Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
khalifah: 4 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 21 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: kenaikan TOL 60%?? apa tindakan ana??


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» kenaikan TOL 60%?? apa tindakan ana??

Please Mendaftar To Post


Oleh kenaikan TOL 60%?? apa tindakan ana??

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 18:28


KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Jika laporan Reuters
akan menjadi kenyataan, awal tahun hadapan, pengguna
lima lebuhraya di negara ini akan dihadiahkan dengan
satu lagi kenaikan harga, kata Naib Presiden PAS,
Dato' Husam Musa.

Kenaikan harga yang baru itu ialah kadar baru tol,
yang dijangka naik sehingga mencecah 60 peratus,
katanya.

Laporan Reuters menyebut, pengumuman mengenainya akan
dibuat pada jam 3.15 petang 14 Disember, iatu hari
ini.

Menurut Husam, arahan juga telah diberikan supaya
media tidak membesarkan kenaikan besar-besaran kadar
tol itu, untuk membendung kemarahan rakyat.

Reuters menjangkakan kenaikan kadar tol yang luar
biasa tinggi itu akan membangkitkan kemarahan umum dan
meningkatkan lagi kadar inflasi.

Kenaikan setinggi 60 peratus itu akan melibatkan lima
lebuhraya di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur.

Kadar baru yang disifatkan hadiah tahun baru itu
dijangka berkuatkuasa 1 Januari ini.

Dengan kenaikan setinggi 60 peratus itu, jika
diambilkira Lebuhraya Damansara-Puchong, tol yang pada
masa ini dikenakan pada kadar RM1 akan melambung
sehingga RM1.60, satu kadar yang begitu membebankan.

Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu
setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan
tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu,
kata firma penarafan, RAM.

Menurut Reuters, kebanyakan lebuhraya diluluskan dalam
tahun 90an oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad, yang memberikan tumpuan kepada
dan penswastaan projek mega.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru
ini menyatakan, kerajaan terpaksa membayar pampasan
RM2 bilion kepada operator lima lebuhraya itu jika
kadar tol tidak dinaikkan.

Kadar inflasi di Malaysia memuncak sehingga 4.8
peratus Mac lalu, berikutan kenaikan harga minyak.

http://harakahdaily .net/v061/ index.php? option=com_ content&task= view&id=5669& Itemid=28


-----------------
Sesungguhnya Kejayaan Saya dan Tuan-tuan Dalam DEEN. Taat Perintah ALlah Taala, Ikut, Amal & Hidupkan Sunnah Nabi & Rasul ALlah Muhammad Sallallahu�


Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 14-12-06 22:47


Kalau naik nak buat macamana, kita ni rakyat mana ada kuasa...kita hidup susah pemimpin mana ada ambik tahu.

p/s: best juga dapat kerakyatan UK, negara kafir yang susah sangat nak jumpa tol. :-) :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 23:08


Saya tak ada kereta lagi...
naik beskal saja..
mai p/raya kamek sokong kerajaan...
huih...depa pandai bawak kemajuan...

:-P


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

musyi
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25024
Posting: 5

malaysia  


posticon Posting pada: 15-12-06 00:59


adeh.. tak seronokla macam ni. ana memang lalu LDP untuk ulang alik dari kajang-shah alam. lecehla kalau tol naik. dahlah petrol pun mahal. nampaknye aliran duit ana makin laju lepas ni. aii,,keringla poket ana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For musyiProfil   Hantar PM kepada musyi   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 15-12-06 01:04


guna kakikal lah senang......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 15-12-06 01:24


Sudah dibenarkan oleh menteri Jangan Kayakan Rakyat (JKR).
Walaupun ekonomi dan nilai ringgit naik, kuasa beli rakyat tidak boleh naik.

Sekejap lagi anda akan lihat ada barang keperluan yang akan disembunyikan sehingga kekurangan bekalan, menanti kabinet menaikkan harga keperluan tersebut.

