Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 209
Ahli: 0
Jumlah: 209




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 12 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Oo mama...aku mahu kahwin


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Oo mama...aku mahu kahwin

Please Mendaftar To Post


Oleh Oo mama...aku mahu kahwin

abong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27304
Posting: 59
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 10:36


Maszlee Malik

Antara dilemma yang dihadapi oleh anak-anak muda masakini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. sama ada di dalam bidang hiburan, mahupun di dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa. Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilemma yang mereka hadapi semakin parah.

Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya "coupling" (berpacaran) dan "sex before marriage" (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa. Seseorang remaja akan terasa seperti makhluk asing di bumi jika mereka tidak bergaul bebas dengan rakan-rakan berlainan jantina. Bagi anak-anak yang dibesarkan di sekolah-sekolah agama atau madrasah, mereka mungkin masih lagi selamat. Keselamatan ini, walau bagaimanapun akan segera hilang apabila mereka mula melangkah ke gerbang-gerbang IPT. Tidak kiralah IPTA mahupun IPTS. Kebebasan dan juga pengaruh rakan dan sekitaran akan segera membuatkan mereka menerima kejutan budaya. sama ada mereka akan larut dan terheret oleh pengaruh sekitaran, ataupun mereka akan menjadi begitu rigid, keras dan tidak bertolak ansur. Inilah realiti kehidupan anak-anak muda di IPT-IPT.

Sepertimana yang pernah diutarakan sebelum ini, solusi bagi fenomena yang begitu menggila ini ialah "nikah". Hayat para pelajar di IPT tidak patut disia-siakan. Waktu yang mereka habiskan untuk berpacaran dan juga melayan lamunan, akan lebih terjaga jika mereka telah bernikah. Segalanya akan menjadi halal, dan masa tidak akan terbuang sia-sia. Segalanya mendapat keberkatan, dan tiada kerungsingan dan juga ketidak tentuan perasaan. Jika persoalan natijah selepas pernikahan yang menjadi persoalannya, maka solusi "nikah khitbah" telah dicadangkan. Mudah sahaja, selama hayat mereka di IPT, mereka tidak perlu mengandung, tidak perlu melahirkan anak, tidak perlu untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang khusus, dan tidak perlu menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang mempunyai pekerjaan tetap. Mereka hidup sebagai suami isteri di dalam segala keterbatasan yang ada, yang penting hubungan tersebut halal dan mereka tidak melakukan maksiat.

Walau bagaimanapun, ide ini tidak semudah yang diutarakan. Kebanyakan komen dan respon yang diterima adalah bersifat negatif. Bukanlah para remaja IPT yang bersifat negatif, tetapi ibu bapa yang bersikap negatif. Memang benar, tanpa sokongan ibu bapa, ide nikah khitbah untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada berzina ini tidak mudah. Ibu bapa di Malaysia masih lagi mempunyai pemikiran yang kolot dan klasik. Mereka masih lagi menggunakan sifir lama dan lapuk.Mereka sanggup menjunjung adat yang kolot walaupun terpaksa membiarkan anak-anak dara dan teruna mereka bergelumang di dalam dosa. Jika hendak berkahwin, tunggu selepas habis belajar. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat pekerjaan tetap. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat ijazah. Bagaimana pula sementara menunggu hendak habis belajar dan hendak mendapatkan pekerjaan tetap?

Si teruna dan dara tiap-tiap hari bersua muka. Peluang untuk bertemu dan bersama itu jauh lebih besar daripada tidak bertemu. Dorongan media massa, media eletronik, persekitaran dan juga budaya setempat mendorong mereka untuk terus bertemu. Oleh kerana kita di negara yang mana rakyat masih lagi bebas untuk melakukan maksiat, maka peluang untuk melakukan maksiat itu terbuka lebih luas. Apakah ibu bapa yang kolot dan mundur pemikiran itu mengira anak-anak muda mereka malaikat yan tidak punya nafsu?, atau mungkin mereka anggap anak-anak muda mereka mempunyai "fire wall" yang begitu utuh?, atau juga mereka sangkakan mereka boleh mengawal "nafsu" anak-anak muda mereka dari jarak jauh (remote control)?

