Oleh |
Mari Kongsi Resepi Sarapan |
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 03-01-07 21:33
assalamualaikum.. ok rakan-rakan, haraplah ada yang sudi sumbang menyumbang resepi sarapan, resepi yang mudah, sekejap di masak, serte mudah didapati bahan2nye. iyelah, ramai rakan-rakan kita ni ada yang duduk rumah sewe, lepas itu baru kerja, gaji belum dapat, ekonomi tak stabil, tapi walau apapun, kesihatan mesti diutamekan. kan. ? so sini saya kongsi resepi saya. sandwich coklat. bahan2: roti sandwich mentega rice chocolate - ganti dengan milo pun boleh peti sejuk mula-mula sapukan mentega di atas roti, kendian taburkan serbuk coklat, lepas itu letak dalam peti sejuk. esok pagi dah boleh makan. makan mentega sejuk memang asyik, saya suka. resepi ni ada gule dari serbuk coklat, gule sumber tenage segere, coklat membekalkan habe, karbohidrat daripade roti, pun sumber tenage. memang sesuai untuk sarapan. ok !!! ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 03-01-07 21:56
Telor mentah bercampur madu... pecahkan telor masukkan ke dalam cawan, kacau kemudian masukkan madu... selawat dan minum... kemudian minum air suam...
|
solehah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.12.2006 Ahli No: 27962
Posting: 90
Dari: egypt
|
Posting pada: 03-01-07 22:00
salam.. siapa yang nak awet muda... syaratnya sebelum tidur mesti gosok gigi.. bangun tidor terus minum air putih tanpa gosok gigi diiringi selawat.. amalkan selalu..
|
Ad-deen
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15199
Posting: 75
Dari: Wara' Syabrawi
|
Posting pada: 15-01-07 02:09
Pada 03-01-07 22:00 , solehah86 posting:!!! QUOTE !!! salam.. siapa yang nak awet muda... syaratnya sebelum tidur mesti gosok gigi.. bangun tidor terus minum air putih tanpa gosok gigi diiringi selawat.. amalkan selalu.. Salam.. ehh..ini sarapan ke..? (macam sedap, makanan di celah gigi diproses semula untuk sarapan pagi,....boleh cuba)  [ Telah diedit oleh: Ad-deen pada 15-01-07 02:10 ]
|
Ad-deen
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15199
Posting: 75
Dari: Wara' Syabrawi
|
Posting pada: 15-01-07 02:18
sambung.. hrmm..Kalau pagi, makanan tak perlu berat-berat.. sekadar isi perut agar tidak kosong, untuk mengelakkan gestrik..kemudian makan semula pada waktu tengahari..waktu ini baru lah makan yang berat2 sikit..nasi ka.. setakat roti dengan air tu dah mencukupi.. Nabi makan kurma saja dan roti saja.. Kalau tak ada dia puasa.. kasihan baginda.. k, kepada sahabat2 nyatakan resepi Sarapan anda.. yang mudah, murah lagi berpatutan sehingga menjilat jari tak begitu alifmimyanun? wassalam..
|
solehah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.12.2006 Ahli No: 27962
Posting: 90
Dari: egypt
|
Posting pada: 15-01-07 02:20
salam... itu amalan awet muda saja lah...
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 15-01-07 02:58
sarapan budak kaed yang tak sempat... roti.. choki2.. buat corak2.. ngap.. Bismillah dulu ek.. nikmat..
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 15-01-07 07:28
hmm... Roti cicah dengan air soya.. Sedap dan Mengenyangkan !!!
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 15-01-07 09:00
british style...memang sedap...& mengenyangkan omelette sausage (fried) toasted bread (whole bread) + (with butter) baked bean cofee / english breakfast tea (with honey) sebelum makan baca bismillah, dah makan alhamdulillah...insyaAllah berkat
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 15-01-07 09:09
salam.. bancuh air milo,rendam biskut cream cracker sampai lembut,lepas tu makan macam bubur..memang nikmat..hebat betul zat Allah,beri sedap pada makanan...
