Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 43 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: AGAMA DICAMPURI URUSAN PARTI & POLITIK


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» AGAMA DICAMPURI URUSAN PARTI & POLITIK

Please Mendaftar To Post


Oleh AGAMA DICAMPURI URUSAN PARTI & POLITIK

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 21:12


Mengapa pemikiran yang memisahkan agama dengan dunia berlaku sedangkan Islam tidak menghalang umatnya menikmati hidup di dunia dan jangan lupakan akhirat?

MOHD. ASRI: Ia bermula dari institusi pengajian di pondok-pondok. Dahulu, mereka enggan memasukkan subjek akademik dan anggap ia sekular. Pemikiran konservatif yang jumud ini menyebabkan Islam tidak boleh berkembang.

Satu lagi faktor ialah agama telah dicampuri unsur parti dan politik. Segala perbincangan agama ditafsirkan secara politik dan ada kumpulan politik mengambil kesempatan di atas perbincangan agama untuk menjadikannya modal pilihan raya.

Dalam isu khalwat, ada parti tertentu begitu marah dalam hal ini Kenapa? Sebabnya, kaedah yang saya ungkaikan, banyak parti sangkut. Ada parti politik yang suka mencari kesalahan lain untuk menghukum.

Mereka bukan lihat isu khalwat tetapi me lihat jika orang Muslim lain tidak boleh mengintai kesalahan orang lain maka itu menyusahkan kerja politik mereka.

Saya bukannya orang politik dan politik bukan urusan saya... urusan saya adalah fakta. Apa yang saya suarakan bukannya pandangan tetapi satu aliran terutama di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ada orang politik menyedari yang sekarang ada orang yang membawa Islam dalam nada berbeza iaitu membincangkan Islam tanpa memilih parti atau kumpulan. Jika ia berterusan kita akan lihat satu perkembangan Islam yang bersifat postif dan dinamik.

Sumber: Utusan Online
P/S: apabila islam itu dipolitikkan,maka berlakulah kejumudan dalam perkembangan islam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 23:02


Diantara mentafsirkan ISlam itu telah dipolitikkan,dan Politik itu telah diislamkan..Disini terletaknya nilai hipokrit seorang manusia yang selalu mengajak insan lain berlapang dada kemudian terang-terang tampil dalam keadaan busuk hati berkata itu dan ini,berkata parti islam itu menjadikan islam modal politik,dan bermacam2..
Sekiranya perbezaan sikap yang seremeh ini gagal diatasi kemudian diperbesar dalam keadaan suasana "MenYalahkan",ia takkan menyelesaikan apa-apa...
Tembelang itu bakal pecah,jika tiada prinsip keikhlasan dalam perjuangan!


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 23:47


Pada 07-01-07 21:12 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!


Satu lagi faktor ialah agama telah dicampuri unsur parti dan politik. Segala perbincangan agama ditafsirkan secara politik dan ada kumpulan politik mengambil kesempatan di atas perbincangan agama untuk menjadikannya modal pilihan raya.



saya tidak sangka..DULU saya teringat ada seorang sahabat yang mengatakan kalau nak berbeza pendapat jangan lah sampai menyindir..
dia kata ada org pas yang berbeza pendapat dengan DR asri suka menyindir DR asri..

dari petikan kata-kata dr asri jelas menuduh sesebuah jemaah ISLAM MENGAMBIL KESEMPATAN diatas perbincangan agama untuk menjadikan modal pilihan raya...saya tak tahu jemaah mana yang dimaksudkan oleh DR asri,tapi kalau beliau maksudkan PAS, maka itu adalah satu tuduhan yang melampau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-01-07 23:58


apa yang saya maksudkan dengan MENYINDIR ialah MENYERANG PERIBADI org LAIN...itu yang saya maksudkan dengan MENYINDIR....
kalau nak berbeza pendapat boleh..tapi jangan sampai MENYINDIR=MENYERANG PERIBADI org LAIN
-sebab ada segelintir yang direct kata dia tali barut umno,agen umno..inilah yang dikatakan MENYINDIR/MENYERANG PERIBADI..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 00:25


mana lebih baik?masuk PAS dari pintu tarbiah ke atau dari pintu politik?undi PAS sebab benci kat Abdullah dengan Rosmah ke atau undi sebab rasa sayang dengan Islam??bagi saya, kalau semua nak tarik melalui politik habislah.. pengalaman saya,saya tengok orang UMNO mana ada nak baca harakah..mind set mereka-kalau ini dari PAS..jangan baca..tapi kalau ada seseorang yang macam Dr Asri,maybe mereka akan tertarik ke arah Islam sebab tidak lagi melihat Islam hanya dari kaca mata PAS..ie apa-apa tentang Islam itu agenda PAS lah tu..mereka maybe akan tertarik untuk mengenali Islam tanpa rasa dr asri ni bias ke mana-mana pihak..sebab semua dr asri tegur..sampai tahap ni bila rasa cinta dah terbit terhadap Islam..rasa ingin tahu terhadap Islam..rasa ingin mendekati Islam.. automatically mereka akan tahu apa yang perlu dibuat masa pilihan raya nanti..mereka akan tahu apa tanggungjawab

sumber: pandangan dari seorang netters di al-ahkam.net

p/s: saya nak mengajak kita berfikir (seperti pandangan netter diatas)....apakah kita mengundi PAS sebab benci kat Abdullah dengan Rosmah ke atau undi sebab rasa sayang dengan Islam??......
yup...rasa SAYANG pada islam lahir melalui KEFAHAMAN thdp islam yang sebenar...KEFAHAMAN datang melalui TARBIYAH....jadi,carilah PRODUK TARBIYAH yang TERBAIK melalui jemaah2 islam yang ada.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 10:28


kalau org tak suka PAS, nak masuk dpd pintu politik yang mana pun ... ana rasa tak juga??

Ambil contoh:
Pintu rumah pun ada dua selalunya.

Andai anak yang suka pergi enjoy di malam hari, dia selalunya suka pakai pintu belakang untuk ENTER rumahnya bila ibu dan ayah nyenyak diulit mimpi. Walopon ibu dah pesan, jangan pergi... dia pergi juga. Ibu tidur 3 pagi, dia keluar 4 pagi. sebab dia tak dapat dikwal 24 jam. Salah ibu bapa juga..tak letakkan kepentingan agama lebih awal sejak bayi (contohnya).

Opps, jika seorang anak itu adalah anak yang dengar kata dan soleh tentu masuknya ke rumah melalui pintu depankan dan dia ta'at mendengar apa kata ISLAM dalam hidupnya, ALHAMDULILLAH andai begini!!?

Jesteru, PAS senada dengan tarbiyah sebenarnya. Kita ada usrah. Mungkin belum se'baik' usrah yang dibawa JIM ataupun ABIM. Tetapi PAS masih melaksanakan. Slow2 sikit.

Cuma belum cukup lagi, itu jawapan mudah!!! jangan tinggal semua, itu sebbnya PAS istiqamah untuk melanjutkan usrah satu hari ke satu hari.
Lama2 boleh lah setaraf dengan I.M mahupun PKS.

Kebuntuan ini mungkin disebabkan oleh keahlian dalam PAS: berbilang kaum. Berbilang juga perangainya.

macam tulisan ana sebelum ni:

PAS ahlinya macam-macam org ada. Alhamdulillah.
Ada yang tak kerja, ada yang hisap rokok, ada yang kaki tak berapa solat dll. Tapi jika kita abaikan..may be mereka terus hanyut. Jika kita tak beri peluang join PAS iaitu melalui pintu politik (atas dasar kebencian), lagi parah suasana politik yang didominasikan oleh org macam ni. dah lah lawan hukum tuhan, lawan pula org yang suka pada hukum tuhan. Itu ulasannya.
dalam hal ini ana tak salahkan parti lain, mungkin mereka berusaha untuk dakwah..juga belum mencukupi.
Di sini, ana lebih fokus dekat PAS. sebab PAS kata mahu bawa ISLAM. Itu yang kita cuba huraikan. Apa revolusi yang PAS sedang bawa bagi menjadikan ia parti yang releven.

Boleh tanya:
Apa pendekatan DAKWAH yang anta nak maksudkan? ana pun tak berapa pasti. Boleh terangkan??? Jika tak terangkan... ana simpulkan (dpd penelitian penulisan anta) anta pun nampak sprti ada kecenderungan kepada parti politik, cuma tak pasti yang mana (itu hak masing-masing) ..
anta sanggup pula mewujudkan tajuk sebegini rupa .. untuk menjelaskan apa? Jika dakwah, TG Nik Aziz nak buat ''denda pakaian tak sesuai' tu??

Nasihat ana, anta perlu mula dulu. jangan quoted ayat Dr Asri ke siapa ke dalam mana-mana tajuk. Baik anta yang mulakan sesuatu tanpa mengait isu politik, secara tak langsung akan mengaitkan PAS diforumkan semula.

Maaf ya anti_alasan, jika anta rasa kita nak dakwah ke atas org yang selalu pergi PUB...ceritakan pendekatannya dan cadangkan kepada semua forumers. Mana tahu, kami boleh betulkan ataupun kembangkan idea anta tu.

dalam erti kata lain, pendekatan politik boleh jamin ''kemudahan'' untuk kita terus berdakwah. Cuma satu saja: JANGAN TAKSUB dengan PAS atau mana-mana politik. Ana sedia menerima teguran dpd anta mahupun ahli lain.

