Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 256
Ahli: 0
Jumlah: 256




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KONSERT INUL, ISLAM LIBERAL & ISLAM HADHARI


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KONSERT INUL, ISLAM LIBERAL & ISLAM HADHARI

Please Mendaftar To Post


Oleh KONSERT INUL, ISLAM LIBERAL & ISLAM HADHARI

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-01-07 12:18


KONSERT INUL, ISLAM LIBERAL & ISLAM HADHARI

Oleh:
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya fikir masyarakat muslim di Malaysia tidak pernah menghadapi cabaran yang menggugat agama mereka seperti era sekarang. Cabaran-cabaran itu bukan menggugat tubuh badan mereka, sebaliknya menggugat keimanan dan akidah mereka. Dalam era ā€˜projek Islam Hadhariā€™ yang menjanjikan program-program bertulis yang hebat, nampaknya ā€“setakat ini- ia tidak lebih dari coretan-coretan indah di helaian-helaian kertas semata. Belum terbukti dipentas kenyataan ia benar-benar berfungsi seperti yang dicatatkan.

Konsert-konsert hiburan semakin rancak. Banyak pihak yang berlumba-lumba menjemput artis. Dari orang biasa sehinggalah ke menteri dan universiti. Sehingga orang yang saya tidak pernah dengar namanya pun sebelum ini, seperti ā€˜ratu gelekā€™ Inul, dimasyhurkan sekarang. Mungkin akan ada yang berkata, ā€˜memang awak tidak kenal, kerana awak bukan peminat industri muzikā€™. Mungkin..namun media massa begitu luas. Saya seorang yang membaca akhbar. Sekurang-kurang terlintas juga namanya. Namun nama Inul tidak saya dengari sebelum ini. Apa yang penting segala artis yang agak terkenal, atau sudah terkenal dibawa ke negara ini. Sekalipun bersama mereka unsur-unsur negatif yang banyak. Saya tidak tahu di mana hadharinya jika wanita bergelek atas pentas. Saya cuba mencari konsep ā€˜gelek hadhariā€™ dalam buku JAKIM, tapi tidak ada. Dari mana ia datang saya tidak pasti.

Kita percaya kebanyakan yang hadir ke konsert-konsert yang seperti itu adalah anak-anak melayu yang sebahagian besarnya mengaku beragama Islam. sama ada mereka benar-benar muslim, atau muslim hanya pada nama dan keturunan, kita tidak pasti. Namun konsert-konsert tersebut tidak membangunkan minda dan jiwa. Ia lebih membawa kepada unsur negatif; percampuran lelaki perempuan, pendedahan aurat, pengambilan dadah, pembaziran masa dan tenaga. Menjadikan anak-anak muda kelihatan liar dan tidak berdisiplin. Sementara ā€˜orang lainā€™ pula sedang bersungguh-sungguh dalam membina ekonomi, pendidikan dan agama mereka. Akhirnya kita semua bagaikan orang mabuk yang khayal dan meracau, lalu segala rahsia dirinya dicuri orang. Kita semua sedar, orang melayu yang mengaku Islam dalam negara ini kebelakang dalam banyak perkara. Dalam masalah dadah umpamanya, kebanyakan yang terlibat ā€˜budak-budakā€™ melayu yang mengaku muslim. Keciciran dalam pendidikan, pengangguran dan berbagai masalah yang tidak
selesai, membabitkan sebahagian besarnya ā€˜orang melayuā€™ yang muslim. Apakah dengan membanyakkan konsert masyarakat kita boleh membangun dan menjadi kuat, berwibawa dan berkualiti?? !!. Atau ia membawa kepada generasi khayal yang tidak akan memikirkan nasib umat dan agamanya??!! . Inikah hadhari yang hendak dibangunkan? ?!! Ke mana perginya buku panduan Islam Hadhari yang diterbitkan JAKIM??!!. Beginikah generasi muda yang hendak dibina???!!.

Barat mereka barangkali boleh cuai dibuai dengan muzik tanpa sempadan dan seumpamanya disebabkan ruang agama dalam jiwa mereka sudah hilang dan perlu diisi dengan sesuatu. Lalu mereka mencari berbagai-bagai ganti, termasuklah muzik. Kekuatan kerajaan mereka juga ampuh dan kukuh. Anak muda kita tidak sepatutnya menyerupai Barat dalam hal ini. Barat mendapat pulangan ekonomi yang tinggi dengan industri muzik. Penduduk negara-negara lain turut membeli album artis-artis mereka dan mencontohi akhlak serta jenama yang mereka pakai dan pamirkan. Anak-anak muda kita yang sebahagian besarnya hanya ā€˜sekadar cukupā€™, tidak lebih dari menghabiskan duit poket sendiri dan ibu bapa mereka. Apa jenama keluaran kita yang hendak kita pamirkan??!! Apa pula akhlak kita yang hendak kita tonjolkan melainkan sekadar mencetak sepenuhnya akhlak mereka??!!. Penduduk negara mana pula yang ā€˜gilaā€™ ingin membeli lagu-lagu kita melainkan jiran sebelah yang kita jemput wakilnya bergelek di hadapan anak
muda kita. Jika undi sms Akademi Fantasia diberikan kepada pembangunan pendidikan, berapa banyak manfaat yang boleh kita dapat!!. Semua lebur demi mengundi ā€˜calon-calonā€™ yang pun tidak membela nasib umat dan bangsa muslim mereka.

