Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Introduction To The Science of Hadith - Sinopsis


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Introduction To The Science of Hadith - Sinopsis

Please Mendaftar To Post


Oleh Introduction To The Science of Hadith - Sinopsis

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 15:59


Assalamu`alaikum warahmatullah..

Insha Allah sinopsis seterusnya: Introduction To The Science of Hadith oleh Dr Suhaib Hasan. Kebetulan anak al-shaikh sama universiti dengan saya masa kat London dulu.

Semoga ada manfaat.

ukashah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 16:12


Tajuk: An Introduction To The Science of Hadith
Penulis: Dr Suhaib Hasan
Penerbit: Darussalam Publishers and Distributors
Tahun terbit: 1996
Bilangan Mukasurat: 64

Buku ini ditulis khusus untuk memperkenalkan ilmu mustalah hadith kepada pembaca berbahasa Inggeris, mungkin kerana Islam semakin berkembang pesat di dalam masyarakat Barat. Didapati banyak rujukan dibuat kepada karya-karya `ulum al-hadith yang terdahulu seperti Ma`rifah `Ulum al-Hadith oleh Muhammad bin `Abdullah al-Hakim, al-Kifayah fi `Ilm al-Riwayah oleh Khatib al-Baghdadi, Tawdih al-Afkar oleh Muhammad bin Isma`il al-Amir al-San`ani al-Jaza'iri, Ikhtisar `Ulum al-Hadith oleh Ibnu Kathir dan al-Taqyid wa al-Idah Sharh Muqaddimah Ibnu al-Salah oleh Zayn al-Din al-`Iraqi.

Biodata Suhaib Hasan

Dr Suhaib Hasan `Abdul Ghaffar dilahirkan di India tetapi dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Pakistan. Setelah menamatkan pengajian di dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta pengajian Bahasa Inggeris beliau menyambung pendidikannya di Universiti Islam Madinah, di mana beliau berada di bawah tunjuk ajar ulama' besar seperti al-Shaikh `Abdul `Aziz bin Baz, Muhammad Amin al-Shanqiti, Muhammad Nasiruddin al-Albani dan kemudian ayahnya Shaikh `Abdul Ghaffar Hasan. Setelah tamat pendidikannya pada tahun 1966 beliau mengajar di Darul Ifta di Nairobi, Kenya. Pada 1976 beliau berpindah ke London di mana beliau terus melakukan da`wah, terutamanya melalui penglibatannya dengan forum al-Qur'an Society. Hari ini beliau merupakan pengerusi bagi Masjid dan Madrasa al-Tawhid Trust serta setiausaha Islamic Shariah Council of Great Britain.

Antara karya karangan beliau adalah Raising Children in Islam dan An Introduction to The Science of Hadith (kajian ini). Beliau juga kerap memberikan kuliah-kuliah pengajian. Antara yang diterbitkan termasuk History of Palestine dan Sciences of Hadith.

akan bersambung insha Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 21:16


Sinopsis dan Ulasan

Di dalam bahagian pembukaan buku An Introduction to The Science of Hadith, Dr Hasan menegaskan bahawa dalam menjaga kesucian al-Din, Allah melalui janjiNya untuk menjaga al-Qur’an (surah al-Hijr 15:9) juga menjaga kesucian sunnah Nabi (s) kerana melaluinya al-Qur’an itu dapat diterangkan. Ini terbukti dengan kelahiran ramai tokoh ulama’ hadith yang bertungkus-lumus menggunakan seluruh hayat mereka untuk mengekalkan kesucian al-hadith dan al-sunnah dengan melakukan kajian, saringan, pembaikan dalam segala cabang ilmu yang berkaitan dengan ilmu hadith. Walaubagaimanapun pada zaman ini masih terdapat kenyataan-kenyataan yang didakwakan daripada Rasulullah (s) yang digunakan tanpa penggunanya menyedari akan kebenarannya sebagaimana yang telah dihukumkan oleh ulama’ hadith. Disertakan di dalam bahagian pendahuluan oleh Dr Hasan beberapa contoh hadith dan ungkapan yang biasa digunakan sedangkan setiap satu mempunyai martabat kesahihan yang berbeza, seperti hadith ‘Surah al-Ikhlas adalah menyamai sepertiga al-Qur’an’, ‘Jika tidak kerana engkau (wahai Muhammad) nescaya tidak Aku jadikan alam ini’ dan ‘Carilah ilmu walaupun ke negeri China’. Sebagai panduan kepada pembaca disertakan keputusan mengenai kesahihan hadith-hadith ini oleh ulama hadith di bahagian penghujung buku ini.

Diceritakan dalam bahagian pengenalan mengenai kepentingan sanad dalam sesuatu hadith dan sejarah ringkas mengenai pengajian sanad (atau isnad), yang dikatakan bermula pada zaman fitnah setelah zaman Nabi (s), dan antara yang terawal yang menggunakan isnad adalah Ibnu Shihab al-Zuhri (m. 124H). Pengkajian ilmu hadith ini seterusnya berkembang dengan muhaddithin (ulama’ hadith) menulis prinsip-prinsip asas ilmu ini secara sistematik, seperti Imam al-Bukhari (m. 256H) , Imam Muslim (m. 261H), Imam al-Shafi`i (m. 204H) dan Imam al-Tirmidhi (m. 279H). Dengan perkembangan ilmu karya-karya mustalah hadith seterusnya semakin komprehensif, seperti Ma`rifah `Ulum al-Hadith oleh al-Hakim (m. 405H), Al-Kifayah Fi `Ilm al-Riwayah oleh al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H) dan `Ulum al-Hadith (dikenali juga sebagai Muqaddimah) oleh Ibnu al-Salah (m. 643H). Disebutkan juga beberapa contoh karya lain dalam bidang Mustalah Hadith terkemudian daripada Muqaddimah Ibnu al-Salah.

Karya-karya Mustalah Hadith menceritakan pembahagian atau pengklasifikasian hadith menurut status atau tarafnya yang tertentu. Dr Hasan membahagikannya kepada beberapa kategori besar:

    Menurut rujukan kepada periwayat tertentu
    Menurut hubungan atau rantaian di dalam isnad
    Menurut bilangan periwayat di dalam setiap peringkat isnad
    Menurut corak periwayatan hadith
    Menurut keadaan matan dan isnad
    Menurut kecacatan tersembunyi di dalam isnad atau matan
    Menurut taraf thiqah dan ingatan periwayat hadith


Bahagian utama buku ini dibincangkan menurut kategori-kategori ini.

... akan bersambung insha Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 23:23


Diceritakan juga dengan ringkas di bahagian pengenalan mengenai kaitan ilmu Rijal al-Hadith dengan ilmu Mustalah al-Hadith. Kajian Rijal al-Hadith atau kajian ke atas periwayat al-hadith ini mempunyai kedudukan yang tinggi, yang mana dengannya kedudukan sesuatu hadith itu dapat ditentukan. Disebutkan beberapa karya di dalam perkembangan ilmu ini seperti Tarikh oleh Imam al-Bukhari, Tabaqat oleh Ibnu Sa`d (m. 320H), Kitab al-Jarh wa al-Ta`dil oleh Ibnu Abi Hatim (m. 327H), Tahdhib al-Kamal fi Asma’ al-Rijal oleh Jamal al-Din al-Mizzi (m. 742H) dan Tahdhib al-Tahdhib oleh Ibnu Hajar (m. 852H).

Bahagian seterus buku ini (Section B) – yang merupakan bahagian utama – menerangkan pengkategorian hadith yang telah dibuat. Setiap istilah diterangkan secara agak ringkas dengan contoh-contoh hadith yang mempunyai sifat istilah tersebut.

Di dalam kategori pertama 'menurut rujukan kepada periwayat tertentu' disebut tiga istilah – marfu`, mauquf dan maqtu`. Ketiga-tiganya membawa maksud hadith itu dirujuk terus kepada Rasulullah (s), seorang sahabat atau seorang tabi`i, menurut turutan. Contoh turut diberikan untuk ketiga-tiga kes, sebagai contoh Ibnu Sirin (m. 110H) diriwayatkan berkata, "Pengetahuan (hadith ) ini adalah agama, maka berhati-hatilah daripada siapa kamu mengambil agamamu."

... akan bersambung insha Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 00:12


http://www.4shared.com/file/6189513/48c57fe3/intro_hadith.html

assalamualaikum wbt..

klik link di atas untuk mendownload buku ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 00:43


alaikum salam wr wb / salam wr wb wm...

ntd, jazakALLAHu khairan kathira... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 21:25


Terima kasih masri2. Terima kasih mas2ra... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 21:28


Istilah musnad, mursal, munqati`, mu`dal dan mu`allaq diterangkan di dalam kategori kedua - 'menurut hubungan di dalam isnad'. Contoh-contoh hadith diberikan untuk musnad, munqati` dan mu`dal. Dibincangkan juga di dalam bab ini mengenai penerimaan atau kesahihan hadith mursal, dan disebut beberapa pandangan yang berbeza oleh ulama' fiqh dan hadith seperti Imam Malik, Abu Hanifah, al-Shafi`i, Ahmad, Ibnu Hazm, Abu Daud, al-Hakim, Ibnu Taymiyyah.

Di dalam kategori ketiga - 'menurut bilangan periwayat di dalam setiap peringkat isnad' - Dr Hasan menerangkan maksud istilah mutawatir, ahad, gharib, mashhur dan `aziz. Hadith "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka dia menempah tempat duduknya daripada api neraka." dijadikan contoh hadith mutawatir, manakala hadith "Perjalanan (al-safar) itu adalah sebahagian daripada azab." (Malik) dijadikan contoh hadith gharib.