MAAF ZAHIR BATIN dengan ayat sebegini.
Harap jawapan ana kepada isu terbangkit menjadi penawar dan peneutrelan dpd ahli terus pening.

Andai 'tak boleh' masuk dengan PAS, kita tetap terus berdakwah ya. insya-ALLAH.

MAAF ZAHIR BATIN.

Ya ALLAH redhoilah penulis dan bantulah dia... Tolonglah Ya ALLAH.


Ya ALLAH bantulah kami... Tolonglah Ya ALLAH Ya Rabbi.
insya-ALLAH.


Jangan lupa selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) tauuuu ....

Wallahu'alam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 10:59


Pada 07-01-07 23:58 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

apa yang saya maksudkan dengan MENYINDIR ialah MENYERANG PERIBADI org LAIN...itu yang saya maksudkan dengan MENYINDIR....
kalau nak berbeza pendapat boleh..tapi jangan sampai MENYINDIR=MENYERANG PERIBADI org LAIN
-sebab ada segelintir yang direct kata dia tali barut umno,agen umno..inilah yang dikatakan MENYINDIR/MENYERANG PERIBADI..


macam taksub pada seseorang saja.... macam org yang dsindir tu maksum saja...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 01:32


Pada 08-01-07 00:25 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

mana lebih baik? .......

p/s: saya nak mengajak kita berfikir (seperti pandangan netter diatas)....apakah kita mengundi PAS sebab benci kat Abdullah dengan Rosmah ke atau undi sebab rasa sayang dengan Islam??......
.....



Maaf. Mulai hari in, ana akan cuba selitkan perkara baru dalam tulisan ana iaitu motivasi diri. isnya-ALLAH. Namun,sebelum ke ulasan motivasi, ana nak tanya dekat anti_alasan.

Kenapa ada ayat macam kat atas tu (yang ana quoted tu)? Berkias ke atau kerana anta juga tak 'berapa' berkenan bila seseorang yang bergelar pemimpin berani berbuat sesutau yang tak kena pada adat apatah lagi yang salah di sisi AGAMA??? buruk ke begitu ataupun itu OK? Ana cuma satu, Ya ALLAH kurniakan pemimpin kami hidayah ISLAM dan moga mereka mentadbir negara ini dengan ISLAM satu hari nanti. Dan Ya ALLAH, kurniakan hidayahMU kepada penulis ini, agar dia tidak berbuat sesuatu yang ENGKAU murkai.

Seterusnya:
Nampak, ana dah nampak ... anta ana rasa dah... anta ni juga termasuk dalam golongan forumers yang cenderung kepada politik Malaysia.
Cuma tak nampak sangat anta ni ada kecenderungan ke atas Parti PAS. Hmm,betul ke? Ke ana salah?? insya-ALLAH harap kita semua cenderung kepada ISLAM dan menyokong pertubuhan ISLAM.

Ana betul ke anti_alasan?? Andai salah, tolong jelaskan, tolong ya. Ana ni lemah dan dhoif, jika baca sekali rasa begitu pula. Jadi, risau kalau2, dforumers di sini menganggap kata-kata ana ni betul pula.

Jesteru, jelaskan kepada netters, ana rasa mereka akan cenderung kepada perkara yang lebih adil dan membuka minda mereka untuk terima kenyataan.

Ok, itu sahaja tulisan ana yang agak berbau politik. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, ana ada tulis di bawah. Sila betulkan jika salah.

1. Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi MUHAMMAD Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan para pejuang ISLAM seluruh zaman.


2. Motivasi (Bhg A): Kenapa wanita bukan ISLAM menganggap ISLAM menghalang hak mereka sebagai seorang manusia di dalam menerajui dunia???

Jika perempuan nak sangat keadilan dan nak sangat kesamaan dengan lelaki ...maka mereka boleh berbuat demikian. Sila kan. Wanita boleh masuk TV dan join mana-mana program TV dan buat apa sahaja yang mereka rasa sangat mampu untuk menyayingi lelaki. Silakan. Lagipun zaman moden macam ini tak pernah menghalang semua org dpd bersuka, berseronok mahupun melawan agama. So dunia masa kini membolehkan semua org untuk bersuara dan buat sesuka hati kita di bawah bumbung INI ADALAH HAK ASASI semua. memang ada kepentingan hak dikekalkan, tetapi jangan sampai mempersoalkan semua hak itu milik manusia semata2.

So, jikalau seorang wanita itu sudah melampaui batas fikiran seorang manusia, maka dia akan berfikir sprti org barat berfikir, 'SAYA MAHU HAK SAYA!!'...iaitu sehingga sanggup mempersoalkan hak wanita dalam ISLAM adalah sesuatu yang tak adil pada zaman moden ini .... Melampau tak?? ya melampau, tetapi kita sebagai Umat ISLAM perlu bijak menyelesaikan masalah ini.

Maka tugasan pertama untuk wanita jenis ini ialah:

Suruh lah mereka menjawat jawatan PERDANA MENTERI, atau pun tugasan seterusnya suruh wanita jenis ini berkahwin dengan 4 lelaki, ke-3 suruh wanita jenis ini cari nafkah. Ok cukup agaknya bagi 3 tugasan kat wanita jenis banyak cakap ni.
nak suruh buat kerja/tugasan lain ataupun memegang tanggungjawab yang selama ini telah ALLAHU RABBI perintahkan kepada lelaki rasanya dah memang tak boleh, kerana yang 3 tu pun dah gagal untuk dilaksanakan secara baik mahupun secara separuh baik.

Wahai sahabat ana:
ALLAHU RABBI tu tuhan kita. ALLAHU RABBI tu tuhan selruh alam, segala makhluk di bawah kawalan ALLAH Subhanahu Wata'ala (SWT).

ALLAH sangat tahu setiap kelemahan, kekurangan, kelebihan, kebaikan hamba-hambaNYA. dalam hati pun ALLAH tahu, apatah lagi yang melibatkan kudrat manusia??? Sekali ALLAH beri angin, manusia tergolek tak boleh tahan...apalagi jika nak lawan hal2 yang kecil dpd itu yang sedangkan ALLAH tahu siapa diri kita sampai bila2.
Allah juga tahu untuk meningkatkan martabat seseorang manusia. ALLAHU RABBI juga tahu bagaimana untuk menjatuhkan taraf hamba-hambaNYA dpd mulia sebagai manusia sehingga sehina-hina haiwan.
Bukan keana ALLAH tidak adil.
Jesteru, apabila ALLAHU RABBI tidak membenarkan seseorang wanita untuk buat sesuatu, dengar saja lah kerana ALLAH tahu tahap kita.

Tetapi manusia memang suka menentang. Itu yang jadi wanita (lelaki pun sama juga) mahu sangat menyerupai jantina yang berlawanan dengannya.

Alih2 kemampuan yang serba kekurangan itu digunakan dengan jalan yang langsung tidak betul .. Mohon perlindungan dpd pekara ini.

sebagai mengupas lebih lanjut hal ini:
Ambil saja contoh 'jika' Wanita dibenarkan kahwin 4.
Bila datangnya 'bulan', lelaki (suaminya yang 4 tu) nak buat apa???

Berpuasa?? Ok, puasa....katakan mereka berpuasa untuk menahan nafsu.

Tetapi lepas saja tempoh uzur syar'ie 'husbandnya itu' .... apa lelaki ke-4-4 itu nak?? 4-4 lelaki mahu hak batin mereka ditunaikan, apa akan jadi pada wanita tersebut yang beria-r.a nak hak wanita sama dengan lelaki???
Tak ke pening??

Katakan pula, lelaki 1, 2 , 3 dan 4 semua tu tak sabar mahu menimang cahaya mata iaitu anak lah kan.

Alhamdulillah si ''suami''nya beraya mengandung. So datang genap 9 bulan, beranak dengan selamat. Kemudia, pergilah 4-4 org suami tu check anak yang dilahirkan di hospital untuk mengetahui siapa bapa si anak tersebut. Last di dapati anak itu adalah anak suami yang no 2. Apa jadi dengan lelaki 1, 3 dan 4??? Berdiam diri saja ke??

Wah..makin pening wanita tersebut. Dia terpaksa nak mententeramkan lelaki yang 3 lai tu!! Senang ke susah?? Lelaki ad akal yang banyak bukan?? wanita dikurniakan nafsu yang banyak pula. Lelaki pandai cari helah, so macam mana wanita nak handle benda ni??
Hal begini pun dah tak termampu nak hadapi bukan???

Saksikan ... itulah kekuasaan ALLAHU RABBI. ALLAH sangat ADIL dan Allah Subhanahu Wata'ala (SWT) ini tak ada tolok bandingnya keadilan yang sudah diletakkan kepada semua manusia baik yang Muslim mahupun Non Muslim.
Ya ALLAH bantulah penulis ini dan tetapkan dia di jalan ISLAM.

Seterusnya:
Katakan wanita dpd golongan banyak cakap ni mahu menjadi PM pula.

Apa kata, kita sebagai rakyat negara 'C' perkenan memberi hak kepadanya untuk menjadi PM. Silakan jadi PM!

1. Fitrah seorang wanita aldh lemah lembut, sedih, pilu dll. memang lelaki pun ada semua tu, tetapi tahap kawalan lelaki masih Ok berbanding wanita. tenag lelaki jauh lebih banyak dibandingkan dengan tenaga wanita.

