Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 110
Ahli: 0
Jumlah: 110




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 16 jam, 30 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Karya Agung
Topik: Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam - Sinopsis


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam - Sinopsis

Please Mendaftar To Post


Oleh Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam - Sinopsis

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 22:26


Assalamu`alaikum warahmatullah..

Insha Allah, sinopsis seterusnya adalah mengenai karya Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam karya seorang `alim dan shaikh yang tidak asing lagi Al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani.

Sedikit maklumat mengenai karya:

Tajuk: Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam
(Terjemahan Inggeris: Attainment of the Objectives According to the Evidence of the Ordinance)
Penulis: Al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani
Penyelia Penterjemahan: Abdul Malik Mujahid
Penerbit: Darussalam Publications
Tahun terbit: 1996
Bil Mukasurat: 588

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 22:29


Buku ini adalah terjemahan karya Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani (m. 852H). Ia adalah himpunan hadith yang berkaitan dengan pelbagai hukum fiqh, dan dijadikan sumber dalil baginya. Disebutkan oleh Al-Hafiz di dalam bahagian pengenalan bahawa beliau merasakan pengetahuan mengenai hadith-hadith yang dikumpulkan di sini adalah mencukupi sebagai asas untuk seseorang yang ingin mendalami bidang hukum syari`ah Islam.

Biodata Ibnu Hajar

Nama penuh al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani adalah Abu al-Fadl, Shihabuddin Ahmad bin `Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Kinani al-Shafi`i. Beliau dilahirkan pada 773H di Mesir dan dibesarkan di sana.

Beliau kemudiannya ke Makkah dan belajar di sana, di bawah ulama' besar Hijaz, al-Sham dan Mesir, termasuk di kalangan mereka al-Zain al-`Iraqi, al-Balqini dan Ibnu al-Mulaqqin. Beliau mempelajari al-Qur'an dan al-Hadith daripada al-`Izz bin Jama`ah, bahasa daripada al-Majd al-Fairuzzabadi, Bahasa Arab daripada al-`Amari, sastera dan syair daripada al-Badr al-Mushtaki. Beliau juga mempelajari gaya bacaan al-Qur'an daripada al-Tanukhi.

Beliau memenuhi masanya dengan mempelajari dan mengajarkan bidang-bidang ilmu hadith, tafsir al-Qur'an, fiqh dan memberikan syarahannya di banyak tempat termasuk al-Azhar dan Jami` `Amr.

Al-Hafiz telah menghasilkan lebih daripada 150 buah karya, yang kebanyakannya di dalam ilmu hadith. Antaranya yang termasyhur adalah Fath al-Bari – syarahan kepada Sahih al-Bukhari – yang disiapkannya pada tahun 842H. Beliau juga pernah menjadi Qadi Besar Mesir dan seterusnya al-Sham. Al-Hafiz meninggal dunia pada tahun 852H.

... insha Allah akan bersambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-06 21:28


Sinopsis dan Ulasan

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian: Biografi Ibnu Hajar, bahagian utama (himpunan hadith), glosari istilah dan biografi imam-imam hadith.

Bahagian utama buku ini dibahagikan kepada 16 bahagian yang berkaitan dengan pelbagai hukum fiqh, daripada al-Taharah ke rukun Islam yang lima sehingga ke Jihad dan sebagainya. Bulugh al-Maram mengandungi sebanyak 1358 buah hadith dan bagi setiap hadith dinyatakan imam perawi dan taraf hadith itu. Setiap hadith (matan tetapi tidak dengan isnad yang penuh) ditulis dalam teks Arab dan terjemahan Inggeris. Nilai karya ini ditambah lagi dengan disertakan nota-nota ringkas daripada kitab Subul al-Salam tulisan Muhammad bin Isma`il al-San`ani.

Pembentangan dan layout buku ini mudah untuk diikuti. Bahagian-bahagian utama buku ini (yang 16) disebut sebagai ‘kitab’ ('book). Maka terdapat Kitab al-Taharah (Book of Purification), Kitab al-Salah (Book of Prayer), Kitab al-Jana’iz (Book of Funerals) dan sebagainya. Dan setiap ‘kitab’ dibahagikan kepada bahagian lain yang lebih kecil, atau ‘bab’ ('chapter'). Sebagai contoh terdapat Bab al-Miyah ('Chapter on Water', Bab al-Aniyah ('Chapter on Utensils'), Bab Izalah al-Najasah wa Bayaniha ('Chapter on The Nature and Cleansing of The Impurities) dan sebagainya di bawah Kitab al-Taharah. Pembahagian seperti ini akan memudahkan pembaca mencari sesuatu hadith menurut kategori hukum dan pecahannya.

... akan bersambung insha Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-06 23:04


Nota-nota daripada Subul al-Salam adalah didapati amat berguna dan memberi banyak maklumat. Antara penggunaan nota-nota ini termasuk:

•    Menerangkan maksud hadith. Sebagai contoh di dalam hadith 37 di mana perbuatan Nabi (s) melalukan jari-jarinya pada janggutnya adalah sunnah dan bukan wajib wudu'.