Bagi ibu bapa, sepatutnya mereka berusaha memahami realiti dan tuntutan semasa. Kita hidup di zaman yang dipenuhi dengan kefasadan dan keruntuhan moral. Peluang untuk melakukan dosa di bumi Malaysia ini jauh lebih banyak daripada peluang untuk menghindarinya. Ruang-ruang di media sentiasa diwarnai dengan warna nafsu dan juga maksiat. Anak-anak mereka yang tinggal jauh dari pandangan, sedang mengecapi kebebasan yang tidak terbatas. Tanpa iman, tanpa nilai dan tanpa sifat malu yang tinggi, mereka bebas melakukan apa sahaja. Jangan tertipu dengan perwatakan mereka di rumah!. Anak-anak muda akan mempunyai sikap dan peribadi yang berbeza sewaktu di rumah dan sewaktu berada bersama ahli keluarga. Bahkan, dalam banyak keadaan, mereka mempunyai sikap yang berbeza sewaktu di hadapan guru atau para pensyarah. Ingatlah, syaitan tidak akan melepaskan peluang untuk mendorong anak-anak Adam untuk melakukan perkara yang terlarang. Itulah tugas syaitan.

Jika para ibu bapa mempunyai tahap kepercayaan yang begitu tinggi kepada anak-anak mereka, itu adalah sesuatu yang baik. Namun, sangkaan yang baik semata-mata tidak cukup. Mereka perlu memahami realiti, anak-anak itu tinggal jauh di mata. Suasana persekitaran tidak membantu. Tarikan naluri orang muda adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, hatta di kalangan siswa dan siswi institusi pengajian berorientasikan agama. Jikalaulah mereka sudah mempunyai perubahan pada tingkah langku dan perlakuan seharian, maka selidikilah. Jika mereka sudah mempunyai pasangan, berbuallah mereka dengan cara yang matang dan rasional. Ingatlah, mereka sudah besar, mereka ingin dilayan seperti orang dewasa juga. Kadar intelektual mereka perlulah dihargai. Gunakanlah cara sehikmah yang mungkin untuk melakukan "penyelidikan" terhadap anak-anak muda.

Jikalau anak-anak muda menyuarakan keinginan untuk bernikah walaupun mereka masih lagi menuntut di kampus, jangan cepat melenting. Yakinlah, keberanian mereka untuk menyuarakan permintaan tersebut menunjukkan kematangan mereka. Keberanian mereka untuk membuat permintaan sedemikian rupa menunjukkan mereka ingin menyelamatkan iman dan akhlak.Yakinlah, jika mereka memilih untuk tidak meminta izin untuk berkahwin mereka mampu. Jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan meneruskan onar mereka sehingga ke tahap yang serius pun mereka mampu. Maka, jika mereka menyuarakan pendapat dan meminta izin, pertimbangkanlah ia dengan rasional, kematangan dan gunakanlah neraca keimanan. Mereka bukanlah anak-anak kecil lagi. Mereka juga bukannya terburu-buru ataupun terlalu mengikut nafsu. Yakinlah, apa yang mereka suarakan itu adalah bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan serta kesungguhan mereka untuk menjaga nama baik keluarga.

Apakah langkah seterusnya?

Berbincang dengan mereka. Rasionalkan pemikiran mereka untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang jauh. Dorong mereka untuk merancang dan bersikap realistik. Timbulkan segala kemungkinan dan kebarangkalian yang bakal mereka hadapi dan bantu mereka untuk mencari solusinya. Bukakan pemikiran mereka untuk melibat sudut-sudut yang mungkin mereka terlepas pandang. Apa yang lebih penting, berikan peluang untuk mereka mengutarakan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan mereka. Perlu diingatkan sekali lagi, mereka telah pun dewasa dan pemikiran mereka bukan lagi pemikiran anak-anak.

Seperkara yang penting juga, janganlah terlalu membuat keputusan melulu. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung mencemuh, memperlekehkan dan terus menutup peluang untuk anak-anak mereka bersuara. "Dah gatal!", "Belajar dulu!", "Dah tak tahan lagi!", "Awak tu muda lagi!", "Janganlah hampakan harapan mak!" dan pelbagai ayat yang berbentuk cemuhan, prejudis dan juga mematikan hujah tidak akan membantu. Sekali lagi perlu diingat, mereka bukan lagi anak-anak kecil.

