Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-09-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 8 hari yang lalu
fayyzah: 10 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Fi Qulubihim Marad !


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Fi Qulubihim Marad !

Please Mendaftar To Post


Oleh Fi Qulubihim Marad !

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 19:42


Entah bila dan tampa disedari,dunia ini telah dibanjiri oleh manusia-manusia yang hipokrit.Apa yang mengecewakan ialah,insan yang hipokrit itulah pula yang melaungkan slogan-slogan anti hipokrit.Mungkin inilah petandanya, dunia telah berada dihujung usia.Melahirkan insan-insan yang pelik dengan segala macam penyakit dan perangai yang meletakkan insan normal didalam ketidakselesaan.

Sejak akhir-akhir ini,saya di sibukkan dengan persoalan yang gagal saya temui jawapannya sejak dahulu.Apabila kawan-kawan saya berkata kepada saya "Pas hanya menggunakan agama untuk politik!"Jika dulu,apa yang saya berani balas hanyalah "kita bukan hanya gunakan agama untuk politik saja,malah kita gunakan agama untuk semua aspek kehidupan..bukan begitu?".Pastinya kawan saya hanya akan tersenyum sinis.Melangkah pergi meninggalkan saya dalam keadaan saya faham bahawa,jawapan saya itu gagal diterimanya.Untuk menjadikan jawapan yang benar itu diterima insan lain,anjakan dan pembaharuan diperlukan.Sesungguhnya rasulullah yang kita cintai itu merupakan insan yang berstrategi.Tidak membataskan satu persoalan hanya kepada satu jawapan.Dan disini,hakikat "strategi" mungkin boleh kita rumuskan sebagai "variasi..."

Jika dahulu,seseorang akan di anggap jujur dan berintegriti selagi mana dia tidak bertindak sebaliknya.Namun masa itu telah berlalu.Kini,seseorang itu perlu membuktikan dia jujur dan berintegriti sebelum dia di anggap demikian.Demikianlah yang berlaku di dalam masyrakat islam di akhir zaman ini.Individu dan organisasi yang jujur perlu membuktikan kejujuran dan keikhlasan mereka sebelum mereka boleh di'iktiraf jujur dan ikhlas.Nasib yang sama menimpa PAS,atau mungkin lebih tepat lagi boleh saya katakan,nasib yang lebih teruk telah menimpa PAS.Mungkin kerana sifat gerakan islam yang tulen itu biasanya akan dimusuhi, dibenci dan tidak disukai.

PAS telah tampil dengan imej islam,mendidik ahli dengan tarbiah berterusan melalui PASTI, sekolah rendah dan menengah agama persendirian,usrah kuliah dan sebagainya.Pemimpin yang tidak pernah disabitkan dengan rasuah,penyelewengan, dan salah guna kuasa.Organisasi parti yang disusun mengikut lunas islam yang meletakkan al-quran dan as-sunnah itu ditempat yang paling tinggi,dan dua sumber itulah yang memagari semua urusan dan keputusan parti.PAS telah membuktikan kejujuran dan keikhlasannya apabila enggan berkompromi dengan DAP dalam masalah negara islam,walaupun bekerjasama dengan DAP adalah satu keuntungan politik yang besar.Namun perjuangan Islam yang tulen tidak akan di gadai dengan begitu murah hanya kerana mencari jalan pintas ke tampuk kuasa.Itulah PAS yang telah membuktikan kejujuran dan keikhlasan,namun masih ada insan yang enggan mengi'tiraf kejujuran dan keikhlasan PAS.

Fi Qulubihim Marad(Dalam hati mereka ada penyakit).Mungkin itulah antara sebab yang boleh difikirkan untuk kita menyusun strategi dalam usaha menghadap hujjah rapuh mereka.Perlu di ingat secara berterusan bahawa,ini bukanlah perlawanan untuk menunjukkan siapa kuat dan siapa yang lemah.Ini adalah perjuangan untuk mengubah pemikiran manusia kearah membesarkan hanya kepada Allah,membenarkan pengakuan aqidah mereka iaitu tiada ketaatan, tiada pengibadahan, tiada kecintaan, tiada sumber rezeki dan tiada sumber hukum yang lebih Agung melainkan apa yang datang dari Allah.Inilah perjuangan yang berdiri diatas hujjah, kebenaran dan usaha yang berterusan.Ianya menuntut setiap individu yang ingin berjuang dijalan ini bertindak umpama pokok buah-buahan,kanak-kanak membaling batu padanya,namun pokok itu membalas dengan mengugurkan buah yang boleh di nikmati rasanya oleh kanak-kanak tersebut.Adakah adil begitu?Ianya terlalu adil untuk begitu!Kerana jaminan Allah terhadap insan dakwah yang berjuang dengan ikhlas terlalu besar untuk di ungkap dengan nikmat dunia semata-mata.

