Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44

  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 43 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mufti PERLIS patut tumpukan isu MURTAD

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mufti PERLIS patut tumpukan isu MURTAD

Please Mendaftar To Post

Oleh Mufti PERLIS patut tumpukan isu MURTAD

al-qassam
Warga Rasmi
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27881
Posting: 11

blank   avatar

posticon Posting pada: 25-12-06 21:53

adalah lebih membahagiakan jika mufti perlis dan jakim lebih banyak mem'fokus'kan suara mereka kepada isu murtad daripada bercerita masalah mengintip/MENYIASAT (isu utama beberap minggu lepas) & masalah nada dering al-quran,azan dalam telefon bimbit (isu utama lah pulak minggu ini)....

ini kerana masalah utama UMAT ISLAM DI MALAYSIA sekarang ialah kurangnya KEFAHAMAN terhadap akidah ISLAM yang sebenar menyebabkan kebanyakan umat islam terpecah kepada bebrapa golongan:-
1) menjadi MURTAD disebabkan ragu2 terhadap pegangan islam yang dianuti selama ini..
2)menjadi manusia LIAR yang terlibat dengan gejala sosial,perzinaan,pelacuran,mat rempit seperti pemuda-pemudi di jalan p.ramlee,jalan telawi.....
3)menjadi PENGIKUT AJARAN SESAT seperti ajaran al-arqam,ayah pin.....
4) menjadi ORDINARY PEOPLE yang minat tengok hiburan realiti tv,sibuk dengan dunia kerjaya masing-masing,mengejar kemewahan dunia,bersifat INDIVIDUALISTIK(aku dan duniaku)...

Bookmark and Share

  Member Information For al-qassamProfil   Hantar PM kepada al-qassam   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-12-06 23:04

:-D Betul.....saya setuju sesangat.masalah berkaitan nada dering ini saya rasa masalah yang boleh di selesaikan kemudian.....yang penting,masalah2 yang lebih teruk dan buruk....seperti zina,khalwat,pergaulan bebas,derhaka pada ibu bapa....dan lain2 lagi...semua ni lagi besar dan perlu di selesaikan segera.....

-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...

Bookmark and Share

  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 25-12-06 23:44

Perlis tegas kawal murtad

Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

KANGAR 22 Dis. – Undang-Undang Mengawal Iktikad dan Kepercayaan Orang Islam (Sunnah Wal Jamaah) Negeri Perlis 2002 akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menghalang pihak tertentu daripada mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun 2002 dan diwartakan serta mendapat perkenan daripada Raja Perlis pada tahun yang sama juga.

‘‘Dengan adanya undang-undang ini, orang bukan Islam tidak boleh mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain. Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di mahkamah sivil,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang terbabit dengan kesalahan di bawah undang-undang tersebut boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali berdasarkan pada kesalahan yang mereka lakukan.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Negeri, Roslan Abu Bakar menjelaskan, undang-undang tersebut bertujuan untuk menghalang semua pihak daripada memujuk orang Islam dengan menggunakan sebarang cara agar mereka bertukar kepada agama lain.

‘‘Cara-cara yang dimaksudkan itu ialah menerusi percakapan, penggunaan dokumen, risalah dan telefon serta kaedah lain yang difikirkan cuba mempengaruhi umat Islam berkenaan meninggalkan agama mereka,” ujarnya.

Katanya, undang-undang itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat bukan Islam mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tetapi pada masa sama tidak boleh mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain.

Roslan menambah, pelaksanaan undang-undang tersebut mengambil masa yang panjang untuk dikuatkuasakan kerana ia melibatkan isu yang sensitif dan juga sementara menunggu negeri-negeri lain turut menguatkuasakan undang-undang yang sama.

‘‘Jika satu negeri sahaja melaksanakan undang-undang itu, mereka yang terbabit dengan kegiatan itu mungkin bertindak melakukannya di negeri yang tidak menguatkuasakan undang-undang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, pelaksanaan Enakmen Jenayah Syarak Negeri Perlis yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs) bukan sahaja memberi tumpuan terhadap jenayah khalwat.

(Utusan Online, 23/12/2006)

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  

posticon Posting pada: 26-12-06 01:30

Pada 25-12-06 21:53 , al-qassam posting:

!!! QUOTE !!!

adalah lebih membahagiakan jika mufti perlis dan jakim lebih banyak mem'fokus'kan suara mereka kepada isu murtad daripada bercerita masalah mengintip/MENYIASAT (isu utama beberap minggu lepas) & masalah nada dering al-quran,azan dalam telefon bimbit (isu utama lah pulak minggu ini)....

ini kerana masalah utama UMAT ISLAM DI MALAYSIA sekarang ialah kurangnya KEFAHAMAN terhadap akidah ISLAM yang sebenar menyebabkan kebanyakan umat islam terpecah kepada bebrapa golongan:-
1) menjadi MURTAD disebabkan ragu2 terhadap pegangan islam yang dianuti selama ini..
2)menjadi manusia LIAR yang terlibat dengan gejala sosial,perzinaan,pelacuran,mat rempit seperti pemuda-pemudi di jalan p.ramlee,jalan telawi.....
3)menjadi PENGIKUT AJARAN SESAT seperti ajaran al-arqam,ayah pin.....
4) menjadi ORDINARY PEOPLE yang minat tengok hiburan realiti tv,sibuk dengan dunia kerjaya masing-masing,mengejar kemewahan dunia,bersifat INDIVIDUALISTIK(aku dan duniaku)...

ini jenis tak ambil tahu dan tak teliti perkembangan semasa terus buat kenyataan..tak baca ke sebelum ni mufti baru perlis buat kenyataan terang-terangan masalah isu murtad ni.

Bookmark and Share

  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 10:01

salam..
adakah peranan JAKIM dan majlis mufti diberi keutamaan?
akhir zaman nanti apabila Allah nak merosakkan satu2 kaum itu adalah dengan cara diperbanyakkan orang2 bodoh dan disedikitkan ulama' dan apabila orang2 bodoh bercakap ramai pengikutnya dan apabila ulama bercakap disuruh diam..adakah ulama2 kita mempunyai kebebasan untuk bersuara..

Bookmark and Share

  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 10:33

JAKIM sebenarnya dah banyak buat kem dengan BAR malaysia pasal bab hak asasi manusia, bab jaga hak masa nak tangkap dan semuanya..
cuba baca law journal BAR malaysia yang dulu-dulu..ada banyak..masa tu pertubuhan2 sekular dan peguam2 liberal banyak hentam jakim..tapi sekarang orang agam sendiri hentam, tak taula

sebenarnya istilah mengintip tu disalah faham..

orang buat laporan ada kahlwat, so JAKIM mai lah tengok betul ke tak..bukan skodeng macam orang ambil video orang buat maksiat macam dalam mastika tu.

Saya tau JAKIM tak perfect, tapi buatlah sesuatu tu secara JUMHUR...macam ustadz cakap, Kenapa tak bincang dengan majlis mufti dulu..polemik betul...

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  

posticon Posting pada: 26-12-06 10:36

Kenapa perlu mufti perlis saja? Habis mufti lain buat apa?

Bookmark and Share

  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

donjuan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26407
Posting: 23

argentina  

posticon Posting pada: 26-12-06 10:52

Pada 25-12-06 23:44 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Perlis tegas kawal murtad

Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

KANGAR 22 Dis. – Undang-Undang Mengawal Iktikad dan Kepercayaan Orang Islam (Sunnah Wal Jamaah) Negeri Perlis 2002 akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menghalang pihak tertentu daripada mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun 2002 dan diwartakan serta mendapat perkenan daripada Raja Perlis pada tahun yang sama juga.

‘‘Dengan adanya undang-undang ini, orang bukan Islam tidak boleh mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain. Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di mahkamah sivil,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang terbabit dengan kesalahan di bawah undang-undang tersebut boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali berdasarkan pada kesalahan yang mereka lakukan.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Negeri, Roslan Abu Bakar menjelaskan, undang-undang tersebut bertujuan untuk menghalang semua pihak daripada memujuk orang Islam dengan menggunakan sebarang cara agar mereka bertukar kepada agama lain.

‘‘Cara-cara yang dimaksudkan itu ialah menerusi percakapan, penggunaan dokumen, risalah dan telefon serta kaedah lain yang difikirkan cuba mempengaruhi umat Islam berkenaan meninggalkan agama mereka,” ujarnya.

Katanya, undang-undang itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat bukan Islam mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tetapi pada masa sama tidak boleh mempengaruhi umat Islam menganuti agama lain.

Roslan menambah, pelaksanaan undang-undang tersebut mengambil masa yang panjang untuk dikuatkuasakan kerana ia melibatkan isu yang sensitif dan juga sementara menunggu negeri-negeri lain turut menguatkuasakan undang-undang yang sama.

‘‘Jika satu negeri sahaja melaksanakan undang-undang itu, mereka yang terbabit dengan kegiatan itu mungkin bertindak melakukannya di negeri yang tidak menguatkuasakan undang-undang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, pelaksanaan Enakmen Jenayah Syarak Negeri Perlis yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs) bukan sahaja memberi tumpuan terhadap jenayah khalwat.

(Utusan Online, 23/12/2006)

lambatnya perlis baru nak buat undang-undang kawal murtad. sedangkan undang2 ini sepatutnya dah lama dibuat dan kebanyakan negeri banyak yang dah buat walau ada segelintir lagi yang masih tak gubal.1 lagi undang2 yang belum digubal oleh kebanyakan ialah undang jenayah murtad walaupun dah tmaktub di dalam perlembagaan negeri.kesannya pihak bkuasa agama tidak boleh ambil apa-apa tindakan kalau org Islam murtad.so benda-benda ni perlu diperjuangkan oleh semua mufti dan juga setiap yang terlibat.

-----------------
aku adalah aku..

Bookmark and Share

  Member Information For donjuanProfil   Hantar PM kepada donjuan   Quote dan BalasQuote

kayangan
Warga Rasmi
Menyertai: 16.04.2006
Ahli No: 24221
Posting: 19

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 11:20

Pada 26-12-06 10:36 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa perlu mufti perlis saja? Habis mufti lain buat apa?

mufti lain asyik membuta memekak membisu

syabas MAZA & HARUSSANI

Bookmark and Share

  Member Information For kayanganProfil   Hantar PM kepada kayangan   Quote dan BalasQuote

kembara_cinta_hakiki
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16813
Posting: 13
Dari: usm

PulauPinang  

posticon Posting pada: 26-12-06 12:06

tak berani buat kenyataan....

Bookmark and Share

  Member Information For kembara_cinta_hakikiProfil   Hantar PM kepada kembara_cinta_hakiki   Quote dan BalasQuote

posticon Posting pada: 26-12-06 12:53

seseorang yang membut kenyataan seperti ini, sudah pasti dia telah tengok semua segi dan disetiap penjuru, baru dia buat kenyataan....

Bookmark and Share

  Member Information For kembara_cinta_hakikiProfil   Hantar PM kepada kembara_cinta_hakiki   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 12:57

hmmm.......

Hairan aku..... bab remeh soal khilaf dalam pencegahan kalwat ramai org lantang mnegur JAKIM.....
tapi rancangan mencari bintang vs mentor tak ada siapa pula berani komen ye......
hmmm pelik.... ni salah satu.....banyak lagi....

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

kembara_cinta_hakiki
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16813
Posting: 13
Dari: usm

PulauPinang  

posticon Posting pada: 26-12-06 13:09

rasanya ada, bukan tak berani... tapi belum terpikir nak bangkit bagi komen....

Bookmark and Share

  Member Information For kembara_cinta_hakikiProfil   Hantar PM kepada kembara_cinta_hakiki   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 14:43

satu lagi selainpas tak ada siapa yang nak tegur pemimpin kita yang jadikan bersalaman antara lelaki perempuan sebagai trend.......
Kenapa mufti 'hebat' kita tak tegur???? hairan aku.....

http://www.buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=947

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  

posticon Posting pada: 26-12-06 14:57

Pada 26-12-06 14:43 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

satu lagi selainpas tak ada siapa yang nak tegur pemimpin kita yang jadikan bersalaman antara lelaki perempuan sebagai trend.......
Kenapa mufti 'hebat' kita tak tegur???? hairan aku.....

Mufti2 yang lain tu apa kurang nya kan! lagi hebat betul tak? ada yang dah lama sangat memegang tampok kuasa fatwa negeri(faham-faham sajalah siapa) tak berani juga tegur pemimpin2 kita. Ada yang batang hidung pun tak nampak, nasib baik ada bicara mufti di RTM barulah nampak sikit hidung tu....

Bookmark and Share

  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 15:37

Pada 26-12-06 14:57 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-12-06 14:43 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

satu lagi selainpas tak ada siapa yang nak tegur pemimpin kita yang jadikan bersalaman antara lelaki perempuan sebagai trend.......
Kenapa mufti 'hebat' kita tak tegur???? hairan aku.....

Mufti2 yang lain tu apa kurang nya kan! lagi hebat betul tak? ada yang dah lama sangat memegang tampok kuasa fatwa negeri(faham-faham sajalah siapa) tak berani juga tegur pemimpin2 kita. Ada yang batang hidung pun tak nampak, nasib baik ada bicara mufti di RTM barulah nampak sikit hidung tu....

betul kata anta..... tapi aku tetap pelik yang bising2 benda yang remeh2.... kalau berani tegur pemimpin..... ooooooooo..... aku faham...

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 15:41

kepada aye dan lain2 kita tengok saja lepas ni apa pulak isu yang nak dibangkitkan...

sabar2...kita tak tau apa agenda mufti kayangan tu...

kalau baik alhamdulillah, kalau ianya tidak baik, kita sama-sama mohon perlindungan allah

sebab bau wangi, nak tutup macam mana pun ia akan harum juga
kalau bau busuk bangkai, nak tutop macam mana pun, dia tetapi bau busuk juga

so kita tengok saja lah langkah mufti kayangan tu...
dan penyokong taksub nya

sebagai seorang muslim. saya mendoakan dan mengharapkan ia baik buat semua umat islam malaysia...

go on mufti kayangan (jika ia baik untuk umat)
cuma tolong tengok pengikut mu yang taksub dan menyanjung mu macam hampir sama seperti pengikut rufaqa' menyanjung abuya mereka...

wallahu'alam
[ Telah diedit oleh: maruz pada 26-12-06 15:45 ]

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 15:58

aku dah agak dah....mesti budak aye ni akan menyerang habis2an punya kalau isu-isu membabitkan dr asri & geng2nya tu...

tak habis2 lah aye ini....
itu hari rumaisha dah tegur..tapi masih macam dulu..masih dengan perangai lama dia tu

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 16:13

Pada 26-12-06 15:58 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

aku dah agak dah....mesti budak aye ni akan menyerang habis2an punya kalau isu-isu membabitkan dr asri & geng2nya tu...

tak habis2 lah aye ini....
itu hari rumaisha dah tegur..tapi masih macam dulu..masih dengan perangai lama dia tu

ala anti alasan,

Kenapa kaitkan nama aye saja...Kenapa tak kaitkan nama-nama lain yang asal sebut PAS saja, akan di hentam habis-habisan....
bagi mereka pas tu teruk sangat...bagi mereka TG NIK AZIZ tu teruk...

macam mereka tu maksum sangat....mereka tu nabi baru, maksum

so Kenapa nak kata kat aye shaja?
[ Telah diedit oleh: maruz pada 26-12-06 16:14 ]

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 16:30

sebab dah banyak kali aku tengok aye ini yang start dulu dalam isu-isu macam ni....

aku tengok,bila dia dah start..memang susah nak henti.......
cuba tengok azmil mustapha,ahli ukhwah kita..cool saja bila isu-isu macam ni dibangkitkan..

sebab apa dia cool??sebab dia tahu tak ada manfaatnya bertekak benda-benda macam ni...dia pun tahu,isu-isu macam ni memang takkan habis..
ialah..masing-masing nak menang...taknak kalah

aku harap maruz pun dapat cool juga...nampak komen macam panas saja....kalaulah abu raqayyah start balas balik apa yang maruz komen tu...alamatnya berperangla!!!

yang menang siapa???tak ada siapa....

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 16:39

insya allah aku cool

cuma pelik pada sesetengah orang di mana mereka tuduh orang lain taksub, tak boleh terima pendapat orang lain dan selalu kutuk orang lain

padahal mereka sendiri yang taksub, tak boleh terima pendapat orang lain dan selalu mereka saja yang betul dan benar...

macam mereka tu maksum sangat dan benar belaka dan orang lain salah sokmo...

tu saja...

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

ibnu_mukhtar
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23052
Posting: 21
Dari: Shah Alam

Kedah  

posticon Posting pada: 26-12-06 17:01

alah..tak payah gaduh2..kedua-duanya sama nak pjuangkan Islam cuma mungkin cara dan pandangan tak sama..masing-masing kena lah terima kritikan org lain kalau diri sendiri berani nak kritik org..aku kedua-duanya aku sokong slagi pendapat atau perkara yang dikemukakan betul dan memberi manafaat.kena berlapang dada lah.jangan kita yang kat bawah pula nek lebih-lebih.kalau salah satu salah tegur saja.bukan setakat kedua-duanya tu..mana-mana pihak pun yang buat salah kita tegur.sdgkan Saidina Omar pun pernah ditegur oleh seorang wanita tua di dalam suatu perhimpunan dan blapang hati menerima teguran tu.so?sendiri mahu ingat lerrrr...

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_mukhtarProfil   Hantar PM kepada ibnu_mukhtar   Pergi ke ibnu_mukhtar's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 18:53

Pada 26-12-06 10:52 , donjuan posting:

!!! QUOTE !!!

lambatnya perlis baru nak buat undang-undang kawal murtad

better late than never, tak begitu?

bila mufti senyap, depa kata makan gaji buta. mufti bersuara, depa kata cari glamer................ teringat kat riwayat Israeliyyat, kisah Luqman al-Hakim dengan anaknya pergi mengembara naik seekor keldai.. :roll:

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 26-12-06 18:58 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

aki_-_halu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25005
Posting: 22
Dari: selatan tanah air... atas ada langit bawah ada bumi.

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 26-12-06 21:05

Isu tangkapan khalwat yang dikatakan
melanggar syariat Islam hangat
dibicarakan sejak akhir-akhir ini.

Ramai yang bertanya pada saya akan isu
ini, pada mulanya saya tidak mahu
terlibat kerana takut terjebak di
dalam perdebatan yang sia-sia
terutamanya antara golongan salaf dan
khalaf, namun bila mana isu ini nampak
tidak berkesudahan dan semakin parah
dengan semakin ramai manusia menambah
dosa memfitnah dan bergaduh antara
satu sama lain,izinkan saya untuk
mencelah memberikan pendapat.

Dari dahulu lagi saya menentang sikap
taksub, yakni jika seseorang
mengatakan perkara yang benar,
berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan
bukan logik akal semata, kita sokong,
dan jika dia salah, kita kata dia
salah. Tidak terkecuali Dr.Asri. Jika
dia salah, peminatnya perlu berani
mengatakan dia salah.