MELAMPAU.
Tahun ini ana sudah boleh mengundi. Ana sudah tahu mana yang perlu ana pilih.
[ Telah diedit oleh: mohdnurhakimin pada 15-12-06 03:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 08:42


YUP tol dah naik berkuatkuasa 1 januari 2007

hadiah dari kerajaan BN kepada rakyat selangor, kuala lumpur dan putrajaya..... kerana memilih mereka dalam pilihanraya 2004

ni senarai hadiah kerajaan BN kepada rakyat selangor, KL dan putrajaya pada 2006

1. harga minyak NAIK (awal 2006)
2. tarif TNB naik
3. CUKAI PINTU naik
4. CUKAI TANAH naik
5. tarif AIR-SYABAS naik
6. harga TEMPAT LETAK KERETA naik
7. harga RUMAH NAIK
8. GAJI tak pernah naik dan tak kan naik pun !
9. akhir sekali, harga TOL NAIK

tahniah rakyat selangor, KL dan Putrajaya kerana mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada pemerintah BN...

SOKONG lah BN LAGI... BIAR SEMUA HARGA NAIK

dan kita TERUS DIHIMPIT HIDUP dengan kos YANG MAHAL TAPI BERGAJI TAK PERNAH NAK NAIK !
[ Telah diedit oleh: maruz pada 15-12-06 08:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-12-06 08:44


MB Kelantan bagi syarat kat JKR kalau nak buat Highway kat Kelantan boleh tapi tanpa TOL. Tu pasal JKR tak buat Highway kat Kelantan.

tak ada highway kat Kelantan pun tak mengapa! jalan-jalan kampung berlambak boleh lalu tak ada TOL pula tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 08:45


YUP tol dah naik berkuatkuasa 1 januari 2007

hadiah dari kerajaan BN kepada rakyat selangor, kuala lumpur dan putrajaya..... kerana memilih mereka dalam pilihanraya 2004

ni senarai hadiah kerajaan BN kepada rakyat selangor, KL dan putrajaya pada 2006

1. harga minyak NAIK (awal 2006)
2. tarif TNB naik
3. CUKAI PINTU naik
4. CUKAI TANAH naik
5. tarif AIR-SYABAS naik
6. harga TEMPAT LETAK KERETA naik
7. harga RUMAH NAIK
8. GAJI tak pernah naik dan tak kan naik pun !
9. akhir sekali, harga TOL NAIK

tahniah rakyat selangor, KL dan Putrajaya kerana mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada pemerintah BN...

SOKONG lah BN LAGI... BIAR SEMUA HARGA NAIK

dan kita TERUS DIHIMPIT HIDUP dengan kos YANG MAHAL TAPI BERGAJI TAK PERNAH NAK NAIK !

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 08:59


Pada 15-12-06 08:45 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!

YUP tol dah naik berkuatkuasa 1 januari 2007

hadiah dari kerajaan BN kepada rakyat selangor, kuala lumpur dan putrajaya..... kerana memilih mereka dalam pilihanraya 2004

ni senarai hadiah kerajaan BN kepada rakyat selangor, KL dan putrajaya pada 2006

1. harga minyak NAIK (awal 2006)
2. tarif TNB naik
3. CUKAI PINTU naik
4. CUKAI TANAH naik
5. tarif AIR-SYABAS naik
6. harga TEMPAT LETAK KERETA naik
7. harga RUMAH NAIK
8. GAJI tak pernah naik dan tak kan naik pun !
9. akhir sekali, harga TOL NAIK

tahniah rakyat selangor, KL dan Putrajaya kerana mendapat hadiah yang sangat istimewa daripada pemerintah BN...

SOKONG lah BN LAGI... BIAR SEMUA HARGA NAIK

dan kita TERUS DIHIMPIT HIDUP dengan kos YANG MAHAL TAPI BERGAJI TAK PERNAH NAK NAIK !


kata BN !!!!!!!!!!!!!

Barang naik....
berapa naik???
banyak naik....



Ok.... lepas jumaat jom pergi demotrasi di KLCC......

tAKBIR!!!!!!!!!!


