Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 21-04-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Banjir besar satu bala? |
---|---|
ad-din ![]() ![]() |
![]()
sedar kah anda bahawa banjir besar yang berlaku baru-baru ni adalah satu peringatan dan bala dari allah.. tapi manusia ni tak mahu akui semua ni dengan mengatakan ni hukum alam.. mana pernah berlaku di johor banjir sebesar ini.. negeri yang dijangka banjir teruk seperti terangganu dan kelatan tak berlaku tapi negeri yang jarang berlaku banjir tu yang berlaku.. ni semua peringatan dan bala dari allah.. jangan kita fikir tempat yang jarang berlaku banjir tak mungkin berlaku banjir besar dan tempat yang selalu berlaku banjir akan berlaku banjir.. tu semua kehendak dan kekuasaan allah... renung dan fikir2 kan lah... sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang allah turunkan itu sia-sia..
|
hurun_ein ![]() ![]() |
![]()
subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...
![]() Ya Allah, jauhilah kami daripada kemurkaan-Mu...berilah kami peluang untuk bertaubat....Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya kami lah orang2 yang zalim... ![]() ----------------- ana..ukhtukum fil Islam.. |
ad-din ![]() ![]() |
![]() |
triptofana ![]() ![]() |
![]()
BANJIR DI JOHOR MAKIN TERUK
Lebih 100,000 dipindahkan di semua lapan daerah hingga malam tadi JOHOR BAHRU: Lebih 100,000 orang dipindahkan di semua lapan daerah sehingga malam tadi dalam banjir kali kedua di Johor – angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah bencana itu di negara ini. Hujan lebat tidak berhenti di seluruh negeri yang dijangka berterusan sehingga Rabu ini menjadikan bencana itu semakin teruk dan lebih buruk berbanding banjir pertama melanda Johor 19 Disember lalu dengan 80,000 orang dipindahkan. Sehingga jam 8 malam semalam, 101,680 penduduk dipindahkan akibat banjir yang bermula empat hari lalu. Sejumlah 30 jalan utama di seluruh negeri tidak boleh dilalui semua kenderaan, manakala Kota Tinggi, Tenggara, Mersing dan Segamat hanya boleh dihubungkan menggunakan helikopter. Daerah Kota Tinggi paling teruk terjejas apabila seluruh kawasannya ditenggelami air akibat menerima jumlah hujan luar biasa sepanjang empat hari lalu iaitu lebih 600 milimeter (mm), berbanding purata tidak sampai 100 mm sehari biasanya. Hujan lebat menyebabkan paras kandungan air dalam tanah mencapai tahap tepu dan tidak lagi mampu menyerap air, manakala paras semua tasik, sungai, parit dan empangan terus meningkat sekali gus memberi isyarat keadaan boleh bertambah buruk. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata air Empangan Bekok di Batu Pahat dan Empangan Sembrong, Kluang terpaksa dilepaskan mulai semalam selepas ia mencecah tahap berbahaya serta mengancam keselamatan penduduk berhampiran. “Kita terpaksa lepaskan empangan itu bagi mengurangkan tekanan apabila paras air semakin naik sehingga melepasi tahap bahaya,” katanya selepas taklimat Jawatankuasa Bencana Daerah di Hotel Katerina, Batu Pahat, semalam. Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia pula memberi amaran banjir di Johor mungkin bertambah buruk kerana hujan lebat tanpa henti dijangka berlaku sekurang-kurangnya tiga hari lagi. Sehubungan itu, katanya, amaran hujan tertinggi iaitu peringkat merah sudah dikeluarkan dan ia kekal sehingga hari ini khususnya di seluruh Johor serta selatan dan timur Pahang. Jabatan itu turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning bagi Terengganu Selatan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak Selatan mulai hari ini dan dijadual berlarutan sehingga Rabu. sumber:berita harian online ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. |
Ustadz ![]() ![]() |
![]()
salam..
subhanallah hebat betul Allah..tuan yang mulia ad-din,kita kena bersangka baik..nabi S.AW pernah minta pada Allah walau jahat mana pun umat aku jangan dijatuhkan bala' secara cash..dan Allah makbulkan doa nabi S.A.W..bala' Allah itu adalah hak Allah,kita makhluk yang daei tidak ada hak jatuhkan hukum walhal tidak berhak pun atas makhluk..wallahua'lam |
triptofana ![]() ![]() |
![]()
walau apa pun..