Mahu tak mahu, wanita tak boleh nak buang sikap kewanitaannya laki sekalipun mendesak 'haknya di dalam dunia ini'.

sebagai lelaki kita boleh kata: silakan, nak jadi macam lelaki? tunjukanlah.

yang peliknya, perkara asas untuk faham Kenapa ALLAH mempertanggungjawabkan lelaki dengan sesuatu kerja yang lebih berat pun wanita jenis golongan ni tak mahu terima. Mereka ni masih nak cuba buat.

Sebelum jadi PM pun datang 'bulan', apakah bila jadi PM tak datang 'bulan'??

tengok saja lah...belum pun datang 'bulan', wanita dah ada sikap sensitif, tegur sikit merajuk, terlalu sensitif jika terlambat sikit buat kerja dll. Buat pula menteri kabinet negara 'C' itu tadi terdiri dpd ramai lelaki.

Desakan yang datang bukan secara lemah lembut pun. Mereka akan desak mahu itu ini dll secara 'gangster' dan tak henti2, apa jadi dekat PM wanita kita tadi tu??

Menangis depan TV ke (cntohnya)?? Adakah seorang PM minta simpati dengan rakyat yang dipimpinnya??
Kriteria untuk menjadi PM semudah begitu kah??

2. Katakan lagi, negara ditimpa bala. PM wanita dah tentu tak tentu hala fikirannya. Kejap sedih, kejap dia marah sana marah sini. Kejap dia tak lalu makan dll.
Jikalau seorang PM menangis dan teriak tak berhenti2 di depan rakyatnya, apa boleh menyelesaikan masalah?? Apa boleh dia 'berikhtiar' mencari cara penyelesaian yang paling baik?
Apa boleh seorang PM bersikap begitu?? Alhamdulillah kita mendapat PM lelaki, bukan wanita. Andai tak, habis kita semua nak pujuk PM semula.

Contoh sebentar tadi bukanlah contoh yang diambil ketika wanita kedatangan haid saja. Tetapi cuba bayangkan pula bila dah datang 'bulan', ataupun sehari sebelum datangnya 'bulan' sehinggalah tamat???

3. Katakan pula wanita yang nak sangat keadilan kepada dirinya ini akhirnya berjaya menjadi PM, walaupun dia sedar, dia belum tentu boleh tahan ujian yang datang tetapi kerana nak 'juga' dia sanggup menggadaikan kelebihan yang telah tuhan kurniakan hanya kepada hambaNYA yang bergelar wanita??!!

Nak membimbing anak seramai 6-7 org boleh lagi lah. Tetapi bila nak kena 'jaga' 40juta penduduk negara 'C' tambahan pula mereka semua tiada 'talian darah/persaudaraan dengannya',apa akan terjadi??

Jika seorang anak yang sangat jahat sekalipun, akhir sekali si anak akan insaf dan mempunyai simpati terhdpibunya.

Tetapi jika yang jahat tu datang dpd 40juta rakyatnya, apa mungkin ada sedikit/secebis belas kasihan terhadap PM wanita mereka?? Can she handle it??? Susah tu.

4. Katakan datang pula ujian dalam bentuk peperangan/musuh cerobohi negara 'C'.

Andai lelaki insya-ALLAH dan Alhamdulillah bolehlah juga untuk mempertahankan negaranya (setakat angkat senjata berat tu mungkin NO hal....senjata tu kan ke berat??), apatah lagi jika lelaki ni nak jaga dirinya sendiri dpd di'ANIAYA' musuh. insya-ALLAH boleh punya.

Nota: (pertahankan negara ikut cara ISLAM ditambah ketaqwaan adalah cara sebenar),

2 kemungkinan jika lelaki mempertahankan negara dan dirinya:
a. Samda lelaki itu mati ataupun
b. lawannya itu terkorban.

Persoalannya, jika wanita lah berdepan dengan musuh dan musuhnya adalah lelaki, apa akan jadi dan siapa pula yang akan menang secara logiknya???

Lihat sajalah pada diri wanita. Dirinya terpaksa bergantung kepada lelaki, nak lawan pencuri pun tak boleh, apatah lagi nak lawan dengan 'musuh' negara??!!
Jika sekarang adalah masa paling genting untuk mempertahankan negara dan juga untuk mempertahankan dirinya, apa yang boleh si wanita itu selamatkan??!!! Wanita perlu sedar, keadilan ISLAM kepada wanita sebenarnya, bukan dengan mempersoalkan Kenapa dalam ISLAM wanita tak boleh buat itu..tak boleh buat ini. Salah tanggapan namanya tu!!! insya-ALLAH sedarlah wahai wanita. lelaki pun jangan lupa diri, sama-sama sedarlah. ALLAHU AKHBAR.


Ini semua logik pada akal yang boleh berfikir, logik ini adalah logik mudah Kenapa wanita bukan dipertanggungjawabkan ke atas semua kerja yang memang ALLAH (SWT) telah peruntukkan kepada lelaki!!!

Di barat, Human rights (betul ke eja ni?) sibuk sangat untuk memecahkan monopoli lelaki di dalam pelbagai hal. Sibuk sangat untuk meNYAMARATAKAN lelaki dan wanita.

Sehinggakan hak wanita berkahwin satu pun mula dipersoalkan.

Tidak lain, mereka (barat) ni berminat untuk menghina dan meng'hentam' ISLAM secara tak langsung tetapi jelas objektifnya.

Baling batu smbunyi tangan.Pandai betul.

Itulah sebabnya, wujudnya geng2 ISLAM PLURAL, ISLAM LIBERAL. Semua ni hasil anak didik barat.

Mereka yang dtang dpd Plural/Liberal ni lain tak bukan kerana tak mahu kata yang diri mereka TIDAK mahu ISLAM, tetapi cuba untuk mengatakan 'kami' mahu kepada ISLAM dan jalan terbaik mereka adalah dengan mem'perbaharui' tentang definasi dan syariat dalam ISLAM. Kononnya ... agar mendapat hak2 yang tak pernah diperuntukkan kepada mereka oleh ISLAM. Salah faham betul mereka ini.

Malah mereka ni sepatutnya studi dulu latar belakang barat dan studi sejarah ISLAM.

ALLAHU RABBI tu pencipta kita, dah tentu segala yang baik itu untuk kita juga dan segala yang tak baik dah lama ALLAHU RABBI suruh dan ajak kita tinggalkan. Cuma kita tak terima sepenuhnya. Kesiankan diri kita?? Moga ALLAHU RABBI kurniakan hidayah ISLAM kepada penulis. Makin tulis, makin datang ujian satu hari nanti, siapa tahu.


Ya ALLAH Ya Jabbar lindungilah penulis dan kurniakan dia petunjuk ISLAM.

insya-ALLAH

ALLAHU AKHBAR!!!


MAAF ZAHIR BATIN.


Wallahu'alam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Niya_Shahana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12349
Posting: 65
Dari: Kelate

venezuela  


posticon Posting pada: 09-01-07 09:54


Hmmm...Sebelum apa-apa, syumulkan diri dulu...kita tengok pada dasar setiap jemaah yang dibawa.. prktikalnye amat jarang berketepatan dengan dasarnya..tapi kita kena sama-sama ubah ! Tu tanggungjawab kita! Ni dok pintu luar, ngintai2- kritik tak sudah2..wallahua'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Niya_ShahanaProfil   Hantar PM kepada Niya_Shahana   Pergi ke Niya_Shahana's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 14:57


ana sokong dengan anta gezerg........

Takbir....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-07 17:54


Mereka yang berkata parti islam itu dan parti islam ini telah menggunakan agama untuk kepentingan politik sebenarnya insan yang berniat jahat dan busuk hati terhadap usaha pemulihan sistem politik dunia yang ketika ini tidak menjadikan agama sebagai pemagarnya...

Mengapa terlalu enggan untuk berkata,parti islam itu telah menggunakan politk/parti untuk agama...Mengapa tak kata begitu?Sebab mereka busuk hati!!"Fii qulubihim marad!!"


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 04:35


insya-ALLAh selepas ini kita dapat hayatilah peristiwa hijrah ini dengan sebaik-baiknya.
Ya ALLAH Ya Jabbar tetapkan hati penulis ini dengan ISLAM dan bantulah serta redhoilah dirinya. insya-ALLAH.


Kita mulakan penulisan ini dengan:

Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan Para pejuang ISLAM seluruh Zaman

Nota peringatan: Segala butiran penulisan ini adalah hasil perbincangan di dalam kuliah berdekatan surau di Perak. kupasan dibuat oleh pendakwah bebas di sini berkenaan tajuk Hijrah Nabi Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Di baah tajuk: Pengajaran dan PENGORBANAN yang sudah diLUPAkan!!!


Alhamdulillah ana yang dhoif lagi hina di sisi ALLAHU RABBI ini berpeluang beradi di majlis ilmu untuk membincangkan dan mendengari beberapa kupasan berkaitan Maal Hijrah ataupun Hijrah Seorang Rasul Mulia yang penuh HIKMAH lagi PENGAJAARAN.

3 Komponen yang ALLAHU RABBI tegaskan dalam Surah At Taubah ayat 20 mengarahkan kefahaman kita kepada penghijrahan Nabi, yang bermaksud:

'Sesungguhnya orang-orang yang berIMAN dan berHIJRAH serta berJIHAD pada jalan ALLAH dengan Harta Benda dan jiwa mereka adalah LEBIH Besar dan TINGGI darjatnya di sisi ALLAH (yakni daripada orang-orang yang hanya memberi Minum orang-orang HAJI dan orang-orang yang MEMAKMURKAN masjid sahaja) dan mereka ITULAH orang-orang yang BERJAYA'

Dalam ayat di atas, 3 komponen utama tersebut adalah:

a) AMANU (org yang BERIMAN)
b) WA JAHARU (dan YANG BERHIJRAH)
c) WA JAHADU (dan YANG BERJIHAD)


ke 3-3 nya bergantungan antara satu sama lain di dalam menjayakan Hijrah Rasullullah Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW).

