Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 18-04-2025 |
|
Bincang Kenderaan
|
Moderator: Administrator |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Kereta Proton |
---|---|
Bung ![]() |
![]()
Assalammualaikum... saya sebenarnya minat juga dengan ruangan yang membincangkan kenderaan ini. Di sini saya minta kepada anda semua yang boleh memberi komen tentang kereta proton. Saya sebenarnya telah membelikan ayah saya sebuah kereta iswara kerana keretanya toyota corolla sudah rosak teruk akibat kemalangan. Almaklumlah kereta pun dah menjangkau 27 tahun digunakan.
Tapi sedikit mengecewakan kereta proton iswara yang baru dibeli agak kurang kualiti jika dibandingkan dengan statusnya sebagai kereta yang baru dibeli. Pintu terpaksa ditutup dengan kuat beberapa kali baru ok. Kereta bergegar ketika meluncur agak laju. Secara kesimpulannya saya tidaklah berpuas hati dengan jenama proton. Saya telah dinasihatkan oleh rakan-rakan agar tidak membeli kereta proton sebaliknya mensyorkan membeli keluaran Produa. Ada beberapa masalah yang kawan saya hadapi semasa dia memakai kereta Gen2. Di sini sesiapa yang boleh berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai kereta jenama proton silalah memberi pandangan dan komen. Sedikit pengalaman dan pendapat boleh membantu untuk membuat pilihan yang bijak dalam membeli kereta. Maklumlah nak beli kereta ni bukannya murah... sekian terima kasih wassalam.. |
qibtiyah ![]() ![]() |
![]()
semua sudara mara ana yang guna kereta proton ni ok saja...
mungkin itu ujian Allah.. hehehe... tapi entah lah... kasihan kamu ye... sekarang ni banyak kereta yang dah direnovate... mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.. bersyukurlah kerna bung ada kereta.. dapat jugak berlindung bila hujan.. mereka yang tak mampu beli kereta??? lagi kasihan... tapi mereka & aiman tak kisah.. Allah sentiasa di hati.. ![]() |
ibnutuki ![]() |
![]()
hehehe...
saya memang tak prefer proton.... tapi rasanya fresh grad nanti memang terpaksa beli proton, sebab murah.... tu pun 2nd hand saja sebelum 2ka honda insyaallah ![]() |
suepolaris ![]() |
![]()
salam...
walaupun saya tak ada kereta lagi, tapi selalu juga bincang pasal kereta dengan abang2, kakak2 dan kawan-kawan... rasanya dalam banyak-banyak kereta keluaran malaysia, MyVi salah satu yang ok juga... minyak save, stabil... ramai antara yang pakai Myvi ni berpuas hati berbanding dengan mereka yang dah pakai Gen2... |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-11-06 14:59 , Bung posting:
!!! QUOTE !!! Tapi sedikit mengecewakan kereta proton iswara yang baru dibeli agak kurang kualiti jika dibandingkan dengan statusnya sebagai kereta yang baru dibeli. Pintu terpaksa ditutup dengan kuat beberapa kali baru ok. Kereta bergegar ketika meluncur agak laju. Secara kesimpulannya saya tidaklah berpuas hati dengan jenama proton. itu baru satu model dan sebuah kereta yang anda pakai, itu tak melambangkan kesemua jenama kereta buatan proton. tentang gen2 memang tak dinafikan, ramai yang komen ia banyak masalah, design memang cantik tapi kena selalu bawa masuk kedai. proton iswara pula, yang lama orang kata ok dan tahan lama, yang baru ni WaLlahu A`lam, orang kata tak segagah dulu. sekarang ni kan, yang paling top adalah proton wira special edition, tryla guna mana tau berkenan di hati. kalau nak betul-betul puas hati, beli perdana v6 terus, conform komen-komen yang dilemparkan di atas dah tak terpakai lagi, kereta proton ada yang high-class apa ![]() wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
husna_493 ![]() ![]() |
![]()
saya belajar quality control sem ni. dan lecturer pun ada cerita pasal kereta proton ni. Kalau vibrate dan pintu yang tak boleh nak tutup tu memang masalah minor dalam proton. mereka pun memang tak tau macam mana nak overcome problem tu. sebab tu lah kereta proton susah nak masuk pasaran antarabangsa. Kalau kereta perodua pulak, kebiasaannya kancil yang banyak masalah. satu sebab kurang stabil bila nak pecut. dan jangan terkejut Kalau saya cakap kancil sangat berpotensi untuk meletup Kalau accident dengan kendaraan besar macam trailer.
|
mohdnurhakimin ![]() |
![]()
Sebut pasal kualiti, CEO baru Proton pernah menyatakan antara objektif Proton ialah mengurangkan defect apa unit daripada 7 kepada 2.