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

salmanfarees
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 09:03


memetik kata-kata Samy Vellu;" If u wanna have some facilities, u have to pay for it", Hmmm....boleh terima ke kata-kata ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For salmanfareesProfil   Hantar PM kepada salmanfarees   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 09:25


Tol lima lebuh raya naik -- Antara 30 sen dan RM1 berkuat kuasa 1 Januari 2007
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI dan HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Berkuat kuasa 1 Januari ini, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kenaikan kadar tol itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Katanya, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing.

Sebelum keputusan diambil, satu kajian telah diadakan sejak Januari 2005 dan didapati kenaikan tol bagi kelima-lima lebuh raya itu mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi.

“Dari tahun 2002 iaitu selepas penyusunan semula kadar tol dibuat, kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM2.589 bilion sehingga tamat konsesi kelima-lima lebuh raya tersebut,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Kadar Tol Baru di sini, hari ini.

Menurut Samy Vellu, kadar baru LDP bagi kelas 1 ialah RM1.60, kelas 2 (RM3.20), kelas 3 (RM4.80), kelas 4 (0.80 sen) dan kelas 5 (RM1.60).

“LDP yang mempunyai konsesi selama 33 tahun telah dilanjutkan selama setahun lagi iaitu akan tamat pada 23 April 2030 dengan kos pembangunan projek sebanyak RM1.42 bilion.

“Penurunan kadar tol dari RM1.50 kepada RM1.00 telah mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM479.7 juta untuk tempoh 1999 hingga 2006.

“Mengikut perjanjian, sepatutnya tol di LDP dikenakan pada kadar RM2.10 namun keputusan kerajaan hanya membenarkan RM1.60 dan ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung sebanyak 50 sen.

“Untuk 50 sen itu, pada tahun depan, kerajaan harus membayar sebanyak RM75 juta dan begitu juga tahun seterusnya. Ini bermakna sebanyak RM150 juta harus dibayar dalam masa dua tahun ini dengan satu tahun tambahan konsesi,” jelasnya.

Sementara itu, kata Samy Vellu, bagi Lebuh Raya Shah Alam, kadar tol bagi kelas 1 ialah RM2.20, kelas 2 (RM3.30), kelas 3 (RM4.40), kelas 4 (RM1.10) dan kelas 5 (RM1.70). Ini bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Jelas beliau, konsesi lebuh raya ini selama 28 tahun sembilan bulan dan dilanjutkan selama dua tahun lagi yang akan tamat pada 19 Ogos 2024 dengan kos pembangunan projek RM1.3 bilion.

“Sebelum kerajaan menyusun struktur kadar tol lebuh raya ini, pada mulanya terdapat 12 kenaikan sepanjang tempoh konsesi tetapi setelah penyusunan semula pada tahun 2002, hanya lima kenaikan akan dilaksanakan bagi tempoh tersebut.

“Jumlah nilai pampasan yang diberi kepada syarikat konsesi ialah RM371.8 juta,” katanya.

Menurutnya, bagi syarikat Lebuh Raya Cheras-Kajang yang dibina pada kos RM330 juta, pengguna kelas 1 (Batu 9) RM1, kelas 2 dan 3 (RM2.00), Kelas 4 (RM0.50) dan kelas 5 RM1 manakala kelas 1 di Tol Batu 11 pula ialah 90 sen, kelas 2 dan 3 (RM1.80), kelas 4 (50 sen) dan kelas 5 (90 sen).

“Kerajaan telah menetap hanya empat sahaja kenaikan akan dikenakan sepanjang konsesi iaitu sehingga tahun 2012 dan bukannya tujuh kenaikan seperti perjanjian asal dengan jumlah pampasan sebanyak RM336 juta,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Samy Vellu, bayaran tol bagi Lebuh Raya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) bagi kelas 1, RM10 (Kelas 2), RM15 (Kelas 3), RM2.50 (Kelas 4) dan RM5 (Kelas 5).

