Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 13 hari yang lalu
Daeng_Jati: 33 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: imam as-syahid hassan al-banna


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» imam as-syahid hassan al-banna

Please Mendaftar To Post


Oleh imam as-syahid hassan al-banna

jundullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2003
Ahli No: 3276
Posting: 105
Dari: kelate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 03:40


assalamualaikum w.b.t

di sini ana nak mintak pendapat daripada sahabat semua......

mengapa ideologi yg di pikirkan oleh hassan al-banna tidak di guna pakai dlm negara kita... sedangkan pemikiran hassan al-banna cukup relevan untuk di aplikasi kan ke dalam sistem pemerintah.... sekadar pandangan


wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullahProfil   Hantar PM kepada jundullah   Pergi ke jundullah's Website   Quote dan BalasQuote

okiee78
Warga Rasmi
Menyertai: 14.09.2003
Ahli No: 3559
Posting: 15
Dari: Lumut..

Perak  


posticon Posting pada: 14-09-03 14:39


Assalamualaikum.. naper perlu pertikaikan apa yg dilakukan dalam pemerintahan dalam negara kita nie.... sedangkan pemimpin sendiri tak mempraktikkan apa yg sepatutnya dilakukan terlebih dahulu... Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For okiee78Profil   Hantar PM kepada okiee78   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 16:07


Adakah Malaysia negara Islam?bagaimana nak laksanakan pemikiran As-syahid Imam Hassan Al-Banna.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-03 01:27


mmg negara Islam
tp tak 100%- pemerintahan lagi la 10% pun tak sampai

-ya Allah mudahkanlah negara ku ini menjadi sebuah negara Islam yg hakiki-

'carilah hidayah Allah'
| kaze |



..||tiada yg lebih bermakna bg diri seorang hamba, melainkan keredhaan Allah terhadapnya. ya Allah redhailah kami||..

[ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2003-10-29 01:27 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-03 09:19


Wawancara bersama Saiful Islam HAB

Soal : Berapa umur anda sekarang?
SI : Saya dilahirkan pada 22hb November 1943

Soal : Berapa ramai adik beradik anda?
SI : Saya anak lelaki tunggal dari lima orang adik beradik.

Soal : Apakah kelulusan anda?
SI : Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1956. Kemudian saya dapat Ijazah Saraja Muda Darul Ulum pada tahun 1957.

Soal : Apakah pandangan anda terhadap Allahyarham bapa anda?
SI : Sekiranya ada lelaki mukmin maka akan wujud bersama-samnya factor kejayaan. Setiap detik kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan. Kerja yang memakan masa berjam-jam menjadi singkat dengan pertolongan Allah SWT kepadanya dan dengan tersematnya keikhlasan semua akh dapat membuat pekerjaan yang bertimbun dalam masa yang singkat. Allahyarham yang dibesarkan dalam suasana keagamaan dan keilmuan. Keistimewaan seperti itu merupakan persediaan yang Allah kurniakan kepada beliau untuk memikul tanggungjawab yang besar pada masa hadapan.

Soal : Bagaimana Allahyarham mendidik anak-anaknya dalam kesibukannya?
SI : Allahyarham memang sibuk tetapi beliau sempat menyediakan fail khas untuk yang baru lahir untuk diisikan dengan butiran terperinci mengenai tarikh lahir, nombor sisi dan waktu memberi makan. Di dalamnya dilampirkan surat-surat akuan doctor yang telah tamat rawatannya agar ia boleh dijadikan rujukan kepada doctor berkenaan sekiranya terdapat dikalangan kami yang terkena sakit yang sama. Kesimpulan umum juga dicatat pada setiap surat tersebut, jenis ubat-ubatan yang diperlukan, tempoh masa pengambilannya serta tempoh penyakit tersebut sembuh dan juga ubat tersebut mencukupi atau tidak. Ini semua dimasukkan ke dalam fail khas yang telah disediakan.

Soal : Bolehkan anda berikan gambaran tentang cara yang paling berkesan mendidik adik beradik anda?
SI : Ya, Allahyarham ayahanda memberi perhatian berat dalam hal pelajaran kami. Beberapa catatan seperti Saiful perlu berusaha lebih gigih lagi dalam perkara ini. Wafa’ perlukan bimbingan dalam matapelajaran ini.. ditulis dalam penyata tersebut.

Soal : Bagaimana pula Allahyarham mengendalikan rumahtangganya?
SI : Allahyarham ayahanda memang mengambil berat tentang keperluan rumahtangga. Beliau menulis sendiri keperluan-keperluan bulanan yang diperlukan oleh rumahnya. Pembayarannya dibuat pada awal bulan kepada seorang ikhwan yang bernama Al Haj Said Syahabuddin seorang pemilik kedai runcit yang amat dikenali.

Soal : Apakah peristiwa yang anda paling ingat tentang kesan pendidikan beliau kepada anda?
SI : Allahyarham memang menjaga perasaan keanak-anakan anak-anaknya. Ayahanda mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kami boleh mentaatinya tanpa diarah. Ingatan saya masih segar ketika ayahanda memperingatkan saya bahawa masuk pawagam adalah perkara yang tidak sopan yang dilakukan oleh orang-orang Islam. Kesannya saya tidak pernah masuk pawagam bahkan sehingga ke hari ini tidak pernah cuba masuk pawagam. Begitu berkesan kenyataannya.

Soal: Pernahkan anda dipukul Allahyarham?
SI : Deraan yang paling berat pernah dikenakan kepada saya ialah pulas telinga. Disatu pagi telinga saya dipulas akibat kesalahan yang saya lakukan akan tetapi ayahanda menghubungi saya melalui telefon pada pukul sebelas pagi untuk menenangkan semula diri saya. Ini betul-betul memberi kesan yang baik dan mendalam kepada diri saya.


Soal : Apakah sikapnya yang paling anda kagumi?
SI : Beliau sangat pemurah kepada anak-anaknya. Pada tahun 1947 dan 1948 ayahanda memberikan kepada kami wang belanja sebanyak 3 piastres. Ia merupakan nilai yang besar masa itu sebab di sekolah tidak ada teman-teman yang mendapat wang sejumlah itu. Biasanya ialah sekitar ½ piastres atau ¼ piastres sahaja. Jumlah yang diberikan kepada kami akan bertambah pada hari Jumaat untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di masjid. Infak ini kadang-kadang sebanyak 5 atau 10 piastres. Saya sedar bahawa ayahanda Rahimullah sentiasa memerhatikan setiap gerak geri dan tingkah laku anak-anaknya dengan teliti.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083809 saat. Lajunya....