Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: mana arah tuju pendapat PORTAL ni?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» mana arah tuju pendapat PORTAL ni?

Please Mendaftar To Post


Oleh mana arah tuju pendapat PORTAL ni?

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-06 11:21


pada Moderator,mana arah tuju pendapat PORTAL ni ?
kita bincang macam-macam..tapi,takkan habis di sini sahaja..contohnya,isu CC ke...ramai komen,penguasa tak pantau CC,apa kata kalau portal ini menjadi landasan untuk gerakkan semua ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 21:56


tolong jaga adab dalam portal ini.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 22:57


Budi bahasa budaya kita :-di :-di :-di


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 23:16


macam-macam lah gelagat kita.
inilah uniknya ukhwah.com....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

abusuffian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 403
Posting: 134
Dari: Segamat

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 23:38


sahibul....

kita sependapat...
saya dah pernah bagi mesej pasal ni...
last2 dipanggil orh yang suka 'mengkritik' sekadar tahu mengkritik tapi tak tahu membangunkan ukhwah... dikatakan tak pernah menyumbang..
dikatakan menghidap penyakit entah apa-apa entah.. : )

kita banyak penulis2 berbakat tapi tiada satu pun artikel dari ukhwah yang masuk lah yang perlu diketengahkan...
(tak tau lah kalau saya tak terperasan)

last2 kalau awak ada ide awak lah jalankan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For abusuffianProfil   Hantar PM kepada abusuffian   Pergi ke abusuffian's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 12-11-06 00:07


Erm, pada ana, dalam portal ini kita berforum, menyuarakan pendapat, meluahkan rasa hati.
Ada kalanya tentang isu semasa, hal ehwal agama, kelakar dan lain-lain.
Adakalanya kita sependapat, dan ada masanya kita berlainan pandangan.
Selagi tidak lari daripada garis panduan yang ditetapkan, kita berhak bersuara.
Biasanya kita bercakap tentang apa yang kita bikin.
Ahli portal ini tidak datang daripada satu tempat, dan tidak punya latarbelakang yang sama seratus peratus.
Kerana itulah laman ini patut dimanfaatkan untuk berkongsi idea dan pengetahuan.
Tidak salah untuk mengkritik dan punyai idea berlainan.
Itulah forum.
Secara peribadi, ana sudah cukup berpuas hati jika kita menjaga kualiti posting yang ada.
Posting hanya pada tajuk yang kita ahli, dan elakkan daripada subjek yang sensitif dan daripada posting yang mengelirukan.

Tidak perlulah posting untuk tajuk picisan seperti lelaki atau wanita: mana lebih baik, betulkah orang kelantan makan nasi, saya benci jiran saya, saya angau, dan lain-lain.
Elakkan daripada memanggil orang bodoh, gila, bahalol, mangkuk, periuk, biskut, karipap dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.

Seterusnya, untuk amali, ana percaya yang ada di sini bukannya mereka yang cakap tak serupa bikin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 00:17


Pada 12-11-06 00:07 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!



Tidak perlulah posting untuk tajuk picisan seperti lelaki atau wanita: mana lebih baik, betulkah orang kelantan makan nasi, saya benci jiran saya, saya angau, dan lain-lain.
Elakkan daripada memanggil orang bodoh, gila, bahalol, mangkuk, periuk, biskut, karipap dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.




:lol: :lol: :lol:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 06:43


:lol: hakimin ni..

moderator tolong jaga portal ni saja... bukan tanggungjawab mereka untuk menjadi penggerak dalam menyelesaikan isu-isu yang dibincangkan di dalam portal ini secara praktikal...




p/s: bila dikenang-kenangkan, saya dah bersama portal ni lebih 2 tahun..huhuhu. mana lah perginya sahabat2 maya ukhwah.com dolu2... dah hilang semuanya..


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 12-11-06 06:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 08:44


Hala tuju???..