•    Menerangkan maksud sesetengah istilah Arab, sebagai contoh istilah mudd di dalam hadith 38, khimar di dalam hadith 161 dan al-idhkhir dalam hadith 804.

•    Menerangkan maksud istilah kumpulan perawi yang digunakan seperti al-Khamsah, al-Arba`ah dan sebagainya. Sebagai contoh di dalam hadith 2, 9 dan 36.

•    Memberi maklumat mengenai sahabat yang meriwayatkan atau yang disebut di dalam hadith, seperti Jabir bin Samurah dalam hadith 70, Abu Marthad al-Ghanawi di dalam hadith 169 dan `Abdullah bin `Amir bin Rabi`ah di dalam hadith 887.

... akan bersambung insha Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 20:54


•    Menerangkan perbezaan pendapat yang ada berkaitan sesuatu hukum atau hadith. Sebagai contoh perbincangan mengenai kedudukan sujud al-tilawah di dalam syariat (yakni samaada ia sunnah atau wajib di dalam hadith 270, serta mengenai perbezaan pendapat mengenai bilangan takbir di dalam salat `id di dalam hadith 395.

•    Memberi rujukan kepada ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan, sebagai contoh apabila `A'ishah berkata tentang tuduhan kepadanya diperjelaskan, ia dirujukkan kepada ayat al-Nur: 11 (hadith 365).

Hadith-hadith yang disebutkan diriwayatkan oleh pelbagai imam hadith. Antaranya oleh yang disebutkan oleh Al-Hafiz sebagai al-sab`ah, yakni al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad. Selain daripada mereka imam-imam lain yang turut meriwayatkan hadith-hadith di dalam karya ini termasuk al-Tabarani, Ibnu Abi Shaibah, al-Baihaqi, al-Hakim, Ibnu Khuzaimah, Ibnu al-Jarud dan Ibnu al-Qattan. Taraf kesahihan hadith-hadith di dalam kitab ini berbagai, daripada sahih, hasan ke da`if. Kedudukan yang lain turut dinyatakan bagi beberapa hadith, sebagai contoh hadith yang mursal (sebagai contoh hadith 72 dan 1084), mu`allaq (hadith 1251), mauquf (hadith 293), marfu` (hadith 1177), gharib (hadith 312) dan mudraj (hadith 151).

... akan bersambung insha Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 12:48


alhamdulillah, banyak pengetahuan tentang bulugh al-maram. Selalu 'wonder' tentang perkataan bulugh al-maram, tentang apa ya??? sebelum ni, kini baru tahu, terima kasih.

Saya sebenarnya kagum dengan penulisan kitab-kitab lama. Selalu berfikir, bagaimana mereka menulisnya dengan pengisian yang begitu padat dengan ilmu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-07 22:02


Sambungan.. Dan ini adalah bahagian akhir. Minta maaf ya sebab ter'berhenti'.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-07 22:04


Bahagian glosari istilah menerangkan pelbagai istilah yang sering diguna dalam buku ini dan di dalam kajian hukum syari`ah secara umum. Contohnya maksud istilah-istilah seperti al-maghazi, miswak dan li`an. Diterangkan di sini juga beberapa gelaran tertentu seperti dhat al-nitaqain dan ashab al-suffah.

Biografi imam-imam hadith disebutkan di dalam bahagian akhir. Diceritakan di sini imam-imam yang tujuh (al-sab`ah) dan 34 tokoh yang lain termasuk Ibnu Rahwaih, al-Bazzar dan al-Baihaqi. Biografi diceritakan dengan ringkas dengan menceritakan tahun-tahun kelahiran dan kematian, sumbangan mereka dalam bidang hadith dan gelaran-gelaran yang diberikan (contohnya Amir al-Mu’minin dan Shaikh al-Islam).

Penterjemahan dan penerbitan buku ini dirasakan sebagai suatu usaha yang amat berguna. Selain daripada dapat digunakan dan dirujuk oleh ahli-ahli ilmu yang mungkin belum mahir di dalam Bahasa Arab, ia juga berguna daripada segi nilai ilmiahnya, ditambah lagi dengan penggunaaan nota-nota daripada kitab Subul al-Salam dan penggunaan ‘layout’ yang memudahkan. Penggunaan hadith-hadith yang mempunyai berbagai sumber periwayat dan tabaqat yang berbeza tidak dilihat sebagai suatu kekurangan. Malah sebaliknya ia amat berguna, baik untuk pengkaji hukum yang ingin melihat pelbagai dalil yang boleh dijadikan perbandingan, mahupun untuk pengkaji ilmu hadith yang ingin melihat penilaian sesuatu hadith dan penggunaan ilmu mustalah al-hadith.

- TAMAT SINOPSIS BULUGH AL-MARAM -

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.180976 saat. Lajunya....