Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Berfikir dahulu sebelum dilafaz


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Berfikir dahulu sebelum dilafaz

Please Mendaftar To Post


Oleh Berfikir dahulu sebelum dilafaz

abadikan_03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.02.2006
Ahli No: 22544
Posting: 177
Dari: Negeri Sembila (N9)

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 03:06


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia
ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA
dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan
Hawa. Semua LELAKI mencari
tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan
wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa
yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai
tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka
mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan
pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada
akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang
jalan, dia berteriak "Kamu
tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan
WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu
ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia
lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk
kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang
rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi
berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan
seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA
tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum
kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di
airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka
dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang
rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan
penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu
berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan? Tidak ada yang
berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung
lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar
WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi,
LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia
sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri
yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.
.....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali
penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari
kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang
dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah
dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang
dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah
dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadikan_03Profil   Hantar PM kepada abadikan_03   Pergi ke abadikan_03's Website   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 08:28


bila dah kehilangan..barulah kita mencari..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 09:18


salam
kadang kala kita tak perasan sesuatu itu bernilai...bila kita kehilangannya dan baru rasa ianya bernilai dan bermakna...
untuk apa ditangisi setelah kita membiarkan ia pergi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 23:08


Berfikir dahulu sebelum dilafaz

betul banyak faedah nya... fikirĀ²kan lah.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nauwar
Warga Rasmi
Menyertai: 07.12.2008
Ahli No: 36219
Posting: 17
Dari: bukit rambai? krubong?

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 09:41


Assalamualaikum
MASYA ALLAH!!
Terpegun ana membaca coretan ini....
Ia mampu dijadikan tazkirah yang ringkas,menarik tetapi sarat dengan nasihat yang mampu membuatkan kita bermuhasabah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nauwarProfil   Hantar PM kepada nauwar   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 11:13


moga-moga coretan ini menjadi pengajaran buat ahli UC.berfikir dahulu sebelum di lafaz



p/s teringat moto iklan kitar semula "fikir dulu sebelum buang" hehehe gurau saja. :lol: :lol: :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 11:18


hargailah apa pun yang dikurniakan ALLAH kepada kita......
kita tidak akan merasai atau melihat kebaikan dan kelebihannya bila kita bersamanya tetapi percayalah semua itu akan anda rasai bila anda kehilangannya......
sebelum semua itu berlaku, sayangilah dirinya dan pimpinlah ia ke jalan bahagia dan diredhai ALLAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 12:30


Assalamualaikum

Allah beri kita akal untuk berfikir... maka kita gunakan anugerah Allah yang satu ni...

:berfikir: :berfikir: :berfikir:

Lidah memang lembut... tapi tajam bahasanya.... mampu mengubah hati manusia... suka, duka, kecewa... kelak menyesal tak sudah jika kata tanpa fikir :cry: :cry:


-----------------------------------------------------------------
"Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya"

http://luqiem-muqaddimah.blogspot.com/
http://onlinejobhomebusines.blogspot.com/


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089941 saat. Lajunya....