Usah diceritakan dugaan yang dihadapi oleh Nabi sejak diMARTABAT dan diMASYURkan sebagai rasul pada waktu ini kerana kita semua sudah maklum sejak dibangku sekolah lagi.

Tetapi antara yang termasyur untuk diingati dan memotivasikan diri kita ... Sebelum berhijrah pun Nabi telah menempuh pelbagai dugaan dan halangan yang silih berganti, pendek kata kebanyakannya sungguh menyayat hati dan menarik perhatian kita untuk mengenali diri kita menginsafi diri kita yang tidak berbuat apa apa sangat untuk agama dan adalah bagaimana seorang Nabi Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) yang sangat MULIA di layan oleh kaum Baginda sendiri- golongan QURAISY, hambatan dan celaan terhadap dakwah Baginda yang datang daripada Abu Jahal tidak henti2, sehinggalah kepada bagaimana UQBAH Bin MUID berani menjirus najis unta ke atas belakang Nabi yang pada ketika itu Nabi sedang bersolat di hadapan Kaabah dsbgnya.


Pengajaran yang nampak daripada Hijrah Rasul ini, antara yang boleh disenarai pendek di sini:

1. Kepentingan Pembentukan sebuah Negara ISLAM dan kewujudan
    pemimpin DUNIA terunggul sepanjang zaman

2. Pengorbanan dan jihad yang sangat TINGGI

3. Pembentukan sebuah perpaduan yang sangat berjaya daripada aspek
    PRAKTIKAL dan TEORI iaitu antara Muhajirin dan Ansar

4. Perpaduan yang tidak ada tolok bandingnya demi menjaga maruah
    agama

5. Strategi dan Perlaksanaan yang 'AGUNG' sebelum Hijrah. Strategi dan
    perancangan yang paling TERBAIK di dalam sejarah manusia.
    Penggunaan kambing untuk menghilang kesan tapak kaki Baginda,
    Meletakkan saiyidina Ali di tempat tidur Baginda dll.

    Dalam erti kata lain, Baginda berhijrah bukan dengan membuta tuli
    ataupun kerana terdesak.

6. kereta'atan kepada ALLAH dengan tidak menggadaikan AQIDAH
    dan kemuliaan AGAMA walaupun sedikit

7. DLL yang perlu kita fikirkan dan kupaskan pengajarannya



Hikmah yang tersurat dan tersirat, antaranya:


1. Mendapatkan hak kuasa Umat ISLAM itu wajib memandangkan Umat ISLAM sudah terpesong jauh daripada aqidah sebenar.

2.Menjaga maruah, kesucian dan kedaulatan ISLAM hanya melalui
KUASA, yakni menang secara POLITIK (kerana kita tidak mahu
rusahan dsbgnya)

3. Menguasai dunia bukan bermakna kita bermaharajalela dan boleh
    menekan Umat Non Muslim. Islam mengajar cara yang paling ideal
    dan ADIL dalam menyelesaikan masalah manusia pelbagai
    kepercayaan.

4. AMALMAKRUF paling mudah dilaksanakan sekiranya kita kuasai
    sesebuah negara

5. Pengorbanan untuk agama adalah yang paling penting dan tinggi
    ganjarannya di sisi ALLAHU RABBI

6. Dan banyak lagi hikmah di sebalik Hijrah ini


Ulasan lain:

Melalui perbincangan dengan ustaz tersebut jugalah, dapat disumpulkan beberapa perkara untuk ana sampaikan di sini:

1. Umat ISLAM masa kini secara tidak langsung telah dipupuk untuk tidak memahami definasi HIJRAH dalam gaya yang sebenar.

Sebab itulah, kebanyakan dpd kita akan menjadikan cuti Maal Hijrah sebagai cuti untuk berehat. Sebab itu jugalah, kebanyakan dpd kita menjadikan Maal hijrah sebagai masa untuk ingat sirah dan melupakannya hari selepas itu. Juga ada segelintir dpd kita labgsung tidak dapat menjiwai kepentingan BERKORBAN dalam ISLAM. walaupun, hakikatnya masalah ini datang daripada diri kita juga, tetapi pada asasnya ia berpunca dpd KEGIATAN musuh ISLAM yang menyerang daripada dalam. Kewujudan Islam Liberal/Plural dan lain2 ini menambah buruk kan keadaan penhayatan UMAT ISLAM kepada sirah Nabi Junjungan Mulia Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) sepanjang zaman. Nampak tak???


Hijrah sebenar Nabi adalah untuk mendaulatkan AQIDAH dan kesucian ISLAM pada tempatnya semula. Nabi ingin mencari ketenangan dan kedamaian untuk ISLAM dan Umat Baginda pada setiap zaman. Jikalau lah Nabi mengabaikan perkara MENDAULATkan ISLAM ini, kemungkinan besar SIAPALAH KITA PADA WAKTU SEKARANG? APAKAH ISLAM akan tersebar dan menjadi TAMADUN yang Amat Menakjubkan? Jikalau lah Nabi mengabaikan perkara MENDAULATkan ISLAM ini, kemungkinan besar SIAPALAH KITA PADA WAKTU SEKARANG? APAKAH ISLAM akan tersebar dan menjadi TAMADUN yang Amat Menakjubkan?

Hijrah Nabi tidak lain tidak bukan semata2 untuk memenuhi kewajipan yang ALLAH perintahkan.

dengan memenuhi 3-Komponen tadi, rombongan Hijrah Baginda telah berjaya melahirkan rasa Ta'at. Bila adanya Ta'at kepada suruhan ALLAHU RABBI datang pula tasa taqwa dan keimanan.

1. AL QURAN dan AS SUNNAH menjadi panduan hidup dan perlembagaan negara Baginda.

Ini semua dapat menangkis apabila ada golongan tertentu yang berani mengatakan yang ISLAM TIDAK mampu menerajui negara apatah lagi dunia. Mungkin dia tersilap pandang agaknya??....

insya-ALLAH mereka ini akan tercengang dan tunduk malu di muka bumi ALLAH ini setelah mendapati ISLAM sahajalah dapat mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada perhambaan kepada semasa manusia, kebendaan dan kewujudan keadilan yang sama rata.

Nabi juga TIDAK lupa menunjukkan selok belok bagaimana mentadbir sesebuah negara. Yang menariknya di sini, Nabi menunjukkan cara untuk memuaskan hati (fitrah) manusia, membawa keadilan dan keamanan yang langsung tidak bercanggah dengan perintah ALLAH Subhanahu Wata'ala (SWT) baik zahir apatah lagi perkara yang syubahah.

Nabi juga sebenarnya memberi ISYARAT mudah, bagaimana caranya untuk BUAT kebaikan, bagaimana untuk menegakkan amal BAIK dan bagaimana untuk Laksanakan AMAL MAKRUF nahi MUNGKAR iaitu dengan mendirikan SEBUAH NEGARA (menguasai Politik)

Nabi juga menunjukkan dasar dakwah kita bukan hanya pada Dakwah secara Fardiyah saja (memang cara ini bagus dan praktikal) tetapi melupakan NIAT dan Kepentingan untuk kembali BERKUASA dan MENDAPATKAN semula KUASA demi mempertahankan serta menubuhkan NEGARA AQIDAH dan NEGARA maju ISLAM.
Dan intisari lain menerusi Hijrah Nabi ini ialah peringatan kepada semua pemerintah supaya menggunakan peluang atau kesempatan yang diberikan hanya untuk AGAMA dan Negara bukanlah untuk menjaga kepentingan peribadi, melanggar mana-mana perintah2 ALLAH, membiarkan AMAL MUNGKAR jadi sedikit kemudian buat Maaruf sedikit, menzalimi Non Muslim dsbgnya.

2. Siapa boleh beri jawapan yang Nabi mengasingkan agama di dalam pemerintahan POLITIK Baginda di Madinah?

Sepatutnya dpd awal lagi kita harus berfikir dan sedar... Nabi TIDAK pernah mengasingkan antara AGAMA dengan POLITIK ataupun mana-mana urusan DUNIA sewaktu masih di MEKAH mahupun semasa mentadbir Negara ISLAM Madinah.

Ini semua supaya politik yang wujud di dalam sesebuah negara adalah batas-batas dengan dikawal oleh agama sepenuhnya. Jika politik adalah luar dpd jangkauan atau pengaruh agama, maka politik tersebut akan mengikut hawa nafsu sesiapa yang mempunyai kuasa mentadbir negara seperti yang dilakukan oleh kamal Attartuk.

Persoalan seterusnya bagi yang masih kabur:
Apa mungkin untuk kita meng'ARAH'kan hampir 1 billion Umat ISLAM dan 1 bilion lagi Umat Non Muslim (yang berstatus dewasa, boleh berfikir) ... agar dapat tunduk dengan mudah dan mematuhi segala perintah ALLAH??? Apa mungkin dunia hari ini dapat mengelak penularan penyakit seperti AIDS atau penyakit kelamin lain hanya dengan MEMPRAKTIKkan susulan PHD orang-orang bijak di UNIVERSITI sahaja.... padahal tidak mahu kembali kepada Hukum ISLAM???