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 15-01-07 22:13
saya sebenarnya sangat suka roti sebagai sarapan, tapi takkan nak makan roti canai hari2, so kita buat roti telur, begini , ambil roti buku, celupkan dalam telur yang sudah dikacau, kendian goreng. makan lah dengan sos.
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 17-01-07 20:05
Pada 15-01-07 02:09 , Ad-deen posting:!!! QUOTE !!!
Salam.. ehh..ini sarapan ke..?
(macam sedap, makanan di celah gigi diproses semula untuk sarapan pagi,....boleh cuba) 
salam... ni musti ad-deen selalu buat ni... sebab tu boleh gambarkan ek... sarapan pagi kalau kat hostel roti (putih/ijo)+ nutella + vico @ roti coklat gardenia yang rm0.50 tak pun biskut cream cracker yang dalam bungkusan keecik2 tu, makan dalam lecture hall sambil dengar lecture.. (kes bangun lambat )
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 17-01-07 20:18
Resepi: Milo Berpusing Dalam Cawan Didihkan air, Masukkan air yang mendidih dalam cawan, Masukkan milo "3 in 1" dalam cawan tadi, Kacau millo tadi menggunakan sudu, Kacau mengikut gaya masing-masing, Siap!! Kita boleh tengok air milo tu berpusing-pusing!! Cepat ,mudah dan ringkas. Itulah resepi saya minggu ini, semoga berjumpa lagi di lain waktu..byee.. Saya telah mencubanya, anda, bila lagi??  ----------------- Hiasi Peribadi.... [ Telah diedit oleh: mechelmine pada 17-01-07 20:20 ]
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 18-01-07 18:54
Pada 15-01-07 09:00 , drzul-f posting:!!! QUOTE !!!
toasted bread (whole bread) + (with butter) baked bean
sebelum makan baca bismillah, dah makan alhamdulillah...insyaAllah berkat
yup! ana sokong. sedap. tambah lagi cereal + susu----------------- Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
|
Mutiara
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10684
Posting: 47
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-01-07 19:00
 ... Untuk sarapan pagi, biasanya saya minum susu. Sebelum minum susu lebih elok dimulakan dengan sesudu madu asli. S Susu dapat membekalkan zat yang cukup untuk badan manakala madu dapat membekalkan tenaga secara cepat kerana kandungan tenaga di dalamnya telah dicernakan dalam bentuk yang ringkas.
|
fathiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.11.2005 Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9
|
Posting pada: 18-01-07 19:39
Pada 03-01-07 21:56 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Telor mentah bercampur madu...
pecahkan telor masukkan ke dalam cawan, kacau kemudian masukkan madu... selawat dan minum... kemudian minum air suam... ni macam resepi nak jaga suara saja..ehehe..pernah buat ni  -----------------
|
miss_athirah
Warga Rasmi Menyertai: 29.05.2008 Ahli No: 33573
Posting: 9
Dari: kelantan
|
Posting pada: 20-06-08 00:42
sarapan pagi saya pulak: milo + roti atau susu segar (rasa vanilla) + oat jangan lupa sarapan sangat penting sebab nak bagi tenaga... so. jangan lupa ambil sarapan anda...
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 26-10-08 12:22
sarapan saya milo + roti gardenia...celup roti dan makan..sedap..
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 26-10-08 12:36
saya tak sempat sarapan pagi.. tapi lepas bangun tidur before masuk toilet saya teguk secawan air kosong kol 9 ke 10 nanti p cafe.. jamak makan sarapan dan lunch..huhu
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 26-10-08 17:58
cayalah syemarly...ok lah tu janji sarapan dan perut tak kosong..huhuhu
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 26-10-08 18:56
Pada 17-01-07 20:18 , mechelmine posting:!!! QUOTE !!! Resepi: Milo Berpusing Dalam Cawan
Didihkan air, Masukkan air yang mendidih dalam cawan, Masukkan milo "3 in 1" dalam cawan tadi, Kacau millo tadi menggunakan sudu, Kacau mengikut gaya masing-masing, Siap!!
Kita boleh tengok air milo tu berpusing-pusing!! Cepat ,mudah dan ringkas. Itulah resepi saya minggu ini, semoga berjumpa lagi di lain waktu..byee..
Saya telah mencubanya, anda, bila lagi?? 
ni pun boleh jadi resepi ke.. tengok tajuk punyala teruja.. tak puas hati btoll.. selalu buat nescafe berpusing dalam cawan.. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
mujahadah_solehah
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.10.2008 Ahli No: 35601
Posting: 49
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 26-10-08 19:21
salamualaikum... sarapan pagi saya pulak kopi radix + roti adnan(hanya boleh didapati di cafe KTHO ukm) = roti cicah kopi radix. masa yang diperlukan untuk penyediaan srpn hylah kurang dr 5minit..selamat mencuba. sedap dimakan dan diminum begitu saja...hik2.dok kampus biasalah.kena berjimat cermat, ingatlah poket tersayang. ..lagi-lagi hujung sem.. p/s- pastikan kalau kita kacau air..mesti ikut arah lawan jam. sunnah... -pembeli setia kopi radix dikeluarkan oleh HPA..pastikan halal baru beli-
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 28-10-08 16:25
erm,semalam ada permintaan minta dimasakkan nasik lemak untuk sarapan..so,pagi tadi pukul 5 dah bangun sedia bahan2 dan masak..sarapan kelmarin masak mee goreng.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 28-10-08 20:39
Wawa jenis heavy breakfast... Wawa sgp bangun awal pagi kalau lapar semata-mata untuk sarapan .. kalau tak, kat tempat kerja mesti menggelupur ... Ehek..!! Staf at Ofis siap mentioned yang dalam perut Wawa ni ada anaconda sebab memang Wawa heavy breakfast ...  tapi ALHAMDULILLAH, Wawa bukan kaki tidur .. tak pernah tidur kat Ofis ISO ambil heavy breakfast .. (Nasi lemak , Milo, Bihun grg, nasi grg ETC)
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 04-11-08 12:14
saya tak kisah tapi kadang-kadang kalau pagi buat oat + milo atau anlene perisa coklat.atau milo cicah dengan biskut saja...kalau tak ada ape22 air kosong saja lah dengan gula2 sebiji.kalau d duit lebih pagi2 dah makan nasi(tapi bukan nasi lemak)
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 04-11-08 12:22
pagi memang jarang nak bancuh air panas.. pagi2 pun minum sejuk.. so kalau breakfast saya just ambil air masak saja lepas itu makan roti kat opis.. roti kosong pun jadi..