Pertama sekali. Sebelum bermula, kita
bincang dulu tentang cara berfikir
untuk menghadapi isu sebegini.

Pertama, firman Allah di dalam Surah
An-Nur ayat 59, "...jika kamu
berlainan pendapat mengenai sesuatu,
kembalikanlah ia kepada Al-Quran dan
Sunnahnya, JIKA KAMU BENAR - BENAR
BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI
KEMUDIAN".

Kedua, tidak menilai peribadi siapa
yang berkata, sama ada dia mufti atau
sekadar manusia biasa, tetapi menilai
apa yang dikata, bukan berdasarkan
logik akal semata, tetapi berdasarkan
Al-Quran dan Sunnah.

Ketiga, berpegang kepada Al-Maidah
ayat 8, "...dan janganlah kebencian
kamu terhadap sesuatu golongan atau
kaum itu mendorong kamu untuk tidak
bersikap adil, berlaku adillah, kerana
ia lebih dekat dengan takwa.." Tidak
kiralah jika hujah itu datang dari
golongan Salafi ke, PAS ke, UMNO ke,
pondok ke, Sister in Islam ke atau
Astora Jabat pun sekali, kita tidak
menilai peribadi, tetapi kita teliti
hujah mereka, dan membalas dengan
hujah juga.

Keempat, Al-Hujurat ayat6, "..jika
datang kepadamu orang fasik membawa
berita, maka periksalah dengan
teliti..".

Ini adalah kaedah berfikir.Contoh
implementasi kaedah, jika ada orang
memberitahu kita bahawa epal itu hijau
walhal kita sudah biasa turun temurun
bahawa epal itu merah, janganlah kita
terus menolak, tetapi kita lihat bukti
dan hujah mengapa beliau mengatakan
demikian, jika dia benar kita setuju,
jika hujahnya tidak meyakinkan kita
setelah diteliti tanpa bias dan
emosional, barulah kita menolaknya.

Jelas?

Dalam isu ini, pada mulanya saya
mengambil sikap tidak endah kerana isu
ini bukan baru.Namun saya agak
terkejut dengan reaksi banyak pihak
mengenai kenyataan tersebut.Saya tidak
terkejut dengan kenyataan itu,tetapi
dengan reaksi tersebut.

Antaranya:
1) Saya mendapat sms yang bertanya
adakah Mufti Perlis melarang ops cegah
maksiat kerana dianggap memalukan
Malaysia menjelang Tahun Melawat
Malaysia? Datang dari mana pulak
kenyataan ini?

2) Seorang penceramah dari sebuah
parti, mengeluarkan kenyataan bahawa
Islam Hadhari bertambah setapak lagi,
bukan sekadar menari, tetapi sekarang
ini, nak beromen di hotel pun mudah.
Nauzubillah. Ini juga agak mengejutkan
kerana parti yang sama selama ini
berkempen agar jangan mudah
mempercayai media arus perdana yang
didakwa banyak menyeleweng kenyataan
pemimpin mereka, tetapi dalam isu ini,
mereka tidak mengamalkan pendirian
yang sama dan mempercayai media
sepenuhnya.

3)Kenyataan TERAS bahawa undang-undang
di Malaysia telah memaktubkan bahawa
Jabatan Agama berhak melakukan serbuan
tersebut. Kenyataan ini agak
mengejutkan bagi saya kerana selama
ini TERAS sering membuat forum
mempersoalkan undang-undang di
Malaysia sebagai tidak Islamik dsbnya,
sekarang mereka menjadi pejuang undang-
undang tersebut pula. Kedua, wahai
TERAS, mana lagi utama, undang-undang
ciptaan manusia atau yang datang dari
Allah.Bukankan ini slogan yang sering
anda laungkan?

Pendapat saya:

1) Isu ini jadi besar hanyalah kerana
orang yang memperkatakannya adalah
seorang yang alirannya tidak disenangi
beberapa aliran lain. Jika kenyataan
ini dikeluarkan oleh orang lain,
mungkin ia tidak terlalu menjadi isu.

Mengapa saya kata demikian? Kerana isu
ini bukan baru, telah ditimbulkan
ramai pihak dari pelbagai aliran.
Antaranya, seorang yang dianggap Bapa
Ilmuwan Fiqh di Malaysia, beraliran
tradisional, Pakar di dalam Manhaj
Fiqh Syafiiyyah, Prof. Dato' Dr.
Mahmood Zuhdi, bekas Dekan APIUM,
pernah mengeluarkan kenyataan yang
sama 12 tahun yang lepas. Tetapi isu
ini tidak hangat dibicarakan seperti
ini. Kenyataan beliau dikesampingkan
begitu sahaja.

Ilmuwan Islam terkenal dunia, Prof.
Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga telah
menulis tentang perkara ini di dalam
bukunya Fiqh Daulah berpuluh tahun
yang lepas. Kenapa tidak dianggap
beliau sebagai anti-syariat?

Ustaz yang paling saya sayangi dan
hormati, Ustaz Al-Kautsar, beraliran
pondok, juga mempunyai pendapat yang
sama, jadi selamat untuk saya katakan
bahawa kenyataan tersebut bukan
pendirian sebuah aliran tetapi
pendirian banyak ulama’ pelbagai
aliran dari dahulu lagi.Ianya bukan
benda baru.

Imam Besar, Pengarang Kitab Ihya
Ulumuddin juga ada membawa kisah
Saidina Umar yang menangkap orang
berkhalwat di rumah dan kemudian orang
itu pula mendakwa Umar mengintip
mereka lalu Umar dihukum bersalah
kerana mengintip. Bila kitab ini
ditulis? Dah beratus tahun.

So, apa yang dikatakan isu baru itu?

2) Kegagalan meneliti hujah. Ramai
yang marah-marah ini sama ada hanya
mendengar cerita dari orang lain
ataupun tidak tahu bagaimana permainan
media ataupun memang tidak menyukai
Dr.Asri. Di mana di dalam artikel itu
beliau mengatakan hentikan operasi
cegah maksiat? Beliau hanya cuba
meminta beberapa prosedur di dalam
operasi itu dikaji semula agar
memenuhi syariat. Permainan media,
mereka sudah pasti akan mengsensasikan
isu, tugas editor adalah untuk
meletakkan tajuk di muka hadapan untuk
melariskan suratkhabar walaupun tajuk
itu kurang tepat atau mungkin salah
berbanding berita sebenar. Rujuk
cerita Spiderman.Dan mungkin juga
boleh rujuk berita-berita lain di
dalam akhbar.

Isu di sini bukan menangkap orang
khalwat, tetapi MENGINTIP.

3) Salah atau benar kenyataan itu
sendiri. Akhbar mungkin tidak
menyiarkannya, tetapi anda boleh
mengkajinya sendiri.

Sila Rujuk Al-Hujurat ayat
12 “....janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang"

Sila rujuk Riwayat Saidina Umar
tersebut.

Sila cari dalil atau riwayat kes
serbuan khalwat yang diadakan pada
zaman Rasulullah atau sahabat. Ada
juga yang berhujah, dulu orang semua
baik-baik, tak macam sekarang. Siapa
kata dulu baik-baik? Rasulullah
menghadapi pelbagai kepayahan untuk
menjadikan orang dahulu baik-baik,
lihat bagaimana Rasulullah mendidik.

Sila perhatikan hadith “Man ra’a
Minkum Munkaran...” Barang siapa yang
MELIHAT kemungkaran“..Lihat, maksudnya
perkara itu terjadi di hadapan mata.

JAIS sendiri tidak membantah kenyataan
tersebut di dalam kenyataan media yang
mereka keluarkan.

Cuma Jabatan Agama Islam Perak
membantah, tetapi dengan hujah, jika
kami tidak buat demikian, apa lagi
yang kita boleh buat? Ikhwah, maksiat
berleluasa di tempat awam, itu boleh
anda cegah terus, tak perlu mengintip.
Dan kerja ada banyak ,bagaimana kita
boleh kata tiada kerja.

Dalam isu ini, yang saya perhatikan
adalah ramai di antara kita cuba
berfikir menggunakan akal logik
semata, dan membelakangkan Al-Quran
dan Sunnah. Kita kata kalau tak buat
macam tu, maksiat berleluasa, cakap
macam tu, membuktikan kita redha
dengan maksiat. Ikhwah, ini semua
cakap-cakap logik akal semata, ini
bukan dalil.
Kita dah tak percaya dengan Allah ke?
Janganlah kebencian kita pada Mufti
itu menyebabkan kita mengelincirkan
akidah kita. Kalaupun dia terlepas di
dunia, adakah akhirat dia lepas? Kalau
si pelaku tahu azab di akhirat lebih
berat dari yang di dunia, mereka akan
lebih rela dihukum di dunia.

Islam is all about Prevention, not
cure. Kita didik masyarakat.

Sedikit terkeluar topik, saya lihat
PAS banyak menyerang Dr. Asri dalam
pelbagai isu. Saya kurang pasti
adakah saya yang kurang faham, ataupun
mereka yang tidak faham. Dr. Asri
adalah pengasas kepada jemaah PAS di
Jordan. Beliau adalah antara orang
yang dipercayai oleh Allahyarham ustaz
Fadzil Noor dan diharap dapat menaiki
tampuk pimpinan PAS. (Sumber dari ustaz.
Hasrizal Jamil,Saifulislam). Jadi kita
boleh kata, Dr. Asri ini juga adalah
orang PAS. Mungkin jika orang PAS tahu
bahawa Dr. Asri ini adalah orang PAS,
mungkin kenyataan itu tidak akan
dihentam teruk?

Jika benar,ini adalah silap kita
semua. Kita terlalu mementingkan
aliran. Kita mengatakan kita ni PAS,
kita ni Salaf, kita ini pondok, kita
ini tabligh dan sebagainya, tapi kita
terlupa yang kita ni Islam dan kita
ini bersaudara. Taksub kita pada
aliran membutakan kita pada kebenaran
hujah dan rasa kasih sayang sesama
Islam. Siapakah kamu wahai orang PAS?
Kamu Muslim. Siapakah kamu wahai
salafi? Kamu juga Muslim.Siapakah kamu
wahai tradisionalis, kamu juga muslim.

Kita sebenarnya patut menyayangi
antara satu sama lain. Sedih di hati
saya bila mana melihat bila satu
aliran Islam di”belasah” oleh musuh
Islam, aliran yang lain bukan sahaja
tidak membantu, tetapi turut menyertai
membelasah sama sesebuah aliran itu.
Mana ukhwah Islamiyyah? Kita lebih
pentingkan aliran dari Islam.

Kepada Dr.Asri, Alhamdulillah ada
hikmah di sebalik kejadian ini. Yang
saya dapat lihat adalah, kenyataan
anda disokong oleh pihak yang selama
ini sentiasa membantah hujah-hujah
Islam seperti SIS dan Menteri
Penerangan, juga suratkhabar seperti
the STAR dan pembaca-pembacanya yang
banyak memuji saudara, gunakanlah
kepercayaan dan sokongan itu untuk
menarik mereka ke jalan yang benar.
Dan selagi mana saudara di jalan yang
benar, saya akan menyokongnya, dan
jika saudara perlu disedarkan, insya
Allah, kami akan menegur dan jika kami
silap, tegurlah kami.

Till then, hentikanlah persengketaan,
lakukanlah kerja Islam, dan sayangilah
antara satu sama lain.

Azmil Abrar

p/s: ana secara peribadi sangat kecewa dengan sikap SEGELINTIR ahli PAS yang masih kuat ketaksubannya kepada jemaah (boleh lihat sendiri reaksi mereka thdp isu mengintip ni)

tolonglah akhi,ubahlah SIKAP!!! tolonglah!!!!
sepatutnya org yang dah diTARBIYAH seperti antum dah diajar adab dalam menerima perbezaan pendapat..boleh tak antum berlapang dada menerima perbezaan pendapat???boleh tak???

Kenapa ada diantara antum yang menyindir2 kenyataan mufti perlis dengan berkata "Islam Hadhari bertambah setapak lagi,
bukan sekadar menari, tetapi sekarang
ini, nak beromen di hotel pun mudah". Kenapa akhi kenyataan seperti itu keluar dari org yang dah mengaku diTARBIYAH dengan tarbiyah islam???Kenapa???

AKHLAK & SIKAP itu penting akhi....
dengan AKHLAK & SIKAP yang baik..org akan mudah tertarik dengan dakwah antum..
fikir2lah akhi..dah lebih 50 tahun antum berdakwah ke masyarakat tetapi dakwah antum kaku...!!!tak menarik minat masyarakat untuk berjuang bersama2 antum!!!!
Kenapa akhi?? mungkin SIKAP &AKHLAK antum akhi....
jika antum nak dakwah antum ini sukses,ubahlah SIKAP &AKHLAK antum dari sekarang....
contohilah SIKAP &AKHLAK rasulullah s.a.w..

**maaf saudara al-qassam.saya copy paste posting anda.=)

Bookmark and Share

  Member Information For aki_-_haluProfil   Hantar PM kepada aki_-_halu   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 26-12-06 23:08

Em tunggu dan lihat sajalah agaknya

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

pharmaton
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21480
Posting: 118
Dari: Kuantan

Pahang  

posticon Posting pada: 27-12-06 01:13

dalam isu khalwat ni rasanya mufti perlis perlu kaji balik kenyataan yang diberikan tempoh hari.

rasa macam kenyataan beliau itu disambut baik dengan tepukan dan sorakan gilang gemilang oleh kaki2 maksiat.

Bookmark and Share

  Member Information For pharmatonProfil   Hantar PM kepada pharmaton   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 08:35

hmmm...rasanya media yang memutarbelitkan kenyataan....

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 27-12-06 10:44

Assalamualaikum...
Lihatlah yang baik jangan pandang pada yang buruk saja...
Mungkin itu lebih baik..
Pada saya, apa yang dr asri buat itu ada benarnya. Mungkin isu lain, dia masih belum bersedia untuknya...
Janganlah lihat yang negatif saja...
Sekadar pendapat..

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 10:47

!!! QUOTE !!!

p/s: ana secara peribadi sangat kecewa dengan sikap SEGELINTIR ahli PAS yang masih kuat ketaksubannya kepada jemaah (boleh lihat sendiri reaksi mereka thdp isu mengintip ni)

tolonglah akhi,ubahlah SIKAP!!! tolonglah!!!!
sepatutnya org yang dah diTARBIYAH seperti antum dah diajar adab dalam menerima perbezaan pendapat..boleh tak antum berlapang dada menerima perbezaan pendapat???boleh tak???

Kenapa ada diantara antum yang menyindir2 kenyataan mufti perlis dengan berkata "Islam Hadhari bertambah setapak lagi,
bukan sekadar menari, tetapi sekarang
ini, nak beromen di hotel pun mudah". Kenapa akhi kenyataan seperti itu keluar dari org yang dah mengaku diTARBIYAH dengan tarbiyah islam???Kenapa???

AKHLAK & SIKAP itu penting akhi....
dengan AKHLAK & SIKAP yang baik..org akan mudah tertarik dengan dakwah antum..
fikir2lah akhi..dah lebih 50 tahun antum berdakwah ke masyarakat tetapi dakwah antum kaku...!!!tak menarik minat masyarakat untuk berjuang bersama2 antum!!!!
Kenapa akhi?? mungkin SIKAP &AKHLAK antum akhi....
jika antum nak dakwah antum ini sukses,ubahlah SIKAP &AKHLAK antum dari sekarang....
contohilah SIKAP &AKHLAK rasulullah s.a.w..

Masalah sikap ini bukan sahaja berlaku dalam PAS sahaja, tetapi berlaku juga dalam kelompok Salafi. Salafi Ultra yang mendakwa mereka sahajalah yang betul...

Sudah terlalu banyak kritikan dr.asri terhadap PAS sebelum ini, mungkin ini yang menyebabkan orang-orang PAS tidak dapat menerima pandangan dr.asri yang dianggap lebih mempertahankan Kerajaan yang jelas sekularnya dari mempertahankan Gerakan Islam.

Banyak lagi isu-isu maksiat lain yang jelas maksiatnya yang perlu ditegur oleh dr.asri....Isu-isu konsert maksiat yang bebas dianjurkan, bercambahnya pusat-pusat disko dan pub, rumah-rumah urut yang mendapat lesen dan 1001 masalah sosial yang kronik akibat lesen dan permit yang dikeluarkan kerajaan.

Dr.asri memilih untuk bertembung dengan PAS dalam beberapa siri kritikannya dalam Majalah I, dalam masa yang sama tidak menegur Kerajaan dalam isu-isu kemungkaran yang besar, yang jelas merosakkan masyarakat.

Mungkin beliau ada hujahnya dalam pendekatan dakwahnya, tapi Kenapa perlu PAS juga yang ingin dikritik...

Kesal dengan sikap mufti Malaysia apabila Tarian Lucah oleh kumpulan Pussycat doll diizinkan di malaysia, juga kesal apabila pimpinan Islam Hadhari menghadiri Konsert Bollywood yang dihidangkan dengan tarian separuh bogel juga........Hanya Ulamak PAS yang menegur perkara ini.

Bookmark and Share

  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 11:32

MENANTI TEGURAN MUFTI-MUFTI MALAYSIA TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA ATAS PENGANJURAN PESTA MAKSIAT BOLLYWOOD INI

saksikanlah.......bukan niat untuk menodai mata-mata sahabat sahabiah sekalian, tapi inilah kebenaran yang berlaku di Malaysia, tak cukup dengan kumpulan tarian lucah Pussycat Doll, IIFA award di Genting, sekarang....inilah yang dihidangkan kepada masyarakat.

/

/

/

Ini Malaysia ni syeikh....Dulu Sohibus Samahah Dato' Harussani yang kusayangi dah tegur Bollywood, tapi Suara Agama dalam pentadbiran islam hadhari ni mana boleh pakai.....Suara Mufti ni Suara Al-Quran Hadith, tapi Al-Quran Hadith ni buat selipar boleh lah...buat pijak2....nak daulatkannya, masuk ISA dulu lah...

p/s : Bukan marah cuma takut diri yang kerdil dan lemah ni terpengaruh dan asyik dengan Tarian Lucah Bollywood, tak pasal-pasal kena lanyak dengan munkar nakir dalam kubur
[ Telah diedit oleh: AzmilMustapha pada 27-12-06 11:34 ]

Bookmark and Share

  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 14:36

azmil, ana setuju dengan anta....

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 18:10

Pada 27-12-06 11:32 , AzmilMustapha posting:

!!! QUOTE !!!

MENANTI TEGURAN MUFTI-MUFTI MALAYSIA TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA ATAS PENGANJURAN PESTA MAKSIAT BOLLYWOOD INI

saksikanlah.......bukan niat untuk menodai mata-mata sahabat sahabiah sekalian, tapi inilah kebenaran yang berlaku di Malaysia, tak cukup dengan kumpulan tarian lucah Pussycat Doll, IIFA award di Genting, sekarang....inilah yang dihidangkan kepada masyarakat.

