Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: tunang tak rasmi rufaQa


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» tunang tak rasmi rufaQa

Please Mendaftar To Post


Oleh tunang tak rasmi rufaQa

mujahidahcute
Warga Rasmi
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27568
Posting: 2
Dari: peRak+peNang+saRwk+saBh

Perak  


posticon Posting pada: 01-12-06 10:34


Awalan...
Assalamu'alaikum wbt...

Ana nak minta pendapat antum2 semua tentang masalah yang menimpa ana...Ana harap antum2 dapat memberikan pandangan dan seterusnya membantu ana dalam membuat keputusan..

Ana bersahabat dengan seorang akhi yang mana semuanya adalah bertepatan dengan ciri2 lelaki soleh...
Memandangkan ana begitu rapat, satu kampus, satu persatuan, satu fakulti..Maka dari perkenalan tersebut, akhi ni pun melamar ana untuk menjadikan ana sebagai teman hidup dan seterusnya merancang untuk bernikah selepas tamat belajar..dengan itu, kami dikira lah macam bersahabat @ tunang tak rasmi sementara menunggu tamat belajar nanti...
Sepanjang ana mengenalinya..ana tidak begitu mengetahui tentang aktivitinya..yelah..orang yang belum sah, tak kan lah ana nak sibuk2 tahu tentang dia kan? Walaubagaimana pun, setelah dinasihati oleh sahabat2 ana..mereka menyatakan perkara ini berkaitan dengan kehidupan bersama, maka adalah lebih baik jika menyiasat latar belakang seseorang bakal suami..
Selepas beberapa bulan menyiasat akhi ini..ana dapati dia salah seorang daripada jemaah rufaqa'...
Memang ana akui..ana sebelum ini memang tak tahu pun apa itu rufaqa..Setelah berjumpa dengan sahabat2 yang berpengalaman..ana dapat tahu serba sedikit tentang rufaqa ini..ana dapat tahu juga dari kawan-kawan terdekat akhi ini yang mengatakan, akhi ini mengamalkan semua yang diamalkan oleh 'abuya' itu..dan ana menyatakan hasrat hati ana untuk tidak mahu akhi ini terlibat dengan rufaqa...pada ana, banyak cara jugak ana nasihatkan dia..namun seperti mencurah air di daun keladi...walaupun begitu disebabkan akhi ini terlalu baik buat ana,ana sentiasa berdoa agar dia diberi petunjuk...tetapi pada masa ini hubungan kami masih lagi berjalan seperti biasa..akhi ini pun pernah kata jangan diungkit pasal rufaqa'..maka, ana pun mendiamkan diri dan tidak lagi membahaskan perkara tersebut...
Sehinggalah baru-baru ini terbukti dalam akhbar menyatakan rufaqa tu 'sesat'...
Ana tanya dia sekali lagi..masih terlibat ke dengan rufaqa ni...katanya dah tak terlibat dah...
Patot ke ana mempercayainya??Macam mana ana nak tau dia betul-betul da tak ikut rufaqa itu?sebab..mengambil masa jugakkan bagi manusia untuk berubah..patot ke ana teruskan niat kami yang ingin mendirikan masjid??atau ana putuskan saja hubungan kami?ana keliru??ana takut ana tersilap pilihan..ana harap antum2 dapat membantu ana yang serba keliru ini...Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidahcuteProfil   Hantar PM kepada mujahidahcute   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 11:11


taksub ke "tunang" awak dengan jemaah tu? mereka ni kebanyakan memang tak serik2 dan taksub dengan jemaah mereka...

[ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 01-12-06 11:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

azs_kk
Warga Rasmi
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19758
Posting: 7
Dari: Kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 01-12-06 12:00


assalamualaikum...

hm.. ana cadangkan.. banyakkanlah istiqarah.. di sepertiga malam.. minta petunjuk dan hidayah kat Allah.. dan yakinlah sepenuh hati yang dia akan menjawab persoalan kita... istiqamah lah.. :)

hm, satu lagi.. selidik dengan sungguh2 lah isu rufaqa' ni... sebab ni persoalan aqidah... satu lagi.. cuba check hadis 40.. hadis ke 27 agaknya... ada sebut tentang 'berfatwa dengan hati'.. dosa itu ialah apa yang bergetar di hati, yang menggoncangkan hati, tak sedap hati lah tu.. apa-apa pun, baca syarahnya.. mungkin boleh membantu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azs_kkProfil   Hantar PM kepada azs_kk   Pergi ke azs_kk's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-06 15:04


Susah jugak masalah teman kita ni ye.. Betul jugak kata anis_zulaikha tu..Kebanyakkan ahli rufaqa' ni terlalu taksub dengan pegangan mereka... namun saya tak berani nak komen panjang2 lebar.. Yang mengharamkan rufaqa' ialah kerajaan Islam Hadari..Sedangkan di fahamkan, rufaqa' ni dah tersebar ke negara2 lain jugak... Cuba buat solat isthikharah, minta petunjuk.. Kalau memang tertulis di Loh Mafzuh dia adalah teman hidup anda, maka kita tak dapat menolak takdir. Jika bukan dia teman hidup anda, ALLAH telah menjanjikan seseorang yang lebih baik, cuma kita belum tahu siapa dan bila serta di mana akan bertemunya..

    Katanya dah tak terlibat dengan Rufaqa' !!!!!! adakah anda percaya dengan kata2nya..kadang-kadang manusia boleh menjadi macam-macam hanya untuk lepaskan diri yang tersepit... Cuba baca salah sebuah artikel dalam ukwah.com ni, cerita mengenai seorang wanita yang tersepit dengan pilihan hati dan pegangannya..Sebelum kahwin si lelaki cakap boleh terima wanita itu seadanya..Namun dah kahwin, si suami membataskan terus aktiviti si isteri dengan aktiviti kumpulannya ( mesyuarat, aktiviti agama and etc ).. Takutnya, dah kahwin nanti, dia ajak saudari sertai jemaah tersebut..Adakah anda bersedia? Fikirkan dengan hati..Buat keputusan dengan hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

mza5102
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.11.2006
Ahli No: 27422
Posting: 21
Dari: kota kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 15:20


assalamualaikum...

hm.. ana cadangkan.. banyakkanlah solat isthiharah.. minta petunjuk dan hidayah kat Allah.. dan yakinlah sepenuh hati yang dia akan menjawab persoalan kita... istiqamah lah.. Moga mendapat pilihan yang terbaik untuk diri. agama dan keluarga.....Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For mza5102Profil   Hantar PM kepada mza5102   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-06 17:51


=)
pertama2 bergantung pada hati.
kata-kata hati xpenah menipu kita.

tapi ingat, percaya pada si dia jangan kerana simpati!
satu lagi jaga betul-betul batas pergaulan ye.

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-06 20:10


Jangan gadaikan akidah anda, akidah adalah satu kurniaan Allah paling berharga. Saudari perlu berhati-hati kerana rufaqa' mengamalkan unsur taqiyyah seperti penganut syiah. Antara cara yang terbaik adalah siasat, adakah di masih berkecimpung dengan jemaah sesat ini. Kalau tak mampu minta tolong orang yang dipercayai siasat atau upah penyiasat upahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 22:24


komen saya dalam 2 patah perkataan saja: BAHAYA & berhati-hati


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 00:09


lihat dan siasat sejauhmana 'aqrab'nya beliau dengan rufaqa'...bagaimana cara penglibatan dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-12-06 00:52


kawan saya pun ada jugak yang terlibat...mm,entahlah,macam manala depa tu boleh terpengaruh...padahal kawan saya tu sekolah agama...entahlah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 02-12-06 01:02


bismillah...
yaALLAH ya RAhman YA RAhim...selamtkan lah sahabat kami ini,berilah dia petunjuk.dan kekutan dalam menghadapi ujian ini....
selau buat istiqarah...slow talk elok-elok...
jangan selalu nak ambil tau,laki ni tak suka gt kalau punpuan terrrr lalu ambil tau hal dia .
then cek rufaqa ni,news tadi pun ada tunjuk ahli dia,mereka kata media ni fitnah...most of us dengar dari media saja...bukan dr ahli rufaqa tu sendiri ,bukan nak kata jemaah ni betul, tapi kita (ana )tak tau cerita sebenar nya...mana tau jemaah ni betul nka taubat....bawa cara hidup islam sebenar....tapi kalau dah jelas fahaman mereka salah...cepat-cepat jauhi...selalu doa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 02-12-06 02:30


