Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Mengertilah adikku.


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Mengertilah adikku.

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengertilah adikku.

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 09:04


AKU menyusur lorong kecil di tepi surau Kampung Ki. Sebelah jalan sana, kebun getah milik ibu, dikerjakan oleh seorang tua yang sudah bongkok-bongkok. Adam dan dua tiga orang kawannya berlarian riang di bawah terik mentari.
“Adam! Balik mandi,” jeritanku membuatkan Adam berhenti.
“Amen. Aku balik dulu,” Adam memberitahu kawannya.

Beginilah kehidupan hari-hari lewat cuti sekolah. Aku pula berada di rumah buat sementara menghabiskan waktu cuti semester. Masih panjang cutiku – satu minggu. Menunggu Adam mandi dan bersiap-siap. Aku merenung jendela dengan pandangan kosong. Adam yang masih galak dengan dunia kanak-kanak melompat-lompat tanpa tuala. Titis air dari badannya membasahi lantai kayu.
“Nah, lap badan Adam,” aku mencampak tuala kepada Adam.
“Adam, esok sekolah tak?”
“Sekolah,” Adam membalas.
“Kerja rumah dah siap?” Aku menyelidik lanjut.
“Belum. Nanti Adam buatlah.” Adam mencari akal bagi mengelak daripada dimarah.

Aku tanya Ani. Ani memaklumkan sudah beres. Aku tanya pula Anas. Anas geleng-geleng. Tanya Saidah, juga sama. Tanya Rafiah, dia diam mencuka.
Sudah beratus kali ayah dan ibu berleter. Leteran ibu kurang didengar, tetapi sekali ayah bersuara malah dehem ayah pun sudah difahami. Masing-masing cepat-cepat capai buku dan membaca. Jika terasa malas, dibuat-buat juga membaca. Pandai sungguh mereka berlakon. Aku pun naik bengang dengan sikap adik-adikku. Kadang-kadang ayah menyalahkan emak kerana tidak melarang mereka bermain-main. Emak pertahankan diri. Kata emak: sudah berbuih mulutnya menyuruh mereka membaca. Jika cakap emak tidak didengar, cakapku pun sementelahlah lagi. Aku masuk ke bilik bacaanku menyambung bacaan.

* * * * * * * *

Ayah pulang dari ladang. Deru enjin motorsikal buruk ayah kedengaran dari jalan bawah. Masing-masing masih leka. Ani, Anas, Saidah dan Rafiah masih girang bermain sambut-sambut tudung botol. Ayah mencabut kasut but yang panjangnya sampai ke lutut. Ayah tepuk-tepuk dan menonggeng kasut but. Dua tiga ekor pacat kekenyangan jatuh. Darah dari tempat gigitan pacat membasahi seluar lusuh ayah. Ayah kutip daun senduduk, ditenyehnya di tempat yang berdarah.

“Ani! Adam! Saidah! …… Anas!.....Rafiah! berhenti main. Ambik buku.” Ayah mengarah lambat-lambat. Lelahnya masih belum reda.
“Mari….mari duduk depan ayah.” Ayah melambai-lambai tangan kekarnya.
Ibu membawa sedulang air teh O dan sepinggan pisang goreng. Emak duduk melayan ayah.
“Ayah tidak pandai. Ayah tidak ada harta yang banyak. Ayah tidak mahu anak-anak ayah jadi susah macam ayah.” Kata ayah sebagai motivasi buat kami terus belajar.
“Hanya pelajaran yang dapat memberi jaminan buat kalian,” tambah ayah lagi.
Ayah amat menitikberatkan akademik kami. Biar bergolok gadai, biar habis gelang dan rantai emas ayah sanggup laburkan demi pendidikan kami.
“Jangan jadi macam ayah. Lihatlah. Kerja berat dengan tulang empat kerat. Gaji tidak seberapa.” Ayah tunjukkan parut di lengan. Parut itu tanda tujahan mata sabit yang patah ketika mengait kelapa sawit. Pedihnya hanya ayah seorang yang tahu. Ayah tuding pacat-pacat di atas tanah yang menggelumpur dalam abu. Ayah selak hujung kaki seluar, menunjukkan bekas gigitan pacat.

“Ayah sanggup gadai nyawa untuk besarkan kamu. Ayah bukan mengungkit. Ayah mahu kamu sedar, susahnya menjadi buruh ladang seperti ayah.” Aku tidak tidak dapat membendung air mata.