/

/

/

Ini Malaysia ni syeikh....Dulu Sohibus Samahah Dato' Harussani yang kusayangi dah tegur Bollywood, tapi Suara Agama dalam pentadbiran islam hadhari ni mana boleh pakai.....Suara Mufti ni Suara Al-Quran Hadith, tapi Al-Quran Hadith ni buat selipar boleh lah...buat pijak2....nak daulatkannya, masuk ISA dulu lah...

p/s : Bukan marah cuma takut diri yang kerdil dan lemah ni terpengaruh dan asyik dengan Tarian Lucah Bollywood, tak pasal-pasal kena lanyak dengan munkar nakir dalam kubur

Ana rasa mungkin dia sengan agaknya nak tegur.... yelah dia punya murabi kan si shahidan....... shahidan tu palak kloni2 pak lah.... than mereka semua kan ahli majlis dewan ulama' islam hadhari....
so....... hee... pk2.... nak kekal lama kena pandai main angin.....

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 19:27

kan aku dah kata maruz.....budak aye ini..kalau dah start,tak boleh nak henti...

kalau komen yang ok macam komen azmil Tak apalah....tak emo...

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 20:05

Bagi yang tidak dapat view gambar yang diattachkan, anda semua boleh lihat di

http://www.n32.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 20:11

bagi sayalah azmil,memang benar Dr.asri memilih untuk bertembung dengan PAS dalam beberapa siri kritikannya dalam Majalah I, tapi apakah respon ahli PAS tersebut suatu akhlak yang baik.....

perlukah 'kejahatan' dibalas dengan 'kejahatan'???

boleh tak ikut apa yang rasulullah buat...yang ikhwanul muslimin buat...yang hamas buat??? PAS kan mengaku mengikut manhaj IM..

tau tak apa yang dibuat??rasulullah balas 'kejahatan' dengan kebaikan..

saya setuju dengan al-qassam...SIKAP & AKHLAK tu perlu diubah..

apakah sikap rasulullah thdp wanita yahudi buta yang sering mencerca nabi s.a.w??

tahu tak apakah sikap HAMAS apabila org FATAH menembak mati org HAMAS??

betul kata al-qassam...dakwah itu dengan kasih sayang...bukannya menanam kebencian..

anggaplah dr asri itu MAD'U...BUKANNYA MUSUH....

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 27-12-06 23:25

Ini bukan soal kejahatan dibalas dengan kejahatan tapi soal kritikan dr.asri yang tidak berasas dr.asri terhadap PAS. Dr.Asri menghukum PAS berdasarkan sikap seorang kawannya seorang ahli PAS yang dilihat tidak berprinsip. Bolehkah mengukur sesebuah jemaah itu hanya dengan melihat pada pada anggotanya...

Jika itulah ukurannya, di dalam Kelompok Salafi juga ada pengikut-pengikutnya yang ekstrim dan suka menghukum orang sesat. Bolehkah dikatakan perjuangan Salafi ini tidak betul hanya kerana seorang ahlinya yang eksterim....

PAS menerima kritikan sebagai suatu teguran untuk membina tetapi jika ia keterlaluan sehinggakan menuduh PAS TIDAK BERPRINSIP ia sudah menjadi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Yang saya kesalkan, Kenapa PAS menjadi sasaran dr.asri sedangkan ada lagi kemungkaran yang lebih besar yang patut Dr.Asri kecam dan kritik...Dr.Asri dan PAS tidak sepatutnya bertembung kerana kedua-duanya memperjuangkan Islam. Yang menolak ISlam jelas siapa mereka...

Dr.Asri bukan Mad'u, dia adalah Da'i (pendakwah), dan PAS tidak pernah menggangapnya musuh, cuma ingin menjawab kekeliruan yang ditimbulkannya, salah ke ?

Kalau saudara sekalipun dituduh dengan sesuatu yang tidak betul, secara warasnya saudara akan bertindak mempertahankan diri saudara, betul tak ?

Bookmark and Share

  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 00:10

Pada 27-12-06 23:25 , AzmilMustapha posting:

!!! QUOTE !!!

PAS menerima kritikan sebagai suatu teguran untuk membina tetapi jika ia keterlaluan sehinggakan menuduh PAS TIDAK BERPRINSIP ia sudah menjadi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

ana baca banyak kali dah artikel yang dimaksudkan tu, tapi tak jumpa pulak tuduhan yang enta sebutkan. bila masa Dr. MAZA kata PAS parti yang tak berprinsip? teguran Dr. MAZA adalah terhadap SIKAP segelintir ahli & pimpinan PAS, bukan dasar2 PAS itu sendiri

sebab ramai yang tak dapat bezakan yang mana teguran terhadap SIKAP ahli & yang mana teguran terhadap DASAR partilah timbul isu serangan peribadi & fitnah kepada Dr. MAZA & tokoh2 lain...

kalau ada Dr. MAZA sebutkan PAS adalah parti yang tak berprinsip, ana minta akhi kemukan bukti (ana sertakan link artikel yang dimaksudkan di sini)

Siasah Tanpa Prinsip

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 28-12-06 00:12 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 00:20

Pada 27-12-06 19:27 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

kan aku dah kata maruz.....budak aye ini..kalau dah start,tak boleh nak henti...

batu api yang suka buat provokasi macam tu kadangkala elok tak payah layan....

kalau Dr. MAZA keluarkan kenyataan tentang mengintip pasangan khalwat tu pada tahun 1995, confirm Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi & penyokong2 PAS (agaknya termasuklah sahabat kita tu) sokong 500% kenyataan Dr. MAZA

tentu Mohamad Sabu pun tak kena tangkap, didakwa atas tuduhan khalwat dengan isteri org kat bilik hotel & dimalukan menggunakan media arus perdana scra besar2 an - yang mana tangkapan dilakukan hasil intipan daripada sumber yang tak dapat dipastikan keshahihannya.... pimpinan PAS pun waktu tu tak lah jenuh nak backing Mohamad Sabu waktu tu, kan???

tak ada lah waktu tu depa bising nak kata Dr. MAZA asyik tumpu soal2 furu' tapi tak mahu sentuh isu yang besar

dunia ohhhh dunia :roll:

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 28-12-06 00:27 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 00:34

!!! QUOTE !!!

ana baca banyak kali dah artikel yang dimaksudkan tu, tapi tak jumpa pulak tuduhan yang enta sebutkan. bila masa Dr. MAZA kata PAS parti yang tak berprinsip? teguran Dr. MAZA adalah terhadap SIKAP segelintir ahli & pimpinan PAS, bukan dasar2 PAS itu sendiri

sebab ramai yang tak dapat bezakan yang mana teguran terhadap SIKAP ahli & yang mana teguran terhadap DASAR partilah timbul isu serangan peribadi & fitnah kepada Dr. MAZA & tokoh2 lain...

kalau ada Dr. MAZA sebutkan PAS adalah parti yang tak berprinsip, ana minta akhi kemukan bukti (ana sertakan link artikel yang dimaksudkan di sini)

Adalah malang, jika jamaah atau kumpulan atau individu yang tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras kepada perjuangannya. Maka kita lihat berpecah-pecah pendirian antara mereka dalam masalah prinsip. Mereka hanya bertemu dan seragam dalam isu-isu semasa. Seperti ada yang sokong akidah Syiah, ada Mu’tazilah, ada penyeru para wali dan yang pula berakidah ahli sunnah. Soal prinsip berbeza. Namun soal senjata nuklear, isu perundangan dan beberapa perkara semasa kelihatan sama. Ini bercanggahan dengan rupa bentuk dakwah anbiya dan generasi salaf. Mereka mungkin berbeza dalam sesuatu isu dan pendekatan, namun mereka tegas dan tegap dalam masalah prinsip.

Jemaah itu merujuk kepada Jemaah mana lagi kalau bukan PAS.

Tak apalah akhi, ana tidak berhasrat untuk melanjutkan perdebatan yang tak kemana ini. Kita lupakanlah perkara yang dah berlalu....ana ulangi, PAS dan Dr.Asri tidak sepatutnya bertembung, kita sepatutnya bertembung dengan Kepimpinan Hadhari yang jelas merosakkan masyarakat dengan hidangan-hidangan maksiat.

Bookmark and Share

  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 07:35

bagi sayalah azmil...
memang betul...kalau kita dituduh dengan sesuatu yang tidak betul, secara warasnya kita akan bertindak mempertahankan diri...

tetapi apa yang menjadi kesalahan disini yang ingin saya tekankan ialah berAKHLAK dengan baiklah ketika menjawab kritikan tersebut,bukannya menjawab kritikan itu sambil MENYERANG PERIBADI .....MENYINDIR2 yang menampakkan kebencian kita

sebagai contoh..MENYINDIR seperti ayat ini:-

Ana rasa mungkin dia sengan agaknya nak tegur.... yelah dia punya murabi kan si shahidan....... shahidan tu palak kloni2 pak lah.... than mereka semua kan ahli majlis dewan ulama' islam hadhari....

Kenapa perlu menjawab kritikan sambil MENYINDIR2 & SERANG PERIBADI org lain?????
ini ke AKHLAK org yang mendapat TARBIYAH islam???....
ini ke AKHLAK yang sesuai dijadikan contoh kepada masyarakat supaya masyarakat tertarik dengan dakwah kita????

kalau macam ni lah AKHLAK seorang DA'I..alamatnya makin ramaila org yang memBENCI dakwah yang dibawa kepada mereka....

agaknya ia pun nak jawab kritikan2 yang dilontarkan kepada kita....jagalah AKHLAK kita!!!!!! jangan lah sampai menghentam/menyindir2 peribadi org lain....

itu sebenarnya isu yang saya maksudkan...
tak salah nak mempertahankan diri..tapi berAKHLAK ketika pertahankan diri...jangan sampai sindir2 org lain....

ingat!awak tu jemaah yang nak bawa ISLAM!AKHLAK awak org pandang!jangan disebabkan sikap segelintir ahli menyebabkan dakwah islam diBENCI masyarakat!jangan sampai ia membawa fitnah thdp islam itu sendiri....

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 08:50

Pada 28-12-06 07:35 , anti_alasan posting:

oooo......sebab org bperangai macam ana ni.... akhi anti_alasan dan fathurahman menuduh macam ni sikap org pas????
tak patut tau..... sebab ana bukan org pas.... cuma ana sokong pas...sebab dia mbawa islam yang lebih releven bbanding dengan jemaah islah..... tapi kdua2 ana join..... mat rempit kat kl pun ana join.... janji tak mdatang kmaksiatan ana join.....
maaflah kalau pgikut2 mufti baru kita trasa.... apapun antum kena juga slidik....betul ke padangan pribadi ana ni..... afuwan banyak-banyak....
ana selut dengan mufti baru ni tau, sebab dia hebat bdebat dengan astora sampai gelabah si astora.....
hmmmm....

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 08:55

Pada 28-12-06 00:10 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 23:25 , AzmilMustapha posting:

!!! QUOTE !!!

PAS menerima kritikan sebagai suatu teguran untuk membina tetapi jika ia keterlaluan sehinggakan menuduh PAS TIDAK BERPRINSIP ia sudah menjadi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

ana baca banyak kali dah artikel yang dimaksudkan tu, tapi tak jumpa pulak tuduhan yang enta sebutkan. bila masa Dr. MAZA kata PAS parti yang tak berprinsip? teguran Dr. MAZA adalah terhadap SIKAP segelintir ahli & pimpinan PAS, bukan dasar2 PAS itu sendiri

sebab ramai yang tak dapat bezakan yang mana teguran terhadap SIKAP ahli & yang mana teguran terhadap DASAR partilah timbul isu serangan peribadi & fitnah kepada Dr. MAZA & tokoh2 lain...

kalau ada Dr. MAZA sebutkan PAS adalah parti yang tak berprinsip, ana minta akhi kemukan bukti (ana sertakan link artikel yang dimaksudkan di sini)

Siasah Tanpa Prinsip

Try anta hayati balik ucapan Dr Maza time forum tajdid siri kdua di uia lepas.... ana kat dalam tu.....tu bulan puasa.... kalau tak bulan puasa....hmmm..

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 09:02

Pada 28-12-06 00:20 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 19:27 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

kan aku dah kata maruz.....budak aye ini..kalau dah start,tak boleh nak henti...

batu api yang suka buat provokasi macam tu kadangkala elok tak payah layan....

kalau Dr. MAZA keluarkan kenyataan tentang mengintip pasangan khalwat tu pada tahun 1995, confirm Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi & penyokong2 PAS (agaknya termasuklah sahabat kita tu) sokong 500% kenyataan Dr. MAZA

tentu Mohamad Sabu pun tak kena tangkap, didakwa atas tuduhan khalwat dengan isteri org kat bilik hotel & dimalukan menggunakan media arus perdana scra besar2 an - yang mana tangkapan dilakukan hasil intipan daripada sumber yang tak dapat dipastikan keshahihannya.... pimpinan PAS pun waktu tu tak lah jenuh nak backing Mohamad Sabu waktu tu, kan???

tak ada lah waktu tu depa bising nak kata Dr. MAZA asyik tumpu soal2 furu' tapi tak mahu sentuh isu yang besar

dunia ohhhh dunia :roll:

hehee.... tahun 1995....!!!!!!!! kalau yusof al-qadawi, mungkin dah boleh keluarkan fatwa/ pdirian.....
tapi kalau mufti ni..... hmmm..... tak masuk akallah..... entah2 dgree kat jordan pun belum habis lagi.... duduk tgah hafal kitab kuning lagi agaknya.... hmm.... ni dah macam taksub pada individu ni..... sebab setahu ana pgikut rufaqa pun kata macam ni juga pada ashaari, macam-macam karamah....
aiii...dunia-dunia...

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 09:06

Pada 28-12-06 00:34 , AzmilMustapha posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

ana baca banyak kali dah artikel yang dimaksudkan tu, tapi tak jumpa pulak tuduhan yang enta sebutkan. bila masa Dr. MAZA kata PAS parti yang tak berprinsip? teguran Dr. MAZA adalah terhadap SIKAP segelintir ahli & pimpinan PAS, bukan dasar2 PAS itu sendiri

sebab ramai yang tak dapat bezakan yang mana teguran terhadap SIKAP ahli & yang mana teguran terhadap DASAR partilah timbul isu serangan peribadi & fitnah kepada Dr. MAZA & tokoh2 lain...

kalau ada Dr. MAZA sebutkan PAS adalah parti yang tak berprinsip, ana minta akhi kemukan bukti (ana sertakan link artikel yang dimaksudkan di sini)

Adalah malang, jika jamaah atau kumpulan atau individu yang tidak tahu apakah prinsip yang menjadi teras kepada perjuangannya. Maka kita lihat berpecah-pecah pendirian antara mereka dalam masalah prinsip. Mereka hanya bertemu dan seragam dalam isu-isu semasa. Seperti ada yang sokong akidah Syiah, ada Mu’tazilah, ada penyeru para wali dan yang pula berakidah ahli sunnah. Soal prinsip berbeza. Namun soal senjata nuklear, isu perundangan dan beberapa perkara semasa kelihatan sama. Ini bercanggahan dengan rupa bentuk dakwah anbiya dan generasi salaf. Mereka mungkin berbeza dalam sesuatu isu dan pendekatan, namun mereka tegas dan tegap dalam masalah prinsip.

Jemaah itu merujuk kepada Jemaah mana lagi kalau bukan PAS.

Tak apalah akhi, ana tidak berhasrat untuk melanjutkan perdebatan yang tak kemana ini. Kita lupakanlah perkara yang dah berlalu....ana ulangi, PAS dan Dr.Asri tidak sepatutnya bertembung, kita sepatutnya bertembung dengan Kepimpinan Hadhari yang jelas merosakkan masyarakat dengan hidangan-hidangan maksiat.

Akhi azmil..... mugkin mufti kita ini tak maksudkan kepada jemaah pas agaknya..... mugkin beliau maksudkan jemaah HT, Sufi atau tabligh..... sebab banyak selar2an bliau pada jemaah ni selain pas....
better kita join jemaah sunnah lah.... sebab ia bpegan pada prinsip salafusoleh........hmmmm, jom

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 09:14

Pada 27-12-06 20:11 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

bagi sayalah azmil,memang benar Dr.asri memilih untuk bertembung dengan PAS dalam beberapa siri kritikannya dalam Majalah I, tapi apakah respon ahli PAS tersebut suatu akhlak yang baik.....

perlukah 'kejahatan' dibalas dengan 'kejahatan'???

boleh tak ikut apa yang rasulullah buat...yang ikhwanul muslimin buat...yang hamas buat??? PAS kan mengaku mengikut manhaj IM..

tau tak apa yang dibuat??rasulullah balas 'kejahatan' dengan kebaikan..

saya setuju dengan al-qassam...SIKAP & AKHLAK tu perlu diubah..

apakah sikap rasulullah thdp wanita yahudi buta yang sering mencerca nabi s.a.w??

tahu tak apakah sikap HAMAS apabila org FATAH menembak mati org HAMAS??

betul kata al-qassam...dakwah itu dengan kasih sayang...bukannya menanam kebencian..

anggaplah dr asri itu MAD'U...BUKANNYA MUSUH....

hmmm...... tapi satu saja ana nak betulkan fakta....
Selama ana join dengan pdokong2 pas, ana tak nampak pun mereka kata Dr Asri ni musuh...... aiii, ni dah macam fitnah......
Time kovesyen tarbiyah 2006 yang lepas pun.... tak spatah pun nama asri disebut....... malah tak ada pun dbincangkan tentang jemaah yang dr asri bawa.....    sbaliknya yang banyak dbincangkan macam mana nak pastikan dakwah pas bkesan, ptarbiyah mantap dan pjuangan yang bperinsip..... baru boleh tadbir negara......
kalau nak bincang tentang asri!!!! buat bazir masa saja......
biarlah si mereka bersama labu-labunye.... hmmm

takbir!!!

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 10:04

memangla mereka tak kata direct yang dr. asri ini musuh....

tetapi MENYINDIR2 & MENYERANG PERIBADI org lain jelas menunjukkan akhlak yang buruk segelintir ahli seolah-olah dr asri itu musuh...

mungkin ini hanya sikap SEGELINTIR ahli sahaja..tapi masyarakat pandang!jangan disebabkan akhlah buruk ini,membuatkan masyarakat lari dari dakwah islam!siap yang rugi??orang-orang islam juga........

janganlah kita menjadi FITNAH thdp dakwah....

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 11:02

Pada 28-12-06 09:02 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

hehee.... tahun 1995....!!!!!!!! kalau yusof al-qadawi, mungkin dah boleh keluarkan fatwa/ pdirian.....
tapi kalau mufti ni..... hmmm..... tak masuk akallah..... entah2 dgree kat jordan pun belum habis lagi....

sebab tu lah ana sebut KALAU. faham maksud KALAU ke tak? KALAU tak faham, semak dalam kamus bahasa

Pada 28-12-06 10:04 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

memangla mereka tak kata direct yang dr. asri ini musuh....

siapa kata tak cakap direct? waktu muktamar yang baru lepas Idris Ahmad terang-terang saja tuduh dr. MAZA & Ustaz Mazlee sebagai agen umno

sebab tu ana sebut dalam thread lain, yang perangai buruk & buat fitnah ni bukan calang2 org, tapi dr kalangan pimpinan jugak

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 28-12-06 11:06 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 11:41

Saya nak tanya pada anti alasan dan faturrahman

Kenapa Dr. MAZA PERLU MENYERANG PAS?