Di Bentong, pengguna perlu membayar untuk kelas 1 sebanyak RM3 (naik 50 sen) RM6 (Kelas 2), RM9 (Kelas 3), RM1.50 (Kelas 4) dan RM3 (Kelas 5).

Ujar beliau, konsesi untuk lebuh raya itu selama 32 tahun dan lanjutan konsesi selama enam tahun iaitu yang bermula pada tahun 1994 dan hanya akan tamat pada 2032 dengan kos pembinaan sebanyak RM568 juta.

“Pada mulanya pengguna lebuh raya ini perlu melalui 13 kenaikan sepanjang tempoh konsesi, tetapi selepas penyusunan semula telah berkurangan kepada enam sahaja dengan jumlah pampasan yang diberi kepada syarikat ialah RM1.197 bilion,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, bagi Lebuh Raya Koridor Guthrie untuk tempoh 2007 hingga 2011, kenaikannya ialah RM1.40 (naik 40 sen).

“Sehubungan itu dengan kenaikan yang berkuatkuasa 1 Januari ini, LDP mengalami 60 peratus kenaikan, Lebuh Raya Shah Alam (47 peratus), Lebuh Raya Cheras (43 peratus hingga 50 peratus), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (20 peratus hingga 25 peratus) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (40 peratus),” jelasnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 09:27


Yang lagi lah........ apa punya kejadah tak tau....belum apa-apa lagi dah ada hati nak naik....... minta2 biar pas yang mmeritah....

.............................................................................................
Lapan lagi lebuh raya naik tol 2008
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Sebanyak lapan lagi lebuh raya di seluruh negara bakal dinaikkan kadar tolnya pada Januari 2008 berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh syarikat konsesi dengan kerajaan.

Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Dua lagi lebuh raya iaitu Lebuh Raya Baru Selat Klang Utara dan Jambatan Pulau Pinang pula akan dinaikkan kadar tolnya, masing-masing pada 15 Mei 2008 dan 1 Oktober 2008.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditanya sampai bila pengguna akan terus berhadapan dengan situasi kenaikan tol berkata: ‘‘Ini satu fenomena kita tidak boleh jawab, bila akan selesai. Kita selesai satu jalan, kita bina jalan baru sebab kita mahu memberi pembangunan pesat kepada negara.

‘‘Dengan hubungan jalan raya yang baik, pelabur boleh melabur di mana-mana, tidak payah cari pusat bandar sahaja,’’ katanya pada sidang akhbar mengumumkan kadar baru tol bagi lima lebuh raya sekitar Lembah Klang di sini hari ini.

Lima lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Samy Vellu berkata, jika kerajaan bercadang untuk membina sendiri semua rangkaian lebuh raya di negara ini, sebanyak RM120 bilion diperlukan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, beliau menambah, di sebalik kenaikan tol itu, terdapat lebuh raya yang telah ditamatkan pembayaran tolnya.

Katanya, ini termasuk Jalan Cheras yang tamat pada 14 September 2003 dan Jalan Pahang pada 31 Mac 2004.

‘‘Atas permintaan orang ramai, tol di Skudai juga ditutup dan dengan penutupan itu kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM331.68 juta,’’ katanya.

Beliau turut memberitahu, kadar tol yang dikenakan di negara ini adalah jauh lebih rendah berbanding beberapa negara jiran.

‘‘Bagi Malaysia, kadar tol apa kilometer ialah 13.6 sen berbanding Filipina 35.57 sen/kami, Thailand (22.6 sen/kami), China (27.62 sen) dan Indonesia (14.80 sen/kami),’’ katanya.

Ditanya mengenai bantahan daripada rakyat terhadap kenaikan itu, Samy Vellu berkata, rakyat bebas menyuarakan pandangan dan kerajaan sedia memberikan penjelasan.

‘‘Oleh kerana kerajaan ini kerajaan rakyat, kerajaan akan jawab dan memastikan apa yang dibangkitkan selesai,’’ katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 09:31


Pada 15-12-06 09:27 , aye posting:

!!! QUOTE !!!



