Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Wahai artis! agama bukanlah rojak untuk dicampur2...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Wahai artis! agama bukanlah rojak untuk dicampur2...

Please Mendaftar To Post


Oleh Wahai artis! agama bukanlah rojak untuk dicampur2...

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 10:44


oleh nawawi

As-salaamu ‘alaikum…

Sejak dulu lagi aku nak ulas benda ni. Em, sekarang kampus mana-mana IPTA pun sedang bercuti. Jadi. Aku pun turut sama bercuti. Cuma aku belum balik ke kampung saja. Aku tinggal kat rumah kawan aku sekejap. Aku lepak-lepak dengan kawan-kawan yang dah bekerja ni.

Apa pun bukan itu persoalannya. Ok, ceritanya… Bila time cuti-cuti macam ni. Aku pun berpeluanglah untuk menonton TV, kerana ada masa yang terluang walaupun tak banyak. Tadi malam aku tengok mentor (di TV 3, jam 9.00 mlm). Dan sebenarnya isunya bukan sahaja pada mentor, malahan kebanyakan drama TV, filem, dan lain-lain rancangan TV. Dan jika diluaskan skopnya, bukan juga terhad kepada rancangan di TV, malahan di sekitar aktiviti kawan-kawan aku sendiri.


Ok, isunya ialah persoalan penyalahgunaan perkataan atau kalimah suci zikirullah. Isu ni cukup menyedikan aku. Kerana, mereka seolah-olah sedang mencabar ALLAH dan merobek kesucian Islam. Em, Kalimah yang aku maksudkan adalah seperti:

Alhamdulillah…

Astaghfirullah…

InsyaALLAH…

Na ‘Uzubillah…

Bismillah…

Dan mungkin banyak lagi yang lain-lain malahan isu kubur dan al-Qur’an pun disalah gunakan. Sebagai contoh tadi malam, salah seorang ‘protépergié’ mentor telah menyelitkan satu segmen khas ‘menziarahi kubur’ bagi mengisi slot Mentor. Aku pun tak tau apa motifnya. Dari segmen (Mentor) yang berunsurkan entah apa-apa tu, yang mana amat jauh dari batas element Islam, tiba-tiba diselitkan satu element yang berbentuk kesedihan. Di-adun dengan lagu dan lakonan yang menggambarkan kesedihan. Adalah slot itu memakan masa lebih kurang 3 ke 4 minit. Tapi, peliknya tak pula menimbulkan keinsafan kepada mereka. Lepas tu, jadi macam biasa jugak… Maksudnya, mati langsung tidak mengingatkan mereka supaya bertaubat dari kerja-kerja mereka.

Baiklah, berbalik kepada isu kalimah tadi. Em, banyak artis-artis kita mahupun dari kalangan masyarakat kita sewenang-wenangnya menggunakan kalimah-kalimah tadi untuk perkara-perkara yang telah jelas haram. Sebagai contoh, dalam satu slot drama yang berpeluk-pelukan atau setidaknya berpegangan tangan. Kemudiannya mereka berlafaz janji, ‘InsyaALLAH kita pasti bahagia’... ‘InsyaALLAH kita akan kahwin’... selain dari itu, yang mana biasanya kita lihat pula di dalam suatu anugerah industri muzik atau perfileman mereka. Mereka seringkali mengucapkan (melafazkan), ‘Alhamdulillah... Syukur... Allah murahkan rezeki’ tatkala menerima anugerah. Padahal apa yang mereka lakukan tu adalah jelas salah disisi agama. Mana mungkin kerja-kerja haram, disusuli dengan kalimah kesyukuran Alhamdulillah. Sepatutnya mereka melafazkan kalimah taubat, dan segera meninggalkan kerja haram itu.