Pada 02-12-06 01:02 , mohd posting:

!!! QUOTE !!!

then cek rufaqa ni,news tadi pun ada tunjuk ahli dia,mereka kata media ni fitnah...most of us dengar dari media saja...bukan dr ahli rufaqa tu sendiri ,bukan nak kata jemaah ni betul, tapi kita (ana )tak tau cerita sebenar nya...mana tau jemaah ni betul nka taubat....bawa cara hidup islam sebenar....tapi kalau dah jelas fahaman mereka salah...cepat-cepat jauhi...selalu doa..

Taubat apa? makin sesat adalah. Tak percaya tengok dan dengar video ini baik-baik:


Aqidah dan Kesufian Rufaqa'

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 02:50


ni baru bertunang secara tak rasmi, lelaki tu tak meminang anda lagi kan, dan anda pun belum terima pinangan dia, betul tak?

jadi di sini, apa yang jelasnya, lelaki itu masih tidak ada apa-apa hak lagi terhadap anda, dan anda masih ada hak sepenuhnya untuk memilih lelaki2 lain yang anda rasa lebih baik dan lebih sesuai.

jadi, keputusan di tangan anda, kalau yakin dia memang dah bertaubat, terpulanglah. tapi kalau anda tersilap pilihan, kalau dah kahwin nanti, anda dah jadi hak suami anda walau seburuk mana dia sekalipun, nak putus lepas tu bukan senang, talak di tangan lelaki kan?

jadi, sementara masih ada peluang seluasnya ni, buatlah pertimbangan sebaiknya, suami seharusnya yang boleh membimbing kita ke jalan Allah, bukan sebaliknya.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-12-06 10:53


saya setuju dengan pendapat saudara ibnu musa....sebab anda tidak terikat apa-apa lagi dengan lelaki tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 12:57


ehhh .. boleh rupanya "bersahabat" dulu sebelum berkahwin ... kalau macam tu saya pun nak cari "sahabat" juga lah ... :-P

biasanya kalau masalah-2 seumpama ini si penanya masalah sudah pasti mendambakan suatu nasihat yang benar-2 memuaskan hati .. dan nasihat yang memuaskan hati itu tidaklah sampai memungkinkan "perpisahan" antara beliau dengan sahabatnya ... mungkin jauh di sudut hati si penanya dia sebenarnya mengharapkan agar dapat terus bersama "sahabat" ... hakikat yang "sahabat" itu terlibat dengan sesuatu yang meragukan agak sukar diterima lantas si penanya mula meminta pandangan org lain walaupun jawapan sebenarnya sudah jelas ...

maaf .. sekadar pendapat peribadi .. bukan sangkaan buruk .. ;-)

mengapa tak bermujahadah saja melupakan "sahabat" tu ... mujahadah tu kalau boleh biarlah jangan hanya terletak pada nickname ... seeloknya nickname tu biarlah melambangkan pendirian kita ... :-)
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 02-12-06 13:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 13:24


Lupakan dia....
Jangan terjebak dengan cinta seorang insan macam ini...
Jangan bahayakan diri adik...
Banyak risiko bercinta dengan dia..


-adik tolong pm akak ye-


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-06 13:59


saya setuju dengan pendapat rakan-rakan di sini....
sembahyang istikharah & berdoalah kepada-Nya....
Fikirkan dalam2...
Tapi bagi pendapat saya sebaik-baiknya putuskan hubungan dengannya....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

mujahidahcute
Warga Rasmi
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27568
Posting: 2
Dari: peRak+peNang+saRwk+saBh

Perak  


posticon Posting pada: 03-04-07 19:08


syukran..atas pandangan.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidahcuteProfil   Hantar PM kepada mujahidahcute   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096043 saat. Lajunya....