Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ

Please Mendaftar To Post


Oleh KEMUNCULAN YAKJUJ DAN MAKJUJ

fiza_fizi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-11-06 15:03


WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"
"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".
"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".
"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi sama ada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiza_fiziProfil   Hantar PM kepada fiza_fizi   Pergi ke fiza_fizi's Website   Quote dan BalasQuote

fiza_fizi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2005
Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-11-06 15:14


emm

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiza_fiziProfil   Hantar PM kepada fiza_fizi   Pergi ke fiza_fizi's Website   Quote dan BalasQuote

faisaltehlipot
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27175
Posting: 95
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 15:24


ye banyak yang terjadi yang kena kita renungi

Bookmark and Share

    


  Member Information For faisaltehlipotProfil   Hantar PM kepada faisaltehlipot   Pergi ke faisaltehlipot's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 16:45


ada gambar mole people tak? nak tengok!


-----------------
JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120555 saat. Lajunya....