Ada yang bertanya, Kenapa pulak haram? Jawabannya, dalam kerja-kerja lakonan dan bidang nyanyian, mereka sebenarnya bukan sekadar berlakon, malahan melakukan perkara yang jelas haram. Berikut saya nyatakan 3 daripadanya:

1. Berpegangan tangan, dan berpelukan di antara lelaki dan wanita. Hal ini jelas haram di sisi agama. “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.†(Hasan: Hadis daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir)
2. Sengaja mendedahkan aurat. Dan paling teruk, sanggup menjadikan auratnya sebagai bahan pelaris atau sumber kewangan mereka. “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan auratnya kecuali kepada mahramnya†(an-Nuur (24): 31), Rujuk juga al-Ahzaab (33): 32 & 59)
3. Sengaja menimbulkan syahwat di kalangan penonton awam dengan pelbagai aksi yang menghairahkan yang mana kebiasaannya dilakukan oleh artis wanita (tidak kira samaada di TV atau di media-media cetak). Em, tak mustahillah (tak hairanlah) masyarakat kita jadi longlai dan budaya seks bebas serta kes rogol meningkat. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.†(al-Isra’ (17: 32), “... Berjayalah... orang-orang yang menjaga kemaluannya (syahwatnya)... (al-Mukminun (23): 1-5)

Saranan aku kepada mereka, hentikanlah perbuatan menghina ALLAH dan Islam. Janganlah kamu cuba walaupun sekali-kali mencabar batasan yang ALLAH hadkan itu. Perbuatan kamu hanya mencemarkan nama Islam dan lebih sedih, sebenarnya ia menghancurkan aqidah kamu sendiri. Dan paling teruk, sebenarnya kamu sedang mencabar ALLAH.

Kamu melakukan benda yang haram, tapi kamu ucap syukur. Kamu melakukan kerja yang haram tetapi kamu berdoa supaya ALLAH mengizinkan kamu berjaya. Kamu tau kerja yang kamu nak buat tu haram, tapi kamu ucap nama ALLAH, seolah-olah nak perli ALLAH (nak cabar ALLAH, seolah-olah kamu tidak takut dengan larangan ALLAH)! Apa semua ni? Hentikanlah!...

Perumpamaan kamu sebenarnya tidak jauh berbeza seperti:

1. Seolah-olah kamu mencuri ayam, kemudiannya bila kamu nak makan, kamu sibuk nak sembelih. Padahal, ayam tu tetap jugak haram kerana datang dari hasil curian.
2. Ataupun, kamu beli makanan dengan duit rompakan, tiba-tiba masa nak makan, kamu mulakan dengan Bismillah... (siap baca doa lagi...)
3. Kamu sensitif (melenting) bila dihidangkan dengan bab* sebagai makanan (rujuk isu sosej, dan makanan yang dicampur dengan material khinzir), tapi Kenapa kamu tak sensitif dengan sumber kewangan kamu yang bercampur aduk tu? Padahal yang haram tetap haram... sama saja kes nya, cuma berbeza situasi. Apakah hanya tinggal bab* sahaja yang haram?

Carilah kerja yang baik-baik...

Akhir pena dari aku, renungilah terjemahan maksud bebarapa ayat ini:

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil (mungkar) dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah (2): 42)

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya... (al-Mukminun (23): 1-5)

Bersegeralah kepada Taubat:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera (setelah menyedarinya), maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa’ (4): 17)

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an-Nisa’ (4): 18)

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Ali Imran (3): 135)

ALLAHU ‘alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 10:35


Ni terjadi bila mana tiadanya penghayatan terhadap kalimah-2 suci ... kalimah-2 suci tersebut sudah jadi seperti ungkapan biasa yang sering digunakan dalam hidup sehari-2 ... begitu juga dengan kalimah suci "Allah" ... sering juga terdengar pengacara-2 rancangan TV berbentuk hiburan yang berpakaian seksi menyebut "Ya Allah" apabila membuat kesilapan atau apabila diusik oleh pasangan pengacaranya ...    

Begitulah kalimah-2 suci sudah menjadi ungkapan biasa tanpa penghayatan hingga ada yang terlepas pandang melafazkannya di dalam tandas sewaktu membuang ... barangkali semasa menikmati perlakuan zina pun ada yang semput menyebut "Ya Allah" ... Nau'zubillah ...

