Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 146
Ahli: 0
Jumlah: 146




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kisah Sedih.....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kisah Sedih.....

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah Sedih.....

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 09:06


Saksikan video pembunuhan tentera Israel laknatullah alaihim ke atas saudara-saudara perempuan dan ibu-ibumu di Palestine.

Klik di sini; http://globalresearch.ca/audiovideo/Gaza_women_shot.WMV

Ya Allah, hancurkanlah Israel dan pembela mereka. Menangkanlah kaum Muslimin dengan Khilafah yang menurut minhaj RasulMu Muhammad saw!
[ Telah diedit oleh: fikrul_mustanir pada 17-11-06 09:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 10:08


salam..
alahai...sebenarnya tak sggp melihat kekejaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

fiza_fizi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-11-06 15:18


meremang bulu roma

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiza_fiziProfil   Hantar PM kepada fiza_fizi   Pergi ke fiza_fizi's Website   Quote dan BalasQuote

cahayakuiman
WARGA SETIA
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23268
Posting: 832

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 15:01


sedih tengok saudara seagama seislam kita diperlakukan sebegitu rupa.....Ya Allah....selmatkn lah saudara2 ku dr kekejaman Israel durjana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakuimanProfil   Hantar PM kepada cahayakuiman   Pergi ke cahayakuiman's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_puteh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 23993
Posting: 61
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 25-11-06 15:09


ya Allah selamat kan lah mereka dr kekejaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_putehProfil   Hantar PM kepada sutera_puteh   Quote dan BalasQuote

warissatulsina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26808
Posting: 34

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 15:43


ya allah jangan biarkan musuhmu bermaharajalela di muka bumi ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For warissatulsinaProfil   Hantar PM kepada warissatulsina   Quote dan BalasQuote

warissatulsina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26808
Posting: 34

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 15:44


ya allah jangan biarkan musuhmu bermaharajalela di muka bumi ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For warissatulsinaProfil   Hantar PM kepada warissatulsina   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 20:02


ya Allah selamatkan mereka....umat Islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

adreena
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2006
Ahli No: 27466
Posting: 11

blank  


posticon Posting pada: 25-11-06 21:54


ya ALLAH, selamatkan lah umat islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adreenaProfil   Hantar PM kepada adreena   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 22:36


Hmmm...kasihan mereka...Rasanya tentera israel TERLALU BODOH sehingga tidak dapat membezakan anatara pejuang Islam dan wanita dan juga kanak-kanak...

Semoga Allah selamatkan saudara kita di Palestin dan memberi mereka kekuatan untuk terus berjuang...

p/s: orang macam tentera israel ni baru sesuai digelarkan penyangak ataupun hantu... ;-) ;-) ;-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 22:44


Terima kasih kepada fikrul_mustanir kerana sudi berkongsi video ni dengan warga ukhwah:-) :-) :-) ....Biasanya video macam ni susah nak keluar dekat media seperti TV...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 25-11-06 23:23


Ana bertanya diri sendiri: Mampukah ana menghadapi dugaan sebegini?

Ana masih ragu mencari jawapan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-06 02:59


salam..
kita yang disini doalah untuk saudara kita diluar sana nangis2 agar terlindung dari ancaman kafir laknatullah..disamping itu kita pun perlu bersedia sekiranya perkara ni terjadi kepada kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-11-06 09:09


zalimnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 26-11-06 12:04


masyaALLAH...teruknya...mudah2an mereka yang meninggal itu tergolong dalam golongan yang mulia di sisi ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-11-06 22:42


ooo,video ni kan dah ada juga masuk brita tapi thukah bahawa kita sebenarnya scara TERSIRAT adalah lebih ZALIM dr israel tu sdri?.sedangkan orang-orang palestin sdri bpcah belah dan buktinya knflik antra hamas dan fatah.kita pula kat sni beli brg2 dari mrka tu apa kes?.sebab tu saya diam saja sebab saya tau kat rmh saya ni banyak prdk2 mrka.lepas tu tengok masa srgn israel kat lubnan kita buat demo2 pas habis demo pgi McD lah,kfc lah dan etc tu apa kes?.bukan ke tu namanya HIPOKRIT?
[ Telah diedit oleh: Rashdin pada 26-11-06 22:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 10:53


Sememangnya kita secara sedar ataupun tidak telah menyokong ISRAEL walaupun kita secara lantang menentangnya. Kalau macam inilah sikap kita tidak mustahillah Palestin akan terus menanggung derita tak berkesudahan. Cuba hayati video ini:
Palestinian Children

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 11:09


ya Allah berikanlah hidayah kepada mereka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 16:28


haa betul tak apa yang saya cakap?.kita tak suka dia tapi kita beli brg dia baik tak payah

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-11-06 16:58


Pada 25-11-06 22:36 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Hmmm...kasihan mereka...Rasanya tentera israel TERLALU BODOH sehingga tidak dapat membezakan anatara pejuang Islam dan wanita dan juga kanak-kanak...

