Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 46 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: hanya kerak nasi untuk MAK


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» hanya kerak nasi untuk MAK

Please Mendaftar To Post


Oleh hanya kerak nasi untuk MAK

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 23:14


Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yang meyayat hati ?.


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di

kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar

abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi

menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.



Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati

kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin

menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak

payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja

walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga

sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri

bersamanya.



Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak

beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak

ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke

mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh

cuba menyediakan juadah yang semampunya.



Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk

abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu

selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu

anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah

hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak

pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa

tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'



Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mahu...tak lalulah nasi goreng,

nak makan roti saja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga

jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab

nak kawal penyakit diebetisnya" ....



Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku

tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih

dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis

kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.



Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada

ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua

kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau

peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk

membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nur_namia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 00:19


itulah insan yang bergelar ibu..pengorbanan insan yang bergelar ibu tiada tandingannya...sayangilah ibu semasa berada...............sejahteralah hidup kita bila mendapat keredhaan daripada insan yang bergelar ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_namiaProfil   Hantar PM kepada nur_namia   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 07:04


menitik air mata baca cerita ini... besar sungguh pengorbanan seorang ibu untuk anak-anak... semoga Allah berkati ibu saya dan ayah... serta ibu-ibu dan ayah-ayah yang lain, yang telah berkorban untuk anak-anak sepanjang hayat mereka... ameen...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 16-12-06 11:46


isk..rindu kat mak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 12:22


sedihnya....besarnya pengorbanan seorang ibu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 15:53


rasa nak balik sabah sekarang ni juga, jumpa mak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-12-06 02:21


assalamualaikum...

terkadang anak2 tidak tahu bahawa ibu bapa mereka menanggung kesakitan,keletihan dan kelaparan... namun mereka selalu menyembunyikannya dari pengetahuan anak2 mereka,kerana bagi mereka biarlah mereka yang menanggung itu semua daripada anak-anak mereka... mereka sanggup berlapar asalkan anak2nya kenyang.... mereka sanggup menahan kesakitan dan kelelahan bekerja,hanya untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan tidak terabai dalam pelajaran...

terkadang ... setiap kali menjelang syawal... mereka lah orang yang paling sibuk menyediakan pakaian baru untuk anak-anak mereka,sedangkan mereka masih memakai pakaian yang lama...

adakah kita sedar itu semua??? semoga kita sedar sebelum kita kehilangan mereka....

salam ukhwah dan perjuangan..

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 22-12-06 09:32


hm...sdihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 01-01-07 07:35


kisah yang menyayat hati...
itulah dia yang bergelar seorang ibu...
"ibu mithali ibu yang sejati...kasih sayangmu kasih yang suci...pengorbananmu disanjung tinggi....jasamu tetap disanubari..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102461 saat. Lajunya....