kita kena ambil iktibar daripada apa yang berlaku. dan kejadian banjir yang berlaku di johor bukanlah sesuatu yang normal. malah selepas banjir besar pada 19 Disember 2006 lalu, kini 15 Januari 2007 banjir besar kembali melanda negeri Johor.... "Allah tidak menjadi kan sesuatu dengan sia-sia" |
triptofana ![]() ![]() |
![]()
8,000 hadiri ABPBH di Johor
JOHOR BAHRU: Bencana banjir melanda beberapa kawasan di negeri ini serta hujan sepanjang hari tidak menghalang kira-kira 8,000 peminat membanjiri Kompleks Pasir Gudang untuk memeriahkan acara road tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 di sini, semalam. Malah, sebahagian peminat sudah memenuhi kompleks itu sejak jam 1 tengah hari biarpun acara sebanar bermula dua jam kemudian. Kehadiran begitu ramai peminat bagaimanapun berbaloi apabila mereka dihiburkan dengan kemunculan 15 finalis ABPBH ‘06 terdiri daripada penyanyi, pelakon, penyampai serta pengacara terkenal tanah air. sumber: berita harian online ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. [ Telah diedit oleh: triptofana pada 15-01-07 09:58 ] |
are_peace82 ![]() |
![]()
Johor negeri majoriti melayu yang sokong UMNO. Perlu hisab balik apa kesilapannye!!!!!
----------------- http://prepaid4u.net/?id=are_peace Sekadar duit tambahan. |
Saifuddin ![]() |
![]()
memang banjir di johor ni sebagai peringatan dari Allah kepada rakyat Johor khususnya serta rakyat negara ni amnya. Johor ni PAS serta KeAdilan sukar nak menang. Jika kita tak ingin bicara hal Parti, kita refer kepada amalan rakyat Johor, di felda di Johor, amal soleh atau kefasikan yang banyak, berapa ramai yang membaca al Quran, Allah serta hadis mention kerosakan bala bencana di muka bumi ini disebabkan tangan-tangan manusia . tangan ni biasa di refer kepada kuasa. Punca utama hujan yang berlebihan serta perparitan, saliran yang tidak baik menjurus kepada berlaku banjir.
|
umi_iium ![]() |
![]()
pendapat saya sekadar satu peringatan dari Allah pada kita semua..
sama-sama kita menyedari kekuasaan allah.. wallahua'lam |
qhal ![]() ![]() |
![]() |
qhal ![]() ![]() |
![]() |
sailormoon ![]() ![]() |
![]() |
sayatetapsaya ![]() |
![]() |
amilyn ![]() |
![]()
salam
Sebenarnya Allah nak tunjuk manusia tidak boleh meramal sesuatu ataupun mengetahui apa yang rahsia kecualiNya.contohnya banjir besar di ramalkan berlaku di kelantan dan terengganu.org sana dah buat langkah berjaga2 tapi akhirnya berlaku di johor.Moga orang-orang diberikan taufiq and hidayah.Setiap yang berlaku ada hikmahnya,. |
fizanaiy ![]() ![]() |
![]()
marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan semua warga johor...kerana setiap ujian yang allah berikan ada hikmah di sebaliknya....harapan kita semoga warga johor ambil iktibar yang allah berikan...jadi di dalam pilihanraya akan datang marilah sama-sama kita mengundi dengan pilhan yang lebih bijak ok....
|
ABg_IMaM ![]() |
![]() ![]() lepas ni org Johor pakai ramai-ramai sokong BA dan kembalikan cuti hari Jumaat... TAKBIR!ALLAHU AKBAR!!! REFORMASI!!! |
lamka ![]() ![]() |
![]() |
Ustadz ![]() ![]() |
![]()
Pada 15-01-07 12:35 , qhal posting:
!!! QUOTE !!! bala menimpa tak kira masa.... dah ditimpa bala,barulah nak ingat pada Allah, (umum) umat akhir zaman...insyaAllah ana,qhal dan antum semua azam untuk bantu saudara kita yang belum dapat amal agama.. ----------------- *** YAQEN ALLAH 100%++ *** |
Ustadz ![]() ![]() |
![]()
ingatlah tuan-tuan..menurut ulama,kiamat tidak akan datang selagi ada orang yang menyebut ALLAH(yakni mengingati dan beribadat kepadaNya) dan terdapat lima jenis racun dan penawarnya,diantaranya dunia itu racun,zuhud itu ubatnya...insyaAllah kita azam tingkatkan amal,doa nangis2 minta pada Allah..
|
Linn ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum...