Masih sangat jauh daripada pengeluar utama dunia. Toyota yang berjaya merampas tempat pertama daripada General Motor tahun ini punyai defect apa unit pada kadar purata 0.1. Perjalanan Proton masih sangat jauh. Sudah tentu ana sokong kewujudan pengeluar kereta nasional. Ana ingin berbangga memandu Proton. Sebagaimana bangganya rakyat Jerman memandu BMW atau Mercedes, seperti kebanggaan orang Jepun yang memandu Honda atau Toyota. Ana masih perlu menanti saat tersebut, dan sering tertanya-tanya bila ia akan tiba. |
solskjaer ![]() |
![]()
saya memang suka memandu proton..sebab enjinnya amat berkualiti,malah reka bentuknya juga puas hati...mm,cuma aksesoriny sahaja perlu diperbaiki....
saya meminati WAJA.. ![]() |
ad-din ![]() ![]() |
![]() |
fizanaiy ![]() ![]() |
![]()
ha..saya baru saja ambil saga special edition....bulan 7 tahun 2006...ha tak samapai 1 tahun lagi power window sebelah passenger dah buat hal..kejap boleh tutup kejap tak boleh macam biskut pula...lepas itu pintu pun sama di sebelah passenger juga...lepas ni tak tau apa lagi...itu belum masuk servis ketiga dah jadi macam tu......
tapi adik saya ambil my Vi ok pula setakat ni...tak ada problem...cuma bab tang pedal clutch tu selalu ada problem termasuk kancil..sampai sekarang adjust asyik sama saja... |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]()
Setakat ni teman guna wira SE alhamdulillah masih ok...kuasa boleh lah tahan untuk kegunaan harian dan memecut kat lebuh raya. peronah memecut kat lebuh raya 130km/j tak ada gegaran...
tapi teman bukan beli kereta untuk berlumbe tapi untuk kegunaan... |
Linn ![]() ![]() |
![]()
Pada 13-01-07 08:40 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! Setakat ni teman guna wira SE alhamdulillah masih ok...kuasa boleh lah tahan untuk kegunaan harian dan memecut kat lebuh raya. peronah memecut kat lebuh raya 130km/j tak ada gegaran... kadang-kadang saya rasa beli kereta ni pun tengok rezkinye jugak.. saya dan kakak pun pakai wira SE... kakak beli setahun awal dpd saya dan banyak sangat problem. yang 1st, spoiler tertanggal... huhu... kelakar pulak bila spoiler tanggal kat highway. lepas tu dashboard berbunyi sebab pasang tak betul. yang paling teruk, baru naik 2 org, kereta dah tersangkut kat bumper. alahai... ada lagi 2,3 problem sampai kena masuk pusat servis 5,6 kali.. kereta saya pulak, rasanya proton dah upgrade sikit.. saya rasa kereta saya ok lah jugak.. cuma reverse sensor problem.. asal masuk gear reverse saja, berbunyi bukan main kuat walaupun tak ada apa-apa objek kat belakang. azab... ----------------- gunakan kesempatan untuk kebaikan |
songkok_aji02 ![]() |
![]()
okla pakai proton..sesuaila dengan eko-no-money di malaysia ini... bersyukur apa yang ada....tapi bila iswara dipermainkan mr bean,rasa malu pun ada.....
|
TZM_Racing ![]() |
![]()
saya pakai Proton Gen2..memula pakai memang ada problem,ada guarantty tuko saja apa-apa yang patut,lelama sekarang alhamdulillah.dah ok.
|
aL-azyM ![]() ![]() |
![]()
Pada 21-11-06 19:20 , husna_493 posting:
!!! QUOTE !!! saya belajar quality control sem ni. dan lecturer pun ada cerita pasal kereta proton ni. Kalau vibrate dan pintu yang tak boleh nak tutup tu memang masalah minor dalam proton. mereka pun memang tak tau macam mana nak overcome problem tu. sebab tu lah kereta proton susah nak masuk pasaran antarabangsa. Kalau kereta perodua pulak, kebiasaannya kancil yang banyak masalah. satu sebab kurang stabil bila nak pecut. dan jangan terkejut Kalau saya cakap kancil sangat berpotensi untuk meletup Kalau accident dengan kendaraan besar macam trailer. Hmm..dengar kata,kereta proton yang dieksport ke luar negara lebih berkualiti daripada kereta yang dijual di Malaysia sendiri.. ----------------- http://azymechanical.blogspot.com |
naruto-san ![]() |
![]()
hanya kereta proton yang awal2 saja yang elok macam proton saga dan iswara...sebab waktu itu quality control dikawal selia oleh mitsubishi.
tapi hari ini kereta proton semuanya hampeh....quality diketepikan...customer satisfaction tidak dipedulikan...layan customer macam apa entah (ini ke cara buat business??)....kelentong & tipu customers....harga kereta mahal walhal quality macam tin sardin. minda org melayu kena ubah, kena pandai sikit guna akal yang dianugerahkan Allah SWT....tak semestinya wajib membeli proton untuk menunjukkan patriotik....apa ada dengan patriotik jika ditipu oleh bangsa sendiri (proton tipu bangsa melayu)....invest berpuluh2 ribu ringgit untuk beli sebuah kereta, tapi quality yang diperolehi rendah, membazir duit saja. naruto-san sarankan...kepada mana-mana individu yang ingin beli kenderaan (especially fresh graduate)...pilihlah kereta buatan jepun...sama ada yang baru atau 2nd-hand...sebab kuality memang bagus....sebab company kereta2 berkenaan mengutamakan pelanggan....customer satisfaction is their goal. wallahua'lam |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
aa sila beli kereta buatan luar negara.kualitinya memang bagus.di samping itu kita juga dapat meningkatkan ekonomi orang bukan Islam.dan dalam masa yang sama negara mereka akan terus maju dan jadilah negara kita sebagai pengguna bukannya pengeluar.jadi bila mereka mendapati negara kita tidak mahu mengikut telunjuk mereka maka mereka akan tutup kilang ataupun tahan hasil eksport ke negara kita.dan secara tidak langsung negara kita telah dijajah semula secara halus.terpaksa dengar cakap orang lain untuk berbuat apapun di negara sendiri.