Portal ni bukanlah 1 badan penguatkuasa..
semuanya bermula dr diri sendiri…keluarga, sahabat2 & masyarakat..
So, adalah menjadi tanggungjawab SETIAP ahli ukhwah dalam memainkan peranan untuk mencapai cara hidup islam secara keseluruhan..jangan jadi NATO ok..no action talk only..

Kita ambil 1 contoh isu aurat..sebab dalam portal ni banyak sangat isu pasal aurat..
Kita dok marah org tak tutup aurat..ketat, padat & sendat..
tapi yang hairanye kita sendiri yang dok galak melepak depan tv tengok cerita bawang merah bawang putih, sepet, gubra, PGL & so on. kita tau dalam drama2 yang tertulis kat atas tu penuh dengan budaya yang tak elok. Senang cakap semua wanita dalam cerita tu tak menutup aurat..tapi kitalah siap dok santai depan tv tengok drama2 begitu..lepas itu kita jugak yang membebel pasal wanita tak tutup aurat..

***
[ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 12-11-06 08:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 08:45


secara tak langsung kita juga antara mereka2 yang menyokong drama2 tu, secara tak langsung jugak ranking drama tersebut menjadi yang terhangat dipasaran, secara tak langsung jugak, tanpa kita sedari yang menonton cerita tersebut terdiri dr wanita-wanita islam.. tanpa kita sedari jugak, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara wanita-wanita berpakaian..bagi yang ada fikrah islamiah yang mantap, its oklah dia boleh handle diri sendiri..bagi yang masih mencari-cari jalan PULANG pula bagaimana???

semua kita tau tv kat Malaysia ni nak mengaut keuntungan saja..so bila ada DEMAND untuk cerita2 sebegitu, byklah SUPPLY..kita tak sedar yang menjadi mangsa adalah semua umat islam..tak kira lelaki @ wanita.. the main point is kehidupan kita sentiasa dipengaruhi oleh environment di sekeliling kita…lepas itu kita jugak nak tegur org buat tu salah, buat ni salah..tapi kita sendiri tak pernah nak memperbetolkan diri sendiri..huh..mcmanelah roh dakwah nak hidup beb..

***

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 08:45


memang betul, tak perlulah kita menunggu diri kita jadi baik 100% untuk menegur org lain yang buat salah…tapi kita cuba membtolkn diri kita sikit demi sedikit..
sebelum kita menunding org ni salah, org tu salah, adalah baiknya kita menyalahkn diri kita terlebih dulu yang TIDAK menjalankn keje2 dakwah..

so..applykan contoh yang saya bagi ni untuk kes CC pulak..

selagi kita hidup kat mukabumi Allah ni, selagi tu lah kita kena mengajak semua manusia kearah kebaikan..segalanya bermula dr DIRI SENDIRI…memang susah untuk mengajak kepada kebaikan, tapi pentingnya adalah USAHA..May Allah bless us..

maaflah TERmembebel macam mak nenek pulak..tapi semua tu ditujukn khusus untuk diri sendiri yang selalu membuat salah ni…secara keseluruhan saya berpuashati dengan portal ni.. banyak manfaatnye portal ni..banyak ilmu yang bermanfaat & pendapat2 sahabat yang bernas dalam memperkatakn sesuatu isu..ada juga pendapat yang tak berapa relevan, tapi tu just minor problems..thanks MT..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 08:52


Pada 12-11-06 00:07 , mohdnurhakimin posting:

!!! QUOTE !!!

Seterusnya, untuk amali, ana percaya yang ada di sini bukannya mereka yang cakap tak serupa bikin.
insyaAllah..didoakan setiap ahli ukhwah adalah seperti diatas..kalau adepon yang cakap tak serupa bikin, insyaAllah boleh berubah kearah yang lebih baik..sebab manusia ni sentiasa lupa...berpesan2 kepada kebaikan..
~hidup bahagia mengamalkn sunnah~
[ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 12-11-06 08:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 14:51


Pada 12-11-06 08:44 , amira_aqilah posting:

!!! QUOTE !!!

jangan jadi NATO ok..no action talk only..