Dan jika kita masih menolak medium politik sebagai wadah mengembalikan ISLAM di dunia ini (ana bukannya datang dpd kalangan penyokong 'hizbut tahrir') apa mungkin untuk kita mengumpulkan tenaga di dalam menyayingi Umat Non Musliam yang sudah cukup advance mindanya dalam pelbagai bidang teknologi hari ini!!!???

APA MUNGKIN ada alasan LAIN untuk antum tetap mengenepikan kepentingan 'berpolitik' secara ISLAM di dalam mendaulatkan semula ISLAM selepas habis membaca nanti???

Jika kita memjawab TIDAK ADA ALASAN lagi untuk ana mengenepikan kepentingan berpolitik secara ISLAM, alhamdulillah selepas ini kita perlu menyokong politik dan mengkaji semua sirah Baginda Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) daripada A ke Z dan Z ke A semula.



Moga ALLAHU RABBI memberi petunjuk dan hidayah ISLAM kepada penulis. ALLAHU AKHBAR.


''Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu'alaikum penghormatan kepadanya." (AL-Ahzab: 56)




Hayatilah peristiwa hijrah ini sebaik-baiknya. Ya ALLAH Ya Jabbar tetapkan hati penulis dengan ISLAM dan bantulah dan redhoilah dirinya.

Hikmah yang sentiasa dikenang bila tidak kita korbankan diri kita pada ISLAM. ALLAHU RABBI ampunilah diri penulis. Amien Ya Rabbal 'alamien.


wallahu'alam bissowab
[ Telah diedit oleh: gezerg pada 11-01-07 21:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 06:05


Untuk LEBIH senang, baca ini PUN DAH MEMADAI:

Kita mulakan penulisan ini dengan:

Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan Para pejuang ISLAM seluruh Zaman




Menghayati sedikit daripada pengajaran yang banyak hasil pengHijrahan Nabi ke Madinah.


Yang kita nampak secara DIRECT, antara yang boleh disenarai pendek di sini:

1. Kepentingan Pembentukan sebuah Negara ISLAM dan kewujudan
pemimpin DUNIA terunggul sepanjang zaman

2. Pengorbanan dan jihad yang sangat TINGGI

3. Pembentukan sebuah perpaduan yang sangat berjaya daripada aspek
PRAKTIKAL dan TEORI iaitu antara Muhajirin dan Ansar

4. Perpaduan yang tidak ada tolok bandingnya demi menjaga maruah
agama

5. Strategi dan Perlaksanaan yang 'AGUNG' sebelum Hijrah. Strategi dan
perancangan yang paling TERBAIK di dalam sejarah manusia.
Penggunaan kambing untuk menghilang kesan tapak kaki Baginda,
Meletakkan saiyidina Ali di tempat tidur Baginda dll.

Dalam erti kata lain, Baginda berhijrah bukan dengan membuta tuli
ataupun kerana terdesak.

6. kereta'atan kepada ALLAH dengan tidak menggadaikan AQIDAH
dan kemuliaan AGAMA walaupun sedikit

7. DLL yang perlu kita fikirkan dan kupaskan pengajarannya



Hikmah yang tersurat dan tersirat, antaranya:


1. Mendapatkan hak kuasa Umat ISLAM itu wajib memandangkan Umat ISLAM sudah terpesong jauh daripada aqidah sebenar.

2.Menjaga maruah, kesucian dan kedaulatan ISLAM hanya melalui
KUASA, yakni menang secara POLITIK (kerana kita tidak mahu
rusahan dsbgnya)

3. Menguasai dunia bukan bermakna kita bermaharajalela dan boleh
menekan Umat Non Muslim. Islam mengajar cara yang paling ideal
dan ADIL dalam menyelesaikan masalah manusia pelbagai
kepercayaan.

4. AMALMAKRUF paling mudah dilaksanakan sekiranya kita kuasai
sesebuah negara

5. Pengorbanan untuk agama adalah yang paling penting dan tinggi
ganjarannya di sisi ALLAHU RABBI

6. Dan banyak lagi hikmah di sebalik Hijrah ini



Pengajarannya:
1. ISLAM dan Politik tak dapat dipisahkan.
2. Mewujudkan Negara ISLAM sebenar adalah wajib. Sementara masih ada kesempatan menerusi Demokrasi ini, kita wajib berpolitik
    secara ISLAM dan berusaha untuk kembali berkuasa
3. Mencontohi semua tauladan yang datang dari tubuh Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) sebagai petunjuk paling
    terbaik yang taida pada diri makhluk lain di muka bumi ini di dalam kita mentadbir dan 'manage' diri kita, keluarga, masyarakat serta
    negara.
4.Pelbagai lagi yang tersirat disebalik Hijrah nabi dan Sahabat ke Madinah



Moga ALLAHU RABBI memberi petunjuk dan hidayah ISLAM kepada penulis. ALLAHU AKHBAR.



"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu'alaikum penghormatan kepadanya." (AL-Ahzab: 56)


Wallahu'alam bissowab
[ Telah diedit oleh: gezerg pada 10-01-07 06:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-07 07:04


Apabila ada sesetengah yang mengatakan mengenai seseorang individu secara sakhsiyahnya dengan mengatakan: "si a atau si b mengatakan". Dan perkara yang dimaksudkan itu bertujuan menjatuhkan nilai peribadi (orang itu) maka perbuatan tersebut adalah haram.

Namun apabila & jika dia ingin menjelaskan kepada orang awam tentang kesilapan orang itu supaya ia tidak dipegangi atau untuk menjelaskan kedhaifannya pada ilmu supaya orang lain tidak tertipu dan tidak menerima pendapatnya maka hal seperti ini bukannya ghibah (mengumpat). Bahkan ianya adalah nasihat yang wajib dan diberi pahala atasnya.

-Imam AL-NAWAWI, al-Azkar; bab penjelasan tentang perkara yang penting berkaitan dengan al-Ghibah-

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-01-07 21:33


1. ISLAM dan Politik tak dapat dipisahkan.
2. Mewujudkan Negara ISLAM sebenar adalah wajib.
    Fikirkanlah...Sementara masih ada
    ruang menerusi Demokrasi ini, kita wajib berpolitik
    berasaskan ISLAM untuk kembali berkuasa
3. Mencontohi semua tauladan yang datang dari tubuh Mulia Nabi
    Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) sebagai petunjuk paling
    terbaik yang taida pada diri makhluk lain di muka bumi ini di dalam kita
    mentadbir dan 'manage' diri kita, keluarga, masyarakat serta
    negara.
4.Pelbagai lagi yang tersirat disebalik Hijrah nabi dan Sahabat ke Madinah



''Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu'alaikum penghormatan kepadanya." (AL-Ahzab: 56)




Hayatilah peristiwa hijrah ini sebaik-baiknya. Ya ALLAH Ya Jabbar tetapkan hati penulis dengan ISLAM dan bantulah dan redhoilah dirinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-01-07 22:18


Ini jawapan saya, kenapalah kita perlu membantu revolusi parti ataupun NGOs yang berkehendak kepada ISLAM:

Soalan 1: SIAPA KATA NABI mengasingkan POLITIK dan AGAMA mahupun hal dunia daripada agama??

Soalan 2: Jika anda masih fikir:
a) Politik tu tak payah lah ... tak perlu
b) Cukuplah bagi kami berdakwah dan jangan campur adukkan dengan politik ..

Soalan untuk b): Berapa ramai yang mampu buat kerja tersebut dalam waktu masyarakat masih terumbang ambing dan lemas dengan duniawi??

3. Jom baca tulisan ana yang masih lemah ini. bagi ana, anda cuba menolak salah satu sunnah Nabi di dalam mencari cara menegakkan ISLAM di muka bumi ALLAHU RABBI.


''Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu'alaikum penghormatan kepadanya." (AL-Ahzab: 56)

Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan Para pejuang ISLAM seluruh Zaman

Alhamdulillah ana yang dhoif lagi hina di sisi ALLAHU RABBI ini berpeluang beradi di majlis ilmu untuk membincangkan dan mendengari beberapa kupasan berkaitan Maal Hijrah ataupun Hijrah Seorang Rasul Mulia yang penuh HIKMAH lagi PENGAJAARAN.

3 Komponen yang ALLAHU RABBI tegaskan dalam Surah At Taubah ayat 20 mengarahkan kefahaman kita kepada penghijrahan Nabi, yang bermaksud:

'Sesungguhnya orang-orang yang berIMAN dan berHIJRAH serta berJIHAD pada jalan ALLAH dengan Harta Benda dan jiwa mereka adalah LEBIH Besar dan TINGGI darjatnya di sisi ALLAH (yakni daripada orang-orang yang hanya memberi Minum orang-orang HAJI dan orang-orang yang MEMAKMURKAN masjid sahaja) dan mereka ITULAH orang-orang yang BERJAYA'

Dalam ayat di atas, 3 komponen utama tersebut adalah:

a) AMANU (org yang BERIMAN)
b) WA JAHARU (dan YANG BERHIJRAH)
c) WA JAHADU (dan YANG BERJIHAD)

ke 3-3 nya bergantungan antara satu sama lain di dalam menjayakan Hijrah Rasullullah Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW).

Usah diceritakan dugaan yang dihadapi oleh Nabi sejak diMARTABAT dan diMASYURkan sebagai rasul pada waktu ini kerana kita semua sudah maklum sejak dibangku sekolah lagi.


