Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 4 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: Benarkah Segala–Galanya Pada Akhlak?

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Benarkah Segala–Galanya Pada Akhlak?

Please Mendaftar To Post

Oleh Benarkah Segala–Galanya Pada Akhlak?

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 12:42

Benarkah Segala–Galanya Pada Akhlak?

Mukadimah

Seringkali kita mendengar pendapat - pendapat tokoh-tokoh cendekiawan Islam seperti: "Kehancuran bangsa ini kerana rosaknya akhlak pemimpinnya " atau "Anak bangsa ini moralnya telah rosak!" atau "Kita bangunkan akhlak, maka kita akan bangkit mengangkat bangsa yang terperosok ini!!" dan sebagainya.

Dalil-dalil yang selalu digunakan bagi menyokong kenyataan diatas seperti:
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar memiliki akhlak yang agung" ( TMQ AlQalam : 4 ).
"Aku ini diutus untuk menyempurnakan akhlak" ( Hadis Riwayat Al-Bazaar ).

Untuk memahami maksud ayat 4 di atas boleh diperhatikan pada hadis di bawah:
"Seorang sahabat pernah bertanya kepada Aisyah tentang akhlaq Rasulullah, Aisyah menjawab, Akhlak baginda adalah Al-Quran" .

Erti akhlak Rasulullah saw adalah Al-Quran bahawa sesungguhnya Rasulullah telah menjadikan perintah dan larangan Al-Quran sebagai akhlak dan wataknya. Setiap Al-Quran Memerintahkan sesuatu maka baginda mengamalkannya, setiap Al-Quran melarang sesuatu maka baginda meninggalkannya. (tafsir Ibnu Katsir)

Ertinya, Rasulullah menjadikan masdar al-fikr, tolok ukur halal dan haram dalam setiap gerak langkahnya. Walhasil, pernyataan bahwa akhlak merupakan teras permaslahan umat ini adalah tidak tepat, menyelesaikan semua masalah umat dengan akhlak juga adalah tidak tepat.

Pemahaman seperti ini hanya akan mengakibatkan dua perkara. Pertama menjauhkan pemahaman umat terhadap Islam sebagai sebuah sistem kehidupan. Kedua mengaburkan pemahaman umat tentang nilai ruhiyah daripada akhlak.

Menjauhkan Pemahaman Umat Terhadap Islam Sebagai Sebuah Sistem Kehidupan

Jika kita mengkaji dengan lebih teliti, nescaya kita akan mengetahui bahawa Islam mengatur kehidupan manusia dalam tiga hal iaitu hubungan manusia dengan Allah (akidah dan ibadah), hubungan manusia sesama manusia (sistem uqubat (hukuman)) dan muamalah (perindustrian, pendidikan, sosial)), hubungan manusia dengan dirinya sendiri (makanan, pakaian dan akhlak).

Memfokuskan pemahaman hanya pada akhlak akan mengakibatkan kefahaman umat menjadi sempit dan berlegar-legar pada akhlak sahaja. Sehingga timbul pandangan masyarakat dengan memperbaiki akhlak, maka semua permasalahan akan selesai atau dengan menyempurnakan akhlak, maka telah sempurna keislamannya. Tanggapan sebegini hanya menyempitkan ruang lingkup ajaran Islam kerana pengaturan masalah ekonomi, sosial, makanan, pakaian, aqidah, ibadah, jihad, dakwah dan lain-lain merupakan pembahasan diluar pembahasan akhlak.

Selain itu, jika semua masalah diselesaikan dengan memperbaiki akhlak, umpama seseorang membina rumah dengan berbekalkan sepotong gergaji. Memotong kayu dengan gergaji, memahat dengan gergaji, menyimen bata dengan gergaji, memasang jubin dengan gergaji, mengukur dengan gergaji dan segalanya menggunakan gergaji. Tentu mustahil memasang setiap bahagian dengan satu alat sahaja, kerana masing-masing harus dipasang dengan alat yang khusus. Oleh itu, bagaimana masalah ekonomi atau industri contohnya diselesaikan dengan akhlak?

Mengaburkan Pemahaman Umat Tentang Nilai Ruhiyah Daripada Akhlak

Selalu juga kita mendengar pengolahan maksud akhlak dengan kata-kata:
"Jika seorang peniaga bersikap jujur, murah senyuman, maka dia akan memperoleh keuntungan. Kerana pembeli menjadi suka hati dan akan kerap datang berurusan dengannya" atau "Jika seorang doktor murah senyuman dan ramah, maka doktor tersebut akan mempunyai ramai pesakit dan para pesakit akan menceritakan lagi kepada pesakit yang lain".