Gelaran ni lebih sesuai untuk PBB dan OIC... ;-)

!!! QUOTE !!!


Kita ambil 1 contoh isu aurat..sebab dalam portal ni banyak sangat isu pasal aurat..
Kita dok marah org tak tutup aurat..ketat, padat & sendat..
tapi yang hairanye kita sendiri yang dok galak melepak depan tv tengok cerita bawang merah bawang putih, sepet, gubra, PGL & so on. kita tau dalam drama2 yang tertulis kat atas tu penuh dengan budaya yang tak elok. Senang cakap semua wanita dalam cerita tu tak menutup aurat..tapi kitalah siap dok santai depan tv tengok drama2 begitu..lepas itu kita jugak yang membebel pasal wanita tak tutup aurat..

***


Hmmm..Biasanya orang perempuan yang suka tengok drama macam tu...Siap tengok dengan penuh perasaan lagi...Macam dia pulak pelakon dalam drama tu...Bila nak alih channel lain marah pulak..kata orang dengki lah...Lepas tu mula lah terikut-ikut cara berpakaian dalam drama tu...Bila bagi nasihat kata orang membebel pulak...

p/s:saya tak suka tengok drama macam tu...lebih baik tidur lagi best...:-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 15:08


!!! QUOTE !!!

pada Moderator,mana arah tuju pendapat PORTAL ni ?
kita bincang macam-macam..tapi,takkan habis di sini sahaja..contohnya,isu CC ke...ramai komen,penguasa tak pantau CC,apa kata kalau portal ini menjadi landasan untuk gerakkan semua ini...


em.. sahibul..
apa maksud anta..??
CC stand for what..? cyber cafe??

apa kata portal ni.. jadi landasan untuk gerakan....
em..?? :roll: :roll:

!!! QUOTE !!!

kita sependapat...
saya dah pernah bagi mesej pasal ni...
last2 dipanggil orh yang suka 'mengkritik' sekadar tahu mengkritik tapi tak tahu membangunkan ukhwah... dikatakan tak pernah menyumbang..
dikatakan menghidap penyakit entah apa-apa entah.. : )

kita banyak penulis2 berbakat tapi tiada satu pun artikel dari ukhwah yang masuk lah yang perlu diketengahkan...
(tak tau lah kalau saya tak terperasan)


abusuffian..oo.. anta masih menunggu artikel anta ye..
em.. ok.. ana menjawab soalan.. serta kemusykilan bagi semua warga ukhwah yang sudah menghantar artikel..

al awal.. syukran jazilan pada antum..
assani.. semua artikel yang dihantar akan disemak oleh moderator..
bila semua sudah disemak.. moderator akan meluluskan untuk dimasukkan dalam koleksi artikel..

buat masa ni..pihak moderator telah menerima hampir 1000 artikel.. so.. mengambil masa yang agak lama untuk menyemak semua artikel yang dihantar..

so.. pada antum yang menghantar artikel..
artikel antum akan dipublish di muka depan portal..
tapi mengambil masa juga untuk disemak..
moga kekeliruan.. serta ketidakpuashatiaan..
dapat terungkai...hehe..
:-D :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 12-11-06 15:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 15:24


!!! QUOTE !!!

moderator tolong jaga portal ni saja... bukan tanggungjawab mereka untuk menjadi penggerak dalam menyelesaikan isu-isu yang dibincangkan di dalam portal ini secara praktikal...

p/s: bila dikenang-kenangkan, saya dah bersama portal ni lebih 2 tahun..huhuhu. mana lah perginya sahabat2 maya ukhwah.com dolu2... dah hilang semuanya..



setiap hari.. ada sahaja topik baru yang dibuka..
pihak moderator kadangkala terlepas pandang untuk memantau topik tersebut.. kerna masing-masing ada komitmen..

