia.

Di Jerman khususnya, antara negara paling lantang sentimen anti-Islam, menyaksikan laporan didedahkan agensi berita rasminya, DPA, iaitu mengenai bilangan rakyatnya memeluk Islam meningkat empat kali ganda dalam masa setahun.

“Ramai saudara baru itu bekas penganut Kristian yang meragui agama asal mereka,” kata Mohammed Herzog, imam di Berlin yang pernah menjadi paderi Protestan sehinggalah memeluk Islam pada 1979.

“Bukan saja mualaf, bilangan masjid juga bertambah. Apa ketara, jarang sekali saudara baru itu individu atheis (tidak percayakan agama).”

Pakar sosiologi agama, Monika Wohlrab-Sahr, sudah banyak mengkaji kes saudara baru di Jerman mahu pun Amerika Syarikat.

“Kebanyakan mualaf di Jerman mahu pun Amerika adalah individu mahu mengatasi krisis diri sendiri. Mereka diselubungi dengan 1,001 pertanyaan dan kemusykilan yang akhirnya terjawab apabila memeluk Islam.”

Di Sepanyol, barisan ketua paderinya kini dilaporkan bimbang dengan kemunculan semula pengaruh Islam yang bertapak kali pertama pada 711. Ini termasuk pelan pembangunan semula bandar Cordoba yang pernah menempatkan pusat empayar kerajaan Islam di Andalusia.

Beratus-ratus masjid juga mulai dibina di sekitar Sepanyol sejak beberapa tahun lalu biarpun pihak gereja dan penduduk Kristian terus menyuarakan bantahan.

Akhbar Britain, Independent dalam laporannya baru-baru ini, memetik Persatuan Muslim Cordoba sebagai berkata, antara projek pembangunan semula kota terbabit termasuk pembinaan semula Masjid Besar atau Masjid Jamek Cordoba dibina pada kurun ke-8.

Russia juga tidak terkecuali daripada perkembangan menarik mengenai Islam apabila negara Kremlin berkenaan bakal menyaksikan peningkatan bilangan penduduk Muslim mengatasi golongan etniknya dalam tempoh 30 tahun lagi.

Ini disebabkan kurangnya kadar kelahiran penduduk etnik Russia serta penghijrahan ramai penduduk dari negara bekas Kesatuan Soviet.

Jika trend itu berterusan, menjelang 2020, golongan Muslim bakal mewakili satu perlima daripada keseluruhan penduduk Russia.

Sesungguhnya, apa yang berlaku baik di benua Eropah dan Russia, membuktikan imej Islam yang terus tercalar selepas 9/11 kini mulai bersinar kembali. Tanpa publisiti besar-besaran, tanpa kempen menindas serta menghina penganut agama lain, Islam masih mampu berdiri kukuh di negara yang begitu kuat pengaruh Islamophobia.

Hanya masa menentukan sejauh manakah Islamophobia itu mampu bertahan atau akhirnya berkubur apabila semakin ramai rakyat asalnya mendalami agama Islam yang sememangnya cintakan keamanan.



p/s: ana ada kenal ramai saudara baru kita di negara ukraine (bekas kesatuan soviet). doa2kan semoga mereka ini ditetapkan iman & kekal dalam agama islam. Alasan mereka memeluk Islam ialah trinity yang mengbingungkan dalam kristian.


-----------------
http://zul-md.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-01-07 23:12


alhamdulillah...saya gembira mendengar berita ini...Syukurlah...mudah2an ISLAM kembali menakhluki dunia...AMIN....

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 05:58


InsyaAllah...
kita sama-samalah doakan agar ditetapkan iman mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

afiqawe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9508
Posting: 30
Dari: Moscow, Russia.

russia  


posticon Posting pada: 29-01-07 14:02


Alhamdulillah... gembira juga jika Islam betul-betul tersebar luas di russia ni.. lagi-lagi di ibu kota Moscow ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqaweProfil   Hantar PM kepada afiqawe   Pergi ke afiqawe's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 15:14


sememng saja islam sesuai untuk semua umat dan setiap zaman.... tapi lain cerita nya d malaysia ni...

di akhir zaman matahari terbit dari barat...
mungkin juga simbolik, islam akan mucul dari barat...
sesiapa yang tau boleh komen sikit...!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 04:56


entah tak tau nak komen pula...berita hari ni....cakap jacko pulak nak peluk islam...Alhamdulillah, bertambah ramai umat rasulullah saw..

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

airbiru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan

japan  


posticon Posting pada: 01-02-07 08:51


walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk menghina, memperlekehkan Islam di merata dunia,

namun Allah Maha Kuasa, telah tunjukkan pada kita semua yang perkara Haq pasti akan menghapuskan perkara yang Batil.

moga Allah terima usaha kita semua sebagai asbab hidayat seluruh alam.

Amiin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For airbiruProfil   Hantar PM kepada airbiru   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 01-02-07 10:30


Pada 29-01-07 15:14 , jiha posting:

!!! QUOTE !!!

sememng saja islam sesuai untuk semua umat dan setiap zaman.... tapi lain cerita nya d malaysia ni...

di akhir zaman matahari terbit dari barat...
mungkin juga simbolik, islam akan mucul dari barat...
sesiapa yang tau boleh komen sikit...!!!!


Sebenarnya Islam akan bangkit di akhir zaman dari timur jauh (far east). untuk saudara/saudari jiha, teman nak kongsi mengenai tajuk ni, di jemput sesiapa saja nak kongsi...sila buka topik Pantun, mari...mari beli. sebab teman ada cerita sedikit di situ...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-02-07 12:50


MELBOURNE, Aust. memperkenalkan BURGINI pemakaian renang bagi wanita muslim....alhmdllah mdapat smbutan dan disokong oleh majlis Islam Australia dan mufti Australia....

cuma nampak ketat sikit burgini yang model tu pakai....mungkin model burgini tu tersilap pilih saiz ....

harap-harap 'Malaysia sebagai sebuah negara islam' dapat ikut...perkenalkan pakaian renang muslim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-02-07 14:01


:-) Alhamdulillah.......kuasa Allah mengatasi segala2 nya.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099268 saat. Lajunya....