[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 06-12-06 10:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-12-06 13:59


mari kita perbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:45


Ana ingin tambah sedikit dari apa yang diperkatakan oleh saudara abong...banyak perkara berlaku hari ni disebabkan artis2 ni lah yang merosakkan hukum2 yang dah jelas terang lagi nyata..seperti lakonan di kubur..kadang-kadang cuba perhati, pakaian for sure dah tak tutup aurat dengan sebaiknya. Menyiksa penghuni kubur tempat tu...Kalau anugarah2 pula, kadang-kadang di mulut, segala sebutan memuji Allah tapi bila dilihat pakaian..MasyaAllah, bertentangan dengan kata-kata yang baru dikeluarkan..Itu belum lagi yang pergi buat haji...bila pulang apa jadi..

.jadi masyarakat sekarang di sogok, oh itu boleh, ini boleh, artis tu buat tak mengapa pun...habis macam mana masyarakat tak terikut...artis adalah role model yang memberi impak cukup besar kepada masyarakat...lifestyle mereka sekarang..nauzubillah, agama hanya perlu bila kahwin, cerai, rujuk, puasa dan mati...

Sedangkan setiap kehidupan atas muka bumi berpaksikan hukum Allah sama ada pembinaan keluarga, muamalat, politik, pendidikan dan banyak lagi. Semua tu tak dapat dipisahkan dari aturan agama. Jika tidak, pincanglah jadinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:49


erm...........sebab itulah ramai artis 'Bercerai-Berai.....'........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

Farveen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2006
Ahli No: 27631
Posting: 256
Dari: Bangi

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:54


yelah, tapi kita yang tau ni, duduk sokong juga mereka..dok minat juga..
aku memang tak suka siti, dan aku tengok, peminat lah yang lebih2 sangat sokong dia..jadikan role model lah..apelah..

isunye sekarang, kita sendirilah..asik suka sokong mereka..agaknya Kalau tak ada org sokong, agak2 boleh hidup ke mereka?

aku tak cayelah mereka taktau hukum..unless Kalau mereka pergi sekolah omputih,munkking tak belajar agama..
Kalau pergi sekolah macam biasa tu, mesti tau punyelah..

macam awie, dahle kawin kat siam, org jbtan agama tegur, dia melenting, buat kenuri kawin,bini tu pakai baju macam bini tarzan, adoii..wartawan temuramah parents dia, maknye pakai tudung, ayahnye pakai kupiah, awie pakai subang..hmm...ayah awie cakap "alhamduillah, saya gembira sebab anak saya kawin" something like that lah..

memanglah bagus kawin..tapi budget2 lah..dengan pakaian tak mencerminkan org islamnye..adoi..

aku ada banyak kawan dr usa..yang convert ke islam..mereka kawin still pakai dress putih tu..tapi tak jarang, tak ketat, pakai tudung, tutup aurat..org duduk negara kaffar pun boleh buat, kita duduk negara islam, saja2 saja nak cemarkan nama islam..

teruk betul!

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarveenProfil   Hantar PM kepada Farveen   Pergi ke Farveen's Website   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 14:59


ana pun pernah nampak kat tv ada seorang penyanyi ini disoal pasal karier nyanyian dia...then dia cakap apa yang dia lakukan memang tak salah dan xmelangar syariat...lepas itu dikaitkan denan hukum agama pula itu...padahal mesej lagu yang disampaikan langsung xmemberi faedah dan melalaikan masyarakat...


..dunia ini hanya sementara maka hargailah setiap detik darinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 15:28


salam....betul itu...kalau kat tak sokong memang mereka semua tak boleh hidup....masalah nya sekrang benda yang mereka buat itu semua ada supporters nya....lau dioarng nak buat kkonsert pun ada yang nak sponsor...macam mana maksiat tak berleluasa...kalau nak buat benda-benda berfaeda tak ada pula org nak sponsor.....maaf yang poastin yang d bawah itu...saya tengah taip tiba-tiba saja jadi begitu....tak boleh nak delete masalah nya...

harap maaf....
[ Telah diedit oleh: miledi pada 06-12-06 15:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 15:28


salam....betul itu...kalau kat tak sokong memang mereka semua tak boleh hidup....masalah nya sekrang benda

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 15:28


salam....betul itu...kalau kat tak sokong memang mereka semua tak boleh hidup....masalah nya sekrang benda

