Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 98
Ahli: 0
Jumlah: 98




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Betulkan tanggapan anda tentang poligami


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Betulkan tanggapan anda tentang poligami

Please Mendaftar To Post


Oleh Betulkan tanggapan anda tentang poligami

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 15:54


Sebarang perbincangan mengenai isu poligami sebenarnya boleh menarik perhatian ramai golongan Hawa. Ia adalah isu yang paling sensitif dibandingkan dengan isu-isu lain yang berkaitan dengan wanita.

Dan yang terbaharu bantahan yang disuarakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap kerajaan negeri Terengganu yang bercadang untuk memberi anugerah khas kepada lelaki yang berpoligami. Manakala di Indonesia pula tindakan Aa Gym (tokoh pendakwah terkenal) mengahwini Alfarini Eridani bekas model dan janda beranak tiga telah mencetuskan kemarahan golongan wanita di sana.

Sesungguhnya kebanyakan orang yang fanatik menentang Islam dan orang-orang yang tidak memahami jiwa syariat lslam menganggap bahawa lslam ialah suatu agama yang pertama mengharuskan poligami. Ini adalah merupakan suatu anggapan yang salah yang menunjukkan kejahilan mereka terhadap sejarah dan terhadap agama-agama lain.

Tegas

Islam bukanlah agama pertama yang membawa atau memperkenalkan poligami tetapi Islam adalah agama pertama yang menyusun undang-undang perkahwinan (secara sistematik) dan menggariskan batas-batas poligami dengan jalinan-jalinan yang ketat dan syarat-syarat yang tegas.

Islam mengadakan peraturan perkahwinan dan menggariskan batas tertentu untuk poligami dan menjadikan bilangan paling banyak (maksimum) wanita yang boleh dikahwini dalam satu-satu masa ialah empat orang dengan syarat individu itu mempunyai kemampuan yang cukup serta boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Maka kahwinlah wanita-wanita yang halal bagimu dua, tiga atau empat (surah an-Nisa ayat 3). Dengan menitikberatkan kepentingan manusia baik secara individu mahupun masyarakat, lslam membolehkan lelaki berkahwin lebih dari seorang.

Islam telah menentukan keperluan individu dan masyarakat dan menentukan ukuran kepentingan kemaslahatan manusia seluruhnya hak lelaki berpoligami dalam lslam bukan persoalan hak lelaki ke atas wanita. Tetapi, ia adalah hak Allah s.w.t. terhadap makhluk-Nya. Hak ini bukan dipaksakan Allah. Ia peruntukan yang diharuskan dengan bersyarat ke atas lelaki yang ingin berpoligami.

Di antara manusia ada yang mandul atau sakit sehingga tidak mempunyai anak. Dan, ada juga di kalangan para isteri yang tidak dapat menjalankan kewajipan sebagai isteri. Bukankah ia suatu kehormatan bagi si isteri dan keutamaan bagi si suami kalau dia berkahwin lagi dengan seorang wanita tanpa menceraikan isteri pertama dengan memenuhi hak-haknya?

Di kalangan feminis lslam mereka melihat umumnya poligami yang terjadi adalah semata-mata untuk pemuasan nafsu semata-mata bukan atas faktor-faktor yang disebut di atas.

Malah semua alasan yang membolehkan suami berpoligami hanya dilihat dari perspektif kepentingan suami dan sama sekali tidak pertimbangkan perspektif kepentingan perempuan apa lagi kepentingan sosial (kemasyarakatan) yang lain. Mereka menyimpulkan bahawa prinsip perkahwinan dalam lslam adalah monogami, bukan poligami. Malah menurut mereka kemampuan untuk berlaku adil ke atas isteri dari segi fakta sejarah membuktikan hanya nabi s.a.w. yang mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Sementara itu ada juga lelaki yang mempunyai nafsu seks yang luar biasa, tapi isterinya hanya bersikap dingin atau sakit, atau masa haidnya itu terlalu panjang dan sebagainya, sedangkan si suami tidak dapat menahan nafsunya. Apakah dalam situasi begini mereka tidak boleh kahwin dengan perempuan lain secara yang halal sebagai tempat mencari kawan tidur dan teman hidupnya?

Syarat

Jika poligami itu boleh memberikan jalan ke arah keghairahan nafsu kaum lelaki tanpa menyebabkan wabak zina, maknanya ia telah membentuk perlakuan seks yang sihat. Apakah kita harus menyempitkan pandangan mengenainya sehingga gejala perzinaan menjadi berleluasa.

Bagi sesetengah kaum wanita mereka mungkin menentang poligami kerana mereka tidak memahami istilah akad nikah sebagai (perjanjian kontrak) yang bukan maksud lelaki dan perempuan itu milik mereka. Apabila ia berupa kontrak (ikatan perjanjian) ini bermakna lelaki tersebut boleh membuat kontrak atau akad nikah dengan perempuan lain apabila memenuhi ciri-ciri dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Islam.