antum kena faham..
portal ini diusahakan untuk
menyemai kasih..memupuk ukhwah..
dan sekaligus kita sama-sama bermusyawarah..
dalam pelbagai topik..
bukan sebagai landasan untuk mana-mana badan tertentu..
contoh untuk politik.. dan sebagainya..


kita diberi hak untuk bersuara.. kemukan pendapat..
berkongsi ilmu...dll..
so.. gunakan medium internet ni dengan sebaiknya..
:lol: :-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 15:48


syhe..
warga ukhwah yang lain... ada..
cuma kekadang saja dapat online..
bila dah tukar status dari pelajar..ke pekerja..
so.. masa nak mengexplore.. dah kurang..
begitu juga status dari single kepada berkahwin..
lagi lah busy...hihi.. :-D :lol:

insyaallah.. ukhwah fillah abadan abada... :-D :-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 12-11-06 20:15


erm..saya cuma bagi cadangan..kita kat sini pung pang cakap,,tapi kalau lah ada idea nak gerakkan sesuatu...setiap tahun buat perhimpuan..organisasi yang didaftarkan ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-06 21:42


Pada 12-11-06 14:51 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Hmmm..Biasanya orang perempuan yang suka tengok drama macam tu...Siap tengok dengan penuh perasaan lagi...Macam dia pulak pelakon dalam drama tu...Bila nak alih channel lain marah pulak..kata orang dengki lah...Lepas tu mula lah terikut-ikut cara berpakaian dalam drama tu...Bila bagi nasihat kata orang membebel pulak...
soryla sailormoon eh..saya bukan cakap kosong saja…jom tengok contoh dalam topic ni, berapa ramai muslimin yang tengok cerita ini..mostly yang posting komen adalah muslimin…

siapa tgk bawang putih bawang merah

Minta maaflah semua ye..bukan nak cari salah sesiapa..tapi kita semua bersalah terutama diri saya ni sebab kita tidak menjalankn dakwah dengan sempurna..sebab tulah byknye timbul gejala social & kita juga menyebabkan agama islam kita semakin jauh dr diri kita..semoga Allah sentiasa mengurniakan taufiq, hidayah & inayahNya pada kita semua…

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-11-06 21:57


assalamualaikum...

tapi mungkin ramai tak perasan...ada sebilangan ahli ukhwah yang dah tak aktif lagi sebagai contohnya prof_muslim... :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 13-11-06 04:04


tujukilah kami jalan yang lurus.... :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 01:32


Assalamualaikum.

    bagi saya portal ni menjadi medan untuk ahli2nya menyatakan pendapat, pandangan, bertukar2 fikiran tentang apa jua isu termasuk isu semasa. soal perlaksanaan atau kesannya mungkin itu luar bidang kuasa portal ni. portal ni hanya menyediakan ruang sahaja dan itu pun terbatas, ada tatacaranya. tapi taktau lah kalau pihak2 yang berkenaan baca isu-isu yang diluahkan dan mereka ambil tindakan.

tetapi saya percaya ramai sahabat2 kita di ukhwah ni bukan setakat juara bercakap, juara menulis di portal laman web saja. saya percaya mereka juga terlibat di luar sana, turun ke masyarakat, beroganisasi, melaksanakan apa yang dibincangkan. malahan ukhwah.com sendiri melaksanakan kerja2 kebajikan secara realiti misalnya JK hospital, JK masjid dan sebagainya.

Jadi sahabat2 semua diharapkan janganlah kita hanya setakat aktif di alam maya ni sahaja. turun lah ke masyarakat sana terutamanya yang tidak mampu untuk menembusi alam maya atau ruang siber ni. cara yang paling mudah kita print mana artikel atau bahan da'wah yang bermanfaat dan sebarkan kepada mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 01:24


abang-imam..