Berjayakah perlaksanaan ā€˜Islam Hadhariā€™, atau ia seperti firman Allah dalam al-Saff 2-3 (maksudnya):

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Gejala sosial makin meningkat. Konsert-konsert makin diperhebatkan. Ruang untuk membaiki terlalu sedikit. Ruang ke arah maksiat dibuka dan dibela oleh petualang-petualang nya, dari NGO sehinggalah kepada peringkat menteri. Mereka tidak pernah membela nasib orang yang tertindas dan mangsa kesusahan lain seperti mana mereka membela ahli maksiat. Janganlah pula mereka ini terlibat dengan apa yang Allah sebut dalam Surah al-Taubah 67 (maksudnya):

ā€œOrang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh kepada perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasikā€.

Kerja mukmin dan pemerintah mukmin adalah sebaliknya. Firman Allah dalam surah al-Taubah 71 (maksudnya):

ā€œDan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunai zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksanaā€.

Mengenai pemerintah Allah menyebut dalam Surah al-Hajj ayat 41 (maksudnya): "mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Islam bukan memusuhi hiburan. Tetapi dengan batas-batasnya. Hiburan-hiburan yang sedang ditaja sekarang tidak membangunkan apa-apa melainkan membanyakkan unsur negatif. Apakah Islam Hadhari akan jadi seperti Tsunami??!! Atas Tsunami segala kekarutan dapat dibawa ke negara ini. Kononnya untuk mangsa Tsunami. Akhirnya yang mangsa Tsunami dapat ialah ā€˜air mineral waterā€™ sahaja. Adapun pemungut derma, mereka dapat segala macam ā€˜airā€™. Kita bimbang atas nama Islam Hadhari jadi seperti Tsunami. Jika ia seperti Tsunami. Tsunami itu pembawa bencara dan keburukan. Hanya menyukakan hati para penyeleweng derma sahaja. Padahal bagi kita tamadun yang sebenar persis seperti yang al-Qaradawi sebutkan: ā€œNamun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang
segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (Tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara ruh dan kebendaaan. Menseimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun keruhanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahanā€. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sunnah masdaran li al-Maā€™rifat wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir).

Di sudut lain lebih dahsyat. Aliran Liberal makin menjadi. Di bawah bendera Islam Hadhari ā€“sekalipun bukan itu hasrat bertulis JAKIM- mereka kelihatan begitu cergas dan mendapat habitat yang sesuai. Golongan Liberal ini hanya berusaha mencabar perkara-perkara yang tercatat dalam al-Quran dan al-Sunnah dan melupakan penyakit sebenar masyarakat. Dalam poligami umpamanya, mereka ini seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut dalam bukunya Markaz al-Marā€™ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: ā€œSesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanahair Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku pada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan mengenai keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur mengenai keburukan zina, yang dengan
dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini." (m.s 31 cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).

Demikian isu-isu lain yang ada kaitan dengan Islam. Dalam isu ā€˜Moral Policingā€™ mereka hanya nampak Islam dan Konsep al-Amr bi al-Maā€™ruf wa al-Nahy ā€˜an al-Munkar. Mengapa mereka tidak meminta supaya penahanan terhadap penagih-penagih dadah dihentikan?? !!. Tidakkah itu juga persoalan moral individu??!! Demi sesungguhnya mereka hanya bermaksud ingin mengecam Islam. Keberanian mereka mendapat tempat dalam era kini. Mereka menyiapkan diri untuk menghadapi Islam sepenuhnya atas nama Islam. Bila ingatkan mereka ini saya selalu teringatkan hadith Nabi s.a.w riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah Ibn Yaman, katanya:

"Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau
mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sekulit dengan kita dan bercakap dengan lidah kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Muslimin (aliran yang berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah) dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian."

Demikian sifat penyeru ke arah neraka Jahannam pada akhir zaman, sekulit dengan kita dan bercakap dengan lidah kita. Antara tafsirannya ialah mereka itu terdiri di kalangan yang mengaku muslim dan memperkatakan Islam.

Hasil dari keberanian mereka, kini, sudah ada menteri bukan muslim yang meminta agar mata pelajaran agama dibuang dari sekolah. Islam Liberal tentu gembira dengan cadangan ini. Apakah Islam Hadhari akan membuka ruang ke arah itu??!!.