Pada hakikatnya agama kita membenarkan cara halal tadi sekalipun dengan isteri yang lain iaitu kaum sejenisnya sendiri. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingin selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampau batas (al-Mu'Minun ayat 5-7).

Di sini jelas dinyatakan bahawa hubungan suami isteri itu dihalalkan dan diberi kebebasan sepenuhnya dan yang dicela ialah dengan orang lain secara yang di luar batas agama. Malangnya ada juga sebahagian para isteri itu masih ragu-ragu untuk sentiasa menjalin kasih sayang dan membina kehidupan yang intim dan romantis, sekalipun dengan pasangan mereka sendiri. Ini memungkinkan perhubungan itu menjadi tidak harmonis sehingga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga atau boleh menimbulkan kerenggangan dalam rumah tangga.

Pada masa ini, bancian penduduk seluruh dunia menunjukkan bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Keadaan ini menimbukan kebimbangan berlakunya ke'aifan dan kerosakan (akhlak antara kedua-dua jenis ini) menyebabkan diharuskan lelaki berpoligami dengan syarat dapat melakukan keadilan dan kecukupan nafkah zahir dan batin. Di negara barat hari ini mereka merungut tentang kemerosotan keturunan mereka serta merebaknya penyakit AIDS kerana perbuatan zina dan liwat yang kalau tidak dikawal akan menghancurkan seluruh masyarakat itu sendiri.

Bagaimana untuk melahirkan generasi minda kelas pertama yang menjadi idaman negara kalau ia lahir dari genetik dan benih yang kotor dan jahat. Sebaliknya benih yang baik itulah yang dapat melahirkan generasi yang baik dan berapa ramai kaum wanita yang mempunyai genetik atau benih yang baik dan subur terbiar begitu sahaja kalau tanpa ada kemudahan atau laluan untuk berpoligami sebagaimana yang dibenarkan oleh agama.

Kita tidak mahu manusia yang akan lahir nanti ialah manusia yang liar dan sukar dididik. Islam itu bersih. Apa pun alasannya, poligami merupakan alternatif yang dapat menghindari daripada berlakunya kejahatan. Sehubungan ini Allah mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: (Biasanya) wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat itu untuk wanita yang jahat (begitu juga sebaliknya) wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik-baik (surah an-Nur ayat 26).

Generasi

Justeru itu kita dapati orang tua kita dahulu tidak memilih sangat pasangan untuk anak mereka asalkan bakal suami itu orang baik dan soleh. Mereka terima sahaja apa lagi kalau bakal menantu mereka itu daripada kalangan para ulama terkenal pula dan terbukti selalunya generasi keturunan mereka terdiri dari manusia berminda kelas satu yang amat diperlukan oleh negara hari ini.

Kepentingan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan bagi menyedarkan bahawa poligami itu adalah suatu yang baik dan menjadi sunah nabi. Segala-galanya telah nabi tunjukkan kerana poligami dibolehkankan dalam lslam.

Apa pun pandangan dan alasan, penentangan terhadap poligami akan membawa kepada kepincangan akidah. Pandangan serong terhadap poligami hendaklah diperbetulkan semula dengan harapan masyarakat benar-benar peka dan faham mengenainya. Ia sangat penting kerana poligami bukan ciptaan manusia, sebaliknya bersumberkan perintah Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

af_feirays
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27071
Posting: 33
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-12-06 16:22


hehe.. cerita poligami lagi ke?

pada sahabat-sahabat ikhwah.. mari kita beramai2 ubah sikap.. tunjukkan keperwiraan anda sebagai lelaki.. buktikan kepimpinan kita.. hingga kelak isteri2 kita memandang tinggi akan kebolehan kita sebagai suami yang bertanggungjawab dan tegas di atas paksi dakwah..

kelak, insyaallah, dengan niat yang ikhlas dan persediaan yang mantap.. berpoligamilah.. suami2 yang hebat pasti dikurniakan isteri2 yang solehah dan memahami.. malah turut dilimpahi rahmat dari Nya sepanjang kehidupan bersama.. hingga ke akhirat kelak..

allahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_feiraysProfil   Hantar PM kepada af_feirays   Pergi ke af_feirays's Website   Quote dan BalasQuote

af_feirays
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27071
Posting: 33
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-12-06 16:23


kalau perangai masih lagi macam budak-budak.. hm?? isteri mana nak biarkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_feiraysProfil   Hantar PM kepada af_feirays   Pergi ke af_feirays's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 18:45


:roll: :-) kalau diri itu rasa betul-betul berkemampuan untuk berpoligami...silakan.....tapi pastikan anda menunaikan hak2 anda dalam berpoligami.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Nurr_Iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 20:56


Assalamua'laykum...

berpoligami untuk menyelesaikan masalah.. tapi kalau berlaku sebaliknya, baiklah berkahwin tidak lebih dr satu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurr_ImanProfil   Hantar PM kepada Nurr_Iman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119779 saat. Lajunya....