Semoga Allah selamatkan saudara kita di Palestin dan memberi mereka kekuatan untuk terus berjuang...

p/s: orang macam tentera israel ni baru sesuai digelarkan penyangak ataupun hantu... ;-) ;-) ;-)



Assalamualaikum. Bodoh kurang tepat saya rasa, tapi terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga wanita dan kanak-kanak juga tidak terlepas daripada kekejaman mereka :-|


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-06 01:05


Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya lafaskan melihat keperihatinan para sahabat terhadap nasib yang menimpa umat Islam di luar sana. Jelas kepada saya bahawa anda semua masih lagi memiliki sentimen keislaman yang tinggi. Alhamdulillah!

Di sini saya ingin berkongsi artikel yang di keluarkan oleh HT berkenaan isu yang berkaitan dengan topik ini:-

Wahai Tentera Kaum Muslimin : Apakah Tidak Ada Seorang Pun Di Antara Kamu Pembela/Pejuang Yang Memiliki Kesedaran, Agar Dapat Melakukan Pembelaan Terhadap Islam, Kaum Muslimin Serta Kemuliaan Serta Kehormatan Mereka?

Beberapa rangkaian stesen televisyen telah menyiarkan peristiwa tentang pengepungan Yahudi ke atas umat Islam Palestin yang mana mereka telah melepaskan beberapa tembakan kepada para wanita Muslimah di Bait Hanun, sehingga ada di antara mereka yang terbunuh dan tercedera. Mereka juga menyerang beberapa masjid dan menghancurkannya; memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan juga perkampungan mereka (umat Islam Palestin). Mereka membunuh orang-orang tua dan kanak-kanak…… Sementara para penguasa kaum Muslimin pula hanya menyaksikan peristiwa itu; dan menghitung jumlah mangsa yang terbunuh dan tercedera akibat kebiadaban dan kekejaman Yahudi tersebut, dan memandangnya dengan pandangan yang kabur, berbeza pula kalau kematian tersebut di pihak Yahudi. Padahal, orang-orang Yahudi tersebut mengepung kaum wanita Muslimah di sana dengan melepaskan beberapa tembakan peluru. Namun demikian, apa yang berlaku tersebut,sedikit pun tidak menarik perhatian dan menyentuh perasaan para penguasa kaum Muslimin. Ungkapan orang-orang seperti mereka pun hanya menjadi alat untuk menimbulkan penyesalan terhadap para wanita muslimah itu yang keluar membantah serangan Yahudi. Bahkan,sedikit pun tidak timbul kesedaran dan penyesalan dalam diri mereka (para penguasa kaum muslimin) terhadap pembunuhan Yahudi ke atas para wanita muslimah itu!

Wahai Kaum Muslimin!

Wahai Tentera (juyush) Umat Islam!

Mengapa masih belum tiba masanya untuk kamu melepaskan diri dari belenggu para penguasa yang mengkhianati umat itu, yang hanya menjadikan kamu sebagai barang mainan yang penuh kehinaan dan kekejian. Padahal,bukankah sepatutnya sekarang ini mereka menaikkan semangat kamu untuk pergi berperang di medan pertempuran melawan kebiadaban dan kekejaman Yahudi tersebut? Bagaimana mungkin tentera-tentera Mesir, Jordan, Syria, dan Lebanon terpaku dan terdiam seperti patung di wilayah sempadan negara-negara mereka dengan Palestin, padahal mereka menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri terhadap pembunuhan kejam lagi terkutuk ke atas para Muslimah oleh kaum Yahudi Laknatullahi `Alaihim?

Mesir sendiri telah meminta izin kepada musuh umat Islam iaitu negara Yahudi untuk mengirimkan pasukan tentera mereka sendiri untuk menjaga sempadan wilayah Rafah yang bersempadan dengan wilayah Mesir agar penduduk di wilayah Mesir tersebut tidak boleh membantu saudara-saudara mereka yang menetap di wilayah Rafah, Palestin. Padahal, para tentera kaum Muslimin itu wajib menolong penduduk Palestin tersebut bagi melawan dan menghapuskan kekejaman dan kebiadaban Yahudi tersebut!

Apakah di antara kamu, tidak wujud orang-orang yang sangat mengharap dan merindukan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan syurga-Nya? Apakah tidak ada juga di antara kamu, orang-orang yang ingin mencari kehormatan di dunia dan kemuliaan di akhirat? Apakah tidak ada juga di antara kamu orang-orang yang mahu menjual dirinya untuk memperoleh keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan berusaha mengubah kemungkaran dan kezaliman para penguasa itu, sekaligus menolong Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya sehingga amalnya dicatat di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala di lembaran-lembaran yang putih lagi bersih? Apakah tidak ada di antara mereka, seorang al-Mu'taseim untuk menolong dan melindungi para wanita Muslimah itu dari kebiadaban dan kekejaman serta kezaliman Yahudi tersebut?