Penjelasan seperti di atas tidak salah, tetapi mengaburkan pemahaman umat tentang nilai ruhiyah sebuah amal perbuatan. Seseorang yang melakukan perbuatan kerana mencari keredhaan Allah, dia bersikap jujur kerana perintah Allah, dia tidak berbohong kerana larangan Allah, dia murah senyuman kerana sunnah ra-sul senyuman itu sedekah, maka di sinilah letaknya nilai ruhiyah dan dia memperoleh pahala kerananya. Tetapi jika dia berakhlak baik, agar pesakitnya lebih ramai, untung dalam berniaga, untuk pujian orang dan sebagainya, dia hanya memperoleh nilai keuntungan duniawi semata-mata, dan tidak memperoleh pahala daripada Allah.

Akhlak Bukanlah Segala-Galanya

Sesungguhnya, kerosakan pada umat ini bukanlah disebabkan oleh akhlak sahaja, tetapi jauhnya umat dari Islam. Dalam akidah, muamalah, ibadah, akhlak, uqubat, makanan dan pakaian tidak lagi berlandaskan pertimbangan Islam. Berekonomi menghalalkan riba, berpakaian tetapi telanjang, bersistemkan kapitalis, berpolitik machievalis, berakhlak jahiliyah, berhukum peninggalan British, Belanda dan sebagainya, sehingga pada nama mereka memang Islam tetapi segala keadaannya seperti orang bukan Islam. Padahal Islam adalah agama yang khas dan akan memancar pada peribadi seorang muslim dan muslimah.

Kebangkitan umat tidak ditentukan oleh akhlak, tetapi tergantung pada sejauh mana pemikirannya tentang Islam. Jika setiap gerak langkah seseorang dipandu oleh kepimpinan pemikiran yang Islami, maka umat ini akan bangkit. Jika tolok ukur mereka adalah aturan yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t iaitu Islam, dan semua perkara mengarah kepada aturan tersebut, maka saat itulah terjadinya kebangkitan umat.

-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH

Bookmark and Share

  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 19:37

al-salamu `alaykum.

saya tertarik dengan artikel ini, boleh saya tahu ini tulisan siapa? adakah tulisan saudari sendiri? atau ia diambil dari mana-mana, silalah beritahu juga sumbernya dari mana kalau bukan tulisan saudari.

Benarkah Segala–Galanya Pada Akhlak? kalau betul ini pandangan ulama', tak mungkin mereka akan mengajar pelbagai bidang dalam ilmu agama seperti `ibadah, `aqidah, mu`amalah, jinayah, munakahat dan sebagainya...

satu soalan: salahkah kalau kita berikan penekanan kepada akhlak dalam masyarakat yang memang ketandusan akhlak, contohnya apa yang berlaku sekarang?

iye, tak salah, selagi kita tak ketepikan yang lain2 seperti yang saya sebutkan di atas, betul tak?

"Aku ini diutus untuk menyempurnakan akhlak" ( Hadis Riwayat Al-Bazaar )."

Kenapa dalam hadith tersebut disebut akhlak? Kenapa tidak benda lain?

jawapannya: cuba kaitkan dengan apa yang saudari tulis/kirim:

!!! QUOTE !!!

Dalam akidah, muamalah, ibadah, akhlak, uqubat, makanan dan pakaian tidak lagi berlandaskan pertimbangan Islam. Berekonomi menghalalkan riba, berpakaian tetapi telanjang, bersistemkan kapitalis, berpolitik machievalis, berakhlak jahiliyah, berhukum peninggalan British, Belanda dan sebagainya, sehingga pada nama mereka memang Islam tetapi segala keadaannya seperti orang bukan Islam.

kalau seseorang Islam itu berakhlak mulia, adakah dia akan buat semua perkara yang anda sebutkan itu? semua tindakan di atas adalah perbuatan orang yang tidak berakhlak! fikirkan...

tentu tidak sama sekali. kalau seseorang itu berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam, akhlak itu akan mendorongnya membuat kebaikan dan menjauhi keburukan berlandaskan ilmunya.

orang yang berakhlak pun pasti berilmu kan, mencari ilmu juga satu ciri orang2 yang berakhlak, betul tak? berpakaian sopan juga adalah antara buah2 akhlak, dan seterusnya...

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 05-12-06 19:43 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 19:55

Pada 05-12-06 12:42 , Nur_Humaira_1342H posting:

!!! QUOTE !!!

Selain itu, jika semua masalah diselesaikan dengan memperbaiki akhlak, umpama seseorang membina rumah dengan berbekalkan sepotong gergaji. Memotong kayu dengan gergaji, memahat dengan gergaji, menyimen bata dengan gergaji, memasang jubin dengan gergaji, mengukur dengan gergaji dan segalanya menggunakan gergaji. Tentu mustahil memasang setiap bahagian dengan satu alat sahaja, kerana masing-masing harus dipasang dengan alat yang khusus. Oleh itu, bagaimana masalah ekonomi atau industri contohnya diselesaikan dengan akhlak?

satu perumpamaan yang baik, walaupun tidak berkaitan langsung dengan akhlak yang dibincangkan. saya juga ada satu perumpamaan untuk para sahabat, agak dekat juga dengan yang tadi.

iaitu, seseorang membina rumah dengan berbekalkan peralatan yang lengkap, seperti gergaji, kapak, hammer, paku, gerudi dan sebagainya. walaupun segala kelengkapan lengkap, tapi jika seseorang itu tiada tangan untuk memanfaatkan alat2 tersebut, adakah dia boleh bina rumah tersebut?

itulah perumpamaan jika kita ada segala ilmu lain seperti `ibadah, `aqidah, mu`amalah, jinayah, munakahat dan sebagainya, tapi tiada akhlak. umpama kereta yang canggih tapi tiada pemandunya ke arah yang betul, tiada gunanya juga, betul tak?

memang satu topik yang menarik untuk dibincangkan, wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 05-12-06 19:56 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 20:06

betul kata ibnu_musa..

tulisan siapakh ini?..ana lihat macam seolah-olah menghasut..dan menyeleweng..Kalau tak sila beri penjelasan yang lebih detail lagi..

Bookmark and Share

  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 20:11

Pada 05-12-06 19:37 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

kalau seseorang Islam itu berakhlak mulia, adakah dia akan buat semua perkara yang anda sebutkan itu? semua tindakan di atas adalah perbuatan orang yang tidak berakhlak! fikirkan...

tentu tidak sama sekali. kalau seseorang itu berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam, akhlak itu akan mendorongnya membuat kebaikan dan menjauhi keburukan berlandaskan ilmunya.

orang yang berakhlak pun pasti berilmu kan, mencari ilmu juga satu ciri orang2 yang berakhlak, betul tak? berpakaian sopan juga adalah antara buah2 akhlak, dan seterusnya...

wassalam.

Assalamualaikum

Boleh saya tahu,apa yang saudara faham tentang akhlak?Cuba ceritakan satu-persatu mengenai konsep akhlak menurut pemahaman saudara dan kaitannya dengan ajaran ISLAM.

Sekian,time kasih!

-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH

Bookmark and Share

  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 20:18

saya rasa lebih sesuai pemula topik yang jelaskan terlebih dahulu tentang akhlak, sebab nampaknya anda yang berpuas hati dengan pandangan sesetengah ulama' kan...

satu keadaan yang saya nak anda bayangkan: kalau seluruh manusia di dunia ni memiliki akhlak seperti akhlak rasuluLlah s.a.w., apa agaknya keadaan dunia masa kini?

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 20:25

Pada 05-12-06 20:18 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

saya rasa lebih sesuai pemula topik yang jelaskan terlebih dahulu tentang akhlak, sebab nampaknya anda yang berpuas hati dengan pandangan sesetengah ulama' kan...

satu keadaan yang saya nak anda bayangkan: kalau seluruh manusia di dunia ni memiliki akhlak seperti akhlak rasuluLlah s.a.w., apa agaknya keadaan dunia masa kini?

wassalam.

Salam ukhwah fillah,

Kalau saudara nak mengkritik pandangan seseorang tentang satu-satu masalah,perlulah saudara faham terlebin dahulu tentang perkara tersebut sebelum melakukan kritikan.Itukan lebih baik.

Sebab itulah, saya tanya saudara tentang fahaman saudara mengenai konsep akhlak menurut pemahaman saudara dan kaitannya dengan ajaran ISLAM.Kalau saudara sendiri kurang memahaminya,bagaimana pula saudara nak lakukan kritikan.Sedangkan,perkara yang saudara kritik itu,saudara sendiri pun kurang jelas.Minta,maaf!