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditanya sampai bila pengguna akan terus berhadapan dengan situasi kenaikan tol berkata: ‘‘Ini satu fenomena kita tidak boleh jawab, bila akan selesai. Kita selesai satu jalan, kita bina jalan baru sebab kita mahu memberi pembangunan pesat kepada negara.

‘‘Dengan hubungan jalan raya yang baik, pelabur boleh melabur di mana-mana, tidak payah cari pusat bandar sahaja,’’ katanya pada sidang akhbar mengumumkan kadar baru tol bagi lima lebuh raya sekitar Lembah Klang di sini hari ini.

.




Senang saja bagi alasan..... main lepas mulut saja... kita tak tak tanya Kenapa dikenakan tol.... tapi kita tanya Kenapa tol asyik naik dengan mendadak.....
geram aku....


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 15-12-06 09:55


mmm...kerajaan nak cari duit lebih lah tu....samyvelu punya azam setiap tahun baru npenddek saja...'Naikkan Tol'

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 15-12-06 10:16


~ B arang naik
~ A ir naik
~ R rumah naik
~ I nflasi naik
~ S emua naik
~ A pa yang tak naik
~ NOTHING
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

~ Nak bersuara, tak di layan
~ A ndai salah sikit akan di hukum
~ S iap sedialah kita
~ I . S . A menanti
~ O tak pun naik sewel
~ Nak harap pada siapa lagi?
~ A nda yang tentukan pilihan
~ L ama-lama, darah pun naik

Itulah dia BARISAN NASIONAL.............
[ Telah diedit oleh: Akhi_Arab pada 15-12-06 10:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 10:23


salam...
huhuhuhuh...saya tak ada kereta lagiii...
unutk masa akan datg...Insya Allah...
tapi kalau dah naik kena laaa...kena laaa buget....
huhuhuhuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 10:30


tension tau.... ana kerja kat KL ulang alik dari serdang.....
selalu pergi sg buloh, klang, puchong, bangi.........
kena minta posting kelantan ni.... tok rok kawe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 10:54


aye, mu oghe luar boleh lah ghoyak begitu...

kawe ni oghe sini, anak jati KL/Selangor, nok lari mano?

sedihnya!

SELANGOR/KL jadi mangsa RAKUS ZALIM KEJAM BN

RAKYAT SELANGOR/KL

JOM PAKAT2 TOLAK BN!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 15-12-06 11:18


Pakat naik motor saja lah nak pergi kerja..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 15-12-06 12:26


Pada 15-12-06 10:16 , Akhi_Arab posting:

!!! QUOTE !!!

~ B arang naik
~ A ir naik
~ R rumah naik
~ I nflasi naik
~ S emua naik
~ A pa yang tak naik
~ NOTHING
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

~ Nak bersuara, tak di layan
~ A ndai salah sikit akan di hukum
~ S iap sedialah kita
~ I . S . A menanti
~ O tak pun naik sewel
~ Nak harap pada siapa lagi?
~ A nda yang tentukan pilihan
~ L ama-lama, darah pun naik

Itulah dia BARISAN NASIONAL.............



macam-macam ada.....hahahhahahahhaa


-----------------
"Terimalah tanpa membuta-tuli; tolaklah tanpa kesombongan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

pharmaton
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21480
Posting: 118
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 17-12-06 17:21


tumpang kereta2 menteri pergi kerja, pergi sekolah, pergi kuliah.

minta duit kat menteri2 untuk bayar tol lebuh raya setiap kali nak balik raya kat kampung.

minta duit kat menteri2 untuk beli susu anak.

kenapa kena minta kat menteri??

sebabnya kita rakyat bayar cukai, daripada cukai itu bayar gaji dan elaun menteri2.

menteri2 tak buat kerja, asyik nak naikkan harga tol & minyak saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pharmatonProfil   Hantar PM kepada pharmaton   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117655 saat. Lajunya....