Wahai Kaum Muslimin!

Wahai Tentera (juyush) Umat Islam!

Sesungguhnya musuh-musuh kamu bukanlah orang-orang yang kuat dan gagah, sebaliknya kelihatan sedemikian hanya disebabkan oleh sikap mendiamkan diri dan juga pengkhianatan para penguasa kamu. Ianya juga telah menyebabkan kamu menjadi umat yang lemah dan takut kepada musuh-musuh kamu sendiri. Sebenarnya, Yahudi tidak pernah mencapai satu pun kemenangan dalam berbagai peperangan sebenar yang dihadapi dan ditempuhinya. Itulah yang telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam kitab-Nya (Al-Quran Al-Karim):

Jika mereka memerangi kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah), kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. : 111]

Hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam, sebagaimana dikeluarkan oleh Muslim, juga telah bersaksi:

Kamu benar-benar akan memerangi orang-orang Yahudi dan kamu benar-benar akan membunuhi mereka.

Dalam riwayat lain disebutkan:

Orang-orang Yahudi benar-benar akan memerangi kamu. Namun, kamu akan mampu menguasai mereka.

Demikian pula beberapa fakta peperangan seperti:

Briged al-Quds pada tahun 1948, ketika sejumlah tentera yang masih memiliki keimanan menolak arahan pemimpin mereka untuk berundur dari al-Quds untuk tetap bertahan di sana dan akhirnya menang. Peristiwa yang sama juga berlaku ketika Perang al-Karamah tahun 1968. Pada ketika itu, sebahagian tentera kaum Muslimin membangkang arahan penguasa mereka untuk menolong kelompok para pejuang di al-Karamah. kemenangan akhirnya tercapai, sementara sebahagian kereta kebal (dababah) musuh yang ditinggalkan di belakang telah berjaya ditawan. Para pemandunya diikat di stereng( kereta kebal) dengan ikatan yang sangat kuat sehingga mereka tidak mampu untuk melawan. Seterusnya, peristiwa yang sama juga berlaku pada awal tahun perang 1973, ketika tentera Mesir menyeberangi benteng-benteng Yahudi di sempadan Ber-Lev; sementara tentera Syria melalui di garisan sempadan 48 di Golan, meskipun tentera Yahudi ketika itu bersiap-sedia dengan persenjataan berat.

Seandainya, bukan kerana pengkhianatan Sadat di sempadan Dafr-Sur, dan sikap hina Hafidz al-Asad terhadap tenteranya di Golan, kerana mematuhi rancangan Amerika agar kedua-duanya terlibat dalam peperangan supaya dapat membuka jalan perundingan di lobi perjamuan (penyambutan) , bukan kemenangan di medang perang. Kalau, bukan kerana semuanya itu, tentu hasil terakhir dari perang tersebut akan berbeza sama sekali…….

Setelah itu, sejumlah serangan Yahudi pada bulan Julai 2006 berjaya dihadapi oleh sekelompok orang Mukmin yang melakukan serangan balas terhadap mereka (yahudi), ternyata mampu menyungkurkan hidung Yahudi ke tanah, padahal mereka memiliki kelengkapan perang yang hebat.

Sesungguhnya Yahudi telah ditimpa kemiskinan/kepapaan dan kehinaan. Seandainya mereka membayangkan ada satu sahaja negara ---bukan semuanya--- dalam wilayah tersebut, tentu juga dari kalangan negeri-negeri Islam yang lain; andai saja negara Yahudi itu membayangkannya, pasti mereka tidak akan berani menyerang dan bersikap biadap kepadanya. Bahkan keadaan mereka di Palestin pun akan turut goyah dan kucar-kacir. Mereka pasti akan mengalami nasib yang sama dengan orang-orang Yahudi sebelumnya. Rumah-rumah mereka akan dirobohkan oleh tangan-tangan mereka sendiri dan juga tangan kaum Mukmin. Namun, mereka yang bernasib-baik, yang berjaya menyelamatkan diri akan meratap dan terusir dari Palestin serta menjadi pelarian yang tiada tempat untuk berteduh.