di awal penubuhan kereta Honda,naik bukit pun tidak mampu.malah kereta Honda jalan reverse turun sendiri.tapi masyarakat sana tetap beli kereta Honda berbanding kereta US kerana mereka tahu,itu adalah kebanggaan hasil produk mereka.dan hasil inisiatif dan tidak kenal jemu lelah akhirnya kereta jepun telah menguasai pasaran dunia mengalahkan pasaran US.semuanya dilakukan dalam masa selepas Jepun kalah perang dahulu sehingga sekarang. dan kemudian lahirlah kita yang hanya hidup dizaman sekarang tak tahu erti sejarah dan tiba-tiba suka memperlekehkan usaha orang lain untuk memajukan negara tanpa kita tampung andai nampak kelemahan.Proton dah beli MV Augusta dahulu yang pakar dalam pembuatan teknologi enjin cc kecil tapi telah dijual.kalau tak,mungkin savvy tak perlu beli enjin dari Renault.kita hanya pandang kehebatan orang lain tanpa kita berusaha untuk sama hebat dengan mereka melalui penguasaan ilmu dan teknologi disamping agama sebagai panduan.lalu jadilah kita bangsa yang akan suka dijajah selama-lamanya. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
naruto-san ![]() |
![]()
diulang....tak ada kaitan dengan soal PATRIOTIK jika beli proton....nonsense.
proton patut jual keretanya dengan harga yang rendah....macam Lada rusia...harga tak sampai 10 grand USD - according Top Gear (betul tak students russia....skolka stoit mashina Lada ve moksva??) kalau harga proton rendah (macam Lada)...rakyat yang membeli pun tak rasa marah, tak rasa ditipu jika wuality rendah, bumper nak jatuh, cermin depan masuk air bila hujan....sebab rakyat akan tahu....you pay for what you get. yang membuatkan rakyat rasa terkilan, tertipu ialah....harga mahal tapi kuality macam tin sardin.....dengan kata lain....proton sekarang menipu rakyat malaysia....menipu bangsa sendiri....menginaya bangsa sendiri. wallahua'lam [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-02-07 18:01 ] |
nano ![]() ![]() |
![]()
Saya berpendapat kita patut sokong proton kerana milik orang kita,bila kita membeli duit tersebut mengalir untuk kepentingan orang2 kita.Tapi segala kekurangan tu patut disampaikan kepada pihak proton.Mereka perlu di push dan dikritik supaya mereka memperbaiki keadaan.Bersama ni saya sertaka satu article :
Bicara pasal Proton& Teknologi .... Apabila saya membaca kisah org Proton’ saya berpendapat memang org Jepun,Korea sukar untuk berkongsi teknologi dengan kita.Oleh itu kita perlu lah berusaha sendiri ….bekerjasama dengan mereka dan menubuhkan R&D sendiri adalah salah satu langkah yang bijak.Benarlah pihak Mitshunishi,partner Proton begitu kedekut untuk berkongsi teknologi …saya rasa org Barat pun begitu juga …kita dah lama hantar pelajar ke UK dan US tapi apa sangat teknologi yang kita dapat dari mereka.Mereka banyak bagi kat pelajar kita aspek2 teori dan kurang dedahkan pelajar kita dengan aspek kemahiran dan teknologi terkini.Kalau bidang engineer pelajar tak didedah dengan kemahiran yang secukupnya.Para engineer keluaran U mereka tak berupaya melakukan kerja-kerja seorang technician.Mereka tahu di mana berlaku kerosakkan tapi tak mampu nak baiki sendiri …terpaksa panggil technician.Natijahnya pelajar kita yang balik ke negara masih tidak mampu untuk memperbaiki dan modifited engine apatah lagi nak buat design kereta.Adalah lebih baik jika kita amalkan dasar modified teknologi yang datang dari luar …kita beli kereta mereka yang menggunakan teknologi terkini,barangan2 mereka yang terkini dan apa kata kalau kita buka balik dan buat semula benda-benda tersebut dan pasang semula berkali2 sehingga kita kuasai betul-betul teknologi yang mereka gunakan ….kita cairkan balik dan kaji bahan2 yang mereka gunakan.Kita bangunkan makmal2 rahsia untuk modified teknologi mereka.dengan cara ini mungkin kita dapat kuasai teknologi secara lebih mudah.Saya rasa cara ini lah yang dilakukan oleh org Jepun, Korea,Taiwan dan China. Di universiti dan kolej kita pun pelajar tidak didedahkan dengan aspek2 kemahiran dan ilmu secara bersekali.Adalah lebih baik kalau pelajar engineer maknikal tu boleh pasang,buka enjin…. bahkan boleh design dan modified enjin.Bila keluar pusat pengajian mereka sudah terlatih dengan hal ehwal industri…So tak perlu lah syarikat2 industri nak beri latihan semula…dengan itu banyak dah duit yang dapat dijimatkan …tu kan bagus.Kalau kita mempunyai system pendidikan yang benar-benar praktikal saya percaya ..kita akan dapat menyaingi teknologi dari negara2 maju…jika guna pendidikan praktikal saya rasa negara2 Islam lain juga akan mudah dapat menyerap teknologi dari luar. org kita bukannya bodoh sangat ….org kita ramai jugak yang bijak macam mereka di negara maju tu…tapi masalahnya kita banyak didedahkan dengan teori ….ini lah menyebabkan sesuatu pembelajaran tu jadi payah dan org kita tak dapat kuasai kemahiran dan seterusnya tak boleh bina kepakaran.dalam banyak perkara kita tekankan aspek teori …ni sebab org kita ramai yang pandai cakap dan buat andaian saja….bila disuruh buat ..tak mampu…Bukan org kita saja malah kebanyakkan org Islam di negara2 lain pun. Satu lagi cara untuk dapatkan teknologi dan kepakaran dari luar ialah dengan memberi peluang kepada sebahagian rakyat kita bekerja dengan syarikat asing di luar negara.Pembabitan mereka dalam kerjaya akan mendedahkan diri mereka dengan teknologi,kemahiran,pengurusan dan kepakaran luar.Mereka boleh belajar dengan engineer2 luar …belajar tentang teknikal,pengurusan dan latihan dengan syarikat2 asing Mereka juga boleh belajar membuat bahan industri dan sebagainya.nya.Bila mereka balik ke negara sudah tentu mereka mempunyai kepakaran yang boleh disumbangkan kepada negara.dalam pada itu latih lah mereka itu dengan semangat patriotic dan cara nak kuasai teknologi asing. Saya rasa itu lah beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia khasnya dan orang-orang Islam amnya.Kita jangan hanya berharap kepada Allah tapi tak lakukan usaha2 yang sesuai untuk capai sesuatu objektif.Setiap objektif yang disasarkan perlukan usaha yang sesuai sebagai penyebab lahirnya kepada suatu natijah yang ingin dicapai. |
nano ![]() ![]() |
![]()
Ini cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah
R&D PROTON. Orang kata: "...Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang." Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis. Sdra jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak minta copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mula lah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju saja dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama dia orang fed up dan minta keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia. Perodua… Kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia. "..Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang saja.." Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut. o Saga - Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit. o Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK. o Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modalelakang, design asing asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira - Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi saja sabab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu. o Perdana - Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman. o Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton. o Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kabaikan dari mengambil consultant dari luar memang mebuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit. o Gen2 - 100% dedesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri. o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. High Tensile High Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta Mercedes, Volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… Intact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni..yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain. o Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka. Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya. Sdra….. Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang saja. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi saja. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam process untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau. "..Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai. " Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA) Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye lah… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perudua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perudua… bekas Proton, Head of Styling… Bekas Proton, Head of Planning, Bekas Proton, Head of Production… bekas Proton (rasa rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services… Bekas Proton. Rata rata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang saja. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton. Head of Production… Bekas Proton. Honda… pun ramai bekas proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head saja… Bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus? Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun. Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab tak nak anak anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…? "..Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila pula nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup saja." "Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang saja… buang sahaja pengeluar pengeluar yang bermasaalah." Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton… 100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton 0… Kosong. "..Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sangat.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai." Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa Kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung. "..Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahu lah..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton (asalnya milik Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya." Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif…tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea… susah. Sebabnya… 1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit. Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah Toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada. Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korban kan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Protn baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kerata dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak. ..... Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yang berkaitan. Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu saja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta meraka… Kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrasturcture jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun dia orang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik dia orang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya. Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia. Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (Cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalaman bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. (sekarang ni enjin petronas jual kat china) Bukan seorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil. Tapi saya tak marah bila orang kata macam macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk meajukan negara dalam bidang teknology. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industry yang betul betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar. Tapi Bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap saja… test sendiri. Baru tau. Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk ciluk… switch to manual. Errr… siapa kata kita guna tecnology 70an? |
zilzal ![]() ![]() |
![]() |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]() |
drzul-f ![]() ![]() |
![]()
ooo....tidak...proton adalah kereta yang sangat mahal kalau nak banding dengan kualiti....kualiti kurang tapi harga mahal...siapa nak beli?? cuma di malaysia, kerajaan melindungi proton dengan menaikkan cukai kereta2 import sehingga 300%, bayangkan, kalau kereta BMW3 series berharga kurang 3 kali ganda. macam harga perdana. siapa yang nak beli perdana??