Pengajaran yang nampak daripada Hijrah Rasul ini, antara yang boleh disenarai pendek di sini:

1. Kepentingan Pembentukan sebuah Negara ISLAM dan kewujudan
    pemimpin DUNIA terunggul sepanjang zaman

2. Pengorbanan dan jihad yang sangat TINGGI

3. Pembentukan sebuah perpaduan yang sangat berjaya daripada aspek
    PRAKTIKAL dan TEORI iaitu antara Muhajirin dan Ansar

4. Perpaduan yang tidak ada tolok bandingnya demi menjaga maruah
    agama

5. Strategi dan Perlaksanaan yang 'AGUNG' sebelum Hijrah. Strategi dan
    perancangan yang paling TERBAIK di dalam sejarah manusia.
    Penggunaan kambing untuk menghilang kesan tapak kaki Baginda,
    Meletakkan saiyidina Ali di tempat tidur Baginda dll.

    Dalam erti kata lain, Baginda berhijrah bukan dengan membuta tuli
    ataupun kerana terdesak.

6. kereta'atan kepada ALLAH dengan tidak menggadaikan AQIDAH
    dan kemuliaan AGAMA walaupun sedikit

7. Dll yang perlu kita fikirkan dan kupaskan pengajarannya



Hikmah yang tersurat dan tersirat, antaranya:

1. Mendapatkan hak kuasa Umat ISLAM itu wajib memandangkan Umat    
    ISLAM sudah terpesong jauh daripada aqidah sebenar.

2.Menjaga maruah, kesucian dan kedaulatan ISLAM hanya melalui
KUASA, yakni menang secara POLITIK (kerana kita tidak mahu
rusahan dsbgnya)

3. Menguasai dunia bukan bermakna kita bermaharajalela dan boleh
    menekan Umat Non Muslim. Islam mengajar cara yang paling ideal
    dan ADIL dalam menyelesaikan masalah manusia pelbagai
    kepercayaan.

4. AMAL MAKRUF paling mudah dilaksanakan sekiranya kita kuasai
    sesebuah negara

5. Pengorbanan untuk agama adalah yang paling penting dan tinggi
    ganjarannya di sisi ALLAHU RABBI

6. Dan banyak lagi hikmah di sebalik Hijrah ini


Ulasan lain:

1. Umat ISLAM masa kini secara tidak langsung telah dipupuk untuk tidak memahami definasi HIJRAH dalam gaya yang sebenar.

Sebab itulah, kebanyakan dpd kita akan menjadikan cuti Maal Hijrah sebagai cuti untuk berehat. Sebab itu jugalah, kebanyakan dpd kita menjadikan Maal hijrah sebagai masa untuk ingat sirah dan melupakannya hari selepas itu. Juga ada segelintir dpd kita labgsung tidak dapat menjiwai kepentingan BERKORBAN dalam ISLAM. walaupun, hakikatnya masalah ini datang daripada diri kita juga, tetapi pada asasnya ia berpunca dpd KEGIATAN musuh ISLAM yang menyerang daripada dalam. Kewujudan Islam Liberal/Plural dan lain2 ini menambah buruk kan keadaan penhayatan UMAT ISLAM kepada sirah Nabi Junjungan Mulia Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) sepanjang zaman. Nampak tak???


Hijrah sebenar Nabi adalah untuk mendaulatkan AQIDAH dan kesucian ISLAM pada tempatnya semula. Nabi ingin mencari ketenangan dan kedamaian untuk ISLAM dan Umat Baginda pada setiap zaman. Jikalau lah Nabi mengabaikan perkara MENDAULATkan ISLAM ini, kemungkinan besar SIAPALAH KITA PADA WAKTU SEKARANG? APAKAH ISLAM akan tersebar dan menjadi TAMADUN yang Amat Menakjubkan?

Jikalau lah Nabi mengabaikan perkara MENDAULATkan ISLAM ini, kemungkinan besar SIAPALAH KITA PADA WAKTU SEKARANG? APAKAH ISLAM akan tersebar dan menjadi TAMADUN yang Amat Menakjubkan?

Hijrah Nabi tidak lain tidak bukan semata2 untuk memenuhi kewajipan yang ALLAH perintahkan.

Dengan memenuhi 3-Komponen tadi, rombongan Hijrah Baginda telah berjaya melahirkan rasa Ta'at. Bila adanya Ta'at kepada suruhan ALLAHU RABBI datang pula rasa taqwa dan keimanan.

AL QURAN dan AS SUNNAH menjadi panduan hidup dan perlembagaan negara Baginda.

Ini semua dapat menangkis apabila ada golongan tertentu yang berani mengatakan yang ISLAM TIDAK mampu menerajui negara apatah lagi dunia. Mungkin dia tersilap pandang agaknya??....

Nabi juga TIDAK lupa menunjukkan kepada kita selok belok bagaimana mentadbir sesebuah negara. Yang menariknya di sini, Nabi menunjukkan cara untuk memuaskan hati (fitrah) manusia, membawa keadilan dan keamanan yang langsung tidak bercanggah dengan perintah ALLAH Subhanahu Wata'ala (SWT) baik zahir apatah lagi perkara yang syubahah.

Nabi juga sebenarnya memberi ISYARAT mudah, bagaimana caranya untuk BUAT kebaikan, bagaimana untuk menegakkan amal BAIK dan bagaimana untuk Laksanakan AMAL MAKRUF nahi MUNGKAR iaitu dengan mendirikan SEBUAH NEGARA (menguasai Politik)

Nabi juga menunjukkan dasar dakwah kita bukan hanya pada Dakwah secara Fardiyah saja (memang cara ini bagus dan praktikal) tetapi melupakan NIAT dan Kepentingan untuk kembali BERKUASA dan MENDAPATKAN semula KUASA demi mempertahankan serta menubuhkan NEGARA AQIDAH dan NEGARA maju ISLAM.

Dan intisari lain menerusi Hijrah Nabi ini ialah peringatan kepada semua pemerintah supaya menggunakan peluang atau kesempatan yang diberikan hanya untuk AGAMA dan Negara bukanlah untuk menjaga kepentingan peribadi, melanggar mana-mana perintah2 ALLAH, membiarkan AMAL MUNGKAR jadi sedikit kemudian buat Maaruf sedikit, menzalimi Non Muslim dsbgnya.

2. Siapa boleh beri jawapan yang Nabi mengasingkan agama di dalam pemerintahan POLITIK Baginda di Madinah?

Sepatutnya dpd awal lagi kita harus berfikir dan sedar... Nabi TIDAK pernah mengasingkan antara AGAMA dengan POLITIK ataupun mana-mana urusan DUNIA sewaktu masih di MEKAH mahupun semasa mentadbir Negara ISLAM Madinah.

Ini semua supaya politik yang wujud di dalam sesebuah negara adalah batas-batas dengan dikawal oleh agama sepenuhnya. Jika politik adalah luar dpd jangkauan atau pengaruh agama, maka politik tersebut akan mengikut hawa nafsu sesiapa yang mempunyai kuasa mentadbir negara seperti yang dilakukan oleh kamal Attartuk.

Jika kita memjawab ''TIDAK ADA ALASAN lagi untuk ana mengenepikan kepentingan berpolitik secara ISLAM'', alhamdulillah selepas ini kita perlu menyokong politik/NGOs yang berkehendak kepada Islam dan dalam mkasa yang sama rajin2 (cuba) mengkaji kesemua sirah Baginda Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW) daripada A ke Z dan dari Z ke A semula.



Moga ALLAHU RABBI memberi petunjuk dan hidayah ISLAM kepada penulis. ALLAHU AKHBAR.







Hayatilah peristiwa hijrah ini sebaik-baiknya.

Ya ALLAH Ya Jabbar tetapkan hati penulis dengan ISLAM dan bantulah dan redhoilah dirinya.

Hikmah yang sentiasa dikenang sebagai satu kerugian bila kita tidak korban masa harta mahupun jiwa ragai kita kepada ISLAM. ALLAHU RABBI ampunilah diri penulis. Amien Ya Rabbal 'alamien.


wallahu'alam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 11-01-07 23:03


Menolak proses pemilihan kepimpinan bererti juga menolak hukum-hukum yang ditetapkan Allah menerusi firmanNya "Alla hukmu Illa BilLah". Pelaksanaan hukum tidak dapat dilaksanakan kecuali melalui sistem pemerintahan yang mahu melaksanakan hukum Allah seperti hudud,qisas dan takzir.Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ketika melakukan perjanjian dengan yahudi untuk memerintah madinah.

Dakwaan untuk melakukan tarbiyyah dari dalam adalah sesuatu yang hampir mustahil dilakukan kerana sikap pemimpin-pemimpin semasa yang lebih menutamakan kepentingan dunia daripada akhirat.Lihat sahaja nasib berapa ramai ulama' yang ditendang apabila mengutarakan kebenaran yang bertentangan dan boleh merosakkan periuk nasi mereka.Lihat pula ulama' yang masih bertahan atau yang baru masuk parti apa yang boleh mereka lakukan selain melihat sahaja kerosakan berterusan yang dilakukan kerajaan.Ada tak yang berani nak suruh buat hukum hudud kalau tak dicop pas atau dibuang dari umno sedangkan pelaksanaan hukum Allah begitu besar tuntutannya dalam islam.oleh itu pas harus dipuji kerana berusaha kearah ini bukan setakat berserah kepada takdir tanpa usaha.

