Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 53 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Al Andalus Menangis


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Al Andalus Menangis

Please Mendaftar To Post


Oleh Al Andalus Menangis

FahdRazy
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23499
Posting: 11
Dari: Dublin

ireland  


posticon Posting pada: 19-01-07 09:22


Assalamualaikum

maaflah, ini bukannya karya agung, tapi tak jumpa folder lain yang sesuai, sebab di folder ini ditulis 'Berbincang mengenai karya seperti bacaan, karya Islam, lukisan dan lain-lain'. Jadi saya letakkan di sini. :-)


Sekadar memaklumkan bahawa group Karyawan Luar Negara telah menerbitkan antologi puisi 'Al Andalus Menangis' yang menghimpunkan 129 buah puisi hasil ledakan jiwa dan hamburan pemikiran 20 orang pelajar yang menuntut di luar negara termasuklah Ireland, UK, Scotland, Rusia, Morocco, Mesir, Jordan, Australia dan New Zealand dengan 13 daripadanya pelajar perubatan!

Antologi ini bolehlah didapati di kedai buku DBP atau ke laman
http://www.ujanailmu.com.my/pd_al_andalus.cfm

sedikit abstrak dari kata pengantar: :roll:

"rata-rata sajak yang dihasilkan oleh anak muda yang menggelarkan diri mereka penyajak GKLN ini bergerak dengan rasa kerinduan yang teramat sangat. Hal ini mungkin boleh disamakan dengan keadaan yang berlaku di Indonesia. Keagresifan melahirkan, melaungkan nada kekecewaan, kegagalan, dan ketidakpuashatian hati seakan-akan membobot pemikiran kumpulan GKLN ini. Daripada kelompok ini lahirlah satu gerakan yang menentang sekular dan feudal barat. Nuansa dan pemikiran Islami tersebati sebagai benteng diri."            -Shamsudin Othman-





Dua petikan puisi:



SATU:roll:
Maafkanku Ramallah

Si cilik itu tegar melontar benci
batu dan iman menjadi satu.
Katanya dia rindukan atar firdausi
lantas dia mencari pada kematian.
Tatkala aku mengatakan dia mati
menyusup suara dari lembah Golan
anak kecil itu sebetulnya pencari shahid!
Hidup memisahkan dia dan cintanya
andai dia punya seribu nyawa
seribu kali dia sanggup,
dalam lirih pedih
tubuh cilik itu diarak takbir
Ramallah merayu lagi
pernah rintihmu diabaikan?
Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu
berjejal di lorong syurga
dan aku kaku
malu.

Maafkan aku
bangsaku masih lena.

Hafez Iftiqar
Melbourne, Australia
14 Oktober 2005.





DUA :roll:

-CCTV-

Hidup ini
Umpama siri
Rancangan realiti tivi
Dan kita punya
CCTV sendiri
Yang memerhati
Segenap gerak geri;
Raqib Atid namanya

-Kartu-

Dan
Tiba-tiba sahaja bertandang
Kartu undangan dari Tuhan
Engkau adalah tetamu jemputan
Bagaimana engkau bisa beralasan?


Ainun Nazrin KZ
Dublin, Ireland


(terkini group Karyawan Luar Negara sedang mencari cerpen-cerpen Islami yang bermutu nukilan pelajar-pelajar luar negara. sesiapa berminat boleh ke laman http://gkln.blogspot.com untuk maklumat lanjut.)

Salam...
Pena untuk dakwah.

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For FahdRazyProfil   Hantar PM kepada FahdRazy   Pergi ke FahdRazy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.179064 saat. Lajunya....