Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 17 jam, 33 minit yang lalu
isa777_musa: 22 jam, 15 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: oh Raja Sherina


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» oh Raja Sherina

Please Mendaftar To Post


Oleh oh Raja Sherina

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 22-11-06 06:58


‘Raja Sherina’ direman 3 hari bantu kes SMS pembaptisan
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 21 Nov. – ‘Raja Sherina’, wanita yang menjadi buruan polis berhubung kontroversi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Datuk Azhar Mansor akan membaptiskan sekumpulan orang Islam pada 5 November lalu, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas ‘Raja Sherina’ dikeluarkan oleh Majistret Syamsul Rezal Md. Ariff di sini hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dilakukan.

Turut direman ialah suaminya yang berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes yang sama.

‘Raja Sherina’ dan suaminya sebelum itu ditahan sepasukan polis ketika sedang berjalan bersama seorang anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun di hadapan Hospital Alor Star (HAS), Kedah kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Penahanan itu dibuat kurang lapan jam selepas gambar wanita itu diedarkan pada satu sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Perak petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Aziz Bulat ketika ditemui pemberita memberitahu, ketika ditahan di Alor Star, ‘Raja Sherina’ menjerit-jerit seolah-olah diserang histeria dan terpaksa dihantar ke HAS untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke Perak.

“Pagi tadi ‘Raja Sherina’ sekali lagi diserang histeria dan kita telah membawanya ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke mahkamah untuk direman.

“Polis turut menahan suami wanita ini untuk mengetahui sejauh mana penglibatannya dalam penyebaran SMS tersebut,” kata Aziz.

Menurut beliau, anak lelaki mereka telah diserahkan kepada abang suami Raja Sherina untuk dijaga.

‘Raja Sherina’ dikatakan mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Dia didakwa mengirim SMS berkaitan pelayar Azhar Mansor kepada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini.


-----------------
lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang, tapi di dalam hati terpendam persoalan......................


Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-06 08:25


Kenapa ditahan yang sebarkan? Kenapa tak disiasat murtad itu?Kenapa tak ditangani isu itu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 08:35


Banyak persoalan boleh dipersoalkan:
1. Adakah benar tiada pembaptisan org Melayu pada hari itu?
atau apabila SMS sudah tersebar dengan meluas maka pihak gereja terus membatalkan program pembaptisan/memurtadkan orang2 melayu seperti yang didakwa?

2. Benarkan Azhar Mansor masih islam?
masa sidang akhbar beliau hanya kata 'saya di lahirkan islam, keluarga saya islam, ayah saya islam, dibesarkan dalam keluarga islam dan berketurunan islam" beliau langsung TIDAK KATA - SAYA MASIH ISLAM dan beliau langsung TIDAK MENGUCAP untuk membuktikan beliau BERAGAMA ISLAM...kalau benar beliau masih ISLAM, kita patut menuntut beliau MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH !
bukan sekadar kata saya islam semata
itu tak membuktikan beliau islam...bukti seseorang tu islam ialah BELIAU MESTI MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH!

3. Apa agenda POLIS dan PEMERINTAH?
Kenapa penyebar SMS ditahan tetapi penyebab penyebar SMS tidak?sepatutnya pihak GEREJA dan AZHAR MANSOR juga patut disoal siasat!

BANYAK MISTERI DALAM HAL INI

p/s: harap Dato' mufti Perak membantu raja sherina yang bersusah payah ingin menyelamatkan aqidah umat islam, jangan ditikam dari belakang semata-mata nak lepaskan diri dari dituduh penyebar sms fitnah.kita sesama muslim wajib saling membantu. bukan lepas tangan dan cuci tangan. harap dato' mufti juga bertanggungjawab dan bukan cuci tangan. bantu lah beliau...
[ Telah diedit oleh: maruz pada 22-11-06 08:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

andromeda_amnet
Warga Rasmi
Menyertai: 22.11.2006
Ahli No: 27444
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 10:07


tak tahan tengok muka dia neh.. macam makcik kampung sungai tahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For andromeda_amnetProfil   Hantar PM kepada andromeda_amnet   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 22-11-06 10:07


ISLAM HADARI !!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 10:24


bmbg betul bila perkara macam ni berlaku. kita mohn pada Allah s.w.t. agar dibukakn kembali pintu hati mrka yang tersimpang jauh ni...TAKBIRRRR!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 10:32


semoga Allah tunjukan kebenaran kepada hambanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

cahayakuiman
WARGA SETIA
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23268
Posting: 832

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 10:45


banyak persoalan yang menjadi misteri,antara r.sherina dan datuk azhar...masing-masing punya misteri yang belum terjawab...akal manusia terlalu cetek untuk menilai apa yang berlaku.kita serahkan pada Allah dan phak berkuasa mjlnkan siasatn..semoga kebenaran akan lahir dan terbukti agar umat Islam akan selamat dr isu-isu yang mengancam umat islam..amien.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakuimanProfil   Hantar PM kepada cahayakuiman   Pergi ke cahayakuiman's Website   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 10:46


Kenapa kerajaan seolah-olah macam sengaja nak mnutup kes murtad selepas ianya dibongkarkan!!!!???

Bookmark and Share

    


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-06 14:43


kalau ikut islam, hakim yang adil, soal siasat perlu dibuat bagi kedua pihak yang menuduh serta yang dituduh, kalau ngaku islam suruh mengucap depan hakim, hakim perlu muslim serta adil. dalam akhabar kata R sherina histeria, tu dah nak burukkan r sherina, biasalah kalau wanita ditangkap, nak lawan tak mampu jadi teriak saja lah. hairan ngapa tangkap sherina, dah ada 4 saksi yang nampak r sherina hantar sms. kalau begini cara nya, jangan harap hudud dapat dijalankan di negara ni. kalau kita fikir semasa belayar keliling dunia hari tu, pelayar tu dah tentu tak solat jumaat, berapa kali dia tak solat jumaat sebab nak cari nama atas dunia. bukankan bila tak solat jumaat yang jadi fardi ain tu, maka iman akan terhakis. Mana keAdilan dalam kes ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-11-06 14:48


Pada 22-11-06 14:43 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

kalau kita fikir semasa belayar keliling dunia hari tu, pelayar tu dah tentu tak solat jumaat, berapa kali dia tak solat jumaat sebab nak cari nama atas dunia. bukankan bila tak solat jumaat yang jadi fardi ain tu, maka iman akan terhakis. Mana keAdilan dalam kes ini.


sokong 588 %

tapi kita tak boleh terus kata dia murtad kan?
takut nanti lain pulak jadinya..
kalau setakat hukuman manusia tak mengapa...
hukuman dari ALLAH siapa lah yang boleh tahan...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

khai_dinz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.11.2006
Ahli No: 27446
Posting: 24
Dari: Atas Bumi Tuhan

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 14:51


perlu di tahan yang menyebarkannya dulu baru tahu dari mana dia mendapat info tersebut. nak mula siasatan kena mula dari pangkal. bukan bermakna menahannya tu tanda bersalah sebab dia cuma perlukan untuk bantuan dan pihak polis sudah memberi dia peluang datang berjumpa pihak tapi tak di endahkan.

kita berharap raja sherina itu boleh membuka kisah yang sebenarnya.
dan kita tidak mengharap beliau bersalah, cuma dia perlukan sebab dia yang mengetahuinya kebenarannya.


-----------------
" satu idea membawa seribu penyelesaian "
[ Telah diedit oleh: khai_dinz pada 22-11-06 15:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For khai_dinzProfil   Hantar PM kepada khai_dinz   Quote dan BalasQuote

cahayakuiman
WARGA SETIA
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23268
Posting: 832

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 14:58


antum ada terima email tentang azhar mansor yang dikatakan murtad ke? ana pun tak tau samaada lagi yang menjadi misteri...sepatutnya adalah adil sekiranya kedua-duanya di siasat keshahihan nya,sama ada r,serina apa yang dikatakan nya itu betul 2 tidak dan tentang cerita azhar mansor telah lari akidah samaada [email protected] tidak...kerna baru timbul keadilan...kerana sesuatau berita itu pasti ada hujung pangkalnya...hanya ada 2 pilihan, sama ada bohong @benar,,,wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakuimanProfil   Hantar PM kepada cahayakuiman   Pergi ke cahayakuiman's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-06 17:11


hari tu isteri ana dapat sms dari sahabatnya yang bertugas sebagai guru di Sabah. Sahabatnya asal Trengganu. tak sangka ye hal begini pun dah jadi kes polis, lepas ni ,dah tak berani nak sms dah takut ditahan reman. seksa duduk dalam lokap, hanya yang pernah alami saja tahu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

theonlyone_578
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26291
Posting: 35
Dari: KEMAMAN, terang

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-11-06 18:10


saya pun meragui keislaman Azhar Mansor.bukan apa..bila disuruh mengucap dia tak melakukan.kalau betul dia Islam mesti tak jadi halnya bila disuruh mengucap untuk mempertahankan keislamanya..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
semoga kita semua tidak tersasar dari landasan-Nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For theonlyone_578Profil   Hantar PM kepada theonlyone_578   Pergi ke theonlyone_578's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-06 14:47


Errr Raja Sherina tu, wujud ka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-11-06 14:57


ana rasa dah kena tangkap.
masuk dalam tv3

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1161 saat. Lajunya....