!!! QUOTE !!!

tapi mungkin ramai tak perasan...ada sebilangan ahli ukhwah yang dah tak aktif lagi sebagai contohnya prof_muslim...


aiwah..
prof_muslim..begitu sibuk bekerja sambil belajar..
so.. memang busy sokmo.. :-D :-D
tapi.. prof tak pernah lupa bila ada program..
atau ada hal prof akan telefon ana dan juga sahabat yang lain..
tanya tentang program bakal berlangsung.. dan hal-hal
ehwal semasa..heheh..

so.. diulang kali yang ke 18 ...tak pun banyak kali lah..
( bukan dengan nada marah..cuma sekadar gurau..hihi)
masing-masing ada komitmen..
portal ukhwah pun sekadar singgahan antum..
kalau rasa nak baca.. antum pun explore..baca..

kalau yang suka posting.. nickname tersebut akan menjwb topik..
bagi yang suka buka topik.. maka rentetan itu..nickname itu pun
membuka topik baru..

ala kulihal..
air ada juga pasang surut..
malam pula..berganti siang..
patah tumbuh hilang berganti..

walau apapun berlaku..
moga ukhwah tetap di hati...

:lol: :-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 08:57


!!! QUOTE !!!

air ada juga pasang surut..
malam pula..berganti siang..
patah tumbuh hilang berganti..

walau apapun berlaku..
moga ukhwah tetap di hati...



erm..pandai cik syida berpantun.. :P

tapi, begitulah alkisahnya..yang terjadi kepada ukhwah.com..

kami berterima kasih di atas komitmen dan kunjungan seterusnya tujahan-tujahan idea/kritikan/responsdan pelbagai bentuk tulisan yang kalian semua kongsikan di ukhwah.com..

kalian perlu faham dan berterima kasih, at least ukhwah.com ini wujud sebagai mediator untuk berkongsi ilmu dan menjalin persahabatan..tetapi,kami perlu meminta maaf andainya pihak kami tidak mampu menyempurnakan impian kalian secara total..

kalian boleh membaca profil dan objektif ukhwah.com..semua dah lengkap dinyatakan..explore betul-betul setiap kolum yang ada..matlamat ukhwah kemana..dan sbgnya..

selamat berukhwah :)


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 12:58





Portal Ukhwah ditubuhkan pada 14 Mei 2003 , sempena dengan MaulidurRasul. Pada mulanya ia dinamakan Komuniti Ukhwah. Setelah setahun beroperasi, mulai dari 2004, ia dengan rasminya disebut sebagai PORTAL UKHWAH . Nama ini membawa imej dan kekuatan baru!


Setahun beroperasi, Portal berkonsepkan islamik dan ukhwah ini berjaya mengumpulkan 10,000 ahli dari seluruh Malaysia. Perkembangan ini amat memberangsangkan bila keahlian makin berkembang. Kini Portal ini mencatatkan keahlian dari Brunei, Singapura, Indonesia, United Kingdom, New Zealand, Australia, Timur Tengah, USA, Jepun. Kebanyakan ahli dari luar negara itu ialah warga Malaysia yang sedang menuntut di luar negara.


Mini Sejarah

Pada mulanya, Portal ini hanyalah satu komuniti cyber, membina ukhwah dan bertukar-tukar info, ilmu. Kini Portal telah melangkah beberapa langkah lagi, berkembang sedikit demi sedikit menuju kepada matlamat asal iaitu menjadi Yayasan Ukhwah. Seiring dengan perkembangan tersebut, Portal Ukhwah kini mempunyai "anak" yang beroperasi sebagai badan perniagaan. antaranya ialah: GENPRO (sekolah latihan), IT.UKHWAH (menjual hardware, software, hosting, web development), KOPERASI UKHWAH. "Anak-anak" ini akan membiak dari semasa ke semasa demi memberi faedah kepada warga Portal Ukhwah. Namun ia sedikit pun tidak mengenepikan konsep asal Portal Ukhwah iaitu, "Menyemai Kasih Memupuk Ukhwah."


Hasrat Portal untuk merealisasikan "online // offline" sedang diusahakan dengan penuh kesungguhan bagi memberi faedah kepada warga Portal Ukhwah. Ini sekaligus bagi menghapuskan anggapan bahawa Portal Ukhwah hanya hebat secara online sahaja. Tidak banyak faedah yang diperolehi oleh warga Ukhwah jika tidak diseimbangkan "online // offline".