APA sebab PAS JADI SASARAN Dr.MAZA?

Kenapa UMNO (yang jelas merosakkan islam) TIDAK DISERANG LANGSUNG OLEH Dr.MAZA?

adakah Dr. MAZA berdendam dengan PAS??

Kenapa PERLU JADI MACAM NI?

ISLAM SURUH BERDENDAM?

siapa yang mulakan peperangan/pertembungan ini??
Dr.MAZA kan yang mulakannya?

JAWAP!

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 12:03

Kenapa dr maza mengkritk pas??..itu saya tak tahu..
saya berhusnudzon yang dr maza kritik pas bukan kerana dendam..

tapi yang ditekankan disini ialah AKHLAK kita apabila menjawab kritikan!!!!
Kenapa kita perlu menyerang peribadi& menyindir2 peribadi org lain apabila nak menjawab kritkan tersebut...

pas adalah jemaah dakwah yang nak bawa islam..
tak jadi masalah jika nak balas kritikan tetapi AKHLAK kena jaga..
jangan sampai ayat keluar ayat "agen UMNO"..PERLU KE MENYINDIR2 SEBEGITU RUPA???

inikah AKHLAK org islam???
inikah akhlak org yang diTARBIYAH??

insyaalah jika segelintir ahli PAS boleh menjaga akhlak ketika berhujah,tanpa perlu menyindir2 org lain....PAS akan mudah diterima dakwahnya ke masyarakat...

cuba lihat ikhwanul muslimin yang dikritik oleh wahabi ekstrem..
apakah mereka menjawab kritikan dengan menyerang peribadi & menyindir2 org lain seperti segelintir ahli PAS???
BUKANKAH pas mencontohi IM??

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 12:19

okla..

buku di bawah saya nak tunjukkan bahwa ikhwanul muslimin menjawab kritikan..tetapi mereka menjawab kritikan dengan AKHLAK yang baik...bukannya menyindir2 peribadi org lain & menyerang peribadi org lain....

http://www.dakwah.info/gallery/albums/Bahan%20Tarbiyyah/Buku%20Fikrah%20dan%20Dakwah/Ikhwanul_Muslimin.zip

sepatutnya PAS sudah lama mencontohi ikhwanul muslimin,tetapi disebabkan akhlak SEGELINTIR ahli pas menyebabkan masyarakat tidak tertarik dengan dakwah...akibatnya ia boleh menjadi fitnah kepada islam itu sendiri...

Bookmark and Share

  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 12:21

tu dia dah bekelai lagi...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 12:25

maruz:

Kenapa tanya kat kami, bukannya kami kasyaf boleh baca isi hati Dr. MAZA. bukan ke kamu kenal rapat dengan Dr. MAZA, awat tak tanya tuan punya badan sendiri?

plus, tak semua yang dibuat perlu dihebahkan pada umum. kalau tak pernah nampak atau dengar beliau tegur, tak semestinya beliau tak tegur. kang ana masuk bab tegur pemerintah, ada pulak yang kata aku tak faham konsep dakwah

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 12:46

sebab kami kenal Dr.MAZA lah maka kami* tidak taksub dengan beliau.

beliau seorang manusia biasa, ada kebaikan dan ada kelemahan.

kami yang kenal beliau, maka kami juga kenal kebaikan dan kelemahan beliau...

cuma kami tidak pernah nak membuka cerita itu, TIDAK PERNAH pun kerana kami menjaga nama baik Ulama' tidak kira khalaf maupun salaf.

Kami hormati Dr. MAZA sama seperti kami hormati Dr. Harussani, Dr. Harun Din, TG Nik Aziz, TG Abd Hadi Awang etc...mereka semua ulama' yang perlu dihormati (SELAGI TIDAK MENJADI ULAMA' SYAITAN)

TAPI masalahnya ialah pengikut Dr.MAZA sangat taksub dengan beliau...melampau-lampau sampai apabila ada orang yang menegur Dr.MAZA dituduhnya berfikiran sempit, tidak berlapang dada, taksubiyah, jumud, akhlak rendah dan sebagainya...
mereka tak cek diri sendiri, pandai saja tuduh orang lain tak berakhlak, jumud, taksub, ujub, tidak berlapang dada, tidak husnu dhon etc. padahal mereka juga sebegitu...

Kenapa PERLU JADI macam NI?

RENUNNGLA DIRI SENDIRI. MUHASABH KEMBALI.....

p/s: *kami = adalah bermaksud bekas pelajar Dr. MAZA (pernah ikuti kuliyah beliau di USM, beliau bekas pensyarah kami)
[ Telah diedit oleh: maruz pada 28-12-06 12:56 ]

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 28-12-06 12:53

Pada 28-12-06 12:25 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

maruz:

Kenapa tanya kat kami, bukannya kami kasyaf boleh baca isi hati Dr. MAZA. bukan ke kamu kenal rapat dengan Dr. MAZA, awat tak tanya tuan punya badan sendiri?

plus, tak semua yang dibuat perlu dihebahkan pada umum. kalau tak pernah nampak atau dengar beliau tegur, tak semestinya beliau tak tegur. kang ana masuk bab tegur pemerintah, ada pulak yang kata aku tak faham konsep dakwah

aik...nak tegur pemimpin pandai.. nak tegur badan macam JAKIM tak pandai pulak? dok peha... kawe... :roll:

nak tau jugak cara untuk menegur badan seperti JAKIM, kalau nak tegur pemerintah kena ada adab sudah tentu pada JAKIM begitu juga. Tanpa perlu nak buat pada akhbar atau sebagainya...takut nanti buka aib pula di katakan... :-(
[ Telah diedit oleh: Martyr pada 28-12-06 12:55 ]

Bookmark and Share

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 13:02

memang lah beliau manusia yang ada kelebihan & kekurangan. so mana tegurannya yang betul, kita terima. yang tak betul kita tolak. tak payahlah sampai keluar fitnah agen umno lah, pemecah belah masyarakat lah etc.... lepas tu buat tuduhan atas tiket parti Islam, guna nama Islam. betul ke macam tu?

dalam kes teguran terhadap sikap segelintir ahli/ pimpinan PAS, memang ana sokong beliau

dalam kes2 lain (esp. kritikan keras terhadap ustaz. Nuruddin al-Banjari), ana kurang setuju

-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 28-12-06 13:04 ]

Bookmark and Share

  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 13:13

masalahnya cara beliau menegur PAS seperti beliau menyerang seluruh Jamaah PAS... menyebabkan kelihatan seperti PAS tu sebuah jamaah yang sangat BURUK...

antum semua kena faham untuk bezakan cara menegur segelintir orang pas dengan tegur seluruh jamaah PAS...

ramai orang lihat, beliau menyerang JAMAAH PAS bukan segelintir orang PAS...dan beliau menyerang begitu tajam sehingga looks like pas is worst jamaah and look like pas is bad jamaah and should avoid joining pas....

benda macam ni tak baik...sebab merugikan/melemahkan siasah islam...

anta sendiri cakap ada kaedah dan cara menegur...begitu juga ada kaedah dan cara nak menegur jamaah seperti PAS supaya ia tidak melemahkan ukhwah islam, merugikan pejuang2 islam dan menguntungkan musuh2 islam...
[ Telah diedit oleh: maruz pada 28-12-06 13:15 ]

Bookmark and Share

  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  

posticon Posting pada: 28-12-06 13:19

Pada 28-12-06 13:02 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

memang lah beliau manusia yang ada kelebihan & kekurangan. so mana tegurannya yang betul, kita terima. yang tak betul kita tolak. tak payahlah sampai keluar fitnah agen umno lah, pemecah belah masyarakat lah etc.... lepas tu buat tuduhan atas tiket parti Islam, guna nama Islam. betul ke macam tu?

dalam kes teguran terhadap sikap segelintir ahli/ pimpinan PAS, memang ana sokong beliau

dalam kes2 lain (esp. kritikan keras terhadap ustaz. Nuruddin al-Banjari), ana kurang setuju

benaarr..

Bookmark and Share

  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 15:32

Pada 28-12-06 13:19 , Martyr posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-12-06 13:02 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

memang lah beliau manusia yang ada kelebihan & kekurangan. so mana tegurannya yang betul, kita terima. yang tak betul kita tolak. tak payahlah sampai keluar fitnah agen umno lah, pemecah belah masyarakat lah etc.... lepas tu buat tuduhan atas tiket parti Islam, guna nama Islam. betul ke macam tu?

dalam kes teguran terhadap sikap segelintir ahli/ pimpinan PAS, memang ana sokong beliau

dalam kes2 lain (esp. kritikan keras terhadap ustaz. Nuruddin al-Banjari), ana kurang setuju

benaarr..

So kalau begitu..... janganlah mlenting sangat kalau org tegur.... hmmmm

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 15:42

maaf....
tapi...kenapa sampai dah jadi kacau sangat ni.??
perbincangan yee...bukan marah...marah...

Bookmark and Share

  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 16:08

Pada 28-12-06 15:42 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!

maaf....
tapi...Kenapa sampai dah jadi kacau sangat ni.??
perbincangan yee...bukan marah...marah...

Ok...coolll...... relax..... control amarah....
syukran syeikh...... ana memang org jenis sempoi saja..... tak kesah..

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 28-12-06 18:10

Dalam memberikan kritikan, ramai yang mungkin tak sedar tersilap faham kritikan sebagai 'kutukan'...kutukan memang dah tak elok, tapi kritik ada yang elok, dan ada yang tak elok... :D

Saya setuju dengan mereka yang tak nak orang marah..kita dah mengkritik, maka kita perlu berani dikritik..bukan saya yang cakap benda ni, tapi tuan2, puan2 yang dirahmati Allah boleh rujuk ayat 2, 3 surah as-saff..saya rasa ramai dah hafal :D

So, sama juga seperti MAZA, beliau mengkritik, kenalah sanggup dikritik juga..akan tetapi, bila kita berada di jawatan yang besar, nak kuarkan kata-kata yang mungkin boleh dibawa sebagai fatwa, maka buatlah secara JUMHUR dahulu..Kalau kat mana-mana pun, kita sebagai orang muda tetap kena hormat yang lebih tua bukan? :> bab adab dah jelas dalam islam.

mungkin apa yang saya komen tak ada kena mengena..nak slowkan balik situasi..heheh..tapi Kalau jadi panas balik, Sorry ye..

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 29-12-06 10:05

Pada 28-12-06 18:10 , swordofdeen posting:

Cayut.... ana sokong.... semoga kita tergolong bersama "hisbullah" dalam menjadi matarantai perjuangan Islam.... insya'Allah..

Takbir...........

61. ASH SHAFF
    
1)Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
    
2)Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
    
3)Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
    
4)Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
    
5)Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
    
6)Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
    
7)Dan siapakah yang lebih lalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.
    
8)Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci.
    
9)Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci.
    
10)Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
    
11)(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,
    
12)niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
    
13) Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
    
14)Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kami lah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 03-01-07 15:25

Pada 28-12-06 10:04 , anti_alasan posting:

!!! QUOTE !!!

memangla mereka tak kata direct yang dr. asri ini musuh....

tetapi MENYINDIR2 & MENYERANG PERIBADI org lain jelas menunjukkan akhlak yang buruk segelintir ahli seolah-olah dr asri itu musuh...

mungkin ini hanya sikap SEGELINTIR ahli sahaja..tapi masyarakat pandang!jangan disebabkan akhlah buruk ini,membuatkan masyarakat lari dari dakwah islam!siap yang rugi??orang-orang islam juga........

janganlah kita menjadi FITNAH thdp dakwah....

bab menyindir teringat kan daku masa dulu..ada org pandai TUDUH jemaah islam ni BERSIASAH TANPA PRINSIP..

antara MENUDUH dengan MENYINDIR yang mana lagi teruk???

maaf kalau terkasar bahasa,kalau salah tolong tunjukkan

Bookmark and Share

  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 03-01-07 16:04

salam....semua umat Islam patut pandang serius perkara.bukan mufti saja lebih2 lagi perdana menteri...

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 03-01-07 17:50

Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu A’nil Mungkar
Tugas Yang Wajib di Kuatkuasa

Kenyataan Rasmi Lajnah Tarbiyyah Dan Kepimpinan
Dewan Pemuda PAS Pusat Berhubung Kenyataan Mufti Perlis

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kenyataan Mufti Perlis berhubung isu serbuan khalwat di hotel supaya dihentikan oleh pihak berkuasa agama. Beliau menyatakan tujuannya agar dapat membersihkan imej Islam daripada perkara-perkara yang tidak sewajarnya.

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menegaskan bahawa cadangan ini akan menimbulkan implikasi yang lebih negatif. Ini kerana jika cadangan beliau dipersetujui, ia akan menggalakkan lebih banyak pasangan yang bukan mahram berkhalwat di hotel dan rumah tumpangan tanpa pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa agama.

Pihak Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat yakin pihak berkuasa agama akan menangkap pasangan yang berkhalwat berdasarkan maklumat orang ramai dan hasil risikan yang mengambil masa yang agak lama.

Kami meyakini pihak berkuasa agama tidak akan mengambil langkah yang semberono kerana ia akan mencemarkan imej jabatan agama dan Islam itu sendiri. Walaupun ada tangkapan yang salah dilakukan, ia hanyalah kes terpencil dan Mufti Perlis tidak sepatutnya mengambil kesempatan untuk memburukkan penguatkuasa jabatan agama dalam menangkap pasangan yang berkhalwat.

Tidakkah Mufti Perlis sedar bahawa cadangan beliau seolah-olah mengambil langkah berundur ke belakang. Di manakah konsep saddu al-zarai' yang semestinya diambil oleh pihak berwajib jika serbuan kepada pasangan berkhalwat diabaikan.

Adakah Mufti Perlis sanggup memejamkan mata apabila menerima aduan masyarakat setempat mengenai perbuatan sumbang yang dilaporkan di rumah jiran beliau, hanya kerana memegang prinsip dosa khalwat hanya melibatkan antara mereka yang berkenaan dengan Allah. Apa tanggungjawab kita sebagai seorang jiran yang perlu merealisasikan hadith Nabi saw yang bermaksud

“Apabila seseorang kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu hendaklah diubah dengan lidahnya (nasihat) dan jika tidak mampu hendaklah membencinya di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman”.

Adakah Mufti Perlis hanya akan membenci kemungkaran tersebut di dalam hati sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk menegahnya.

Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mengingatkan Mufti Perlis bahawa bala Allah tidak hanya akan menimpa orang yang zalim di sesuatu tempat semata-mata, bahkan ia akan juga menimpa kepada golongan alim ulama yang hanya sibuk beribadat tetapi mengabaikan usaha untuk memperbaiki masyarakatnya yang rosak.

Tidakkah Mufti Perlis sedar bahawa gejala zina mutakhir ini semakin berleluasa di kalangan remaja, belia, dewasa, tua bahkan VIP yang mengaku dirinya seorang Muslim.

Justeru, tindakan proaktif sebagaimana yang dilakukan oleh JAWI perlu diberikan kredit kerana berjaya membongkarkan kemaksiatan yang berlaku di kalangan golongan VIP Melayu Islam yang menggunakan kondominium sebagai tempat mereka menikmati belaian gundik-gundik mereka kerana khuatir dihidu oleh isteri mereka.

Menjawab Kenyataan MUFTI PERLIS .

Kenyataan yang mengelirukan dan akan menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap nama baik Jabatan Agama dan pegawai-pegawai agama. Seolah-olah mereka merupakan orang-orang yang suka mengintai dan mengendap untuk mencari salah dan aib orang lain.

Walhal mereka melakukan tugas atas nama jawatan dan tanggungjawab rasmi yang diperakui oleh undang-undang. Sepatutnya, jika ada kesilapan yang berlaku, beliau sepatutnya mengemukakan teguran mengikut saluran yang betul, bukan membuat kenyataan di dada akhbar yang dibaca oleh khalayak ramai dan akan menimbulkan salah-tanggapan orang ramai.

Kenyataan di dalam akhbar tersebut jelas berniat jahat kepada pegawai-pegawai agama yang bertugas membenteras maksiat. Penggunaan bahasa mengintip, mengendap dan mencari-cari pasangan, jelas merupakan suatu penghinaan yang ditujukan kepada mereka. Amat mengecewakan jika bahasa sebegitu keluar dari mulut seorang mufti. Bahasa yang sepatutnya ialah menyiasat, membuat tinjauan, menyelidik.

Adakah apabila pegawai-pegawai agama tersebut memperolehi maklumat atau mendapat laporan tentang sesuatu kes di mana dua orang ( lelaki dan wanita ) yang meragukan di dalam sebuah bilik ( di mana orang yang melapor mengkhuatiri mereka berdua bukan pasangan suami-isteri ), lalu pegawai agama datang untuk menyiasat, ia mengetuk pintu bilik, apabila dibuka ia meminta dari mereka berdua surat atau sijil pengesahan perkahwinan, maka apakah perbuatannya itu dapat dikatakan sebagai mengintip atau mengendap.

Jika hendak dikatakan aib, apa yang aibnya bagi kedua pasangan tersebut untuk mengemukakan surat atau sijil pengesahan nikah jika mereka benar-benar pasangan suami isteri. Apabila polis meminta kad pengenalan dari kita, kemudian kita memberinya, adakah itu suatu yang mendatangka aib bagi kita ?

Jika memberi surat/sijil pengesahan nikah apabila diminta merupakan suatu yang aib, maka tidak ada gunanya undang-undang memperkenalkan sijil tersebut, begitu juga tiada guna masing-masing ada kad pengenalan kerana ia mengaibkan orang dan melanggar hak individu.

Begitu juga, apabila pihak jabatan agama mendapat laporan ada tempat-tempat awam ( taman-taman, kawasan-kawasan reakreasi ) yang menjadi sarang maksiat dari orang ramai, lalu mereka melakukan operasi tinjauan dengan pergi menyiasat tempat-tempat tersebut, maka apakah mereka dapat kita katakan mengintai dan mengintip.

Kemudian, dalam siasatan tersebut mereka menangkap pasangan yang sedang bercumbu-cumbuan ( beromen ), apakah tangkapan tersebut salah di sisi Syarak. Apa yang ingin kita tegaskan, sekalipun suami-isteri, bercumbu-cumbuan di tempat terbuka yang terdedah kepada khalayak ramai atau ada kemungkinan besar akan dilihat oleh orang lain merupakan suatu dosa di sisi Syarak.

Di dalam hadis Rasulullah menegah si suami menceritakan kisah hubungan ( seks ) antaranya dengan isterinya kepada orang lain, begitu juga ditegah si isteri menceritakan kisah hubungannya dengan suaminya. Jika menceritakan sudah dilarang, maka lebih-lebih lagilah dilarang jika hubungan itu dilakukan di hadapan orang lain.