banjir yang melanda, saya anggap sebagai ujian Allah kepada hamba2nya.. kalau sebelum ini kita lalai dan leka, mudah2an ujian ini menyedarkan kita semua.. cuma ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai pengiring bagi program misi bantuan banjir beberapa hari lepas... keaadaan di beberapa tempat amat menyayat hati... terdetik di hati saya ketika melihat kesusahan dan kepayahan mangsa, adakah saya mampu untuk menghadapinya sekiranya saya di tempat mereka... kurang bekalan makanan, pakaian.. harta benda musnah, rumah dihanyutkan.. anak2 terbiar, tidur bergelimpangan bercampur dengan keluarga lain, kain selimut sehelai dikongsi beramai2, bertarik2... itu dari sudut yang sentiasa dilaporkan di media.. pemandangan biasa bagi mangsa yang di landa bencana.. ada lagi 1 perkara yang amat penting yang seharusnya pandang secara serius iaitu keruntuhan moral dan maruah diri remaja2 pada ketika saat2 Allah menurunkan bencana sebagai amaran... kesempatan berbicara dengan beberapa org guru & guru besar memberi ruang untuk saya memahami keadaan sebenar dengan lebih jelas.. tak perlu di ulas panjang lebar, sebilangan remaja menggunakan kesempatan kegawatan tersebut untuk melampiaskan nafsu serakah... setiap kali rondaan dilakukan oleh pihak2 tertentu, kondom dan pakaian dalam bersepah2, bertaburan di sana sini.. inikah yang dikatakan insaf??? teringat pertanyaan guru besar tersebut "mana ustaz & ustazah? Kenapa tak panggil mereka untuk memberi nasihat dan pedoman kepada mangsa2? di saat2 begini pengisian dr sudut rohani yang lebih diperlukan..." pertanyaan tersebut membuka mata dan hati saya... dan lantas saya menyedari bahawa sumbangan kami pada hari itu masih belum mencukupi... ----------------- gunakan kesempatan untuk kebaikan [ Telah diedit oleh: Linn pada 16-01-07 09:45 ] |
triptofana ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! "Sedih sangat tentang apa yang berlaku pada org melayu...... artikel asal ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. |
Meow ![]() ![]() |
![]()
Allah swt menguji kita dengan kesenangan dan kemewahan selama bertahun-tahun, tapi sikit pun kita tak insafi dan syukuri nikmatNya itu. Bahkan ada yang membalasnya dengan melakukan dosa dan maksiat... sikap kita yang menentukan balasan Allah kepada kita...
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. az-Zumar ayat 49 Janganlah kita termasuk di dalam golongan yang disebut Allah swt di dalam al-Quran surah at-Taubah ayat 126: "Dan tidaklah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?"... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
mawa ![]() ![]() |
![]()
wama ar salna ka illa rahmatan lil'alamin.
tak patut, ini dah kira fitnah..... bala buat sendiri agaknya? |
eme86 ![]() ![]() |
![]() ![]() ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
aye ![]() ![]() |
![]()
OPERASI MENYELAMAT
Berhentikan seketika di sebebuah lokasi di Yong Peng dalam operasi menyelamat. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 6:19 PM 0 comments KANAK-KANAK TETAP RIANG WALAUPUN BANJIR MELANDA posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 6:16 PM 0 comments KAMPUNG SRI MENDAPAT, YONG PENG posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 6:13 PM 0 comments MEMBANTU PENDUDUK BERPINDAH Membantu penduduk berpindah adalah di antara tugas yang dilakukan oleh Pemuda Johor & Unit Amal Johor posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 6:08 PM 0 comments MEMBERI BANTUAN KEPADA PENDUDUK DI YONG PENG posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 6:03 PM 0 comments PAS PULAI TERUS BERKHIDMAT Destinasi terakhir sebelum berlepas pulang ke Kluang iaitu Pusat Bantuan & Gerakan Banjir PAS Kawasan Pulai. Petugas sedang menyiapkan makanan untuk sarapan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Tampoi. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:48 AM 0 comments PENYERAHAN SUMBANGAN TERAKHIR UNTUK HARI INI Sumbangan terakhir kepada mangsa banjir iaitu pakaian terpakai dan lampin pakai buang. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:45 AM 0 comments PERTEMUAN DENGAN PEMUDA PAS PASIR GUDANG Bertemu Pemuda PAS Pasir Gudang untuk mendengar taklimat sambil menjamu makan malam. Pemuda PAS Johor menyerahkan bantuan kewangan dan barangan kepada mangsa melalui Pemuda Pasir Gudang. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:42 AM 0 comments BERTEMU BOSS LAMA DI PUSAT PEMINDAHAN Alhamdulillah, saya bertemu dengan sdr A. Rahman Said sekeluarga yang menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi. Beliau adalah 'boss' lama saya di Asahi Kluang satu ketika dahulu. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:39 AM 0 comments PAS MEMIMPIN PERPADUAN Ramah mesra dengan petugas di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang bertugas sebagai tukang masak. Perbezaan politik bukan penghalang kepada PAS posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:35 AM 0 comments AIR MISTERI Air dalam botol ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi kerana berkeladak dan meragukan. DPPNJ bercadang untuk membuat penyelidikan terhadapnya. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:32 AM 0 comments PAS MESRA RAKYAT Atas permintaan tuan punya bot dan isterinya, kami bergambar untuk kenang-kenangan. Sikap pemimpin PAS yang 'mesra rakyat' amat disenangi oleh penduduk di Kota Tinggi. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:28 AM 0 comments BANDAR KOTA TINGGI Bandar Kota Tinggi. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:25 AM 0 comments BANDAR KOTA TINGGI Inilah bandar Kota Tinggi petang tadi. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:21 AM 0 comments BANJIR DI KOTA TINGGI Exco DPPNJ yang terlibat di dalam XPDC ke Kota Tinggi. Dari kiri ; saya, ustaz Ruhaizam (Bendahari), Sdr Hamid (Ketua Penerangan) dan Sdr Faizul (Setiausaha). Seorang lagi adalah sdr Khafidz (sedang memegang kamera) posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:15 AM 0 comments kasihan ANGGOTA POLIS kasihan...anggota polis ini dan anggotanya hanya berpeluang untuk menjamah makan tengahari pada pukul 3.30 petang dengan berlaukkan ikan sardin sahaja. Itulah yang kami dengar daripada 'suara-suara' mereka. Mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:11 AM 0 comments BANJIR DI KOTA TINGGI YB Salahuddin Ayub sedang mendengar penjelasan daripada Encik Tahir, salah seorang mangsa yang terlibat dalam banjir di Kota Tinggi. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:07 AM 0 comments XPDC KE KOTA TINGGI Petugas Pemuda Kota Tinggi/Tenggara memunggahkan air mineral sebanyak 200 kotak sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Johor posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:04 AM 0 comments XPDC KE KOTA TINGGI Berhenti seketika untuk memeriksa keadaan kenderaan yang tersangkut semasa dalam perjalanan. ustaz Ruhaizam (paling kanan) berpengalaman dalam pemanduan seperti ini. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 1:58 AM 0 comments XPDC KE KOTA TINGGI XPDC ke Kota Tinggi bermula pada pukul 11.45 pagi daripada Simpang Renggam menggunakan dua buah pacuan empat roda. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Salahuddin Ayud turut serta dalam XPDC ini. Jalan tanah merah yang berliku dan becah menyukarkan perjalanan ini. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 1:53 AM 0 comments Sunday, January 14, 2007 PERTEMUAN EMPAT UNIT AMAL NEGERI DI PEKAN YONG PENG, JOHOR Secara tidak sengaja kami terserempak dengan Unit Amal Wilayah Persekutuan di pekan Yong Peng. Mereka bukannya 'bersuka-r.a' di sini tetapi sedang menunggu bantuan untuk membaiki salah sebuah UNSER yang rosak akibat meredah banjir. Turut berada di sini adalah Unit Amal Johor, Pahang dan Perak yang sedang dalam perjalanan menuju ke Parit Awang, Yong Peng. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 11:22 PM 0 comments TANAH RUNTUH DI LEBUHRAYA Tebing lebuhraya mulai runtuh di kami 110 (Yong Peng) petang tadi akibat rempuhan air yang deras daripada kawasan empangan yang melimpah. Saya bersama YB Saalhuddin Ayub telah singgah seketika disini sebelum diarah beredar oleh pegawai polis kerana keadaan yang semakin membimbangkan. Saya mendapat maklumat sebentar tadi bahawa laluan ini telah ditutup kepada kenderaan kerana hakisan tanah cukup kritikal. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 11:13 PM 0 comments JOHOR DI LANDA BALA Bila masjid pun sudah tidak dihormati, aurat sudah tidak dijaga, pergaulan bebas sudah tidak terkawal, hilangnya rasa malu, agama diabaikan, apakah Allah tidak akan turunkan bala yang lebih besar kepada rakyat Johor? posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 11:01 PM 0 comments TAK MALUKAH BERPAKAIAN SEPERTI INI DIPERKARANGAN MASJID? Biar pun banjir melanda dengan dahsyatnya, seorang anak gadis melayu tanpa segan silu tanpa menutup aurat dan berseluar pendek mengambil kesempatan memancing ikan diperkarangan masjid Yong Peng yang dinaiki air sungai Bekok. Dibelakangnya da orang pemuda mengambil kesempatan yang sama dengan hanya memakai seluar pendek sahaja. Di mana ISLAM kita? Di mana MELAYU kita? posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 10:52 PM 0 comments KAMPUNG PARIT AWANG, YONG PENG Operasi menyelamat di Kampung Parit Awang, Yong Peng. Bersama AMAL Johor, Perak dan Pahang. Ketinggian air sehingga 8 kaki. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 10:31 PM 0 comments JAMBATAN RUNTUH Inilah keadaan jambatan Sg Semberong di Batu 5 Jalan Kluang - Mersing yang runtuh semalam. (Gambar diambil daripada Utusan Online) posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 9:03 AM 0 comments HUJAN TURUN SEMULA Keadaan awan di Parit Raja awal pagi ini, hujan telah mula turun pagi ini posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 8:49 AM 0 comments BANJIR BERTERUSAN Keadaan sebuah rumah yang ditenggelami air di Air Hitam, Johor awal pagi tadi. Keadaan seperti ini boleh dilihat sepanjang jalan daripada Air Hitam ke Batu Pahat. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 8:44 AM 0 comments Saturday, January 13, 2007 SEPETANG DI PARIT RAJA Pemandangan di pekan Parit Raja pukul 6.49 petang tadi. Hujan telah berhenti namun awan mendung masih berarak. Apakah malam ini hujan akan turun dengan lebatnya seperti malam semalam? posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 9:09 PM 0 comments SUMBANGAN MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KLUANG Pengarah banjir PAS Kluang (dua dari kanan) sedang menerangkan sesuatu kepada mangsa banjir di Kampung Paya Kluang Baru Kluang lewat petang tadi sambil diperhatikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang, Tuan Haji Zainuddin Gadzali posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 8:00 PM 0 comments JAMBATAN RUNTUH DI KLUANG Beginilah keadaan jambatan kayu yang menghubungkan dua lokasi dibandar Kluang yang telah runtuh dan dihayutkan air sungai yang deras di Sungai Mengkibol, Kluang awal pagi tadi. Sebuah jambatan lagi di batu 4 Jalan Mersing juga telah runtuh malam semalam sehingga Mersing dan Kluang terputus hubungan. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 7:56 PM 0 comments Friday, January 12, 2007 BANJIR : LAWATAN KERJA PESURUHJAYA PAS JOHOR KE KLUANG Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad sedang mencatitkan kehadiran di buku pelawat pusat pemindahan banjir Taman Puteri, Kluang. Dr Mahfodz telah hadir ke Kluang petang tadi (12 Januari 2007) dalam rangka lawatan ke beberapa pusat banjir di Kluang dan lawatan ke beberapa kawasan banjir seperti Kampung SC, Kampung Sri Cahaya dan Kampung Semberong. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 7:28 PM 0 comments KAMPUNG SRI CAHAYA KLUANG Ini adalah paras air Sungai Semberong berhampiran dengan Kampung Sri Cahaya yang telah tenggelam sejak semalam. Perhatikan paras rumah yang ditenggelami air, nampak parasnya? Tidak nampak disebabkan terdapat rumah-rumah yang berada dibawah paras air, hebatkan kuasa Allah? posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 7:23 PM 0 comments PAS PRIHATIN DENGAN MANGSA BANJIR Pengarah Bantuan Banjir PAS Kawasan Kluang, sdr Mohd Nor Mohamad sedang mendengar penjelasan daripada wakil penduduk Kampung Palembang Baru berkenaan perpindahan penduduk sejak lewat petang semalam. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 1:02 PM 0 comments BANJIR DI KAMPUNG PALEMBANG BARU, KLUANG Saya berdiri di atas jalan kampung Palembang Baru sebentar tadi (12 Januari 2007, 12.12 tengahari), penduduk di sini telah dipindahkan kesemuanya. Lebih kurang 2 kami kehadapan, paras air telah melebihi setinggi 8 kaki. Hujan masih turun dengan lebat. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 12:57 PM 0 comments Thursday, January 11, 2007 PARAS AIR SUNGAI SEMAKIN KRITIKAL Difahamkan, beberapa kampung di Simpang Renggam juga telah ditenggelami air ketika ini. Hujan semakin turun dengan lebat di beberapa tempat di Johor. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 8:21 PM 0 comments KLUANG BANJIR SEMULA UNTUK KALI KE 3 Paras Sungai Mengkibol Kluang berada di paras bahaya ketika ini. Kampung Palembang Baru dan Palembang Lama telah pun ditenggelami air sehingga ke paras pinggang. Penduduk telahpun mula dipindahkan lewat petang tadi. Malam ini pimpinan PAS Kawasan Kluang akan membuat pemantauan ke pusat penemptan banjir untuk mendapat maklumat terkini penduduk yang telah berpindah. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 8:16 PM 0 comments BETUL KE PAK LAH BERCUTI KE PERTH MASA BANJIR DI JOHOR? Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini. com(http://www.malaysia kini.com/ news/61904) semalam bahawa Pak Lah telah bercuti ke Perth setelah pulang seketika daripada Venezuela pada 23 Disember 2006 untuk melawat mangsa banjir di Johor. Selepas lawatan sehari bertemu dengan mangsa banjir di Johor dan mendapat liputan media secara meluas untuk membuktikan bahawa Pak Lah sangat prihatin dengan keadaan mangsa banjir, Pak Lah dikatakan telah berlepas ke Australia untuk bercuti malah mengambil kesempatan untuk merasmikan sebuah restoran "PUTERI NASI KANDAR" di Perth. Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dan anak jati Johor melahirkan rasa terkilan yang teramat sangat dengan sikap beliau yang hanya memperuntukkan sehari sahaja untuk 'menjengok' rakyat Johor yang juga merupakan kubu kuat UMNO dalam dunia. Malah, tidak terpanggil untuk membatalkan cuti beliau serta masih mempunyai masa untuk merasmikan sebuah restoran. Nampaknya, Pak Lah semakin lemah dalam pentadbirannya sehingga tidak tahu untuk membezakan yang mana yang lebih perlu diutamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ketika jentera kerajaan dilabelkan sebagai "lembab dan lumpuh" semasa operasi menyelamatkan mangsa banjir di Johor baru-baru ini, ramai yang mengadu di mana wakil rakyat BN. Sekarang terjawablah segala persoalan. Patutlah ramai wakil rakyat BN di Johor tidak kelihatan , rupa-rupanya mereka mencontohi apa yang pemimpin lakukan. Inilah yang dikatakan "Kepimpinan Melalui Tauladan". Macamana orang Johor? Masih taat setia pada UMNO/BN & kepimpinannya? Wassalam. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 10:36 AM 0 comments PAS & KEADILAN BOIKOT PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM Pas, KeADILan boikot pilihan raya kecil Batu Talam Harakahdaily, RAUB, 11 Jan (Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang dijadualkan berlangsung 28 Jan ini. Pengumuman pemboikotan itu dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu majlis ceramah di Markas PAS Sega di sini malam tadi. Menurut Nasharudin kepincangan yang berlaku termasuk daftar pemilih yang tidak tepat dan diragui, penyalahgunaan undi pos yang menjadikan pilihan raya tidak telus dan prejudis membuatkan Barisan Alternatif mengambil keputusan untuk memulaukan pilihan raya kecil tersebut. Majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang penyokong PAS dan KeADILan itu turut disertai Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 2:18 AM 0 comments Tuesday, January 09, 2007 kasihan TUN DR MAHATHIR... Petikan daripada harakahdaily... Dr Mahathir berkata, pilihanraya kecil itu akan mencerminkan ‘mood’ rakyat terhadap kerajaan serta mengingatkan, BN mungkin cuba menggunakan politik wang untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut. Katanya, beliau telah mengalami sendiri pengalaman tersebut apabila ada pihak yang menggunakan wang untuk menewaskannya. Oleh itu, katanya, rakyat mesti menolak dan melaporkannya jika berlaku politik wang dalam pilihanraya kecil itu nanti. Dr Mahathir merujuk kepada pertandingan jawatan perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu pada 9 September lalu di mana beliau gagal dipilih mewakili bahagian itu ke perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur. Bekas Perdana Menteri itu mendakwa berlaku politik wang yang mengakibatkan beliau tewas dalam pertandingan tersebut. Lembaga Disiplin Umno masih lagi belum mengumumkan hasil penyiasatannya mengenai perkara itu. _____________________ Faizi : kasihan TDM ni, agaknya TDM anggap rakyat di Malaysia ni buta sejarah agaknya. Ramalan TDM bahawa BN mungkin akan kalah di Batu Talam memang sangat-sangat dialu-alukan tetapi apabila berbicara bahawa kemungkinan BN akan menggunakan