* * * * * * * *

Teramat pilu dan sedih mengenangkan pengorbanan ayah. Aku teringat cerita ayah tentang ular sawa di belukar. Suatu pagi ketika mengerjakan ladang, ayah terlangkah ular sawa. Syukur, ular sawa itu tidak menyedari kehadiran ayah. Aku teringat cerita ayah tentang tandan ‘gila’. Buah sawit seberat 30 kilogram menyusur jatuh meniti galah. Hampir-hampir menimpa ayah. Syukur ayah tangkas melompat dan mengelak. Aku terkenang cerita ayah bertukang di Empangan Kenyir. Demi wang lebih, ayah sanggup bertukang membina chalet terapung di kawasan peranginan itu. Kata ayah, ada kawan-kawannya yang hampir terperangkap air pusar. Air itu dipercayai berpenunggu. Aku ingat pula kisah ayah ditipu penjual komputer. Demi memastikan kami tidak buta teknologi, ayah berhabis ratusan ringgit untuk membeli komputer. Malang. Komputer tidak sampai, yang diterima hanyalah berpuluh kepingan cekera liut.

* * * * * * * *

“Jadi orang yang tidak pandai begitulah. Mudah diperbodohkan. Mudah ditipu. Mudah dipergunakan. Mudah dikerah macam lembu dicucuk hidung!” rona wajah ayah mula merah. Ayah juga sebak menyatakan semua kepahitan itu.
Aku tidak segan silu menangis teresak-esak di hadapan ayah dan adik-adik. Sungguh memilukan. Kasihan ayah. Adik-adik yang melihatku turut sama merembeskan air mata syahdu.
“Ayah! Kami minta maaf. Mak! Kami minta maaf.” Aku mendakap ibu seeratnya.
“Mak! Adam janji akan dengar cakap mak,” Adam peluk emak.
Aku mendapatkan ayah, menyalaminya dan memohon maaf daripada ayah. Adik-adikku yang lain turut serta. Kami tidak hiraukan lagi busuk peluh ayah. Kami tidak endahkan pakaian ayah yang sarat dengan asin peluh.

“Pelajaran itu penting nak,” ayah menyambung syarahnya.
“Kalau kamu tercicir, ayah bersalah pada kamu. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman ayah,” aku dapati ayah sekali-kali tidak menyalahkan datuk dan nenek kerana keadaannya hari ini.
“Zaman ayah dan emak telah berlalu. Biarkan berlalu. Zaman anak-anak emak, semua orang kena pandai. Kalau bodoh, orang pandang sebelah mata.” Emak mencelah. Tangan lembut emak membelai rambut Adam.

* * * * * * * *

Sebelum pulang ke asrama. Aku menulis catatan buat Adam.

Assalamualaikum,

Ke hadapan adikku Adam yang disayangi.
Seminggu lalu kita menangis dengan sendu keinsafan. Semoga air mata itu jadi saksi keikhlasan. Keikhlasan kita menyedari kealpaan kita selama ini. Dunia kanak-kanak memang menyeronokkan. Tidak salah jika Adam mahu menghayatinya. Tapi Adam perlu ingat, tiga bulan dari sekarang Adam akan menghadapi peperiksaan UPSR. Abang tahu, Adam tentu mempunyai alasan kononnya masa masih panjang. Pejam celik, pejam celik berlalulah waktu tiga bulan itu.
Abang berharap Adam mengerti. Hasrat dan harapan emak ayah untuk melihat Adam berjaya seperti abang. Abang juga seperti Adam. Degil dan periang. Setiap hari mahu berseronok, berlarian, bermain-main dengan kawan-kawan. Tetapi syukur, abang tidak terlalu leka dengan dunia itu. Abang disedarkan dengan cara yang sama seperti yang kita lalui tempoh hari. Maka abang berharap, detik itu menjadi titik mula buat Adam supaya bersungguh-sungguh mengulangkaji. Jangan berpuas hati dengan keputusan 3A 2B yang Adam dapat dalam peperiksaan dulu. Selepas ini Adam akan menghadapi peperiksaan percubaan, seterusnya peperiksaaan UPSR yang sebenar.
Abang doakan semoga Adam berjaya mendapat 5A. Jangan lupa banyakkan solat sunat hajat. Mengaji al-Quran selepas Subuh seperti biasa. Jangan lupa cium tangan emak dan ayah sebelum ke sekolah. Jangan lupa minta restu emak ayah sebelum menjawab soalan peperiksaan.

Yang benar,

Abang.


Aku melipat kemas surat itu. Kusisipkan dalam buku teks Sains milik Adam. Mudah-mudahan Adam mengerti.

---Sekian---

Sebuah nukilan rasa Naimisa Yusof


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
[ Telah diedit oleh: MohdHanafi pada 13-11-06 05:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 10:43


terharu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-06 11:52


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-11-06 08:42


uh...sdihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 11-11-06 09:28


:-)

erm, touching lah juga...

Kalau free, boleh jual karya2 kreatif, teruskan usaha :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090251 saat. Lajunya....