Beberapa kenyataan beliau sebagaimana tulisan akhbar tersebut- bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam yang sebenar;

Pertama:

Menyalah-tafsirkan makna hak peribadi menurut Islam.

Kenyataan akhbar tersebut menyebutkan; Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengatakan amalan tersebut adalah bertentangan dengan prinsip hak peribadi menurut ajaran Islam dan juga terjumlah kepada suatu tindakan pencerobohan.

Penjelasan:

Di dalam Islam, hak peribadi diiktiraf selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Tidak ada di dalam Islam apa yang dinamakan hak atau kebebasan untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Seorang muslim tidak hanya diseru menjauhi munkar dan maksiat, malah diseru agar mengelak dari tempat-tempat yang meragukan, yakni menimbulkan salah tanggap orang lain terhadap dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Elakkanlah dari yang meragukan kepada yang tidak meragukan.

(Riwayat Imam at-Tirmizi dan an-Nasai.

Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini soheh)

Berkata Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah ( Hukum-Hakam Pemerintahan ) dalam bab berkenaan al-Hisbah ( Tugas menjalan amar makruf nahi munkar );

Jika orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas amar makruf nahi munkar ( yakni al-Muhtasib ) telah melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di satu jalan yang sunyi, maka kedududukan jalan yang sunyi itu merupakan suatu yang menimbulkan keraguan (terhadap pasangan tersebut ), maka hendaklah ia menegah mereka, namun janganlah tergesa-gesa mengenakan hukuman/denda ke atas mereka berdua kerana dibimbangi wanita itu adalah mahramnya.

Jika ia dapati wanita itu adalah mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki tersebut; Jagalah wanita kamu itu dari tempat-tempat yang mendatangkan keraguan.

Adapun jika ia mendapati wanita itu bukan mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki itu; Takutlah kepada Allah dari bersunyian ( dengan wanita yang bukan mahram ) yang akan membawa kamu kepada melakukan maksiat kepada Allah. Dan cara ia bertindak mencegah perkara tersebut hendaklah bergantung kepada tanda-tanda yang dilihatnya.

(Halaman 376)

Jika berada di satu jalan yang sunyi sudah dianggap meragukan, maka bagaimana jika seorang lelaki dan wanita yang diketahui bukan muhrim dilihat oleh orang yang mengenali mereka telah menyewa bilik yang sama, tidakkah itu lebih meragukan? Adakah hal sedemikian perlu dibiarkan dengan alasan menjaga hak peribadi?

Kedua:

Terdapat kenyataan beliau di dalam akhbar tersebut; Islam tidak menggalakkan manusia untuk pergi mendedahkan perbuatan maksiat.

Penjelasan :

Sememangnya Islam tidak menggalakkan pendedahan maksiat, namun harus diingat bahawa Islam juga mewajibkan maksiat dicegah apabila ia berlaku atau diketahui akan berlaku. Pencegahan terhadap munkar menjadi tanggungjawab yang amat besar di dalam Islam.

Ini dibukti dengan banyaknya ayat di dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam melaksanakan tugas al-Amru Bil-Makruf Wa an-Nahyu Anil-Munkar ( Mengajak kepada makruf dan mencegah dari Munkar ). Mengikut banciannya, sebanyak sembilan kali perintah tersebut diulang oleh Allah di dalam al-Quran.

Apabila dua orang yang bukan mahram dilihat atau diketahui berada dalam satu bilik yang tertutup, adakah mereka tidak perlu diselidiki atau dicegah dengan alasan Islam tidak membenarkan pendedahan maksiat atau munkar? Apakah apabila telah berlakunya zina dan perempuan yang terlibat dilihat mengandungkan anak haram, ketika itu barulah pencegahan boleh dibuat?

Kita meyakini bahawa para pegawai agama yang menjalankan operasi pencegahan maksiat, niat dan tujuan mereka pergi ke sarang maksiat atau ke tempat-tempat yang dikhuatiri berlaku maksiat bukan untuk mendedah maksiat tetapi untuk menyelidik dan melakukan pencegahan jika didapati maksiat/munkar benar-benar berlaku.

Tugas ini menepati peranan Hisbah yang telah lama dihuraikan oleh ulamak-ulamak Islam dalam kitab-kitab karangan mereka. Malah menurut ulamak, peranan Hisbah ini merupakan salah satu cabang tugas atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan Islam. Huraian lebih terperinci tentang Hisbah ini akan kita kemukakan di depan nanti.

Ketiga:

Antara kenyataan beliau dalam akhbar tersebut; Prinsip amr makruf nahi munkar hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu perbuatan maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka.

Penjelasan:

Kenyataan tersebut pada amnya benar, namun ia memerlukan penjelasan lanjut untuk mengelak kekeliruan.

Dalam Sistem Pemerintahan Islam terdapat satu jawatan khusus yang dinamakan al-Hisbah. Orang yang menjawatnya dinamakan dengan al-Muhtasib. Jawatan Hisbah tersebut berperanan secara rasmi bagi menangani tugas dalam negara untuk mengajak orang ramai kepada makruf (melaksana perintah Allah) dan mencegah munkar dan maksiat.

Menurut ulamak, antaranya Imam al-Mawardi; Al-Muhtasib (orang yang menjawat jawatan Hisbah tersebut) hendaklah benar-benar menjalankan peranannya tersebut. Tidak harus ia meninggalkan peranan tersebut kerana urusan-urusan yang lain.

Atas dirinya tugas amar makruf nahi munkar adalah fardhu ain yang tidak boleh diabaikannya. Kenyataan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya tugas amar makruf dan nahi munkar dalam sebuah negara dan masyarakat Islam pada pandangan ulamak.

(al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 363)

Dalam hal berkaitan dengan perbahasan kita, Imam al-Mawardi menjelaskan; Harus al-Muhtasib untuk menyelidik kemungkaran- kemungkaran yang diketahui secara zahir dengan tujuan untuk mencegahnya dan juga menyemak jika ada perkara makruf (perintah Allah) yang diabaikan dengan tujuan untuk mengajak orang ramai melaksanakannya.

Sememangnya munkar yang menjadi tanggungjawab al-Muhtasib menurut ulamak ialah munkar yang dzahir. Lebih jelas, para ulamak meletakkan tiga syarat bagi munkar yang hendak dicegah oleh al-Muhtasib;

Munkar itu adalah munkar yang zahir.

Munkar itu ialah munkar yang sedang berlaku atau dikhuatiri berlaku, yakni bukan munkar yang telah berlalu (kerana munkar yang telah berlalu menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mengenakan hukuman).

Munkar itu bukanlah yang diiktilafkan terhadap hukum munkarnya.

Namun demikian, perlu difahami bahawa syarat pertama ( iaitu Hendaklah munkar itu zahir ), bukan bermaksud hanya munkar yang berlaku terang-terangan atau di depan mata sahaja yang perlu diselidiki dan dicegah.

Secara tepatnya, syarat tersebut bermaksud; Hendaklah munkar itu terdedah kepada al-Muhtasib atau sampai ke pengetahuannya, bukan melalui intipannya.

Menurut penjelasan Dr. Abdul-Karim Zaidan; Termasuk dalam pengertian munkar yang zahir (nyata) ialah mana-mana tempat yang dirasai oleh al-Muhtasib dengan sangkaan yang ghalib bahawa terjadi munkar di situ, maka wajib atasnya untuk keluar ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan serta pencegahan. Tidak harus ia mengabaikan perkara tersebut dengan duduk di rumahnya dengan alasan munkar itu belum berlaku atau belum diketahui.

(Usul ad-Dakwah, hlm. 190).

Berhubung dengan hukum melakukan intipan oleh al-Muhtasib, menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah; larangan-larangan Allah ( maksiat atau munkar ) yang tidak zahir (yakni yang tidak terdedah atau tidak sampai ke pengetahuan al-Muhtasib ), tidak harus ia membuat intipan terhadapnya.

Oleh demikian, tidak harus al-Muhtasib mengintai-ngintai ke dalam rumah seseorang untuk melihat ada berlaku munkar atau tidak.

Namun dalam pada itu, beliau ( yakni Imam al-Mawardi ) menegaskan; jika al-Muhtasib merasai dengan sangkaan yang ghalib bahawa ada kumpulan atau pasangan sedang merancang secara rahsia untuk melakukan munkar berdasarkan tanda-tanda atau kesan-kesan yang dapat dilihat atau menjadi petunjuk, maka dalam hal ini, hendaklah diperhatikan jenis munkar tersebut;

Pertama:

Munkar dari jenis yang boleh membawa kepada rosaknya kehormatan jika dibiarkan seperti pembunuhan atau penzinaan.

Contohnya; al-Muhtasib telah diberi tahu oleh seorang yang siqah (dapat dipercayai) bahawa seorang lelaki sedang bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahram) untuk berzina dengannya. Dalam kes ini menurut Imam al-Mawardi, harus al-Muhtasib membuat intipan dan melakukan tinjauan atau siasatan.

Kedua:

Munkar dari jenis yang tidak sampai pada tahap tersebut, maka tidaklah harus dilakukan intipan oleh al-Muhtasib.

(Rujuk; Halaman 379-380)

Itu adalah ulasan Imam al-Mawardi tentang munkar yang berlaku secara tertutup.

Adapun munkar atau maksiat yang dilakukan di tempat terbuka (di taman, di tepi jalan, tempat-tempat reakreasi dan sebagainya), apa yang dapat kita fahami dari tulisan beliau dalam kitab tersebut ialah; munkar-munkar yang berlaku secara terang-terangan tidak harus dibiarkan sama sekali.

Menjadi kewajipan al-Muhtasib (atau pegawai agama yang bertangjawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan; Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.

Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahaan meminumnya).

(al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 377).

Yang Benar .

Nasrudin bin Hj. Hassan

Pengerusi

Lajnah Tarbiyyah DPP Pusat

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 08:46

Lihat apa yang dikatakan dan jangan lihat siapa yang berkata-kata...kalau faham ayat ni rasanya semua boleh settle..tapi masing-masing mempertahankan sentimen sempit yang tidak membawa perbincangan kemana2...

Prinsip kita:ambil mana yang baik buang mana yang keruh dalam suasana berlapang dada..namun ingatan kita terhadap mereka tetap sama,jangan sesekali memusuhi islam.Sesungguhnya islam takkan padam cahayanya...

jangan terlalu bersangka buruk,kelak apa yang kita pertahankan akan kelihatan buruk juga...sekali-sekali cubalah berfikir secara kritis dan berstrategi...

-----------------
Image Hosted by ImageShack.us

Bookmark and Share

  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 09:00

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci"
As-Saff ayat 7-8

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 16:04

takbir!!!!
Allahuakbar.

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 17:02

Ni reaspon dari seorang sahabat ana....

..............................................................................................

Assalamualaikum wrt.

Ana tak mahu nak menulis panjang, ana pun dah tengok respon sahabat-sahabat. Biarlah ana tulis di sini, dr. asri zainal abidin bukan sekadar agen UMNO di dalam negeri Perlis, tetapi penyebab kepada perpecahan umat Islam di sini dengan pembawaan fahaman salafiyyah dan dengan penolakan keras beliau terhadap amalan bermazhab (khasnya pegangan kepada mazhab Syafie). Tetapi ana tidaklah bermaksud mengatakan ajaran salafiyyah itu menyimpang, bahkan ana bukannya orang yang layak untuk berhujah berkenaannya.

Sahabat-sahabat boleh mendengar kuliah beliau di dalam radio PErlis FM 102.9 setiap Jumaat petang sekiranya ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan fahaman yang dibawanya. Insya Allah sahabat-sahabat akan mendapat informasi yang sebenarnya.

Antara isu yang telah dikupas:

1. Penglibatan dengan jemaah PAS adalah dosa yang lebih besar berbanding menghadiri program maksiat memandngkan PAS mengajak umat memerangi (menolak) pemerintah, justeru, PAS adalah sama dengan golongan 'bughah'. - intisari kuliah maghrib beliau di masjid alwi, kangar

2. Tiada nas yang mengatakan HARAM kepada muslimat yang datang haid untuk membaca al-Quran dan memasuki masjid - petikan kuliah perlis fm

3. Hukum menyapu kepala selepas solat adalah BIDA'AH - petikan kuliah beliau di masjid alwi, kangar

4. Hukum membaca doa selepas solat adalah BIDA'AH yang mesti ditolak.

Di samping itu juga, sahabat-sahabat boleh mendapatkan penerangan daripada ahli PMRAM tentang siapa sebenarnya beliau. Antara kenyataan menarik beliau apabila pulang ke Malaysia suatu masa dahulu" "Saya berasa kurang selesa berada dengan PAS kerana PAS adalah sebuah jemaah yang lemah"

Akhirnya, ana rasa tidaklah perlu kepada kita membincangkan sangat isu yang dibawa oleh seorang tokoh yang hakikatnya telah mengeluarkan dirinya sendiri daripada jemaah Islam yang pernah dianggotainya. Tunggulah sahaja hasil keputusan majlis mesyuarat mufti-mufti nanti. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Wallahu A'lam.

- anak watan perlis darul sunnah -

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 17:07

alhamdulillah...terbongkar juga rahsia.shukran....huh bertambah pening org perlis...alhamdulillah anan ngaji saja kat perlis..

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 17:10

erm macam-macam...bersatulah wahai umat Muhamad.

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 17:33

Pada 04-01-07 17:07 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...terbongkar juga rahsia.shukran....huh bertambah pening org perlis...alhamdulillah anan ngaji saja kat perlis..

Ana belum bkesempatan lagi pergi perlis... so tak boleh lah nak dengar radio perlis.fm.... hmmmm, ante tolong confirm balik betul tak kata-kata sahabat ana diatas... kawe ore qlate...

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 20:19

Saya menyeru kepada forumers dan pembaca mailing ini agar berlaku adil kepada SS Dato Mufti dan menuruti manhaj yang betul dalam menerima berita terutama daripada pihak ketiga.

Bukankah Al-Quran mengajar kita agar menyelidik dahulu sebarang berita yang disampaikan kepada kita agar kemudian nanti kita tidak menyesal kerana salah sangkaan dan salah tindakan atas maklumat yang tidak tepat.

Zaman yang moden penuh mencabar ini telah memudahkan kita untuk mendapatkan bukti dalam bentuk rakaman ceramah atau siaran radio tersebut. Janganlah sewenang-wenangnya kita menerima sahaja berita yang disampakaikan oleh sesiapa sahaja. Kita kan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah, maka ayuh praktiskan apa yang kita dakwa kita pegang selama ini.

Allahua'lam..

Bookmark and Share

  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 20:42

ok ana akan cnfrmkan..
insyaAllah...tak ada masalah

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 20:44

Bagi saya,dalam keadaan sekarang kita patut bertindak defensive...apa sahaja hujjah dan tuduhan Dr Asri,kita terima dengan senyuman dan jawapan balas dalam suasana intelek dan terdidik...tidak perlu emosi kerna sikap emosianal bakal meletakkan kita diposisi yang tidak kukuh...
Yakinlah sahabatku sekalian,kerusi mufti tidak mungkin terlalu empuk bagi ulama' yang benar-benar ikhlas memperjuang islam yang tulen dalam negara yang sekular seperti malaysia...
Jika Dr Asri tetap diam dengan bidaah terbesar iaitu islam hadhari,redha tampa usaha terhadap perlembagaan yang masih berkarat dengan ideologi barat,ketika itulah tembelang beliau akan pecah...
Namun saya menggunakan perkataan "jika"....saya tidak menuduh Dr Asri begitu...Saya masih rasional untuk berlapang dada terhadap beliau...
Namun kita mengeraskan nada kita bahawa,JANGAN sia-sia kan keikhlasan kita untuk berlapang dada dengan beliau...
Kita mengharapkan ada perubahan positif dr Dr asri dalam kerajaan perlis...Jika kehadiran beliau boleh menyebabkan kerajaan perlis hentikan lesen judi dan hadkan arak kepada bukan islam sahaja,dan stop kelab mlm dan tempat hiburan..ianya sudah memadai untuk kami berbangga dengan beliau...

-----------------
Image Hosted by ImageShack.us

Bookmark and Share

  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 20:51

besok petang...

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 21:08

Saya nak ulas seikit saja pasal knyataan di bawah, dan saa tak libatkannya denan mana-mana pertubuhan politik...sedara aye, saya pinjam quote sekejap ye...hujah2 ni dah banyak diguna oleh mereka yan berfahaman 'salafi'.

Pada 04-01-07 17:02 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Ni reaspon dari seorang sahabat ana....

2. Tiada nas yang mengatakan HARAM kepada muslimat yang datang haid untuk membaca al-Quran dan memasuki masjid - petikan kuliah perlis fm

- anak watan perlis darul sunnah -

Untuk hujah no 2, bukan perkara baru..para sahabat di dublin, new york dan england banyak mengatakan ada beberapa masjid 'salafi' ditampal notis besar-besaran mengenai 'tiada nas mengatakan haram' kepad muslimat yang datang haid untuk membaca al-quran dan memasuki masjid..

-ke-empat2 mazhab, malah yang 'tidak tergolong' dalam mazhab yang empat secara ijma' mengakui tidak boleh memegang dan membaca al-quran ketika berhadas besar (ini termasuk bagi mereka yang haid)..pergi lah rujuk mana-mana buku rujukan muktabar mazhab..

-SO, ADAKAH MUNGKIN SEMUA ULAMA DARIPADA SELURUH DUNIA BERPAKAT UNTUK MNGELUARKAN HUKUM INI SECARA IJMA' ? fikirkan...

-Kalau macam tu, sama saja MACAM ASTORA JABAT..ASTORA KAN CAKAP, MANA ADA NAS DALAM QURAN SURuh pakai tudng?

jadi, kalau mcam astora jabat..so? pepandai lah kita fikirkan ye

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar

posticon Posting pada: 04-01-07 23:32

erm...tolongla bk mata hati antum semua.pk2pkan...

Bookmark and Share

  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 08:11

Syarat-Syarat Pelaksanaan Amar Ma’ruf dan Nahi
Mungkar.

Pada bulan Oktober 2006 yang lepas, pihak jabatan
agama sebuah negeri telah menyerbu masuk bilik sebuah
hotel atas laporan sedang berlakunya kes khalwat di
dalamnya. Namun ternyata laporan tersebut adalah tidak
tepat kerana yang ditemui adalah dua orang pelancong
Mat Saleh dari Amerika Syarikat dalam lingkungan umur
60an. Peristiwa ini tidak berhenti di situ. Pelancong
tersebut telah membawa kes ini ke pihak atasan,
termasuk kepada menteri pelancongan. Seterusnya
peristiwa ini mendapat sambutan hangat daripada
akhbar-akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sekali gus
membawa imej Islam yang sememangnya rendah ke tahap
yang lebih rendah.

Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar,
umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik
ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang
menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi
mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya,
menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata
atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi
manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat
sebagai agama terbaru dunia mutakhir. Pemikiran ini
antara lain menerangkan bahawa melakukan yang baik
(ma’ruf) atau yang buruk (mungkar) adalah hak
masing-masing individu. Seseorang itu tak perlu campur
tangan hak orang lain sama ada untuk menyuruh dia
melakukan yang ma’ruf atau melarangnya daripada
melakukan yang mungkar.

Pemikiran seperti ini bertentangan dengan ajaran Islam
dan sesiapa sahaja yang memiliki pemikiran yang matang
lagi luas, kerana mana-mana individu yang melakukan
sesuatu yang ma’ruf atau mungkar atas dasar haknya
yang tersendiri, lambat laun tetap akan memberi kesan
kepada orang di sekelilingnya. Lebih merosakkan adalah
fitrah manusia yang lebih cenderung kepada yang
mungkar, dimana kemungkaran yang dilakukannya secara
berseorangan lambat laun tetap akan memberi kesan
negatif kepada orang di sekelilingnya secara khusus
dan masyarakat secara umum.

Titik ekstrim kedua adalah mereka yang melaksanakan
amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi tanpa
memerhatikan syarat-syaratnya. Mereka adalah
orang-orang Islam yang sayangkan agama dan umatnya
serta ingin mengembangkan yang ma’ruf dan
menyusutkan yang mungkar di tengah-tengah masyarakat
yang bergelombang dengan pelbagai cabaran luar dan
dalam. Akan tetapi semangat mereka mendahului ilmu dan
kematangan sehingga usaha mereka melahirkan hasil yang
sebaliknya, yang ma’ruf tetap pada tahap yang
minimum manakala yang mungkar tetap kekal atau malah
bertambah lagi.

Untuk manfaat bersama, pada kesempatan ini saya ingin
menerangkan syarat-syarat pelaksanaan amar ma’ruf
dan nahi mungkar agar hasilnya lebih berkesan
insya-Allah. Semoga dengan syarat-syarat ini, kita
berada di pertengahan antara dua titik ekstrim di
atas.

Syarat Pertama: Ikhlas.

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah
terlebih dahulu didasari dengan niat yang ikhlas. Amar
ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dilaksanakan demi
menjaga ketulenan agama Allah (Islam) serta kasih
sayang kepada umat dan prihatin untuk membetulkan
keadaan mereka. Dua tujuan yang terakhir ini adalah
berdasarkan sifat Rasulullah sendiri yang:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul
dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad
s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya
kepada orang-orang yang beriman.

Tidak boleh melaksanakan amar ma’ruf dan nahi
mungkar kerana ingin mempertayangkan kehebatan diri,
merasa hebat dalam pakaian seragam, merendah-rendahkan
orang dan sebab-sebab lain yang menjauhi keikhlasan.

Syarat Kedua: Berilmu.

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah
berdasarkan ilmu yang sahih. Perkara ma’ruf yang
disuruh hendaklah sesuatu yang benar-benar ma’ruf
dan perkara mungkar yang dilarang hendaklah
benar-benar mungkar mengikut ukuran al-Qur’an dan
al-Sunnah berdasarkan kefahaman generasi awal, iaitu
al-Salaf al-Shalih. Tidak boleh menyuruh kepada
sesuatu yang ma’ruf padahal ia adalah mungkar dan
tidak boleh melarang sesuatu yang mungkar padahal ia
adalah ma’ruf.

Satu contoh adalah sikap sebahagian umat Islam yang
melarang interaksi atau perbincangan antara lelaki
dengan wanita secara mutlak (ikhtilath). Larangan ini
sebenarnya adalah tidak tepat kerana ikhtilath itu
sendiri dapat dibahagikan kepada dua kategori, yang
dibolehkan dan yang dilarang. Ia dibolehkan jika
ikhtilath tersebut adalah perlu demi manfaat di
sebaliknya dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan
fitnah dielakkan. Ia dilarang jika ikhtilath tersebut
adalah tidak perlu dan faktor-faktor yang boleh
mengakibatkan fitnah dibiarkan.

Sebagai contoh, di dalam al-Qur’an sedia diterangkan
ikhtilath yang dibolehkan, sepertimana kisah Nabi Musa
‘alaihi salam dengan dua orang wanita dalam surah
al-Qasas, ayat 23. Demikian juga kisah Nabi Sulaiman
‘alaihi salam dengan Puteri Balqis yang dirakamkan
dalam surah al-Naml, ayat 44. Selain itu dalam Shahih
al-Bukhari dan Muslim, diterangkan bagaimana seorang
peniaga telah membuka gerai jualannya di bawah/tepi
rumah Asma’ binti Abu Bakar, peristiwa isteri Abu
Usaid as-Saidi yang menjamu Rasulullah dan para
sahabat di majlis perkahwinannya sendiri serta kisah
A’isyah yang merawat Bilal bersama ayahnya (Abu
Bakar as-Shiddiq) ketika mereka berdua jatuh sakit
saat berhijrah ke Madinah. Semua ini menunjukkan
ikhtilath tidak dilarang jika ia dapat membawa manfaat
dan dihindari apa-apa faktor fitnah di sebaliknya.

Syarat Ketiga: Berprioriti.

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah
mengikut prioriti keutamaannya. Dalam suasana jauhnya
Islam dan umatnya daripada ketulenan al-Qur’an dan
al-Sunnah serta banyaknya cabaran yang merosakkan
agama dan umat, sama ada dari dalam atau dari luar,
maka pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar
hendaklah disusun mengikut prioriti kepentingannya.
Tidak boleh memberi tumpuan kepada isu-isu yang kecil
padahal isu-isu besar yang lain terabai atau diambil
alih oleh pihak yang menanganinya dengan cara yang
tidak selari dengan petunjuk al-Qur’an dan
al-Sunnah.

Contoh isu besar yang terkini ialah bid’ah pemikiran
Islam Liberal, bid’ah pemikiran pluralisme (semua
agama adalah sama dan benar), bid’ah pemikiran
feminisme (wanita hendaklah menjadi lelaki dan pada
waktu yang sama membenci lelaki), bid’ah pemikiran
hak asasi manusia (setiap manusia bebas melakukan apa
yang dikehendakinya) , masalah murtad, masalah orang
yang membesar-besarkan isu murtad, penyakit aids,
hubungan seks antara pelajar dan anak luar nikah.
Isu-isu ini patut diberi prioriti di atas isu lafaz
niat, doa qunut Subuh, tahlil dan talqin.

Memberi tumpuan kepada menghidupkan sunnah dan
membasmi bid’ah termasuk dalam usaha amar ma’ruf
dan nahi mungkar. Akan tetapi perlu dibezakan bahawa
bid’ah itu sendiri terbahagi kepada dua kategori,
iaitu bid’ah pemikiran dan bid’ah amalan. Antara
kedua-dua kategori bid’ah ini, bid’ah pemikiran
perlu diberi prioriti kerana ia lebih mengancam dan
lebih berkesan dalam merosakkan Islam dan umatnya.
Lebih mengancam kerana ia mencemari asas-asas aqidah
Islam itu sendiri (oleh kerana itu ia juga disebut
sebagai bid’ah al-Iqtiqadiyyah) dan lebih merosakkan
kerana ia dilancarkan secara bijak dan berleluasa oleh
orang-orang yang memiliki pengaruh dan kedudukan dalam
masyakarat.

Sebaliknya bid’ah kategori kedua hanya merupakan
amalan orang-orang awam yang kurang pengetahuan dalam
agama tetapi memiliki keinginan untuk memperbanyak
atau memperkemas ibadah mereka kepada Allah.
Orang-orang seperti ini, jika diberi nasihat dan
didikan yang berhikmah, akan membetulkan amalan mereka
daripada menokok tambah yang bid’ah kepada
berpada-pada dengan yang sunnah. Setakat ini kelihatan
usaha menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah banyak
tertumpu kepada kategori amalan. Maka prioriti usaha
ini perlu diubah kepada menghidupkan sunnah dan
membasmi bid’ah dalam kategori pemikiran.

Syarat Keempat: Berwawasan.

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah
dengan memerhatikan hasil atau akibatnya. Iaitu:
· Tidak boleh menyuruh satu perkara yang ma’ruf
jika dengannya terhilang kema’rufan lain yang lebih
besar atau dengannya terhasil kemungkaran yang baru.
· Tidak boleh melarang satu perkara yang mungkar jika
dengannya kemungkaran menjadi lebih besar, atau
terhasil kemungkaran yang baru, atau dengannya
terhalang kema’rufan yang lain.

Semua ini adalah berdasarkan firman Allah yang
bermaksud: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang
mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak
akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan
ketiadaan pengetahuan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., pernah seorang arab
Badwi membuang air kecil di dalam masjid. Para sahabat
bergegas melarangnya tetapi Rasulullah melarang mereka
dan membiarkan Badwi tersebut menyelesaikan pembuangan
air kecilnya. Setelah itu barulah baginda menegur
Badwi tersebut dan memberi tunjuk ajar kepadanya.

Dalam peristiwa di atas yang tercatit dalam Shahih
Muslim (nombor 285), Rasulullah tidak secara terus
melarang kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya,
di dalam masjidnya. Jika kemungkaran tersebut dilarang
serta merta, akan berlaku kemungkaran lain yang lebih
besar. Badwi tersebut mungkin cuba melarikan diri dan
ini akan menyebabkan air kencingnya bertaburan di
sekeliling masjid manakala auratnya akan dilihat oleh
orang ramai. Atau badwi tersebut mungkin akan
berhenti, menahan dirinya dari membuang air kecil dan
ini akan membawa mudarat kepada kesihatannya.

Wawasan yang dimiliki oleh Rasulullah menyebabkan
baginda tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh
Badwi tersebut serta merta kerana ia akan melahirkan
kemungkaran lain yang lebih besar. Baginda hanya
menegur setelah urusannya selesai manakala para
sahabat disuruh oleh baginda untuk menyiram air di
kawasan terbabit.

Peristiwa di atas, sekali pun kecil, perlu dijadikan
iktibar oleh kita semua. Hendaklah pengajarannya
dipraktik dan diperluaskan kepada pelbagai senario
yang kita hadapi masa kini. Pada pengamatan saya,
syarat keempat inilah yang paling tidak diketahui atau
diperhatikan oleh sesama umat Islam dalam rangka
melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Syarat Kelima: Berakhlak.

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah
melalui akhlak yang mulia. Memandangkan pada masa kini
kurangnya perkara ma’ruf dan banyaknya perkara
mungkar adalah kerana jauhnya umat Islam daripada
agama mereka yang tulen, maka hendaklah akhlak
mendidik (tarbiyah) dijadikan kaedah utama untuk
melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Seterusnya akhlak mencela, menghukum dan memulau
(boycot) ditinggalkan kerana ia tidak menghasilkan
kema’rufan yang diingini, sebaliknya mengekal atau
menambah lagi kemungkaran.

Termasuk dalam akhlak mendidik ialah bijak menyusun
strategi agar pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi
mungkar menjadi berwawasan dan menepati sasarannya.
Lazimnya akhlak mendidik dalam pelaksanaan amar
ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan menghilangkan
perkara ma’ruf yang lain atau menghasilkan serta
menambah perkara mungkar yang baru.

Syarat Keenam: Tidak Berprasangka atau Mengintip.

Dalam rangka melaksanakan nahi mungkar, kita ditegah
daripada berprasangka kepada orang lain, jauh sekali
daripada mencari-cari kesalahannya. Tidak boleh
bertindak atas laporan yang tidak dikenali
kesahihannya. Tidak boleh mengintip dan memata-matai
dalam rumah atau ruang hidup peribadi seseorang. Upaya
melarang kemungkaran hanya dibolehkan jika ia berlaku
secara jelas, tanpa syak, ragu atau dicari-cari.
Syarat ini adalah berdasarkan firman Allah yang
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang.

Justeru tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu
ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian perlu
dihentikan. Sebaliknya hendaklah usaha pelaksanaan
nahi mungkar ditumpukan kepada aktiviti yang berlaku
dalam ruang terbuka dan tempat-tempat umum seperti
kelab malam dan rumah urut. Pengecualian adalah
terhadap kemungkaran yang bakal memberi kesan buruk
lagi meluas kepada manusia dan harta benda, seperti
aktiviti membuat bom atau merancang tindakan
menggempar orang ramai (terrorisme) . Dalam
pengecualian ini, tindakan mengintip, memata-matai dan
menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian
dibolehkan.

Syarat Ketujuh: Tidak Menghebahkannya.

Jika seseorang itu secara jelas didapati melakukan
kemungkaran, usaha untuk melarang kemungkaran tersebut
hendaklah dilakukan tanpa mendedahkan identiti
pelakunya. Hendaklah diberi teguran, nasihat dan
peringatan secara tersembunyi. Tidak boleh mengumumkan
kemungkaran dan identiti pelakunya sehingga diketahui
oleh orang ramai. Tindakan ini dilarang keras oleh
Allah dengan ancaman:

Sesungguhnya orang-orang yang suka dihebahkan (tuduhan
atau berita) yang buruk dalam kalangan orang-orang
yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang
tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan
(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang
kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Pada masa kini, tindakan membawa orang yang didapati
melakukan kemungkaran ke mahkamah perlu dikaji semula.
Ini kerana tindakan tersebut akan mendedahkan identiti
orang yang terbabit dan kemungkaran yang dilakukannya.
Sekali pun yang mendedahkannya adalah pihak media,
pihak yang diberi amanah melaksanakan amar ma’ruf
dan nahi mungkar perlu memainkan peranan aktif untuk
menutup identiti orang yang terbabit.

Demikian tujuh syarat yang perlu diperhatikan oleh
setiap individu sebelum melaksanakan amar ma’ruf dan
nahi mungkar. Setelah itu, hendaklah kita bersabar
dalam menantikan hasilnya dan sabar dalam menerima
cabaran-cabaran yang bakal timbul. Tidak boleh cepat
putus asa atau hilang semangat sebagaimana pesan
Luqman kepada anaknya:

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan
suruhlah yang ma’ruf serta laranglah daripada yang
mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang
menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.”

(www.al-firdaus. com)

p/s: Nak amar makruf nahyu munkar pun ada adabnya, bukan main sembrono jerh...

Bookmark and Share

  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 08:45

Pada 05-01-07 08:11 , sunan-faqih posting:

Adakah akhi fikir atau pasti 7 etika ini tiada dalam biro pencegahan maksiat jakim????

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 10:55

At least we have a new mufti after Dato' Harussani who can "speak" ...

tentang isu rintone tu walaupun nampak macam remeh tapi ramai terlepas pandang ... macam mana kalau anda masuk toilet tengah membuang, kemudian tiba-tiba saja ringtone yang berupa ucapan kalimat-2 suci tu berdering ??? adakah hukumnya sama dengan kita baca al-Quran dalam toilet .... so siapa nak cakap benda ni dan bagi fatwa kalau bukan alim ulama' ...

[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 05-01-07 11:15 ]

Bookmark and Share

  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 11:01

Daulat diraja yang melindungi dato harussani..

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

DAULAT TUANKU...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 11:13

salam sahabat.

saya terbaca satu posting kat website ni.rasa agak kurang pasti kalau mahu pastekan di sini jadi saya bagi link sahaja..

surat untuk dr Asri

sesiapa yang tahu harap boleh explain...

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 11:18

Pada 05-01-07 11:01 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Daulat diraja yang melindungi dato harussani..

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

DAULAT TUANKU...

Hmmm.... kalau tak dah lama Dato Samahah kena ISA.....

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 13:07

Aksi berlaga pipi Rosmah-aktor Bollywood, pandangan Mufti Perlis ditagih

Harakahdaily
Fri | Dec 29, 06 | 08:29:38 AM
AKSI berlaga pipi isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan seorang aktor Bollywood dan sentuhan mesra Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dibahu aktres wanita, Datuk Michele Yeoh mengundang komen pedas pembaca Harakahdaily.

Aksi Rosmah dan aktor Bollywood itu dirakam semasa anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember lalu yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil yang turut menyaksikan kehadiran Abdullah dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Rosmah yang memangku Presiden BAKTI juga bertindak selaku penaung festival.

"Ramai juga yang menyaksikan acara gilang gemilang ini termasuk rakan saya yang juga peminat aktor dan aktress dari Bollywood."

"Sejak jam 7.00 malam lagi program dibanjiri limpahan tetamu, dan kehadiran orang ternama negara membayangkan program ini mendapat 'sanjungan' pemimpin yang bernaung di bawah payung Islam Hadhari."

"Malangnya saya dikhabarkan rakan bahawa ketika sesi anugerah, isteri orang nombor dua negara yang sememangnya peminat setia 'Bollywood' sempat berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood," tulis Abang Budin Somban Duo, dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily.

Menurut Abang Budin, beliau pada mulanya kurang percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh rakannya berhubung 'aksi berani' Rosmah, namun beliau mengakui kebenaran perkhabaran itu setelah melayari sebuah blog tempatan yang menyiarkan gambar-gambar sepanjang program itu berlangsung.

Surat Abang Budin menerima hits antara tertinggi setakat ini.

Aksi Pak Lah memegang bahu Michele disiarkan oleh Harakah cetak keluaran 1 Januari 2007. Foto itu pada mulanya disiarkan laman web rasmi monsooncup.com. my tetapi kemudiannya didapati hilang daripada paparan. Bagaimanapun foto yang memaparkan pegangan Abdullah dibalas mesra Michele itu sempat dimuat turun oleh beberapa pelayar laman itu dan dikirim ke Harakahdaily menerusi e-mail.

Seorang pembaca, Ikmal Haziq daripada Jerantut kecewa dengan sikap tidak prihatin Pak Lah terhadap hukum bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan muhrim.

"... ke manakah perginya prinsip yang dipegang oleh orang yang terkenal memperjuangkan Islam Hadhari di dalam dan juga di luar negara ini.

"Saya juga tertanya-tanya apakah konsep akhlak Islam yang melarang lelaki menyentuh perempuan yang bukan mahram tidak termasuk dalam konsep Islam Hadhari yang diperkenal dan diperjuangkannya, " tulisan Ikmal dalam ruangan Surat Pembaca Harakahdaily dipetik.

Ikmal melahirkan rasa kesal dengan insiden itu kerana ia memberi impak kepada maruah dan harga diri Islam serta berharap rakyat dapat menilai sejauh manakah kejujuran pihak berkenaan dalam memperjuangkan konsep Islam Hadhari.

Islam Hadhari
Adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang isteri pemimpin negara Islam untuk bersalaman mesra, merangkul tangan dan melaga-lagakan pipi dengan lelaki bukan mahram apatah lagi di hadapan khalayak umum. Ditambah dengan aksi Perdana Menteri sendiri yang tanpa segan silu menyentuh bahu aktres wanita di hadapan umum.

