Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: zihar


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» zihar

Please Mendaftar To Post


Oleh zihar

Saff-one
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7134
Posting: 43
Dari: Kuala Pilah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-12-06 22:51


assalamualaikum, sahabat wa sahabiah semua. di sini ana ada satu kemusykilan. boleh tak terangkan dengan lebih lanjut berkaitan zihar. apakah perkara2 yang menyebabkan zihar dan cara menebusnya. syukran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saff-oneProfil   Hantar PM kepada Saff-one   Pergi ke Saff-one's Website   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 25-12-06 02:05


haah..
ana pun nak tahu juga..
mohon sapa tahu terangkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

p6_vi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15864
Posting: 29
Dari: haa?!i?

philippines   avatar


posticon Posting pada: 25-12-06 05:44


apakah zihar ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For p6_viProfil   Hantar PM kepada p6_vi   Pergi ke p6_vi's Website   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-12-06 10:23


Pada 25-12-06 05:44 , p6_vi posting:

!!! QUOTE !!!

apakah zihar ini?


Zihar ialah kaata-kata seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan atau mana-mana anggota perempuan yang haram dikahwininya untuk selama-lamanya. Ini berlaku pada kebiasaannya selepas wujud perasaan marah atau tidak suka, atau kurang berminat terhadapnya, berlaku juga zihar itu dengan tujuan menghalangnya daripada bergaul dengan isterinya supaya tidak menganggu ibadatnya seperti yang berlaku kepada seorang sahabat Rasulallah S.A.W. yang bernama Maslamah bin Sakhr.


-----------------
Pelaburan Hartanah...
http://jom2lelong.blogspot.com
jom jom kita beli rumah lelong...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

cititel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2006
Ahli No: 21725
Posting: 150

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-12-06 10:28


Ulama membahagikan lafaz zihar kepada dua; jelas (sarih) dan sindiran (kinayah). Lafaz sarih ialah lafaz yang tidak membawa maksud selain dari zihar seperti, “Engkau di sisiku seperti belakang ibuku”. Lafaz jelas (sarih) adalah zihar dan dikenakan kafarah walaupun tanpa niat.

Mengikut mazhab Syafii menyamakan anggota yang mendatangkan syahwat atau keseronokan juga dikira lafaz sarih seperti kemaluan, perut, paha, payu dara atau apa jua anggota yang tidak menunjukkan penghormatan apabila menyebutnya.

Lafaz kinayah pula lafaz yang oleh membawa maksud zihar atau maksud selainnya seperti pujian atau penghormatan. Lafaz ini perlu disandarkan kepada niat asal suami. Jika dia berniat zihar, maka ke atasnya kafarah. Antara contoh lafaz kinayah, “Engkau seperti ibuku”. Kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf, Syafii dan Mazhab Hanbali menyifatkan lafaz ini adalah berbentuk sindiran dan perlu kepada niat.

Menyamakan muka atau hidung isteri dengan muka atau hidung ibu tidaklah dikira zihar jika si suami berniat memuji atau selain zihar. Begitu juga menyamakan anggota anak perempuan dengan anggota isteri tidak dinamakan zihar jika lafaz itu berbentuk kinayah dan tidak berniat zihar. Menyamakan perangai isteri dengan anak juga tidak dikira zihar.

Para suami dinasihatkan agar berhati-hati ketika melafazkan kata-kata terhadap isterinya dikhuatiri terungkap lafaz zihar secara jelas tanpa disengajakan.

Cara Menebus..............
Bila ingin kembali semula mengauli isterinya maka dikenakan merdeka seorang hamba atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang fakir miskin, mengikut tertib (berdasarkan kepada kemampuan).

:. sampaikan walau satu ayat...amin


-----------------
Pelaburan Hartanah...
http://jom2lelong.blogspot.com
jom jom kita beli rumah lelong...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cititelProfil   Hantar PM kepada cititel   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108865 saat. Lajunya....