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 15:28


salam....betul itu...kalau kat tak sokong memang mereka semua tak boleh hidup....masalah nya sekrang benda

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 15:28


salam....betul itu...kalau kat tak sokong memang mereka semua tak boleh hidup....masalah nya sekrang benda

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 15:28


salam....betul itu...kalau kat tak sokong memang mereka semua tak boleh hidup....masalah nya sekrang benda

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

Farveen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2006
Ahli No: 27631
Posting: 256
Dari: Bangi

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 17:21


ya allah, kenapa jadi banyak begitu posting miledi?
hehe..betul tu..Kalau nak buat ceramah agama, macam-macam hal..
takut ajaran sesat lah..takut penceramah lantang sgtla..

yang benda maksiat, yang dah sah2 sesat tu..???

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarveenProfil   Hantar PM kepada Farveen   Pergi ke Farveen's Website   Quote dan BalasQuote

Lubnaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.07.2006
Ahli No: 25241
Posting: 133
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 21:39


saya ada pernah menonton seorang pengacara dan pelakon yang tak berapa glamor...cuba membuat lawak...tapi ternyata lawaknya seolah-olah mempermainkan tuhan dan agama...memang menyirap jugak lah bila dengar...saya ingat sekali tu saja dia buat...tapi pada tahun seterusnya pun dia buat juga lagi....tak pelah mungkin dia tak faham agama... dia rasa dia orang hebat dan senior dalam seni...apapun semoga Allah sentiasa memberi petunjuk pada hamba2nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LubnaaProfil   Hantar PM kepada Lubnaa   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-06 21:57


ASSALAMMUALAIKUM......
Hmmmm....
Terpapar dikaca tv setelah memenagi satu program realiti seorang peserta yang berpakaian tidak menutup aurat dengan membawa nyanyian yang mempunyai lirik memuja dan memuji seorang insan yang lain pun berjalan kehadapan untuk membuat ucapan ringkas.....antara isi ucapannya ialah...
"ALHAMDULILLAH, syukUr kepada Allah yang telah mengurniakan rezeki kepada saya......bla...bla....bla....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-12-06 22:20


Pada 06-12-06 14:54 , Farveen posting:

!!! QUOTE !!!



macam awie, dahle kawin kat siam, org jbtan agama tegur, dia melenting, buat kenuri kawin,bini tu pakai baju macam bini tarzan, adoii..wartawan temuramah parents dia, maknye pakai tudung, ayahnye pakai kupiah, awie pakai subang..hmm...ayah awie cakap "alhamduillah, saya gembira sebab anak saya kawin" something like that lah..




kalau marah sekali pun,xpayahla mention name,boleh mengaibkan sesorang dan menjadi fitnah...yang penting mulai sekarang jom pakat boikot puak2 artis ini..kalau kita semua tak suka ok...jom minta sedara mara kita pula banned puak2 ini..puak2 ini cari makan sebab masyarakat kita dok sanjung...jom kita banned artis..sanjung ulama dan Islam!!

tengok saja majoriti peminat AQ dan AF???

bagaimana Islam nak menang?


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH
[ Telah diedit oleh: hafeezzul pada 06-12-06 22:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-06 11:15


malaysia sekarang lebih ramai melahirkan penghibur berbanding doktor.
lebih banyak setan dari ilmuan.
lebih banyak perosak agama berbanding pembela agama.

apa nak dibuat dengan artis yang berlambak2 tu?
tak bawa keuntungan.
bukan boleh dieksport pun.
baik tanam sayur, ternak lembu kambing ke....boleh juga jual dan dapat hasil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 14-12-06 12:43


salam...saya setuju dengan nurhaziqah....saya tak faham apa motif mlahirkan banyak artis ni...nak dibawa ke mana pun tak tau lah...yang pastinya duit yang mereka mengi tu baik diblanjakn ke jalan ALLAH...bagi kat saya pun tak pa...lagi bags...boleh baya pinjaman ptptn....hmmmm...apa matlamaat negara kat buat begini pun tak tau...kat patut bagi duit ni kat student yang susah, untuk bagi peluang untuk mereka belajar.....ini tidak...moga ALLAH memberi ptunjuk pada kita dan mengmpuni kat suemr..ameen....