ana pernah tengok rancangan top gear (dr uk). mereka kutuk kereta proton kaw2 punya. proton savvy. proton menguar-uarkan yang kalau anda beli proton savvy, like to buy your first lotus. (sebab proton now is the biggest shareholder in lotus). gelak mat saleh tu....geram juga ana tengok, tapi apa nak buat, memang kenyataan....bayangkan dengan hrg 4000pound sterling...tak berbaloi. bandingkan dengan kereta skoda, walksvagon, peugeout, renault, alfa, audi dr europe; atau honda, daewoo, kia, hyundai,toyota, mazda dr asia...jauh beza. mereka mementingkan kualiti dan harga yang mampu milik..... hyundai sebagai contoh, setahun saja lebih tua dr proton. pencapaian mereka, memang tak perlu dipersoalkan.... oleh itu, sahabat2 sekelian, celik mata and pandang jauh kehadapan. jangan duduk kat lingkungan kita saja. pandang ke depan cari kemajuan, toleh ke belakang cari pengajaran....proton perlu menghayati kata-kata tersebut untuk mencapai target bersaing dengan world class car kereta impian ana ialah zonda, tak pun ferrari mclarren.... |
alliaazam ![]() ![]() |
![]()
memang betul tu ada yang kata kereta buatan Malaysia jual mahal...tapi kita kena fikir meluas dalam bab/hal ni...masalah dengan mentality org Malaysia ni kerja kerani pun nak beli kereta..tak salah...tapi apa salah nya jalan sikit saja then naik lrt..'jammed' pun kurang...so bayangkan kereta Malaysia d jual murah?mak ai boleh tahan tengok lah jalan raya Malaysia ni penuh sakan dengan kereta..org kampung pun beli sampe satu rumah 3 buah agaknya...
bagi saya lah satu isi rumah max 2/3 buah...bila dah lebih tu..huh..naik kan lah tax melambung tinggi..so that dapat control kereta d jalan raya..ala kalau dah tax tinggi...siapa nak beli kan...jangan salahkan kerajaan 100%..walaupon memang mereka tu banyak sangat buat benda tak betul...tapi ada sebab juga certain things kenapa kerajaan buat macam tu.... pasal kualiti kereta proton pula kebiasaan nya 1st edition memang banyak masalah....lepas 2..3..edition tu dah ok... wallahua'lam |
mihar123 ![]() ![]() |
![]()
ada promosi dr Proton sempena bulan kemerdekaan...
Proton Iswara aeroback 1.3 berharga 26,999.99 sahaja ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/::: |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]()
erm tak apa kome... kutuk lah proton. teman juga yang guna proton. teman orang miskin dan kolot sebab beli proton
----------------- ![]() [ Telah diedit oleh: Daeng_Jati pada 06-03-07 21:32 ] |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
mentaliti masyarakat negara hyundai macam mana banding dengan mentaliti masyarakat pengeluar proton?bila buat pembangunan nak majukan Malaysia kena kutuk.ambil contoh jambatan pulau pinang dahulu.pun kena kutuk konon bazir duit rakyat.entah apa-apa.orang buat untuk kemudahan sesenang saja tuduh macam tu.
macam lah mat salleh tu yang tentukan kualiti control.macam lah bila mat salleh tu kata tak boleh jual maka orang lain pun tak boleh jual.kalau dah minda terjajah macam tu lah.ikut saja cakap mat salleh konon apa yang mereka bagitau semua betul.kalau pakat dok ikut cakap orang saja,bila masanya kita nak guna akal kita untuk membuat keputusan.sampai bila pun dok jadi penakut bacul tak berani tegakkan pendapat.lepas tu bangga pula bawa kereta ada lambang salib kat depan. macam Yusof Qardawi kata,boleh beli kereta memahal,tapi tak boleh buat.lepas tu dok harapkan ekonomi Islam berkembang.dok harapkan daulah tapi jalan menuju ke arah daulah takmau buat.proton ni lah tempat anak muda melayu Malaysia yang beragama Islam menggunakan ilmu kejuruteraan dalam penghasilan teknologi kereta. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
nano ![]() ![]() |
![]()
Saya rasa sesetengah pejuang Islam masih belum faham akan penjajahan ekonomi,sebab tu ajak boikot syarikat yang sokong Isreal mereka bagi banyak alasan,sedangkan mereka mempunyai alternatif.