Sebenarnya, wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya kekuatan musuh-musuh kamu itu adalah disebabkan oleh sikap kamu sendiri yang mendiamkan diri, di samping juga pengkhianatan para penguasa kamu yang mengikut telunjuk orang kafir. Ini bukan hanya terjadi di Palestin saja, tetapi di setiap negeri kaum Muslimin yang didiami oleh orang-orang Kafir. Mereka tidak akan berhasil menguasai suatu negeri melainkan dengan sebab pengkhianatan para penguasa kaum muslimin dan agen-agennya serta sikap berdiam-diri kaum Muslimin untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada saudara seagama mereka yang ditindas. Kashmir didiami oleh orang-orang Hindu, sementara Pakistan mengambil sikap berdiam-diri saja, tidak memberikan pertolongan kepada umat Islam di Kashmir. Malahan, Pakistan berusaha untuk menghancurkan sehancur-hancurnya gerakan muslimin Kashmir yang memperjuangkan Islam. Manakala,Chechnya pula di bawah penguasaan Rusia, sementara negara-negara Asia Tengah dan Azerbaijan hanya mengambil sikap berdiam-diri saja, tidak mahu membantu mereka. Adapun Afghanistan pula, tidak akan boleh ditawan oleh Amerika, melainkan dengan sebab pengkhianatan dan konspirasi keji dari penguasa Pakistan. Justeru itu, mungkinkah Amerika dapat menakluki tanah kaum Rafidin, seandainya Syiria, Turki, atau Iran bergerak untuk membantu mereka? Atau seandainya sejumlah negara Teluk yang kecil-kecil itu tidak menjadikan wilayah-wilayah mereka sebagai pangkalan tentera Amerika dan Britain, sekaligus menjadi titik tolak serangan untuk menghapuskan musuh-musuh Islam?

Wahai Kaum Muslimin!

Tentera kaum Muslimin adalah anak-anak kamu; panasnya mereka bersumber dari panasnya kamu. Bagaimana mungkin kamu tidak berangkat menghampiri mereka dan bersama-sama mereka untuk mengubah para penguasa yang Ruwaibidhah (bodoh) itu? Bagaimana mungkin kamu tidak mendorong mereka untuk menyelamatkan wilayah dan kehormatan kaum Muslimin yang dijajah dan tertindas, menjaga kemuliaan dan kehormatan kamu? Sesungguhnya keinginan kamu dan keinginan mereka untuk diri mereka, tidak akan pernah menunda sedikit pun ajal mereka. Bahkan puncak dari apa yang kalian dan mereka peroleh adalah berakhirnya kehidupan, tetapi dalam kehinaan, kerendahan, ketundukan dan kepasrahan. Sesungguhnya itu adalah kehidupan yang benar-benar sia-sia sekiranya kamu dan mereka mengetahuinya.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyeru kamu:

Wahai seluruh umat manusia dan para tentera untuk menyambut jeritan permintaan tolong para wanita Muslimah, tangisan anak-anak dan keluhan orang-orang tua yang tidak berdaya itu. Sesungguhnya Hizbut Tahrir meminta kamu agar bersegera dan bergerak menuju ke medan perang untuk menuntut-bela demi mereka, di samping menyingkirkan para penguasa kaum muslimin yang mengkhianati umatnya dan juga ejen-ejennya yang menghalangi jalan kamu.

Ketahuilah wahai kaum muslimin! Penyingkiran mereka (penguasa dan ejen-ejennya yang mengkhianati umat) itu merupakan salah satu bentuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang akan menyelamatkan kamu dari azab-Nya dan memuliakan kamu pada hari ketika mana harta dan anak-anak kamu tidak bermanfaat lagi kecuali orang-orang yang datang dengan hati yang lurus (qalbun saliim).

Sesungguhnya Hizbut Tahrir meminta pertolongan kepada kamu agar kamu berdiri bersamanya untuk mengembalikan Khilafah Ar-Rasyidah `Ala Minhaj Nubuwwah. Dengan itu akan muncul kembali para Khulafa' Rasyidin, para pemimpin terdahulu, al-Mu'tasyim, Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fatih…… Di saat itulah, tidak akan ada seorang kafir atau orang zalim yang berani menyentuh dan menodai sedikit pun seorang wanita dengan perlakuan buruk, apatah lagi menembak dan membunuhnya seperti yang berlaku hari ini disebabkan oleh kebiadaban dan kekejaman bangsa Yahudi laknatullahi `alaihim. Hanya dengan itulah, kamu akan kembali menjadi umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia.

Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya jika Rasul menyeru kamu pada sesuatu yang menghidupkan kamu. : 24]

13 Syawal 1427H / 4 November 2006 M

HIZBUT TAHRIR



Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 28-11-06 05:08


ana terus download saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

mza5102
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.11.2006
Ahli No: 27422
Posting: 21
Dari: kota kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-06 15:23


Ya Allah , selamatkanlah umat islam di muka bumi ini... Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For mza5102Profil   Hantar PM kepada mza5102   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-11-06 17:31


macam mana kita nak tolong mrka sedangkan kita sdri bpecah

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.13785 saat. Lajunya....