politik wang atau rasuah di dalam pilihanraya kecil itu nanti adalah satu perkara yang paling memalukan kerana sejak bila pula BN tidak amalkan rasuah @ politik wang dalam pilihanraya? Janganlah buat kenyataan macam ni Tun... posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 9:13 PM 0 comments PAS UTAMAKAN PERSEPAKATAN Kenyataan Media (9 Januari 2007) TAJUK : DUN BATU TALAM : PAS LEBIH UTAMAKAN PERSEPAKATAN BERSAMA Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang dan Setiausaha Agong PAS Dato' Kamaruddin Jaffar yang disiarkan di dalam harakahdaily bertajuk Batu Talam: PAS utama keputusan bersama – Presiden (9 Januari 2007) Di dalam kenyataan Tuan Guru Presiden yang disiarkan ini telah menyebut bahawa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan pada 8 Januari 2007 belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam. Ini termasuklah juga sama ada meletakkan calonnya ataupun memberi 'laluan' kepada parti-parti komponen Barisan Alternatif (BA) untuk bertanding bagi kerusi DUN tersebut. Presiden PAS juga berkata bahawa PAS akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan parti komponen Barisan Alternatif (BA), parti pembangkang yang lain serta badan-badan kerajaan (NGO) sebelum membuat apa-apa keputusan dan akan menghormati apa jua keputusan yang akan dibuat di dalam perbincangan tersebut. Dalam masa yang sama Tuan Guru Presiden mahu amalan demokrasi termasuk pilihan raya subur dan terus segar di negara ini malah mahu pilihan raya kecil DUN Batu Talam itu menjadi titik tolak kepada pilihan raya yang adil dan bebas. Begitu juga dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar di dalam ruangan yang sama yang menyatakan bahawa amalan mengadakan perbincangan sebelum memutus meletakkan calon adalah tradisi dalam pakatan BA yang diterima baik oleh semua pihak. Kenyataan Presiden dan Setiusaha Agong PAS ini telah membuktikan bahawa PAS lebih mengutamakan perpaduan dan persepakatan bersama parti komponen BA, parti pembangkang yang lain serta NGO dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia. Walaupun secara umumnya DUN Batu Talam adalah merupakan kerusi tradisi PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang telahpun membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon dan akan memberikan sokongan kepada PAS namun PAS tidak menjadikan perkara ini sebagai pegangan untuk terus meletakkan calon. Sebaliknya, pandangan daripada pihak lain lebih diutamakan. Apapun keputusan yang bakal dicapai dalam menentukan sama ada PAS/BA bertanding ataupun tidak di dalam pilihanraya kecil DUN Batu Talam ini, saya percaya bahawa ia akan dihormati oleh semua pihak. Keputusan yang akan diumumkan oleh PAS di Markaz PAS Sega, Raub malam esok sudah pasti adalah yang terbaik untuk masa depan demokrasi di Malaysia yang kini sudah punah dirosakkan oleh UMNO/BN. Sekian, wassalam. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 019-7701830 http://dppnjohor.blogspot.com/ posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 6:23 PM 0 comments KINI TINGGAL KENANGAN... Senyum tawa ceria murid kaum cina di PASTI Al-Hidayah Sabak Bernam kini tinggal kenangan. Saya telah dimaklumkan bahawa kesemua murid-murid ini terpaksa menyertai pra sekolah kendalian kerajaan. Keluarga mereka telah diugut untuk di tarik semula subsidi minyak sekiranya menghantar anak-anak ke PASTI. Ayah murid-murid cina ini bekerja sebagai nelayan yang mengharapkan subsidi minyak untuk turun ke laut. Inilah yang dinamakan pendemokrasian di dalam pendidikan di Malaysia! Anak kecil yang inginkan pendidikan di PASTI diPOLITIKkan. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 12:06 PM 0 comments Friday, January 05, 2007 LUMPUR DI KAMPUNG LAUT, JOHOR BAHRU Sdr Ghafur (Exco DPPNJ) sedang menunjukkan ketebalan lumpur hasil tinggalan banjir yang melanda Johor baru-baru ini. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 1:29 AM 0 comments MAJLIS MERAIKAN PETUGAS OPS BANJIR PAS JOHOR YB Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS sedang menyampaikan ucapan semasa program meraikan para petugas malam tadi. Sambutan sangat menggalakkan walaupun Datuk Dr Mahfodz tidak dapat hadr sama. Khabarnya, Dr Mahfodz pada sebelah siang tadi bersama dengan petugas AMAL Trengganu telah membersihkan semuah sekolah di Kundang Ulu. Tahniah Pesuruhjayaku! Semoga akan menjadi contoh kepada semua. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 1:23 AM 0 comments MAJLIS MERAIKAN PETUGAS OPS BANJIR PAS JOHOR Kelihatan digambar adalah ustaz Jamsari (Ketua Pengarah AMAL), Sdr Juhari Osman (Timbalan Ketua Pengarah AMAL), Sdr Nor Khalim Sakib (Pengarah AMAL Johor) dan Sdr Mohd Taufik Hussien (Exco DPPNJ) semasa majlis meraikan para petugas ops banjir PAS Johor di Air Hitam malam tadi. posted by Bicara Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor @ 1:17 AM 0 comments Paparan Blog Setakat Ini Sejak 1 Januari 2006 : Alaska Air WaKTu SoLaT About Me Name:Khairul Faizi Ahmad Kamil Location:Taman Sri Kluang, Kluang, Johore, Malaysia View my complete profile Politik PAS Pusat Presiden PAS DS Anwar Ibrahim keADILan Malaysia DAP Malaysia Pemuda PAS Pusat Muslimat PAS Pusat PAS Johor YB Dr Ramli Kari Pemuda Wilayah PAS Kawasan Sekijang Pemuda PAS Sekijang Pemuda PAS JB Pemuda PAS Kluang Pemuda PAS Gelang Patah Pemuda PAS Pulai (NEW) Pemuda PAS Pasir Gudang Pemuda PAS Pontian KeADILan Parit Sulong ustaz Nasa Tantawi/ Tetuan Hanifa Maidin Ucaptema Muktamar YB Husam Musa(NEW) Media Harakahdaily TVpas(NEW) Harian Metro Berita Harian Utusan Malaysia The STAR (Melayu) The STAR (English) Bernama (Melayu) Tranungkite Marhaen Roslan SMS Unit AMAL Johor Buku PROTES TaU_Tak_PE TARAKNAMA KALAMI Malaysia Today UMNOReform MalaysiaKita(NEW) NGO Mansuhkan ISA! GERAK SUARAM BANTAH PROTES SAMPAI TURUN TERAS MUAFAKAT NGO Islam ABIM JIM Membela ISLAM Nisa' Yayasan AMAL Malaysia My Islam Network My Masjid Teman-Teman Baru PASTI_Gemilang(NEW) Bandaraya SAFA Ibnu Muari Qurratuain Tinta mujahid One_G Wanita & Famili MasakanKu Al-Banna Jr (NEW) Chegubard (NEW) Panjiadil(NEW) Shenyeeaun (NEW) Nurr...(NEW) Syahid_Zul(NEW) SAM AMK(NEW) EveryLittleThing (NEW) Nazman (NEW) Portal Muslimah(NEW) Ku Lihat Hijau(NEW) Mujahidah Engineer(NEW) Kalam_Mujahid (NEW) Anjung Hijau(NEW) DiPerantauan(NEW) PuteriReformasi(NEW) Kedai Online Kedai online anda! Kedai VCD Previous Posts MEMBANTU MENURUNKAN BOT MILIK BOMBA MALAYSIA MOTOSIKAL KEPUNYAAN UNIT AMAL? OPERASI MENYELAMAT KANAK-KANAK TETAP RIANG WALAUPUN BANJIR MELANDA KAMPUNG SRI MENDAPAT, YONG PENG MEMBANTU PENDUDUK BERPINDAH MEMBERI BANTUAN KEPADA PENDUDUK DI YONG PENG PAS PULAI TERUS BERKHIDMAT PENYERAHAN SUMBANGAN TERAKHIR UNTUK HARI INI PERTEMUAN DENGAN PEMUDA PAS PASIR GUDANG Archives May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 December 2005 January 2006 February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 |
aye ![]() ![]() |
![]() maaf tcopy semua... http://dppnjohor.blogspot.com/ ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
Saifuddin ![]() |
![]()
kalau kita rujuk al Quran atau hadis mesti jumpa, kamu akan ditanya siapa pemimpin yang kamu angkat untuk memimpin kamu, Allah akan tanya soalan tu, adakah kamu angkat pemimpin Bijak serta Taqwa, atau kamu pilih pemimpin zalim fasik serta bodoh? saya tak mention parti tetapi saya syorkan pilih pemimpin Muttaqin, Muslim. jangan kamu angkat pemimpin fasik. nanti kamu akan ditanya diakhirat.Sebab pemimpinlah yang akan gubal Undang-undang serta dasar negara.
|
umminajihah ![]() ![]() |
![]()
mungkin ia satu bala atau mungkin satu ujian dari Allah s.w.t untuk melihat ketaqwaan dan kesabaran umatNya dalam menghadapi musibah...sama-sama renungkan...allahuakbar..
|
Al-Mustaqqim ![]() ![]() |
![]() |
jue_86 ![]() ![]() |
![]()
Pada 16-01-07 08:59 , lamka posting:
!!! QUOTE !!! janganlah kaitkan banjir dengan politik pulak. tak ada relationship lgsung antara kedua-dua tu. betul itu... |
ibnutuki ![]() |
![]()
saya selaku org johor, memang tak nafikan ramai org islam yang tak solat.
bukan johor saja, negeri lain pun same. sembahyang jumaat saja...sebab org tau kalau tak pergi sembahyang. pasal politik pula, kita tak kira parti apa pun sepatutnya memberikan bantuan....tak pilih bulu.... banjir @ bencana merupakan satu juga sebagai perigatan kepada yang lain ![]() juga sebagai salah satu tanda-tanda kiamat.... ~salah satu tanda-tanda kiamat adalah apabila berlakunya banyak bencana alam dan gempa bumi~ |
pharmaton ![]() |
![]()
nak kata bala pun boleh. nak kata peringatan pun boleh.
bukan hanya ditujukan kepada penduduk negri johor tetapi untuk semua penduduk malaysia. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |