Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Bengkel Kajian Novel Popular


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Bengkel Kajian Novel Popular

Please Mendaftar To Post


Oleh Bengkel Kajian Novel Popular

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 13-12-06 15:40


BENGKEL KAJIAN
NOVEL POPULAR DI MALAYSIA


tema
Novel Popular: Antara Komersialisme
dengan Intelektualisme

pengkaji yang terlibat

Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (UM), Prof. Madya Dr. Hashim Ismail (UM),
Mohamad Saleeh Rahamad (UM), Dr. Hajah Amida @ Hamidah Abdulhamid (UM),
Prof. Dr. Sahlan Mohd. Saman (UKM), Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin (UKM),
Dr. Misran Rokimin (UKM), Prof. Madya Dr. Ruzy Suliza Hashim (UKM),
Dr. Kamariah Kamaruddin (UPM), Dr. Haji Talib Samat (UPSI), Haji A. Rahim Abdullah (ASWARA),
Hajah Zalila Sharif (DBP) dan Haji Hamzah Hamdani (GAPENA)

14 dan 15 Disember 2006 (Khamis – Jumaat)
8.00 pagi – 5.00 petang

Dewan Seminar
Tingkat 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa
50460 Kuala Lumpur
anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Penyertaan: Terbuka dan PERCUMA



Mungkin ramai yang tak berkesempatan .. kepada mereka yang berpeluang tu sudilah kiranya kongsi kan sedikit maklumat yang diperolehi dari bengkel tersebut ... nak juga tau apa ahli-2 akademik nak kata tentang novel-2 popular yang dikaji tu ... barangkali ramai siswa-2 pengajian media UM yang akan hadir memandangkan tok-tok guru mereka ada bentangkan kajian ...

Menarik juga topik ni .. sebenarnya perdebatan mengenai novel popular ni sudah lama cuma baru-2 ni saja nampak hangat sedikit terutama sekali sejak keluarnya komentar saudara Zaid Akhtar dalam Mingguan Malaysia berkenaan pemilihan seorang penulis novel popular mewakili Malaysia dalam sebuah program di Indonesia ... beberapa hari lepas tu seorang wartawan dalam ruangan pojoknya menceritakan ada pihak tertentu mewujudkan kasta dalam bidang penulisan ... sejak itu isu kasta dan novel popular ni sering diperkatakan di dalam blog beberapa kalangan penulis ... hingga ada penulis novel popular memberi gelaran "penulis dewa" kepada penulis karya berat ...

Jadi kepada peminat dunia sastera mungkin ini satu ruang baru untuk tambah maklumat ... tapi rasanya saya tak berpeluang kerana komitmen pada kerja ...

[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 13-12-06 15:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-12-06 15:58


salam..
Aha laaa...tak berkempatan nak pergi...cuti dah habis...huhuuhuh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-06 17:28


kepada sesiapa yang tak kerja, boleh lah pergi, nanti infonya kongsi kat sini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 16:24


Bagus ni...


-----------------
lawati saya di sini


Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-06 21:49


Saya pergi.

Kalau nak baca ulasan salah seorang peserta, sila ke laman webnya di:

www.zamiramnesia.blogspot.com

Klik sini
Ulasan Peserta Bengkel Novel Popular


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

alin_adnan
Warga Rasmi
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27082
Posting: 1
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-01-07 01:47


saya berkesempatan untuk pergi ke bengkel dua hari tersebut.
apa yang mampu saya katakan...ianya hanya sia-sia..mungkin kata-kata ini nampak keterlaluan tapi bagi saya itulah hakikatnya. saya sendiri bersetuju dengan kata-kata En Razali Endun sewaktu minum petang hari terakhir bersamanya bahawa beliau masih tercari-cari di mana jawapan bagi persoalan utama bengkel ini yang disifatkan sebagai hambar.

para pengkaji dilihat gagal membincang dan membedah novel-novel kajian seperti yang telah dinyatakan sebagai tema "antara komersialisme dan intelektualisme"

bagi saya, novel popular amat jauh perbezaannya dengan satera serius yang mana novel popular tidak menuntut daya pemikiran yang dalam dan isi penceritaannya pula tidak kekal lama dalam sanubari pembaca berbanding sastera serius. bandingkan "Tunggu Teduh Dulu" tulisan Saudara Faisal Tehrani dan "Lagenda Budak Setan" tulisan Saudara Ahadiat Akashah. nyata ketara kedua-duanya mempunyai persoalan cinta di dalamnya. Ahadiat Akashah mengetengahkan konsep cinta manusia yang penuh dengan tuntutan nafsu di samping penggunaan beberapa perkataan yang kurang enak untuk tatapan pembaca sebaliknya berbeza dengan karya sastera Saudara Faisal Tehrani, "Tunggu Teduh Dulu" yang menekankan aspek dan prinsip agama di dalamnya. Pembaca ditanamkan kesedaran peri pentingnya umat islam menguasai bidang ekonomi, bagaimana konsep hijrah yang diajar oleh islam apabila seseorang diancam bahaya seperti yang dilakukan Rasullullah SAW dan konsep cinta manusia yang dianjurkan Islam yang menolak nafsu semata-mata.

bagaimana pun saya lihat keputusan Dr. Kamariah Kamaruddin (UPM) dan Prof. Dr. Sahlan Mohd. Saman (UKM) dengan telus menolak kedua-dua buah novel kajian mereka daripada diterima masuk sebagai sastera adalah satu keputusan yang bijak dan telus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin_adnanProfil   Hantar PM kepada alin_adnan   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-07 02:42


Salam.
:-)
Saya tabik Dr. Kamariah Kamaruddin.
Dia berani. Tahniah kepadanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 15:20


Mengapa tak dibuat kajian tentang mengapa masyarakat kita memilih karya-2 popular ? Apa yang ada pada karya-2 popular tu yang membuatkan ramai remaja suka nak baca ? Dari situ mungkin kita boleh kaji kecenderungan fantasi pembaca-2 kita ...

Dan kalau kita lihat kebanyakan karya popular ada beberapa ciri-2 persamaan .. contohnya :

1) sering memaparkan kisah hidup golongan berada yang berpangkat bergelar datuk, tan sri, tengku dan sebagainya ..

2) watak utama perempuan (heroin) mesti seorang yang lembut dan biasanya org kampung

3) watak utama lelaki (hero) ialah seorang yang kacak dan diminati ramai gadis. kadang-kala playboy tapi akhirnya dia juga yang dapat heroin.

4) Hero biasanya adalah majikan atau anak majikan heroin.

5) Awal hubungan hero-heroin mesti ada gaduh-2, usik-2 dulu.

Tu kebiasaan yang saya baca lah. Tapi disebabkan saya tak baca semua novel popular maka sudah pasti tak semuanya macam tu kan ...

Dalam bengkel tu saya rasa tak semua buku yang terlibat dalam kajian adalah buku remaja yang menggunakan bahasa slanga .. kalau tak silap buku Dr H.M Tuah pun ada juga dikaji, begitu juga dengan buku Zaharah Muhammad yang sedikit "Islamik" ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 15:08


Novel Populer memang harus berani 'melawan arus'
Yang biasa diam tersenyum, yang sakit hati tertawa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142897 saat. Lajunya....