Secara zahirnya pulak apabila kita mempunyai kuasa dalam pemerintahan dakwah akan lebih berkesan melalui proses islah terhadap media-media yang merupakan aset terbesar untuk merosak akidah dan akhlak masyarakat.Program-program yang melalaikan dan merosakkan seperti konsert dan perjudian juga dapat dicegah kalau ada kuasa.

ringkasnya masyarakat yang baik adalah mereka yang mengikut GERAKAN YANG MAHU MENEGAKKAN AL-QURAN & ASSUNNAH YANG SEBENARNYA.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.BUKAN MENHADARIKAN ISLAM.(-:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 11-01-07 23:14


Dan apa yang ditegaskan mursyidul am pas kepada umno bahawa parti itu sanggup untuk menutup parti pas ini sekiranya Umno berkehedakkan kepada negara islam yang menjalankan hukum-hukum Allah di Malaysia.

Pas bukan menjadikan agama untuk dipolitikkan tapi agama yang SYUMUL itu sendiri adalah tuntutan yang harus dilaksanakan melalui proses kepimpinan. inilah yang menjadi wadah perjuangan pas selama ini.Kelemahan dalam sesebuah organisasi adalah perkara yang biasa terjadi tapi bukan lah alasan untuk tidak meneruskan perjuangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 00:38


Pada 07-01-07 23:58 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

apa yang saya maksudkan dengan MENYINDIR ialah MENYERANG PERIBADI org LAIN...itu yang saya maksudkan dengan MENYINDIR....
kalau nak berbeza pendapat boleh..tapi jangan sampai MENYINDIR=MENYERANG PERIBADI org LAIN
-sebab ada segelintir yang direct kata dia tali barut umno,agen umno..inilah yang dikatakan MENYINDIR/MENYERANG PERIBADI..


alahai sahabat..mengapalah ada orang tu TUDUH pas ini nak buat negara polis,dan macam-macam lagi lah tuduhan yang tidak berasas,,,tapi anak buah dia tetap saja membelanya..TAPI BILA ada BEBERAPA orang dalam PAS, menyidir dia balik..mulalah anak buah dia kata PAS ni..KUAT MENGUTUK,MENYINDIR,SERANG PERIBADI..

anatara individu dengan jemaah..seorang individu lebih cenderung untuk melakukan kesalahan berbanding dengan satu jemaah,kerana jemaah akan melalui perbincangan ramai orang,tapi individu dia hanya berbincang dengan diri dia saja..walaupun dalam jemaah tu ada yang buat silap,dia tidak dikira sebagai keputusan jemaah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 13:08


betul tu acok. hanya kata-kata Rasulullah saw sahaja yang boleh dipercayai, dibela dan disokong 100%. lain dr tu, mereka tetap manusia biasa yang ada sifat kekurangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 15:52


Dipetik daripada Artikel Friendster...

Assalaamu ’alaikum...

Ana Minta Maaf Kepada Rakan-Rakan PAS Di Dalam Friendster

Memang ana sudah jangkakan bahawa posting artikel yang bertajuk “PAS Bukan Pejuang Agama!!! PAS Menentang golongan Agama.” Bakal mengundang kontroversi dan respone yang hangat di kalangan rakan-rakan friendster.

Sebelum itu, PAS di dalam artikel ini dan artikel yang lepas tersebut adalah bermaksud kepada “kebanyakan pendokong PAS”. Bermaksud bukan ditujukan kepada semua pendokong PAS. Namun dilihat sebagai majoriti melalui penilaian terhadap lidah rasmi mereka (PAS) sendiri iaitu Harakah dan ceramah-ceramah mereka.

Secara jujur, artikel itu bukanlah nukilan ana. Ana hanya mengubah tajuk artikel tersebut lalu ana letakkan sebagai bulletin friendster. Dengan harapan ia bakal diteliti dan membawa kita sama-sama berfikir.

Sebagai manusia biasa, kita sewajarnya sedia maklum bahawa kita sentiasa terdedah kepada pelbagai kelemahan yang kemudiannya memungkinkan kesilapan. Dan kelemahan serta kesilapan sewajarnya mendapat teguran bagi tujuan pembaikan.

Saya kira sememangnya artikel tersebut bukanlah suatu bentuk teguran yang baik, namun dengan harapan dapat membawa kita lebih ‘alert’ kepada corak berfikir yang lebih rasional dan ilmiyah.

Seperti yang kita sedia maklum, PAS adalah satu parti pembangkang yang besar di Malaysia (dalam persoalan politik malaysia). Dan membawa agenda Islam sebagai dasar perjuangannya. Sewajarnya PAS lebih mudah ditegur berbanding UMNO kerana pada anggapan ana, mereka (PAS) memahami agama dengan lebih baik.

Namun ana agak sedih, kerana hakikatnya tidaklah begitu.

PAS seolah-olah tidak ada bezanya dengan UMNO sejak kebelakangan ini. Cuma mungkin dalam bentuk atau konsep yang agak berbeza.

Jika benar PAS menjadikan al-Qur’an, hadis dan para ulama sebagai dasar menilai Islam dan asas perjuangan, bagaimanakah agaknya PAS mentafsirkan al-qur’an, Hadis, dan pendapat ulama berikut ini:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab al-sunnah, m.s.: 507)

Firman Allah s.w.t.:

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83)

Pas seringkali mengambil tindakan mencaci pemerintah (pemimpin). Tidak bolehkah PAS mendahulukan menasihati pemerintah melalui dakwah yang berhikmah dan berlemah lembut?

Saya ambil contoh di dalam isu datin sri Rosmah... Tidak bolehkah PAS mendahulukan menegur dengan cara berjumpa beliau terus atau menghantar surat untuk menyatakan teguran? Kenapa perlu mengaibkan beliau terlebih dahulu? seolah-olah di sini PAS bukanlah bertindak sebagai pendakwah, tetapi PAS seolah-olah bertindak sebagai mengambil kesempatan di atas keburukan isteri seorang pemimpin untuk kepentingan ‘survival’ politik partinya. PAS sebenarnya hanya bertindak mengeruhkan lagi keadaan dan bukannya membaiki. Apa tujuan PAS berbuat demikian sebenarnya?

Sedangkan Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. untuk menegur Fir’aun yang kafir dengan lemah lembut. Kenapa kita tidak boleh menegur pemimpin yang beragama Islam dengan lemah lembut dan hikmah? Dan apakah ada fatwa daripada para ulama-ulama muktabar serta para imam mazhab supaya segera mencaci pemerintah dan memalukan pemerintah apabila mendapati mereka berlaku buruk? Malahan mereka (ulama) menyatakan tindakan melampau menghinakan pemerintah adalah sebagai perlakuan puak khawarij yang menyanggahi akhlak dan kaedah ahlussunnah. (betulkan ana jika tersilap kata).

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha: 43-44)

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.” (Ali ‘Imran: 159)

Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata:

“Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf.

Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.

Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.”

Dr. Soleh bin Fauzan berkata:

“Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan.”

Abu al-Haris ahmad bin Muhammad as-saigh berkata:

“Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari tindakan memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: ‘aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahkannya’.” (as-sunnah, Hlm.: 89. Hadis Riwayat abu Bakar al-Khallal dengan sanad yang sahih)

Dan di dalam isu yang seterusnya. Kebanyakan mereka yang taksub dengan PAS seolah-olah sedang bertindak memerangi seorang Mufti atas dasar kerana tidak bersetuju dengan fatwa-fatwa yang dikemukan oleh mufti tersebut. Dan mungkin juga kerana mufti tersebut beraliran (bermanhaj) Salaf-us-soleh dan duduk di medan (kelompok) pemerintah (seteru PAS). Lalu PAS menghentam mufti tersebut dengan pelbagai alasan pemikiran dan logika semata-mata (tanpa dalil). Sehingga sanggup meletakkan title ‘barua’ kepada Mufti tersebut. Di manakah akhlak kita sebagai pendakwah?

Lebih teruk, PAS menyatakan bahawa Mufti terbabit hanya suka menimbulkan isu-isu yang remeh temeh dalam agama dan masyarakat. Antaranya, menyentuh isu selipar nabi (yang kerapkali diiklankan di akhbar Harakah), isu Kayu kokka, isu Tahlil, isu Talqin, dan lain-lain lagi.

Hendak ana nyatakan di sini, isu itu semua bukannya isu yang remeh temeh sebenarnya. Isu yang ditimbulkan oleh Mufti Perlis tersebut adalah isu paling pokok dalam manhaj beragama, iaitu isu aqidah!!! Mempercayai kayu kokka mempunyai keajaiban dan mampu memberikan kuasa penyembuh kepada pelbagai penyakit (dengan mengambilnya sebagai cincin, gelang, tangkal, dan sebagainya) tanpa menghiraukan fakta saintifik dan dalil yang sebenar adalah suatu perbuatan yang syirik. Apatah lagi menjadikan kayu kokka sebagai penangkal (serta pendinding) dan dijual kepada umum secara terbuka. Bukankah syirik boleh membawa pengamalnya terkeluar dari aqidah Islam yang tulen? Isu inilah yang sangat perlu diperangi habis-habisan kerana menyentuh isu akidah. Bahkan dalam isu kayu kokka ini, benarkah ianya kayu yang digunakan Nabi Nuh a.s. sebagai material bahtera baginda? Juga benarkah ia adalah kayu tongkat Nabi Musa a.s.? Sudahlah syirik, mendustakan riwayat hadis pula!!!. Di mana prinsip kita? Jika benar ianya material bahtera dan tongkat nabi sekalipun, apa pula kaitannya dalam persoalan perubatan dan tangkal? Apa bukti sainstifiknya? Bukankah ini hanya menjatuhkan maruah Islam di medan ilmu dan teknologi moden masa kini?