Setelah anda mendengar pendapat mereka, yang sebaiknya berkenalanlah dengan pasangan anak anda itu. Perbincangan di antara si ibu dan si ayah sebelum memberikan apa-apa keputusan kepada si anak amat penting. Sekali lagi perlu diingatkan, jangan emosional dan jangan terburu-buru di dalam membuat keputusan.

Ingatlah, anak-anak muda zaman kini hidup di dalam persekitaran yang serba mencabar. Walaupun kita telah mengawal sebaik mungkin di rumah, namun apa yang mereka dapat dari media, dari rakan-rakan dan juga dari tempat pengajian jauh lebih banyak. Di dalam dunia global, tiada sesiapa yang dapat menghalang orang lain daripada mengakses kepada apa-apa maklumat. Persekitaran dan juga suasana yang serba moden dan mencabar ini akan sentiasa membawa kepada pengingkaran terhadap perintah Tuhan. Satu-satunya cara untuk anak-anak muda yang telah mula terjebak dengan "cinta" dan juga "pacaran", adalah dengan bernikah.

Mungkin ibu bapa akan terfikirkan mengenai prestasi pembelajaran anak-anak yang bakal merudum selepas perkahwinan. Mungkin juga ada di antara ibu bapa yang begitu skeptik dan merasakan bahawa anak-anak mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran selepas perkahwinan. Sesuatu yang biasa juga bagi ibu bapa yang mengandaikan seribu satu andaian liar. Bagi yang mempunyai anak-anak perempuan, maka mereka akan terfikrikan, Bagaimanakh nanti anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa untuk pelajaran dan melayan suami, Mereka juga terfikir, bagaimana pulakah jika anak mereka mengandung?, melahirkan anak?

Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki pula terfikirkan, bagaimanakah anak mereka berupaya menanggung anak orang lain. Mereka juga terfikirkan, mampukah anak-anak mereka membimbing dan menjaga "anak gadis" orang. Akhirnya, kesemua andaian-andaian dan prejudis tersebut diterjemahkan kepada penolakan. "Tunggu sehingga habis belajar!", "Kami tak menolak pilihan awak, Cuma awak kena tunggu sehingga dapat kerja yang baik!". Kesemuanya menjadi jalan keluar kepada ibu bapa yang malas berfikir, ataupun berfikiran kolot ini. Jalan mudah diambil demi memudahkan kerja-kerja mereka. Akhirnya, sang anak yang tidak dapat melawan nafsu pun terus berpacaran, dan bergelumang dengan dosa "khalwat" dan berpegangan tangan. Bagi yang tidak mempu membendung nafsu, akhirnya mereka terjerumus ke lembah zina...kesemuanya kerana pemikiran kolot si ibu dan ayah.

Ibu bapa moden perlu berfikiran terbuka. Adalah lebih baik mereka berkorban material dan tenaga demi menjaga kesucian susur galur keluarga mereka. Sepatutnya ibu bapa moden bersikap konstruktif dan bukannya negatif. Apalah salahnya jika mereka membantu anak-anak yang ingin berkahwin itu dari segi material. Berikan juga sokongan moral. Berikan sokongan dan bimbingan. Berikan tunjuk ajar, dan berikan mereka "fulus". Bukankah mengkahwinkan anak perempuan di usia muda mereka merupakan sunnah?, bukankah membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? ...Fikirkan!

Hidup manusia telah berubah, gaya kehidupan juga berubah, teknologi juga berubah, maka sudah sampai waktunya para ibu bapa moden juga berubah. Pemikiran yang kolot serta terlalu mengongkong tidak akan membantu anak-anak muda mereka. Pemikiran yang terlalu liberal dan tidak kisah juga membahayakan. Apa yang kita perlukan adalah pemikiran yang Islamik dan realistik. Kita juga mahukan pemikiran yang berdasarkan "fiqh al-Waqi'" (fiqh realiti). Biarlah minda kita selari dengan zaman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For abongProfil   Hantar PM kepada abong   Pergi ke abong's Website   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 05-12-06 12:26


panjangnye...ana copy dulu. nak baca kat ostel....

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084594 saat. Lajunya....