Kalau bandingkan kereta proton dengan kereta europe atau Jepun,tentu lah kereta mereka lebih baik kerana mereka dah lama punyai teknologi kereta.Proton perlu masa untuk lebih banyak belajar.Proton bukan tak nak buat kereta sehebat honda,merced dll,tapi belum mampu. Hah kalau anda mampu... buat lah ...jangan pandai cakap saja.Pasal qualiti kontrol tu anda boleh kritik lah dan sampaikan kepada pihak proton. |
naruto-san ![]() |
![]()
masalah proton di malaysia ialah....menjual kereta yang rendah kualiti dengan harga yang mahal seolah-olah kualiti proton sama dengan kualiti kenderaan honda, toyota, nissan, ford, suzuki....this is nonsense!!!....tak masuk akal!!!
perlu ingat....kuarkan duit setiap bulan daripada potongan gaji untuk membayar harga kereta umpama membuat pelaburan, investment, a very big one.....so, setiap pelaburan perlu ada keuntungan....kalau tak ada keuntungan bahkan kerugian yang diperolehi (rosak sana sini)....itu namanya bukan pelaburan, itu namanya kena tipu. memang tepat apa yang diperkatakan drzul-f....kerajaan melindungi proton dengan menaikkan cukai kereta2 import....supaya rakyat beli proton....apa ini???....suruh and paksa rakyat beli kereta yang rendah kualiti dengan harga mahal???....apa yang difikirkan dalam otak kerajaan....keselamatan rakyat atau memberi kekayaan kepada kroni??? kalau ye pun nak bantu rakyat...supaya setiap rakyat dapat membeli proton...sila jual dengan harga murah.....rakyat pun takkan sakit hati kalau kereta proton yang dibeli rosak sana sini.... sila semak sejarah philosophy penubuhan Lada russia & german Volkwagen (dua-dua di zaman komunis)....supaya setiap keluarga dapat mempunyai sebuah kereta dengan harga yang berpatutan (means murahlah)....sama jugak lihat bagaimana di zaman2 awal honda, toyota & honda di jepun...mereka menjual kereta2 mereka dengan harga yang berpatutan. apa-apa pun....its up to u guys nak beli proton ke idak...after all its your own money then....jangan menyesal selepas beli....jangan cerita, ngadu kat org lain kata rugi beli proton.....you pay for what you get.... bagi naruto-san....duit adalah satu benda yang susah nak cari (kerja siang malam, sampai berpeluh2)....dan naruto-san sesekali takkan mensia-siakan duit itu just untuk beli benda-benda yang rendah kualiti.....naruto-san takkan jolok sarang tebuan untuk kali ke-2 (family ada history dengan proton)...enoughlah kena tipu oleh bangsa sendiri. wallahua'lam |
samudra ![]() ![]() |
![]()
Pada 06-03-07 21:31 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! erm tak apa kome... kutuk lah proton. teman juga yang guna proton. teman orang miskin dan kolot sebab beli proton Teman pun pakai Proton Daeng_Jati..itu pun kena buat loan 5 tahun..kalau Daeng nak kereta murah duduk kat london saja lah ye..tak pun pergi beli dekat palastine,,mercedes limosine baru ,harganya tak sampai seratus ribu , tapi teman tetap bangga proton macam tin milo tu ciptaan negara teman..teman dok intai negara islam lain yang mampu hasilkan kereta ..kalau adapun indonesia dan iran saja..." IRAN NEGARA ISLAM KE" teman tatau tak pandai bab mazhab2 ni..negara islam lain tali lembu pun tak pandai nak buat.. kalau dapat cipta baldi sebijik pun kecoh seluruh dunia..siap bubuh label besak2 made in ...aku punya lah.. |
sailormoon ![]() ![]() |
![]()
Kalau tak mampu nak buat kereta sehebat syarikat-syarikat kereta yang lain sekurang-kurangnya buat lah kereta yang berkualiti...tak ada lah orang membazir duit beli benda yang tak berkualiti...Beli kereta bukannya macam beli jam dinding dekat rumah tu...Kalau tak elok boleh campak dalam tong sampah lepas tu beli yang baru...
Fikirkan lah penat lelah orang bekerja nak cari duit...Tak kasihan ke dekat orang yang gajinya tak banyak...Hutang dengan bank kena bayar tapi dapat kereta yang tak berkualiti...Lain lah kalau semua rakyat Malaysia ni bergaji besar macam CEO Proton...Setakat bayar loan RM500 sebulan tak ada masalah lah... ----------------- ![]() |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]() |
naruto-san ![]() |
![]()
betul cakap sailormoon itu....sian tengok rakyat yang gaji kecil beli proton...dahlah terpaksa potong gaji setiap bulan bayar loan kereta, kereta yang diperolehi pulak kurang berkualiti.