Baru-baru ini,ada suara ganjil entah dari mana berkata"muda-mudi kita menjauhi masjid kerana masjid telah dijadikan medan untuk berkata tentang politik".Saya agak terkejut mendengar suara tersebut.Lantas saya bertanya "sejak bila muda-mudi menjauhi masjid kerana politik?"Bukankah muda-mudi menjauhi masjid kerana AF, mentor,One in a million, dan berbagai lagi konsert yang apa kejadahnya itu di anjurkan secara paranormal?Bahkan kerana usaha PAS menjadikan masjid sebagai medan tarbiahlah yang telah mengimarahkan masjid.Namun selamanya langit takkan selalu cerah.Medan tarbiyah PAS ini telah dihidu keberkesanannya, lalu pihak kerajaan telah menghantar ajen rahsia yang terdiri dari jais, jawi,rumi dan segala macam agensi untuk memantau aktiviti masjid.Mangsanya ialah imam-imam dan ustaz-ustaz "tampa tauliah".Insan-insan ini telah dibuang dari organisasi masjid lalu hiduplah masjid bersama siak-siak yang hanya bertindak membuka dan mengunci masjid.Namun di antara ramai-ramai ustaz yang menjadi mangsa pantauan tersebut,tersembul seorang Dr yang sekarang ini sudah pun menjadi mufti.Beliau pun pernah diganggu semasa kuliahnya di salah sebuah masjid di selangor.


Dalam banyak-banyak persoalan semasa,ada satu soalan menarik untuk di fikirkan."Anda masuk PAS ikut pintu mana?Pintu tarbiah atau pintu politik?"Jika saya ditanya soalan ini,saya akan menjawab,saya masuk PAS ikut pintu islam!Mengapa?Kerana kita menyokong PAS disebabkan parti ini memperjuang islam dan memegang prinsip islam.Apabila kita didalam PAS,seolah-olah kita telah memasuki satu "dunia baru" yang menuntut kita "berubah" kepada kehendak islam.Masuklah melalui pintu apa pun.Perasaannya pasti sama.Itulah sifat sebuah gerakan islam.Buktinya,orang yang menyertai PAS melalui pintu tarbiah dan pintu politik akan hanya menghasilkan insan yang bercita-cita untuk islam.Tanyalah sesiapa sahaja di dalam PAS.Walau macamana fanatik pun dia dengan PAS,cita-cita islam pasti menjadi prioriti mereka.Namun manusia yang di dalam hatinya berpenyakit telah membezakan manusia dalam PAS hanya melalui serban dan kopiah.Pertimbangan politik mereka terlalu cetek.Cepat untuk berkata,PAS tidak berpendirian, taksub, jumud dan sebagainya.Itulah manusia yang berpenyakit dihatinya, dan buat manusia sebegini, kita perdengarkan kepada mereka amaran Allah:

    Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya;dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.
    Al-baqarah:10

Mereka berkata,kita lebih mendahulukan parti dari islam,sedangkan hanya merekalah yang berfikiran sedemikian.Mereka terperangkap dalam prasangka mereka sendiri.Dari penyakit yang kecil,Allah menambahnya menjadikan mereka busuk hati, hipokrit, dan benci terhadap perjuangan islam.Semoga kita dikalangan orang-orang yang benar....

Ampunilah mereka,sesungguhnya mereka tidak mengetahui.....

PenaSiasah blogspot


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 10:29


mungkin benar pada suatu ketika dahulu,PAS masuk ke dalam politik demi islam..demi dakwah..demi tarbiyah....

sejarah silam PAS telah membuktikan..
ABIM telah menghantar 3 org mereka untuk meng'ikhwanul muslimin'kan PAS......& SALAH seorang daripadanya IALAH HJ HADI sendiri....
then,setelah kemasukan mereka...kita lihat bagaimana usrah2 dalam pas hidup..tarbiyah aktif...dakwah maju...
tapi itu dulu....di waktu PAS masih lagi memelihara keaslian dakwah...ketika pas masih memelihara KETULENAN dakwah....
ketika PAS menjadikan tarbiyah sebagai agenda UTAMA.....yup,ketika 1980 -an dulu,bangunan dakwah PAS dibina diatas TAPAK tarbiyah....di situ kita lihat bangunan PAS kukuh kerana TAPAKnya kuat.....

tapi manusia boleh berubah,organisasi boleh berubah.....
mungkin sekarang usrah2 masih dijlnkan..ya...masih ada...tetapi KETULENAN dakwah sudah semakin kurang atau hampir tidak ada!!!!
tarbiyah itu ibarat BASE sesuatu bangunan....kalau BASE rapuh,kalau BASE Tak kkuat,bangunan yang didirikan diatasnya takkan kuat..walaupun kita cuba ubah tingkap bangunan...kita ubah pintu bangunan......kita ubah batu bata bangunan....

masalahnya bukan pada bangunan itu sendiri,tapi BASE bangunan...masalahnya pada BASE....& TARBIYAH itu BASE...
KEASLIAN dakwah yang dibawa dalam usrah2 PAS hampir sudah tiada malah mungkin sudah pupus......

tahu tak apa itu KEASLIAN dakwah???
cuba tanya ahli JIM yang pernah aktif di UK tahun2 awal 80-an...
cuba tanya mereka...mereka lebih tahu & sekarang ini mereka pun menghadapi masalah yang sama dengan pas iaitu gagal dalam memperthnkan KEASLIAN dakwah.....begitu juga dengan abim....