Negara ini sedang rancak mempromosikan konsep Islam Hadhari dan "masyarakat bermaruah bermula denganmu Pak Lah". Prinsip kelapan Islam Hadhari sebagai contoh menyentuh soal 'keutuhan budaya dan moral'. Jika kedua-dua insiden di atas boleh dijadikan ukuran, apakah keutuhan budaya dan moral yang mampu dicapai oleh Islam Hadhari? Apatah lagi konsep Islam Hadhari diperkenalkan "bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi".

Soalnya, apakah bentuk "persiapan ukhrawi" yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh rakyat jika kita mahu menjadikan dua insiden di atas sebagai ukuran.

Mufti Perlis perlu tegaskan pendirian
Mungkin inilah masanya bagi Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, penyandang jawatan Mufti termuda di negara ini memberikan pandangannya.

Dr Asri dalam beberapa siri wawancara dengan akhbar tempatan menyelar pihak penguatkuasa jabatan agama Islam negeri-negeri yang didakwanya sering mengaibkan pelaku-pelaku khalwat yang melakukan modus operandi mereka di tempat-tempat sunyi termasuk di bilik hotel.

Bagi Dr Asri, pihak penguatkuasa agama sepatutnya lebih menumpukan kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan seperti meminum arak dan berjudi di tempat umum.

Dalam wawancara dengan The Sunday Star, 24 Disember 2006, wartawan Zulkifli Abdul Rahman merekodkan:

(Dr Asri said,) The Prophet didn’t say we must shame another. Why are we arresting people who commit khalwat and bringing the press along to record the event?
Stressing that he doesn’t condone sinful acts, he had said that Muslims should address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good, rejecting the bad) and tackle sinful practices in the open.
He believes that this would be better than “looking for sinful acts in hidden places.”

Dalam wawancara yang sama, Mufti Perlis itu juga dilaporkan The Sunday Star sebagai berkata:

“Let’s tackle the bigger issue of Muslims committing sins in the open first. How about corrupt practices which are evident to other Muslims?"

“What about Muslim youths or unmarried couples hugging each other in the open? Youths doing nothing but lepak? Or Muslims drinking alcohol openly in restaurants or pubs?"

“All these are being done in the open, in front of other Muslims, yet not much is being done to stop them."

“These are things that Muslims can see with their own eyes and the worry is that the new generation of Muslims will no longer respect the moral limits of their actions."

“This will create an environment where Muslims are free to commit acts against Islam in the open, thinking that their actions are acceptable,” he said.

Inilah masa yang paling sesuai untuk Dr Asri menegaskan pendiriannya apatah lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau mengakui sanggup dipecat demi untuk menyatakan kebenaran!- tajdid

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 14:54

Pasal tersalah tahan orang asing tu...ye lah.. berapa kali baru tersilap?
Berbanding dengan yang lain..hasilnya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga? oh tidak..saya tak anggap begitu..cuba try letak nila dalam susu betul-betul..berapa lama ambik masa baru susu tu rosak..cuba try sekali dua...

Lagipun, pelancong asing tu, mereka tau kan diornag duduk DALAM NEGARA ISLAM...so, kat luar negara lagi banyak kes silap benda lain, boleh pula mereka maafkan..boleh pula macam-macam...

Cuma apa yang saya nak cakap sini, memang lah ada silap JAKIM tu...yelah JAKIM tak maksum..sama jugak macam MAZA cakap ibn taimiyyah tak maksum...Kenapa dah jadi ya ayyuhallazi na amanu limataqulu namala taf'alun? tak paham saya... (tak ada masalah dengan sesiapa, cuma ambik contoh ok..harap terima)

dan lagi, yang kita risaukan, komen ni membuka peluang kepada pihak2 sekular dan liberalis untuk menghentam habis2 JAKIM..saya tergelak juga bila tengok diri saya (sekali lagi)

ok..andaikan JAKIM silap..ok, its fine..

sebab orang yang khalwat tu bukan orang Islam..ok..its fine...

Tapi...

bagaimana dengan kes2 orang islam yang lain?
Yang terbukti jumpa mereka buat kesalahan?
para artis2 'kesayangan' ramai sendiri?
saya maik contoh jeslina hashim, kes lama lah..

macam mana?

kes JESLINA HASHIM JAIS DAH IKUT PROSEDUR YANG BETUL!

so, Kenapa tak ada 'pejuang sunnah' membela JAIS ketika itu?

saja-saja menulis..baru balik solat jumaat...

maaf tersalah kata

wallahui'alam

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 15:18

Pada 05-01-07 14:54 , swordofdeen posting:

Kawe pun setuju dengan demo...
kawe lepas jumaat tadi terus pergi makan.... alhamdulillah... ni dah kat opis.....
cuma ana nak share tentang kuliah sebelum jumaah tadi.... saya ttarik dengan kata-kata ustaz tadi.... keadaan sekarang semakin parah sebab tiada siapa yang berani tegur... tentang menteri2 atau orgn tetentu yang mgeluarkan ucapan atau pandangan tentang bencana alam tanpa mgaitkan dengan bala Allah... dan bila sesuatu dapat diatasi pula mereka mgatakan sebab kbijaksanaan mereka tanpa kaitkan dengan prancangan Allah..... ni dah salah itiqa' kita....
hmm, racun liberal dan sekuler tlah mnebal....

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 16:07

Pada 04-01-07 21:08 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!

Saya nak ulas seikit saja pasal knyataan di bawah, dan saa tak libatkannya denan mana-mana pertubuhan politik...sedara aye, saya pinjam quote sekejap ye...hujah2 ni dah banyak diguna oleh mereka yan berfahaman 'salafi'.

Pada 04-01-07 17:02 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Ni reaspon dari seorang sahabat ana....

2. Tiada nas yang mengatakan HARAM kepada muslimat yang datang haid untuk membaca al-Quran dan memasuki masjid - petikan kuliah perlis fm

- anak watan perlis darul sunnah -

Untuk hujah no 2, bukan perkara baru..para sahabat di dublin, new york dan england banyak mengatakan ada beberapa masjid 'salafi' ditampal notis besar-besaran mengenai 'tiada nas mengatakan haram' kepad muslimat yang datang haid untuk membaca al-quran dan memasuki masjid..

-ke-empat2 mazhab, malah yang 'tidak tergolong' dalam mazhab yang empat secara ijma' mengakui tidak boleh memegang dan membaca al-quran ketika berhadas besar (ini termasuk bagi mereka yang haid)..pergi lah rujuk mana-mana buku rujukan muktabar mazhab..

-SO, ADAKAH MUNGKIN SEMUA ULAMA DARIPADA SELURUH DUNIA BERPAKAT UNTUK MNGELUARKAN HUKUM INI SECARA IJMA' ? fikirkan...

-Kalau macam tu, sama saja MACAM ASTORA JABAT..ASTORA KAN CAKAP, MANA ADA NAS DALAM QURAN SURuh pakai tudng?

jadi, kalau mcam astora jabat..so? pepandai lah kita fikirkan ye

Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His Sake.

In his response to your question, Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, states:

“Scholars and jurists of Islam have been divided in their opinion about the issue whether women who are menstruating are allowed to read the Qur’an or not.

The generally accepted view among them is that women are not allowed to read the Qur’an while menstruating. Among other things, they have based this ruling on a report attributed to the Prophet (peace and blessings be upon him) which states, “Neither those who are sexually defiled nor those who are menstruating shall read the Qur’an.”

A group of scholars belonging to Maliki, Shafi`i and Hanbali schools, and others, however, have rejected the above position. As has been pointed out by Imam Ibn Taymiyah, there is nothing wrong for women to read the Qur’an either from their memory or from the mushaf itself, should they find it necessary to do so.

fatwa islam online

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

[ Telah diedit oleh: masri2 pada 05-01-07 16:08 ]

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 17:05

'should they find it necessary to do so'..that is a reason

and reading the quran..or is it part of the quran? and handling the mushaf? is it the real mushaf, or a mushaf within it the translation exceeds the original text (tarjim)? these are the points that have been discussed also in islam online

"such woman (in menstruation or post-natal bleeding) should not touch the mushaf (a copy of the Qur'an); she can only read from her own memory. As for the junub, he or she is not to recite the Qur'an, whether from memory or from the mushaf, until he or she has performed ghusl (purificatory bath)"

thus, the early commentary must first CLARIFY in WHICH state of the QURAN is permissible to be red or not...in which it is permissible (if the women is in menstruation) when:

1)reading from memory (hafalan)
-and not to touch the mushaf

bro, before quoting my phrases, please look deeply, that i said 'tidak boleh MEMEGANG DAN membaca al-quran'..meaning that reciting the quran and holding the mushaf in the same time.

anyway, thanks for the info...no hard feelings

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 18:08

PERLIS DARUL SUNNAH : “SUNNAH” DI JULANG “WAJIB” DI PIJAK?

Aku ditelefon dan di SMSkan oleh beberapa orang kawan berkenaan dengan kenyataan baru dari mufti darus Sunnah. Kenyataannya adalah berkenaan dengan “skodeng” yang dilakukan oleh pegawai-pegawai pejabat agama terhadap orang yang khalwat.

Aku tidak memberi apa-apa respon dari permintaan dari kawan-kawan terhadap kenyataan itu, bahkan aku mengambil sikap ingin berdiam diri terlebih dahulu dan melihat dahulu maksud sebenar dari kenyataan mufti muda tersebut.

Mendengar kenyataan itu datang Mufti Darul Sunnah, maka lebih baik di rujuk laman web yang merupakan “umat mufti” berkenaan, iaitu al-ahkam.net, ini kerana, banyak kenyataan-kenyataan darinya di sebarkan melalui laman web tersebut.

Membuka laman web berkenaan, terdapat beberapa ulasan dari pihak pengunjung dan memberi pelbagai respon dari kenyataan itu. Ada yang mengambil sikap yang pro dan tidak kurang juga mengambil sikap kontra.

Di dalam laman web itu juga ada tertulis “ulasan mufti perlis berkenaan isu panas” yang pada pandanganku, mungkin itulah jawapan atau ulasan yang dibuat oleh “mufti yang berumur 35 tahun” itu berkenaan isu “skodeng” yang dimaksudkan oleh kawan-kawanku.

Memang itu menjadi tujuanku. Aku terus “klik” padanya dan melihat ulasan tersebut. Didalam web itu rupa-rupanya ada kenyaatan lisan yang telah di videokan oleh pengikut-pengikutnya bagi mengulas isu yang telah dibangkitkan.

Amat menarik dengan ulasan tersebut dan secara peribadinya. Aku menerima ulasannya secara akademi, yang mengatakan bahawa mengintai orang yang berkhalwat adalah bercanggah dengan syariat disertai dengan hujjah Al-Quran dan Hadis.

Antara hujjah-hujjahnya adalah seperti berikut;

Sabda Nabi SAW;

وَمَنْ سَتَرَ عن أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَهُ الله في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ في عَوْنِ الْعَبْدِ ما كان الْعَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya;
“Barangsiapa menutup (aib) saudaranya yang muslim, nescaya menutup oleh Allah akan (aib)nya. Allah didalam pertolongan hamba selama mana hamba itu didalam pertolongan saudaranya”

Juga firman Allah;

ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا

Maksudnya;
“Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain”

(Surah al-Hujurat : 12)

Mufti tersebut juga mendatangkan pandangan buruk golongan non muslim terhadap Islam setelah berlakunya kesilapan dari pihak jabatan agama di Negara ini yang telah tersilap menangkap orang sudah bersuami isteri didalam sebuah hotel dan berbagai-bagai lagi.

Hentaman dari mufti itu sebenarnya memberi alamat tentang kelemahan yang telah dan sedang berlaku didalam jabatan agama di bawah pimpinan Abdullah Mat Zain.

Pegawai-pegawai di pejabat agama di seluruh Malaysia kini di timpa penyakit “sindrom” bencikan Islam, sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Islam, seperti melarang mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan, ceramah agama dan sebagainya. Ekoran dari itu, tugas mereka bukan melakukan amar makruf dan nahi mungkar yang berlaku didalam Negara, bahkan tugasan mereka hanyalah sekadar mengharamkan kuliah-kuliah agama dan memantau ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ustaz di seluruh Negara.

Golongan yang memantau ceramah agama ini adalah dibawah biro dakwah Jabatan Agama, maka di biro-biro yang lain banyak mempunyai masa yang terluang, lalu bagi tidak dinampakkan sebagai pekerja yang “makan gaji buta” mereka mengambil sikap untuk menjadi “mat-mat skodeng” di hotel-hotel dan sebagainya.

MAKSIAT YANG ZAHIR DAN TERSOROK

Serbuan untuk tangkapan bagi orang yang melakukan khalwat adalah tidak salah. Adapun mengintai atau “skodeng” adalah amalan yang salah didalam Islam.

Mengapa perlu kita mengambil sikap hendak mencari maksiat yang dilakukan oleh manusia, sedangkan maksiat yang dilakukan secara zahir perlu di atasi.

Mendapat laporan bahawa ada orang yang sedang melakukan maksiat di dalam sesebuah hotel, maka ianya sudah dibawah ketagori wajib bagi membenterasnya. Ini kerana, ianya walaupun dilihat seperti maksiat yang tersembunyi, tetapi ianya sudah dikira sebagai maksiat yang wajib di hindarkan.

Mufti perlis itu ada juga menyebut, perlunya kita mencegah mungkar yang dilakukan secara zahir berbanding kita mencegah mungkar yang dilakukan secara sembunyi.

Sebenarnya, kata-kata keramat itu selayaknya mufti muda itu melihat kepada dirinya sendiri, ini kerana, sebagai orang yang berjawatan mufti, sewajibnya dia berani menyatakan hukum haramnya bersekongkol dengan pemerintahan Taghut, pembaca berita wanita yang membuka aurat, pemimpin no 1 Malaysia memegang aurat wanita, pemimpin beragama Islam menghentam tindakan kerajaan Negeri kelantan yang menyuruh wanita menutup aurat, kilang arak yang berdiri megah di Shah Alam dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi amat memelikan, apabila mufti itu sendiri telah bersekongkol dengan pergerakan nasionalis yang bertopengkan Sunnah bagi menimbulkan isu-isu yang tidak berapa penting dari yang lebih penting.

Skodeng tidak akan timbul sekiranya pemerintahan ini dilaksanakan secara Islam.

JADI MUFTI ATAU JADI KERAJAAN?

Didalam kenyataan lisan itu, Mufti muda juga ada menyebut pentingnya mempunyai jawatan didalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Dia mendakwa bahawa dia sendiri sudah lama bercakap isu ini, tetapi tidak mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak. Tetapi setelah bergelar mufti, banyak kenyataan-kenyataan dapat di bisingkan didalam masyarakat.

Pada pandangan penulis, Mufti itu adalah seorang yang sudah dikenali sebagai seorang yang sangat tidak bersetuju dengan Gerakan Islam PAS, sehinggakan dia pernah melontarkan pandangannya tanpa berfakta terhadap gerakan Islam itu dengan menulis article yang bertajuk “siasah tanpa prinsip” dan di sebarkan melalui majalah I.

Tetapi dalam masa yang sama, dia boleh bersekongkol dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menyampaikan usaha dakwah sunnahnya.

Amat memelikkan, macam mana beliau boleh berjuang di medan dakwah sunnah sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri sudah menafikan amalan yang wajib.

Jika dilihat dari sudut kuasa mufti, hanya boleh menyampaikan hukum yang tidak berbentuk “mulzam” iaitu tidak dapat dilaksanakan pandangannya (walau berasaskan quran dan hadis) melainkan persetujuan dari pihak kerajaan. Ini kerana, kuasa mufti dibawah ketagori “wilayah tanfiz”.

Sedangkan lebih baik diusakan menjadi kerajaan, untuk mendapat kuasa “wilayah tafwidh”, seperti yang di perjuangkan PAS, ini kerana, kuasa kerajaan adalah boleh menggubal undang-undang untuk dijadikan undang-undang itu mengikut sumber-sumber Islam.

Daripada pemahaman ini, tidak selayaknya mufti muda itu menghentam PAS, ini kerana, dia sebenarnya “pejuang sunnah yang berada dibawah kepompong penjajah”.

Sekian.

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 05-01-07 19:07

Gerakan Tajdid, Salafiyyah dan Reformis Agama

Jumaat, 05 Januari 2007 01:02:41 AM

Gerakan Tajdid, Salafiyyah dan Reformis Agama Ulasan Oleh prof "Artikel ini memuatkan kritikan ilmiah terhadap pandangan Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Dr Asri mendakwa gerakan Salafiyyah adalah merupakan gerakan Tajdid sebagaimana golongan Reformis dalam sejarah Eropah. Sering juga kita membaca artikel atau mendengar pandangan yang menyamakan gerakan Tajdid dengan reformis agama. Yang terkini pandanga
Gerakan Tajdid, Salafiyyah dan Reformis Agama

Ulasan Oleh prof

"Artikel ini memuatkan kritikan ilmiah terhadap pandangan Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Dr Asri mendakwa gerakan Salafiyyah adalah merupakan gerakan Tajdid sebagaimana golongan Reformis dalam sejarah Eropah.

Sering juga kita membaca artikel atau mendengar pandangan yang menyamakan gerakan Tajdid dengan reformis agama. Yang terkini pandangan Mufti Perlis yang baru tentang gerakan Salafiyyah yang dikategorikan sebagai tercetus daripada kebekuan berfikir dalam agama seperti yang berlaku dalam agama Kristian semasa zaman pertengahan. Semasa diwawancara oleh wartawan Malaysiakini beliau menyebut bahawa kebekuan agama yang disebabkan oleh golongan conservative Islam telah menyebabkan golongan muda bangkit sebagaimana yang berlaku terhadap gereja Katholik semasa Zaman Kegelapan Eropah. Antara gerakan yang bangkit dari kebekuan tersebut ialah Gerakan Salafiyyah yang bertujuan mengembalikan semula ketulenan Islam kepada pegangannya yang asal (Malaysiakini, “Mufti: Religious leaders can be challenged”, 27 November 2006)

Sememangnya ramai ilmuan Islam yang terpengaruh dengan gagasan Barat tentang kebekuan agama sehingga menuntut kepada berlakunya gerakan pembaharuan untuk keluar dari kebekuan tersebut. Begitu ramai juga tokoh-tokoh yang muncul membawa gagasan untuk membebaskan umat Islam daripada fenomena tersebut yang antaranya berpunca daripada kebekuan berfikir dan kongkongan golongan ulama jumud. Kadang-kadang kesemua mereka ini digolongkan dalam kategori yang sama iaitu golongan reformis Islam. Method pengkelasan sebegini sememangnya sering digunakan oleh para pengkaji Barat yang menulis tentang reformasi dalam masyarakat Muslim sehingga sukar dibezakan golongan Islah, golongan tajdid dan golongan reformis. Malangnya ramai pula para ilmuan Islam yang bertaklid dengan methodology seperti ini.