kalaulah proton tak pernah wujud....confirm rakyat2 marhaen kebanyakkan boleh memakai kereta honda civic, honda accord, toyota altis, nissan sentra....pekerja2 proton sekarang maybe dah bekerja dengan assembly factory toyota, nissan, honda, merc, bmw (macam dekat thailand)......tapi disebabkan adenya proton, cukai kereta2 import terpaksa dinaikkan hampir 200%. kekadang....kita tak perlu sangat tiru org....negara belgium, swiss, new zealand, holland, norway.....tak perlu pun membangunkan industri kereta tapi mereka still maju....sebabnya....mereka tahu apa yang boleh dikeluarkan dari hasil bumi negara mereka. tapi malaysia....disebabkan nak jadi famous, sibuk nak kuarkan kereta....tapi terlupe nak bangunkan industri pertanian....tengok thailand, mereka fikir jauh....disamping maju dalam bidang pertanian, mereka ambik kesempatan bangunkan assembly factories untuk kereta dari jepun dan eropah....hasilnya, eksport mereka bertambah (kereta2 yang dipasang siap di thailand dieksport, hasil pertanian jugak turut dieksport). wallahua'lam [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 07-03-07 18:16 ] |
insan232 ![]() |
![]()
Salam,
Kalau ada sesiapa kat sini yang rasa dia mampu mengubah keadaan proton sekarang, sila kerja dengan proton, praktikkan segala apa yang anda cakap... Saya bukan nak buat sesiapa marah, cuma jangan pandai bercakap dari buat kerja... harga proton mahal, saya tak nafikan, beli kereta bukan macam beli jam, saya tak nafikan, kualiti kurang bagus, saya tak nafikan... keluarga saya pakai proton dari zaman proton saga sampai sekarang mak saya masih pakai wira yang dah cecah 6 tahun. Saya dah pakai 2 buah iswara, yang lama dan yang baru ni. masalah? semua kerata ada masalah, beli bmw pun ada masalah, masalah nak bayar insuran+rod tax dan petrol. Kenapa org korea pakai hyundai dan kia walaupun tahu dua jenama ni menggunakan petrol yang lebih jika nak banding dengan kereta lain? Kenapa jepun masih jual honda dan toyota walaupun sejarah honda mula-mula buat kereta naik bukit undur balik? proton mula dengan mitsubishi, kemudian selepas 10 tahun kontrak proton dan mitsubishi habis, proton bergerak sendiri... dari saat itu baru proton mulakan &D, sebelum tu tak ada, jadi kiranya proton baru mula pada tahun lebih kurang 1996. tahun ni 2007, anda harap apa dari syarikat yang usianya 10 tahun? masyarakat malaysia, tengok barang org semua cantik, barang sendiri ada saja tak kena... konsep GLC, syarikat separa kerajaan, ada tangungjawab untuk menyara kerajaan, keuntungan lebih 50% diguna kerajaan dalam belanjawan... kalau proton tak ada tangungjawab itu, mungkin banyak lagi duit boleh diguna untuk &D. fikir lah, kita beli kereta proton, tapi sikit duit tu akan balik kepada kita juga dalam apa jua bentuk, kita beli kerata luar, belum tentu duit tu balik kat kita. akhir kata, jangan pentingkan diri. |
arezy ![]() ![]() |
![]()
hmm memang kereta proton ini kurang berkualiti dan harga nya pulak tak setanding dengan kualitinya...pernah satu ketika ana terlibat dalam kemalangan jalan raya...kereta BMW yang ana langar tuu calar dan kemek sikt saja ...tapi kereta ana tuu remuk dan terpaksa di tow...hmm tu pun taklah kuat sangat langar sisi kereta tuu ...sakit jugak badan...kenapalah tak buat kereta setanding dengan kereta yang digunakan untuk di eksport...
|
tou_aii ![]() ![]() |
![]()
Pada 07-03-07 17:59 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! tapi teman memang akui harge proton mahal. tapi teman tak nak kutuk tu lah sebab ramai org beli kereta 2nd hand... sekarang trend remaja suka beli kereta lama dan modified jadi kereta sport... murah pun murah.... ------------------------------------------------------------------ hidup harus di teruskan... |
izzul_islam ![]() |
![]()
Malaysia tak istikomah dalam apa yang dia buat, ikut angin dan kepala pemimpin saja....
Dulu zaman Tok Dey tekan pembangunan, kejuruteraan, nuklear dan dan sebagainya..Zaman Tok Lah ni pulak more on bioteknologi,hadhori.... Satu lagi, pemimpin banyak cakap saja dari buat kerja. Kata nak cari jodoh untuk proton lah...bla2...dalam proses akhir nak buat keputusan kerjasama lah..bla2...sampai sekarang habuk pun....yang pasti Proton TETAP rugi....pada masa yang sama duduk buat perasmian kereta NAZA(KIA sebenaqnya..claim kereta tempatan...ada kaitan dengan rafidah..)...dan dll.... apa ke jadahnya?? (stail Edisi siasat Ntv7) |
naruto-san ![]() |
![]()
Pada 02-05-07 22:58 , insan232 posting:
!!! QUOTE !!!
sebabnya dulu....mana ada company kereta lain yang cipta kereta yang jimat petrol, semuanya waktu itu sama saja.....teknology vvti kepunyaan toyota baru saja dicipta dalam 2 tahun lalu...teknology vtec honda dicipta dalam 4 tahun lepas...sedangkan hyundai and kia ditubuhkan tahun 1985 (tahun yang sama proton ditubuhkan)....kereta hybrid masih dalam research....and jangan ingat petrol lebih menjimatkan dan lebih selamat.... di eropah rata-rata kereta menggunakan diesel sebab lebih jimat and nature friendly. sebab quality honda waktu itu hampir same saja dengan kereta2 oversea yang lain....dalam tahun 1970-an.....ada tak waktu itu kereta2 lain yang ada airbag??....ada tak waktu itu kereta2 lain yang ada navigation system???...yang ada massage-seat??...ini semua accessory baru, belum lagi wujud 30 tahun lepas....rata-rata waktu itu semua kereta ada gadgets & accessory yang sama....aircondition, tempat duduk berkusyen, heater (untuk negara2 yang ada winter)....tambah lagi waktu itu mana ada lagi New Car Assessment Programme (NCAP).....tambah lagi waktu itu jepun berfikiran....adakah berbaloi mengimport kereta2 oversea (daripada US, UK, Germany, Sweden - sila bayangkan kereta merz, kereta volvo, kereta bmw yang dulu lampu bulat, lampu petak, design pun petak jugak).... sedangkan mereka berupaya memproduce kereta yang hampir sama quality + lagi murah....mestilah tak berbaloi import, baik buat sendiri. Pada 02-05-07 22:58 , insan232 posting: !!! QUOTE !!!