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 04-11-08 12:26
erm, pagi tadi masak ni.. sapa nak cuba bolehlah..  PADPRIK CAMPUR Bahan-bahannya: 4 ulas bawang merah- ditumbuk 1 biji bawang putih- ditumbuk 1 biji bawang besar- dihiris bulat 3 sudu besar cili yang telah dikisar 2 sudu besar sos tiram Sedikit sos soya Garam dan gula secukup rasa 5 ekor udang Beberapa potongan ayam Lobak- dipotong memanjang Kacang panjang Bunga kobis Beberapa helai daun limau Cara-cara membuatnya: 1) . Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga naik bau wangi, 2) . Campurkan cili yang telah dikisar dan goreng sehingga garing, 3) . Kemudian, campurkan sos tiram dan sos soya, 4) . Masukkan lobak yang telah dipotong dan gaulkan sehingga lobak menjadi lembut, 5) . Selepas itu, masukkan ayam dan sayur-sayuran (kacang panjang, bunga kobis), 6) . Kemudian, masukkan udang dan daun limau, 7) . Seterusnya, masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat, 8) . Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa, 9) . Sedia untuk dihidang bersama nasi putih. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
ladylolida_aina
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2008 Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-11-08 13:50
tak tau nak bagi resepi apa lah.... tapi nak cerita pengalaman jeler. masa zaman student, breakfast Maggi, lunch pun Maggi, dinner pun Maggi. masa zaman bujang baru bekerja braekfast makan quaker oat, lunch makan nasi dengan sardin, dinner Maggi (jimat duit) sekarang dah kahwin breakfast nasi tumis, nasi lemak, dan macam-macam lagi makanan berat lah. lunch biasalah makan nasi. makan petang mesti ada jemput2 atau lempeng cicah dengan sambal tumis. mlm makan nasi lagi... 'Bersyukur atas setiap nikmat yang tuhan berikan'
|
nazliahnazeer
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34872
Posting: 56
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-11-08 13:52
sarapan hari2.. -kopi radix + cereal radix (mix kedua-duanya ok) -ambil roti sapu jem/butter/kaya/apa-apa yang lain -roti tu lipat dua then celup dalam mix kopi+cereal hehehe
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 05-11-08 16:18
erk...kak sufti ni bagi wesipi lanc ni.. wesipi sawapan saya... woti gadenia cecah ayo wadix... tapi, susah no nak breakfast ni..aduih..
|
pulu
WARGA SETIA Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo
|
Posting pada: 10-11-08 14:56
nasi semalam digoreng, campur garam dan bumbu ayam, kecap, saos, ada sisa ikan dicuil-cuil campur merata, goreng yang cukup, lalu seduh teh manis hmmm... makan... enak tanpa mubazir buang-buang makanan. Betapa banyak orang-orang yang tidak mampu mengukur diri hingga membuang-buang makanan. Sedangkan masih banyak orang kelaparan di dunia ini.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 10-11-08 15:06
sarapan pagi yang mudah dan enak: ROTI TELUR BERMADU Bahan-bahanya 1) Roti Gardenia (ikut suka atilah nak berapa keping) 2) Telur 3)sedikit madu 4)sedikit gula (ikut citarasa anda) cara membuatnya 1)Mula-mula pecahkan telur pukul bersama madu dan gula..tak perulah sampai kembang..agak-agak saja 2)Selepas itu,sapu telur tersebut keatas kedua-dua belah permukaan roti.. 3)panaskan kuali (seelok2nya kulai yang bulat dan leper),goreng roti tersebut tanpa minyak..bila dah tengok kekuningan angkat then dah siap untuk di makan.. Mudah dan senang..tak sampai 5minit pun boleh siap..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 10-11-08 15:48
resepi sarapan sarapan yang saya nak kongsi adalah biskut cream crakers . yang paling glamor cap hwa tai dengan hup seng. itulah makanan ruji saya masa 5 tahun duduk sekolah asrama dulu.balik prep kalau dah kebulur, terasa nikmat sungguh. Kalau bulan puasa, letak kurma, mak aih sedapnya. Kenapa ini resepi yang saya nak kongsi? Pasal dulu saya ingat saya beli sepek cuma 2ringgit saja, paling mahal pun RM2.50. Semalam saya tengok di kedai terkejut saya, RM3.70. mahalnya...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 22-11-08 18:33
Roti bawang white pepper Bahan1. roti gardenia 2. flavoured pepper AJI-SHIO 3. bawang besar di potong halus 4. marjerin daisy TANPA KOLESTEROL Cara membuatnya 1. sapukan marjerin dan taburkan bawang yang di cincang pada roti 2 renjiskan AJI-SHIO 3. Dan bakar lah guna toaster.....kalau guna kuali nanti tak jadi lah... selamat mencuba...  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 22-11-08 18:56
Lempeng Simple Bahan-bahan * Tepung Gandum Setengah Kilo * Air secukupnya * sedikit garam * untuk kuah nya pulak * 1 tin kecik sardin * 5-7 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) * 1 biji bawang besar * 2 ulas bawang putih * sedikit garam dan gula Cara-cara # Tepung gandum digaul dengan air sehingga menjadi tidak terlalu cair atau pekat # Masukkan sedikit garam (ikut suka) # Ratakan minyak masak di dalam kuali supaya tidak melekat # kemudian ambil sesenduk tepung yang telah siap digaul tadi dan ratakan di atas kuali # Balikkkan lempeng tadi dan boleh mulakan yang seterusnya. # Untuk kuahnyer pulak, # cili kering, bawang besar dan bawang putih di kisar sekali dan tumiskan di dalam kuali dengan sedikit minyak # Isi sardin tadi perlu dikisar atau ditumbuk lumat (untuk senang, blender saja) # setelah bahan yang ditumis tadi naik bau dan agak kering masukkan sardin yang telah dikisar tadi # masukkan sedikit garam dan gula sebagai perisa # Kacau sehingga kuah agak pekat # untuk hiasan boleh taburkan bawang goreng dan sedikit cili masak (yang dah hiris) # Lempeng sedia untuk dimakan, sedap... cubalah rasa ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 22-11-08 18:58
saya selalu minum susu campur madu.. sedap.. buat apa-apa air pun better campur madu daripada gula tapi madu asli lah p/s : minum susu tanbah madu sebelum tidur dan waktu breakfast  -----------------
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 22-11-08 19:20
 ni dia gambar nya........bukan apa nak bagi semangat siket...  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Maricella
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 22-11-08 21:22
pagi2 memang buat air teh o panas....nasi lemak 2 bungkus ok saja..  ----------------- Cinta dunia ibarat madu yang beracun, cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 23-11-08 14:31
pagi2, makan 2 keping roti dengan cheese pun best..,. lebih-lebih lagi, ada susu segar secawan.. dah kenyang.... alhamdulillah
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 23-11-08 21:33
Pada 03-01-07 21:56 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Telor mentah bercampur madu...
pecahkan telor masukkan ke dalam cawan, kacau kemudian masukkan madu... selawat dan minum... kemudian minum air suam... erm... apa rasanya ye??  ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 24-11-08 00:09
rsepi dari makanan yang dah masuk angin 1- milo goreng bahan2 ketulan milo yang dah masuk angin(yang elok pun ok) susu pekat air suam minyak masak cara-cara: campur milotadi dengan susu & aedikit air suam. kepal2kan goreng dalam minyak panas sebentar. rasa macam koko krunch. tapi sendiri 'made' 2- kek biskut kering bahan2 -biskut keping yang dah masuk angin -susu pekat -mentega dicairkan(setakat untuk 'melekat biskut dengan buah campur) -milo atau coklat masakan -buah kering campuran(tak ada pun ok) cara-cara: biskut dipecah2 dan disusun berselang dengan buah campur(susun lah ikut suka corak) dalam loyang atau bekas. padatkan dan tuang mentega cair rata-rata. milo dibancuh dengan susu pekat & tuang rata dalam loyang tadi. sejukkan. *pastikan padat atau kek ni akan berderai bila dipotong.
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 16-01-09 15:49
buat roti arab sendiri cecah dengan sardin.. bahan roti arab: tepung gandum marjerin minyak sapi sikit air secukupnya.. jadikan dough.. buat leper-leper.. jangan terlalu nipis.. dan jangan terlalu tebal.. sardin; uhuk.. masak sardin pun tak tahu ke? tumis halia,bawang,cili kalau nak pedas.. lepas itu ikutla nak bubuh apa lagi.. hidangkan.. makan lah.. Bismillah.. p/s; saya tak tahu nak sukat bahan2 tu sebab saya tak pernah nak sukat gram nya.. uhuk.. main campak2 saja..
|