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_qistina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7091
Posting: 137
Dari: uum sintok

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-12-06 13:31


hmm entahlah
kalau nak boikot bukan mudah
saya sendiri pun suka tengok rancangan2 macam ni
just tengok saja dan tengok apa yang bst kat mereka
tengok pada pemimpin lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_qistinaProfil   Hantar PM kepada puteri_qistina   Quote dan BalasQuote

mouslimin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27179
Posting: 127
Dari: Papar, sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 13:51


Susah sangat nak boikot benda tu saudara saudari ku sekelian... sedangkan boikot barangan israel pun susah.. inikan pula nak boikot dalam negara.. sekarang ni kebanyakan pemikiran masyarakat kita hadhari semata-mata.. tapi, demi menegakkan Islam yang telah jatuh pada 1924... kita berjuang bersama... bersatu teguh bercerai rapuh... Takbir!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mousliminProfil   Hantar PM kepada mouslimin   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 13:56


Pada 06-12-06 14:54 , Farveen posting:

!!! QUOTE !!!

yelah, tapi kita yang tau ni, duduk sokong juga mereka..dok minat juga..
aku memang tak suka siti, dan aku tengok, peminat lah yang lebih2 sangat sokong dia..jadikan role model lah..apelah..

isunye sekarang, kita sendirilah..asik suka sokong mereka..agaknya Kalau tak ada org sokong, agak2 boleh hidup ke mereka?

aku tak cayelah mereka taktau hukum..unless Kalau mereka pergi sekolah omputih,munkking tak belajar agama..
Kalau pergi sekolah macam biasa tu, mesti tau punyelah..

macam awie, dahle kawin kat siam, org jbtan agama tegur, dia melenting, buat kenuri kawin,bini tu pakai baju macam bini tarzan, adoii..wartawan temuramah parents dia, maknye pakai tudung, ayahnye pakai kupiah, awie pakai subang..hmm...ayah awie cakap "alhamduillah, saya gembira sebab anak saya kawin" something like that lah..

memanglah bagus kawin..tapi budget2 lah..dengan pakaian tak mencerminkan org islamnye..adoi..

aku ada banyak kawan dr usa..yang convert ke islam..mereka kawin still pakai dress putih tu..tapi tak jarang, tak ketat, pakai tudung, tutup aurat..org duduk negara kaffar pun boleh buat, kita duduk negara islam, saja2 saja nak cemarkan nama islam..

teruk betul!


salam..
memang itu yag menularkan...
jadi sama-sama kita saling ingat memperingati...
Insya Allah..
moga Allah pelihara kita...


-----------------
kembara mencariNYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 14-12-06 16:16


salam

Oleh itu menjadi tanggugjawab kita yang tau agama untuk saling memperingati dan menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar.Bukan sekadar bercakap tapi melaksanakan


-----------------
www.mujahidin07.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

nurhikari
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25260
Posting: 53
Dari: Earth

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 02:33


lebih baik jadi petani daripada jadi artis..peluh petani membuahkan hasil..lelah artis hanya menimbulkn fitnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhikariProfil   Hantar PM kepada nurhikari   Quote dan BalasQuote

ibnujarir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27674
Posting: 56
Dari: ardullah

Selangor  


posticon Posting pada: 16-12-06 14:35


so bokot hiburan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnujarirProfil   Hantar PM kepada ibnujarir   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 17-12-06 08:58


salam...

hiburan...
hhmm...
dah lah...


artis...
hhmm...
lagi lah..

hindarkanlah diri,keluarga dan sahabat2 dari wabak hiburan yang melampau2 sekarang ini. marilah sama-sama berdoa kepada ALLAH s.w.t agar semua maksiat2 ini akan terhenti buat selama2 nya.insyaALLAH...