typical malay thinking... confirm ke duit itu ada sikit kembali ke rakyat???....rasanya banyak duit itu kembali kat kroni saja....hatta cukai yang rakyat bagi banyak dibazirkan....dibelanjakan untuk bail out company2 kroni, dibelanjakan bagi instant development kat ijok, kat machap, kat batu talam...and bla bla bla (dah tak larat nak tulis,dah berbuih2 cakap tapi ramai tak faham) cubalah jadi macam hang jebat.....janganlah jadi macam hang tuah yang taat pemerintah membabi buta. [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 06-05-07 15:47 ] |
muslimah_jun ![]() |
![]()
yang saya dengar dr komen ramai org pun kualiti rendah. pernah kawan kakk bawa kereta waja he..he..tengah bawa tiba-tiba kereta mati mengejut...bahaya tu..., pasal pintu tak boleh nak buka tutup pun ada.,
![]() |
izzul_islam ![]() |
![]()
Pada 06-05-07 15:57 , muslimah_jun posting:
!!! QUOTE !!! yang saya dengar dr komen ramai org pun kualiti rendah. pernah kawan kakk bawa kereta waja he..he..tengah bawa tiba-tiba kereta mati mengejut...bahaya tu..., pasal pintu tak boleh nak buka tutup pun ada., banyak juga jumpa 'mangsa keadaan'...pintu belakang belah kiri waja ramai yang bermasalah'...pendek kata yang tak ada masalah tu nasib baik benor lah dia....kereta lain pun ad ajuga masalah...tapi tak lah sehebat proton ![]() ![]() ----------------- "Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi... |
qibtiyah ![]() ![]() |
![]()
dengar kata proton tidak ada nilai kalau nak jual kereta yang dah dipakai sebab kualiti tak capai tahap yang dikehendaki...
pengedar2 proton pun ada yang merungut sebab susah nak jual... |
fizanaiy ![]() ![]() |
![]() |
lobam_shibin ![]() |
![]()
terpulanglah pada individu..bagi saya proton tetap ok..alhamdulillah waja saya walaupun dah lama alhamdulilah sehingga sekarang masih tetap ebrjasa..
|
Qaisar ![]() ![]() |
![]()
Pada 06-05-07 15:30 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-05-07 22:58 , insan232 posting: hyundai berada dalam kelompok negara pembuat kereta. dok dengan jepun, yang teknologinya memang maju. mana boleh nak banding dengan malaysia, dalam lingkungan negara asean, ada negara yang buat kereta? Thailand? baru setahun jagung. toyota dah berapa lama? honda? jepun siap ada kapal terbang lagi tahun 1957. kita ada apa time tu? motobot pun tadak! nak suruh proton letak GPS dalam waja? boleh. tapi sekejap lagi gaduh pula mahal. mungkin ada yang naruto-san cakap itu betul. tapi saya tak suka kalau org kutuk habis-habisan barangan org kita. mungkin akan maju, tapi itu hanya atas masa dan aturan-Nya! jangan asyik mengutuk membuta tuli! dari asyik menjadi pengguna, baik kita jadi pencipta! lain kali hantaq surat kat CEO proton, suruh bungkus terus proton. lepas ni senang lah kita nak beli honda, ferarri, mercedes, mitsubishi. boleh lah kita bangga dengan org lain budak? blagak dengan barang orang, nanti senang lah org nak kudakan kita kan? ada nostalgia buruk dengan proton? berapa banyak percentage kereta proton yang lingkup? 50%? 2% pun tak sampai rasanya.. kuasa membeli itu atas kepada diri sendiri. tapi, saya cukup tak suka pada org yang cuma tau mengata, pada hasil org kita sendiri (walaupun pemimpinnya hadhari, dll..) tapi selagi mana itu hasil org islam, ianya lebih baik dari hasil jepun, cina, amerika yang berak pun tak basuh. wallhua'lam. ----------------- Assubhubada' |
kakisamun ![]() ![]() |
![]() |
sayatetapsaya ![]() |
![]() |
amirahni ![]() ![]() |
![]()
Saya pun teringin nak tengok B.L.M yang bakal dilancarkan jumaat ni...Rasanya elok juga kereta Proton digunakan di sekolah memandu bagi menggalakkan rakyat menggunakannya. Terima kasih Nano atas maklumat tersebut.Err semua kakitangan Proton guna kereta Proton ke?
----------------- BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL |
lobam_shibin ![]() |
![]() |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |