Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 42 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: bolehkah perniagaan multilevel?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» bolehkah perniagaan multilevel?

Please Mendaftar To Post


Oleh bolehkah perniagaan multilevel?

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 06-11-06 23:12


bolehkah perniagaan multilevel?
sedangkan bukannya kerja pun...setakat cari ahli saja..dah dapat income beribu2?

kenapa topik ni kena kunci?
kami nak bincang..tapi kena kunci kenapa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 09:17


perniagaan multilevel dibenarkan oleh syarak selagi barangan yang diniagakan tidak bercanggah dengan hukum halal dan haram

cari ahli pun kerja juga.

topik ni mungkin akan kena kunci sekali lagi kerana rasanya dah banyak kali bincang.

ps: elak 2 M. (Malu dan Malas)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 08-11-06 17:52


iyakah dah bincang?
kalau kerja cari orang..maknanya,nak kayakan orang atas saja...orang bawah penat2 buat kerja...orang atas,dah rilek,income masuk saja...tak setuju.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 20:12


Mu'amalah Islam bersifat umum dan merangkumi Conventional Marketing (pemasaran konvensioan) dan juga MLM. Keumuman mu'amalat Islam ini berkisar pada perkara2 asas , yakni BEBAS dari unsur2 seperti:

a. riba (interest/bunga)
b. gharar (tipuan)
c. dharar (mendatangkan bahaya)
di. jahalah (kesamaran)
e. dzulm (merugikan hak orang lain)
f. barangan/servisnya halal
(alhafidz alSyawkani, Irsyaad alFuhul/ 286)

MLM di Malaysia bermula pada 80'an dan sekarang ia bergabung di bawah payung DSAM (Direct Selling Association 0f Malaysia/Persatuan Jualan langsung Malaysia) dengan 66 syarikat MLM yang dipantau oleh kementerian HEP dan Perdagangan dalam negeri yang mengeluarkan lesen AJL. Pada statistik tahun 2003, MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam mu'amalat MLM (website DSAM).

Garispanduan MLM yang memenuhi mu'amalat Islami:

1. Barangan (produk) dan perkhidmatan (servis) hendaklah halal dan diluluskan oleh Halal-Jakim dari segi kandungan (ingredients), selamat diguna dan memberi manfa'at kepada pengguna.

2. Sistem Pemasaran MLM atau Marketing plan:
Selain dari produk barangan, MLM juga menawarkan produk dalam bentuk perkhidmatan. Maka inilah datangnya komisyen, bonus, imbuhan dalam tingkatan MLMnya kerana memberi upah dan ganjaran kepada mereka yang memberi perkhidmatan dalam tahap2 pemasaran yang ditawarkan oleh sistem MLM ini. Ini kerana stokis dan distributor mendapat komisyen atau fee dari servis yang ditawarkan kepada downliners. Ini dinamakan orang tengah dalam MLM yang sama juga dalam sistem pemasaran konvensional yang ada pengedar, stokis, pemborong dan peruncitan. Perjalanan barangan (produk) dari Pengilang hingga sampai ke tangan pengguna, baik sistem marketing konvensional dan MLM, tidak dapat tidak, akan ujud samsarah atau orang tengah dalam bentuk pengedar, pemborong, stokis dan distributor.

contoh: Proton, pengilang kereta nasional Proton, akan mengedarkan kereta proton hanya kepada dua pengedar sahaja, Proton Edar dan EON. kedua2 pengedar sah ini akan kemudian melantik rangkaian pengedar kereta proton di seluruh negara dan mereka semua akan mengambil untung atas angin sebaik sahaja kereka keluar dari kilang hingga sampai ke tangan pengguna.

Begitu juga MLM, sebaik sahaja barang keluar dari kilang, maka rangkaian stokis, pengedar dan distributor akan mendapat keuntungan atas angin kerana memberi khidmat perkhidmatan pemasaran untuk melancarkan perjalanan barang dari kilang hingga sampai kepada pengguna.

Jadi samsarah/orang tengah ni ujud dalam mana-mana sistem Pemasaran, baik konvensional atau MLM dan mereka mengambil keuntungan atas angin kerana memberi servis dalam sistem pemasaran.

Islam tidak melarang aktiviti pemasaran dan perkhidmatan orang tengah atau samsarah dan mengenakan fee atau upah, ini menurut fiqh Ibn Abbas (lihat Fiqh Sunnah sayyid sabiq)

Cuma Islam mengenakan syarat kepada orang tengah (aktiviti samsarah) bahawa orang tengah harus jujur, telus, ikhlas, tidak menipu downliners dan jika mereka melaksanakan aktiviti pemasaran dengan baik dan jujur, maka mereka layak menerima komisyen dan fee atau upah dari kerja2 orang tengah mereka. Islam hanya mencela dan mengutuk orang tengah yang menghisap darah seperti mana yang berlaku kepada industri nelayan, padi, sayur, buah-buahan, di mana orang tengah memainkan harga dan menipu orang yang bergantung penuh dalam industri tsb.


Islam juga mahukan plan pemasaran MLM ini telus, ada perjanjian yang jelas antara downliner dan distributor mengenai formula imbuhan, bonus dan ganjaran.

Berikut adalah garispanduan dari IFANCA, USA (Islamic Food & Nutrition of America, melalui jurucakapnya Dr Munir Chaudhry:

MLM yang syara'iy ialah:

1. Di lihat pada plan pemasarannya, jika ia MLM tulin, ia halal, jika ia berunsur pyramiding (skim Piramid), maka ia haram. Skim piramid ialah skim siapa masuk dulu akan untung dan mengurangkan hak mereka yang masuk kemudian.

2. Dilihat kepada sejarah penubuhan syarikat MLM itu. Jika ia mempunyai rekod sejarah perniagaan yang cemerlang, maka ia MLM yang tulin. Jika ia syarikat MLM yang muncul mendadak dan penuh misteri, maka ia hendaklah diawasi.

3. Produknya adalah halal dan bermanfa'at untuk manusia

4. kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang unik dan bermutu bukan kepada objektif jangkapendek untuk mengumpul dana (modal)

5. MLM yang asli tidak menjanjikan kekayaan mendadak dan memasang angan2 kepada ahlinya ke arah semua akan jadi jutawan. Ia melatih ahli menjadi usahawan tulin dengan jalan yang panjang dan berliku.

6. Sistem pemasaran yang telus meliputi ketelusan dalam penjualan, pembahagian bonus serta komisyen untuk semua pihak baik yang lama dan baru, yang ditingkat atas dan tingkat bawah skima MLM.

7. Penegasan objektif MLM tsb, bahawa ia menumpukan perniagana teras kepada penjualan barangan dan perkhidmatan bukan permainan wang (money game)

8. Produk yang ditawarkan itu adalah halal dan baik, bukan produk yang mendorong kepada gaya hidup boros, dan mewah..

9. Harga barangan itu tidak terlalu tinggi (ghubn fakhisy) bila berpindah dari kilang ke stokis , kepada distributor dan kahirnya ke tangan pengguna yang terpaksa membayar dengan harga yang melampaui batas..

10. Memupuk jiwa usahawan (entrepreneur) yang sederhana bukan anggota MLM yang tamak, ingin cepat kaya, hedonis, obses (melampaui) dalam memuja kerjaya MLMnya hingga lupa dan cuai akan hidupnya sebagai seorang muslim dan melakukan pelbagai penipuan dan manipulasi.

Penutup, itulah apa yang boleh kami sajikan buat masa ini hinggalah Badan2 Fatwa seluruh Dunia mengeluarkan suatu garispanduan yang lebih konkrit di masa depan dengan menganalisa impak industri MLM dalam kehidupan kita sehari-hari. Buat masa ni, Islam On-line misalnya masih bersikap terbuka dan positif terhadap MLM asalkan mereka memenuhi apa yang digariskan di atas. sekian

Al-Ahkam


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 20:14


Hukum asal MLM ialah mubah (harus) berdasarkan qaedah fiqih: alasylu fil asy-ya' al_ibahaah (hukum asal segala sesuatu adalah harus) selama mana bisnes itu bebas dari unsur: ribawi (interest), gharar (tipu-muslihat), dharar (bahaya). jahalah (kesamaran) dan zhulm (menzalimi pihak lain), disamping barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah Halal. (Syawkani, Irsyad alFuhul/286; alSyuyuthi, alAsybah/60)

Asas bisness ialah:
"Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba" AQ 2:275
" Tolong-menolonglah atas kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong atas dosa dan permusuhan." AQ 5:2

"Bisness itu atas sama-sama ridha." hari Ibn Majah/alBaihaqee
"Umat Islam terikat dengan persyaratan aqad mereka." hari Ahmad, alHakim dan Abu Daud.

Jadi MLM yang diamalkan oleh syarikat2 MLM hendaklah dikaji
walaupun mereka memiliki sijil AJL (Agen Jualan langsung) terutama rangkaian produknya dan skim Pemasarannya (marketing plan).

Langkah pertama: Menyelidiki kehalalan produk MLM (periksa persijilan Halal-Jakim) dan kekuatan produknya dari sudut kualiti dan kebaikannya
Langkah kedua: Marketing Plannya.

Tip dalam memeriksa Pelan Pemasarannya:
a. Plan Pemasaran yang bebas dari unsur Pyramiding. Pyramiding ialah skim yang menguntungkan pioneer (orang yang masuk awal)
b. syarikat MLM itu hendaklah ada track record yang cemerlang dan terbilang
c. produk yang berkualiti dan memberi jaminan wang dipulangkan kepada pelanggan jika cacat produknya
di. Starter kit (pakej penyertaan yang menasabah). Jika Pakej permulaannya tinggi, maka ia harus dicurigai,

e. MLM yang menjanjikan kekayaan yang mendadak dan kerja yang mudah. Maka ia harus dicurigai

f. Ketelusan dalam penjualan, pemberian bonus serta komisen
pergi. Motif utama MLM itu ialah kekuatan skil penjualan dan pemasaran bukan permainan wang

Peringatan:

1. Obsesi dan ketaksuban dalam dunia MLM. Parti Keadilan Indonesia dalam Fatawa (Dewan Syari'ah) # 2. memberi amaran kepada umat Islam supaya tidak terlalu taksub dalam dunia MLM hingga membangkitkan sifat obsesi untuk mencapai jualan bulanan (target), kemudian mencuaikan tanggungjawab kepada keluarga atau kerjaya asalnya.

2. Memilih MLM yang diperbadankan di negara sendiri dan bukannya kepada MLM yang beribupejabat di negara musuh atau negara kafir. ini mengelakkan aliran modal ke luar negara.

Rumusan:

MLM pada hukum asalnya adalah mubah jika bebas dari unsur2 yang dilarang oleh Islam.
Selidiki latarbelakang syarikat MLM itu, kemudian siasat kekuatan dan kehalalan produknya. Kemudian siasat marketing plannya (supaya ia bebas dari Pyramiding. Akhir sekali: jaga jiwa supaya tidak obsesi dengan budaya MLM yaitu terlalu materlistik dan mengejar target jualan dan cuai dalam beragama dan etika bisnes. WA

Al-Ahkam


lagi tentang MLM:
Ekonomi-Syariah Yahoogroups
Tranungkite


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 08-11-06 20:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 20:19


skim MLM bukan dilihat hanya pada produk yang dijual atau kerja mencari ahli

kebanyakan MLM hari ini melibatkan penindasan/ kezaliman/ penipuan pada downliners dengan mengurangkan hak-hak mereka & memberikan keuntungan hanya pada mereka yang berada di atas (sama seperti sistem piramid)

walaupun ada skim MLM yang kononnya "Islamik" yang dipelopori & disertai oleh golongan agama, ia tetapi tidak menghalalkan apa yang diharamkan dalam Islam. harap berhati-hati selepas ni

wallahu a'lam


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 08-11-06 20:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109899 saat. Lajunya....