Makin Dikenali

Sejak ditubuhkan, Portal Ukhwah semakin terkenal dan aktif. Menjadi kebanggaan ahli-ahlinya bila mereka menyebut sebagai "warga Ukhwah." Sejak penubuhannya, siri JK (Jejak Kasih) telah berpuluh kali diadakan termasuklah JK besar-besaran yang menelan belanja puluhan ribu ringgit. Program-program penting pun banyak telah dilaksanakan. Semua dirancang dan dilaksanakan oleh warga Ukhwah sendiri, membuktikan bahawa mereka adalah komited sama-sama sedang menuju matlamat untuk menjadi Yayasan Ukhwah.


Nama Portal Ukhwah juga sejak ditubuhkan semakin banyak disebut di stesen radio, di media bercetak dan dalam internet sendiri. Keahlian baru berterusan antara 10 hingga 20 ahli baru mendaftar setiap hari. Warga Ukhwah sendiri yang bekerjsama mempromosikan Portal kesayangan mereka. Pada mula penubuhannya, tidak ada yang mahu bekerjasama dengan Portal Ukhwah. "Apa benda Komuniti Ukhwah tu?" Itu bunyinya bila hendak bekerjasama. Kini Portal Ukhwah terpaksa menangguhkan dan menolak kerjasama kerana banyaknya hasrat untuk bekerjasama dengan Portal Ukhwah. Usaha yang dilakukan oleh Portal Ukhwah sentiasa mendapat pujian dari pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, usaha Portal Ukhwah ini sentiasa cuba ditiru. Akan tetapi, usaha meniru dan memusuhi atau mempergunakan Portal Ukhwah kurang berkesan kerana komitmen sebahagian besar ahlinya menerapkan slogan "The Real Trendsetter.... Always Few Steps Ahead". Sentiasa di hadapan, aktif dengan idea-idea baru dan pelaksanaan yang dinamik.


Kesimpulan Perjalanan

Portal Ukhwah adalah portal (gerbang atau tapak) untuk membina kerjasama, human networking, mengusahakan perkara yang memberi faedah kepada ramai, mendidik insan, membentuk nilai-nilai Islam, sambil mengekalkan tradisi membina ukhwah dan interaksi.



Portal Ukhwah ditadbir oleh:


HANAN NETWORK

37, Jalan PJS 9/8

Bandar Sunway

46150 Petaling Jaya,

Selangor



-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 19-11-06 13:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 13:17


!!! QUOTE !!!

erm..pandai cik syida berpantun..


eheheh..rumaishaa..
tu baru mukaddimah..
ok..ni baru masuk isi pantun..

turun naik lumrah alam
keluar masuk dah jadi pusingan
membisu lama bukan berdiam
tapi dek menerajui banyak komitmen..

menyemai kasih memupuk ukhwah
ungkapan bagi tema portal ukhwah
berkongsi ilmu sambil bermusyawarah
bertemu berpisah kerana ALLAH

:lol: :lol: :-D

!!! QUOTE !!!

kami berterima kasih di atas komitmen dan kunjungan seterusnya tujahan-tujahan idea/kritikan/responsdan pelbagai bentuk tulisan yang kalian semua kongsikan di ukhwah.com..


aiwah.. begitu juga soalan terjahan...
isu yang hangat.. serta macam-macam topiks..hihi

arakiannya..
kami hanya insan biasa..
punyai salah silap yang kadangkala tanpa sedar telah
mengguris pihak-pihak tertentu..

pihak MT ukhwah.com dan warga seanteronya..
mohon ampun maaf atas segala kekurangan yang berlaku..
moga segala teguran membina, sokongan serta bantuan
dari antum..dari semua pihak dapat membantu
jangka hayat ukhwah.com.....


wallahu'alam... :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143377 saat. Lajunya....