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
[ Telah diedit oleh: mohamad pada 19-09-07 10:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 09:08


Pada 14-12-06 12:43 , miledi posting:

!!! QUOTE !!!

salam...saya setuju dengan nurhaziqah....saya tak faham apa motif mlahirkan banyak artis ni...nak dibawa ke mana pun tak tau lah...yang pastinya duit yang mereka mengi tu baik diblanjakn ke jalan ALLAH...bagi kat saya pun tak pa...lagi bags...boleh baya pinjaman ptptn....hmmmm...apa matlamaat negara kat buat begini pun tak tau...kat patut bagi duit ni kat student yang susah, untuk bagi peluang untuk mereka belajar.....ini tidak...moga ALLAH memberi ptunjuk pada kita dan mengmpuni kat suemr..ameen....



betul-betul.
duit ptptn sibuk suruh undergraduates bayar...cepat-cepat.
tapi hadiah2 yang beratus-ratus ribu RM senang-senang saja bagi kat artis.
inilah malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

fazleena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 09:18


betul itu!!!
sokong ulama'!
bann artis Malaysia! nak cakap sesuatu yang kadang-kadang menjatuh kan maruah agama asendirik... nakmap sangat lah jahil..
(peringatan untuk semua dan diri sendiri)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fazleenaProfil   Hantar PM kepada fazleena   Quote dan BalasQuote

eyu_extra
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.11.2006
Ahli No: 27251
Posting: 65
Dari: johor

Melaka  


posticon Posting pada: 18-12-06 21:13


mereka ini mungkin alpa dan masih jahil tentang agama...
berilah tunjuk ajar dengan cara yang betull...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyu_extraProfil   Hantar PM kepada eyu_extra   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-12-06 22:49


hari tu saya tengok ac disini.. isu rufaqa'.. tak releven langsung isu-isu itu ditayangkan pada slot hiburan macam tu.. ada ke patut dinyatakan oleh pengacara itu.. islam kan mudah , buat yang wajib saja.. nampak tak di mana kesalahannya itu.. islam memang mudah tapi kita sesekali tidak boleh memudahkannya.. tak cukup buat yang wajib sahaja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

hosni_mubarak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2005
Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 23:01


berhibur tiada salahnya...
hiburan berlandaskan Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hosni_mubarakProfil   Hantar PM kepada hosni_mubarak   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-12-06 09:09


Pada 18-12-06 22:49 , fatimah-azzahra posting:

!!! QUOTE !!!

hari tu saya tengok ac disini.. isu rufaqa'.. tak releven langsung isu-isu itu ditayangkan pada slot hiburan macam tu.. ada ke patut dinyatakan oleh pengacara itu.. islam kan mudah , buat yang wajib saja.. nampak tak di mana kesalahannya itu.. islam memang mudah tapi kita sesekali tidak boleh memudahkannya.. tak cukup buat yang wajib sahaja..



tak boleh harap @ percaya pada rancangan2 picisan begitu.
tengok pengacara saja dah boleh agak bermutu @ tak isi kandungan talkshow tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 15:51


ARTIS DISANJUNG

ULAMA' DIKURUNG...

DASHYAT ORANG ISLAM SEKARANG..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 15:56


PENDEK KATA JANGAN DISOKONG ARTIS2 ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

moshimoshi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.04.2007
Ahli No: 29582
Posting: 156
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 16:18


saya setuju dengan tajuk ni...terlalu ramai artis yang dilahirkan melalui realiti tv ni...kadang-kadang saya pelik dengan masyarakat yang terlalu excited menghabiskan duit mengundi golongan ni yang sanggup mencemar agama ni...saya lihat ramai artis alaf baru ni,terpampang cerita2 mereka mengerjakan umrah di tnh suci...tapi,apa yang menyedihkan mereka kembali dalam dunia hiburan dalam keadaan yang lebih dasyat daripada sebelumnya..bila diutarakan kenyataan oleh media,begitu mudah jwpnnya..."itu di antara saya dengan Allah..."inikah dia manusia yang terlalu disanjung oleh masyarakat??kita sebagai masyarakat,pandai2lah menilai mereka ni...tepuk dada tanya iman... :-?