PAS perlu kembali kepada pembangunan akar umbi.....
kaji balik Kenapa HAMAS boleh menang p/raya walaupun mereka baru setahun dua menubuhkan parti politik....

hakikatnya,yup DULU memang pas hendak membawa islam melalui politik..tapi SEKARANG.....pas seakan2 mengikut rentak umno yang pandai bermain politiking....

yup,dulu pas memang tak mengikut rentak umno yang memain2kan isu untuk mendptkan pengaruh politik....tapi itu dulu..SEKARANG...bagaimana??kita lihat pas cenderung memainkan isu-isu untuk mendptkan pengaruh politik seperti mana umno selalu mengamal2kannya sejak dari dulu lagi.....

pas tak perlu mengikut rentak umno dalam hal ini....cuba lihat PKS di indonesia....alhamdulillah mereka masih mengekalkan KEASLIAN dakwah....apa yang mereka buat???mereka tidak memainkan isu-isu untuk mendptkan pengaruh politik...
tahu tak apa cara yang mereka gunakan spy rakyat indonesia mendekati PKS??? DAKWAH FARDHIYYAH....TAKRIFUL QULUB...mereka berdakwah dengan kasih sayang...mereka turun ke masyarakat....mereka adalah DA'I & dalam masa sama ahli politik...
mereka berdakwah bukan sebab nak tarik rakyat indonesia ke parti mereka..tapi mereka berdakwah sebab nak tarik rakyat kepada ISLAM..
apabila ramai rakyat dah sayang islam....oooh,baru mereka tahu..parti mana yang perlu mereka sokong supaya islam disana terus berkembang & DIAMALKAN....
walaupun PKS baru ditubuhkan pada prtghn 1990-an..namun rakyat semakin mendekat dengan mereka..Kenapa???itulah R& D yang perlu dibuat oleh org dalam pas untuk meningkatkan lagi kekuatan pas..
itula caranya yang betul.....apakah ciri2 itu masih ada dalam PAS???
JIKA BENAR TIDAK ADA..tak perlu melenting,marah tapi sebaliknya buatlah perbaikan..buatlah improvement...jangan pedulikan kata-kata org lain yang tidak betul....tapi,jika kata-kata org lain itu betul,Kenapa tidak kita ambil kata-kata itu spy kita boleh improve pas itu sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 10:44


erm,Dia sentiasa bsame dengan orang-orang yang benar.yang haq tetapi akan mng biarpn klihtn kalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 10:49


yang penting pas tak perlu terikut-ikut rentak umno yang bermain2 politiking sejak dulu lagi....perlu ada tajdid dalam pas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 13:08


Alhamdulillah,teguran membina sebeginilah yang menguatkan semangat dan mengharmonikan keadaan.Walaupun agak susah dikenalpasti ditahap mana keseriusan "ketidaktulenan tarbiah" PAS sekarang,untuk mereka yang sedar hakikat ini perlulah melakukan sesuatu untuk perubahan.

Namun ada beberapa perkara yang menarik juga untuk difikirkan sama.Jika diera 80an,orang melayu masih kuat dengan fahaman politik suku dan agama suku.Hasil tarbiah PAS yang dikuatkan dengan "amanat haji hadi",sekarang ini sudah tidak kedengaran lagi suara-suara berkenaan politik suku dan agama suku.Kefahaman rakyat malaysia tentang islam bolehlah dikatakan sudah semakin mendalam(dirumus secara umum).

Kemudian PAS mengesan,pemerintah juga telah cuba berjuang diatas nama islam juga.Namun ketidakikhlasan pemerintah terlalu jelas untuk dipertahankan oleh penyokong kerajaan sekalipun.Namun ia membawa impak yang agak merugikan PAS.Rakyat mengakui secara senyap bahawa,kerajaan juga inginkan islam!PAS yang menyedari taktik pemerintah ini menyedari hujjah yang digunakan di era 80an dahulu tidak lagi diterima pakai.Oleh itu,pemimpin muda PAS lebih menumpukan kepada keadilan,membasmi rasuah,membantah kenaikan harga barang dan seumpamanya.Secara jujur saya mengakui,ianya mengubah lanskap tarbiah dalam PAS.Ini mungkin kelemahan yang boleh dicongak asbab ia timbul.Setiap anjakan dan perubahan penumpuan pasti akan mendedahkan organisasi kepada risiko ini.Di harap PAS akan terus menumpukan tarbiah dan dalam masa yang sama,meneruskan agenda politik yang dipagari dengan prinsip islam!


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124418 saat. Lajunya....