Sesungguhnya menjadi satu kesilapan besar sekiranya seseorang mengambil sejarah refomasi dalam agama Kristian sebagai titik tolak berlakunya gerakan Islah dan gerakan Tajdid dalam agama Islam. Betapa lagi dikaitkan pula dengan gerakan Salafiyyah yang bertujuan untuk kembali kepada manhaj Salaf al-Soleh. Hakikat ini disedari oleh para pengkaji Barat sendiri sehingga mereka sudah membezakan antara Theology dan Religious Studies (Kajian Agama). Malah menurut Carl Ernst tidak lagi sesuai menggunakan istilah-istilah yang sinonim dengan sejarah perkembangan agama Kristian untuk dibandingkan dengan agama-agama lain yang mempunyai akar-umbi sejarah yang berbeza. Setiap agama mempunyai akar-umbi sejarah yang berbeza dan setiap istilah yang lahir daripadanya mempunyai konotasi yang berbeza pula.

Sejarah kebekuan agama Kristian semasa Zaman Pertengahan yang dikenali dengan Zaman Kegelapan Eropah adalah satu peristiwa khusus untuk agama Kristian. Kebekuan ini bukan hanya disebabkan oleh kejumudan golongan eklesiastik tetapi kesahihan kandungan ajaran Kristian Katholik itu sendiri. Kejumudan golongan eklesiastik ini berkait rapat dengan politik kerajaan Romawi dan kedudukan Vatican sebagai kuasa autoriti yang bersifat kudus. Manakala kandungan ajaran Kristian pula telah begitu banyak bercampur-baur dengan falsafah Yunani sehingga sukar dibezakan antara ajaran Kristian dengan doktrin falsafah Yunani. Persoalannya adakah fenomena tersebut wujud dalam agama Islam sehingga adanya golongan yang memegang kuasa autoriti yang kudus dan kesahihan ajaran Islam sudah tiada ketulenannya lagi?

Kemunculan Zaman Pencerahan (Age of Enlightenment) di Eropah seharusnya juga dilihat latarbelakangnya daripada zaman pertengahan (medieval) dan sifat-sifat golongan eklesiastik pada ketika itu. Tradisi kristian sebenarnya telah bercampur dengan falsafah yunani khususnya Neo-Platonisme dan Scholastic sehingga sukar dibezakan dengan sumber kitab mereka. Sebagai contoh doktrin Geocentric serta doktrin Mikrocosmic dan Makrocosmic adalah hasil pemikiran Yunani yang telah dibaptiskan sehingga dianggap sebagai doktrin suci kristian. Dalam sejarah Islam percampuran itu hampir tidak berlaku, malah telah ditapis antaranya oleh tokoh-tokoh seperti al-Ghazali. Kemasukan anasir-anasir Falsafah Yunani yang dibawa oleh tokoh-tokoh Masyaiyyun (peripetetik) dan Muktazilah telah ditentang secara berterusan oleh tokoh-tokoh Islah Muslim di zaman masing-masing.

Sebahagian ahli falsafah Barat menyebut sebelum berlakunya pencerahan berlaku terlebih dahulu Revolusi Saintifik yang merupakan titik tolak perubahan epistemologi Barat. Peristiwa ini ditunjangi oleh beberapa pemikiran revolusioner seperti kemunculan doktrin Heleocentric oleh Coppernicus dan doktrin Mecanistic Newton. Pencerahan juga adalah hasil daripada semangat Humanisme yang meletakkan fungsi rasional (akal) mengatasi wahyu sehingga mempengaruhi Descartes dengan kata-katanya 'I Think therefore I am'. Sekiranya faktor inilah yang dijadikan bandingan untuk mensabitkan golongan Islah dalam masyarakat Islam, maka golongan yang sebanding dengannya ialah seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd yang disebut sebagai masyaiyun dan golongan mu'tazilah, bukannya Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim yang dikenali sebagai salafiyyah.

Golongan salafiyyah yang selalu dikaitkan dengan gerakan Islah ini jauh sekali dibandingkan dengan gerakan Humanisme kerana pandangan mereka yang keras terhadap peranan akal antaranya pendirian mereka terhadap Tafsir Bi al-ra'yi. Adapun golongan pertengahan seperti al-Ghazali agak lebih toleran dalam konteks penerimaan peranan akal. Bagaimanapun al-Ghazali selalu dianggap golongan mutakallimin atau dalam bahasa ilmu Barat disebut golongan ortodoks. Malah al-Ghazali juga selalu dikenali sebagai tokoh yang menghancurkan rasional sehingga menyebabkan kebekuan pemikiran dunia Islam. Mungkin beliau seperti Galen yang mengasaskan falsafah teleologi yang selalu dianggap sebagai doktrin yang melumpuhkan kecerahan zaman Yunani.

Sepertimana al-Ghazali diserang oleh golongan filosof sempama Ibn Rushd selepas kematiannya, beliau juga turut diserang oleh golongan salafiyyah selepas kematiannya. Sedangkan al-Ghazali mempunyai pendirian yang tersendiri tentang falsafah sehingga mekarnya falsafah Islam daripadanya dan mempunyai pendirian tersendiri tentang salafi sehingga mempunyai pengaruh yang besar dalam perbahasan tauhid. Boleh jadi jalan pertengahan yang ditempuhinya lebih menepati Islah sekiranya bersandarkan kepada konsep Islah seperti yang selalu disebut, iaitu kembali berpegang kepada sumber yang asal lalu memperkukuhkannya sebagai landasan untuk membangunkan semula umat dan pada masa yang sama Islah juga selalu dikaitkan dengan pembebasan dari kebekuan iaitu mengiktiraf peranan akal. Maka jalan yang dirintis oleh al-Ghazali lebih menepati kedua-duanya.

Bagaimanapun untuk menafikan peranan Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim serta mereka yang hadir lewat selepasnya seperti Muhammad bin Abdul Wahab dan al-Shawkani sebagai golongan Islah adalah tidak wajar sama sekali. Mereka dikenali sebagai golongan yang menyeru kembali kepada sumber yang asal di samping meletakkan kedudukan akal pada peranannya yang sebenar di sisi Islam. Yang jelas mereka tidak boleh disamakan seperti Descartes, Locke, Hume, Voltaire dan lain-lain tokoh reformis Barat yang memimpin Zaman Pencerahan di Eropah. Malah lebih tegas lagi gerakan Islah dalam masyarakat Islam sama sekali tidak boleh disebandingkan dengan gerakan Reformasi dalam masyarakat Kristian. Kalau gerakan Refomasi hendak dilabelkan terhadap mana-mana golongan dalam masyarakat Islam, yang sesuai dengannya ialah Masyaiyyun dan Muktazilah, bukannya Salafiyyah.

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 06-01-07 14:50

Pada 05-01-07 17:05 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!

'should they find it necessary to do so'..that is a reason

and reading the quran..or is it part of the quran? and handling the mushaf? is it the real mushaf, or a mushaf within it the translation exceeds the original text (tarjim)? these are the points that have been discussed also in islam online

"such woman (in menstruation or post-natal bleeding) should not touch the mushaf (a copy of the Qur'an); she can only read from her own memory. As for the junub, he or she is not to recite the Qur'an, whether from memory or from the mushaf, until he or she has performed ghusl (purificatory bath)"

thus, the early commentary must first CLARIFY in WHICH state of the QURAN is permissible to be red or not...in which it is permissible (if the women is in menstruation) when:

1)reading from memory (hafalan)
-and not to touch the mushaf

bro, before quoting my phrases, please look deeply, that i said 'tidak boleh MEMEGANG DAN membaca al-quran'..meaning that reciting the quran and holding the mushaf in the same time.

anyway, thanks for the info...no hard feelings

so nak cakap org yang kata boleh baca al-quran waktu haidh sebagai sama seperti astora.?

tulah mulut jaga sikit nak fitnah orang.

pasal pegang mushaf tu pun ada khilaf ulama, kalau nak pegang yang kata tak boleh pegangle, kalau nak pegang yang kata boleh pegangle..ikutlh mana yang anda rasa lebih dekat dengan alquran dan sunnah,

jawapan fatwa 2 xspceific untuk yang mahu hafal al-quran sahaja, even sesiapa yang rasa necessary perlu baca al-quran boleh baca.

dalam fatwa islam online2 bukan satu topik diskus bab2, ada banyak fatwa, saya ambil yang kata boleh sebab majoriti kita tau tak boleh dan siap fitnah org yang kata boleh macam astora.

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

[ Telah diedit oleh: masri2 pada 06-01-07 14:53 ]

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 06-01-07 16:28

Saudara masri2 2, saya berharap tak nak panjangkan lagi apa ni, tetapi apabila menggunakan perkataan 'fitnah', maka saya rasa tak berapa sedaplah bunyinya..sebab 'QUOTE' saudara tu mengenai posting saya

Bukankah kita semua sedang berdiskusi?

Jadi dalam saudara dapat memberi pelbagai pendapat, saudara juga kenalah menerima pendapat saya juga..sekadar pendapat.

Saya mengatakan, jika hujjah hanya kerana tidak membuat sesuatu hukum itu kerana 'tiada nas dalam al-quran menyatakan sedemikian', maka itu IBARAT sama seperti apa yang diperkatakan oleh astora

saya yakin, anda dan ramai lagi, yang pasti ilmunya lebih tinggi daripada saya, ada hujjah dan pendapat masing-masing yang mantap.

Ada saya menyatakan SIAPA yang SAMA DENGAN ASTORA JABAT?
MENGAPA SAUDARA SECARA tiba-tiba MENGQUOTE BEGITU 'DRAMATIK SEKALI' kata-kata saya?

ini apa YANG SAYA TAHU..jika lain daripada apa yang saudara tahu, maka itu adalah RAHMAT dan ada HIKMAH

keempat2 mazhab dalam mazhab fiqh Ahlu-sunnah wal jamaah sepakat dalam tidak boleh menyentuh musyhaf al-Quran dalam berhadas besar

"It is unlawful (haraam) for someone not in the state of wudu to carry a Qur'an, even by a trap or in a box , or touch it, whether its writing, the spaces between its lines, its margins, binding, the carrying strap attached to it, or the bag or box it is in.

The opinion expressed in Fiqh al-Sunnah that it is permissible to touch the Qur'an without ritual purity is a deviant (shadh) view contrary to all four schools of jurisprudence (fiqh) that is Hanafi, Maliki, Shafi'i and Hanbali and is impermissible to teach (except to teach that it is deviant).

It is permissible to carry books of Sacred Law (Shari'ah), hadith, or Qur'anic tafsir, provided that most of their text is not Qur'an.

One should not use saliva on the fingers to turn the pages of the Qur'an.

When one fears that a Qur'an may burn, get soaked, that a non-Muslim may touch it, or that it may come into contact with some filth, then one must pick it up if there is no safe place for it, even if one is not in the state of wudu or is in need of the obligatory bath, though performing the dry ablution (tayummum) is wajib if possible.

It is haraam to use the Qur'an or any book of Islamic knowledge as a pillow."

Imam Muhammad ibn Ahmad Qurtubi
says in
al-Jami' li ahkam al-Qur'an

Khilaf ulama mengenai sama ada boleh memgang ataupun tidak mashaf al-quran adalah ketika dalam berhadas kecil..

Dr. 'Umar bin Muhammad al-Sabil, dari University Umm al-Qura, di dalam tulisannya (حكم الطهارة لمس القرآن الكريم;) mengatakan ijmak ulama tidak boleh memegang al-Quran bagi orang yang berhadath besar. Melainkan Daud al-Zahiri dan pengikut-pengikutnya dari ahli Zahir.

saya memetik daripada satu sumber:

Harus bagi wanita yang berhaid untuk dia membaca al-Quran dari hafalannya berdasarkan pendapat yang paling kuat dari dua pendapat ulama. Inilah pendapat Imam Malik, dan satu riwayat dari Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah memilih pendapat ini.

Tidak boleh wanita haid menyentuh al-Quran. Inilah pendapat keempat-empat Imam Mazhab. Dalil utama dalam masaalah ini ialah hadith :

لا يمس القرآن إلا طاهر

Maksudnya : "Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci (daripada hadath kecil dan besar)."

Ulama yang mengharuskan wanita haid dari menyentuh al-Quran beralasan kalimat Tohir (طاهر = Suci/bersih) di dalam hadith di atas boleh membawa berbagai maksud antaranya ; suci daripada syirik, suci daripada hadath kecil atau besar dan suci daripada najis. Jadi mereka berpendapat kalimat ini boleh mewujudkan beberapa maksud. Maka ia tidak boleh dijadikan hujah dalam melarang wanita yang berhaid dari menyentuh al-Quran. Namun maksud Tohir di dalam hadith ini yang lebih kuat ialah suci dari hadath kecil dan besar. Ini berdasarkan ayat al-Quran :

وما يريد الله أن يجعل عليكم من حرج ولكن يريد لطهركم

Maksudnya : "dan ALLAH tidak menghendaki menjadikan kesusahan atas kamu, akan tetapi DIA menghendaki menbersihkan kamu."

dan mengenai ayat 'nak pegang yang mana dalam mazhab', saya tidak mengamalkan TAQLIF mazhab.. jika saudara berbuat sedemikian, sama meminta maaf kerana saya tidak tahu, dan kini saya tahu.

Bagi saya, jika kebiasaan dalam masyarakat yang BUKAN BID'AH DHOLALAH yang diikut secara umum, maka saya tak nak besar2kan perkara ini. kerana akan menimbulkan KERAGUAN pada mereka yang tak tahu. Sebagai contoh, kalau tak diterangkan isu itu secara jelas, maka mungkin ada wanita, atau lelaki (yang mengambil qias kepada wanita haid) yang dalam hadas besar, akan membaca al-quran sambil memegang mushaf yang asli (bukan tarjim).

Saya hanyalah hamba Allah biasa yang tidak mempunyai kepakaran untuk berijtihad dan hanya mengikut pandangan ulama secara ijma' dan tiada berbentuk peribadi.

maaf jika sampai sekarang, yang silap itu adalah saya, jika ada silap, seperti saya katakan, NO HARD FEELINGS.

Maafkan saya juga. jika perkara itu tidak benar, maka apa masalahnya?Jika tak benar, sekali lagi, saya pohon maaf, dan petunjuk.

kadang-kadang, pelik juga saya dengan manusia...orang kata siapa makan cili akan rasa pedas kan? itu biasa. saya tak kata macam tu..yang saya pelik

"jika tak makan cili, maka Kenapa nak rasa pedasnya pula?"

tak paham saya

wallahu'alam.
[ Telah diedit oleh: swordofdeen pada 06-01-07 16:35 ]

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 06-01-07 16:41

Pada 06-01-07 16:28 , swordofdeen posting:

assalamualaikum wbt

dan saya juga tahu qaul2 ulama seperti ibn taimiyyah ibn hazm, al-albani, dan sebhgn ulama dr mazhab 4 yang membenarkan secara mutlaq membaca al-quran menyentuh al-quran ketika dalam hadas besar.

anda menuduh dr asri seperti astora atas hujahnya tiada dalil dalam hal ini.

astora berhujah untuk benda yang ada dalil yang jelas dalam al-quran iaitu isu aurat sdgkan dr asri menyentuh isu haid yang pada sebhgn ulama dalil yang mengharamkan itu xsahih. maka sbb2 itu disebut tiada dalil yang melarang.

isu sama ada anda nak pegang tak boleh tu hak anda, tapi memfitnah orang dan menyamakan dengan astora yang terkenal pemutar agama tu satu sifat kurang ajar. kalau macam-macam pergi lah cakap benda yang sama kepada ulama2 lain yang membenarkan membaca al-quran dan menyntuh ketika haid termasuklah al-qaradawi dan hujah mereka sama sahaja tiada dalil kerana bagi mereka tiada dalil yang sahih.

wasalam wbt

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 06-01-07 17:11

APAKAH BUKTI SAYA MENUDUH ASRI SEPERTI ASTORA JABAT? ADAKAH SAYA MENYATAKAN NAMA ASRI DI DALAM POSTING SAYA ITU?

saya menyamakan mereka yang saya sebut DI MASJID di LUAR NEGARA sebagai seperti perbuatan astora jabat

oh, untuk pengetahuan, saya ambil quote untuk tak boleh pegang mushaf tu dari laman web Al-Qayyim..mesti saudara tau laman web siapa tu

saya tidak setuju dengan MAZA untuk isu skodeng ni, tapi saya tak menolak pendapat2 nya dalam bidang lain..say tak kata saya terima atau tolak..sebab fokus utama posting ialah dalam bab isu skodeng jakim

sama seperti ibnu taimiyyah....dia ada berbeza pendapat dengan ulama2 lain ramai dalam bab akidah..tapi adakah kita tak iktiraf dia dalam ilmu lain? tak juga

macam kita belajar engineering atau IT d universiti2..ramai tau pengarang2 buku rujukan banyakanya orang kafir dan yahudi..kerana kita benci kafir, amerika dan yahudi, adakah kita tak baca buku mereka? tak juga...

sama juga dengan isu jakim...boleh ke hukum jakim DIRECT SEBAB KES SKODENG?

Sedih sekali apabila saya diukur sebegini..siapa yang memfitanh siapa? bukankah kini SAUDARA YANG MEMFITNAH SAYA?jika tidak, alhamdulillah..jika ya, nak buat macam mana. saya tak boleh kontrol hak dan pemikiran saudara..moga Allah ampunkan saya.

sprti saya katakan, saya TAK AMAL TAQLIF..so, kalau qardhrawi ke siapa ke kata, ok lah tu..tetapi saya terima JUMHUR DAN IJMA ulama2 mazhab..memang ada sekerat dua dalam mazhab syafie kata boleh, tapi saya ulang, SAYA AMBIL SECARA JUMHUR DAN IJMA' dan saya tak BERTAQLIF mazhab..adakah mungkin semua ulama itu berpakat untuk mewujudkan benda ini? mereka juga ada nas yang mengatakan perempuan berhaid wajib tidak boleh memegang mushaf quran yang asli (bukan tarjim)

sesunggunya saya hamba dhoif jika berbanding dengan saudara.

kata akhir saya, SILA BACA POSTING2 SAYA SECARA KESELURUHAN..TERIMA KASIH

wallahualam

p/s: moderator, jika posting saya boleh menyebabkan perpecahan sila deletekan ya.
[ Telah diedit oleh: swordofdeen pada 06-01-07 17:14 ]

Bookmark and Share

  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 06-01-07 18:55

ALLAHU AKHBAR..
moga antum dapat bertenang...
ana dah memerhati dari topik awal..
masing-masing nak berhujah..

ada yang lantang bersuara... sambil menyatakan
mufti lain tak ada buat apa..
kemudian.. dah masuk pula isu astora jabat..

huh.. jangan disamakan sama sekali..
ustaz asri & astora jabat tu..
jauh sangat bezanyaa...

beginilaa..
ana harap isu musti PERLIS tidak lagi diperkatakan..
dah terang-terangan semua MUFTi masih lagi memandang isu
MURTAD sebagai isu yang paling hangat..
cuma segelintir antum yang mungkin terlepas lihat dalam dada akhbar..

arakiannya... sama-samalah kita memurnikan... ISLAM
ISLAM is the way of LiFE

wallahu'alam...
:roll: :roll: :roll:

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.21256 saat. Lajunya....