-----------------
beRkoRbAn bErjUang dEmi CiNta...CiNtA yang HakiKi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For moshimoshiProfil   Hantar PM kepada moshimoshi   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 13-09-07 17:05


Assalamualaikum..
Umpamakan sang unggas..
Di rimba belantara...
Begitulah bandingannya kita..

tiba-tiba terdengar pula lirik lagu tu...hmm..
Kerdilnya diriku ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 13-09-07 20:11


assalammualaikum.........
Saya rasa samalah dengan istilah MALAM AMAL tapi pengisiannya adalah nyanyian2 yang tidak menepati istilah berkenaan....



http://studiouniversiti.blogspot.com/


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

NurAihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31065
Posting: 91
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-07 07:32


bahasa rojak.. pangai pun rojak..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurAihanaProfil   Hantar PM kepada NurAihana   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-07 09:45


malaysia...macam negara islam...barisan pemimpin majoriti islam...tapi undang-undang sivil...bila mufti cakap tak dihirau..di soal balik pulak...
artis disanjung...berbangga pulak tu dapat award sana sini...mengharumkan nama malaysia..tapi betul-betul ke malaysia tu negara islam?
rasa malu nak ngaku...undang-undang pun tak islam...perlaksanaan...islam hadhari...tapi bini menteri tak jugak berpakaian menurut ajaran islam..boleh dikira dengan jari...kalau artis...langsung lah tak nampak...pakai tudung tapi lelain part tu da macam pakai apa tah...cerita kat tv dah tak kesah dah nak peluk laki org ke bini org ke...da macam tak ada apa-apa dah...rambut berwarnaa....aiii da jadi trend dahh...makcik2 pun boleh lagi warna orenn...dalam tv sopan..jadi ustazah lah apa lah...kat luar...masya-allah...betul-betul tak ada penghayatan...
rasa malu nak tengok dengan family..bebaik tengok kartun...pakai lagi sopan dari artis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

fizah866
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30106
Posting: 60

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 11:47


Pada 19-09-07 09:45 , ann_1 posting:

!!! QUOTE !!!

malaysia...macam negara islam...barisan pemimpin majoriti islam...tapi undang-undang sivil...bila mufti cakap tak dihirau..di soal balik pulak...
artis disanjung...berbangga pulak tu dapat award sana sini...mengharumkan nama malaysia..tapi betul-betul ke malaysia tu negara islam?
rasa malu nak ngaku...undang-undang pun tak islam...perlaksanaan...islam hadhari...tapi bini menteri tak jugak berpakaian menurut ajaran islam..boleh dikira dengan jari...kalau artis...langsung lah tak nampak...pakai tudung tapi lelain part tu da macam pakai apa tah...cerita kat tv dah tak kesah dah nak peluk laki org ke bini org ke...da macam tak ada apa-apa dah...rambut berwarnaa....aiii da jadi trend dahh...makcik2 pun boleh lagi warna orenn...dalam tv sopan..jadi ustazah lah apa lah...kat luar...masya-allah...betul-betul tak ada penghayatan...
rasa malu nak tengok dengan family..bebaik tengok kartun...pakai lagi sopan dari artis...


klakor pula baca kau punya posting ni...dah macam pantun...
tapi saya setuju dengan kau...tak tau lah apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni...dah semakin terpesong..

lagi satu yang buat saya terkejut baru-baru ni..
seorang artis malaysia yang beragama islam bercium dengan seorang artis dari indonesia ( tak pasti agamanya )...
bila gambar tersebar kat internet...malu kononnya..pas tu buat sidang media..minta maaf kat rakyat malaysia...sepatutnya minta ampun dengan ALLAH s.w.t...

lepas tu dengan selambanya bagitau " kejadian " tu tak disangka boleh berlaku..sebab suasana kat pantai tu sangat romantik....
dan cinta mereka pulak bukan cinta main-main..konon-konon cinta sepenuh jiwa....sebenarnya banyak lagi kenyataan dia yang menyakitkan hati...masa baca dia punya kenyataan tu..mengucap panjang saya...moga-moga satu hari nanti mereka sedar dengan dosa2 yang dilakukan....Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah866Profil   Hantar PM kepada fizah866   Quote dan BalasQuote

NurAihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31065
Posting: 91
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-07 12:21


takut dengan bala menimpa jiran terjadi pada negara sendiri,,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurAihanaProfil   Hantar PM kepada NurAihana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.598437 saat. Lajunya....