:-)

-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH

Bookmark and Share

  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 05-12-06 21:23

!!! QUOTE !!!

Kalau saudara nak mengkritik pandangan seseorang tentang satu-satu masalah,perlulah saudara faham terlebin dahulu tentang perkara tersebut sebelum melakukan kritikan.Itukan lebih baik.

Sebab itulah, saya tanya saudara tentang fahaman saudara mengenai konsep akhlak menurut pemahaman saudara dan kaitannya dengan ajaran ISLAM.Kalau saudara sendiri kurang memahaminya,bagaimana pula saudara nak lakukan kritikan.Sedangkan,perkara yang saudara kritik itu,saudara sendiri pun kurang jelas.Minta,maaf!

insyaAllah saya tak bercakap apa yang saya tak tahu.

anda tu yang tak berpuashati sebenarnya, kalau apa yang saya sebutkan di atas bertentangan dengan apa yang anda tahu, silalah datangkan apa yang betul bagi anda, cuba anda sendiri bawa apa dia konsep akhlak itu sendiri.

kalau anda faham anda tak perlu minta saya berikan kepada anda, dan saya pun tak ada sebab juga nak ikut saja arahan anda.

lebih2 lagi, itu adalah pendapat ulama' saja menurut anda sendiri, jadi tak perlu nak diperbesar2kan. kalau rasa itu betul, ikutlah, kalau rasa tak setuju, tak payahlah setuju, tak ada orang nak paksa.

harap jelas, wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-12-06 09:57 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 06-12-06 08:40

salam

Bila orang tanya kat Nabi,Nabi jawab terus.tak pula Nabi tanya balik.dah nama pun forum,takkan nak main paste saja sebelum fahami dulu.bila orang tanya gelabah tatau nak jawab.nak bincang macam mana kalau macam tu.paste boleh , tanya bincang tak boleh.semua kena accept saja tak boleh tanya.jadi angguk-angguk geleng-geleng saja.bila beza pendapat dikatakan kritik pula dah.begitu ke?

Cuba lihat bagaimana orang boleh tertarik dan masuk Kristian sekarang.ada pernah lihat missionary christ pakai rocker,gothic dan buruk,dan kemudian tarik orang masuk kristian.tak ada langsung.semuanya smart dan mempamerkan senyuman seolah tiada masalah langsung.adakah akhlak missionary christ buruk ataupun baik sewaktu tarik orang masuk kristian?

Akhlak adalah untuk sepanjang usia kita.walaupun dah tua,tak semestinya sudah boleh dimaafkan sekiranya akhlak buruk melainkan kalau nyanyuk,tak dapat nak buat apa lah.takkan kita nak kata,dia dah tua biar lah akhlak dia buruk,kang kalau tegur dia kecik hati.macam tu ke?

Belajar akhlak sekadar yang kita tahu.kemudian belajar ilmu lain pula.adakah kita menganggap orang yang ternama sudah pasti akhlaknya indah?ataupun kita beranggapan orang yang dikenali sudah pasti mempunyai akhlak yang baik?adakah kita boleh menyanjung orang yang kaya tetapi minum arak?keperibadian lebih penting.adakah kita mahu orang menyanjung kita tetapi dalam masa yang sama Allah melaknat kita dengan perbuatan kita?mohon dijauhkan daripada kita semua.amin

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 06-12-06 08:47 ]

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 06-12-06 09:15

download baca

musuh dalam selimut

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar

posticon Posting pada: 07-12-06 11:42

assalamualaikum...

sahabat-sahabiah yang dikasihi,
ana punya pandangan tersendiri dalam menilai artikel di atas...
apa-apa pun tahniah pada nur humaira kerana berani mengeluarkan artikel...
yang ana kira mampu mencabar minda mereka yang mahu berfikir...
tahniah juga pada sahabat2 kerana berusaha mencari maksud di sebalik penulisan ini...

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar memiliki akhlak yang agung" ( TMQ AlQalam : 4 ).
"Aku ini diutus untuk menyempurnakan akhlak" ( Hadis Riwayat Al-Bazaar ).

Untuk memahami maksud ayat 4 di atas boleh diperhatikan pada hadis di bawah:
"Seorang sahabat pernah bertanya kepada Aisyah tentang akhlaq Rasulullah, Aisyah menjawab, Akhlak baginda adalah Al-Quran" .

Bookmark and Share

  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar

posticon Posting pada: 07-12-06 12:32

Rasulullah SAW diutuskan kepada seluruh umat manusia tidak lain adalah untuk menyebarkan Risalah Allah iaitu Islam yang tentunya merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti yang saudari nur humairah sebutkan di dalam atikelnya..dan hasil perit jerih pengorbanan baginda serta para sahabat akhirnya kita dapat menikmati nikmat islam dan iman sekarang...

memang benar segala-galanya tidak terletak pada akhlak kerana Islam itu sendiri bersifat syumul, rabbani, waqi'ie, thabat wa murunnah (tetap dan fleksible) dan inqilabiyyah...walaubagaimana pun, akhlak yang soleh merupakan satu menifestasi atau hasil apabila kita mengamalkan Islam secara syumul...

begitulah Rasulullah diturunkan kepada suatu kaum yang telah rosak akhlaknya kerana mereka telah jauh dari ajaran Allah...apabila akhlak telah disempurnakan...bukankan telah cantik Islam itu...bagi ana tulisan nur humaira bukan berniat mencetus kontroversi sebaliknya mengajak kita berfikir....

cuma bagi ana, tulisan begini sesuai untuk orang yang faham . jadi sahabat2ku yang dikasihi...marilah kita tingkatkan kefahaman dengan banyak membaca supaya dapat menghapuskan budaya retorika dan kejumudan...wallahua'alam..

p/s-ana mengalu-alukan kritikan membina untuk ana memperbaiki diri...

pena_sufi
usim,nilai...

Bookmark and Share

  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar

posticon Posting pada: 07-12-06 12:40

Assalamualaikum,

Ana bersama pena sufi dalam perkara ini.

Wasalam.

Bookmark and Share

  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  

posticon Posting pada: 07-12-06 14:58

saya fikir...semuanya bergantung pada ilmu yang seseorang itu miliki... akhlak mesti diselangi dengan ilmu....dengan ilmu memandu manusia untuk berfikir...

Rasulullah saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak...dalam membawa misi meyempurnakan akhlak manusia...Rasulullah mendapat ilmu wahyu dari Allah swt.....dengan ilmu tersebut Rasulullah sendiri dapat melawan setiap tentangan dan tipu daya puak yahudi.
dengan akhlak sahaja tanpa ilmu saya fikir manusia itu tak dapat berfikir selaras dengan ajaran dan tuntutan islam yang sebenar. wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 07-12-06 16:03

Pada 07-12-06 14:58 , Vitamin_Hati posting:

!!! QUOTE !!!

dengan akhlak sahaja tanpa ilmu saya fikir manusia itu tak dapat berfikir selaras dengan ajaran dan tuntutan islam yang sebenar. wallahu'alam...

betul tu, kedua2 perlu ada oleh setiap muslim dan perlu selari.

dengan akhlak yang buruk, sebanyak mana pun ilmu yang kita ada, ia takkan dapat memandu kita ke arah kebaikan kalau aspek akhlak kita abaikan.

sebab tu para ulama' sangat mementingkan akhlak, tapi mereka tak abaikan ilmu2 lain, buktinya di sekolah2 agama, akhlak merupakan hanya satu subjek yang diajarkan kepada para pelajar selari dengan subjek2 lain seperti tauhid, fiqh dan sebagainya.

kalau betul segala2nya boleh diselesaikan dengan akhlak semata2, maka tak perlulah kita belajar subjek lain, belajar akhlak sajalah kat sekolah :lol:

para ulama' tidak menganggap akhlak itu segala2nya, tapi mereka sangat mementingkan akhlak di samping ilmu2 lain, sebab akhlak itulah yang akan memandu seseorang itu untuk mempraktikkan ilmu yang dia belajar berlandaskan kehendak Islam.

kalau disebut pasal keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat, puncanya sudah pasti dari akhlak itu sendiri, dan cara mengatasinya juga semestinya dengan membina semula akhlak masyarakat supaya bertepatan dengan akhlak Islamiyyah, betul tak?

sekadar berkongsi pandangan, wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 07-12-06 16:45 ]

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar

posticon Posting pada: 10-12-06 16:27

assalamualaikum...

alhamdulillah, nampaknya semua dah faham dan ana benar-benar berharap kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dapat meningkatkan kefahaman terhadap agama kita sendiri...mudah-mudahan kefahaman yang ada akan menjadi terpacar melalui akhlak kita yang soleh...

moga Allah merahmati kalian...

pena_sufi
usim, nilai

Bookmark and Share

  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.138616 saat. Lajunya....