Seperti artikel saya sebelum ini: ā€œPro-Kontra: Islam Hadhariā€, sekali lagi saya tertanya-tanya, apakah Islam Hadhari itu seperti yang ditafisrkan oleh JAKIM, atau ia sebenarnya iras kembar kepada Islam Liberal??!!.

p/s: dimana hadharinya???jika wanita bergelek atas pentas....
     dimana hadharinya??Apakah dengan membanyakkan konsert masyarakat kita boleh membangun ! !
dimana hadharinya?? jika islam hadhari yang dibawa lebih membuka ruang kepada kelompok islam liberal untuk menyerang islam....
makin lama makin parah masalah sosial di kalangan masyarakat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-07 12:29


Pada 14-01-07 12:18 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

KONSERT INUL, ISLAM LIBERAL & ISLAM HADHARI



p/s: dimana hadharinya???jika wanita bergelek atas pentas....
     dimana hadharinya??Apakah dengan membanyakkan konsert masyarakat kita boleh membangun ! !
dimana hadharinya?? jika islam hadhari yang dibawa lebih membuka ruang kepada kelompok islam liberal untuk menyerang islam....
makin lama makin parah masalah sosial di kalangan masyarakat...


saya sebagai wanita pun rasa malu.....lihat c inul itu..


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 14-01-07 12:32


semuanya lagha.. belaka...
lalai...lalai...lalai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 21:52


satu teguran dr maza yang cukup baik..moga kita mengambil iktibar..marilah kita bersam-sama menentang kemungkaran terbuka ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 22:39


macam-macam lah....tu ke hadharinya??

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

darkeye_mania
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27963
Posting: 157

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 00:11


tahniah DR.MAZA.. memang saya makin takut untuk berdepan dengan dunia kita sekarang.. tapi apa agaknya yang dapat mengubah sifat dan pemikiran anak2 melayu kita yang semakin jauh dari agama?

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkeye_maniaProfil   Hantar PM kepada darkeye_mania   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 02:12


walau di mana kita berada..
kita akan melihat pada org atsn...
( tambah lagi kalau dia tinggi dari kita hehehe)

banyak faktor yang merangsang ke arah sesuatu yang berlaku..
yang menganjurkan... yang mencipta... etc..
dengan media elektronik... media cetak.. dan permintaan dari
pihak masyarakat..

kalau kita tidak menyokong.. pada arah yang bertentangan..
hasilnya tentulah tidak ke arah tersebut..
tapi.. jika kita taksub..fanatik dan menyokong pada
program.. dll.. kelak kesan nya akan dapat dilihat..

dunia.. dunia..
:roll: :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 02:41


astaghfirullah..taubatlah kita semua, menggalakkan maksiat..nabi pernah berpesan agar maksiat hendaklah dijauhkan,kerana kita bimbang maksiat yang dianggap remeh oleh kita akan menjadi asbab Allah melaknat kita...nau'zubillah...nilai islam telah dicemari dengan mencampur adukkan hukum Allah dengan hukum sekular makhluk...adakah kita betul-betul hormati nilai2 islam itu sendiri...ya Allah,jauhkanlah bala' bencanaMu asbab kejahilan kami sendiri,bukalah kepada kami jalan yang lurus dan berilah kami hidayahMu,kerana sesungguhnya kami ini terlalu lemah dan hina,Engkaulah yang berhak keatas kami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 02:43


kita doa nangis2 minta pada Allah kekuatan untuk amal agama dan azam untuk tasykil saudara2 kita..insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

naemovic
Warga Rasmi
Menyertai: 03.01.2007
Ahli No: 27992
Posting: 13
Dari: cairo

egypt  


posticon Posting pada: 27-01-07 06:42


tu lah.kan dah aku cakpa awai2 lagi.kita pakat2 sokong lagi pentadbiran sekarang.itulah punca segala masalah.kan kalau tukaq kerajaan baru kan senang.satle masalah hempa semua.tak payah dok pikiaq dah.kan,kan,kan..bukan kita tak hendak serius dalam hal ini.itulah jalan penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan Isalm.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naemovicProfil   Hantar PM kepada naemovic   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 27-01-07 10:02


itulah hadharinya
masyarakat makin lalai dalam hal dunia
konsert sana sini, pergaulan bebas,
anjurkan anugerah yang bukan2 atas alasan kemajuan...
huh...matlamat tak pernah menghalalkan cara yang salah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

Mutiara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 11:02


Assalamualaikum...

Islam itu hakikat namanya tidak boleh bersandar kepada yang lain. Bila menyebut islam merujuk terus kepada Allah yang menciptakannya. Tidak wujud perkatan selepas sebutan islam seperti sekarang ini contonya islam modern, islam sekular dan lain2. Islam tetap islam megah atas namanya sendiri dulu kini dan selamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MutiaraProfil   Hantar PM kepada Mutiara   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 27-01-07 13:19


islam
dulu kini dan selamanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118662 saat. Lajunya....