Istilah mudallas dan tadlis diterangkan dalam kategori seterusnya 'Menurut corak periwayatan hadith'. Perbuatan tadlis (menyembunyikan sesuatu daripada periwayatan hadith) dibahagikan kepada tiga kategori kecil: Tadlis al-isnad, tadlis al-shuyukh, tadlis al-taswiyah. Disebutkan di sini keengganan ulama' seperti Shu`bah (m. 170H) untuk menerima tadlis. Istilah musalsal bermaksud penggunaan corak periwayatan – atau penggunaan contoh atau perbuatan yang menerangkan – yang sama oleh semua periwayat di dalam suatu hadith. Pengetahuan mengenai isnad musalsal adalah penting untuk menolak kemungkinan berlaku tadlis di dalam sesuatu hadith.

... akan bersambung insha Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 22:36


Kategori seterusnya 'menurut keadaan matan dan isnad' menyebut istilah shadhdh dan munkar. Hadith yang mana al-Rasul (s) bersabda: "Apabila salah seorang daripada kamu salat dua rakaat sebelum salat fajr hendaklah dia baring di atas lambung kanannya" (Abu Daud, Al-Tirmidhi) dikatakan sebagai shadhdh kerana ia berlawanan dengan ramai periwayat yang meriwayatkannya sebagai perbuatan Nabi (s) dan bukan sabdanya. Diterangkan juga di sini maksud istilah mudraj, yakni tambahan yang berlaku kepada matan (dan kadang-kadang pada isnad) hadith.

Di dalam kategori keenam – 'menurut kecacatan tersembunyi di dalam isnad atau matan' – diterangkan mengenai kecacatan atau `ilal hadith. Istilah mudtarib dan maqlub juga disebut untuk lebih menerangkan istilah ma`lul (atau mu`allal). Kisah masyhur ujian ke atas Imam al-Bukhari dijadikan contoh untuk hadith maqlub, yang mana matan sesuatu hadith dipasangkan dengan isnad hadith yang lain. Disebutkan di sini kajian mengenai `ilal hadith sebagai suatu kajian ilmu hadith yang halus dan tidak ramai ulama' hadith yang menghasilkan karya mengenainya. Antara ulama' yang pernah menulis mengenai `ilal al-hadith termasuk Ibnu al-Madini, al-Daraqutni dan Ibnu Abi Hatim.

Kategori terakhis – 'menurut taraf thiqah dan ingatan periwayat hadith' – adalah di mana istilah sahih, hasan, da`if dan maudu` dijelaskan. Selain daripada empat istilah ini, disebut juga tingkatan-tingkatan yang ada di dalam kategori sahih menurut ulama' hadith, yakni dimulai oleh al-Bukhari dan Muslim, seterusnya al-Bukhari sahaja, seterusnya Muslim sahaja, seterusnya yang memenuhi syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim, dan seterusnya. Diterangkan juga di sini bahawa keadaan taraf thiqah atau ingatan perawi hadith sahaja tidak menentukan sahih atau tidak sesuatu hadith, tetapi ia juga bergantung kepada samaada hadith itu mempunyai kekurangan-kekurangan lain seperti mursal, munqati` atau mudallis.

Mustalah al-hadith adalah suatu cabang pengkajian ilmu yang telah berkembang dengan meluas, mendalam dan menghalus. Istilah-istilah yang telah diceritakan di dalam buku ini adalah sebahagian daripada segala apa yang ada di dalam bidang ilmu ini. Dalam bahagian akhir bukut ini Dr Hasan menerangkan noktah ini dengan menyebut beberapa lagi pecahan lain di dalam al-mustalah dan disenaraikan sebanyak 42 yang lain, tanpa diberi huraian lanjut tetapi lebih sebagai pemberitahuan secara umum. Contohnya pengetahuan mengenai nasakh hadith, pengetahuan mengenai sahabat dan tabi``in, pengetahuan mengenai adik-beradik (al-ikhwah wa al-akhawat) di kalangan periwayat hadith dan sebagainya.

Walaupun penerangan yang diberikan agak ringkas dan hanya menyentuh beberapa istilah tertentu dalam ilmu mustalah al-hadith, buku ini dapat dimanfaatkan oleh orang yang ingin mendapatkan suatu pengenalan kepada ilmu mustalah al-hadith atau `ulum al-hadith. Dengan bentuknya yang ringkas ia juga boleh dijadikan 'rujukan cepat' untuk mengetahui maksud sesuatu istilah. Buku ini juga dapat memberikan pembaca suatu apresiasi bahawa `ulum al-hadith adalah suatu bidang ilmu yang telah berkembang, melalui usaha-usaha ulama' hadith zaman-berzaman yang patut dikagumi kebolehan dan ketabahan mereka, sesuai dengan kedudukan ilmu ini yang menerangkan apakah Islam itu dan menjaga kesuciannya daripada sebarang penyelewengan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 22:39


Alhamdulillah, tamat ulasan ringkas karya Introduction to The Science of Hadith. Insha Allah ada masa nanti saya kongsi ulasan karya lain pulak.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095424 saat. Lajunya....