Begitu juga di dalam isu selipar nabi yang seringkali diiklankan oleh akhbar Harakah milik PAS. Di manakah hadis yang menerangkan rupa, ciri, material (bahan), dan fadhilat selipar nabi berkenaan sehingga pernah diiklankan di televisyen bahawa pemakai selipar nabi itu boleh membawa ke syurga...? Jika tiada, bermakna sekali lagi antum berdusta atas nama Nabi demi keuntungan perniagaan!!! Bukankah ini isu yang paling besar dan asas dalam persoalan aqidah dan manhaj kita bergelar Muslim?

“Sesungguhnya berdusta atas nama Nabi adalah amat besar dosanya dan jauh lebih teruk berbanding berdusta dengan nama selain Nabi (orang lain).”

Begitu juga dengan isu tahlil dan talqin... Hadis dan huraian pengharamannya jelas!!!

Tidakkah antum semua (golongan PAS) tidak melihat sendiri Tuan Guru antum iaitu tuan guru Nik Abdul Aziz juga tidak mengamalkan talqin dan tahlil??? (Betulkan ana jika tersilap fakta). Di manakah fatwa Nik Aziz dalam soal ini kepada semua ahli PAS sekurang-kurangnya.. (jika tidak kepada masyarakat seluruh negara). Kenapa tidak mahu menyampaikan ulasan (ilmu) berkenaan perkara ini? (Ana rasa Nik Aziz pernah mengulas isu ini, namun tidak pernah diambil peduli oleh sebahagian golongan PAS yang lain kerana sibuk mencari kesalahan pemerintah untuk dijadikan modal berceramah).

PAS sewajarnya tidak perlu menumpukan kepada siapa yang berkata... lihatlah apa yang dikata. Jika benar, nyatakan ianya sebagai benar. Biarlah Mufti Perlis itu bertindak kepada isu yang lain (yang tidak dilakukan PAS), dan Pas dalam isu yang lain. Antara mereka (PAS dan Mufti) tidak perlu ada sifat ingin bermusuh sebenarnya... malah perlu bersikap bersatu sesama Muslim atas dasar yang sihat melalui aqidah yang sahih. Dan sama-sama membina kesatuan serta pembaikan dalam dunia dakwah ini.

Tinggalkanlah sifat suka mencaci dan buruk sangka kerana ia bukanlah sikap sebenar seorang Muslim yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah. Ianya hanya memberi gambaran yang buruk di dalam masyarakat Islam. Apatah lagi kita sentiasa diperhatikan oleh golongan non-Muslim dan mereka yang ingin mengenali Islam.

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (an-Nuur: 19)

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (49: 11-12)

“Apabila seseorang berkata (menuduh) kepada saudaranya: Wahai Si Kafir! Maka sesungguhnya perkataan itu akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Sekiranya orang itu tidak layak disebut kafir maka perkataan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Adab, Hadis no.: 5639. Hadis riwayat Muslim, no.: 91. Hadis Riwayat Tirmidzi, Hadis no.: 2561)

Haram melaknat orang Islam, tidak kira siapa dan apa darjat dan kedudukannya. Melaknat orang Islam samalah seperti membunuhnya. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Melaknat orang mukmin samalah seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Bukhari 4/99, hadis no.: 5640. Hadis Riwayat Ahmad, jld. 4/33)

Tanda orang fasik yang keji akhlaknya ialah mereka suka mencari-cari kesalahan orang Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

“Memaki-hamun seseorang muslim itu adalah fasik dan membunuhnya adalah kufur.” (Hadis Riwayat Bukhari 1/32 n0.: 46. Hadis Riwayat Muslim 1/81, no.: 97)

“Sudah memadai seseorang itu dianggap keji apabila dia menghina (memalukan) saudaranya yang Muslim.” (Hadis Riwayat Muslim, no.: 4650)

Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah berkata:

“Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka.” (Zahiratu Tabdi’ wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, bab 7)

PAS adalah suatu organisasi yang besar dan tua sewajarnya mampu bertindak dengan lebih matang. Apatah lagi membabitkan dalam isu aqidah dan akhlak.

Jika mereka seringkali menghentam UMNO sebagai zalim, mungkar dan sebagainya sehingga ada (daripada kalangan PAS) yang mengatakan kafir... jadi, di manakah pendirian PAS terhadap kesilapan mereka sendiri yang memababitkan persoalan aqidah dan persoalan syirik? Di manakah ulama PAS dalam menasihati para pengikutnya yang melampai batas?

Apakah hanya kesilapan kerajaan (pemerintah) sahaja yang perlu kita tegur... Bagaimana dengan kesilapan sendiri? Bagaimana diri ana, enta, anti, antum...

Maafkan diri ini andainya mengguriskan sahabat-sahabat dakwah di sana;
11-01-2007

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 18:07


Pada 12-01-07 15:52 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!



Sebelum itu, PAS di dalam artikel ini dan artikel yang lepas tersebut adalah bermaksud kepada “kebanyakan pendokong PAS”. Bermaksud bukan ditujukan kepada semua pendokong PAS. Namun dilihat sebagai majoriti melalui penilaian terhadap lidah rasmi mereka (PAS) sendiri iaitu Harakah dan ceramah-ceramah mereka.


maaf lah sahabat,awal2 lagi artikel ni dah menunjukkan BURUK SANGKA kepada PAS,sepatutnya penulis kenalah lihat diri sendiri,tuduh org lain suka hati saja...

tuduhan ini langsung tidak mengandungi fakta...kamu dapat dari mana bilangan ahli pas yang kamu katakan "kebanyakan pendokong pas" ni???dia dah kira ke bilangan ahli pas???dia dah kira ke berapa ramai ahli pas yang tak betul???kamu dah kenal ke hati budi setiap ahli pas di malaysia ni??kamu dah pernah ke mendengar ceramah dari setiap ahli pas di malaysia ni??

jangan lah nak tafsir suka hati.....jangan jadi org yang memburukkan jemaah lain dengan menilai kepada kawan dia saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 18:16


Pada 12-01-07 15:52 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!



Jika mereka seringkali menghentam UMNO sebagai zalim, mungkar dan sebagainya sehingga ada (daripada kalangan PAS) yang mengatakan kafir... jadi, di manakah pendirian PAS terhadap kesilapan mereka sendiri yang memababitkan persoalan aqidah dan persoalan syirik? Di manakah ulama PAS dalam menasihati para pengikutnya yang melampai batas?


persoalan yang sama..Dimana mufti perlis dalam menasihati menteri besar supaya menutup kedai judi dan arak di perlis???

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 18:24


Pada 12-01-07 15:52 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!



Tinggalkanlah sifat suka mencaci dan buruk sangka kerana ia bukanlah sikap sebenar seorang Muslim yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah. Ianya hanya memberi gambaran yang buruk di dalam masyarakat Islam. Apatah lagi kita sentiasa diperhatikan oleh golongan non-Muslim dan mereka yang ingin mengenali Islam.

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (an-Nuur: 19)


alahai..lain kali nasihat lah juga pada seseorang tu yang kata jika pas memerintah akan jadi negara polis,kata pas ni politik tanpa prinsip,dan sebagainya..

dia kan pakar agama,...Kenapa lah dia buat tuduhan semborono..

dalam pas ni bukan semua pakar agama,tulah ada yang buat tuduhan semborono..

DIMANA KAMU DALAM MENASIHATI org YANG PAKAR AGAMA yang suka tuduh JEMAAH lain sesuka hati dia saja???

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-01-07 18:58


POLITIK PERLU DI AGAMAKAN

tapi BUKAN AGAMA DIPOLITIKAN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-01-07 01:21


tepat sekali kata-kata saudara muhamad_azrul86.

kena bezakan antara menggunakan politik untuk tujuan agama, dengan menggunakan agama untuk tujuan politik. jangan pisahkan antara politik dan agama jika anda taknak terjerat dalam fahaman sekularisme. saya harap Dr. Asri dan pengikut2 beliau tidak mudah terpengaruh dengan fahaman sekularisme yang jelas bertentangan dengan Islam.

contoh yang paling dekat adalah satu parti politik sekular di Malaysia memperkenalkan "Islam hadhari" untuk meraih undi, sedangkan pelaksanaannya sangatlah hampeh. itulah dia menggunakan agama untuk tujuan politik!

sedangkan tertubuhnya Pas adalah kerana tidak bersetuju dengan dasar2 sekular negara ini terutama parti Umno, ia ditubuhkan semata2 untuk memperjuangkan Islam, inilah dia contoh menggunakan saluran politik untuk tujuan agama!

ke adakat sini orang yang nak bangkang ke bahawa politik itu memang wujud dalam Islam?

dalam Islam, kita ada konsep al-siyasah al-Islamiyyah/al-siyasah al-syar`iyyah, bukan Islam siyasi (fahaman liberal) sebagaimana kita juga ada al-hadharah al-Islamiyyah, bukan Islam hadhari.

AGAMA DICAMPURI URUSAN PARTI & POLITIK? dalam Islam memang ada politik, Nabi juga seorang tokoh politik, so what?

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 13-01-07 01:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-07 13:00


jangan jadi liberalisme, sekulerisme, atau asrilesme.......
kita pengang pada islam....

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu."
al-baqarah 208

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13231 saat. Lajunya....